Você está na página 1de 8

ASSIGNMENT OF BRAIN AND BEHAVIOUR

ALEA3326

TITLE: LANGUAGE OF HUMAN IS UNIQUE

LECTURE:
DR MOHD AWANG B IDRIS

BY:
AFIQAH SALAHUDIN IES100001
KHAIRUNNISA ABDUL KARIM

ISI KANDUNGAN
1.
2.
3.
4.
5.
6.
7.

PENGENALAN
DEFINISI BAHASA
FUNGSI BAHASA
KEUNIKAN BAHASA MANUSIA
KESEJAGATAN BAHASA MANUSIA
CIRI-CIRI BAHASA

Bahasa manusia dianggap sebagai sangat unik dan istimewa. Bincangkan ia dari
perspektif psikologi kognitif.
PENGENALAN

Bahasa manusia boleh dianggap sangat unik dan istimewa kerana bahasa
manusia ini berlainan dengan bahasa haiwan. Dengan menggunakan bahasa, tak
kira haiwan atau manusia dapat berkomunikasi antara satu sama lain untuk
memberitahu tentang sesuatu maklumat atau meluahkan perasaan seseorang,
sama ada orang itu marah atau gembira. Yang membezakan antara bahasa
manusia dan haiwan adalah cara penyampaian bahasa tersebut, bahasa
manusia adalah lebih tersusun berbanding bahasa haiwan yang lebih kepada
bunyi-bunyian.Bahasa manusia juga dapat diaplikasikan melalui percakapan,
penulisan dan juga bahasa isyarat. Dengan menggunakan bahasa juga, kita
dapat menerangkan tingkah laku manusia tersebut. Bahasa manusia unik kerana
kita

menggunakan

bahasa

setiap

hari

dalam

kehidupan

kita

dan

kita

memperolehi bahasa sejak dari kita kecil lagi. Selain itu melalui bahasa, kita
dapat menentukan pengetahuan dan pemahaman tentang sesuatu kerana
bahasa dijadikan alat yang paling berkesan untuk menyampaikan maklumat
tersebut. Perkembangan bahasa kebanyakan sama walaupun berlainan budaya
dan bahasa, kanak-kanak atau bayi pada usia 7 bulan kebiasaan bermula
menguasai bahasa dengan babbling atau mengeluarkan bunyi seperti mam,
mam. Kemudian pada umur setahun, boleh mengeluarkan beberapa perkataan
yang difahami. Oleh itu, Melalui kerja kursus ini, kita dapat melihat tentang
pentakrifan bahasa menurut psikologi, ciri-ciri bahasa serta cara manusia
memproses dan memperoleh bahasa dalam kehidupan seharian kita.

DEFINISI BAHASA

Bahasa boleh didefinisikan menurut E. Bruce Goldstein dalam buku Cognitive


Psychology

(Goldstein,

menggunakan

bunyi

2011)

atau

sebagai

simbol-simbol

satu
yang

sistem

komunikasi

membolehkan

kita

dengan
untuk

menyatakan perasaan kita, pemikiran, idea-idea, dan pengalaman. Manakala


menurut Robert J. Sternberg (J.Sternberg, 2009), bahasa didefinisikan sebagai
penggunaan satu cara yang dianjurkan untuk menggabungkan perkataan untuk
berkomunikasi. Oleh itu, dapat kita simpulkan bahawa bahasa memainkan
peranan dalam pelbagai interaksi sosial untuk tujuan pengajaran, memberi
arahan dan menyampaikan perasaan.
Menurut Dr Muhamed Awang (Awang, 1999), beberapa pendekatan telah
diketengahkan

oleh

pengkaji

bagi

mengkaji

bahasa

mengikut

bidang

pengkhususan masing-masing, iaitu :


1. Ahli antropologi : mengkaji pelbagai bahasa yang dilihat dari segi
perbezaan dan bagaimana bahasa digunakan dalam satu budaya yang
menggambarkan perbezaan antara satu budaya dengan budaya yang lain.
2. Ahli linguistik : mengkaji ciri-ciri struktur bahasa dan mencari aspek formal
(peraturan).
3. Ahli Psikologi : kajian mereka tertumpu kepada persoalan bagaimana
manausia memperolehi kemahiran menggunakan bahasa dan bagaiaman
makna pertuturan diterbitkan dan difahami bersama.

FUNGSI BAHASA
Fungsi utama bahasa adalah untuk berkomunikasi. Komunikasi merupakan
proses penyampaian mesej atau makna daripada seseorang kepada orang lain.
Oleh itu, Bahasa digunakan dalam pelbagai interaksi sosial seperti tujuan
pengajaran, memberi arahan dan menyampaikan perasaan. Bahasa sering
digunakan oleh manusia dalam penulisan, pertuturan serta secara tersembunyi
semasa berfikir. Bahasa boleh diteliti melalui ciri-ciri bahasa dan cara manusia
memproses bahasa tersebut dari sudut pemahaman dan cara pemerolehan
bahasa. Selain itu, bahasa juga digunakan sebagai alat untuk menggambarkan
sesuatu pengetahuan.

KEUNIKAN BAHASA MANUSIA

Bahasa manusia unik kerana bahasa adalah cara mengatur urutan isyarat
sebagai contoh: bunyi untuk bahasa pertuturan, huruf dan perkataan bertulis
adalah untuk bahasa bertulis, dan tanda-tanda fizikal untuk bahasa isyarat yang
digunakan untuk menghantar, dari seorang ke seorang yang lain, perkaraperkara yang terdiri dari perkara yang mudah dan biasa. Bahasa juga digunakan
untuk mencipta ayat-ayat yang baru dan unik kerana ia mempunyai struktur
hierarki dan dikawal oleh peraturan bahasa. Sifat hierarki bahasa adalah terdiri
daripada satu siri komponen kecil yang boleh digabungkan untuk membentuk
unit yang besar. Misalannya, perkataan boleh digabungkan untuk mewujudkan
frasa, yang seterusnya boleh mencipta ayat-ayat, dan kemudian menjadi
komponen cerita. Sifat berasaskan peraturan bahasa bermaksud ayat ini boleh
disusun dengan cara-cara tertentu.
Bahasa bukanlah hanya sistem komunikasi yang menjadi ciri khas bagi manusia,
tetapi manusia memiliki ciri-ciri tertentu yang membezakan komunikasi manusia
daripada

komunikasi

makhluk

lain.

Ciri

tersebut

adalah

kreativiti

atau

kemampuan seorang penutur merungkaikan unit-unit yang terpisah untuk


membentuk ayat-ayat yang baru yang tidak terbatas jumlahnya atau yang
belum pernah didengarinya. (Awang, 2007)
KESEJAGATAN BAHASA MANUSIA
Setiap manusia sangat memerlukan komunikasi antara satu sama lain, termasuk
juga bagi golongan pekak dan bisu. Sebagai contoh, mereka mendapati mereka
berada

dalam

pesekitaran

yang

tiada

siapa

yang

bercakap

dan

tahu

menggunakan bahasa isyarat dengan mereka sehingga menyebabkan mereka


mencipta bahasa isyarat mereka tersendiri untuk berkomunikasi. Bahasa adalah
universal merentasi budaya. Terdapat lebih daripada 5000 bahasa yang berbeza,
dan tidak ada satu budaya tanpa bahasa. Walaupun sebilangan besar bahasa
yang

sangat

berbeza

daripada

satu

sama

lain,

namun

kita

boleh

menggambarkan mereka sebagai "unik tetapi yang sama". Mereka adalah unik
kerana mereka menggunakan kata-kata dan bunyi yang berbeza, dan mereka
boleh menggunakan peraturan yang berbeza untuk menggabungkan kata-kata.
Mereka adalah sama kerana dalam semua bahasa mempunyai kata-kata yang
berkhidmat fungsi kata nama dan kata kerja, dan semua bahasa termasuk
sistem untuk membuat perkara-perkara negatif, untuk bertanya soalan, dan
merujuk kepada masa lalu dan masa kini.

CIRI-CIRI BAHASA
Dr Awang Sariyan (Awang, 2007) menyenaraikan sepuluh ciri bahasa yang
dianggap semulajadi menurut Hockett iaitu:
1. Penggunaan saluran auditori-pertuturan: ciri bahasa manusia paling jelas
di mana bunyi dibentuk dengan menggunakan alat-alat pertuturan,
manakala mekanisme pendengaran menerima bunyi tersebut.
2. Arbitrari: manusia menggunakan simbol-simbol bahasa yang neutral.
3. Mempunyai makna: keupayaan berbahasa dengan menggunakan simbol
sebagai alat untuk merujuk kepada sesuatu objek atau tindakan.
4. Pancaran budaya atau tradisi: manusia menurunkan bahasa mereka
daripada satu generasi kepada satu generasi yang lain
5. Penggunaan secara spontan: manusia bertutur dengan bebas tanpa
dipaksa-paksa.
6. Mengikut giliran: manusia mengambil giliran untuk bercakap dan tidak
bercakap semasa orang lain bercakap. Selain itu, mengikut giliran
bercakap bermula dari peringkat umur yang paling awal, bayi membebel
selepas mulut ibunya berhenti bergerak.
7. Duaan atau artikulasi berganda: bahasa disusun secara berlapis
8. Pemindahan maklumat: keupayaan merujuk kepada objek atau hal yang
berpindah masa dan tempat
9. Bergantung pada struktur: manusia secara automatic dapat mengenali
pola semulajadi bahasa tanpa perlu mengira teknik sewaktu bercakap.
10.Kreativiti: keupayaan manusia dalam menghasilkan dan memahami ujaran
yang tidak terbatas jumlahnya.
Manakala menurut Dr Mansoer Pateda (Mansoer, 1990) mengambil ciri-ciri yang
dinyatakan oleh Hill, ciri bahasa ialah:
1. Bahasa merupakan sekumpulan bunyi (bunyi bahasa).
2. Bahasa bersifat arbitrer.
3. Bahasa bersifat sistematik. Setiap bahasa mempunyai

sistem

tersendiriyang berbeza daripada sistem bahasa yang lain.


4. Bahasa merupakan sekumpulan simbol. Simbol mewakili suatu benda,
proses, peristiwa atau kegiatan.
5. Bahasa bersifat sempurna.
Menurut Robert J. Sternberg pula, ciri-ciri bahasa ialah :
1. Komunikatif : bahasa membenarkan berkomunikasi di antara satu atau
lebih orang dalam berkongsi bahasa.

2. Simbol arbitrer: bahasa mewujudkan hubungan rambang antara simbol


dan rujukannya yang: idea, sesuatu perkara, proses, hubungan atau
penerangan.
3. Kerap berstruktur: bahasa mempunyai struktur, hanya terutamanya corak
perkiraan

simbol

mempunyai

makna,

dan

susunan

yang

berbeza

menghasilkan makna yang berbeza.


4. Distrukturkan sebagai pelbagai peringkat: bahasa struktur boleh dianalisis
di lebih daripada satu tahap.
5. Generatif, produktif: dalam had struktur linguistik, pengguna bahasa boleh
menghasilkan ujaran novel.
6. Dinamik: bahasa sentiasa berkembang.

KESIMPULAN
Bahasa manusia ini sangat istimewa tanpa kita sedari. Kita telah mengetahui
keunikan bahasa manusia setelah mengkaji bagaimana cara pemerolehan
bahasa dan pemprosesan bahasa dalam kehidupan seharian. Daripada sumber
maklumat

kita

terima,

kemudian

kita

memproses

maklumat

tersebut

menggunakan otak dan akhir sekali kita melakukan penyampaian maklumat


tersebut melalui isyarat lisan atau bukan lisan. Isyarat bukan lisan adalah seperti
gerakan badan, bunyi bukan bahasa seperti ketawa, mendeham atau batuk kecil.
Melalui bahasa, manusia berkomunikasi antara satu sama lain. Kanak-kanak
yang bisu juga mampu belajar bahasa melalui isyarat bukan lisan. Hal ini
membuktikan kemampuan mendengar atau mengeluarkan bunyi-bunyi ujaran
bukan syarat mutlak untuk mempelajari bahasa. Bahasa manusia dianggap unik
berbanding haiwan kerana kemampuan manusia dalam membentuk ayat-ayat
baru yang tidak terbatas jumlahnya atau yang belum pernah didengarinya.
Selain

itu

bahasa

juga

berfungsi

sebagai

alat

yang

digunakan

untuk

menggambarkan sesuatu pengetahuan. Sebagai kesimpulan, bahasa mempunyai


banyak perkaitan antara otak dan kelakuan. Kita dapat menilai seseorang
berdasarkan bahasa yang digunakan oleh seseorang dan tindak balas selepas
penerimaan maklumat
RUJUKAN
Awang. (2007). Pengantar Psikolinguistik. Petaling Jaya: Sasbadi Sdn Bhd.
Awang, M. (1999). Psikologi Kognitif. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Goldstein, E. B. (2011). Cognitive Psychology. Canada: Wadsworth, Cengage


Learning.
J.Sternberg, R. (2009). Cognitive
Wadsworth Cengage Learning.

Psychology.

United

States

of

Mansoer. (1990). aspek-aspek psikolinguistik. yogyakarta: Nusa Indah.

America:

Você também pode gostar