Você está na página 1de 11

JABATAN PENGAJIAN AM

POLITEKNIK MERLIMAU , MELAKA


DUA 2012 : SAINS TEKNOLOGI DAN KEJURUTERAAN DALAM ISLAM

NAMA : MUHAMMAD MIRZALHAZIQ BIN RIDZUAN


NO.PENDAFTARAN : 14DKA15F1121
TAJUK TUGASAN : KEJADIAN TUMBUH-TUMBUHAN
NAMA PENSYARAH : PUAN MUNIRAH BINTI MUSTAFFA

ISI-ISI KANDUNGAN

ISI
OBJEKTIF
PENDAHULUAN
LATAR BELAKANG TENTANG TUMBUH-

MUKA SURAT
3
4
5

TUMBUHAN
PENCIPTAAN TUMBUH-TUMBUHAN

MENURUT AL-QURAN
TUMBUHAN DALAM PERSPEKTIF

ISLAM
KEBESARAN DAN KEAJAIBAN

TUMBUH-TUMBUHAN
KESIMPULAN
RUJUKAN

10
11

OBJEKTIF

Terdapat pelbagai objektif yang saya dapat dalam melakukan tugasan ini iaitu mengkaji
pokok dengan menghuraikannya dan menyertakan wahyu Al-Quran dan hadith . Antara
objektifnya termasuklah ,tumbuh-tumbuhan adalah penyumbang dalam sumber makanan harian
manusia dan haiwan herbivor dan omnivor di sekelilingnya .
Selain itu, tumbuh-tumbuhan juga adalah penyumbang terbesar dalam aliran udara iaitu
oksigen yang diperlukan oleh benda hidup di sekelilingnya kerana oksigen adalah komponen
penting yang membantu pengaliran darah dalam badan manusia dan haiwan .
Oleh hal yang demikian , tumbuh-tumbuhan sedikit sebanyak juga disebut dalam Al-Quran
dan hadith . Secara tidak langsung, ianya mengukuhkan saya untuk memilih tajuk ini sebagai
tugasan yang diberi .
Akhir sekali , dengan memilih tumbuh-tumbuhan sebagai tajuk tugasan ini dapat
menambahkan ilmu pengetahuan saya tentang benda hidup iaitu tumbuh-tumbuhan yang terdiri
daripada beribu sepsis di muka bumi ini .

PENDAHULUAAN
Alhamdulillah bersyukur saya ke hadrat Allah S.W.T kerana dengan izinNya dapat saya
melaksanakan dan menyelesaikan tugasan ini . Ribuan terima kasih kepada puan pensyarah iaitu
Puan Munirah binti Mustaffa kerana dengan garisan panduan yang diberikan oleh beliau dapat
lah saya melaksanakan tugasan yang diberi ini . Tambahan pula , kepada rakan-rakan , saya
ucapkan terima kasih kerana memberi kerjasama dan tunjuk ajar kepada saya.

Tumbuh-tumbuhan adalah kehidupan yang telah lama berdiri di muka bumi ini sejak jutaan
tahun dahulu . Ianya amat penting dalam rantaian ekosistem manusia dan haiwan . Tumbuhtumbuhan juga bernafas seperti makhluk kehidupan lain , cuma ianya berbeza sedikit kerana
ianya memerlukan karbon dioksida untuk bernafas , manakala makhluk kehidupan lain
memerlukan oksigen untuk bernafas .

LATAR BELAKANG TENTANG TUMBUHTUMBUHAN

Kehidupan di dunia ini tidak lengkap jika tiada kehadiran tumbuh-tumbuhan. Dalam
kehidupan seharian manusia , kita tidak dapat bayangkan sekiranya di muka bumi ini tiada
kehadiran tumbuh-tumbuhan. Tumbuh-tumbuhan merupakan ciptaan Allah S.W.T yang tidak
sesederhana kita fikirkan . Dalam tumbuhan terdapat pelbagai proses yang sangat rumit .
Makhluk ciptaan Allah ini juga menggunakan aliran gas untuk bernafas setiap hari seperti
manusia dan haiwan . Cuma lainnya , ia memerlukan kehadiran karbon dioksida untuk bernafas ,
manakala manusia pula memerlukan kehadiran oksigen untuk bernafas . Tumbuhan juga perlu
mendapatkan sumber makanan untuk kehidupan dan tumbesarannya . Keperluan utama
tumbuhan ialah nutrien yang diperolehi daripada air , oksigen , karbon dioksida , sinaran
matahari dan selainnya . ternyata tumbuhan juga seperti haiwan dan manusia kerana memerlukan
sumber makanan untuk hidup .
Tumbuhan adalah makhluk ciptaan Allah yang unik kerana ianya mempunya pelbagai jenis
sel di dalamnya yang tidak mampu kita lihat dengan mata kasar . Contohnya , klorofil yang
terkandung dalam daun-daun tumbuhan bertujuan untuk menyerap sinaran matahari untuk
melakukan proses fotosintesis di mana daun tersebut dapat menghasilkan sumber makanan
daripada bantuan sinaran matahari . Terdapat juga sel stoma sebagai pintu masuk untuk oksigen
dan karbon dioksida keluar masuk ke dalam daun . Sel stoma akan berada di antara sel penjaga
yang berfungsi untuk memastikan sama ada oksigen dan karbon dioksida untuk keluar atau
masuk .

PENCIPTAAN TUMBUH-TUMBUHAN MENURUT AL-QURAN

Sebelum bumi ini ditetap oleh tumbuh-tumbuhan begitu juga makhluk hidup yang lain ,
bumi ini adalah planet yang mati dan Allah S.W.T menghidupkannya dengan menurunkan air
dari langit . Hal ini diperkuat dengan adanya ayat berikut yang terkandung dalam Al-Quran ;
Dan Allah menurunkan dari langit air dan dengan air itu dihidupkannya bumi sesudah
matinya
(Surah An Nahl : 65)
Begitu juga dengan ayat ini yang terkandung dalam Al-Quran ;
Dan dari air Kami jadikan segala sesuatu yang hidup , maka mengapakah mereka tiada
juga beriman
Maka jelaslah dari ayat ini menerangkan bahawa tumbuh-tumbuhan yang kini bediri tegak di
muka bumi ini ternyata terjadi daripada turunan air yang diturunkan oleh Allah S.W.T .
Dengan air yang diturunkan tersebut telah menumbuhkan pelbagai jenis tumbuhan . Dalam
ayat Al-Quran menjelaskan ;
....Maka Kami tumbuhkan dengan air itu berjenis-jenis tumbuhan yang bermacam-macam
Setiap tumbuhan tidak mungkin dapat tumbuh kecuali dengan air yang telah diturunkan oleh
Allah S.W.T .
Jelas sekali dan tidak ragu-ragu bahawa dalil-dalil di atas telah menunjukkan kebesaran dan
kekuasaan Allah S.W.T .

TUMBUHAN DALAM PERSPEKTIF ISLAM

Tumbuhan merupakan salah satu makhluk hidup ciptaan Allah S.W.T yang memiliki
pelbagai manfaat. Tumbuh-tumbuhan memperolehi beberapa zat untuk dimanfaatkan oleh
makhluk hidup yang lain . Contohnya vitamin-vitamin dalam makanan , minyak dan glukosa
untuk memberi tenaga kepada makhluk hidup yang lain . Dalam firman Allah S.W.T menjelaskan
dalam Al-Quran :Dan Dialah yang menurunkan air hujan dari langit , lalu Kami tumbuhkan dengan air itu
segala macam tumbuh-tumbuhan maka Kami keluarkan dari tumbuh-tumbuhan itu tanaman
yang menghijau . Kami keluarkan dari tanaman yang menghijau itu butir yang banyak ; dan
dari mayang korma mengurai tangkai-tangkai yang menjulai, dan kebun-kebun anggur, dan
(Kami keluarkan pula) zaitun dan delima yang serupa dan yang tidak serupa . Perhatikanlah
buahnya di waktu pohonnya berbuah dan (perhatikan pulalah) kematangannya. Sesungguhnya
pada yang demikian itu ada tanda tanda (kekuasaan Allah) bagi orang-orang yang beriman.
(Surah Al-Anam : 99)
Tumbuhan mengalami proses pertumbuhan yang sangat rumit. Bermula dari berkecambah
dengan melakukan penyerapan air dari dalam tanah dan tumbuhan bermulah proses
perkembangannya . Biji benih yang menjadi kecambah kulit mula merobek untuk
perkembangannya. Seterusnya, tumbuhan akan mula mengeluarkan akar dan menjerumus ke
dalam tanah untuk mencari air dan masih panjang lagi perjalanannya untuk tumbuhan melalui
proses pertumbuhannya .
Semua proses pertumbuhan bermula dari permukaan yang mendapatkan siraman air ,
pergerakan , perkembangan dan pertumbuhan yang dilalui oleh tumbuhan dari proses mula
hinggalah proses akhir sebenarnya telah terangkum di dalam ayat ayat Al-Quran seperti dalam
kalimat ihtazzat yang bererti bergerak , warobat yang memiliki erti bertambah/berkembang ,
serta wa anbatat yang bermaksud menumbuhkan . Kata-kata yang telah disebutkan dalam AlQuran ini amat sesuai dengan apa yang telah dikemukakan dalam penelitian-penelitian ilmu
pengetahuan moden .

Dia-lah yang telah menurunkan air hujan dari langit untuk kamu , sebahagiannya menjadi
minuman dan sebahagiannya (menyuburkan) tumbuh-tumbuhan , yang pada (tempat
tumbuhnya) kamu menggembalakan tenakmu. Dia menumbuhkan bagi kamu dengan air hujan
itu tanam-tanaman; zaitun, kurma , anggur dan segala macam buah-buahan . Sesungguhnya
pada yang demikian itu benar-benar ada tanda (kekuasaan Allah) bagi kaum yang memikirkan
(Surah An-Nahl: 10-11)
Tumbuhan dibumi ini diciptakan oleh Allah berpasangan seperti manusia dan haiwan . Ada
yang jantan dan ada juga yang bertina . Dalam Al-Quran telah disebut ,
Maha Suci Tuhan yang telah menciptakan pasangan-pasangan semuanya ,baik dari apa yang
ditumbuhkan oleh bumi dan dari diri mereka mahupun dari apa yang tidak mereka ketahui
(Surah Yaasin : 36)
Dengan dalil Al-Quran ini , jelaslah bahawa tumbuh-tumbuhan mempunyai banyak
persamaan dengan makhluk hidup ciptaan Allah yang lain . Dengan ada nya jantina yang
berpasangan , makhluk-makhluk tersebut dapat melakukan proses reproduksi iaitu buah-buahan
yang hasilnya datang daripada bunga jantan dan bunga betina .
Setelah selesai proses reproduksi antara bunga-bunga tersebut , biji benih yang telah
dihasilkan akan terbuka untuk mengeluarkan akar . Akar tersebut akan menjerumus ke dalam
tanah untuk mendapatkan nutrien dari tanah . Nutrien tersebut amat diperlukan untuk anak-anak
pokok melakukan proses pertumbuhan dan pengembangannya lalu menghasilkan biji benih yang
baru . Dalam ayat Al-Quran telah menyebutkan ;
Surah Al-Anam ayat 95
Sesungguhnya Allah membelah butir tumbuh-tumbuhan dan biji buah-buahan

Banyak tumbuh-tumbuhan yang telah disebutkan oleh Allah S.W.T di dalam Al-Quran .
Tumbuhan tumbuhan tersebut memiliki banyak khasiat dan manfaatnya . Contohnya , tumbuhan
kurma , jahe , pokok tin dan lain-lain .

KEBESARAN DAN KEAJAIBAN TUMBUH-TUMBUHAN


i) Tumbuhan Menangis
Daun iaitu salah satu anggota yang terdapat pada tumbuh-tumbuhan telah diberi oleh Allah
S.W.T perangkat khusus untuk menangis . Mungkin fakta ini kurang untuk diterima pakai , tetapi
terdapat satu ayat di dalam Al-Quran yang mengukuhkan fakta ini mengenai tumbuhan
menangis.
Dan bahwasanya Dialah yang menjadikan (makhluk) tertawa dan menangis
(Surah An-Najm : 43)
Dalam ayat Al-Quran ini menjelaskan setiap makhluk hidup ciptaan Allah S.W.T mampu
menangis dan tertawa . Secara tidak langsung , ini merupakan salah satu tanda kebesaranNya dan
kekuasaanNya .

ii) Tumbuhan Bertasbih


Setiap makhluk hidup mampu bertasbih kepada penciptanya iaitu Allah S.W.T untuk
menunjukkan rasa syukur kepadaNya . Dalam ayat Al-Quran berfirman ;
Dan tiada suatu pun melainkan bertasbih dengan memuji-Nya , tetapi kamu sekalian tidak
mengerti tasbih mereka
(Surah Al-Isra : 44)
Dari ayat tetapi kamu sekalian tidak mengerti tasbih mereka jelas sekali menerangkan
makhluk hidup lain selain manusia iaitu tumbuh-tumbuhan mampu bertasbih kepada penciptanya
kerana tasbihnya tidak mampu difahami oleh manusia .

KESIMPULAN

Natijahnya , agama dan sains masing-masing memiliki kriteria dan ciri-ciri masing-masing
. Agama datangnya dari iman iaitu kepercayaan manusia terhadap Allah S.W.T . Ianya menjadi
kepercayaan rohaniah yang mempengaruhi sikap dan tindakan untuk beribadah kepada Allah .
Sedangkan sains mempunyai cirri-ciri ilmiah dan kaedah seperti yang sudah diungkapkan dalam
kajian para saintis yang asalnya diakaji melalui Al-Quran . Kedua-dua ilmu ini saling melengkapi
antara satu sama lain .
Selain itu , tumbuha juga merupakan salah satu makhluk hidup ciptaan Allah yang
memiliki banyak sekali manfaatnya . Tumbuhan ini juga dicipta oleh Allah berpasangan ada yang
jantan ada yang betina .
Seterusnya , tumbuhan mengalami proses yang sangat rumit . Bermula dari proses awal
hinggalah akhir . Tumbuh-tumbuhan yang disebutkan oleh Allah di dalam Al-Quran dan
tumbuhan tersebut memiliki banyak khasiat .
Akhir sekali , manfaat yang telah diberikan oleh tumbuhan dapatlah manusia menyedarkan
diri dengan kekuasaan dan kebesaran Allah SWT. Secara tidak langsung manusia akan tunduk
oleh kekuasaan Allah dan menghiasi diri mereke dengan amal ibadat dan zikir zikir seperti mana
jua dilakukan oleh tumbuh tumbuhan.

RUJUKAN
http://suka-cita-dan-cerita-kita.blogspot.my/2015/04/penciptaan-hewan-dan-tumbuhanmenurut.html?m=1

http://finaalfinaa.blogspot.my/2013/01/tumbuhan-dalam-perspektif-islam.html?m=1

http://www.sentra-edukasi.com/2011/06/struktur-jaringan-fungsi-daun.html?m=1

https://www.islampos.com

Você também pode gostar