Você está na página 1de 21

Bahagian Pembangunan Kurikulum

Januari
2015

MODUL 1: 1.2
Standard
kandungan:
Standard
pembelajaran:

1.2

Kepentingan reka bentuk dan teknologi

Masa:

180 minit

1.2.1 Menyenaraikan kepentingan reka bentuk


dan teknologi
1.2.2 Mengenalpasti peranan reka bentuk
1.2.3 Menerangkan etika reka bentuk
1.2.4 Meneroka kerjaya dalam bidang reka bentuk

NOTA RUJUKAN
1.2.1

Menyenaraikan kepentingan reka bentuk dan teknologi

Reka bentuk dan teknologi amat penting dalam kehidupan seharian kita.
Reka bentuk yang baik akan menjadikan kehidupan kita lebih mudah
dan selesa.
Antara kepentingan reka bentuk dan teknologi ialah:
1.
2.
3.
4.
5.

Penyumbang kepada perkembangan teknologi moden


Penyumbang kepada pembangunan sosial, sains dan teknologi
Memenuhi keperluan dan kehendak masyarakat
Pengubahsuaian untuk memudahkan manusia
Memupuk nilai inovatif dan kreatif

Bahagian Pembangunan Kurikulum

1.2.2

Januari
2015

Mengenalpasti peranan reka bentuk

Reka bentuk yang dihasilkan memainkan peranan yang perlu menepati


tujuan dan keperluan yang dikehendaki. Sesuatu reka bentuk yang baik
perlu mempunyai fungsi utama dan fungsi sampingan. Contohnya
telefon bimbit.
Fungsi utama telefon bimbit ialah sebagai alat komunikasi,
namun telefon bimbit juga mempunyai fungsi sampingan seperti
kalkulator, kamera, merakamvideo dan sebagainya.
1.2.3

Menerangkan etika reka bentuk

Setiap pereka bentuk perlu mematuhi garis panduan reka bentuk yang
harus dipatuhi.
1.
2.
3.
4.
5.

Tidak melakukan aktiviti plagiat


Menghasilkan produk yang selamat dan diyakini keberkesanannya
Menggunakan sumber yang mesra alam
Jujur dalam penentuan harga produk dan bahan
Produk yang dihasilkan memberi manfaat kepada semua pihak

Bahagian Pembangunan Kurikulum

1.2.4

Januari
2015

Meneroka kerjaya dalam bidang reka bentuk


Internet

Guru

Arkitek

Pelukis
Jurutera
Petani

Kerjaya
Dalam Reka
Bentuk

Pereka
fesyen

Usahawan
Doktor
Tukang masak

Buku
Rujukan

Peta bulatan: Kerjaya dalam reka bentuk

Bahagian Pembangunan Kurikulum

Januari
2015

PENGETAHUAN SEDIA ADA MURID


1. Murid dapat menggunakan elemen dan prinsip yang
dipelajari ke dalam reka bentuk.

KEPERLUAN BAHAN
1.
2.
3.
4.
5.
6.
7.

Contoh produk
Kertas Mahjong
Pen Marker
Blue tack
Gam
Gunting
Pensel/pen/ Warna Pensel

KEPERLUAN PERALATAN
1. LCD
2. Komputer

AKTIVITI
Mengenal pasti pengetahuan sedia ada murid

Set Induksi Guru menunjukkan satu produk (printer) contoh hasil reka
bentuk dan teknologi. Guru mengemukakan beberapa
soalan berkaitan contoh tersebut
a) Senaraikan kepentingan produk tersebut?
Langkah 1

1. Guru mengaitkan jawapan murid dengan tajuk


pelajaran hari ini.
2. Guru meminta setiap murid memilih satu produk reka
4

Bahagian Pembangunan Kurikulum

Januari
2015

bentuk dan teknologi


3. Murid diminta menyenaraikan beberapa kepentingan
produk reka bentuk dan teknologi dalam kehidupan.
(10 minit)

Langkah 2

Langkah 3

4. Murid memberi rumusankepentingan reka bentuk dan


teknologi berdasarkan hasil perbincangan dengan
bimbingan guru.
1. Guru dan murid berbincang mengenai fungsi
utamadan fungsi sampingan printer.
2. Guru meminta murid menyatakan fungsi utama dan
fungsi sampingan produk tersebut.
3. Guru dan murid bersama-sama membuat rumusan
hasil jawapan yang diperolehi.
1. Guru menunjukkan dua jenis produk (contohnya botol
air). Setiap produk mempunyai fungsi yang sama.
Berdasarkan produk yang ditunjuk, senaraikan etika
reka bentuk dalam penghasilan produk tersebut.
2. Murid membuat perbincangan dalam kumpulan.
Setiap kumpulan diberi masa 15 minit.
3. Setiap kumpulan membentangkan jawapan.
4. Guru mengaitkan jawapan murid dengan etika reka
bentuk.

Bahagian Pembangunan Kurikulum

Langkah 4

Januari
2015

1. Murid dibahagikan kepada lima kumpulan.


2. Guru memilih salah satu kerjaya dalam bidang reka
bentuk (Pereka fesyen pakaian).
3. Setiap kumpulan perlu memilih tema pakaian mengikut
kaum.
4. Setiap murid dalam kumpulan diminta membuat
lakaran rekaan pakaian. Kemudian lakaran tersebut
perlu digabungkan menjadi buku skrap.
5. Guru dan murid mengaitkan jawapan yang diberi
antara kerjaya dan produk yang dihasilkan dengan
reka bentuk.

Penutup

Murid bersama guru membuat rumusan topik pelajaran


yang telah dipelajari.

AKTIVITI 1
Mengenalpasti pengetahuan sediada

Langkah 1: Guru menunjukkan satu produk (printer) contoh hasil reka


bentuk dan teknologi.
Langkah 2: Setiap murid diminta mengenalpasti kepentingan produk
tersebut dalam kehidupan.
Langkah 3: Guru memilih beberapa orang murid secara rawak untuk
membacakan kepentingan produk yang disenaraikan.
Langkah 4: Guru mengaitkan jawapan murid dengan tajuk pelajaran.

Bahagian Pembangunan Kurikulum

Januari
2015

AKTIVITI 2
Mengenal pasti peranan reka bentuk

Langkah 1:

Setiap murid memilih satu produk reka bentuk dan teknologi.


Murid dikehendaki mengenalpasti fungsi utama dan fungsi
sampingan produk tersebut.

Langkah 2:

Guru memilih beberapa orang murid secara rawak untuk


membacakan kepentingan produk yang disenaraikan.

Langkah 3:

Guru membuat ulasan pada setiap pembentangan.

AKTIVITI 3
Menerangkan etika reka bentuk yang perlu dipatuhi

Langkah 1:
Langkah 2:

Kerja Berkumpulan
Arahan: Murid dibahagikan kepada beberapa kumpulan.
Setiap kumpulan diberi maklumat berkaitan etika reka
bentuk
Setiap kumpulan ditunjukkan dua botol air mineral yang
berlainan jenama. Dalam kumpulan, murid perlu
menyenaraikan etika reka bentuk berdasarkan produk yang
ditunjukkan.
Murid diberi tempoh selama 10 minit untuk perbincangan di
dalam kumpulan.

Langkah 3:
Langkah 4:

Setiap kumpulan dikehendaki membentangkan hasil


perbincangan.
Guru membuat ulasan pada setiap pembentangan.
7

Bahagian Pembangunan Kurikulum

Januari
2015

AKTIVITI 4
Meneroka kerjaya dalam bidang reka bentuk dan teknologi
Kerja Berkumpulan
Arahan: Murid dibahagikan kepada beberapa kumpulan.
Langkah 1:

Setiap kumpulan diminta memilih satu kerjaya.

Langkah 2:

Murid diminta membuat lakaran produkberdasarkan kerjaya


yang dipilih.
Pembentangan kumpulan murid merangkumi:
i. kerjaya
ii. produk yang dipilih
iii. kebaikan dan kelemahan produk dalam dunia reka
bentuk. (Contohnya rupa bentuk, saiz, kos, mesra alam
dan sebagainya).

Langkah 3:

Setiap kumpulan dikehendaki membentangkan hasil


perbincangan.

Langkah 4:

Guru membuat ulasan pada setiap pembentangan.

Bahagian Pembangunan Kurikulum

Januari
2015

PENILAIAN 1

Syarikat Ani telah mengeluarkan produk tudung jenama X pada tahun


2013 dan telah dipatenkan. Pada tahun yang sama, syarikat Ani
mendapati syarikat Fadia telah mengeluarkan reka bentuk dan jenis
fabrik tudung yang sama. Apakah kesalahan yang dilakukan oleh syarikat
Fadia dan senaraikan langkah-langkah yang perlu diambil oleh syarikat
Ani.
Syarikat

Keluaran Produk

Syarikat Ani

Syarikat Fadia

Tahun keluaran

Jun 2013

Oktober 2013

Rujukan:
1. https://id.wikipedia.org/wiki/Paten
2. http://www.kpdnkk.gov.my/
3. Sumber imej : Google
9

Bahagian Pembangunan Kurikulum

Januari
2015

MODUL 1 : 1.3
Standard
kandungan:
Standard
pembelajaran:

Masa:
1.3.1

1.3

Invensi , Inovasi dan Reka bentuk

1.3.1
1.3.2

Takrif Invensi dan Inovasi


Aplikasi prinsip invensi, inovasi dan inovasi dalam
kerjaya reka bentuk

1.3.3

Meneroka invensi, inovasi dalam reka bentuk


terkini

180 minit
Takrif Invensi dan Inovasi

Invensi adalah idea baru yang diilhamkan oleh pereka dalam mencipta
produk, konsep, ilmu, perkhidmatan (PROkip) atau proses yang baharu
yang belum pernah wujud sebelumnya.
Inovasi adalah sebagai proses pengubahsuaian dan penambahbaikkan
kepada produk sedia ada. Hal ini berlaku kerana setiap manusia
mempunyai kehendak yang berbeza mengikut perubahan teknologi,
ekonomi, perilaku sosial dan budaya dan iklim dunia. Contohnya inovasi
penggunaan telefon.

10

Bahagian Pembangunan Kurikulum

Januari
2015

1880
1995
2015
Kreativiti ialah penambahan dan pengubahsuaian yang dilakukan diluar
kebiasaan dari biasa yang akan menghasilkan PROkip yang unik dan
menarik.

Contoh produk : straw, klip kertas, belon


1.3.2

Aplikasi prinsip invensi, inovasi dan reka bentuk

Contoh Aplikasi: Perubahan Komputer

11

Bahagian Pembangunan Kurikulum

Januari
2015

1. Sumber invensi, inovasi dan reka bentuk boleh diperolehi berdasarkan


kepada pemerhatian, pandangan pengguna, pengalaman,
permasalahan dan pembacaan.
2. Memfokuskan kepada kehendak dan permasalahan pengguna
3. Menjadikan hasil PROkip lebih baik daripada sebelumnya dari segi
kecekapan, lebih mudah, kos, fungsi, penjimatan dan ancaman.
4. Mempelbagaikan PROkip agar dapat mencipta peluang baru dalam
kerjaya.
1.3.3 Meneroka invensi, inovasi dalam reka bentuk terkini
Meneroka invensi, inovasi dan reka bentuk berdasarkan kepada pemikiran
Einstein seperti aktiviti di bawah.
SITUASI
Situasi 1

Situasi 2

AKTIVITI

CADANGAN

Anda diberi seutas tali kasut, dalam tempoh


lima minit senaraikan fungsi untuk pelbagai
kegunaan pada satu-satu masa. (seutas tali
kasut untuk satu fungsi)

*Situasi ini juga


boleh
menggunakan
daun, batang
mancis, batang
(#jika anda boleh menyenaraikan lebih
aiskrim kayu,
ranting kayu,kotak,
daripada tiga puluh, bermakna tahap
surat khabar,
pemikiran anda seperti Einstein)
sabun ketul dan
sebagainya.
Mengikut
Senaraikan apa yang anda tidak boleh
dilakukan dengan seutas tali kasut pada satu- kesesuaian.
satu masa dalam tempoh lima minit. (seutas
tali kasut untuk satu fungsi)
Jika anda boleh menyenaraikan lebih
daripada empat belas, bermakna tahap
pemikiran anda seperti Einstein

12

Bahagian Pembangunan Kurikulum

Situasi 3

Melalui situasi 1, bangunkan satu produk


berdasarkan senarai yang boleh dilakukan
menggunakan tali kasut

Januari
2015

Gunakan kreativiti
untuk
membangunkan
produk

13

Bahagian Pembangunan Kurikulum

Januari
2015

PENGETAHUAN SEDIA ADA MURID


1. Murid telah memahami dunia asas reka bentuk dan kepentingan
reka bentuk.

KEPERLUAN BAHAN
Contoh produk
1. Kertas Mahjong
2. Pen Marker
3. Blue tack
4. Gam
5. Gunting
6. Pensel/pen/ Warna Pensel

KEPERLUAN PERALATAN
1. LCD
2. Komputer

AKTIVITI
Invensi , inovasi dalam reka bentuk

Set Induksi

Langkah 1

Guru menunjukkan penyangkut baju jenis dawai


1. Apakah fungsi penyangkut baju jenis dawai ?
2. Apakah yang anda boleh lakukan pada penyangkut
baju jenis dawai selain fungsi menyangkut baju?
Berikan contoh
1. Guru memilih murid secara rawak untuk menyenaraikan
jawapan
2. Guru mengaitkan jawapan murid dengan tajuk pelajaran
dan menunjukkan video penyangkut baju jenis dawai
14

Bahagian Pembangunan Kurikulum

Langkah 2

Januari
2015

1. Murid diberi dalam kumpulan. Setiap kumpulan diberi dua


hingga tiga orang.
2. Setiap kumpulan diberi dua helai kertas mahjong.
3. Setiap ahli kumpulan perlu memilih satu bahan maujud /
model 3D
4. Lakaran bahan maujud / model yang dihasilkan perlu
mempunyai elemen nilai tambah dari produk sedia ada
yang berada di pasaran

Langkah 3

1. Murid perlu membentangkan lakaran yang dihasilkan


dengan mengaitkan topik yang dipelajari
2.
Item

Invensi

Inovasi

Kreativiti

Masalah
Perbezaan
Fungsi
Implikasi
3. Murid diberi masa 10 minit untuk membentangkan

Langkah 4

4. Murid ditunjukkan seutas tali kasut


5. Setiap murid diberi seutas tali kasut, dalam tempoh lima
minit senaraikan fungsi untuk pelbagai kegunaan pada
satu-satu masa.
6. Murid menyenaraikan jawapan.
7. Guru memberitahu kepada murid (#jika murid boleh
menyenaraikan lebih daripada tiga puluh, bermakna
tahap pemikiran anda seperti Einstein
15

Bahagian Pembangunan Kurikulum

Langkah 5

Januari
2015

1. Senaraikan apa yang murid tidak boleh dilakukan pada


seutas tali kasut pada satu-satu masa dalam tempoh lima
minit.
2. Jika murid boleh menyenaraikan lebih daripada empat
belas, bermakna tahap pemikiran murid seperti Einstein

Penutup

Murid bersama guru membuat rumusan topik pelajaran


yang telah dipelajari.

AKTIVITI 1
Menyatakan pengetahuan sedia ada
Langkah 1:

Langkah 2:
Langkah 3

Guru menunjukkan penyangkut baju jenis dawai


3. Apakah fungsi penyangkut baju jenis dawai ?
4. Apakah yang anda boleh lakukan pada penyangkut
baju jenis dawai selain fungsi menyangkut baju?
Berikan contoh
Guru memilih murid secara rawak untuk menyenaraikan
jawapan
Guru mengaitkan jawapan murid dengan tajuk pelajaran
dengan menunjukkan video penyangkut baju jenis dawai

16

Bahagian Pembangunan Kurikulum

Januari
2015

AKTIVITI 2
Menghasilkan lakaran menggunakan prinsip invensi, inovasi
dalam rekabentuk
Kerja berkumpulan
Arahan : Murid diberi dalam kumpulan
Langkah 1:

Murid diberi dalam kumpulan. Setiap kumpulan diberi dua


hingga tiga orang.

Langkah 2:

Setiap kumpulan diberi sekeping kertas mahjong untuk


membuat lakaran
Setiap ahli kumpulan perlu memilih satu bahan maujud
Contoh : straw
Atau murid boleh membawa model dari rumah
Contoh : kereta mainan

Langkah 3:

Lakaran bahan maujud / model yang dihasilkan perlu


mempunyai elemen nilai tambah dari produk sedia ada
yang berada di pasaran
*Elemen nilai tambah mestilah boleh berfungsi dan
bermanfaat.

Langkah 4:

Murid perlu membentangkan lakaran di dalam kelas dan


melengkapkan jadual di bawah. Setiap kumpulan diberi
masa 10 minit
Item

Invensi

Inovasi

Kreativiti

Masalah
Perbezaan
Fungsi
Implikasi
Langkah 6:

Guru membuat ulasan bagi setiap pembentangan


17

Bahagian Pembangunan Kurikulum

Januari
2015

AKTIVITI 3
Meneroka invensi, inovasi dalam reka bentuk
Arahan: Murid perlu menyenaraikan tanpa melihat jawapan murid lain
Murid diberi seutas tali kasut, dalam tempoh lima minit senaraikan fungsi
untuk pelbagai kegunaan pada satu-satu masa. (seutas tali kasut untuk satu
fungsi)- peta bulatan
(#jika murid boleh menyenaraikan lebih daripada tiga puluh, bermakna
tahap pemikiran murid seperti Einstein)
Senaraikan apa yang murid tidak boleh dilakukan pada seutas tali kasut
pada satu-satu masa dalam tempoh lima minit. (seutas tali kasut untuk satu
fungsi)- peta bulatan
Jika murid boleh menyenaraikan lebih daripada empat belas, bermakna
tahap pemikiran murid seperti Einstein

18

Bahagian Pembangunan Kurikulum

Januari
2015

PENILAIAN

Pembentangan hasil kerja


Murid diminta menyediakan dan mengisi jadual di bawah
Contoh :
Item

Invensi

Inovasi

Kreativiti

Masalah
untuk
minum

Perbezaan Straw dicipta


Fungsi
untuk
membolehkan
air disedut

Contoh
Implikasi

Air disedut dari pelbagai


kedudukan dan berfungsi
sebagai sudu

Memudahkan
Satu tarikan kepada pengguna,
pengguna
memudahkan pesakit atau orang
untuk minum
awam
tanpa
mengangkat
bekas minuman

Boleh diminum
secara
langsung dan
dibawa dalam
poket atau tas
tangan
Tidak
memerlukan
alat
tambahan ,
ringan dan
kecil

19

Bahagian Pembangunan Kurikulum

Januari
2015

Rujukan :
1. https://www.youtube.com/watch?v=apaGuRZaey8
(Creative simple ideas using clothes hangers)
2. http://anuarena.blogspot.my/2010/12/idea-kreativiti-dan-inovasi.html
3. http://www.penggagas.com/7-pemikiran-albert-einstein-yang-patutmenjadi-renungan-kita/
4. Sumber imej : Google

20

Bahagian Pembangunan Kurikulum

Januari
2015

21

Você também pode gostar