Escolar Documentos
Profissional Documentos
Cultura Documentos
0 PENGENALAN
Menurut Kamus Dewan (1996), guru bermaksud orang yang mengajar, pendidik,
pengajar, dan pengasuh. Pendidikan perguruan memainkan peranan penting bagi pencapaian
matlamat pendidikan sesebuah negara. Guru merupakan individu yang memainkan peranan
untuk memberi fokus kepada pemerolehan kemahiran dan keterampilan di samping keperluan
menerapkan
sekolah.
Politik adalah perkara subjektif, ada sebahagian pihak melihatnya sebagai wadah penyebaran
pelbagai maklumat, ada pula yang menganggapnya sebagai ancaman. Asalkan perkara ini
masih berada pada paksi yang betul, tiada salahnya mengambil tahu atau membabitkan diri
dalam politik.
Menurut Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa
Mohamed ketika itu menjelaskan bahawa suara guru dalam politik negara sangat diperlukan
kerana mereka merupakan entiti yang diterima masyarakat dan langkah itu sebenarnya
memberikan kesan positif kepada negara. Implikasi positif apabila guru terlibat dengan politik
ialah bakal melahirkan kepimpinan yang berkaliber, berintegriti, dihormati dan disegani. Beliau
juga memberikan nasihat supaya guru mementingkan kerjaya dan tidak menjejaskan prestasi
di sekolah kerana jika itu berlaku ia boleh menjejaskan pelajar..
Kenapa guru terlibat dalam politik adalah kerana faktor pengimbang bagi kemerdekaan
yang telah dilalui dahulu dengan realiti semasa yang masih dalam peringkat baharu. Jadi guru
adalah entiti yang paling sesuai untuk menerangkan dan menjelaskan mengapa kita menjadi
negara yang mempunyai masyarakat majmuk, mengapa negara kita dalam keadaan aman
damai sedangkan banyak perbezaan yang ketara dalam setiap bangsa dan etnik dan mengapa
anak-anak Melayu perlu memahami kepentingan mengundi ketika pilihanraya dan apa itu
sistem demokrasi berparlimen dan raja berperlembagaan. Justeru, tidakada salahnya apabila
seorang guru itu diberi peluang untuk terlibat dalam politik negara tidak kira sama ada kerajaan
atau parti pembangkang.
Selain itu, punca kenapa guru terlibat dalam bidang politik adalah kerana guru muda
lepasan univerisiti dalam dan luar negara boleh dikategorikan mempunyai kelulusan
professional yang boleh digemblengkan bagi memperkasakan parti politik, malahan golongan
ini juga akan memberi nafas baru dengan cetusan idea yang bernas untuk dimanfaatkan oleh
semua pihak. Namun begitu, guru tetap dilarang keras untuk menyebarkan dakyah atau
fahaman politik di sekolah kerana kita sedia maklum bahawa tanggungjawab seorang guru
adalah untuk mengajar dan menyampaikan ilmu. Selain itu, guru perlu mematuhi syarat-syarat
yang dikenakan dalam pekeliling tersebut agar tugas dan fokus utama iaitu mendidik tidak
terjejas dengan pembabitan mereka dalam politik. Tindakan tatatertib akan dikenakan sekiranya
guru melanggar syarat yang telah diberikan di bawah Peraturan 4(2)(i), Peraturan-Peraturan
Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993.
3
Dalam satu petikan buku Pak Lah dan Pendidikan, antara perbualan yang sempat
dirakamkan adalah mengenai pendapat beliau tentang isu guru berpolitik. Pak Lah mengatakan
bahawa Tidak ada siapa yang boleh menafikan sejarah bahawa dahulu guru antara penggerak
dalam politik tanah air, guru sebagai penggerak semangat kebangsaan dan guru sebagai
penyumbang utama dalam gerakan nasionalisme yang telah membawa kita ke arah perjuangan
untuk menuntut kemerdekaan sehingga berjaya.
Terdapat pelbagai implikasi yang akan timbul apabila guru atau pegawai perkhidmatan
awam melibatkan diri dalam aktiviti berpolitik sama ada positif dan negatif. Namun sebagai
seorang guru mereka hendaklah bijak mengimbangi situasi dan keadaan semasa sekiranya
ingin melibatkan diri dalam aktiviti politik. Jika seorang guru terlalu taksub dengan politik ia akan
menjejaskan kerjayanya sebagai guru dan tidak dapat melaksanakan amanah yang diberikan
dengan sebaiknya.
Selain itu, langkah membenarkan guru lepasan ijazah untuk memegang jawatan dalam
parti dijangka mampu melahirkan generasi akar umbi yang lebih dekat dan mesra dengan
rakyat. Guru, sebagai golongan pendidik yang dibekalkan dengan disiplin dan moral yang tinggi,
diharap dapat meningkatkan semula mutu politik rakyat di negara ini, yang semakin merosot
sekarang. Kerana profesion perguruan terikat dengan peraturan yang melarang mereka
daripada menjalankan perniagaan, maka guru yang mempunyai jawatan dalam parti masih
sukar untuk menggunakan kedudukannya bagi kepentingan diri
Seterusnya, implikasi yang tidak baik akan berlaku sekiranya guru terlalu melebihkan
politik hingga mengabaikan tugas sebagai pendidik, maka akan berlakulah ketidakseimbangan
konsep belajar dan mengajar di sekolah kepada guru tersebut. Hal ini disebabkan oleh sifat
guru yang dibenarkan berpolitik terlalu bercita-cita tinggi dalam politik maka isu prestasi di
sekolah sudah menjadi tidak penting kepada guru tersebut. Maka masalah anak murid
diabaikan kerana guru lebih mengutamakan hal-hal politik akan berleluasa terjadi. Kegusaran
yang ditimbulkan oleh masyarakat adalah berkaitan dengan manipulasi tugas sebagai
seorang sebagai guru. Kebimbangan yang timbul adalah kerana guru akan menghabiskan
masa dengan berpolitik, menggunakan ruang kelas sebagai medan menitipkan ideologi
politik, dan menggunakan sekolah sebagai lubuk politik.
Tugas hakiki guru adalah untuk membentuk generasi muda negara menjadi manusia
berguna. Sedangkan, tugas-tugas lain seperti kemasyarakatan, politik, ekonomi adalah tugas
sampingan kepada seorang guru. Jika tugas mendidik telah selesai barulah guru boleh
menumpukan kepada perkara-perkara lain. Guru-guru Gred DG45 hingga DG48 adalah guruguru yang terlibat dengan pentadbiran di sekolah contohnya Ketua Bidang, Penolong Kanan
dan Pengetua sendiri. Tidak dapat tidak, tugas guru bagi gred tersebut sudah tersedia berat di
sekolah maka jika mereka terlibat dengan politik mereka tidak ada pilihan lain kecuali terpaksa
melepaskan tanggungjawab pentadbiran di sekolah.
Guru-guru yang berprestasi baik di sekolah akan diberi tanggungjawab besar dalam
pentadbiran. Oleh sebab itu, jika mereka terlibat dalam politik maka kerja-kerja pentadbiran
sekolah terpaksa dikosongkan. Kekosongan ini akan merugikan sekolah, guru-guru, pelajar dan
ibu bapa kerana guru yang bekerja dengan penuh dedikasi ini telah memberikan fokus mereka
terhadap politik. Guru-guru baik dari segi pengurusan masa dan tanggungjawabnya .juga
diperlukan untuk berperanan dalam politik.
Tambahan lagi, jika guru yang dibenarkan berpolitik bercita-cita tinggi dalam politik maka
isu prestasi sekolah sudah tidak menjadi agenda penting dalam dirinya. Malah ada guru yang
menjadi berat sebelah semasa menjalankan tugas. Bagi mengelakkan masalah diskriminasi ini
maka hendaklah dipastikan politik dalam negara ini kita berteraskan kepada kasih sayang mahu
menjaga rakyat dan negara dengan agama. Selagi agenda ini belum berjaya maka selagi itulah
masalah politik dalaman sekolah yang telah berlaku akan bertambah buruk selepas guru
dibenarkan terlibat secara aktif dalam politik.
Sikap guru terhadap profesion keguruan akan menentukan kejayaan atau kegagalan
dalam menyebarkan kurikulum. Sikap profesional guru penting dalam usaha untuk mencapai
hakikat sebenar. Seorang guru yang mempunyai sikap profesional yang tinggi akan berusaha
untuk memperbaiki kesalahan yang ada. Peranan guru sangat penting sebagai penyampai ilmu
pengetahuan dan kemahiran kepada para pelajar, malah guru berperanan sebagai sumber
untuk murid memperkembangkan kebolehan, minat dan bakat murid. guru perlu berinisiatif
untuk memupuk pemikiran profesional keguruan.
Akhir sekali, perkara yang paling penting kepada guru yang terlibat dengan politik ialah
guru tidak membawa sentimen isu politik masuk ke dalam bilik darjah. Guru perlu sedar
bahawa mereka tidak boleh terlalu ekstrem untuk menyokong mana-mana parti kerana akan
menjejaskan profesion mereka sekiranya mereka terlibat dalam demonstrasi atau tunjuk
perasaan yang ekstrem dan menyalahi undang-undang. Guru menerima gaji dan elaun untuk
mendidik anak bangsa sedangkan bidang politik yang diceburi hanyalah sebagai kerjaya
sambilan guru semata-mata. Secara keseluruhannya, isu kerjaya sambilan yang diulas ini
bukan saja melibat kerjaya sambilan malah turut merangkumi dari segi pengurus masa , dan
sekaligus melibatkan tanggungjawab dan amanah yang perlu dipikul oleh guru untuk mendidik
anak bangsa.
3.0 BIBLIOGRAFI
Boon P.Y (2002). Asas Kepimpinan dan Perkembangan Profesional Guru. Selangor: Oxford
Fajar Sdn. Bhd.
Fenstermacher & Richardson (2005). Quality Teaching And Teacher Education.
Sharil @ Charil Marzuki & Habib Mat Som (1999). Isu Pendidikan Di Malaysia, Sorotan Dan
Cabaran. Kuala Lumpur : Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd.
Syed Ismail & Ahmad Subki (2014) Asas Kepimpinan dan perkembangan Profesional.
Selangor: Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd.
Diakses pada 27 Jun 2016 dari http://.moe.gov.my.