Você está na página 1de 1

Apa itu perbezaan individu dan bagaimana anda mengaplikasikan

kemahiran mengenal pasti perbezaan individu di dalam bilik darjah.?


Setiap individu adalah berbeza di antara satu sama lain. Perbezaan individu adalah
keadaan di mana ketidaksamaan dalam aspek perkembangan fizikal, mental, emosi dan
juga sosial dalam kalangan individu. Perbezaan individu in berlaku atas dua faktor yang
utama iaitu faktor baka dan faktor persekitaran. Faktor baka ialah, di mana seseorang
individu berbez dari segi fizikal, mental, emosi dan juga sosial disebabkan mewarisi sifat
ibu bapa melalui gen ibu bapanya. Manakala, faktor persekitaran pula memperlihatkan
perbezaan individu dalam aspek-aspek fizikal, mental, emosi dan juga sosial berikutan
persekitaran seseorang itu dilahirkan dan dibesarkan.
Seterusnya, saya akan mengaplikasikan kemahiran mengenal pasti perbezaan
individu dengan menggunakan pelbagai kecerdasan iaitu kecerdasan linguistik,
kecerdasan

logikal-matematikal,

kecerdasan

visual-spatial,

kecerdasan

muzik,

kecerdasan tubuh kinestetik, kecerdasan interpersonal, kecerdasan intrapersonal, serta


kecerdasan alam sekitar. Pelbagai kecerdasan ini dapat membantu saya mengenal pasti
perbezaan murid dalam setiap jenis kecerdasan. Selain itu, terdapat juga cara-cara lain
untuk mengaplikasikan kemahiran mengenal pasti perbezaan individu. Antara yang
pertama adalah, menggunakan kaedah kumpulan mengikut kebolehan. Dalam langkah
ini, saya akan melihat kanak-kanak secara individu dan mengumpulkan mereka yang
sama atau hampir sama taraf kepada satu kumpulan. Saya akan mewujudkan tiga
kumpulan iaitu kumpulan A, B dan C. Kumpulan A terdiri daripada murid-murid yang
dianggap pandai, kumpulan B murid-murid sederhana manakala kumpulan C muridmurid yang lemah.
Dengan ini, saya akan dapat mengenal pasti punca kelemahan murid dan dapat
memberikan penumpuan yang sepenuhnya. Dalam beberapa bulan, besar kemungkinan
murid-murid yang lemah akan dapat meningkatkan lagi pencapaian iaitu setanding
dengan kumpulan B dan A.Seterusnya adalah melalui aktiviti pengayaan iaitu,
menyediakan satu program pengayaan berdasarkan tahap pencapaian dan kemahiran
asas yang ditunjukkan oleh para pelajarnya. Program ini merupakan satu corak aktiviti
pembelajaran yang membolehkan murid-murid mengembangkan sifat ingin tahu, daya
cipta,

bakat

kepimpinan,

minat

belajar,

semangat

berdikari,

motivasi

dan

memperluaskan lagi dalaman. Dengan ini, saya dapat mengenal pasti peringkatperingkat pencapaian murid.

Você também pode gostar