Você está na página 1de 3

AKTIVITI BERKALA KIOSK KEMAHIRAN BERFIKIR ARAS TINGGI (KBAT)

IPG KAMPUS PULAU PINANG


Semester 1, Tahun 2014
Tema: KBAT Pencetus Transformasi Minda

TARIKH / HARI : 10/04/2014 KHAMIS


TEMPAT : GELANGGARA
MASA : 4.30 6.30 PETANG
KUMPULAN AKADEMIK : PISMP T2MT AMBILAN JANUARI 2013
NAMA AHLI KUMPULAN AKADEMIK : SEPERTI DALAM LAMPIRAN
TAJUK AKTIVITI : SENI DALAM MATEMATIK
OBJEKTIF PAMERAN / AKTIVITI : MENDEDAHKAN PELAJAR MATEMATIK
MENGENAI BAHAN RESOS MATEMATIK YANG BOLEH DIPALIKASIKAN DALAM
PROSES P&P

Penerangan apa yang berlaku semasa pameran

Seperti sedia maklum pameran ini telah dijalankan bersama kelas yang lain iaitu
kelas T2 Sejarah. Tarikh dan masa telah dipersetujui iaitu pada 10 april bersamaan hari
Khamis pada jam 4.30 hingga 6.30 petang bertempat di Gelanggara. sambutan
daripada pameran itu agak menggalakkan terutamanya daripada pelajar-pelajar
PPISMP khususnya bagi bidang Matematik.
Pada jam 4.30 petang kami memulakan aktiviti KBAT yang bertemakan Seni
Dalam Matematik. Bagi pameran ini kami dibekalkan dengan dua buah meja untuk
mempamerkan segala bahan yang telah kami bina untuk dipertontonkan oleh pelajarpelajar guru yang lain. Pameran ini terbahagi kepada dua kiosk kecil iaitu pameran popup dan bentuk geometri serta bahan bantu belajar. Dalam menjayakan pameran ini
kami telah membahagi kepada dua kumpulan untuk menjaga kiosk tersebut.
Pada sejam yang pertama, pameran berjalan dengan rancak iaitu ramai pelajar
guru yang telah habis waktu interaksi datang melawat ke kiosk yang kami jalankan.
Pada waktu tersebut ramai yang telah tertarik dengan bahan-bahan yang dipemerkan
terutamanya pembuatan pop-up. Berbagai soalan ditujukan mengenai cara pembuatan
pop-up. Pelajar-pelajar kelas kami dapat menerangkan dengan baik mengenai soalansolan yang telah ditujukan oleh mereka.
Dalam pada itu, terdapt juga pensyarah-pensayarah yang datang melawat kiosk
KBAT pada waktu tersebut. Hal ini kerana kebetulan mereka melakukan kerja-kerja di
Gelanggara dan sempat meluangkan masa mengunjungi pameran tersebut. Sambutan
daripada pensyarah-pensyarah amat memberansangkan dan malah terdapat pengarah
daripada IPG lain iaitu IPG Kampus Darul Aman yang turut meluangkan masa melihat
hasil kerja yang telah kami lakukan. Pameran ini berjalan dengan lancar walaupun
terdapat sedikit kekangan iaitu kami sebagai majoriti penganut agama Islam perlu untuk
bersembahyang pada waktu peameran berlangsung. Oleh itu kami mengambil inisiatif
untuk melakukan giliran untuk bersembahyang agar pameran tersebut dapat diteruskan
dan sembahyang tidak juga ditinggalkan.

Selain itu, pada sejam yang terakhir keadaan mula reda. Bilangan pelajar guru
yang datang melawat sudah mula kurang. Hali ini kerana masa yang diperuntukkan
iaitu dua jam sangat mencukupi ditambah pula dengan bilangan pelajar guru yang
berada di IPG adalah sedikit kerana ramai yang terlibat dengan praktikum di luar
kampus. Oleh itu, kami mula bertukar-tukar dengan mengunjungi pameran yang
dijalankan oleh kelas T2 Sejarah dan mereka mengunjugi pamerang yang dijalankan
oleh kelas kami.
Tepat pukul 6.30 petang pameran yang dijalankan telah tamat. Kami mula
mengemas barang-barang pameran dan mengumpulkan segala peralatan yang tealh
dipinjam. Secara keseluruhanya perjalanan aktiviti KBAT ini berjalan dengan sempurna
dan mendapat sambutan yang menggalakkan daripada pelajar guru serta pensyarahpensyarah yang hadir.

Você também pode gostar