Você está na página 1de 11

PENGLIBATAN IBU BAPA DALAM PEMBELAJARAN ANAK-ANAK: KAJIAN

PERBANDINGAN KOREA DAN MALAYSIA


Mohd Amar Bin Md Arif (P66370), Aziani Binti Yusof (P63652)

GGGD6263 : PENDIDIKAN, PENDUDUK DAN ALIRAN EKONOMI

FAKULTI PENDIDIKAN
UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA
BANGI

2012
ABSTRAK
Kajian ini dijalankan bertujuan mengkaji sejauh mana penglibatan ibu
bapa dalam pendidikan anak-anak ketika di peringkat rendah yang
melibatkan perbandingan diantara dua kawasan dan negara berbeza
iaitu di sekitar negeri Selangor,Malaysia dan Seoul, Korea Selatan. Kajian
ini berfokus sepenuhnya kepada para ibu bapa sebagai sampel.
Responden bagi kajian ini keseluruhannya terdiri daripada para ibu bapa
yang dipilih secara rawak sebanyak 42 orang responden. Kajian tinjauan
ini menggunakan sepenuhnya soal selidik dalam mendapatkan data.
Persampelan rawak dilakukan dalam memilih sampel kajian. Data-data
yang diperolehi dianalisis dengan menggunakan SPSS ver. 18. Secara
keseluruhannya, dapatan kajian menunjukkan penglibatan ibu bapa di
Malaysia dan Korea Selatan dalam pembelajaran anak-anak adalah pada
tahap yang sederhana. Kajian ini mendapati penglibatan ibu bapa dalam
pendidikan anak-anak akan mempengaruhi anak-anak untuk berjaya
dalam hidup.
PENDAHULUAN
Ibu bapa yang mengemudi sesebuah institusi keluarga merupakan
peranan terpenting dalam melahirkan masyarakat yang harmonis,
berilmu, berdaya saing dan seterusnya melahirkan warga yang cemerlang
dalam mencapai wawasan yang seimbang antara kemajuan dan
pembangunan modal insan. Dalam institusi keluarga, ibu bapa merupakan
individu yang paling hampir dengan anak-anak dan mereka yang
mencorak perkembangan peribadi anak-anak bermula pada peringkat
kelahiran sehinggalah ke peringkat dewasa (Rohner, Ronald & Veneziano,
2001).

Menurut Tajul Ariffin (1990) ibu bapa berperanan dalam mewujudkan suasana
pembelajaran yang sesuai untuk anak-anak di samping membimbing mereka agar
mengamalkan proses belajar yang betul. Kedudukan dan peranan ibu bapa ialah soal yang
paling utama dalam pendidikan kerana keluarga dan persekitaran rumah merupakan tempat di
mana pendidikan asas bermula atau berlaku.Ibu bapa berperanan penting dalam membentuk
sikap yang positif dalam kalangan anak-anak mereka terhadap pendidikan.
LATAR BELAKANG
Sebagai seorang individu yang masih berada di alam persekolahan, anakanak terutamanya pada peringkat awal remaja memerlukan perhatian dan
keterlibatan ibu bapa secara langsung dan erat demi mempengaruhi arah
tuju anak-anak dan langkah yang diatur oleh anak-anak mereka tidak
akan terpesong. Anak-anak yang masih bersekolah pada peringkat awal
mahupun pertengahan masih memerlukan sokongan yang berbentuk
penglibatan ibu bapa dalam pembelajaran mereka di mana perkara ini
secara tidak langsung telah mewujudkan satu dorongan dan sokongan
moral yang kuat untuk anak-anak lebih berjaya dalam pelajaran.
Menurut Rohaty, (2003) peranan keterlibatan ibu bapa dalam proses
pendidikan amatlah penting bagi membentuk konsep kendiri anak-anak
mereka. konsep kendiri merupakan keseluruhan persepsi keseluruhan
seseorang terhadap dirinya sendiri sama ada berbentuk deskriptif
ataupun penilaian secara kognitif. Salah satu daripada kesan konsep
kendiri adalah ke atas pencapaian akademik. Tinggi atau rendahnya
pencapaian akademik adalah bergantung kepada positif atau negatifnya
tanggapan konsep kendiri seseorang terhadap pelajaran (Ishak, 2004) .
Justeru itu, kecemerlangan murid tidak dapat dicapai seandainya
penglibatan ibu bapa murid dalam program dan aktiviti sekolah tidak
dapat ditingkatkan (Henderson & Mapp 2000). Mengikut Shaverand &
Walls (1998) dan Epstein (2001), penglibatan ibu bapa bukan sahaja
hanya di sekolah malahan ibu bapa perlu melibatkan diri dalam
pendidikan anak-anak di rumah.
Menurut Morrison (1978) pengertian daripada penglibatan ibu bapa yang
komprehensif adalah proses aktualisasi daripada potensi ibu bapa, untuk membantu ibu bapa
mencari kekuatan, potensi dan bakatnya serta menggunakannya bagi diri mereka sendiri dan
keluarga. Penglibatan ibu bapa secara meluas diyakini menjadi penting bagi perkembangan
akademik awal kanak-kanak. Sebagai contoh, pembinaan penglibatan ibu bapa adalah tujuan
utama dari Jabatan Pendidikan Amerika Syarikat (Fantuzzo et al., 1999 dalam Arnold et al.
2008). dan merupakan landasan filosofis daripada Head Start (Administration for Children
and Families, 2006 dalam Arnold et.al 2008). Teori menunjukkan pentingnya penglibatan ibu
bapa dalam pembinaan kemahiran akademik sejak awal (Christenson, 2004).
Menurut Berger (1995), pengetua mempunyai 4 peranan kepimpinan dalam
penglibatan ibu bapa, iaitu sebagai sebagai pembina moral, pereka bentuk program, pembina
hubungan dengan ibu bapa dan penyelaras program penglibatan ibu bapa. Sedangkan ibu
bapa mempunyai beberapa peranan iaitu sebagai pembuat polisi, guru bagi anak-anaknya,
pihak yang digaji, sukarelawan yang bersifat sementara, atau sebagai penonton sahaja.
Menurut Gestwicki (2004) kekangan dalam membangun hubungan antara ibu bapa dan guru
bagi tujuan penglibatan ibu bapa, dapat dibezakan menjadi faktor dalaman dan faktor luaran.
Faktor dalaman mencakupi masalah antaranya keperibadian guru yang kurang suka
bersosialisasi dengan ibu bapa, perbezaan antara pengalaman guru dan ibu bapa sehingga
seringkali guru memandang ibu bapa kurang pengetahuan berbanding dengan guru yang
2

dilatih secara profesional. Faktor berikutnya ialah isu kepercayaan iaitu anggapan negatif
tentang kemampuan keluarga. Faktor luaran mencakupi masalah waktu yang dimiliki oleh
guru. Apabila falsafah sekolah dan tindakan administratif tidak menyokong perkongsian
dengan keluarga, guru tidak akan mempunyai waktu untuk meresponi ibu bapa.
Idea lama tentang penglibatan ibu bapa yang terlalu formal kurang menyokong
hubungan baik antara pihak sekolah dan ibu bapa (Swap, 1993 dalam Getswicki, 2004).
Selanjutnya guru yang terlalu sibuk menjadi kekangan dalam penglibatan ibu bapa. Hal ini
membuat ibu bapa enggan bertemu guru. Apabila dasar pentadbiran sekolah mempunyai
polisi yang melarang hubungan dan diskusi antara ibu bapa dan kakitangan sekolah, maka ibu
bapa kehilangan peluang untuk membangun hubungan dengan guru. Kekangan lain adalah
ibu bapa yang berminat terlibat tapi tidak ada pembantu rumah, bekerja, menganggap sekolah
membosankan dan tidak wujud komunikasi dua hala dalam mesyuarat (Rohaty dan Abu
Bakar, 1994).
PENYATAAN MASALAH
Dewasa ini menurut Lareau (2000), kekangan masa adalah faktor utama
yang menyebabkan ibu bapa kurang peka terhadap peranan mereka
dalam pendidikan anak-anak dan membiarkan anak-anak belajar tanpa
pemantauan. Keterlibatan ibu bapa di rumah mahupun di sekolah secara
berterusan didapati berkait rapat dengan pencapaian akademik anakanak (Christenson, Rounds & Gorney 1992; Izzo et al. 1999; Keith &
Lichtman 1994; Miedel & Reynolds 1999; Shaverand & Walls 1998).
Namun, tumpuan kajian tentang penglibatan ibu bapa masih lagi
tertumpu kepada murid di tahap awal persekolahan sahaja,(Arnold, Zeljo
& Doctorof 2008).
Manakala di peringkat lebih tinggi tidak diberi fokus lantaran umum
beranggapan bahawa pelajar atau anak-anak pada peringkat ini sudah
pandai untuk membawa dan menguruskan diri sendiri. Hal ini akan
memburukkan keadaan anak-anak di peringkat awal remaja atau
peringkat awal sekolah menengah lantaran penumpuan ibu bapa hanya
lebih diberikan kepada peringkat awal persekolahan. Penglibatan ibu bapa
yang semakin berkurangan dalam pembelajaran dan aktiviti sekolah dari
semasa ke semasa setelah anak-anak mereka semakin membesar akan
memberikan kesan terhadap pencapaian pelajar (West et al.1998).
Taraf latar belakang ekonomi dalam institusi keluarga turut memainkan peranan
penting dalam mempengaruhi keterlibatan ibu bapa terhadap pembelajaran anak-anak.
Menurut Rohaty (2003) menyatakan ibu bapa dari keluarga miskin di Malaysia kurang
memperhatikan tentang pentingnya pembentukan kendiri pada usia awal ini. Keadaan di
rumah kurang merangsangkan pembelajaran di persekitaran mereka (Arnold, Zeljo &
Doctoroff, 2008). Akhirnya ibu bapa kehilangan peluang untuk mengembangkan anakanaknya secara maksima (Ishak, 2004).
TUJUAN DAN OBJEKTIF KAJIAN
Kajian ini secara umumnya bertujuan untuk meninjau perbandingan tentang sejauh manakah
keterlibatan ibu bapa dalam pembelajaran anak-anak dalam era zaman yang membangun kini
berdasarkan kepada dua latar belakang Negara yang berbeza iaitu Malaysia dan juga Korea
Selatan. Berdasarkan kepada tujuan kajian yang dinyatakan di atas, maka objektif kajian ini
ialah:
i.
Mengkaji tahap penglibatan ibu bapa dalam memberi penumpuan terhadap
pembelajaran anak-anak di Malaysia?
3

ii.
iii.
iv.
v.

Mengkaji tahap penglibatan ibu bapa dalam memberi penumpuan terhadap


pembelajaran anak-anak di Malaysia?
Mengkaji samaada terdapat perbezaan antara keterlibatan ibu bapa dalam
pembelajaran anak-anak bagi dua latar belakang negara yang berbeza?
Mengkaji samaada terdapat hubungan yang signifikan antara perbezaan tahap
pendidikan dengan keterlibatan ibu bapa dalam pembelajaran anak-anak di Malaysia?
Mengkaji samaada terdapat hubungan yang signifikan antara perbezaan tahap
pendidikan dengan keterlibatan ibu bapa dalam pembelajaran anak-anak di Malaysia?

PERSOALAN KAJIAN
Bagi mencapai tujuan kajian yang disebutkan, kajian ini dirangka bagi menjawab beberapa
persoalan kajian seperti berikut;
i.
Apakah tahap penglibatan ibu bapa dalam memberi penumpuan terhadap
pembelajaran anak-anak di Malaysia?
ii.
Apakah tahap penglibatan ibu bapa dalam memberi penumpuan terhadap
pembelajaran anak-anak di Korea Selatan?
iii.
Adakah terdapat perbezaan antara keterlibatan ibu bapa dalam pembelajaran anakanak bagi dua latar belakang negara yang berbeza?
iv. Apakah terdapat hubungan antara perbezaan tahap pendidikan dengan keterlibatan
ibu bapa dalam pembelajaran anak-anak di Malaysia?
v. Apakah terdapat hubungan antara perbezaan tahap pendidikan dengan keterlibatan
ibu bapa dalam pembelajaran anak-anak di Korea?
KEPENTINGAN KAJIAN
Dapatan kajian ini akan sangat bermanfaat bagi pihak ibu bapa, sekolah, guru-guru dan pihak
kerajaan kerana memberikan gambaran sejauh mana amalan penglibatan ibu bapa dalam
pendidikan dan pembelajaran anak-anak, dan menggalakkan pihak kerajaan untuk membuat
kurikulum yang lebih banyak dan sesuai untuk melibatkan ibu bapa dalam pendidikan yang
terkini.
KERANGKA TEORI KAJIAN
Kerangka teori yang dibina dalam kajian ini akan melihat beberapa pemboleh ubah atau
aspek penting dalam keterlibatan ibu bapa terhadap pembelajaran anak-anak. Teori
Pembelajaran Sosial menjadi asas kepada kajian ini di mana tingkah laku bertanggungjawab
ibu bapa berdasarkan teori ini adalah sesuai dan saling bergantungan serta dapat mencetus
kepada keterlibatan ibu bapa terhadap pembelajaran anak-anak. Hal ini seterusnya dapat
merangsang kepada peningkatan pencapaian pendidikan. Secara umumnya, dapatlah
digambarkan hubungan antara Teori Pembelajaran Sosial dengan penglibatan ibu bapa
terhadap pembelajaran anak-anak adalah seperti
berikut :
Penglibatan
ibu bapa
dalam
pembelajara
n anak-anak.

Teori Pembelajaran Sosial

RAJAH 1 : Perkaitan antara Teori Pembelajaran Sosial dengan Peglibatan Ibu Bapa dalam
pembelajaran anak-anak.
Terdapat beberapa aspek yang dilihat dalam kajian ini dan mempunyai perkaitan
dengan Teori Pembelajaran Sosial di mana teori umum mengenai tingkah laku manusia yang
ditekankan dalam Teori Pembelajaran Sosial ini dapat menjelaskan kesan tingkahlaku
manusia terhadap persekitarannya. Merujuk kepada teori ini, sikap ibu bapa yang cenderung
melibatkan diri terhadap pembelajaran anak-anak akan mendapat hasil timbal balik apabila
anak-anak mereka menunjukkan peningkatan dalam pendidikan.
Teori Pembelajaran Sosial oleh Albert Bandura merupakan satu teori umum mengenai
tingkah laku manusia.Teori Pembelajaran Sosial menekankan kepentingan memerhati dan
memodel tingkah laku, sikap, dan reaksi emosi orang lain. Bandura (1977), menerangkan
tingkah laku manusia dari segi interaksi timbal-balik yang berterusan antara pengaruh
kognitif, tingkah laku, dan persekitaran. Proses komponen yang menjadi dasar kepada
pembelajaran melalui pemerhatian ini adalah pertama,iaitu perhatian termasuklah peristiwa
yang dimodelkan dan ciri-ciri pemerhati. Manakala yang kedua, pengekalan iaitu termasuklah
pengkodan simbolik, penyusunan kognitif, latihan simbolik dan, latihan motor, dan yang
ketiga, penghasilan semula motor, termasuklah kemampuan fizikal ketepatan tindak balas,
dan motivasi.
Teori Pembelajaran Sosial Bandura (1997) menekankan tentang peranan persekitaran
dalam pembentukan peribadi manusia. Menurut teori ini, masyarakat yang mendefinisikan
tugas dan peranan remaja serta norma-norma yang berkaitan dengan tingkah laku. Manusia
pula akan membentuk perasaan, nilai dan tingkah laku melalui permerhatian terhadap apa
yang dilakukan oleh ahli masyarakatnya. Bandura (1997) juga berpendapat, kanak-kanak dan
remaja banyak belajar melalui peniruan. Menurutnya, tingkah laku remaja terhasil akibat
daripada pengalaman pengasuhan kanak-kanak.
Oleh itu, kebanyakan tingkah laku anak-anak adalah mengikut kehendak masyarakat
dan ibu bapa terutamanya. Manakala, tingkah laku yang menyeleweng pula adalah akibat
asuhan dan proses sosialisasi yang kurang sempurna dan betul. Hasil daripaada kebiasaan dan
tingkah laku yang dicontohi inilah seterusnya membentuk kepada perubahan-perubahan
dalam masyarakat seterusnya menghasilkan perubahan dalam persepsi terhadap masyarakat.
Hal ini seterusnya dilihat sebagai tradisi dan menjadi budaya yang diamalkan. Apabila
berlakunya pemerhatian anak-anak melalui tingkah laku ibu bapa berdasarkan kepada teori
ini, maka anak-anak secara tidak langusng akan memberi respon terhadap perlakuan ibu bapa
mereka yang mengambil berat dan melibatkan diri dengan aktif terhadap pembelajaran
mereka. Seperti yang dinyatakan oleh Bandura (1977) proses timbal balik akan berlaku dan
hal ini mendorong anak-anak untuk lebih bermotivasi dalam pelajaran.
Bruner (1960) yang turut mendukung teori in pula turut berpendapat, dalam keadaan
normal manusia mampu belajar dengan cara menemui sendiri perkaitan untuk membuat
keputusan sendiri berdasarkan kepada pelbagai rangsangan yang terdapat di alam sekeliling
mereka. Menurut beliau, proses pengajaran yang menggunakan kaedah ini dapat
menggalakkan pelajar mencapai celik akal dengan melalui pemikiran mereka sendiri.
Manakala individu luar hanya berfungsi sebagai pemberi pandangan serta mengemukakan
saranan tanpa cuba mengolah dan mempengaruhi tingkah laku seseorang pelajar. Maka hal
ini secara tidak langsung menjurus dan menyokong kepada tingkah laku atau permodelan
positif yang boleh dipamerkan oleh ibu bapa melalui keterlibatan mereka dalm pembelajaran
anak-anak atau golongan pelajar ini. Oleh itu Teori Pembelajaran Sosial dilihat dapat
berfungsi untuk memenuhi aspirasi tersebut.

TINJAUAN KEPUSTAKAAN
Ismail Ibrahim (2002) menyatakan bahawa ibu bapa mempunyai peranan yang amat penting
dalam mencorakkan keperibadian anak-anak menerusi didikan yang sempurna dalam suasana
yang harmoni sejak di peringkat bayi lagi hingga ke peringkat mereka memasuki alam
universiti. Semuanya ini dapat diatasi dengan memberikan mereka asuhan yang betul, didikan
yang sempurna, perhatian yang secukupnya dan lebih-lebih lagi kasih sayang terhadap anakanak supaya anak- anak lebih rapat dengan ibu bapa mereka. Dengan ini, mereka akan
meluahkan apa sahaja kemusykilan yang menghantuinya.
Knollman, et al., (2007) pula berpendapat bahawa para ibu bapa boleh membantu
mempertingkatkan keupayaan anak-anak dalam menyelesaikan tugasan di rumah dengan
mengutamakan tugasan anak, menunjukkan minat terhadap tugasan anak, mengetahui tentang
kehendak tugasan anak, mengatur masa dan tempat belajar anak dan menyelesaikan tugasan,
mengawasi tugasan harian anak serta menyemak tugasan yang telah diselesaikan oleh anak.
Marchant, et al., (2001) dalam kajian mereka mendapati ibu bapa merupakan faktor
dalam menggalakkan anak-anak mencuba. Ibu bapa yang mengambil tahu tentang keinginan
dan cita-cita anak-anak, memberikannya perangsang dan sokongan terhadap apa yang dicitacitakan oleh anak mereka, lebih berjaya dalam pelajaran. Ibu bapa yang memastikan anakanak mereka mempunyai masa yang terancang dengan memantau dan melihat apa yang anakanak lakukan dalam masa mereka berada di rumah dan mewujudkan keadaan di rumah yang
selesa untuk belajar tanpa ada banyak gangguan memberi kesan ke atas pencapaian akademik
anak.
Sementara Houtenville, et al. (2008) mengkaji penglibatan ibu bapa dalam mengawasi
anak-anak. Dapatan kajian mendapati anak-anak remaja mereka akan menyiapkan kerja
rumah yang diberi mengikut jadual, pencapaian yang diperoleh dalam mata pelajaran tertentu
meningkat dan lebih ramai para ibu bapa mengetahui apa yang anak-anak remaja mereka
belajar dalam kelas. Selain itu, para ibu bapa juga tahu bagaimana untuk membuat
pemantauan, menyokong dan berbincang dengan anak-anak semasa berada di rumah.
Kajian yang telah dijalankan oleh Aminah Ahmad, et.al. ( 2011 ) mendapati bahawa
berdasarkan Keputusan analisis korelasi Pearson pula membuktikan terdapatnya hubungan
yang signifikan antara perbincangan (r = 0.731, p < 0.01), penjagaan (r = 0.737, p < 0.01) dan
komunikasi ( r = 0.691, p < 0.01) di rumah dengan pencapaian akademik pelajar. Analisis
regresi pula mendapati penglibatan ibu bapa memberi sumbangan 74.5% ke atas pencapaian
akademik pelajar. Namun begitu, berdasarkan kepada analisis deskriptif pula menunjukkan
hasil dapatan yang menunjukkan perbincangan ibu bapa dengan anak di rumah mempunyai
nilai min yang rendah iaitu 2.56, penjagaan mempunyai nilai min rendah (2.66) manakala
nilai min komunikasi ibubapa dan anak di rumah pada tahap sederhana (3.33).
Seterusnya, melihat pula kepada kajian yang telah dijalankan oleh Abd.Razak
Zakaria, et.al. (2011) berdasarkan analisis regrasi yang dijalankan telah menunjukkan bahawa
komponen konteks keluarga memberikan sumbangan 44.5 peratus daripada penglibatan ibu
bapa dirumah berbanding hanya 16.0 peratus penglibatan ibu bapa di sekolah. Secara
keseluruhan, didapati konteks keluarga memberikan sumbangan 41.1 peratus untuk
penglibatan (rumah dan sekolah). Manakala faktor bangsa, bilangan adik-beradik, tahap
pendidikan ibu, tahap pendidikan bapa, pekerjaan ibu dan pekerjaan bapa hanya berkorelasi
secara signifikan dengan penglibatan ibu bapa di rumah. Kajian ini mendapati penglibatan
ibu bapa dalam pendidikan ketika anak-anak di sekolah menengah bukan faktor utama anakanak mereka berjaya dalam pelajaran.
Dalam satu kajin yang telah dijalankan di Amerika Syarikat, Lareau (2000)
menyatakan bahawa status sosio ekonomi keluarga telah diketahui di Amerika Syarikat dan
6

Eropah sebagai salah satu elemen yang sangat berkuasa yang berhubungan dengan
penyertaan ibu bapa dalam pendidikan anak-anaknya. Semakin tinggi status sosio ekonomi
ibu bapa semakin tinggi penglibatan mereka. Dapatan ini selari dengan kajian Nelavathi
(2004), Mardziah (2006), Arnold et al (2008), Yamamoto (2006) dan Castro et al (2004).
Arnold et al (2008) juga mendapati bahawa status ibu atau bapa tunggal menjadi pengantara
bagi hubungan antara status sosio ekonomi (SSE) dan penglibatan ibu bapa.
Kajian Yamamoto mendapati bahawa ibu bapa yang mempunyai SSE yang lebih
tinggi cenderung lebih banyak terlibat dalam mengakses sumber-sumber maklumat formal
dan untuk terlibat dalam membaca di rumah sehari-hari tetapi mereka kurang terlibat untuk
berpartisipasi di sekolah. Sedangkan ibu bapa daripada golongan SSE sederhana mempunyai
keyakinan yang lebih tinggi daripada kelompok SSE rendah dalamberinteraksi dengan guru
dan menyediakan sokongan serta nasihat bagi anak-anak mereka (Lareau, 2003 dalam
Yamamoto, 2006). Ibu bapa daripada golongan SSE rendah cenderung menganggapnya
sebagai tanggungjawab daripada guru-guru sahaja sehingga mereka kurang terlibat dalam
pendidikan anak-anaknya (Lareau, 2000 dalam Yamamoto, 2006).
METODOLOGI KAJIAN
Kajian ni merupakan satu kajian kualitatif yang melibatkan perbandingan antara dua buah
negara iaitu Malaysia dan juga Korea selatan. Data yang diperolehi adalah daripada soal
selidik yang ditadbir di kedua-dua buah negara ini. Sebanyak 42 soal selidik telah diedarkan
di mana 21 di Korea dan 21 di Malaysia. Data yang diperolehi adalah dalam bentuk data
mentah (raw data) dan dianalisis dengan menggunakan perisian SPSS ver. 18. Analisis data
melibatkan statistik deskriptif.
DAPATAN DAN PERBINCANGAN
Berdasarkan data yang diperolehi, pengkaji telah menganalisis data dengan menggunakan
statistik deskriptif dalam mencari nilai kekerapan, mendapatkan nilai min serta nilai korelasi
bagi menjawab semua persoalan kajian.
malaysia_jam_bantu_anak_belajar
Frequency
Percent
Valid Percent

Valid

kurang dai 1 jam


1-3 jam
3-5 jam
Total

6
11
4
21

28.6
52.4
19.0
100.0

28.6
52.4
19.0
100.0

Cumulative
Percent
28.6
81.0
100.0

Jadual 1: Masa yang diperuntukkan oleh ibu bapa di Malaysia untuk membantu anak-anak
menyiapkan kerja sekolah dalam masa sehari

korea_jam_bantu_anak
Frequency
Percent
Valid

kurang daripada 1 jam

42.9

Valid Percent
42.9

Cumulative
Percent
42.9

1-3 jam
3-5 jam

9
3
21

Total

42.9
14.3
100.0

42.9
14.3
100.0

85.7
100.0

Jadual 2: Masa yang diperuntukkan oleh ibu bapa di Malaysia untuk membantu anak-anak
menyiapkan kerja sekolah dalam masa sehari
Jadual 1 dan Jadual 2 menunjukkan tempoh masa yang diperuntukkan oleh ibu bapa di
Malaysia dan juga Korea untuk membantu anak-anak menyiapkan kerja sekolah seharian.
Berdasarkan analisis data yang diperolehi, didapati bahawa 52.4% ibu bapa di Malaysia
menghabiskan masa selama 1-3 jam sehari untuk membantu anak-anak menyiapkan kerja
sekolah manakala di Korea, dapatan kajian menunjukkan peratusan ibu bapa yang
menghabiskan masaselama kurang daripada 1 jam dan 1-3 jam sehari untuk membantu anakanak menyiapkan kerja sekolah adalah sama iaitu 42.9%. Hal ini menunjukkan bahawa, baik
di Malaysia, mahupun di Korea Selatan, tahap penglibatan ibu bapa dalam memberi
penumpuan terhadap pembelajaran anak-anak adalah sederhana.

Mean
N
Std. Deviation

Report
malaysia_keker korea_kekerapa
apan_membant n_memeriksa_k
u_anak
erja_sekolah
2.62
2.90
21
21
.865
.831

Jadual 3: Penglibatan ibu bapa di Malaysia dan Korea Selatan dalam pembelajaran anak-anak
Berdasarkan dapatan kajian yang diperolehi, didapati min bagi penglibatan ibu bapa di Korea
Selatan dalam pembelajaran anak-anak adalah lebih tinggi iaitu 2.90 dengan aras signifikan
(=0.05) berbanding di Malaysia iaitu 2.62. Walau bagaimanapun tidak terdapat perbezaan
yang signifikan antara keterlibatan ibu bapa dalam pembelajaran anak-anak bagi dua latar
belakang negara yang berbeza ini.
Correlations

Pearson Correlation
korea_tahap_pendidikan_ibu
Sig. (2-tailed)
bapa
N
Pearson Correlation
korea_jam_bantu_anak

Sig. (2-tailed)

N
**. Correlation is significant at the 0.01 level (2-tailed).

korea_tahap_pe korea_jam_bant
ndidikan_ibubap
u_anak
a
1
.871**
.000
21
.871**
.000

21
1

21

21

Jadual 4: Hubungan antara tahap pendidikan ibu bapa dengan keterlibatan ibu bapa dalam
pembelajaran anak-anak di Korea Selatan.
Correlations
malaysia_tahap malaysia_jam_b
_pendidikan
antu_anak_belaj
ar

Pearson Correlation
malaysia_tahap_pendidikan

malaysia_jam_bantu_anak_
belajar

.757**
.000

21
.757**
.000

21
1

21

21

Sig. (2-tailed)
N
Pearson Correlation
Sig. (2-tailed)

N
**. Correlation is significant at the 0.01 level (2-tailed).

Jadual 5: Hubungan antara tahap pendidikan ibu bapa dengan keterlibatan ibu bapa dalam
pembelajaran anak-anak di Malaysia.
Jadual 4 dan Jadual 5 menunjukkan analisis Korelasi Pearson bagi mengkaji hubungan antara
tahap pendidikan ibu bapa dengan dengan keterlibatan ibu bapa di kedua-dua buah negara
kajian. Berdasarkan dapatan kajian yang diperolehi, didapati bahawa kedua-dua buah Negara
menunjukkan tbahawa tahap pendidikan ibu bapa mempunyai hubungan yang signifikan
dengan pembelajaran anak-anak. Hal ini kerana, ibu bapa yang mempunyai kesedaran yang
tinggi terhadap kepentingan pendidikan akan cuba untuk memastikan anak-anak mereka
mencontohi mereka dan berjaya dalam bidang yang diceburi.
PENUTUP
Anak-anak masih memperolehi pencapaian akademik yang baik meskipun tanpa penglibatan
ibu bapa. Namun begitu dapat diperhatikan melalui kajian-kajian lepas bahawa konteks
keluarga yang kondusif dan harmoni mampu merangsang anak-anak berjaya dalam pelajaran.
Hal ini selari dengan dapatan kajian yang diperolehi di kedua-dia buah negara iaitu,
penglibatan ibu bapa memainkan peranan penting dalam pembelajaran anak-anak. Walaupun
penglibatan ibu bapa penting dalam meningkatkan pencapaian akademik anak-anak tetapi
konteks kekeluargaan merupakan faktor utama yang mempengaruhi pencapaian anak-anak
tersebut. Konteks kekeluargaan ini penting dalam kehidupan anak-anak kerana mereka akan
merasakan ada insan yang mengambil berat mengenai kehidupan mereka selama ini. Selain
itu, jika kehidupan kekeluargaan sentiasa diberi perhatian terutamanya dikalangan ibu bapa,
anak-anak berkenaan akan menghargai jasa dan pengorbanan ibu bapa seterusnya akan
mendorong mereka untuk membalas jasa yang telah dicurahkan.
RUJUKAN
Abd. Razak Zakaria, Noraini Mohd Salleh. 2011. Jurnal Pendidikan Malaysia 36(1)(2011):
35-44. Konteks Keluarga dan Hubungannya dengan Penglibatan Ibu Bapa dalam
Pendidikan Anak-anak di Sekolah Menengah. Kuala Lumpur. Universiti Malaya.
Arnold, D. H., Zeljo, A. & Doctoroff, G. L. 2008. Parent involvement in preschool:
Predictors and the relation of involvement to pre-literacy development. School
Psychology Review 37(1): 74-89.
Bandura, A. 1997. Social learning theory. New Jersey: Prentice-Hall.
Berger, E.H. 1995. Parents as Partners in Education: Families and Shools Working Together
(4th ed.). New York: Merrill Prentice-Hall, Englewood Cliffs.
Castro, D.C., Bryant D.M., Peisner-Feinberg,E.S., Skinner, M.L. 2004. Parent involvement in
Head Start programs: the role of parent, teacher and classroom characteristics. Early
Childhood Research Quarterly 19 :413430

Christenson, S. L. & Sheridan, S. M. 2001. School and families: Creating essential


connections for learning. New York: Guilford Press.
Christenson, S. L., Rounds, T. & Gorney, D. 1992.Family factors and student achievement:
An avenue to increase students success. School Psychology Quarterly 7: 178-206.
Getswicki, C. 2004. Home, Schools, and Community Relations: A Guide to Working
with Families. Fifth Edition. United States of America: Delmar Learning.
Henderson, A. T., & Mapp, K. L. 2000. A new wave of evidence: The impact of family,
school, community connections on student achievement. Austin, TX: Southwest
Educational Development Laboratory
Houtenville, A., & Conway.K. 2008. Parental effort, school resources, and student
achievement. Journal of Human Resources, 43, 437-453.
Ishak Mad Shah. 2004. Konsep kendiri dan pencapaian akademik golongan remaja: melihat
sejauhmana gaya kepimpinan ibu bapa sebagai moderator. Jurnal Teknologi, 40(E),
33- 44.
Ismail Ibrahim .2002. Disiplin Keluarga Jadi Penentu. Diperoleh pada Julai 22, 2010
daripada http://www.cikgu.net.my/malay/berita/moreberita.
Knollman, M., & Wild, E. .2007. Quality of parental support and students emotions during
homework: Moderating effects of students motivational orientations. European
Journal of Psychology of Education, 22, 63-76.
Lareau, A. 2000. Home advantage: Social class and parental intervention in elementary
education, Lanham, MD: Roman & Littlefield.
Marchant, G. J., Paulson, S. E., dan Rothlisberg, B. A. .2001. Relations of middle school
students perceptions of family and school contexts with academic achievement.
Psychology in the Schools, 38, 505 -519.
Mardziah Abdullah. 2006. Meninjau Penglibatan Ibu bapa dalam Program Prasekolah di
Tiga Buah Sekolah Rendah di Daerah Seremban. Projek Kajian Pensarjanaan.
Fakulti Pendidikan, UKM, Bangi.
Morrison, G.S. .1978. Parent involvement in the home, school and community. Ohio: Charles
E. Merrill Publishing Company.
Rohaty Mohd Majzub. 2003. Pendidikan prasekolah: Cabaran Kualiti (Syarahan Perdana).
Bangi: Penerbitan Malindo Sdn. Bhd
Rohner, Ronald P. dan Veneziano, R.A.2001. The Importance of Father Love: History and
Con-temporary Evidence. American Psychological Association.
Shaverand, A. V. & Walls, R. T. 1998. Effect of title 1, parental involvement on student
reading and mathematics achievement. Journal of Research and Development in
Education 31(2): 91-97
10

West, A., Noden, P., Edge, A. & David, M. 1998. Parental involvement in education in and
out of school. British Educational Research Journal 24(4): 461-483.
Yamamoto, Y., Holloway, S.D., & Suzuki, S. .2006. Maternal involvement in preschool
childrens education in Japan: Relation to parenting beliefs and socioeconomic status.
Early Childhood Research Quarterly 21 (2006): 332 346

11

Você também pode gostar