Você está na página 1de 6

KOLEJ MATRIKULASI JOHOR

KEMENTERIAN PENDIDKAN MALAYSIA

KERJA KURSUS PENDIDIKAN ISLAM

HIBURAN MENURUT PERSPEKTIF ISLAM

DISEDIAKAN OLEH:
MUHAMAD JASRUL HAKIMI BIN JASMI
MS1616676447
MD6
DANIAL BIN HAIRUL ANNUAR
MS1616615556
MD6
MUHAMAD ASYRAF BIN JEPRI
MS1616675719
MD6

1.0 PENDAHULUAN

Menyingkap perkembangan semasa hari ini, kita akan melihat telah banyak
teguran yang diberikan sama ada oleh para mufti, alim ulama, NGO, atau
persatuan yang prihatin terhadap unsur-unsur keterlaluan dalam perkembangan
industri muzik dan seni suara, terutamanya yang berkaitan dengan program
hiburan realiti tanahair. Sememangnya perkara ini adalah satu isu yang perlu
diberikan perhatian. Ini adalah penting kerana perkembangan tersebut begitu
menampakkan kesan dan pengaruhnya terhadap gaya hidup remaja dan belia
masa kini.

Secara umumnya, muzik dan seni suara adalah merupakan hasil kreativiti yang
mencerminkan manifestasi pemikiran, emosi, dan inovasi manusia. Ianya adalah
sebahagian daripada aktiviti rekreasi manusia yang terkandung di dalamnya seni,
budaya, hiburan, kehalusan bahasa dan juga pemikiran yang sentiasa diperbincangkan
dalam mana-mana sejarah, kebudayaan dan tamadun manusia.

Menurut Kamus Dewan, Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) rekreasi membawa
pengertian "kegiatan yang menyeronokkan yang boleh menyegarkan kembali
kesihatan badan dan melapangkan fikiran seperti beristirehat, menghiburkan hati,
beriadah dengan tujuan untuk menyegarkan badan dan akal fikiran."

Berdasarkan definisi ini dapatlah dirumuskan bahawa rekreasi dalam bentuk muzik
dan seni suara ialah satu aktiviti yang menyeronokan yang boleh melapangkan fikiran,
menenangkan hati dan perasaan, melupakan kesedihan, bahkan dapat menguatkan
kemahuan dengan mematuhi peraturan-peraturan dan disiplin-disiplin tertentu.

Persoalan yang timbul sekarang ialah apakah pandangan Islam terhadap amalan
hiburan yang diamalkan masa kini?

Bagi kita orang Islam, kita meyakini bahawa Islam adalah satu cara hidup yang
sempurna dan pasti dapat menjawab setiap persoalan hidup manusia yang mempunyai
keinginan yang bermacam-macam dan tidak terkecuali dalam urusan yang berkaitan
dengan hiburan. Tujuan syariat Islam bukanlah untuk menyekat segala bentuk
kebebasan manusia tetapi sebaliknya lebih kepada mengawal dan mendidik, kerana
Islam itu sesuai dengan fitrah semulajadi manusia itu sendiri.

Hiburan dalam Islam sangat berlawanan dengan konsep mencari hiburan dan
kepuasan murahan bagi memenuhi tuntutan nafsu badani tanpa sempadan. Malah
hiburan itu juga adalah suatu yang terkawal dan terarah, dan bukannya satu cara
mencari keseronokan dengan cara yang amat bebas sehingga tidak terkawal dan tidak
terikat dengan batas-batas perundangan dan nilai keagamaan.

2.0 TAKRIF HIBURAN

Hiburan ialah peristiwa, persembahan, atau kegiatan yang direka bentuk untuk
memberi nikmat kepada penonton, walaupun contohnya untuk permainan komputer,
"penonton" mungkin hanya seorang sahaja. Para penonton boleh menyertai hiburan
secara pasif, umpamanya menonton opera, atau secara aktif seperti dalam permainan
komputer.Industri yang membekalkan hiburan digelarkan industri hiburan.
Pada umumnya, bermain dan membaca, serta penghargaan seni, tidak dianggap
sebagai hiburan tetapi tergolong dalam rekreasi kerana hiburan biasanya memerlukan
pembekal persembahan dilihat oleh penonton, kecuali dalam permainan komputer.

3.0 JENIS JENIS HIBURAN


Hiburan merupakan sesuatu yang umum dan luas.Terdapat pelbagai jenis hiburan
yang boleh dinikmati oleh manusia.
1) Hiburan Alam
Ciptaan Allah seperti sungai,laut,gunung ganang dan pohon pohon merupakan
hiburan

bagi

manusia.Manusia

boleh

menggunakan

nikmat

mata

untuk

berhibur.Bahkan bukan saja berhibur tetapi boleh mengenal ciptaan Allah dan
mengenal Allah s.w.t.Hiburan alam adalah hiburan semula jadi yang sangat baik untuk
manusia manfaatkan.
2) Hiburan kebendaan
Hiburan ini merupakan dari ciptaan manusia seperti alat alat yang digunakan untuk
berhibur.Contohnya alat muzik yang digunakan untuk mengeluarkan bunyi bunyian
untuk manusia mendengar dan berhibur.Hiburan kebendaan merupakan hiburan yang
memerluakan panduan dari Islam agar tidak terpesong dari agama.

3) Hiburan manusia

Manusia juga boleh menjadi hiburan kepada manusia yang lain.Wujudnya golongan
pelawak yang membuat manusia ketawa iaitu dalam bentuk gurauan.Seorang isteri
juga boleh menjadi penghibur kepada manusia dan anak anak merupakan hiburan
kepada ibu bapa.Hiburan ini merupakan kurniaan Allah yang amat bernilai.

5.0 PERBANDINGAN HIBURAN ISLAM DAN BUKAN ISLAM


Hiburan Islam dan bukan islam banyak bezanya.Hiburan islam pastinya adalah lebih
baik berbanding bukan islam
1) Had hiburan islam
Hiburan Islam mempunyai had dan panduan yang perlu diikut oleh manusia agar tidak
berhibur dengan cara yang salah.Tetapi tidak seperti bukan islam yang hanya
mengikut nafsu dan akal dalam berhibur.Contohnya, bersukan,kita perlu menjaga
batas dan aurat agar tidak bercanggah dengan agama.Hal ini menunjukkan islam
mementingkan aspek cara dalam berhibur berbanding bukan islam.
2) Niat kerana Allah s.w.t
Hiburan dalam islam mementingkan tujuan kenapa kita berhibur.Hal ini penting agar
kita tidak terpesong dan lupakan Allah sebagai pencipta.Kita juga dapat mengelakkan
kita dari lalai dan alpa dengan hiburan.Contohnya ketika berhibur,kita dapat menjaga
solat lima waktu tanpa melewat lewatkanya.Oleh itu pentingnya niat kerana Allah
tidak seperti bukan islam yang tidak mempunyai tujuan yang jelas dalam berhibur.
3) Hukum dalam berhibur
Berhibur dalam islam melibatkan hukum iaitu wajib sunat makruh harus dan haram
yang banyak menbantu manusia dalam berhibur.Tidak seperti bukan islam yang tidak
ada panduan yang baik dalam berhibur.Islam merperlihatkan keperincian dalam
berhibur dan menunjukkan islam lebih teratur dan sempurna.

Você também pode gostar