Você está na página 1de 4

NASAB ANAK LUAR NIKAH

LATAR BELAKANG MASALAH KAJIAN

Dalam hukum kekeluargaan Islam,

nasab dan keturunan dianggap

sebagai amat penting dan boleh dikatakan menjadi akar yang akan
menentukan segala hukum-hukum yang akan terbit daripadanya seperti
kewajipan memberi nafkah, batasan aurat, penentuan mahram, perwalian,
perwarisan harta pusaka dan sebagainya. Selain itu pemeliharaan nasab ini
menjadi

lima

fokus

utama

dalam

objektif

syariat

bagi

menjamin

kemaslahatan ummat Islam. Isu anak luar nikah merupakan isu yang berkait
rapat dengan nasab. Di dalam al-Quran dan al-Sunnah tidak dinyatakan
secara jelas hukum berkenaan nasab anak luar nikah ini. Isu ini menjadi
salah satu perkara khilafiyyah dan ijtihadiyyah dalam kalangan fuqaha silam
dan

kontemporari.

Pelbagai

pandangan

telah

dikemukakan

bagi

menyelesaikan masalah yang agak rumit dan memberi kesan yang amat
besar kepada masyarakat. Selain itu, kecanggihan sains dan teknologi
seperti kaedah penentuan DNA sedikit sebanyak mencetuskan pelbagai
persoalan terhadap hukum-hukum yang telah disepakati.
Isu anak luar nikah ini menjadi semakin parah dalam masyarakat kita
pada hari ini apabila ia berkait rapat dengan gejala membuang bayi. Laporan
daripada Jabatan Pendaftaran Negara menunjukkan peningkatan dalam kes
anak luar nikah bagi yang beragama Islam iaitu mencecah 17,490 kes

sehingga 2009. Dalam laporan PDRM pula, purata kes pembuangan bayi
adalah sebanyak 82 kes dari tahun 2004 hingga 2010. Peningkatan keduadua kes ini adalah berpunca daripada amalan gaya hidup yang semakin
tersasar dari hukum agama terutama dalam kalangan muda mudi pada hari
ini iaitu amalan seks bebas dan juga perzinaan. Aktiviti sebegini akan
menyebabkan berlakunya kehamilan luar nikah seterusnya akan menular
kepada kes pembuangan bayi.
Anak luar nikah ini akan menimbulkan pelbagai masalah bukan sahaja
kepada ibu bapa mereka, malah mereka terpaksa menanggung pelbagai
bebanan kehidupan semenjak dari kecil sehingga dewasa. Masalah utama
yang akan dihadapi adalah dalam menasabkan anak ini kepada bapa
biologinya. Umumnya, ulama berselisih pandangan kepada tiga pihak iaitu
pertama pihak yang mengharuskan menasabkan kepada bapa biologinya,
kedua mengharamkan dinasabkan kepada bapa biologinya tetapi hendaklah
dinasabkan kepada ibunya, ketiga sebahagian kecil mengatakan dinasabkan
kepada nama-nama Allah kerana semua makhluk milik Allah s.w.t.
Di Malaysia, Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan Bagi Hal
Ehwal Agama Islam membuat keputusan bahawa anak luar nikah sama ada
diikuti dengan perkahwinan atau tidak hendaklah dibinkan atau dibintikan
kepada Abdullah. Kemudian telah mendefinisikan anak tak sah taraf sebagai
anak yang lahir kurang dari enam bulan dua lahzah mengikut taqwim
qamariyyah daripada tarikh akad nikah. Bermaksud perkahwinan turut

dikitiraf sebagai sebab untuk menjadikan hak untuk menasabkan anak


kepada bapa biologinya walaupun anak yang lahir itu adalah hasil daripada
penzinaan. Bagaimanapun, perkahwinan tersebut mestilah dilakukan pada
awal tempoh kehamilan iaitu di sekitar dua hingga tiga bulan usia
kandungan. Fatwa ini

dianggap sebagai tidak adil kepada mereka yang

mengetahui kehamilan yang melewati tempoh tiga bulan kerana anak yang
akan dilahirkan tidak akan mencapai tempoh enam bulan sebelum tarikh
perkahwinan. Maka anak ini tidak layak dinasabkan kepada bapa biologinya
dan memegang status anak tak sah taraf. Status yang ditanggung oleh anak
ini memungkinkan beliau akan menghadapi masalah dari aspek psikologi dan
sosial selain daripada pengecualian daripada mendapat nafkah, perwalian
dan perwarisan daripada bapa biologinya. Situasi begini dianggap sebagai
diskriminasi

terhadap

golongan

ini

yang

akan

menggelapkan

masa

hadapannya.
Berlainan pula dengan fatwa yang diputuskan oleh Jawatankuasa
Syariah Negeri Perlis iaitu anak yang lahir kurang daripada 6 bulan dalam
keadaan ibunya berkahwin, boleh dibinkan kepada suami ibunya, kecuali jika
dinafikan oleh si suami. Fatwa ini bertujuan untuk menutup keaiban kepada
pasangan yang sudah berkahwin dan bertaubat dan menghilangkan
perasaan malu dan terasing anak yang selama ini tidak dibinkan kepada
bapanya. Seterusnya meredakan ketidakpuasan pihak perempuan yang
terpaksa menanggung seorang diri iaitu tanggungjawab membesarkan,
mendidik dan juga memberi nafkah anak tersebut.

Fatwa ini telah

menimbulkan kontroversi kerana boleh membawa kepada kesan negatif yang


mana seolah-olah membuka ruang yang lebih besar bagi muda-mudi terlibat
dalam perzinaan kerana anak yang akan lahir tetap akan dibinkan
kepadanya. Selain itu, dikhuatiri akan mewujudkan budaya pak sanggup
yang mana seseorang diupah atau dipaksa untuk berkahwin dengan
perempuan yang hamil itu demi mengelakkan dari mendapat status anak tak
sah taraf bagi anak tersebut. Konflik dalam fatwa anak tak sah taraf ini telah
menimbulkan pelbagai persoalan yang memerlukan kepada penelitian dan
kajian dalam pelbagai sisi pandang. Antara persoalan tersebut adalah :
1. Apakah pandangan Islam terhadap status anak tak sah taraf/ anak
luar nikah ini ?
2. Apakah metod yang digunakan oleh Jawatankuasa Fatwa Negeri
Perlis dalam membuat keputusan.?
3.

Bagaimanakah penerimaan pusat perlindungan wanita hamil

terhadap fatwa ini?

MASALAH KAJIAN
1) konflik fatwa
Sebagaimana yang diketahui bahawa kes anak luar nikah ini merupakan
persoalan yang rumit dan memberikesan yang amat besar kemenjadi
semakin rumit apabila terdapat fatwa yang bertentangan iaitu fatwa dari

Você também pode gostar