Você está na página 1de 14

1.

Pengertian Zakat
Zakat (( )dari kata tazakka - mensucikan) (bahasa Inggeris:
almsgiving atau tithing) ialah derma yang wajib diberikan orang
Islam yang mampu kepada 8 golongan (asnaf) yang berhak
menerimanya. Umumnya wujud dua pendapat, ada menyatakan
rukun Islam ketiga ialah puasa Ramadan dan ada yang
menyatakan rukun ketiga Islam ialah zakat.[1] Ini kerana,
kefarduan zakat datang setelah datangnya kefarduan puasa
Ramadan pada tahun kedua hijrah. Namun begitu, zakat adalah
lebih sesuai diletakkan sebagai rukun Islam ketiga. Hujahnya,
zakat sudah diseru oleh Allah SWT sejak zaman Mekah lagi.
Bahkan zakat juga disebutkan di dalam hadis sebagai rukun
ketiga selepas daripada solat.[2] Lagi pun di dalam al-Quran
sendiri, Allah SWT banyak menggandingkan zakat seiring solat.
Ada 30 ayat semuanya. Dari segi bahasa zakat bererti bersih,
suci, subur dan berkembang.
Dari surah At-Taubah (09), ayat 103:

()


Ambillah (sebahagian) dari harta mereka menjadi sedekah


(zakat), supaya dengannya engkau membersihkan mereka (dari
dosa) dan mensucikan mereka (dari akhlak yang buruk) dan
doakanlah untuk mereka, kerana sesungguhnya
doamu(Muhammad) itu menjadi ketenteraman bagi mereka dan
(ingatlah) Allah Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui

Manakala dari segi syarak, zakat ialah mengeluarkan sebahagian


daripada harta yang tertentu kepada golongan tertentu apabila
cukup syarat-syaratnya.

Menurut siri ceramah agama Islam yang dikomentarkan oleh


bekas Mufti Perlis Dr. Mohd Asri bin Zainul Abidin, beliau telah
berkata bahawa Saidina Umar Al-Khattab pernah berkata bahawa:
"Berilah zakat kepada seseorang (yang fakir miskin) itu menjadi
kaya". Ustaz Dr. Asri telah menerangkan bahawa kenyataan yang
dimaksudkan oleh Saidina Umar Al-Khattab itu membawa erti
pemberian zakat perlu dilaksanakan sehingga tiada lagi orang
fakir miskin serta orang fakir miskin itu telah keluar (bebas) dari
wilayah kefakirannya itu.

1.Syarat wajib zakat


Mana-mana individu yang ingin membayar zakat harus di ambil
kira syarat wajib zakat. Ia perlu difahami dan dipenuhi sebelum
membuat sebarang taksiran. Syarat-syarat tersebut adalah:

Islam
Merdeka
Sempurna milik
Harta usaha yang baik sebagai sumber zakat
Cukup nisab (jumlah perolehan untuk berzakat genap atau
melepasi nilai minimum)
Cukup haul (genap setahun Hijriah atau tahun Masihi)
Niat untuk berniaga (zakat perniagaan sahaja)
Pengertian Islam
Zakat hanya dikenakan kepada orang-orang Islam sahaja.
Pengertian merdeka
Seseorang yang ingin membayar zakat itu ialah bukan tergolong
dalam kalangan hamba abdi bermaksud mereka yang benarbenar bebas dari era penjajahan secara terang dan jelas, dimana
wilayahnya tidak berada dalam kancah penindasan dan
peperangan akibat penjajahan. Maka golongan ini diwajibkan
membayar zakat.

Sempurna milik
Harta yang hendak dizakat hendaklah dimiliki dan dikawal
sepenuhnya oleh orang Islam yang merdeka. Bagi harta yang
berkongsi antara orang Islam dengan orang bukan Islam, hanya
bahagian orang Islam sahaja yang diambil kira di dalam
pengiraan zakat.
Harta usaha yang baik sebagai sumber zakat
Para Fuqaha merangkumi semua pendapatan dan penggajian
sebagai Mal Mustafad iaitu perolehan baru yang termasuk
dalam taksiran sumber harta yang dikenakan zakat.
Cukup nisab
Nisab adalah paras minimum yang menentukan sesuatu harta itu
wajib dikeluarkan atau tidak. Nisab menggunakan nilai emas
harga semasa iaitu 20 misqal emas bersamaan 85 gram emas
atau 196 gram perak.
Cukup haul
Bermaksud genap setahun iaitu selama 354 hari mengikut tahun
Hijrah atau 365 hari mengikut tahun Masihi. Dalam zakat
pendapatan, jangkamasa setahun merupakan jangkamasa
mempersatukan hasil-hasil pendapatan untuk pengiraan zakat
pendapatan.
Niat untuk berniaga
Khusus buat para peniaga yang telah memperoleh pulangan dan
pendapatan hasil perniagaan dan menepati semua syarat wajib
diatas wajib membayar Zakat perniagaan.

2.Jenis zakat
Zakat terbahagi kepada dua jenis iaitu:

- Zakat fitrah
- Zakat harta
Zakat fitrah
Pembayaran zakat fitrah dibayar pada bulan Ramadhan sahaja
mulai 1 Ramadhan hingga 1 Syawal sebelum solat sunat Aidilfitri.

Zakat harta
Manakala zakat harta boleh dibayar pada bila-bila masa. Kadar
zakat harta ialah 2.5% dari jumlah harta. Ia bermaksud segala
harta benda kita, 2.5% dari harta kita itu adalah bukan hak kita
tetapi hak golongan 8 asnaf yang layak menerima zakat daripada
kita. Di Indonesia, zakat harta dikenali sebagai zakat maal.
Zakat harta wajib dikeluarkan kerana ia adalah satu jalan jihad
kepada Allah dan Islam. Dari surah At-Taubah, ayat ke-88, (9:88):

(Mereka tetap tinggal) tetapi Rasulullah dan orang-orang


yang beriman bersamanya, berjihad dengan harta benda dan jiwa
mereka dan mereka itulah orang-orang yang mendapat kebaikan
dan mereka itulah juga yang berjaya.

Manakala dari surah An-Nisaa', ayat ke-95, (4:95):

Tidaklah sama keadaan orang-orang yang duduk (tidak turut


berperang) dari kalangan orang-orang yang beriman selain
daripada orang-orang yang ada keuzuran dengan orang-orang
yang berjihad (berjuang) pada jalan Allah (untuk membela Islam)
dengan harta dan jiwanya. Allah melebihkan orang-orang yang
berjuang dengan harta benda dan jiwa mereka atas orang-orang
yang tinggal duduk (tidak turut berperang kerana uzur) dengan
kelebihan satu darjat dan tiap-tiap satu (dari dua golongan itu)
Allah menjanjikan dengan balasan yang baik (Syurga) dan Allah
melebihkan orang-orang yang berjuang atas orang-orang yang

tinggal duduk (tidak turut berperang dan tidak ada sesuatu uzur)
dengan pahala yang amat besar.

3.Golongan yang layak menerima zakat


Zakat ini mesti dibayar kerana ia akan digunakan untuk kerja
kebajikan seperti memberi bantuan kepada 8 golongan asnaf
yang berhak untuk menerima wang zakat. 8 golongan adalah:
Fakir - Orang yang tidak berharta serta tidak mempunyai
pekerjaan sama sekali, atau orang yang mempunyai harta
dan pekerjaan tetapi tidak dapat menampung keperluan
hariannya. Contoh, keperluannya sehari ialah RM 10.00
tetapi dia hanya ada RM 2.00 sahaja.
Miskin - Orang yang mempunyai harta tetapi tidak
mencukupi keperluan hariannya. Contoh, keperluan
hariannya RM 10.00, tetapi dia hanya ada RM 7.00 sahaja.
Amil - Orang/Pekerja yang ditugaskan oleh pemerintah
mengutip/mengagih zakat.
Muallaf - Saudara baru memeluk Islam
Riqab - Hamba yang menebus dirinya secara ansuran.
Al-Gharimin - Orang yang menanggung hutang dan tidak
mampu untuk menyelesaikanya
Fisabilillah - Orang yang berjuang di jalan Allah.
Ibnus sabil - Musafir yang terputus bekalannya semasa di
perantauan
Selain dari golongan 8 asnaf ini, mereka TIDAK LAYAK untuk
menerima wang zakat.

4. Faedah Zakat
- Faedah diniyah

Dengan berzakat berarti kita telah menjalankan salah satu dari


rukun Islam yang menyuruh seorang hamba pergi kepada
kebahagiaan dan keselamatan dunia dan akhirat.
Merupakan saranan bagi hamba untuk mendekatkan diri kepada
Tuhan, akan menambah keimanan kerana keberadaannya yang
memuat beberapa macam ketaatan.
Pembayar zakat akan mendapatkan pahala besar yang berlipat
ganda, sebagaimana firman Allah Subhaanahu wa Ta'ala, yang
bermaksud: "Allah memusnahkan riba dan menyuburkan
sedekah" (QS: Al Baqarah: 276). Dalam sebuah hadith yang
muttafaq 'alaih Nabi Shallallaahu 'alaihi wa Sallam juga
menjelaskan bahwa shadaqah dari harta yang baik akan
ditumbuhkan kembangkan oleh Allah berlipat ganda.
Zakat merupakan sarana penghapus dosa, seperti yang pernah
disabdakan Rasulullah s.a.w.
- Faedah Khuluqiyah
Menanamkan dan melahirkan sifat kemuliaan, rasa bertolak
ansur, sentiasa bersyukur, bertakwa dan kelapangan dada kepada
peribadi pembayar zakat.
Pembayar zakat biasanya bersifat belas kasihan, peramah dan
lembut kepada saudaranya yang tidak cukup keperluan.
Merupakan realiti bahawa menyumbangkan sesuatu yang
bermanfaat baik berupa harta mahupun raga bagi kaum muslimin
akan melapangkan dada dan meluaskan jiwa kerana sudah pasti
ia kan menjadi orang yang dicintai dan dihormati sesuai tingkat
pengorbanannya.
Dalam, zakat terdapat penyucian terhadap akhlak.
- Faedah Ijtimaiyyah

Zakat merupakan kemudahan untuk membantu dalam memenuhi


hajat hidup fakir miskin yang merupakan kelompok majoriti
sebahagian besar negara di dunia.
Memberikan dorongan kekuatan bagi kaum muslimin dan
mengangkat kehadiran mereka. Ini boleh dilihat dalam golongan
penerima zakat, salah satunya adalah perjuangan di jalan Tuhan.
Zakat boleh mengurangkan dendam dan rasa dengki yang ada
dalam dada fakir miskin. Kerana masyarakat bawah biasanya
berasa benci apabila melihat mereka yang berkelas tinggi
menghambur-hamburkan harta untuk sesuatu yang tidak
bermanfaat. Jika harta yang demikian melimpah itu dimanfaatkan
untuk mengurangkan kemiskinan, tentu akan terjalin
keharmonian dan kasih sayang antara si kaya dan si miskin.
Zakat akan memacu pertumbuhan ekonomi pelakunya dan yang
jelas berkahnya akan melimpah.
Membayar zakat bererti memperluaskan peredaran harta benda
atau wang, kerana ketika harta dibelanjakan maka putarannya
akan meluas dan lebih banyak pihak yang mengambil manfaat.
Bagi menangani masalah pengangguran masyarakat Islam,
dengan mengambil hasil zakat (sebahagian) untuk disediakan
keperluaan yang diperlukan dalam bekerja, menyediakan peluang
pekerjaan, menjana pendidikan dan tempat latihan para pekerja.

5.Hikmah Zakat
Hikmah dari zakat antara lain:
Mengurangkan jurang antara mereka yang berada dengan
mereka yang miskin.
Membantu mereka yang berjuang dan berdakwah dalam
meninggikan kalimah Allah SWT.
Membersihkan dan mengikis akhlak yang buruk

Alat pembersih harta dan penjagaan dari ketamakan orang


jahat.
Ungkapan rasa syukur atas nikmat yang Allah SWT berikan
Untuk pengembangan upaya umat
Memberi kekuatan moral kepada orang yang baru masuk
Islam
Menambah pendapatan negara untuk projek-projek yang
berguna bagi ummat.

1.Pengertian Wakaf
Wakaf (bahasa Arab: , [wqf]; plural bahasa Arab: , awqf;
bahasa Turki: vakf, bahasa Urdu: )adalah perbuatan hukum
wakif (pihak yang melakukan wakaf) untuk memisahkan dan/atau
menyerahkan sebagian harta benda miliknya untuk dimanfaatkan
selamanya atau untuk jangka waktu tertentu sesuai dengan
kepentingannya guna keperluan ibadah dan/atau kesejahteraan
umum sesuai syariah.[1]Unduh UU Nomor 41 Tahun 2004 tentang
Wakaf

Daftar isi [sembunyikan]


1

Unsur-Unsur Wakaf

Objek Wakaf

Sejarah

Keistimewaan

Syarat Wakaf

Macam macam Wakaf

Catatan kaki

2.Unsur-Unsur Wakaf
Dalam Undang-Undang Nomor 41 Tahun 2004 tentang Wakaf,
unsur wakaf ada enam, yaitu wakif (pihak yang mewakafkan
hartanya), nazhir (pengelola harta wakaf), harta wakaf,
peruntukan, akad wakaf, dan jangka waktu wakaf.
wakif (bahasa Arab: [ waaqif]) atau pihak yang mewakafkan
hartanya bisa perseorangan, badan hukum, maupun organisasi.
Jika perseorangan, ia boleh saja bukan muslim karena tujuan
disyariatkannya wakaf adalah untuk memajukan kesejahteraan
umum dan orang nonmuslim tidak dilarang berbuat kebajikan.
Syarat bagi wakif adalah balig dan berakal.

3.Objek Wakaf
Objek wakaf yang dapat diwakafkan adalah benda bergerak
maupun benda tidak bergerak yang dimiliki secaratidak bergerak
dapat dalam bentuk tanah, hak milik atas rumah, atau hak milik
atas rumah susun. Sementara untuk objek wakaf benda bergerak
dapat dengan bentuk uang.
Terminologi wakaf berasal daripada perkataan Arab waqafa
yang bermaksud berhenti, menegah dan menahan. Dari segi
istilah, wakaf telah diberikan beberapa takrif seperti:

Syed Sabiq (Fiqh al-Sunnah) Wakaf ialah menahan harta


dan memberikan manfaatnya pada jalan Allah.
Sahiban Abu Hanifah; Abu Yusuf dan Muhammad bin Hassan
Wakaf ialah menahan ain mawquf (benda) sebagai milik
Allah atau pada hukum milik Allah dan mensedekahkan
manfaatnya ke arah kebajikan dari mula hingga akhirnya.
Dr. Muhammad Al-Ahmad Abu Al-Nur, bekas Menteri Wakaf
Mesir Wakaf ialah harta atau hartanah yang ditahan oleh
pemiliknya sekira-kira dapat menghalang penggunaannya
dengan dijual atau dibeli ataupun diberikan sebagai
pemberian dengan syarat dibelanjakan faedahnya atau
keuntungannya atau hasil mahsulnya kepada orang yang
ditentukan oleh pewakaf.
Takrif-takrif di atas telah menunjukkan kedudukan wakaf sebagai
sebahagian daripada amalan yang dianjurkan oleh Syariah
sebagaimana firman Allah SWT:

Bandingan (pahala) orang yang membelanjakan harta


mereka pada jalan Allah seperti sebiji benih yang menumbuhkan
tujuh tangkai, dan pada tiap-tiap tangkai itu pula terdapat seratus
biji. Allah melipatgandakan (pahala) bagi setiap yang Dia
kehendaki dan Allah Mahaluas (Kurniaannya) lagi Maha
Mengetahui.
Daripada Abu Hurairah RA, sesungguhnya Rasulullah SAW
bersabda:

Apabila mati anak Adam, terputus amalannya kecuali tiga


perkara; sedekah jariah (wakaf), ilmu yang bermanfaat dan anak
soleh yang mendoakan kepadanya[5].
Istilah wakaf adalah berkait dengan infaq, zakat dan sedeqah. Ia
adalah termasuk dalam mafhum infaq yang disebut oleh Allah
sebanyak 60 kali dalam al-Quran. Ketiga-tiga perkara ini
bermaksud memindahkan sebahagian daripada segolongan umat
Islam kepada mereka yang memerlukan. Namun, berbanding

zakat yang diwajibkan ke atas umat Islam yang memenuhi syaratsyarat tertentu dan sedeqah yang menjadi sunat yang umum ke
atas umat Islam; wakaf lebih bersifat pelengkap (complement)
kepada kedua-dua perkara tersebut. Disamping itu, apa yang
disumbangkan melalui zakat adalah tidak kekal dimana
sumbangannya akan digunakan dalam bentuk hangus, sedangkan
harta wakaf adalah berbentuk produktif iaitu kekal dan boleh
dilaburkan dalam pelbagai bentuk untuk faedah masa hadapan.

4.Sejarah
Rasulullah SAW merupakan perintis kepada amalan wakaf
berdasarkan hadis yang diriwayatkan oleh Umar bin Syaibah
daripada Amr bin Saad bin Muaz yang bermaksud:

Kami bertanya tentang wakaf yang terawal dalam Islam?


Orang-orang Ansar mengatakan adalah wakaf Rasulullah SAW.[6]

Orang Jahiliyyah tidak mengenali akad wakaf yang merupakan


sebahagian daripada akad-akad tabarru, lalu Rasulullah SAW
memperkenalkannya kerana beberapa ciri istimewa yang tidak
wujud pada akad-akad sedekah yang lain. Institusi terawal yang
diwakafkan oleh Rasulullah SAW ialah Masjid Quba yang
diasaskan sendiri oleh Baginda SAW apabila tiba di Madinah pada
622M atas dasar ketaqwaan kepada Allah SWT. Ini diikuti pula
dengan wakaf Masjid Nabawi enam bulan selepas pembinaan
Masjid Quba. Diriwayatkan bahawa Baginda SAW membeli tanah
bagi pembinaan masjid tersebut daripada dua saudara yatim
piatu iaitu Sahl dan Suhail dengan harga 100 dirham. Pandangan
masyhur menyatakan individu pertama yang mengeluarkan harta
untuk diwakafkan adalah Saidina Umar RA dengan mewakafkan
100 bahagian daripada tanah Khaibar kepada umat Islam.
Anaknya Abdullah bin Umar RA menyatakan bahawa ayahnya

telah mendapat sebidang tanah di Khaibar lalu dia datang kepada


Rasulullah SAW untuk meminta pandangan tentang tanah itu,
maka katanya:

Wahai Rasulullah, sesungguhnya aku mendapat sebidang


tanah di Khaibar, dimana aku tidak mendapat harta yang lebih
berharga bagiku selain daripadanya, (walhal aku bercita-cita
untuk mendampingkan diri kepada Allah) apakah yang engkau
perintahkan kepadaku dengannya?.
Maka sabda Rasulullah SAW:

Jika engkau hendak, tahanlah (bekukan) tanah itu, dan


sedekahkan manfaatnya. Maka Umar telah mewakafkan hasil
tanahnya itu, sesungguhnya tanah itu tidak boleh dijual, tidak
boleh dihibah (diberi) dan diwarisi kepada sesiapa. Katanya lagi:
Umar telah menyedekahkannya kepada orang-orang fakir, kaum
kerabat, hamba yang baru merdeka, pejuang-pejuang di jalan
Allah, ibn Sabil dan para tetamu. Tidaklah berdosa sesiapa yang
menyelia tanah wakaf itu memakan sebahagian hasilnya sekadar
yang patut, boleh juga ia memberi makan kawan-kawannya,
tetapi tidaklah boleh ia memilikinya.

Sejak itu amalan wakaf berkembang sehingga menjadi tulang


belakang kepada menjadi teras kepada pembangunan umat Islam
terdahulu dan berkekalan sehingga ke hari ini. Banyak institusi
pendidikan seperti Universiti Cordova di Andalus, Al-Azhar alSyarif di Mesir, Madrasah Nizamiyyah di Baghdad, al-Qurawiyyin
di Fez, Maghribi, Al-Jamiah al-Islamiyyah di Madinah, Pondok
Pesantren Darunnajah di Indonesia, Madrasah Al-Juneid di
Singapura dan banyak institusi pondok dan sekolah agama di
Malaysia adalah berkembang berasaskan harta wakaf. Universiti
Al-Azhar contohnya telah membangun dan terus maju hasil
sumbangan harta wakaf. Sehingga kini pembiayaan Univesiti AlAzhar yang dibina sejak 1000 tahun lalu telah memberikan
khidmat percuma pengajian kepada ribuam pelajar Islam dari

seluruh dunia. Merekalah yang menjadi duta Al-Azhar untuk


membimbing umat Islam kearah penghayatan Islam di seluruh
pelusuk dunia

5.Keistimewaan
Harta wakaf dalam dioperasikan sebagai pemangkin
pembangunan ekonomi umat Islam kerana ia memiliki beberapa
ciri berikut:
Keunikan wakaf pada konsep pemisahan di antara hak pemilikan
dan faedah penggunaannya. Pewakafan harta menyebabkan
kuasa pemilikan hartanya akan terhapus daripada harta tersebut.
Wakaf secara prinsipnya adalah satu kontrak berkekalan dan
pewakaf tidak boleh lagi memiliki harta itu dengan apa jua
sekalipun, kecuali sebagai pengurus harta wakaf. Secara
majazinya harta wakaf adalah menjadi milik Allah Taala.
Wakaf adalah sedekah berterusan yaitu bukan saja membolehkan
wakif mendapat pahala berterusan, tetapi penerima mendapat
faedah berterusan. Dengan itu pihak yang bergantung wakaf
boleh mengatur perancangan kewangan institusinya dengan
berkesan untuk jangka panjang. Disamping itu pihak pewakaf
tidak perlu bimbang mungkin berlaku sabotaj seperti pengubahan
status wakaf tanahnya oleh pemerintah kerana kaedah fiqh
menyatakan: Syarat pewakaf adalah seperti nas Syara.
Penggunaan harta wakaf adalah untuk kebajikan dan perkaraperkara yang diharuskan oleh Syara. Oleh tidak diwajibkan
menentukan golongan yang mendapat manfaat daripada wakaf
dan memadai menyebutkan: Saya wakafkan harta ini kerana
Allah. Ciri ini membolehkan pengembangan harta wakaf kepada
pelbagai bentuk moden selagimana ia menepati objektif wakaf.

6.Syarat Wakaf
Syarat wakaf yang menjadi syarat utama agar dapat sahnya
suatu akad wakaf adalah seorang wakif telah dewasa, berakal
sehat, tidak berhalangan membuat perbuatan hukum, dan pemilik
utuh dan sah dari harta benda yang diwakafkan.
Akad wakaf yang diikrarkan seorang wakif harus disaksikan oleh
dua orang saksi dan pejabat pembuat akta wakaf. Ikrar akad
wakaf dilaksanakan dengan ikrar dari wakif untuk menyerahkan
harta benda yang dimiliki secara sah untuk diurus oleh nadzir
(orang yang mengurus harta wakaf) demi kepentingan ibadah dan
kesejahteraan masyarakat.

7.Macam macam Wakaf


Ulama fikih seperti yang dinyatakan oleh Abdul Aziz Dahlan dalam
Ensiklopedi Hukum Islam (2006: 1906) membagi wakaf kepada
dua bentuk:
1. Wakaf khairi. Wakaf ini sejak semula diperuntukkan bagi
kemaslahatan atau kepentingan umum, sekalipun dalam jangka
waktu tertentu, seperti mewakafkan tanah untuk membangun
masjid, sekolah, dan Rumah Sakit.
2. Wakaf ahli atau zurri. Wakaf ini sejak semula ditentukan
kepada pribadi tertentu atau sejumlah orang tertentu sekalipun
pada akhirnya untuk kemaslahatan atau kepentingan umum,
karena apabila penerima wakaf telah wafat maka harta wakaf itu
tidak boleh diwarisi oleh ahli waris yang menerima wakaf.

Você também pode gostar