Você está na página 1de 14

Tangannya laju mencapai paket-paket jajan yang tersusun rapi di atas rak

Kedai Pak Seman. Tiba-tiba dia ditolak oleh seseorang dari arah belakang.
Siapa pula yang berani kacau ni?
Matanya merenung tajam ke arah insan yang menganggu 'aktiviti
mengambil jajan'nya sebentar tadi. Mamat ni lagi! Kalau tak kacau aku
setiap hari memang tak boleh hidup agaknya dia ni.
"Kau apasal?" tanya Alyani dengan bengang.
"Kau tu yang halang jalan aku.Dah la gemuk!Tak muat aku nak jalan!"
Sungguh pedas ayat yang dituturkannya.
Namun Alyani tidak ambil hati akan kata-kata jejaka tersebut. Sebabnya?
Alyani bukannya gemuk. Cuma mamat tu je yang buta hari ni.
Sejak mereka sekolah rendah lagi mereka memang musuh tradisi.Satu
sekolah tahu yang mereka berdua memang tak boleh nak bertembung.Kalau
tak, habislah tunggang terbalik sekolah dibuatnya.Mahu bergegar sekolah
mendengar pertengkaran mereka.
Kalah suara orang jual ikan di pasar.Tak payah nak susah-susah pakai
mikrofon nak kuatkan suara.Suara mereka sahaja sudah kuat. Tertelan
mikrofon masa kecil agaknya.
"Dah tu, macam kau tak boleh cari jalan lain!" balas Alyani. Mamat ni tak
boleh dibiarkan menang. Kalau tak mula lah nak melebih-lebih mengejek
orang.
"Suka hati aku la! Dah aku pilih jalan ni. Kau tu ke tepi la!" katanya sambil
menolak Alyani kasar.
Mamat ni memang la! Kalau aku belasah karang ada yang kata aku ni mafia
pulak.
Dah la rambut aku pendek macam lelaki. Nasib aku pakai tudung kat
sekolah. Tak ada lah nampak rambut aku yang 'sesuai' nak dibuat iklan
syampu Rejoice tu. Dengan rambut mengerbang bagai!
Sebab tak suka rambut serabai la aku potong sampai pendek macam ni. Tak
ada lah rimas sangat. Simple je bila nak keluar rumah. Tak payah nak godek
sana sini cari getah rambut la, sepit rambut la.

Muka pun macam mafia. Garang semacam. Nasib baik la muka aku ni bebas
dari parut. Kalau tak,memang aku dah kena cop samseng kampung
agaknya Punyalah teruk aku describe diri aku. Adoi!
Tapi kalau aku jadi mafia pun, mesti aku jadi mafia paling comel di dunia ni....
Hehehehehe... puji diri sendiri la pula..
*****
"Yani..." panggil Najah dengan lenggok gediknya.
Alyani mengambil nafas sebelum menjawab panggilan Najah. Ambil nafas
sebab nak tahan diri dari termarah Si Najah ni sebab dia baru je habis gaduh
dengan musuh tradisinya sebentar tadi.
Karang tak pasal-pasal Najah jadi mangsa keadaan. Najah ni pun, agak-agak
lah kalau nak tegur orang pun. Mood aku tengah kacau bilau ni. Tak apa.
sabar! Sabar kan separuh dari iman..
"Ye Nana, Ada apa?" tanya Alyani lembut. Hohoho.. Aku ni pelakon wanita
terbaik kat dalam kelas ni tau tak.
"Aku nak tanya ni..." Najah berjeda sebentar.Ambil nafas.Hembus.Ambil
nafas. Hembus.
Najah, kau ni kenapa? Nak cari gaduh? Tanya la cepat cik kak oi. Aku banyak
kerja ni.
"Kau rapat tak dengan Pijan?" Ler Najah ni. Ada ke patut tanya soalan tak
munasabah bin sengal tu kat aku?
"Kau rasa?" soalan Najah dibalas dengan soalan.
"Macam rapat.Hari-hari kau bercakap dengan dia." kata Najah sambil
menghalakan matanya keluar tingkap. Macam rupa orang tengah cemburu.
"Nana, aku dengan dia tak pernah rapat kau tahu tak? Dia tu yang suka
sangat kacau aku.Kalau tak kacau aku boleh mati agaknya dia tu! Huh!"
Najah memandang Alyani dengan mata terkebil-kebil. Hui, Alyani ni macam
on the way nak naik angin je.
"Relaks la Yani. Aku tanya je kot."
"Kalau pasal mamat sengal tu, aku memang tak boleh nak tenang. Tapi,

kenapa kau tanya pasal dia?" Musykil aku dengan Najah ni. Yang tiba-tiba
sibuk tanya pasal mamat sengal tu kat aku kenapa? Mesti ada sesuatu ni..
"Saje.Dah la wei, aku kena siapkan homework matematik la." kata Najah
sambil berjalan laju ke tempatnya. Macam nak sorok benda je minah ni. Suka
kat Pijan ye?
*****
"Pijan!"
"Pe hal?" tanyanya sambil menggosok mata yang merah.
Baru bangun tidur ke apa mamat ni. Asal masuk kelas je mesti dia nak tidur.
Asal nak tidur je mesti kat kelas. Apa nak jadilah dengan kau ni Pijan?
"Nak pinjam buku Sejarah.Homework yang Cikgu Zalina bagi tu aku tak siap
lagi la.Tolong la wei.." kata Azri sambil membuat muka comel. Alahai Azri oi,
tak payah la nak buat muka macam tu.
Macam muka nak minta penampar je aku tengok. Kalau kau buat muka
macam tu kat perempuan maybe la boleh cair. Kau buat muka comel kat aku
ibarat kau minta penampar je wei!
"Kenapa tak buat malam tadi?"
"Kan malam tadi kita lepak kat mamak tengok bola?Kau nyanyuk ke apa?"
"Dah tu, kenapa kau tak siapkan sebelum kita tengok bola? Aku sempat je
buat. Kalau malas tu cakap je la malas. Tak payah nak salahkan mamak kat
Kedai Muthu tu pula." Azri ni memang kaki alasan.
Cuba la tanya soalan. Memang banyak la alasan yang akan dia bagi. Sebab
tu kalau dengan Azri, Pijan tak pernah nak bagi can punyalah.
Azri terdiam. "Ala,aku janji lepas ni aku buat homework sebelum kita hang
out okey?" katanya sambil tersenyum manja dengan mata sengaja dikelipkelipkan.
Azri, tolong la jangan buat muka macam tu. Aku tahu lah kau tu comel
macam artis Korea, tapi tak payah la nak buat muka macam tu.
"Nah, ambil ni. Lain kali buat homework dulu.Kalau tak siap homework
jangan menggedik nak keluar rumah." Mula dah Pijan ni. Suka sangat
membebel.

Jangan ingat perempuan je suka membebel. Pijan ni pun kaki bebel juga.
Eloklah tu, kaki bebel kawan dengan kaki alasan. Memang superb la jadinya!
*****
"Yani!"
Alyani memberhentikan basikalnya. Macam ada orang panggil aku tadi.
"Yani!"
Ler.. mamat ni lagi. Nak apa lagi la dia ni? Penumbuk mahu?
"Tunggulah jiran kau ni." Lupa pula! Pijan ni sebenarnya jiran aku.
Dia tinggal selang dua rumah je dari rumah aku. Kadang-kadang dia yang
tolong kejutkan aku pagi-pagi kalau aku terlambat bangun. Kejut dari luar
rumah la. Dengan jeritan ala tarzannya.
Jiran-jiran aku yang lain dah naik lali dengan perangai kita orang ni. Jadi,
setiap pagi semua jiran-jiran aku mesti dah sedia kapas kat telinga nak buat
sumbat bagi mengelakkan pencemaran bunyi oleh Pijan Si Tarzan.
Hehehehehe.
"Cepat la minah!" Suka aku panggil Pijan ni 'minah'. Dia tu panggil aku
'badak' tak apa pulak? Pijan pun tak pernah ambil kisah sangat bila aku
panggil dia 'minah'. Lagi pun Pijan ni memang jenis yang lambat bersiap.
Mak dia kata dia ni kalau mandi mahunya nak dekat sejam. Kalah aku yang
perempuan ni! Aku mandi pun tak sampai sepuluh minit. Pijan mandi bunga
agaknya...
"Weh, tadi Nana kirim salam." Sempat lagi tu Najah panggil aku masa dia
tengah cepat nak kejar bas masa balik tadi. Semuanya sebab dia nak kata
'Kirim salam kat Pijan eh?' dengan muka merah.Tak tahulah sebab dia malu
ke sebab dia penat berlari. Aku memang manusia paling loading dalam nak
tafsir perangai manusia ni.
"Oh.. salam apa yang dia bagi? Assalamualaikum? Salam sejahtera? Salam
satu Malaysia?" Ada cita-cita nak jadi jadi lawyer agak nye Pijan ni. Suka
sangat loya buruk!

"Entah la.Jawab je la semua salam tu." Kayuhan basikal semakin perlahan.


Kan nak naik bukit. Mana ada orang kayuh laju-laju masa nak naik bukit.
Bazir tenaga je.
"Okey.Waalaikumussalam.Salam sejahtera.Salam satu Malaysia. Cakap kat
dia aku dah balas salam dia tu ye? Nanti ada pula yang hantar santau kat
aku sebab tak jawab salam dia." Kata Pijan sambil tersenyum.
Comel la pula mamat ni. Dah la muka macam Jaejoong. Ada la sikit. Sikit je
tau!
*****
"Yani!!!"
Dah pagi ke ni? Kalau suara tarzan dah memekak tu mesti dah pagi kan?
Sebab tu aku tak memerlukan khidmat handphone aku untuk kejutkan aku.
Aku dah ada Pijan Si Tarzan untuk kejutkan aku.
"Cepatlah Yani! Nanti kena denda lagi!"
Mamat ni memang tak tahu malu langsung. Suka hati je jerit macam tu
pagi-pagi macam ni kat depan rumah orang. Sebab perangai tak tahu malu
dia tu la aku boleh bangun pagi pun. Bersyukur la Alyani oi!
Thanks ye Pijan sebab tak tahu malu! Hehehehehe... Lain macam je pujian
aku tu.
"Sabarlah minah! Dalam sepuluh minit aku siap!" Alyani mejerit di tingkap
biliknya.
Macam mana lah si Pijan tu tak membebel kat aku kalau dia pun kena denda
setiap pagi sebab datang lambat?Sebabnye Pijan tu kan pengawas! Ketua
Pengawas lagi. Tapi perangai dia.. hrmmm... tutup mata jalan je la...

*****
Kita orang sampai sekolah memang tepat-tepat time loceng sekolah
berdering. Nasib baik sempat.
Pijan dah pandang aku semacam. Marah la tu... Tak takut la wei! Muka kau tu
tak garang langsung walaupun perangai kau mengalahkan Syafiq si regular

customer Cikgu Hisyam a.k.a Cikgu Disiplin.


"Apasal?" Alyani berpura-pura tanya walaupun dia tahu kenapa Pijan
memandangnya begitu. Saja je nak cari gaduh pagi-pagi ni. Nak
menghangatkan suasana. Padahal badan dah berpeluh sebab kayuh basikal
laju-laju tadi.
Siap ada part merempit versi basikal lagi tadi. Nasib tak accident masa nak
masuk jalan dekat rumah Aunty Ling tadi. Tak perasan ada kereta kat situ.
Kalau la accident tadi tak sampai sekolah la kita orang. Tidur kat hospital la
jawabnye...
"Kau la! Bawa basikal macam nak merempit je gayanya.Kalau accident tadi
macam mana?" Tali lehernya yang senget dibetulkan. Rambut yang serabai
disikatnya. Almaklumlah Pijan kan pengawas. Mana boleh serabai kan?
"Ala kau ni.. cakap orang merempit, dia tu lagi la tadi. Kau yang mula dulu.
Aku join je la. Lagi pun kita tak accident pun kan? Tu pun nak kecoh!" Tu la
Alyani, jolok lagi sarang tebuan. Cari masalah pagi-pagi ni. Kan dah start
perang!
"Alhamdulillah sebab tak accident! Kalau accident? Aku kena tak apa, tapi
kalau kau yang kena? Aku juga yang susah!" kata Pijan sambil memakai vest
pula. Ditepuk-tepuk vestnya bagi menghilangkan debu. Debu kat jalan
melekat masa kita orang rempit tadi.
Hey.. apa kena mengena aku accident dengan kau pulak yang susah?
Sebenarnya tu yang Alyani nak tanya tapi lain pulak yang keluar dari
mulutnya. "Ha?"
"Tak ada apa-apa lah pekak!" kata Pijan sebelum berlalu pergi.

*****
Buku Sejarah dibuka. Tak lama lagi mereka akan menghadapi peperiksaan
yang paling besar. SPM!
Kecut perut bila memikirkannya. Rasa macam baru je masuk sekolah ni. Tup
tup dah Form 5 dah rupanya dia tahun ni. Cepatnya masa berlalu.
"Yani..." panggil Cikgu Zalina. Tu la cikgu yang paling penyabar yang Alyani
pernah jumpa setakat ni.

Mana tak penyabar kalau boleh tahan dengan perangai aku yang huhahuha
memanjang ni..dengan perangai budak kelas aku yang sebijik macam kanakkanak tadika nye lagi. Budak-budak tadika pun lebih matang dari kita orang
semua. Yang pasti kita orang lebih comel okey? Hehehehe...
"Ye cikgu." kakinya laju melangkah ke meja guru.
"Awak dah ready untuk SPM ni?" dup dap dup dap.. laju pulak jantung aku
berdegup hari ni.. SPM jangan dibuat main-main weh!
"Insya-Allah dah cikgu." Tu la jawapan yang paling selamat. Kita tak boleh
terlalu yakin sangat dengan menjawab 'dah'.
"Saya rasa awak ni ada potensi nak dapat straight A+ cuma awak kena push
up awak punya Sejarah ni la. Apa kata awak study je dengan si Hafizan? Dia
tu memang 'taiko' dalam subjek Sejarah ni." Cikgu Zalina ni nak promote
Pijan kat aku ke?
"Insya-Allah,cikgu. Nanti saya belajar dengan dia." balas Alyani sambil
tersenyum manis. Semanis air teh yang diisi dengan 10 sudu gula.
*****
"Kau tak master bab mana?" tanya Pijan serius. Tapi aku memang tak boleh
nak takut dengan mamat ni. Kau sikat la rambut macam mana sekalipun,
aku tetap tak takut. Kalau kat sekolah tak boleh buat rambut pacak, dia sikat
dengan gaya paling skema sekali.
Sebiji macam si Syazwan tu. Syazwan tu budak paling skema kat sekolah.
Dengan kaca mata tebal. Rambut belah tepi. Baju kemas memanjang.Kalau
jalan tak sah kalau tak ada buku kat tangan. Memang calon pelajar
cemerlang, gemilang dan terbilang la dia tu!
Tapi Si Pijan ni kalau kat rumah, macam-macam style dia buat. Tak cukup
dengan rambut dia nak di testing, dengan rambut aku sekali dia nak balun.
Dia kata nak bagi aku nampak 'hensem'. Memang nak makan kaki aku
agaknya dia ni.
"Wei,kau dengar tak ni?" tanya Pijan sambil melambai-lambaikan tangannya
di depan Alyani.
Takut Alyani tak dengar apa dia tanya. Alyani ni memang suka mengelamun.
Ratu Mengelamun. Kadang-kadang tengah bawa basikal pun boleh
mengelamun. Bahaya betul minah ni!

"Ha? Apa kau tanya?" tanya Alyani bagaikan baru bangun dari tidur. Sah dia
mengelamun! Alyani ni memang nak kena. Boleh saje dia mengelamun masa
tengah study.
"Aku tanya, kau tak master bab mana?" Frekuensi suara makin dikuatkan.
Mahu menyedarkan Alyani. Takut-takut kalau si Alyani ni mamai lagi
walaupun dia bukan baru bangun tidur.
"Aku lemah yang bab belakang-belakang tu.Tak suka la!" Serius bila sampai
je part tajuk belakang-belakang tu aku memang lemah.
"Kalau macam tu, apa kata kau baca nota yang aku buat ni? Aku buat masa
aku pergi kem dulu." kata Pijan sambil menunjukkan beberapa helai kertas.
Alyani mengambil kertas tersebut lalu melihat nota Pijan.Wah, nota dia!
Kalah tulisan aku. Kemas siot tulisan dia. Dah tu, siap ada gambar lagi yang
dia lukis. Memang menarik!
"Cantik!" kata Alyani sambil menunjukkan thumbs up.
Pijan sudah tersenyum bangga.Kembang bunga setaman.
"Biasalah.Tengoklah siapa yang buat."
Poyo la pulak mamat ni. Tu baru puji sepatah. Kalau bagi pujian panjang
berjela macam karangan bahagian B tu kat dia, alamatnya makin tinggilah
tahap kepoyoan makhluk bernama Pijan ni ye?
"Nak pinjam?"
"Kau ambil yang Form 4 dulu la. Aku tak study yang Form 5 lagi la. Boleh
tak?"
"Tak de hal la.Janji ada nota percuma." Alyani memang suka kalau part ada
nota-nota percuma ni.
Dia memang malas nak buat nota. Paling tidak pun, mesti dia copy paste
dari kawan-kawan je. Part buat nota dia memang malas!
"Kena pulang tu." Potong aura happy je la Pijan ni. Baru nak conteng-conteng
nota dia ni. "Tapi kalau kau nak conteng isi yang aku tertinggal boleh je."
sambung Pijan lagi.
"Okey,selesai!"

*****
"Okey semua. Saya harap kamu semua dah sedia. Kalau tak sedia pun kena
juga masuk dewan peperiksaan hari ni. Jangan tertekan sangat. Kalau tak
dapat idea nak jawab, baca doa. Jangan nak pandang kawan kat sebelah
walaupun kat kertas ada tulis 'Lihat Sebelah'." pesan Puan Norlia selaku
pengetua sekolah.
Sempat lagi tu dia nak melawak. Okey la dia melawak sebabnya semua dah
cuak bertingkat-tingkat sebab nak masuk dewan kejap lagi.
Ingat lagi masa seminggu sebelum ni. Ada majlis Restu Ilmu. Menangis saja
kerjanya. Sedih, sebak, takut semua ada. Minta restu kat cikgu-cikgu semua
sebab tanpa restu cikgu dan ibu bapa susah kita nak jawab peperiksaan.
Lepas sesi minta maaf kat cikgu, minta maaf kat kawan-kawan pula. Minta
maaf kat junior-junior. Manalah tahu kot ada terbuli tanpa sedar.Hehehehe...
Paling tak tahan bila tiba part aku nak minta maaf kat si Pijan. Air mata
setitik pun tak keluar. Minta maaf sambil bergaduh. Buat tambah dosa je.
Tapi mulai hari tu, kita orang dah isytiharkan 'permusuhan' kita orang akan
berhenti setakat situ sahaja.
Orang lain pula sibuk je nak mengintai sebalik tiang. Lepas tu tepuk tangan
sekuat hati lepas kita orang kata yang kita orang dah tak bermusuh lagi.
Cara dia orang tepuk macam aku dengan Pijan ni dah cetuskan satu
peperangan yang amat dahsyat! Dah la mengintai.
Tiang tu tak ada lah besar mana tapi ramai pulak nak menyorok di balik
tiang tu. Memang kelakar. Macam kartun! Kan dah kata kita orang ni tak
matang. Usia tak menentukan kematangan seseorang okey?
*****
7 Tahun kemudian...
Facebook login.
Matanya membaca status tersebut buat kali ke 3. Biar betul! Telefonnya
diambil lalu nombor seseorang didail.
"Assalamualaikum.."

"Waalaikumussalam.." jawab suara di sebelah sana dengan serak. Macam


baru bangun tidur je.
"Wei kau dah tahu ke tak budak-budak tu nak buat apa hari Sabtu ni?"
tanyanya dengan penuh bersemangat. Semangatnya macam orang nak
sambut merdeka je gayanya.
"Budak mana pulak ni?" tanya orang di sebelah sana dengan malas. Lepas tu
ada pula dengar orang menguap. Sah memang baru bangun!
"Ler.. kawan-kawan sekolah kita dulu la! Wei bangun la 'badak'!" kejut Pijan.
Minah ni tak boleh dibiarkan. Tidur je kerjanya. Asal aku call je mesti dia
tengah tidur. Macam la dia tu sibuk sangat sampai nak tidur je memanjang.
"Kau tu yang call aku pukul 4 pagi pastu suruh aku bangun pulak! Kau nak
makan kaki ke?!!" Hehehehe.. dari cara Alyani cakap tu dah boleh agak yang
mata dia dah segar bugar.
Aku pun terlupa yang sekarang ni kat Malaysia pagi lagi.. Almaklumlah aku
bukan kat Malaysia sekarang ni..
"Okey.. sorry la Yani.Kau dah tahu ke belum pasal dia orang nak buat reunion
ni?" Jangan nak berperang dengan si Alyani pagi-pagi. Karang dia matikan
phone pulak. Menangis la aku kat sini.
"Dah.. Kenapa? Kau bukan boleh pergi pun. Kau kan busy dengan fashion
show kau tu." Tak sangka aku si Pijan ni jadi Fashion Designer akhirnya.
Ingatkan nak jadi lawyer. Kan dia suka loya buruk! Hehehehe..
"Kau tak nak pujuk aku balik ke? Mana la tahu kalau kau pujuk aku nanti aku
boleh pergi pula." saja je si Pijan ni nak menggedik dengan Alyani pagi-pagi
tu.
"Nak ke kau balik Malaysia?Kau tu dah 3 bulan tak balik sini. Mak kau harihari merungut kat aku pasal kau busy sangat sampai tak ada makwe."
Pijan sudah tersenyum sampai ke telinga. Makwe? Tak ada masa dia nak
mencari makwe walaupun ramai yang minat kat dia. Yang minat kat Pijan ni
bukan sebarangan orang pulak tu. Semuanya taraf model antarabangsa.Cun!
Tapi apakan daya, hatinya sudah terpaut pada seseorang yang amatlah
loading plus pending dalam bab perasaan. Huih..payah! Kena ada strategi
yang mantap baru dapat tawan hati si dia yang istimewa tu.

"Ala..kau cakap je kat mak aku tu, nanti aku balik aku bawa makwe aku.
Cakap kat mak aku, makwe aku ni memang hot sangat-sangat! Comfirm dia
akan suka."
Alyani sudah menarik muka. Pijan dah ada makwe? Kenapa aku rasa sedih
ni?
"Yani? Dengar tak?" tanya Pijan setelah beberapa minit Alyani mendiamkan
diri. Manalah tahu minah tu tidur pula. Penat je aku cakap sorang-sorang.
"Ye.. Aku nak tidur ni.Assalamualaikum." Setelah mengucapkan salam, Alyani
terus mematikan penggilan.
"Waalaikumussalam" jawab Pijan walaupun Alyani sudah mematikan
panggilan. Salam kan wajib dijawab. Dosa kalau tak jawab salam. Tak nak
aku dosa free.
*****
Ramai yang hadir ke majlis reunion yang diadakan di sekolah mereka. Malas
nak buat kat luar sebab Nana kata semua malas nak keluar bajet lebih-lebih.
Lagipun nak mengenang nostalgia lama.
Kalau buat reunion kat sekolah kan banyak nostalgia.
Angin sepoi-sepoi membuat tudung Alyani sedikit terusik. Pantang betul
Alyani kalau tudungnya tak perfect ni. Terus dia bergerak ke tandas untuk
membetulkan tudungnya. Betulkan make up.Touch up mana yang patut.
Setelah siap sesi 'menacap' muka, dia terus ke dewan. Ramai yang hadir
termasuklah guru-guru mereka. Ada yang makin kurus. Tension ajar budak la
tu. Hehehehe... Suka-suka je buat andaian sendiri.
Ada juga kawan-kawan yang dah mendirikan rumah tangga. Contoh yang
paling terdekat,Nana. Kahwin pun dengan classmate sendiri.
Kahwin dengan Syazwan pula tu. Tak sangka langsung yang Syazwan tu
minat kat Nana walaupun Nana tu orang yang paling suka menyakat
Syazwan.
Kalau dah nama pun jodoh,siapa boleh agak kan?
Tiba-tiba lampu dewan terpadam. Masing-masing dah bising. Tak kurang juga
ada yang menjerit, relax okey? Not gedik!

"Jangan gelabah semua. Bertenang." macam aku kenal je suara ni. Familiar
pulak!
"Woi,kau Pijan kan?" jerit Azri. Dah nama pun bestfriend mestilah kenal suara
si Pijan tu.
Spotlight menghala ke arah pentas. Pijan berpakaian kasual namun masih
nampak ketampanannya. Memang sejak dia menjadi fashion desingner ni dia
memang makin bergaya lah. Kalau fashion designer sendiri tak bergaya,
siapa nak beli pakaian mereka kan?
"Sebenarnya hari ni saya nak buat satu pengumuman. Mengenai pasangan
hidup saya. Mengenai wanita yang telah berjaya mencuri hati saya sehingga
saya rasa susah nak hidup tanpanya."
"Sape la tu?" tanya Damia. Damia ni kira ketua Kelab Peminat Pijan la masa
dulu.Masa dulu je la. Sekarang ni dia dah ada tunang sendiri. Datang reunion
ni pun dia siap bawa tunang dia yang tercinta lagi. Siap edar kad kahwin
lagi!
"Sebelum tu, saya nak nyanyikan sebuah lagu untuk dia yang saya
sayangi..Terimalah..The Way I Loved You.."
Lupa nak bagitahuni lagu kegemaran dia.. takut betul Pijan bila lagu tu
pasal girl not boy! Takut nanti ada yang salah faham sebab lagu ni ditujukan
kepada lelaki, sedangkan yang menyanyi adalah lelaki. Karang , tak
memasal je kena cop gay boy!
Tapi kenapa dia nyanyi lagu kegemaran aku ni? Sedih nyakenapa lagu
makwe dia suka sama macam lagu aku suka? Bisik hati kecil Alyani.
Saya rasa dia masih tak faham apa yang saya nak sampaikan. Nasib baik
saya dah sediakan slideshow ni, kata Pijan lagi.
Pijan, kau nak tunjuk apa lagi? Remuk dah hati aku ni cukup-cukup la wei!
Alyani ternganga melihat isi slideshow Pijan. Semuanya pasal dia. Siap ada
gambar dia tidur lagi tu! Mesti mama yang bai ni. Malu! Nasib baik tak ada
air liur basi kat bibir tu.. Kalau tak, jatuh saham aku.
Yani, kau faham tak? Kau la makwe aku yang aku nak kenalkan kat mak aku
tu.. kata Pijan tersenyum.
Pijan, kau sedar tak yang kau dah bawa lari hati aku sekarang ni? Boleh kena
heart attack aku tengok senyuman kau tu!

Alyani masih lagi terkaku di tempat duduknya. Matanya masih terkebil-kebil


memandang Pijan. Tak percaya sebenarnya. Pijan suka aku?
Yani! Aku tahu, status kau kat Facebook tadi tu bermaksud sebaliknya kan?
Kau marah bila aku kata yang aku nak bawa makwe aku untuk dikenalkan
kat mak aku kan? Sebab tu kau tulis status macam tu kan?
Pijan! Aku bagi kau makan kaki karang baru kau tahu! Sedar tak semua
orang ada ni? Malu la aku.
So, kenapa?
Kau benci aku ke? tanya Pijan sambil tersenyum.
Mana doctor ni? Saya nak kena heart attack dah ni
Haah. Kau faham ke maksud benci aku tu? Aku saying kau la Pijan!
Aku pun benci kau! katanya sambil turun dari pentas lalu menghulurkan
sejambak bunga kepada Alyani.
Kita kahwin nak? mak aku dah sibuk tanya bila aku nak kahwin tu.
Air mata Alyani laju mengalir membasah pipinya. Suka hati je!
Setuju je la Yani! jerit satu dewan. Buat seketika Alyani terlupa yang ada
orang lain dalam dewan ni.
Will you marry me? tanya Pijan penuh romantik.
Anggukan dari Alyani membuatkan dewan riuh dengan sorakan.
-TAMAT-

AKU BENCI
KAU
(BENAR-BENAR CINTA)

Você também pode gostar