Você está na página 1de 2

Tema : Media Moden dan tradisional

a) PERMASALAHAN
Penggunaan Media tradisional dan moden di kalangan para siswazah Universiti
Malaysia Sarawak (UNIMAS) dalam kehidupan seharian di kampus.
b) OBJEKTIF
1. Untuk mengkaji kekerapan penggunaan Media di kalangan UNIMAS sama ada
tradisional mahupun moden
2. Untuk mengkaji keberkesanan penggunaan Media baru dan tradisional di
kalangan pelajar UNIMAS
3. Untuk mengkaji impak penggunaan media kepada pelajar di UNIMAS.
c) TEORI
Menurut Kamus Dewan Edisi ke-2, media merupakan alat atau perantara
dalam

komunikasi dan juga perhubungan. Hal ini demikian, media merupakan

perantara yang sangat penting dalam kehidupan manusia kerana yang merupakan alat
untuk manusia berinteraksi dan juga berhubung sesama sendiri dalam kehidupan
seharian mereka. Kewujudan media ini berjaya memudahkan urusan seharian manusia
sama ada peribadi atau tidak.
Media Moden merujuk kepada kandungan yang boleh diakses melalui
pelbagai bentuk digital. Media baru ini sangat penting dalam bidang perniagaan
kerana ia dikatakan masa depan kepada pengiklanan. Kebanyakkan pengguna dan
juga ahli perniagaan mula untuk bergiat aktif menggunakan saluran media ini untuk
mencari maklumat yang berkaitan. Bagi ahli perniagaan, kehadiran media moden ini
banyak membantu mereka dalam urusan perniagaan. Bercerita berkenaan dengan
pengiklanan, beberapa contoh media moden termasuk pengiklanan dalam talian
seperti retargeting dan juga iklan banner, streaming online seperti radio dan televisyen
dan pengiklanan melalui media sosial. Setiap satu daripada ini merupakan cara di

mana perniagaan memiliki keupayaan untuk mencapai pengguna dan perniagaan lain
dengan mudah dan juga segera.
Manakala media tradisional lebih merujuk kepada media lama iaitu media
yang wujud lama dan wujud sebelum media moden. Penggunaan media ini suatu
ketika dahulu berjaya menyampaikan informasi dengan jelas dan padat kepada
pengguna. Penggunaannya, tetap berkesan sehingga masa kini namun informasinya
lambat berbanding media baru kerana maklumat tersebut juga datang dari media baru
dan dianalisis seterusnya disebarkan melalui media. Antara contoh media tradisional
adalah seperti surat khabar, buku ilmiah, artikel berkaitan isu semasa dan majalah.
Media tradisional telah banyak menyumbang dalam kehidupan masyarakat sejak dari
zaman dahulu lagi. Pembangunan masyarakat masa kini didorong oleh perkembangan
media tradisional yang dahulunya menjadi sebagai salah satu media untuk
menyampaikan maklumat kepada setiap lapisan masyarakat.
Tuntasnya, Media tradisional dan moden sanggat penting dalam kehidupan
seharian manusia. Hal ini kerana manusia menerima maklumat dengan cepat dan juga
padat seterusnya membantu urusan seharian mereka.

Você também pode gostar