Você está na página 1de 10

Adab Jiran Tetangga Menurut Islam

1.0 Pendahuluan
Islam menggariskan dengan jelas mengenai tatacara hidup dengan meletakkan akhlak dan adab
sebagai panduan. Tanpa akhlak yang baik, kehidupan manusia menjadi kucar-kacir. Allah SWT telah
mengutuskan Nabi Muhammad SAW sebagai model terbaik dan contoh akhlak yang terpuji kepada
seluruh umat Islam. Dalam Islam akhlak adalah bersumber dari dua sumber yang utama iaitu alQuran dan al-Sunnah.
Ini ditegaskan oleh Rasulullah SAW dalam sepotong hadith yang bermaksud :

:

:
...
Maksudnya: Daripada Abu Hurairah r.a. katanya, Sabda Rasulullah SAW Orang mukmin yang paling
sempurna imannya ialah mereka yang mempunyai akhlak yang terbaik. [1]
Allah SWT telah memuji Rasulullah SAW kerana akhlaknya yang baik seperti yang terdapat dalam alQuran, firman Allah SWT di dalam Al-Quran:

Maksudnya: "Sesungguhnya engkau seorang memiliki peribadi yang agung (mulia)." [2]
Rasulullah SAW adalah insan yang mempunyai akhlak yang terbaik dikalangan kaumnya dan paling
menjauhi kejahatan dan akhlak yang rendah. Baginda SAW adalah orang yang paling menjaga
maruah, paling baik pergaulan, sebaik-baik jiran, paling lemah lembut, paling bercakap benar dan
paling amanah. Oleh itu, Baginda SAW digelar oleh kaumnya dengan gelaran Al-Amin. Gelaran
tersebut diberikan kerana Baginda SAW memiliki sifat lemah lembut, sabar, bersyukur, adil
tawadhu, menjaga kesucian diri, permurah, berani dan pemalu. [3]
Akhlak itu sebagai keadaan jiwa yang mendorong ke arah melahirkan perbuatan tanpa pemikiran
dan penelitian. Imam Ghazali r.a mengatakan [4]:

Akhlak ialah suatu keadaan yang tertanam di dalam jiwa yang menampilkan perbuatanperbuatan dengan senang tanpa memerlukan pemikiran dan penelitian. Apabila perbuatan
yang terkeluar itu baik dan terpuji menurut syara dan aqal, perbuatan itu dinamakan akhlak
yang mulia. Sebaliknya apabila terkeluar perbuatan yang buruk, ia dinamakan akhlak yang
buruk.
Maka dengan itu, pendekatan yang diguna pakai di dalam esei ini ialah pendekatan yang telah
digariskan oleh Islam dengan menggunakan dalil-dalil daripada Al-Quran dan Al-Sunnah supaya kita
sama-sama dapat menghayati tuntutan akhlak supaya kita berbuat baik terhadap jiran tetangga
sebagaimana yang dituntut oleh agama.

1.1

Definisi Jiran

Berdasarkan kamus dewan, jiran ialah orang yang berada dekat dengan rumah kita manakala
mengikut tesarus bahasa dewan jiran ialah jiran: tetangga, orang sebelah, orang sekampung,
teman; berjiran: bertetangga, berhampiran, sebelah-menyebelah, berdekatan, sekampung, sedesa,
setempat; kejiranan: kemuafakatan, kerjasama, kesepakatan. [5]

1.2

Jiran Menurut Syarak

Berdasarkan syarak, jiran ialah orang yang berdekatan dengan rumah kita sama ada di kanan, kiri,
di depan atau belakang mahupun di tingkat atas ataupun bawah hingga 40 rumah dari setiap sudut.

[6]
Dalam perkataan Arab, jiran membawa maksud orang yang tinggal sebelah menyebelah atau
tetangga. Oleh itu, dapat disimpulkan bahawa semangat kejiranan membawa erti satu suasana dan
perhubungan yang positif dalam satu-satu kawasan kejiranan. Ini menunjukkan bahawa Islam
menitik beratkan hubungan harmoni dan persaudaraan di antara satu sama lain dan agama Islam
ialah sebaik-baik agama yang menghubungkan pertalian dan kebaikan di antara sesama manusia.
Menetapkan lingkungan jiran dan had jiran dalam sesuatu kawasan berbeza-beza menurut keadaan
tertentu dan suasana. Bahkan menurut Al-Alusi dalam Kitabnya Ruhul Maani Fi tafsiril Quran AlAzim Wa Sabul Masani bahawa penetapan jiran ini dan lingkunganya secara zahir kembali kepada
uruf (adat setempat). Ini pendapat yang agak tepat kerana dalam kaedah syarak menyebutkan
setiap yang datang dari perintah syarak ialah mutlak dan sekiranya tidak ada penerangan jelas dari
kaedah melaksanakannya juga tidak dapat dijelaskan dari pemahaman zahir bahasa maka
dikembalikan kepada adat kebiasaan dalam melaksanakannya. [7]

2.0

Konsep Jiran Di Dalam Islam


Manusia secara fitrah hidup bermasyarakat dan berkelompok kerana setiap orang harus saling
memerlukan di antara satu sama lain dalam menjalani kehidupan. Tidak mungkin seorang manusia
boleh hidup seorang diri tanpa perlu berurusan dengan orang lain selama dia tinggal dalam sebuah

masyarakat. Memiliki tempat tinggal termasuk di antara salah satu rezeki dan nikmat kerana
padanya manusia tinggal dan huni serta menetap untuk melindungi diri dan meneruskan kehidupan
dengan teratur dan selesa. [8]

Tempat tinggal itu berbeza-beza menurut situasi dan keadaan seseorang ada yang mampu memiliki
rumah yang mewah dan selesa dan ada yang hanya sekadar mampu menghuni rumah teres dan
rumah beratapkan zink dan diperbuat dari kayu dan papan. Walaubagaimana sekalipun keadaan
penempatan seseorang itu maka sudah menjadi lumrah dia tidak akan berseorangan sebaliknya
pasti memiliki jiran baik bagaimana jenis keadaan rumah penempatannya. [9]
Disebut di dalam hadith dari riwayat Ismail ibn Muhammad ibn Saad ibn Abi Waqas daripada
bapanya daripada datuknya yang berkata telah bersabda Rasulullah SAW:

,

Maksudnya: Empat perkara daripada tanda kebahagiaan ialah perempuan yang solehah, tempat
tinggal yang lapang dan jiran yang baik serta memiliki kenderaan yang selesa dan empat tanda
daripada keburukkan (kesusahan atau derita) ialah memiliki jiran yang jahat, isteri yang tidak
baik, serta tempat tinggal yang sempit dan kenderaan yang buruk .[10]
Jiran muncul apabila penempatan itu dihuni oleh manusia yang lain yang juga tinggal berhampiran
dengan rumah yang dihuni oleh kita. Maka Islam dalam memelihara hak sesama manusia serta
memandu manusia untuk mencapai harmoni dan bahagia di dunia dan akhirat turut memasukkan
aspek-aspek penting yang memandu hubungan kejiranan supaya manusia dapat hidup dalam
keadaan aman dan selesa serta mendapat kebahagiaan seperti yang disebut di dalam hadith tadi.
Untuk mengupas esei ini dengan lebih lanjut, selain merujuk kepada beberapa buku yang berkaitan
dengan tema perbincangan di dalam kertas kerja ini, penulis akan menghuraikan adab-adab dan hak
jiran dari perspektif Islam sebagaimana yang dihuraikan oleh Imam Al-Ghazali di dalam kitabnya
Ihya Ulumuddin.

3.0

Jiran Tetangga Di Dalam Islam

Muslim yang bertimbang rasa dan menyedari serta memahami hukum-hukum agama, adalah
merupakan manusia yang paling baik hubungannya terhadap jiran-jirannya. Mereka akan sentiasa
menghormati dan menimbulkan perasan ihsan apabila berinterasi sesama jiran. Islam banyak
menggariskan agar umatnya sentiasa menjaga dan memelihara hubungan dengan jiran.

3.1

Kategori Jiran

Jiran mendapat tempat yang tinggi di dalam strata kedudukan bermasyarakat di dalam ajaran
Islam. Islam mengangkat peranan jiran dan sumbangan bakti mereka adalah sangat penting dalam
kehidupan kemanusiaan sebagaimana firman Allah SWT di dalam al-Quran;

Maksudnya; Sembahlah Allah dan janganlah kamu mempersekutukanNya dengan sesuatu pun dan
berbuat baiklah terhadap kedua ibu bapa, kaum kerabat, anak-anak yatim, orang-orang miskin yang
terdekat dan tatangga yang dekat dan tetangga yang jauh, teman sejawat dan ibnu as-sabil. [11]
Allah menghimpunkan sekali dalam ayat di atas perintah untuk beribadah kepada Allah dengan
perintah untuk berlaku baik kepada hamba-hamba-Nya sebagai tanda Islam ini bukan sahaja
menjalin hubungan dengan pencipta sebaliknya juga menyatukan manusia di dalam satu kewajipan
untuk berlaku baik sesama manusia sebagai termasuk menunaikan ketaatan kepada Allah SWT.
Allah menyebut (( )) : iaitu yang bermaksud jiran yang padanya terdapat hubungan
kekeluargaan atau pertalian darah. Ini merupakan pendapat yang disebut oleh Ali Ibn Talhah
daripada Ibn Abbas ra manakala yang disebut dari riwayat Ikrimah dan Mujahid dan selain mereka
yang mengatakan ianya ialah jiran muslim yang satu agama. Juga ada yang mengatakan
dimaksudkan dengan ayat ini ialah jiran yang rumahnya berdekatan. [12]

Allah menyebut juga (( )) : iaitu yang bermaksud lawan kepada ayat sebelumnya yang
sebahagian ulama tafsir menyebut ianya ialah jiran yang tidak memiliki hubungan darah atau
kekeluargaan seperti pendapat Ali ibn Talhah dari Ibn Abbas ra, juga yang mengatakan ianya bukan
muslim seperti jiran yahudi dan nasrani seperti yang disebut dalam riwayat dari Ikrimah dan
Mujahid dan yang lain mengatakan yang dimaksudkan ialah jiran yang berjauhan rumahnya. [13]

Hadith Rasulullah SAW juga ada menyebut bahawa terdapat beberapa kategori jiran di dalam hadith
Baginda SAW iaitu:

Maksudnya: Jiran itu ada tiga golongan, ada jiran yang hanya mempunyai satu hak dan ada jiran
yang mempunyai dua hak dan ada jiran yang mempunyai tiga hak. Jiran yang mempunyai tiga hak
itu ialah jiran yang Muslim dan yang mempunyai hubungan kekeluargaan. Maka ia mempunyai hak
sebagai jiran, hak sebagai Muslim dan hak sebagai keluarga. Jiran yang mempunyai dua hak ialah
jiran yang Muslim. Ia mempunyai hak sebagai seorang Muslim. Jiran yang mempunyai satu hak ialah
jiran yang musyrik[14]
Merujuk kepada hadith yang sama, berkata Syeikh Dr Abd Aziz Ibn Fauzan ibn Soleh Al-Fauzan dalam
kitabnya Fiqh Taamul Maan Nas bahawa kedudukan jiran itu terbahagi 3 jenis iaitu [15]:
a.
b.
c.

jiran yang muslim dan memiliki hubungan darah,


jiran yang muslim yang tidak ada hubungan darah; dan
jiran yang kafir.
Berdasarkan hadith di atas, Rasulullah SAW menjelaskan bahawa kewajiban kita sebagai anggota
masyarakat untuk memberi hak-hak yang sewajarnya terhadap jiran. Malahan jika jiran kita seorang
yang bukan Islam sekalipun, kita wajib menghormati dan menjaga hak-hak tersebut.

3.2

Hak-Hak Jiran Di Dalam Islam

Sebagai jiran kita, masing-masing ada kewajipan dan ada hak. Abdullah Nasih `Ulwan dalam
bukunya Pendidikan Anak-Anak Dalam Islam, ada memberikan empat asas yang semua pihak patut
fahami, malah mengamalkannya:
a.

Jangan menyakiti jiran


Dasar ini memberi erti tidak boleh sama sekali melakukan zina, mencuri, mengutuk dan
mencampakkan sampah sarap ke rumah jiran atau membuang perut ikan di dalam longkang ketika
proses memasak sehingga bau busuk melepasi hingga ke rumah jiran, lalat dan langau yang datang
menghurung sampah sarap dan perut ikan juga boleh menggangu ketenteraman jiran . Jadi
perbuatan buruk terhadap jiran anda itu amatlah salah. Leih dasyat lagi apabilan terdapat jiran
yang sanggup melakukan zina atau melakukan pencurian terhadap jiran adalah sepuluh kali ganda
lebih buruk daripada melakukannya kepada pihak lain. Hingga terdapat sebuah hadith Rasulullah
SAW dalam riwayat Muslim r.a. mengatakan bahawa:

:
Maksudnya: Di dalam riwayat Muslim dikatakan : Tidaklah masuk syurga orang yang tetangganya
tidak aman kerana gangguannya.[16]
Betapa rugilah kita menjadi mukmin yang beriman dan taat kepada Allah SWT dan RasulNya untuk
memasuki syurga ganjaran yang paling hebat yang tidak tergambar oleh fikiran kita, tetapi kita
gagal menjalankan KPI (Key Performance Indicator) kerana hanya semata-mata menyakiti hati
jiran.

b.

Memelihara jiran
Setiap daripada kita wajib memelihara kepentingan jiran. Sikap ini menandakan hati yang bersih.
Sekali lagi Nabi SAW mengingatkan umatnya agar sentiasa


Maksudnya: Barang siapa memberikan kegembiraan kepada seorang mukmin, maka Allah akan
memberikan kegembiraan kepadanya pada hari kiamat.[17]
Jika kita menjaga kepentingan mereka umpamanya memantau rumahnya ketika jiran tetangga
pulang ke kampung halaman semasa musim perayaan atau cuti panjang daripada diceroboh oleh
pencuri dengan memaklumkan jiran tersebut lalu terus melaporkan kejadian tersebut kepada pihak
polis, kita sebenarnya telah berbuat baik kepada jiran dengan menjaga kepentingan mereka.
Bayangkan situasi ketika hari kiamat, tiada siapa yang boleh membantu kita kecuali Allah SWT.
Dunia menjadi kelam kabut, manusia dan alam seluruhnya menjadi seperti debu-debu yang
berterbangan. Pada saat itulah kita mengharapkan pertolongan Allah. Penulis sangat yakin dan
percaya bahawa Allah SWT tidak pernah memungkiri janjiNya

c.

Berbuat baik kepada jiran


Dengan maksud jika jiran bergembira seperti dapat menantu, anak-anak lulus dengan baik dalam
peperiksaan atau pelajaran, maka ikutlah sama memberikan tahniah dan jika mereka berduka
kerana kematian keluarganya, berilah takziah, walaupun bukan seagama. Malah jika mereka
ditimpai sakit ziarahilah mereka. Jika anda bertemu berilah salam atau sapalah mereka. Ertinya,
jika ada keperluan mereka kepada pertolongan, mereka hendaklah dibantu. Dalam hal ini nabi
Muhammad s.a.w. meletakkan mereka yang menghormati jiran itu sebagai tanda orang yang
beriman.

Maksudnya: Barang siapa yang melapangkan seorang Mukmin yang dalam kesusahan atau menolong
orang yang dianiaya, maka dosanya akan diampunkan Allah. [18]

Mengulas perkara yang sama Nabi Muhammad SAW mengingatkan umat Islam supaya memulia dan
menghormati jiran termasuk memualiakan mereka sebagaimana layanan kita terhadap kaum
kerabat kita sendiri. Ini selaras dengan sabda Baginda SAW:

Maksudnya: Jibril sentiasa mewasiatkan kepadaku supaya berbuat baik kepada jiran sehinggalah
aku merasakan jiran itu kerabatku.[19]

Oleh itu, adalah satu kerugian besar kepada umat Islam dan masyarakat jika kita mengabaikan dan
tidak mempedulikan jiran yang di anggap sebagai harta yang bernilai tinggi itu.
Berbuat baik kepada jiran tidak terhad dengan hanya perkara-perkara yang disebutkan di atas.
Malahan hak jiran ke atas kita juga ialah mengurus dan mengiringi jiran kita yang meninggal dunia
hingga ke tanah perkuburan. Ini selari dengan hadith Rasulullah SAW:








Maksudnya: sesungguhnya Abu Hurairah r.a berkata: Rasulullah SAW bersabda: sesiapa yang
menyaksikan jenazah sehinggalah jenazah disembahyangkan maka baginya qirat dan sesiapa yang
menyaksikan sehingga dikebumikan maka baginya 2 qirat. Dikatakan apakah yang dimaksudkan
dengan dua qirat. Rasulullah menjawab seumpama dua buah bukit yang besar.[20]

4.0

Adab Jiran Tetangga Menurut Imam Al-Ghazali

Dewasa ini, kesuntukkan waktu demi mengisi keperluan hidup membuatkan antara kita tidak
mengamalkan semangat kejiranan kerana tidak sempat untuk bertegur sapa sesama jiran. Hal ini
akan membuatkan perhubungan sesama ahli masyarakat menjadi kurang mesra. Selain itu,
kegagalan sesetengah individu memahami konsep kejiranan dengan baik juga akan membuatkan
berlakunya perselisihan faham dan akan mewujudkan aura perhubungan yang negatif. Keadaan ini
pasti akan memperlahankan proses perpaduan dan boleh menimbulkan perasaan kekok apabila
sesakali bersua muka ditempat awam sama ada di pasar malam, surau atau masjid bahkan ketika di
kenduri perkahwinan dikawasan kejiranan.
Kepentingan adab berjiran amat penting dan dititik beratkan di dalam agama Islam. Adab semasa
pergaulan sesama jiran bermaksud segala sikap, percakapan di dalam perbualan, senyuman, budi,
pekerti, perangai, tingkahlaku dan tabiat mestilah ikhlas semata-mata kerana Allah SWT dan ianya
mestilah bersendikan Al-Quran dan Al-Sunnah. Islam telah menggariskan beberapa adab yang perlu
dipatuhi di dalam kehidupan berjiran. Antara yang paling ditekankan ialah ketika berbicara sesama
jiran. Hal ini kerana, setiap apa yang dibicarakan oleh seseorang, ia menggambarkan apa yang ada
didalam kotak fikirannya serta perangainya. Bagi setiap muslim, semasa bersosial perlu mengelak
membicarakan sesuatu yang tidak berfaedah.

Imam Al-Ghazali menukilkan kisah di dalam kitabnya Ihya Ulumuddin bahawa hak jiran bukanlah
sekadar mencegah diri kita daripada menyakiti atau perbuatan yang tidak menyenangkan hati jiran
sahaja, tetapi hendaklah bersabar menahan perasaan jika disakiti bahkan lebih daripada itu.
Hendaklah kita memberi pertolongan kepada jiran dan menunjukkan rasa kasih sayang. [21]

Diceritakan bahawa Ibnu Muqaffa pada suatu hari mendengar bahawa jirannya akan menjual rumah
yang didiaminya kerana hendak membayar hutang yang sudah banyak ditanggungnya. Pada waktu
itu, Ibnu Muqaffa berkata Sekiranya dijual, tentu saya tidak memperolehi kerhormatan bernaung
di bawah rumahnya. Tidak lama kemudian, dia menemui jirannya itu dan memberikan wang
mengikut kadar rumah itu sebagai sedekah dan berkata, Janganlah saudara menjual rumah
saudara ini. [22]
Imam Al-Ghazali juha telah turut menyenaraikan hak-hak seseorang muslim terhadap
jirannya[23] untuk kita sama-sama mengambil iktibar dan pengajaran yang berguna sebagai
panduan bersama ketika berinteraksi dengan jiran tetangga iaitu:
Hendaklah mendahulukan ucapan salam kepadanya setiap kali bertemu
Jangan terlalu banyak bertanya kepadanya tentang keadaannya sehari-hari
Menziarahi dirinya atau kaum keluarganya apabila sakit ataupun ditimpa musibah
Tunjukkan bahawa kita turut berdukacita dan bersimpati jika mereka ditimpa musibah dan bersegera
memberikan pertolongan jika perlu sekalipun tanpa diminta
Menyatakan perasaan gembira apabila mereka memperoleh kesenangan atau kurniaan Allah SWT
Ampunilah segala kesalahan-kesalahan atau keburukkannya, baik dengan apa-apa cara sekalipun
Jangan membuat sesuatu yang tidak menyenangkan jiran kita umpamanya meletakkan batang kayu
di dinding rumahnya
Jangan menyempitkan jalan menuju ke rumahnya
Jangan mengintai-ngintai apa yang dibawa olehnya ke dalam rumahnya
Tutuplah kecacatan atau kekurangan yang nampak di matamu dan jangan hebohkan kepada
sesiapapun
Berikanlah dia semangat untuk terus berusaha menghadapi kesukaran apabila kesukaran
menimpanya
Jangan lalai menjaga rumahnya pada waktu dia tiada atau sedang bermusafir
Jangan mendengar kata-kata orang lain yang mengeji dirinya, yang berupa umpatan atau beritaberita yang tidak menyenangkan
Tundukkan matamu sewaktu melihat isteri/suaminya
Jangan selalu memandang hamba/pembantu rumahnya
Bersikap lemah lembut terhadap anak-anaknya baik dalam percakapan atau lain-lain
Tunjukkan sesuatu yang tidak diketahui oleh saudaranya, baik yang dalam urusan keduniaan atau
keakhiratan.
Rumusan bagi bab ini ialah hendaklah kita sedar bahawa jiran tetangga itu mempunyai hak-hak
yang tertentu sesuai dengan status mereka di dalam strata masyarakat seperti yang telah kita
bincangkan di halaman 10 di atas. Ini termasuklah dengan berlemah-lembut dengan mereka iaitu
menegur sapa dengan ucapan salam, senyum, tidak berlebih-lebihan ketika bertanya khabar mereka
sehingga boleh menimbulkan rasa tidak senang jiran terhadap soalan yang kita ajukan, tidak
meninggikan suara sehingga menyakiti hati jiran, menerima teguran jiran terhadap kesilapan kita
dengan bersikap berlapang dada, sentiasa berfikiran positif dengan sentiasa bersangka baik
terhadap jiran, memberi buah tangan atau hadiah dengan tujuan untuk mengeratkan perhubungan
sesama jiran tetangga.

5.0

Kesimpulan

Perpaduan antara kaum adalah kunci kemakmuran dan kesejahteraan negara kita. Tanpa
perpaduan, negara akan berada dalam keadaan kucar kacir dan masyarakat tidak lagi dapat hidup
dalam aman damai. Bagi mempastikan perpaduan dan kemakmuran ini kekal ianya perlu dimulai
dengan hubungan baik sesama jiran. Jiran yang baik adalah jiran yang berjaya memupuk semangat
tolenrasi, percaya mempercayai dan perkongsian bijak antara mereka. Sekiranya ini diabaikan maka
lambat-laun ia akan mencetuskan bibit-bibit permusuhan dan perkauman yang akhirnya merebak
kepada huru-hara, perpecahan dan perbalahan.
Kesimpulannya ialah, ajaran Islam menuntut kita bercampur gaul dan bermesra dengan masyarakat.
Salah satu kumpulan manusia yang memainkan peranan besar meningkatkan kebahagiaan keluarga
ialah jiran. Jiran yang tinggal dalam lingkungan rumah kita adalah orang yang paling hampir dan
yang paling layak untuk memberi bantuan dan pertolongan. Berdasarkan besar peranan jiran ini,
maka suka penulis cadangkan agar kita kembali kepada Al-Quran dan Al-Sunnah dalam menjaga
silaturarahim dan adab-adab terhadap jiran tetangga. Dalam hal ini Islam memberi penghargaan
yang tinggi kepada jiran.

Rujukan
Buku-Buku Ilmiah:
Al-Quran & Terjemahan
Kamus Dewan. 1994. Edisi Ke-3. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa & Pustaka
Ibnu Hajar al-Asqalani (Penterjermah: Abu Ihsan al-Atsari). 2010. Fathul Bahri Syarah Shahih al-Bukhari.
Yogyakarta, Indonesia. Penerbit: Pustaka Imam Asy-Syafti.
Imam Al-Ghazali. 2009. Ihya Ulumuddin. Shah Alam, Selangor. Penerbit: Illuison Network Sdn Bhd
Imam Al-Nawawi. 1981. Riyadhus Salihin. Kuala Lumpur. Penerbit: Hizi Print Sdn Bhd
Imam Asy-Syaukani (Tahqiq & Tkahrij: Sayyid Ibrahim). Tafsir Fathul Qadir. Penerbit: Pustaka Azzam
Syeikh Muhammad al-Khudari Bik Tahkik & Komentar: Samir Ahmad al-Athor Terjemahan Ustaz Hj Mohd
Asri Hj. Hashim). Kitab Sirah Rasulullah SAW. 2009. Kuala Lumpur : Prospecta Printer Sdn Bhd
Ustaz Ishak Din, Prof. Dato Dr Haron Din & Dato Abu Hassan Din Al-Hafiz. 1992. Soal Jawab Fiqh Harian.
Shah Alam. Penerbit : Hizbi Sdn Bhd

Pautan Luar:
Jiran sebagai harta yang bernilai tinggi, Khutbah Jummat di Masjid Negara. 17 Julai 2009/24 Rejab 1430,
Masjid Negara, Kuala Lumpur di capaianhttp://www.islam.gov.my/khutbah-online

Konsep
akhlak,
dipetik
dari
artikel
Jabatan
Kemajuan
dicapaianhttp://www.islamgrid.gov.my/articles/akhlak/akhlak.php

Islam

Malaysia

(JAKIM),

Hukum kejiranan, E-Buletin Persatuan Penduduk Jentayu, Bandar Enstek, Nilai, Negeri Sembilan
dicapaian http://enstekjentayu.webs.com/documents/firdausiV1.pdf

[1] Hadith Riwayat At-Tirmidzi dan Ibnu Hibban


[2] Surah Al-Qalam 68:4
[3] Syeikh Muhammad al-Khudari Bik Tahkik & Komentar: Samir Ahmad al-Athor, Kitab Sirah
Rasulullah SAW, hlm 41
[4]Konsep Akhlak, dipetik dari artikel Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM),
dicapaianhttp://www.islamgrid.gov.my/articles/akhlak/akhlak.php
[5] Kamus Dewan. 1994. Edisi ke-3.
[6] Lihat Imam Al-Ghazali, Ihya Ulumuddin, Adab-adab bergaul dalam masyarakat, Bab 15, hlm 496
[7] Lihat Imam Syaukani, Fathul Qadir, Jlid 1, hlm 743
[8] Dipetik dari E-Buletin Persatuan Penduduk Jentayu, Bandar Enstek, Nilai, Negeri Sembilan di
capaian http://enstekjentayu.webs.com/documents/firdausiV1.pdf
[9] Ibid
[10] Hadith sahih riwayat Ibn Hibban dalam sahihnya no. 4032 dan Abu Nuaim dalam Hilyatul Auliya
no. 388 Jilid 8 dan isnad hadith ini sahih dengan menepati syarat Syaikhain diriwayatkan juga oleh
Ahmad m/s 1445 Jilid 1 dan Hakim no. 2640 dan Bazzar serta Tibrani dengan lafaz yang hampir
sama).
[11] Surah An-Nisaa' 4:36
[12] Lihat Tafsir Tabari, Jilid 5, hlm 175-180, lihat juga Tafsir Qurtubi, Jilid 5, hlm 183, lihat juga
Tafsir Ibn Kathir, Jilid 1, hlm 495 dan Tafsir Syaukarni, Jilid 1, hlm 743
[13] Ibid
[14] Hadith Riwayat : Abu Naim dan Ibnu Adiy
[15] Lihat juga Tanbihul Ghafilin, Jilid 1, hlm 153, Tafsir Al-Qurtubi, Jlid 5, hlm 183 serta Fathul
Bari, Jilid 10, hlm 441
[16] Imam Nawawi, Riyadhus Shalihin, Jilid 1, hlm 176
[17] Hadith Riwayat Ibnu Mubarak
[18] Hadith riwayat Al-Thabrani
[19] Hadith Riwayat Bukhari dan Muslim
[20] Hadith Riwayat Bukhari dan Muslim
[21] Ibid, hlm 497
[22] Ibid
[23] Ibid
Posted by mak andak at 13:02

Você também pode gostar