Escolar Documentos
Profissional Documentos
Cultura Documentos
0 PENGENALAN
Imperialisme dapat dihuraikan dengan kasar atau dengan lebih tepat sebagai penguasaan, di
sepanjang sejarah, negara-negara lemah oleh negara-negara kuat, atau sebagai polisi yang
dilaksanakan oleh kuasa-kuasa besar dalam tiga puluh tahun yang terakhir dalam abad kesembilan belas. Mereka menindaskan hampir seluruh dunia di bawah penguasaan rasmi
mereka. Huraian Marxsis klasik mengenai imperialisme oleh Lenin lebih sempit daripada
huraian kasar tetapi lebih kasar daripada huraian tepat. Imperialisme bukannya aspek sejagat
masyarakat manusia mahupun bagi polisi-polisi tertentu, tetapi ia merupakan tahap khas
dalam perkembangan kapitalisme. Sememangnya, seperti yang dikatakan oleh Lenin, ia
merupakan tahap tertinggi kapitalisme.1
Asia Tenggara telah menyaksikan berbagai kuasa besar yang bersaing dalam mencapai atau
menurut teori Marx tersebut. Dimana persaingan dalam menguasai koloni-koloni
memperlihatkan Jerman, Belanda, British, Perancis, Amerika Syarikat, Sepanyol dan Jepun.
Jepun adalah antara kuasa imperialisme di Asia yang banyak mempengaruhi dasar-dasar
imperialis yang lainnya. Pada tahun 1868 apabila Maharaja Meiji memegang tampuk
pemerintahan, sistem ekonomi feudal di Jepun telah digantikan oleh sistem pentadbiran dan
ekonomi gaya Barat. Pemodenan yang dilaksanakan oleh Meiji menjadikan Jepun lebih
dihormati di Barat. Zaman Meiji telah berjaya menjadikan Jepun sebagai negara terkuat di
Asia. Pemodenan zaman Meiji turut menjadikan Jepun muncul sebagai negara yang termaju
ekonominya di rantau Asia Timur. Seperti yang diketahui Jepun telah menjajah Filipina,
Indonesia, Myanmar, Vietnam dan China sebagai negara pertama yang ditakluki.2 Tanah
Melayu atau Malaya pula memperlihatkan kuasa Jepun dan British bersaing dengan hebat
dan Perang Dunia Kedua menjadi klimaks dalam persaingan tersebut.
1 http://webcache.googleusercontent.com/search?
q=cache:W5GZ8OOS6WkJ:arts.anu.edu.au/suara/callinicos3.rtf+definisi+imperialisme&cd=2&hl=en&ct=clnk
&gl=my&source=www.google.com.my
2 http://www.btpnkl.edu.my/cerdiknet/bahan/sejarah/download/a-4.pdf
3 Paul H. Kritioska dan Abu Talib Ahmad, Pendudukan Jepun di Tanah Melayu : Kumpulan Esei
Oleh Pelajar-Pelajar U.S.M, Pulau Pinang : Universiti Sains Malaysia, Hal. 10.
4 http://perangjepun.blogspot.com/
Jepun telah dapat menakluki Tanah Melayu, Sarawak dan Sabah dalam masa yang
singkat. Pendaratan mereka yang pertama ialah di utara Kota Bharu pada 8 Disember 1941.
Jepun bercadang untuk mara dari utara ke selatan hingga ke Singapura. Seterusnya, Jepun
menyerang Ipoh pada 27 Disember 1941, Kuala Lumpur pada 11 Januari 1942, Johor dan
Singapura pada 8 Februari 1942. Miri penting kepada Jepun kerana hasil kayu dan
minyaknya. Kuching pula diperoleh dua hari kemudiannya. Penaklukkan Sabah bermula
pada awal bulan Januari 1942 dan Pulau Labuan ditakluk pada tahun baru 1941. Dua buah
bandar besar, Kota Kinabalu dan Sandakan jatuh ke tangan Jepun pada bulan yang sama.5
Kejayaan penaklukan itu bererti Tanah Melayu akan menggunakan sistem atau dasar sama
ada dari segi politik, ekonomi dan sosial oleh pihak kolonial, Jepun.
Dasar dapat didefinisikan sebagai suatu kenyataan mengenai hasrat bagi mencapai
sesuatu maksud atau kehendak. Satu pengistiharan (hasrat dan ideologi pemerintah) dibuat
dari semasa ke semasa untuk menyelesaikan, mendapatkan hasil dan mencapai objektif.
5 http://www.slideboom.com/presentations/124390/BAB-1-:-PENDUDUKAN-JEPUN-DINEGARA-KITA.
pertubuhan seperti KERIS6 untuk memperjuangkan kemerdekaan. Akan tetapi, orang Melayu
tetap membenci Jepun kerana mengalami penderitaan, kebuluran dan ketakutan.7
6 KERIS (Kesatuan Rakyat Indonesia Semenanjungsemasa pendudukan Jepun. Waktu itu untuk bergabung bersama Nusantara untuk membentuk Negara
Indonesia)
7
Shahlin Ali, Sebab-Sebab dan Kesan-Kesan Pendudukan Jepun Di Tanah Melayu, Dalam Jurnal :
Meniti Catatan Sejarah : Koleksi Artikel 2002-2003, 2005, Kuala Lumpur : Arkib Negara Malaysia,
Hal. 58.
8
MPAJA merupakan singakatan kepada Malayan People Anti Japanese Army atau Tentera Anti-Jepun
Penduduk Tanah Melayu. Semasa pendudukan Jepun di Tanah Melayu, Parti Komunis
Malaya (PKM) telah bekerjasama dengan British untuk memerangi Jepun. PKM telah membentuk
Tentera Anti-Jepun Penduduk Tanah Melayu (MPAJA).
9
Ibid, Hal. 59-60.
5
10
http://www.activeboard.com/forum.spark?aBID=47396&p=3&topicID=34535560&page=1.
11
Ibid.
12
http://sallehderan.blogspot.com/
6
2.2 Pendidikan
Jepun
berusaha
Penjepunan.
menghapuskan
pengaruh
Barat
dengan
melaksanakan
rancangan
13
Ibid.
7
Gambar 4 : Sekolah Jenis Kebangsaan (C) Khuen Hean. Wujud sejak tahun
1932 dan ditutup semasa pendudukan Jepun14
Selain itu, bahasa Jepun (Nippon-Go) menjadi bahasa pengantar di semua sekolah.
Setiap hari pelajar mesti menyanyi lagu kebangsaan Jepun. Guru, pelajar dan belia diajar
bahasa dan kebudayaan Jepun. Kursus bahasa dan minggu bahasa Jepun turut diadakan.
Kelulusan bahasa Jepun penting bagi kenaikan pangkat khususnya terhadap kakitangan
pentadbiran. Bahasa Jepun juga digunakan dalam perkhidmatan pos dan telegraf. Pelajaran
percuma, perayaan agama dan budaya Jepun dijalankan.
2.3 Kesihatan
Dari sudut kesihatan, pihak Jepun tidak menitikberatkan hal ini kerana sepanjang
pemerintahan Jepun keadaan kesihatan masyarakat di Tanah Melayu sangat teruk. Sumber
perubatan yang terhad telah dibawa dari negara Jepun. Penyakit seperti bengkak badan, biribiri, kudis buta dan sebagainya merebak dan mengancam kesihatan masyarakat.
15
Pihak
14
http://sjkckhuenhean.blogspot.com/2010/01/sejarah-sekolah.html
15
Siti Zawiyah Zakaria, 1996, Zaman Pendudukan Jepun, Petaling Jaya: Penerbit Setia Emas, Hal. 30.
8
Jepun telah mewujudkan kelas iaitu kelas satu dan kelas dua untuk orang Jepun dan orang
kenamaan dan mendapat perubatan yang baik manakala kelas ketiga untuk orang awam serta
membayar setiap hari tetapi kurang diberi perhatian. Pada saat itu, bayaran perkhidmatan
perubatan swasta sangat mahal dan doktor swasta bertindak menjual ubat di pasaran gelap.
Kebanyakan penyakit masyarakat disebabkan oleh kekurangan makanan.
Di Johor, kematian akibat kekurangan alat perubatan adalah meningkat iaitu 10,296
kes kematian pada 1942, 17,895 kes kematian pada tahun berikutnya dan meningkat lagi
kepada 23,134 kes pada 1944.16
tradisional untuk mengatasi masalah kesihatan dan keadaan ini kembali seperti zaman
sebelum pemerintahan British. Sumber bekalan perubatan kebanyakannya disalurkan terlebih
dahulu kepada tentera Jepun. Hal ini menyebabkan kesan negatif terhadap taraf kesihatan
masyarakat di Tanah Melayu.
menunaikan kewajipan agama telah ditampar tentera Jepun kerana menyangkakan mereka
malas bekerja.19 Situasi ini mendorong kesan negatif terhadap pengukuhan keagamaan
masyarakat.
Semasa pendudukan Jepun, masyarakat telah disogokkan dengan hiburan untuk mengalihkan
mereka daripada rasa sengsara dan menentang kerajaan Jepun di Tanah Melayu. Hal ini
menyebabkan keruntuhan moral masyarakat. Kerajaan Jepun telah menggalakkan perjudian
besar-besaran seperti Dice, pakau, berlaga ayam, daun terup dan Mahjong. Jepun juga telah
menyediakan panggung wayang yang berpropaganda Jepun, dan pusat hiburan, dewan tari
contohnya di Wembeley Park, Joget Penang dan Kelab perlumbaan di Pulau Pinang. Judi dan
hiburan dilihat telah melalaikan masyarakat dan hanya memberi keuntungan kepada pihak
Jepun yang bertindak membuka dan mengutip cukai. Masyarakat yang pada awalnya
mengalami masalah ekonomi semakin parah apabila menyertai judi dan kalah.
17
Abu Talib Ahmad, 1988, Pendudukan Jepun di Tanah Melayu: Satu Esei Kumpulan Pelajar 1986-1987,
Penang: U.S.M , Hal. 109.
18
Wan Noraini Wan Ahmad, 1986, Pendudukan Jepun (1942-43) & Thai (1943-45) di Kelantan : kesan ke
atasmasyarakat Melayu, Pulau Pinang : Universiti Sains Malaysia, Hal. 71.
19
Ibid, Hal. 21.
10
hanya empat buah lombong bijh timah beroperasi di Johor. Sebelum itu pada 1939 sebanyak
tujuh puluh buah, 1941 enam puluh tiga buah lombong. Bagi lombong besi, bauksit dan arang
batu, tidak wujud aktiviti perlombongan dijalankan, tetapi pada tahun 1939 sebanyak dua
buah lombong yang menjalankan setiap aktiviti perlombongan.
Jumlah keseluruhan
perlombongan menurun daripada tujuh puluh enam buah lombong pada 1939 kepada empat
buah pada1946. 21
Gambar 6 : Duit kertas Jepun dengan lambang Pokok Pisang22
20
Ibid, Hal. 474.
21
Abdul Halim Saad (et. all), 1991, Malaysia Kita, Kuala Lumpur: Institut Tadbiran Awam NegaraMalaysia, Hal.
474.
11
Ekonomi Tanah Melayu berbalik seperti asal dengan menjalankan ekonomi sara diri,
iaitu dengan menjalankan tanaman di halaman rumah. Tanaman yang ditanam, bukan sahaja
sayur-sayuran, antaranya padi dan ubi kayu.
taburan makanan kepada penduduk. Berlaku juga sorokan barang-barang keperluan sebab
keutamaan diberikan kepada askar dan pekerja-pekerja Jepun.23
Taburan wang begitu berleluasa tanpa kawalan daripada bank pusat. Keadaan ini
berlaku disebabkan semua batalion tentera boleh mencetak wang. Kesannya, nilai mata wang
terlalu rendah, peningkatan kadar inflasi, masyarakat lebih tertumpu kepada pekerjaan
sendiri dan pada peringkat awal pendudukan, kecurian sering berlaku, tetapi dapat diatasi
dengan hukuman yang berat. Tawaran dan peluang pekerjaan turut merosot. Lihat Jadual 1:
Jadual 1 : Tawaran dan peluang pekerjaan24
22
http://2.bp.blogspot.com/_cV6zxjkvNsY/SXgLRUwuL_I/AAAAAAAAAH8/SCnfdRTe8-g/s1600h/IMG_0039a.jpg
23
Ibid.
24
http://saku30.tripod.com/sejtema3.htm
12
TAHUN
1939
1941
1946
BILANGAN
4206
1765
429
Sebagai contohnya penduduk Muar, Johor Baharu dan Batu Pahat boleh keluarkan sebanyak
$300.00 sahaja. Bagi penduduk Kota Tinggi, Tangkak, Pontian, dan Mersing $200.00
sahaja.
daripada District Treasurer for Payment. Kerajaan Jepun turut mengadakan penjualan tikettiket loteri kepada penduduk. Melantik Southern Region Developement Bank bagi mengawal
pengeluaran wang.25
I. $25.00 setiap ekar bagi membersihkan hutan dara dan membakarnya selepas Oktober
1943.
ii. $15.00 setiap ekar bagi tanah di (I) dan ditanami dengan padi.
iii. $10.00 setiap ekar bagi tanah seperti (I) jika ditanami dengan jagung, keledek atau ubi.
iv. Sesiapa yang mengusahakan tanaman di dalam ladang getah dan kelapa selepas Oktober
1943 akan diberikan subsidi sebanyak $15.00 setiap ekar. Walaupun begitu mereka yang
menanam padi huma akan diberi sebanyak $10.00.26
Penubuhan persatuan
sepert Johor State Goverrment Service Consumers Association bagi membantu kakitangan
kerajaan memperoleh sumber makanan. Pengawalan penyelewengan edaran makanan juga
dijalankan. Diwujudkan jawatan pengawal makanan bagi menentukan pengedar menjualkan
makanan kepada penduduk dan bukan kepada pergerakan anti-Jepun.
menghukum
penyimpan
makanan
secara
haram
dengan
Menghalang dan
hukuman
bunuh
selain
26
http://saku30.tripod.com/sejtema3.htm
14
Dengan kata lain Jepun telah mengundurkan ekonomi Tanah Melayu ke belakang.
Hal ini kerana dari sudut matlamat Jepun tidak berusaha untuk menunjukkan kesungguhan
yang nyata. Boleh dikatakan Dasar Ekonomi Jepun di Tanah Melayu telah dicampuradukkan
sehingga matlamatnya tidak berfungsi. Dalam mementingkan bekalan makanan mencukupi
Jepun telah memusnahkan asas ekonomi Tanah Melayu sebagai pengeluar getah dan bijih
timah yang utama. Aktiviti-aktiviti ekonomi ini merupakan ekonomi teras kepada Tanah
Melayu semasa zaman pendudukan Inggeris.
Bekalan makanan merupakan isu yang terpenting, maka Jepun telah memusnahkan
ladang-ladang getah dan digantikan dengan tanaman seperti padi, jagung, keledek, dan ubi.
Sebenarnya dasar yang diambil ini tidak begitu berjaya disebaliknya ia membangkitkan rasa
kecewa masyarakat Melayu kerana banyak tanah simpanan Melayu telah diserahkan kepada
orang-orang Cina. Malahan usaha yang dijalankan ini masih lagi tidak mencukupi kerana
sehingga penyerahan kalah Jepun masyarakat Tanah Melayu masih lagi menghadapi
kekurangan makanan, terutama masyarakat bandar.
Kegagalan ini dapat diukur kerana para petani tidak menghargai wang. Nilai wang
telah jatuh begitu teruk. Masyarakat tidak mempercayai sah laku wang Jepun yang dicetak
secara berleluasa sehingga ada yang tidak mempunyai nombor siri. Walaupun Jepun berusaha
berkempen supaya masyarakat menabung, tetapi masyarakat tidak perlukan wang dan nilai
wang yang diragui menyebabkan aktiviti ini tidak berkesan. Ini kerana setiap pasukan tentera
Jepun akan mencetak wang tanpa kawalan.
15
27
http://s6.zetaboards.com/DRAGONIZER/topic/760582/1/
16
Singapura mempunyai ketua bandarnya sendiri. Malaya terbahagi kepada Negeri-negeri Selat, Negerinegeri Melayu Bersekutu dan Negeri-negeri Melayu tidak bersekutu. 28
Asia tenggara yg dikuasai telah dibahagikan kepada lapan kawasan. Setiap kawasan ditadbir
oleh satu pasukan tentera. Malaya dan Sumatera telah digabungkan dan diletakkan di bawah
pentadbiran tentera dari pasukan ke-25 yang diketuai oleh Jeneral Hitoshi Nishioeda. Manakala
pentadbiran tentera yang dilaksanakan di kedua tempat ini diberi kepada Mejar General Manaki
Keishi selaku Ketua Pentadbiran Tentera. Walaubagaimanapun, urusan pentadbiran am dilakukan oleh
Kolonel Watanable Wataru.29
Negeri-negeri Melayu dan Singapura di letakkan di bawah pemerintahan tentera Jepun
dengan ketua Negara (Gabenor) yang tinggal di Singapura. Walau bagaimanapun, pentadbiran Negerinegeri Melayu dan Singapura diberi organisasi pentadbiran yang berasingan. Singapura di beri nama
Syonan dan diisytiharkan sebagai sebuah perbandaran di bawah datuk bandar atau Syonan digelar
Cahaya Timur dengan Singapura di beri status tanah jajahan dan Negeri-negeri Melayu di beri nama
New Malay atau Malaya Baru. Negeri-negeri Melayu dan Singapura pula dijadikan sebagai kawasan
naungan dan ditadbir setiap negeri oleh seorang presiden, yang bertanggungjawab kepada Gabenor.
Sultan disahkan sebagai ketua agama dan berfungsi sebagai ketua hal ehwal agama Islam sahaja.
Dengan pentadbiran tentera, Malaya dijadikan kawasan Nipponnya iaitu menjadi milik terus
jajahan mereka. Sementara, Sumatera di Indonesia pula merupakan gabungan. Tetapi cita-cita itu
tidak dapat dilaksanakan kerana pembahagian itu telah dibuat sejak perjanjian Inggeris Belanda tahun
1824 yang lalu. Dalam perubahan pentadbiran itu, Jepun telah mengadakan pentadbiran secara Majlis
Perundingan mulai Oktober 1943. Dengan adanya majlis tersebut di tiap-tiap wilayah, seorang
gabenor yang dilantik yang juga menjadi pengerusi kepada majlis tersebut. Sultan pula sebagai naib
pengerusi. Dalam pengurusan tersebut, bilangan anak tempatan yang menjadi ahli telah ditambah.
memakai lambang kerajaan negeri yang berbentuk mahkota dan keris kerana itu dianggap bukan cop
bagi keturunan sultan tetapi hanyalah cop bagi kerajaan dahulu.
paling dirasai kewujudannya dan ditakuti oleh orang ramai. Pasukan ini terdiri daripada
berbagai kaum tetapi kebanyakannya terdiri daripada orang Melayu. Mereka mempunyai
kuasa yang tidak terbatas di dalam menyoal dan menghukum orang ramai yang dikatakan
bersikap anti kerajaan dalam sebarang bentuk perlakuan. Sikap anggota Kempetei bukan
bangsa Jepun ini kadangkala lebih ganas daripada orang Jepun.
Jepun mengadakan Perkhidmatan Negara (nasional service) iaitu orang lelaki yang
dimestikan memasuki salah satu pasukan tentera iaitu samaada Giyugun, Boetai atau Heihas. Giyugun
ialah unit sukarela tempatan. Keahliannya terdiri daripada orang-orang Melayu. Hanya sebilangan
kecil terdiri daripada bangsa Cina dan India. Tugas pasukan ini ialah untuk menjaga dan
mempertahankan Malaya. Boetai merupakan pasukan yang diguna khas bagi menentang komunis
termasuklah MPAJA. Heihas pula dianggotai oleh orang-orang Melayu dan Indonesia. Tugas mereka
ialah untuk menjaga keamanan di mana-mana yang diperlukan.
30
http://www.pdfcari.com/BAB-1:-PENDUDUKAN-JEPUN-DI-NEGARA-KITA.html
19
kerana warna itu dipakai oleh jeneral Jepun. Kemudiannya pentadbiran tentera Jepun memberhentikan
jawatan menteri besar dan memansuhkan Majlis Mesyuarat Negeri. 31
4.0 KESIMPULAN
Zaman pendudukan Jepun di Tanah Melayu tidak dapat dinafikan sebagai zaman yang gelap
dan tidak disukai penduduk di Tanah Melayu ketika itu. Pemerintah ketika itu dilihat cuba
untuk mengekang keadaan demi mengekalkan kuasa.
menyaksikan lahirnya ketidakpuasaan hati rakyat. Keadaan sosial,ekonomi dan politik Tanah
Melayu berada ditahap sangat buruk dan mencetuskan pelbagai masalah yang akhirnya
membawa kesan yang kontra kepada masyarakat. Sungguhpun begitu tidak dapat dinafikan
bahawa zaman ini membawa beberapa kebaikan khususnya kebangkitan semangat
nasionalisme rakyat tempatan. Namun begitu, kesan negatif merupakan kesan yang terbesar
dimana kekejaman Jepun semasa penjajahannya masih diingati dan disebut hingga ke hari ini.
31
Ibid.
20
BIBLIOGRAFI
Buku
Abu Talib Ahmad. 1988. Pendudukan Jepun di Tanah Melayu: Satu Esei Kumpulan Pelajar
1986-1987. Penang: U.S.M.
Abdul Halim Saad (et. all). 1991. Malaysia Kita. Kuala Lumpur: Institut Tadbiran Awam
Negara Malaysia.
Ghazali Mayudin. 1978. Johor Semasa Pendudukan Jepun 1941-1945 . Selangor: UKM.
21
Kritioska, Paul H. dan Abu Talib Ahmad. 1988. Pendudukan Jepun di Tanah Melayu :
Kumpulan Esei Oleh Pelajar-Pelajar U.S.M. Pulau Pinang : Universiti Sains Malaysia.
Siti Zawiyah Zakaria. 1996. Zaman Pendudukan Jepun. Petaling Jaya: Penerbit Setia
Emas.
Wan Noraini Wan Ahmad. 1986. Pendudukan Jepun (1942-43) & Thai (1943-45) di
Kelantan : kesan ke atas masyarakat Melayu. Pulau Pinang : Universiti Sains Malaysia.
Internet
http://openlibrary.org/books/OL1386549M/Pendudukan_Jepun_di_Tanah_Melayu_19421945
http://2.bp.blogspot.com/_cV6zxjkvNsY/SXgLRUwuL_I/AAAAAAAAAH8/SCnfdRTe8g/s1600-h/IMG_0039a.jpg
http://saku30.tripod.com/sejtema3.htm
http://perangjepun.blogspot.com/
http://www.activeboard.com/forum.spark?aBID=47396&p=3&topicID=34535560&page=1,
http://sallehderan.blogspot.com/
http://sjkckhuenhean.blogspot.com/2010/01/sejarah-sekolah.html
http://broraysflying.blogspot.com/2010/02/pendudukan-jepun-di-tanah-melayu.html
http://s6.zetaboards.com/DRAGONIZER/topic/760582/1/
http://www.pdfcari.com/BAB-1:-PENDUDUKAN-JEPUN-DI-NEGARA-KITA.html
http://webcache.googleusercontent.com/search?
q=cache:W5GZ8OOS6WkJ:arts.anu.edu.au/suara/callinicos3.rtf+definisi+imperialisme&cd=
2&hl=en&ct=clnk&gl=my&source=www.google.com.my
http://www.btpnkl.edu.my/cerdiknet/bahan/sejarah/download/a-4.pdf
22