Você está na página 1de 8

PENGENALAN

PENDAHULUAN.
Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA) mula ditubuhkan pada 1
Julai 1956 dan mula beroperasi apabila Akta Pembangunan Tanah 1956 yang
dahulunya dikenali sebagai Ordinan dikuatkuasakan. Matlamat penubuhan FELDA
ini adalah berperanan untuk melaksanakan projek pembangunan tanah dan
membimbing serta menyelaraskan kegiatan sosioekonomi di kawasan FELDA.
Penubuhan FELDA ini dicetuskan oleh usaha Perdana Menteri Malaysia yang kedua,
Allahyarham Tun Abdul Razak bin Hussein. Cetusan idea beliau sewaktu memegang
jawatan Kementerian Pembangunan Negara dan Luar Bandar ini seterusnya telah
menjadi titik tolak untuk meningkatkan ekonomi orang Melayu di luar bandar.
Penubuhan FELDA berfungsi sebagai satu agen pemulihan, penyatuan dan
pembangunan tanah di kawasan luar bandar.
PERMASALAHAN KAJIAN
FELDA ditadbir dan diuruskan oleh sekurang-kurangnya 20 kakitangan
FELDA yang terlatih. Bidang pengurusan dan pentadbiran meliputi aspek-aspek
polisi, pemasaran tanaman, penanaman tanaman, menjaga tanaman, menyusun
pekerja, hal-ehwal dan pembangunan komuniti dan membantu peneroka
menyesuaikan diri dengan kehidupan yang dirancang. Permasalahan pertama kajian
ialah berkaitan dengan perubahan-perubahan yang berlaku di FELDA Chalok yang
telah memberikan kesan terhadap penduduknya. Di samping itu penilaian yang ingin
dilihat ialah sejauh manakah elemen-elemen dalam dan luar turut memberikan impak
kepada perkembangan FELDA CHALOK. Selain itu, kajian yang ingin dilihat

adalah mengenai kelebihan atau keunikan yang ada di kawasan FELDA Chalok ini
sehingga ditubuhkan sebuah tanah rancangan FELDA.
KAJIAN LEPAS
Sebelum membuat penulisan, beberapa sumber rujukan dikaji untuk
mengolah penulisan yang akan dihasilkan. Dalam buku bertajuk Petempatan FELDA
Perspektif Perancangan Bandar dan Desa yang telah dihasilkan oleh Sulung
Mohamad. Rujukan ini mengenai pembangunan penempatan FELDA dari aspek
perancangan bandar dan desa. Selain itu, sumber ini membincangkan tentang
masalah-masalah yang dihadapi oleh masyarakat desa di Malaysia yang membawa
kepada pembentukan FELDA 1956 dan seterusnya kepada penubuhan penempatan
FELDA. Konteks yang turut dibincangkan juga mengenai peranan perancangan
fizikal adalah penting dalam mewujudkan persekitaran dan peluang yang sesuai
untuk mencapai matlamat dirancang FELDA. Aspek ekonomi dan sosial juga turut
dibincangkan. Namun dalam kajian yang dilakukan, penulis didapati kurang
memberi contoh terhadap kawasan FELDA. Melalui rujukan ini telah dapat
membantu menghasilkan penulisan dari segi latar belakang penubuhan FELDA dan
aspek sosioekonomi masyarakat peneroka.
Sebelum membuka satu penempatan rancangan FELDA beberapa proses perlu
dilalui terlebih dahulu sehinggalah kepada penubuhan penempatan kawasan FELDA.
Hal ini dibuktikan dalam rujukan bertajuk Pembangunan dan Persekitaran
Semenanjung Malaysia ditulis S. Robert Aiken dan telah diterjemahkan oleh Sulung
Mohamad. Hal ini dibuktikan dalam bab Pembangunan Desa Selepas Merdeka:
Agen-agen Perubahan. Pembangunan yang dilakukan secara berperingkat
membolehkan pihak yang terlibat mengkaji keadaan persekitaran tempat, tanih nya,

hidrologi hinggalah kepada pembersihan kawasan. Rujukan ini juga akan membantu
penulisan untuk menerangkan ciri-ciri penempatan dan penggunaan tanah.
Masalah yang sering dihadapi oleh pengurusan FELDA ialah disebabkan
kekurangan tenaga belia yang proaktif. Tenaga belia sangat diperlukan untuk terlibat
dalam aktiviti ekonomi FELDA. Terdapat beberapa faktor penyebab kekurangan
tenaga belia. Hal ini dibuktikan merujuk kepada sumber bertajuk Migrasi Keluar
Generasi Kedua dan Dampaknya Terhadap Sosioekonomi Masyarakat FELDA oleh
kajian Asan Ali Golam Hassan dan Hassan Ali dari Universiti Utara Malaysia.
Kajian ini boleh dilihat dalam dalam buku bertajuk Penilaian Dampak Sosial oleh
Mohd Razali Agus dan Yahaya Ibrahim. Dalam kajian ini menceritakan tentang
faktor-faktor penghijrahan keluar generasi kedua daripada kawasan FELDA masingmasing. Dua faktor yang diselidik iaitu faktor penolak dan faktor penarik.
Salah satu faktor yang menyebabkan berlakunya migrasi keluar masyarakat
FELDA ialah kerana mahu terlibat dalam pekerjaan kilang. Hal ini dibuktikan dalam
rujukan berkaitan Kajian Proses Industrialisasi Luar Bandar: Impak terhadap
Komuniti di Tanah Rancangan FELDA oleh kajian Yahaya Ibrahim dari Jabatan
Antropologi dan Sosiologi, Universiti Kebangsaan Malaysia. Kajian ini diperoleh di
dalam buku Impak Pembangunan Kualiti Hidup dan Persekitaran oleh Lukman Z.
Sesetengah masyarakat FELDA tidak mahu terlibat dalam sektor pertanian. Telah
berlaku proses transformasi dari sektor pertanian kepada perindustrian. Perkara ini
telah membawa impak sosial dan ekonomi terhadap masyarakat FELDA. Oleh itu,
strategi pembangunan semula kawasan FELDA telah dilakukan. Contohnya seperti
FELDA Sungai Buaya dan FELDA Sungai Behrang.
Berdasarkan daripada rujukan kajian lepas, didapati penekanan hanya
terhadap ekonomi dan sosial secara umum sahaja tanpa mengaitkan dengan peranan
pihak pengurusan FELDA. Turut dihuraikan berkaitan dengan impak industri, kesan
transformasi ekonomi dan ciri-ciri penempatan FELDA. Oleh itu, berdasarkan
3

sumber rujukan lepas yang telah dikaji, penulisan yang akan dihasilkan pula adalah
mengenai pertumbuhan dan perkembangan FELDA di daerah Setiu yang akan
memberikan tumpuan kepada satu FELDA iaitu FELDA Chalok.
PERSOALAN KAJIAN
Matlamat penubuhan FELDA adalah untuk merancang pembangunan kepada
penduduk kawasan di luar bandar. Hal ini disedbabkan oleh masalah yang sangat
serius dialami oleh masyarakat luar bandar. Namun penubuhan dan pelaksanaan
projek ini mempunyai konsepnya yang tersendiri dalam usaha untuk membasmi
masalah kemiskinan yang dihadapi.
Dalam pada itu, beberapa hektar tanah telah diagihkan untuk setiap peserta
mengusahakan sendiri tanaman yang telah ditetapkan oleh pihak rancangan iaitu,
getah. Namun, tanah yang dimiliki ini benar-benar akan menjadi hak milik apabila
mencapai tempoh matang dalam beberapa tahun selepas tanah itu diagihkan.
Walaubagaimanapun, dalam usaha untuk memperolehi hasil ada kalangan peserta
yang melakukan kegiatan lain semata-mata demi menambah pendapatan bulanan.
Hal ini kerana, hasil tuaian pada ketika tidaklah begitu memberansangkan
disebabkan masalah kejatuhan harga komoditi.
Sehubungan itu, kajian ini bukanlah semata-mata untuk membincangkan
tentang matlamat dan konsep tanah rancangan ini serta kegiatan yang dilakukan oleh
peserta di tanah rancangan ini. Sebaliknya ianya juga melihat tentang perkembangan
kegiatan sosial yang dilakukan oleh masyarakat di tanah rancangan ini. Hal ini
disebakan oleh kehidupan mereka yang secara berkelompok menyebabkan
meningkatnya hubungan dalam proses interaksi sesama mereka.
Walaubagaimanapun, peranan yang dimainkan oleh pihak FELDA juga amatlah
4

penting dalam hal ini bagi menjayakan kehidupan masyarakat di FELDA khusunya
dalam kalangan peserta.
OBJEKTIF KAJIAN
Objektif pertama penulisan ini ialah untuk melihat sejauh manakah bahawa
masyarakat FELDA walaupun berada dalam kawasan luar bandar namun masih
boleh berkembang maju dari segi ekonomi malahan dapat menyumbang kepada
peningkatan pendapatan negara. Kajian ini juga bagi memperlihatkan bahawa
masyarakat FELDA juga mampu untuk berdaya saing dan menjadi contoh bagi
masyarakat kampung tradisional yang lain, malahan menjadi contoh kepada negara
luar.
Selain itu, objektif penulisan ini seterusnya ialah supaya dapat membetulkan
serta mengubah persepsi sesetengah pihak yang menganggap ramai dalam kalangan
belia di FELDA yang terlibat dengan aktiviti sosial dan budaya negatif yang
menjejaskan kehidupan mereka. Sering kali apabila dibicarakan tentang isu
penagihan dadah dianggap sudah sinonim dengan golongan FELDA. Oleh itu,
penulisan ini diharapkan dapat membuktikan kepada masyarakat luar bahawa
golongan belia FELDA mampu menjadi belia harapan negara.
Objektif seterusnya ialah bertujuan untuk mengumpul serta mewujudkan
sumber-sumber dan idea baru untuk dijadikan bahan rujukan generasi akan datang.
Selain itu, usaha menghasilkan sumber baru ini juga sedikit sebanyak dapat
membantu dalam mengerakkan usaha-usaha memperkenalkan FELDA Chalok
kepada pembaca.

SKOP KAJIAN

Fokus kajian yang akan dijalankan adalah mengenai pertumbuhan dan


perkembangan FELDA di daerah Setiu. Namun fokus utama ialah di kawasan
FELDA Chalok. Penulisan ini ingin memperlihatkan sama ada berlakunya
perkembangan atau sebaliknya semenjak FELDA ini ditubuhkan. Aspek
perkembangan ini dilihat dari segi keadaan sosial dan ekonomi terhadap peneroka
FELDA. Walaupun fokus utama melihat kepada FELDA Chalok, namun beberapa
perbandingan akan dibuat merujuk kepada beberapa FELDA yang ada dalam daerah
Setiu. Penulisan ini akan memberi tumpuan bermula dari tahun 1985 sehinggalah
kepada tahun 2000. Hal ini kerana ingin melihat satu perubahan yang berlaku sejak
FELDA Chalok ini ditubuhkan bermula tahun 1957 sehinggalah sekarang.
METODOLOGI KAJIAN
Bagi mengolah penulisan, beberapa kaedah telah digunakan untuk
mengukuhkan penulisan dihasilkan. Kaedah rujukan perpustakaan banyak membantu
mendapatkan sumber sekunder. Penyelidikan secara kualitatif menjadi sebagai asas
untuk penulisan. Oleh itu, hasil kajian akan dihuraikan secara deskriptif berdasarkan
data-data yang diperoleh dan dikumpul melalui sumber primer dan sekunder.
Sumber-sumber data primer ini boleh diperoleh melalui Arkib Negara Malaysia dan
Pejabat Daerah Setiu. Manakala sumber-sumber sekunder diperoleh dengan merujuk
jurnal, buku-buku berkaitan FELDA dan artikel-artikel diperoleh di perpustakaan.
Pendekatan secara deskriptif digunakan dalam mengukuhkan dan mengolah
maklumat yang akan diperoleh selepas kajian yang akan dijalankan.
Maklumat kajian meliputi sumber primer daripada kaedah temu bual dan
pemerhatian. Temu bual dan pemerhatian adalah dua strategi yang digunakan oleh
pengkaji untuk mendapat dan mengumpulkan maklumat. Maklumat diperoleh oleh
pengkaji melalui temu bual yang dijalankan kepada responden yang menjadi
peneroka di FELDA Chalok. Jenis temu bual yang akan dijalankan oleh pengkaji

ialah temu bual jenis semi berstruktur di mana item-item soalan dalam temu bual
ditentukan terlebih dahulu oleh pengkaji tetapi jawapan kepada soalan-soalan
tersebut adalah terbuka, boleh dikembangkan mengikut budi bicara pengkaji dan
responden.
RUMUSAN BAB
Bagi memudahkan pembacaan penulisan ilmiah ini, penyelidik akan
membahagikan penulisan kepada beberapa bab. Secara keseluruhannya, penulisan ini
mengandungi lima bab. Hal ini bertujuan untuk menghasilkan penulisan yang lebih
teratur bagi memudahkan kefahaman pembaca untuk memahami keseluruhan isi
penulisan.
Terlebih dahulu di dalam bab 1, penulisan ini akan menjelaskan berkaitan
dengan latar belakang Setiu dan FELDA di Malaysia. Beberapa aspek utama seperti
matlamat dan konsep penubuhan FELDA akan dibincangkan dalam bab ini.
Penulisan ini juga turut memperjelaskan mengenai kriteria-kriteria yang dipilih yang
perlu ada di sesuatu kawasan untuk didirikan sebuah penempatan. Selain itu,
penyelidik juga menerangkan berkenaan dengan asal usul Setiu dan sejarahnya.
Tidak ketinggalan juga dalam bab ini mengungkap sejarah FELDA Chalok sebagai
salah satu FELDA yang telah dipilih dalam penulisan ini.
Dalam bab 2, penulisan akan menghuraikan berkenaan dengan
perkembangan sosioekonomi FELDA Chalok. Selain itu, penulisan akan
membincangkan mengenai struktur penempatan di FELDA Chalok di samping
menjelaskan kriteria pemilihan kawasan penempatan tanah rancangan FELDA.
Penulisan juga akan memperlihatkan peringkat-peringkat bagi sesebuah tanah
rancangan FELDA yang akan diterokai.
Pada bab 3 pula akan mempamerkan anjakan dan perubahan sosioekonomi
masyarakat di FELDA Chalok. Selain itu, aspek yang dibincangkan juga akan
7

menyentuh mengenai keistimewaan yang terdapat di FELDA Chalok. Salah satunya


ialah pengekalan warisan seni yang masih terpelihara. Di samping itu penulisan akan
menjelaskan berkaitan dengan bentuk-bentuk perubahan menyentuh aspek
sosioekonomi masyarakat di FELDA itu.
Manakala di akhir bab iaitu bab 4 pula akan membincangkan keseluruhan
hasil kajian dalam penulisan yang dilakukan. Hasil penulisan ini memperlihatkan
reaksi masyarakat terhadap penubuhan FELDA. Secara kesimpulannya tidak semua
hasil kajian ini menonjolkan reaksi positif masyarakat kerana terdapat beberapa
pandangan mengenai corak pentadbiran dan sebagainya. Justeru penulisan ini
diharapkan dapat menjawab permasalahan kajian yang dibincangkan.
KESIMPULAN
Secara keseluruhannya, diharapkan kajian ini akan memberikan satu perspektif
baru terhadap masyarakat FELDA. Jika selama ini masyarakat FELDA sering
dianggap sebagai ketinggalan, namun dengan adanya penulisan ini diharapkan dapat
mengubah tanggapan tersebut berdasarkan kepada bentuk perubahan yang akan
dijelaskan. Dengan adanya penulisan ini, maka telah mewujudkan satu sumber
bacaan baru kepada masyarakat yang akan mendalami kehidupan masyarakat di
FELDA.

Você também pode gostar