Você está na página 1de 39

1 | Pa g e S E G R E G RA S I K E PA DA I N T E G RA S I

ISI KANDUNGAN

MUKA
SURAT

BILANGA
N

BIODATA

2-8

PENGENALAN

1-10

DARI PENGASINGAN KE INTEGRASI

11-12

CABARAN DALAM MEMUPUK INTEGRASI DI MALAYSIA

13-18

PERANAN KERAJAAN

18

PENUBUHAN JABATAN PERPADUAN INTEGRASI DAN


INTEGRASI NASIONAL (JPNIN)

19

DASAR-DASAR KERAJAAN

19-31

PERANAN MASYARAKAT DALAM KONTEKS HUBUNGAN


ETNIK

32-34

PENERIMAAN BUDAYA

34

PROGRAM DI INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI (IPT)

34

10

PERANAN NGO DALAM KONTEKS HUBUNGAN ETNIK

35-36

11

KESIMPULAN

37

12

RUJUKAN

38

2 | Pa g e S E G R E G RA S I K E PA DA I N T E G RA S I

NAMA

DINA NAJIHAH BINTI DAWARI

NO. MATRIK

DF140088

NO TEL

0145278941

NO TEL RAKAN KARIB :

01139690290 [AMIRA]
0172580654

[AINI]

NAMA PA

DR. HAZRUL B. ABDUL HAMID

NO TEL PA

0122686434

3 | Pa g e S E G R E G RA S I K E PA DA I N T E G RA S I

NAMA

: ARNIE FARHANA BINTI NORHALIM

NO MATRIK

: DF140106

NO TEL

: 01421888585

NO TEL KAWAN KARIB

: 0172198540 ( ZIQRIE )
01121647455 (FHATIHA)

NAMA PENASIHAT AKADEMIK

: DR SITI NAZAHIYAH BINTI RAHMAT

NO TEL PENASIHAT AKADEMIK

: 0167775016

4 | Pa g e S E G R E G RA S I K E PA DA I N T E G RA S I

NAMA

: MUHAMMAD ZQRIE BIN AZMI

NO MATRIK

: DF140026

NO TEL

: 0172198540

NO TEL KAWAN KARIB

: 0142188585 ( ARNIE )

NAMA PENASIHAT AKADEMIK

: DR HAZRUL BIN ABD. HAMID

NO TEL PENASIHAT AKADEMIK : 0122686434

5 | Pa g e S E G R E G RA S I K E PA DA I N T E G RA S I

NAMA

: KANG CHING CHERN

NO MATRIK

: DF140018

NO TEL

: 012-9840538

NO TEL KAWAN KARIB

: 012-7465378 ( LO JIAN YONG )

NAMA PENASIHAT AKADEMIK

: DR RAFIKULLAH BIN DERAMAN

NO TEL PENASIHAT AKADEMIK

: 019-9440083

6 | Pa g e S E G R E G RA S I K E PA DA I N T E G RA S I

NAMA

: NURAINI BINTI HAMZAH

NO. MATRIK

: DF140074

NO TEL

: 01772580654

NO TEL RAKAN KARIB : 0145278941 [DINA]


01139690290 [AMIRA]
NAMA PA

: DR.RAFIKULLAH B. DERAMAN

NO TEL PA

: 0199440083

7 | Pa g e S E G R E G RA S I K E PA DA I N T E G RA S I

NAMA

: NURAMIRA JASNI

NO. MATRIK

: DF140088

NO TEL

: 01139690290

NO TEL RAKAN KARIB : 0145278941 [DINA]


0172580654 [AINI]
NAMA PA

: DR.RAFIKULLAH B. DERAMAN

NO TEL PA

: 0199440083

8 | Pa g e S E G R E G RA S I K E PA DA I N T E G RA S I

NAMA

: NELIA BINTI JOMASRI

NO. MATRIK

: DF140116

NO TEL

: 0177283834

NO TEL RAKAN KARIB : 0145278941 [DINA]


0172580654 [AINI]
NAMA PA

: DR.RAFIKULLAH B. DERAMAN

NO TEL PA

: 0199440083

1.0 PENGENALAN

9 | Pa g e S E G R E G RA S I K E PA DA I N T E G RA S I

Slogan Kesatuan Dalam Kepelbagaian mengiktiraf kepelbagaian. Kepelbagaian


rakyat Malaysia sebenarnya merupakan satu aset bernilai dalam meningkatkan kesepaduan
sosial bukannya menimbulkan permasalahan isu perkauman. Perpaduan adalah sebuah
elemen yang sangat muktahir dalam menentukan kestabilan politik negara dan sebuah
prasyarat utama dalam melahirkan kesejahteraan hubungan yang harmonis antara pelbagai
etnik. Menurut Comber dan Abd. Rahman Ibrahim (2011) menyatakan bahawa perpaduan
bererti menerima hakikat bahawa adanya etnik yang lain untuk hidup bersama. Ding Choo
Ming (2005) pula menjelaskan bahawa rakyat seharusnya membuka mata hati dan mengubah
diri sesuai dengan tuntutan Perlembagaan Persekutuan atau Perlembagaan Malaysia. Dalam
era globalisasi pada masa kini, demi memastikan peristiwa pada 13 Mei 1969 tidak berulang
kembali, setiap etnik seharusnya menjadikan rusuhan ini sebagai suatu iktibar yang berguna
sekaligus memainkan peranan masing-masing pada setiap waktu dengan saling bertolak
ansur, bekerjasama, hormat-menghormati dan lain-lain. Sementelahan, isu-isu sensitif sangat
wajar untuk tidak dipandang remeh kerana ianya mampu mengancam kesepaduan antara
kaum yang sedia terjalin di negara ini.
Titik hitam dalam sejarah ini adalah kemuncak daripada tekanan perasaan yang
dialami oleh setiap kaum ekoran daripada pengenalan kaum mengikut ekonomi seperti kaum
Melayu yang tinggal di perkampungan desa menjalankan kehidupan seharian sebagai petani
atau nelayan, kaum Cina pula bekerja menjadi pelombong dan peniaga di perlombongan bijih
timah manakala kaum India sebagai pekerja ladang yang menetap di ladang-ladang getah atau
estet. Natijahnya, perpaduan kaum sukar dicapai apabila wujudnya jurang ekonomi antara
kaum-kaum

tersebut.

Walaubagaimanapun,

demi

mengimbangi

semula

masalah

ketidaksamaan ekonomi dan sosial rentetan daripada kebangkitan antagonisme perkauman


dalam kalangan masyarakat Tanah Melayu yang majmuk pada ketika itu. Perdana Menteri
Malaysia kedua iaitu Tun Abdul Razak telah melancarkan Dasar Ekonomi Baru (NEP) pada
tahun 1971. Beliau menegaskan integrasi itu sangat penting dalam usaha memajukan negara.
Sesebuah negara maju dan berjaya apabila rakyatnya bersatu dan berganding bahu dalam
suasana yang sejahtera, utuh dan harmoni. Bak kata pepatah, bersatu teguh bercerai roboh
Segregasi adalah istilah kepada pemisahan atau pengasingan antara satu kumpulan
etnik dengan kumpulan etnik yang lain dalam sesebuah negara. Hal ini berlaku dalam
beberapa situasi seperti pengasingan tempat tinggal, jenis pekerjaan, sistem persekolahan dan
pendidikan, perbezaan kepercayaan dan agama, fahaman politik yang berlainan serta
penerbitan akhbar mengikut bahasa ibunda masing-masing. Sebagai contoh, sebelum

10 | P a g e S E G R E G R A S I K E P A D A I N T E G R A S I

Malaysia mencapai kemerdekaan pada tahun 1957, kesan negatif daripada dasar pecah dan
perintah berdasarkan kegiatan ekonomi mengikut etnik yang dilaksanakan semasa
pemerintahan British, kedudukan kuasa politik dan ekonomi penjajah ini menjadi semakin
kukuh dan stabil sehingga berjaya menapak di Tanah Melayu selama 170 tahun. Peranan dan
status bagi setiap kaum telah ditetapkan sekaligus mewujudkan jurang jarak sosial antara
kaum dan akhirnya mencetuskan peristiwa rusuhan 13 Mei 1969 tersebut. Namun, tidak
kurang juga sama seperti yang dialami oleh penduduk di Afrika Selatan dimana amalan ini
telah didasarkan oleh undang-undang yang dikenali sebagai dasar aparteid dalam tempoh 46
tahun bermula pada tahun 1948 hingga pada tahun 1994. Dasar ini merujuk kepada
pemisahan kaum kulit putih dari kaum bukan kulit putih. Layanan yang diberikan dari segi
politik, ekonomi, sosial, pendidikan dan kebudayaan kepada kaum majoriti iaitu kaum kulit
hitam pada masa itu, sangat rendah dan disalahgunakan oleh pihak pemerintah kulit putih
dalam memastikan kekuasaan mereka terhadap kaum minoriti ini. Diskriminasi ini akhirnya
dimansuhkan ketika Nelson Mandela menjadi presiden pertama kulit hitam di negara itu,
Walaupun begitu, sehingga ke hari ini, impak yang sangat ketara berlaku ke atas jurang
pendapatan di antara kedua-dua kaum ini. Ringkasnya, implikasi negatif daripada proses
segregasi terhadap kedua-dua buah negara ini, jelas dapat dijadikan pedoman dan pengajaran
buat setiap rakyat.

2.0 DARI PENGASINGAN KE INTEGRASI

11 | P a g e S E G R E G R A S I K E P A D A I N T E G R A S I

Integrasi pula merujuk kepada satu proses penyesuaian bersama pelbagai kebudayaan
dan ciri-ciri sosial yang diterima oleh semua kelompok etnik. Dalam konteks Malaysia,
integrasi merupakan satu proses bagi mewujudkan satu identiti nasional dalam kalangan etnik
yang terpisah dari segi budaya, agama, sosial dan kawasan penempatan. Mereka dipupuk
menerusi integrasi politik, ekonomi, sosial, kebudayaan, pendidikan dan peringkat wilayah.
Di negara ini, sejak merdeka lagi integrasi diutamakan dalam usaha memupuk perpaduan
antara rakyat. Tanpa perpaduan, kemajuan negara yang diimpikan dalam Wawasan 2020
amatlah mustahil untuk digapai. Seterusnya, misi dan visi ke arah pencapaian negara yang
aman dan makmur, bukan sahaja perlu dipelopori oleh pihak kerajaan, ianya juga boleh
direalisasikan dengan sokongan yang positif daripada kalangan rakyat dan pertubuhan badan
bukan kerajaan (NGO). Misalnya, pendekatan top-down atau atas ke bawah yang mana
segala ketetapan dan keputusan ditentukan oleh pihak atasan manakala pihak bawahan hanya
berperanan sebagai pelaksana. Golongan pemerintah amat dominan dan kebiasannya harus
mengatur apa jua perancangan terbaik dalam pembangunan dari segi politik, ekonomi dan
sosial melalui dasar-dasar yang dibuat oleh pihak kerajaan. Begitu juga dengan pendekatan
bottom-up atau bawah ke atas yang amat penting apabila segala ketetapan dan keputusan
ditentukan oleh pihak bawahan atau rakyat manakala pihak atasan sebagai pelaksana.
Konklusinya, kestabilan negara dapat dijamin apabila setiap warganegara Malaysia itu sendiri
mempunyai rasa tanggungjawab dalam mempertahankan perpaduan di dalam penyatuan
kaum meskipun berbeza ideologi politik bagi membanteras setiap kemasukan ideologi yang
boleh melunturkan kesepaduan yang telah kita dibina sehingga ke hari ini.
Seperkara lagi, proses ini terbentuk sekiranya setiap etnik bersedia dengan berlapang
dada menerima konsep-konsep yang menjadi teras kepada proses integrasi iaitu akomodasi,
akulturasi, amalgamasi dan asimilasi dalam kehidupan seharian. Pertama, proses akomodasi
yang melibatkan beberapa kumpulan etnik yang menyedari bahawa mereka adalah berbeza,
namun masih menghormati norma dan nilai kolektif antara satu sama lain. Sebagai contoh, di
Malaysia terdapat pelbagai jenis perayaan yang disambut pada setiap tahun. Kesemua etnik
bebas mengamalkan perkongsian hari perayaan di samping menghormati setiap perayaan
kaum yang lain. Kedua, proses akulturasi yang menunjukkan perubahan kebudayaan dan
pinjam meminjam unsur kebudayaan akibat perhubungan antara dua kumpulan manusia yang
berlainan tradisi. Ianya tidak menyebabkan kehilangan identiti asal sesebuah masyarakat
apabila menerima unsur kebudayaan yang lain. Tamsilnya, bahasa yang sama diperlukan agar
interaksi atau perhubungan sosial yang terjalin tidak terganggu. Ketiga, konsep amalgamasi

12 | P a g e S E G R E G R A S I K E P A D A I N T E G R A S I

di mana semua entiti kebudayaan pelbagai kumpulan dicampuradukkan melalui perkahwinan


campur dan akhirnya mewujudkan satu bangsa atau ras yang baru. Proses ini sememangnya
memakan masa yang panjang dan dialami oleh beberapa generasi. Akhir sekali, proses
asimilasi merujuk kepada kumpulan minoriti yang kehilangan identiti kumpulannya dan
diserap oleh kumpulan dominan dari segi kebudayaan dan sosial. Hal ini disebabkan interaksi
yang berlaku adalah dalam tempoh yang lama Malahan, proses ini terbahagi kepada dua iaitu
asimilasi budaya dan asimilasi struktur. Asimilasi budaya adalah ciri-ciri kebudayaan
sesebuah masyarakat yang dipelajari oleh kumpulan minoriti seperti bahasa, ilmu
pengetahuan, adat resam dan pakaian. Asimilasi struktur pula berlaku apabila institusi utama
seperti institusi politik, sosial, ekonomi, dan pendidikan dalam masyarakat dominon berjaya
disertai anggota kumpulan minoriti.

3.0 CABARAN DALAM MEMUPUK INTEGRASI DI MALAYSIA

13 | P a g e S E G R E G R A S I K E P A D A I N T E G R A S I

Terdapat beberapa factor yang boleh mencetuskan perpecahan dalam masyaraka


tantaranya, prasangka, perkauman, diskriminasi, stereotaip ,racism, dan etnosentrisme.
Perpecahan juga boleh berlaku apabila wujudnya konflik antara kumpulan masyarakat,
kedudukan lokasi kelas,taraf pemdidikan, kemahiran kerja, pendapatan dan budaya hidup
yang sesetengahnya membatasi peluang mobility social mereka untuk keluar dari golongan
miskin (Mansor 2006). Konflik juga berlaku disebabkan kerumitan menanggung kos hidup
yang terus meningkat, perkhidmatan awam yang kurang memuaskan, pengangguran,
kemiskinan, keterpinggiran dan ketidaksamarataan dalam masyarakat , gejala social yang
berleluasa dan wujudnya banyak kumpulan samseng. Juteru, isu isu berkenaan secara tidak
lansung telah member kesan kepada masalah perpaduan dalam kalangan rakyat.
Selepas peristiwa 13 Mei 1969, kunci keamanan, keteguhan, kestabilan, dan kemajuan
pembangunan negara banyak bergantung kepada perpaduan dan kerjasama masyarakat
Malaysia itu sendiri untuk mencapai perpaduan dan bukanlah satu perkara yang mudah. Ini
adalah kerana memandangkan penduduknya yang terdiri daripada pelbagai kaum, berbeza
dari segi agama, budaya, aktiviti, ekonomi, lokasi tempat tinggal, dan sebagainya. Menurut
Tan Sri Ghazali Shafie (1985) ,
the road to a cohesive and progressive society is a long and arduous one which to use the
Malay phrase, is full of onak dan duri
Kenyataan di atas ternyata dapat kita simpulkan bahawa pelbagai cabaran yang perlu kita
tempuhi bagi membina negara Malaysia yang unggul di mata dunia.

14 | P a g e S E G R E G R A S I K E P A D A I N T E G R A S I

Rajah 1
Majoriti parti politik di Malaysia ditubuhkan berasaskan kaum masing-masing.
Contohnya, seperti UMNO dan PAS untuk orang Melayu, MCA,PAP dan DAP untuk orang
Cina, dan MIC untuk orang India. Faktor penubuhan parti-parti ini telah menguatkan sikap
dan semangat perkauman yang tinggi . Sikap ingin memperjuangkan kaum masing-masing
tanpa semangat kekitaan pasti akan melambatkan proses perpaduan yang selama ini
diusahakan oleh pihak kerajaan yang sudah pastinya diimpikan oleh seluruh rakyat Malaysia.
Memang tidak dinafikan terdapat sebahagian parti berlainan bangsa yang bergabung
tetapi perjuangan mereka sedikit sebanyak tetap berbaur perkauman. Kewujudan parti-parti
politik yang berasaskan kaum ini juga menjadikan pengaruh perkauman turut merebak
kepada institusi keluarga dan juga pendidikan. Menurut Funston (2001), setiap etnik akan
memperjuangkan kepentingan kaum masing-masing terutama hal-hal yang berkaitan dengan
bahasa, pendidikan dan kebudayaan, sedangkan dalam membina integrasi nasional dan
perpaduan yang utuh semua rakyat tanpa mengira kaum mahupun agama mestilah samasama berganding bahu dan tenaga mencapai satu perjuangan dan matlamat yang sama demi
negara yang menjadi tempat tumpah darah mereka dan semua rakyatnya.
Kita dapat melihat semangat perkauman ini di dalam isu bahasa di mana tahun 1966,
kira-kira 1200 pertubuhan keturunan Cina menjalankan kempen mengutip tandatangan
menuntut supaya bahasa Cina dijadikan salah satu dari bahasa rasmi negara. Isu yang
berkaitan dengan perancangan untuk mewujudkan Sekolah Wawasan. Masyarakat Cina yang
diwakili oleh parti politik Cina telah menentang penubuhan sekolah ini dengan mengatakan
bahawa identiti rakyat Cina akan hilang sedangkan pewujudan sekolah tersebut akan
mewujudkan perpaduan antara masyarakat.

Rajah 2

15 | P a g e S E G R E G R A S I K E P A D A I N T E G R A S I

Melalui aspek ekonomi terdapat dua perkara yang perlu ditekankan adalah
penguasaan ekonomi dan perbezaan

pekerjaan berdasarkan sektor ekonomi. Pertama,

penguasaan ekonomi memperlihatkan jurang yang luas bagi setiap etnik. Majoriti kaum
Melayu menguasai sektor pertanian yang memerlukan banyak tenaga sumber manusia dan
berteknologi rendah. Bagi kaum Cina, yang umumnya menguasai sektor yang lebih maju
seperti perniagaan, perdagagan dan menggunakan teknologi moden. Manakala, kaum India
pula banyak terlibat dengan perladangan di estet getah dan kelapa sawit. Kenyataan di sini
sudah membolehkan kita membuat satu kesimpulan iaitu terdapatnya jurang pendapatan
yang

begitu

ketara

dan

tidak

seimbang

dalam

ekonomi

negara

Malaysia.

Semua golongan etnik sentiasa mencuba untuk bersaing dalam ekonomi ini untuk
berusaha mendapatkan hak dan keuntungan yang lebih besar. Penguasaan ekonomi yang
berbeza serta jurang pendapatan yang tidak seimbang mengakibatkan ketidakstabilan dalam
masyarakat majmuk. Justeru itu, implikasinya mengakibatkan ketidakpuasan hati bagi semua
golongan etnik. Bagi kaum melayu yang terlibat dalam sektor pertanian mendapat pendapatan
yang sedikit dan berkemungkinan akan menghadapi dengan kemiskinan. Situasi yang sama
juga akan berlaku terhadap kaum India yang di mana harga getah dan kelapa sawit adalah
berlandaskan kepada keadaan ekonomi di dunia. Jika harga meningkat, maka, pulangannya
tentu baik dan sebaliknya juga akan berlaku. Golongan etnik Cina pula akan terus mencari
peluang-peluang keemasan dalam perniagaan dan mereka dapat hidup dalam hidup yang
cukup mewah. Akan tetapi, mereka pasti berasa tidak puas hati yang di mana kebanyakan
lubang perniagaan banyak diutamakan kepada kaum Bumiputera atau Melayu. Sudah tentu
timbulnya persoalan di lubuk pemikiran mereka di mana hak mereka sedangkan selama ini
mereka banyak menyumbang kepada ekonomi negara. Isu-isu sebegini merupakan perkara
yang

boleh

menyebabkan

Negara

kita

bergolak.

Selain itu, dalam Rancangan Malaysia Kedua ada menyatakan perpaduan negara tidak
boleh dicapai tanpa kesaksamaan dan keseimbangan yang lebih besar dalam kalangan
kumpulan sosial dan etnik Malaysia melalui penyertaan mereka dalam pembangunan negara
dan dalam perkongsian manfaat daripada permodenan dan pertumbuhan ekonomi.
Sesungguhnya, perpaduan negara tidak boleh dipupuk seandainya sebahagian besarnya
penduduk kekal miskin dan peluang pekerjaan produktif yang tidak mencukupi.

16 | P a g e S E G R E G R A S I K E P A D A I N T E G R A S I

Fenomena kemiskinan bukan sahaja terdapat di kawasan luar bandar tetapi juga di
kawasan bandar. Keadaan ini boleh mengugat perpaduan negara kerana masalah kemiskinan
hanya menonjol dalam kalangan kelompok etnik yang tertentu sahaja . Di dalam mengatasi
masalah dan cabaran ini, banyak dasar-dasar yang dilaksanakan oleh pihak kerajaan seperti
DEB dan juga RMK, namun pihak kerajaan hanya mampu merapatkan dan mengurangkan
jurang ini dan bukan menghapuskannya.

Rajah 3
Setiap golongan etnik mempunyai sistem pendidikan yang tersendiri. Maksudnya di sini
adalah, pelajar Melayu menuntut di sekolah Melayu dan menggunakan bahasa perantaraan
bahasa Melayu, pelajar Cina menuntut di sekolah Cina dan juga menggunakan bahasa
Mandarin sebagai bahasa perantaraan, manakala, pelajar India menuntut di sekolah Tamil dan
menggunakan bahasa Tamil. Sistem persekolahan yang memisahkan pelajar mengikut bahasa
ibunda dan perbezaan etnik kurang memainkan peranan yang berkesan bagi memupuk
integrasi dan persefahaman dalam kalangan pelajar. Situasi hanya akan menyebabkan
interaksi mereka hanya terhad di antara etnik yang sama sahaja. Implikasi bagi hubungan
etnik ini hanya memberikan kesan yang negatif kepada negara Malaysia. Semua etnik
masing-masing mempertahankan bahasa ibunda mereka dan tidak akan menerima bahasa
ibunda kaum yang lain. Ini adalah mereka akan menganggap adalah tidak wajar dan tidak
penting untuk mempelajari bahasa kaum yang lain. Selain itu, adalah menjadi satu kemestian

17 | P a g e S E G R E G R A S I K E P A D A I N T E G R A S I

di mana setiap sekolah mengamalkan sistem pendidikan yang berbeza. Ianya akan
memberikan impak yang kurang elok kepada penstrukturan negara kerana mempunyai corak
pendidikan yang berbeza-beza. Tidak juga dilupakan bahawa golongan yang menuntut di
sekolah itu juga akan terlahirnya para pemimpin untuk mentadbir negara Malaysia pada satu
hari kelak. Sekiranya pemikiran mereka hanya disogok dengan etnik mereka sahaja, sudah
pasti Malaysia tidak akan berada dalam keadaan yang aman. Bakal pemimpin negara ini juga
mengalami kesukaran untuk mendapatkan kata sepakat daripada rakyatnya yang terdiri
daripada etnik yang berbeza.
4.0 PERANAN KERAJAAN
Antara peranan kerajaan dalam mengatasi cabaran dari segregasi menuju
kepada integrasi dalam aspek politik ialah dengan menubuhkan Jabatan
Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (JPNIN). Badan ini diwujudkan
bagi memupuk serta memelihara perpaduan antara etnik di Malaysia.
Setelah mencapai kemerdekaan pada tahun 1957, Malaysia yang dikenali
sebagai Perseketuan Tanah Melayu ketika itu merupakan sebuah Negara
kecil yang baru terbina hasil toleransi dan perbincangan daripada wakilwakil rakyat yang mewakili pelbagai etnik yang terdapat di Persekutuan
Tanah Melayu. Walaubagaimanapun, sudah menjadi adat manusia, kerana
disebalik persepakatan itu tidak semestinya tiada penentangan. Hal ini
jelas

terbukti

dengan

berlakunya

peristiwa

13

Mei

1969

yang

mengorbankan banyak nyawa sesudahnya Pilihanraya Umum 1969.


Setelah berlakunya peristiwa rusuhan kaum tersebut, pemerintahan di
Malaysia pada ketika itu diambil oleh Yang Di-Pertuan Agong apabila
Perlembanggan

digantung.

Pemerintahan

Negara

pada

ketika

itu

diletakkan dibawah pemerintahan tentera setelah darurat diisytiharkan


dan Majlis Gerakan Negara (MANGERAN) diwujudkan.

18 | P a g e S E G R E G R A S I K E P A D A I N T E G R A S I

5.0 PENUBUHAN JABATAN PERPADUAN NEGARA DAN INTEGRASI


NASIONAL (JPNIN)
Pada 1 Julai 1969, MANGERAN telah mewujudkan Jabatan Perpaduan
Negara (JPN) bagi mengatasi isu berhubung membina semula perpaduan
kaum di Negara ini. Setelah MANGERAN dibubarkan,
Perpaduan Negara telah ditubuhkan pada

Majlis Penasihat

23 Februari 1971 dan

diletakkan dibawah Jabatan Perpaduan Negara bagi memupuk dan


memelihara perpaduan antara etnik. Antara tahun 1990 sehingga tahun
2004, JPN diletakkan di bawah Kementerian Perpaduan Negara dan
Pembangunan Masyarakatdan seterusnya diletakkan semula dibawah
tanggungjawab Jabatan Perdana Menteri dengan nama Jabatan Perpaduan
Negara dan Integrasi Nasional (JPNIN).
Selain itu, pihak kerajaan telah menggubal beberapa dasar kerajaan bagi
membolehkan perpaduan dan keharmonian masyarakat pelbagai etnik di
Negara ini dapat terus dipupuk. Antara dasar yang telah digubal di
parlimen ialah Dasar Pendidikan Kebangsaan , Dasar Kebudayaan
Kebangsaan dan Dasar Ekonomi Baru. Seterusnya ialah pengenalan
Rukunegara

dijadikan

sebagai

ideologi

kebangsaan.

Tujuan

lain

penggubalan dasar-dasar tersebut adalah bagi mengurangkan dan


mengawal tindak-tanduk politik melampau yang boleh menyebabkan
perpecahan dikalangan rakyat Malaysia.
6.0 DASAR-DASAR KERAJAAN
Antara dasar lain yang telah dibentuk ialah Dasar Pembangunan Negara,
Dasar Wawasan Negara dan Dasar Sosial Negara yang telah dikukuhkan

19 | P a g e S E G R E G R A S I K E P A D A I N T E G R A S I

dengan Wawasan 2020 bersama visi dan misi yang menjadikan Malaysia
sebuah Negara maju di masa hadapan.
Pelan tindakan JPNIN telah dilaksanakan seiring Pelan Tindakan Perpaduan
dan Integrasi Nasional 2005-2010 bagi memupuk dan mempertingkatkan
lagi perpaduan dan integrasi nasional melalui pelbagai strategi seperti
berikut:

a) Starategi Persefahaman Politik


Pihak kerajaan telah berusaha memupuk

perpaduan

Negara

berlandaskan beberapa aspek sedia ada yang termaktub dalam


perlembagaan merangkumi:
I.

Sistem Kerajaan Persekutuan

20 | P a g e S E G R E G R A S I K E P A D A I N T E G R A S I

II.

Demokrasi Berparlimen

21 | P a g e S E G R E G R A S I K E P A D A I N T E G R A S I

III.

Raja Berpelembagaan
Raja diiktiraf sebagai ketua Negara namun pemerintahan raja
berada adalah dibawah perlembagaan yang mana Jemaah
Menteri mempunyai hak dalam menasihati baginda sultan
dalam hal ehwal pemerintahan.

IV.

Kedudukan Raja-raja Melayu


Hak serta kedudukan raja-raja Melayu tidak boleh dipertikai
yang mana skop kedudukan raja-raja Melayu ini meliputi
kepentingan agama Islam serta kedudukan istimewa orangorang Melayu.

V.

Bahasa Kebangsaan
Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi
dilihat sebagai pemangkin kepada pembentukan satu identiti
serta jati diri sesebuah bangsa Malaysia yang bersatu padu.

VI.

Hak mengamalkan agama masing-masing


Penduduk yang bukan beragama Islam bebas mengamalkan
agama masing-masing dengan melakukan pelbagai upacara
keagamaan masing-masing.

22 | P a g e S E G R E G R A S I K E P A D A I N T E G R A S I

VII.

Hak asasi rakyat Malaysia


Antara
jaminan
hak
asasi

yang

termaktub

dalam

perlembagaan ialah:
Hak untuk menyimpan kemewahan atau perninggalan
Hak menerima pendidikan
Hak untuk menganuti dan mengamalkan agama

VIII.

masing-masing
Kebebasan berucap
Kebebasan berkumpul dan mendirikan cawangan

Kedudukan istimewa kaum bumiputera dan peribumi


Hak-hak istimewa orang Melayu dan bumiputera meliputi
jawatan dan perkhidmatan awam, biasiswa, pendidikan,
perniagaan

dan

kemudahan

khas

lain

yang

diberikan.

Walaubagaimanapun, hak-hak kaum lain masih dilindungi hakhak mereka yang sah mengikut peruntukan yang telah
ditetapkan.
IX.

Lambang-lambang Negara
Lambang-lambang yang terdapat pada bendera dan jata
Negara

menjadi

salah

satu

simbol

dan

identiti

yang

membuktikan wujudnya sebuah Negara bernama Malaysia


pada mata dunia.
X.

Pembahagian kuasa dan tanggungjawab antara kerajaan


persekutuan dan kerajaan negeri.
Pembahagian ini dikenali sebagai

Senarai

Persekutuan,

Senarai Negeri dan Senarai Bersama. Senarai Persekutuan


merupakan bidang kuasa kerajaan persekutuan, begitu juga
Senarai Negeri yang merupakan skop kuasa bidang kuasa
kerajaan negeri dan Senarai Bersama yang merangkumi
bidang kuasa kedua-dua kerajaan persekutuan dan negeri.

b) Strategi Penggunaan Bahasa Kebangsaan

23 | P a g e S E G R E G R A S I K E P A D A I N T E G R A S I

Bahasa merupakan alat komunikasi yang digunakan untuk menyatakan


segala keperluan dalam kehidupan seharian. Dalam sesebuah tamadun,
bahasa dilihat sebagai salah satu elemen penting membuktikan wujudnya
sesebuah tamadun di atas muka bumi ini. Oleh kerana itu, pihak kerajaan
telah berusaha merealisasikan proses integrasi dengan mewujudkan satu
bahasa sebagai kebangsaan. Bahasa Melayu dilihat sebagai satu bahasa
yang mudah difahami dan diguna pakai oleh segenap etnik di Malaysia
pada ketika itu. Penggunaan bahasa yang sama menjadikan pelbagai
etnik ini dapat berkomunikasi dengan selesa. Penggunaan bahasa yang
sama menghilangkan rasa prasangka antara kaum jika dibandingkan
dengan

menggunakan

pelbagai

bahasa

yang

berbeza.

Oleh

yang

demikian, sudah seharusnya kita sebagai rakyat Malaysia mempunyai


kebolehan

untuk

brbahasa

Melayu

dengan

baik

sebagai

usaha

memantapkan integrasi antara kita.


c) Strategi Kepercayaan Agama
Strategi pegangan terhadap sesuatu agama turut memainkan peranan
yang

penting

dalam

mennyatupadukan

seluruh

rakyat.

Dalam

kepelbagaian agama di Malaysia ini, tiada satu pun agama yang menyeru
penganutnya agar berpecah belah serta memusuhi penganut lain. Hak
kebebasan beragama yang termaktub di dalam perlabagaan dilihat
memberi jaminan yang sepenuhnya kepada semua rakyat agar bersatu
padu meskipun berada di dalam pegangan akidah yang berbeza. Semua
agama di dunia ini menyeru penganutnya agar berbuat baik kepada
agama lain serta mematuhi pemerintah agar sebuah Negara yang
harmoni dapat diwujudkan. Walaupun, agama Islam selaku agama asal
penduduk di Semenanjung Tanah Melayu telah dijadikan agama rasmi dan
agama

persekutuan

namun

perlindungan prlembagaan.

agama

lain

turut

diletakkan

dibawah

24 | P a g e S E G R E G R A S I K E P A D A I N T E G R A S I

d) Strategi Integrasi Wilayah


Kerajaan telah berusaha bagi menyatukan penduduk di semenanjung
Tanah Melayu serta Sabah dan Sarawak. Namun begitu, faktor geograf
dilihat menjadi penghalang kepada proses menyatukan penduduk di
Sabah dan Sarawak. Oleh itu, beberapa langkah telah diambil oleh pihak
kerajaan bagi mengati masalah tersebut. Antara langkah yang dilakukan
adalah seprti berikut:
I.
II.

Penambahbaikandalam sistem perhubungan kebangsaan


Penambahbaikan sistem pengankutan perluasan sistem radio, dan
televisyen nasional di Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan

III.
IV.
V.

Labuan
Penubuhan agensi kerajaan persekutuan di negara terbabit
Program lawatan pemimpin masyarakat.
Penekanan aspek interaksi dan pergaulan yang lebih luas antara
rakyat Sabah,Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan dengan

VI.

rakyat di Semananjung.
Perintegrasian antara kawasan Bandar dan kawasan Luar Bandar.

e) Strategi Keselamatan
Langkah ini diwujudkan bagi memelihara dan mencapai perpaduan
yang lebih kukuh. Strategi ini meliputi aspek pencecegahan daripada
berlakunya ancaman kepada keselamatan negara dan ketenteraman
awam. Aspek pencegahan merangkumi:
I.
II.
III.

Penguatkuasaan

sekatan

di

sisi

undang-undang

ke

atas

kebebasan bercakap, berhimpun dan menubuhkan persatuan.


Tahanan prevetif
Penguatkuasaan peruntukan Akta Hasutan

25 | P a g e S E G R E G R A S I K E P A D A I N T E G R A S I

IV.

Kawalan terhadap penerbitan

Seterusnya, terdapat usaha untuk mententeramkan keadaan dengan


melakuka pemulihan yang merangkumi aspek keselamatan dan
ketenteraman awam yang melibatkan kerjasama semua penduduk.

f) Strategi Perpaduan dan Pertubuhan Sukarela


Seterusnya, pihak kerajaan telah menggunakan sedaya upaya tenaga
kerja peduduk dalam usaha merealisasikan penyatupaduan antara
mereka. Sebagai contoh, kewujudan jentera kemasyarakatan seperti
Rukun

Tetangga

dan

Ahli

Jawatankuasa

Kampung

(AJKK)

yang

melibatkan penduduk berbilang etnik merapatkan hubungan antara


mereka. Jalinan ikatan setiakawan serta semangat tolong-menolong
antara

mereka

mewujudkan

satu

kesatuan

yang

meghampiri

perpaduan yang diimpikan oleh semua rakyat sejak sekian lama. Sikap
ini seterusnya dapat meracun semangat perkauman antara penduduk
dengan menggap jiran tetangga sebagai sebhagian dari ahli keluaraga
masing-masing.
g) Strategi Pemantauan Isu-isu Semasa dan konflik
Mekanisme pemantauan tahap perpaduan dan integrasi nasional
secara berterusan dan sistematik telah diwujudkan bagi mengesan
awal

isu-isu

semasa

dan

konflik.

Namun

begitu,

pengesanan

perhubungan sosial perlu ditingkatkan melalui sistem dalam talian


yang berkhidmat 24 jam agar dapat mebantu pihak jabatan dan agensi
lain untuk mengambil tindakan pencegahan awal.
h) Strategi Penubuhan Panel Penasihat Perpaduan Negara
(PANEL) dan Jawatankuasa Penasihat Perpaduan Peringkat
Negeri (JKKPN)
Strategi ini adalah bertujuan untuk membincangkan isu perpaduan dan
integrasi nasional dan memainkan peranan masing-masing dengan

26 | P a g e S E G R E G R A S I K E P A D A I N T E G R A S I

lebih berkesan. Badan-badan ini bertindak sebagai penyelaras kepada


agensi yang lain yang mana tanggungjawab menasihat, melapor dan
mendapatkan persetujuan Jemaah Menteri dan Parlimen di jalankan
oleh mereka dalam menangani isu-isu berkaitan perpaduan dan
integrasi nasional.
i)

Strategi Progrm dan Aktiviti Perpaduan

Sistem pendidikan negara yang pada awalnya mengikut acuan


pemerintahan pihak penjajah yang memisahkan murid berbilang kaum
memang sewajarnya menumbuhkan semangat prasangka yang tinggi
dalam diri mereka. Hal ini terjadi dengan tiadanya semaian perpaduan
dalam diri anak-anak kecil ini yang tidak mengerti kepentingan utuk
bekerjasama
sesebuah

dengan

negara

bangsa
yang

lain

dalam

mempunyai

usaha
etnik

membangunkan
yang

pelbagai.

Walaubagaimanapun, dengan mewujudkan sekolah kebangsan pula,


tidak bermakna kerajaan cuba menghapuskan identiti sesuatu etnik
tersebut melaikan hanya untuk menanam semangat dan sikap saling
berkongsi antara anak-anak kecil ini. Lngkah-langkah yang telah
dilakukan bagi memperkasakan sekolah kebangsaan telah diletakkan
pada landasan yang kukuh. Namun begitu, tiada halangan bagi ibu
bapa pelajar bagi menghantar anak-anak mereka ke sekolah jenis
kebagsaan. Semangat perpaduan dan keyakinan terhadap sistem
sekolah satu aliran dapat memupuk anak-anak ini menjadi generasi
yang lebih matang dan bertolak ansur dengan etnik lain.
j) Memperkasakan Sekolah Wawasan
Konsep sekolah wawasan telah diperkenalkan oleh kerajaan sebagai
bayangan sesebuah negara yang mempunyai pelbagai etnik, namun
perlu berkongsi kemudahan serta pentadbiran yang sama. Perkara ini
memupuk sikap saling percaya dan mempercayai antara etnik dengan
merelakan diri mereka untuk saling berkongsi dengan etnik yang lain.
k) Memperkenalkan Program Latihan Khidmat Negara (PLKN)

27 | P a g e S E G R E G R A S I K E P A D A I N T E G R A S I

Program ini adalah program yang berteraskan Rukunegara yang


mempunyai kukurikulum yang berbentuk disiplin. Antara objektif PLKN
adalah untuk:
I.
II.
III.

Menanam semangat patriotisme dalam generasi dalam kalangan


gnerasi muda atau remaja Malaysia.
Memupuk perpaduan etnik serta integrasi nasional
Membentuk perwatakan positif menerusi nilai-nilai murni

l) Strategi Keseimbangan Ekonomi


Sentimen etnosentrisme, prejudis, serta tanggapan dan kedudukan sosioekonomi
antara etnik yang tidak seimbang merupakan antara faktor yang boleh menimbulkan
ketegangan hubungan antara etnik selalunya dikaitkan dengan. Masalah ini dirumitkan lagi
apabila kumpulan etnik dikenali mengikut aktiviti ekonomi mereka. Lantaran itu, usaha
kerajaan untuk mencapai perpaduan adalah dengan mengimbangkang kedudukan
sosioekonomi antara etnik dan antara wilayah serta mengurangkan pengenalan etnik
berdasarkan kegiatan ekonomi. Hal ini ditangani menerusi beberapa kaedah seperti
meningkatkan taraf ekonomi antara etnik dan wilayah tanpa merugikan mana-mana pihak
supaya sebarang salah tanggapan dapat diperbetulkan dan perasaan tidak puas hati dapat
dibendung. Usaha kerajaan untuk mengurangkan dan membasmi kemiskinan tanpa mengira
etnik dan perbezaan wilayah perlu mendapat sokongan daripada sektor swasta supaya
pengenalan etnik berdasarkan aktiviti ekonomi dapat dikurangkan.
Sebagai contohnya, Dasar Ekonomi Baru telah dibubar untuk mengurangkan jurang
kemiskinan di kalangan rakyat tanpa mengira kaum. Pelancaran Dasar Ekonomi Baru (DEB)
pada tahun 1971 telah melakar sejarah dalam pembentukan dasar ekonomi Malaysia. DEB
menekankan kepentingan mencapai sasaran sosioekonomi seiring dengan pertumbuhan
ekonomi sebagai satu cara mewujudkan keharmonian dan perpaduan di dalam negara yang
terdiri daripada pelbagai kumpulan etnik dan agama. Matlamat utama DEB adalah untuk
mewujudkan perpaduan negara. Bagi mencapai sasaran ini, dua strategi utama telah
diwujudkan:

Untuk mengurangkan dan akhirnya membasmi kemiskinan melalui peningkatan


pendapatan dan penambahan peluang pekerjaan untuk semua rakyat Malaysia tanpa
mengira kaum;.dan

28 | P a g e S E G R E G R A S I K E P A D A I N T E G R A S I

Untuk menyusun semula masyarakat bagi memperbetulkan ketidak seimbangan


ekonomi supaya dapat mengurang dan seterusnya menghapuskan pengenalan kaum
mengikut fungsi ekonomi.

Salah satu aspek penting DEB adalah berteraskan premis ekonomi yang berkembang
pesat. Ini memandangkan pertumbuhan ekonomi adalah satu keperluan bagi menyediakan
peluang kepada golongan miskin dan kurang bernasib baik untuk membolehkan mereka
keluar dari kemiskinan dan turut serta dalam aktiviti ekonomi. Aspek ini juga memastikan
bahawa pengagihan tidak diperuntukkan dari kekayaan sedia ada tetapi dari pengembangan
dan punca baru kekayaan. Pelaksanaan strategi pembasmian kemiskinan dan penyusunan
semula masyakat menghasilkan kemajuan yang ketara menjelang 1990. Kadar kemiskinan
berkurangan dari 49.3 peratus pada tahun 1970 kepada 16.5 peratus pada tahun 1990 dan
seterusnya kepada 1.7 peratus pada 2012.

Dalam istilah penstrukturan ekuiti korporat, 66.3 peratus ekuiti korporat di Malaysia
dimiliki oleh warga asing pada tahun 1970, sementara Bumiputera memiliki hanya 2.4
peratus. DEB menetapkan sasaran penstrukturan berupa 30:40:30, di mana menjelang 1990,
pegangan kaum Bumiputera patut mencapai 30 peratus, rakyat Malaysia yang lain 40 peratus
dan warga asing 30 peratus, di dalam konteks ekonomi yang berkembang. Pada tahun 1990,
bahagian ekuiti Bumiputera bertambah kepada 19.3 peratus dari keseluruhan jumlah ekuiti
korporat, dan pegangan rakyat Malaysia yang lain bertambah kepada 46.8 peratus dan 33.9
peratus untuk warga asing dan nomini. Walaupun Bumiputera tidak mencapai sasaran 30
peratus pegangan ekuiti menjelang 1990, kemajuan yang dihasilkan oleh mereka adalah
cukup besar berbanding dengan kedudukan mereka pada tahun 1970. Menjelang 2010,
jumlah nilai ekuiti telah berkembang dengan pesat dan meningkatkan nilai pegangan mutlak
semua kumpulan.

m) Strategi Pembangunan Kawasan

29 | P a g e S E G R E G R A S I K E P A D A I N T E G R A S I

Dalam aspek pembangunan kawasan, kerajaan mengarahkan pemaju perumahan serta


pihak berkuasa tempatan supaya mengambil kira aspek perpaduan etnik. Sesuatu kawasan
yang hendak dimajukan untuk dibuat penempatan baharu, misalnya, seharusnya mempunyai
penduduk yang terdiri daripada pelbagai kaum agar sentiment perkauman dapat dicairkan.
Seterusnya setiap penempatan perlu menubuhkan jawatankuasa penduduk seperti Rukun
Tetangga dan menganjurkan aktiviti yang melibatkan semua penduduk seperti tanpa mengira
kaum dan agama. Prasarana seperti dewan serba guna dan dewan komuniti perlu disediakan
untuk kegunaan penduduk melakukan aktiviti kemasyarakatan. Penyediaan kemudahan
tersebut dapat membantu menyemaikan semangat perpaduan dan interaksi antara etnik
melalui pelbagai aktiviti sosial yang dianjurkan oleh pelbagai pihak. Kerajaan juga
menegaskan supaya sesuatu kawasan perumahan mengandungi pembangunan bercamput
seperti fasa perumahan kos rendah, sederhana dan juga mewah agar dapat mengurangkan
jurang sosial dalam kalangan masyarakat melalui pergaulan dan interaksi. Kemudahan yang
disediakan haruslah dapat dinikmati oleh penduduk dan tidak dibatasi oleh taraf
sosioekonomi mereka.
Contohnya pembinaan Sekolah Wawasan yang berkonsepkan belajar bersama-sama
dalam satu kawasan yang sama tanpa mengira kaum atau agama. Di bawah konsep ini, dua
atau tiga buah sekolah rendah berlainan aliran akan ditempatkan dalam kawasan yang sama.
Setiap sekolah akan mempunyai bangunan sendiri yang boleh disambung antara satu sama
lain dengan menggunakan jambatan penghubung.
Tujuan dan matlamat Sekolah Wawasan :
1. Untuk mewujudkan perpaduan di kalangan murid-murid yang berbagai-bagai bangsa
dan latar belakang
2. Untuk memupuk semangat integrasi antara pelajar dari pelbagai aliran
3. Untuk melahirkan generasi yang mempunyai sifat toleransi dan persefahaman yang
tinggi demi mewujudkan sebuah negara yang bersatu padu
4. Untuk menggalakkan interaksi yang maksimum antara semua warga sekolah melalui
perkongsian kemudahan sekolah dan pelaksanaan aktiviti-aktiviti lain di sekolah
Pada masa ini terdapat 5 buah Kompleks Sekolah Wawasan yang telah beroperasi dengan
jayanya iaitu :

30 | P a g e S E G R E G R A S I K E P A D A I N T E G R A S I

Kompleks Sekolah Wawasan Pekan Baru, Parit Buntar, Perak

Kompleks Sekolah Wawasan Taman Aman, Alor Setar, Kedah

Kompleks Sekolah Wawasan Tasik Permai, Pulau Pinang

Kompleks Sekolah Wawasan USJ 15, Subang Jaya, Selangor

Kompleks Sekolah Wawasan Pundut, Seri Manjung, Perak

n) Strategi Penggunaan Tenaga Manusia


Pihak kerajaan meminta kerjasama daripada para majikan sama ada daripada pihak
awam ataupun swasta untuk memastikan agar sebarang lantikan mengisi sesuatu jawatan
tidak berdasarkan faktor kaum, agama dan budaya. Pemilihan perlu dibuat secara adil
berdasarkan kelayakan pemohon kerana hakikatnya, Malaysia merupakan sebuah negara
yang terdiri daripada pelbagai kaum dan agama. Majikan juga perlu memainkan peranan
menerapkan unsur perpaduan dalam kalangan pekerja melalui pelaksanaan dasar syarikat dan
program serta aktiviti yang dianjurkan.

Di samping itu, mereka juga bertanggungjawab melaksanakan setiap dasar yang


digubal oleh kerajaan. Interaksi antara pekerja pelbagai etnik perlu digalakkan supaya
perasaan prejudis dan salah tanggapan antara mereka dapat dikurangkan. Sebagai contohnya
kuota pengambilan pekerja berdasarkan kaum tidak patut dilakukan kerana ianya akan
membahagikan kaum. Dalam sebarang demokrasi, sektor awam dianggap sebagai kepunyaan
semua rakyat dan ia berkhidmat untuk memenuhi keperluan semua rakyat sesebuah negara
itu. Ia tidak dianggap sebagai suatu enklaf atau hak sesuatu komuniti tertentu sahaja. Melalui
perkhidmatan awam berperwakilan dan berasaskan merit serta dibiayai oleh dana awam,
Kerajaan yang memerintah dikehendaki dapat memberikan semua rakyat -- dalam hal ini,
rakyat Malaysia tanpa mengambil kira kaumnya -- dengan layanan yang adil dan saksama.
Perkhidmatan awam yang terdiri daripada pelbagai kaum diakui memainkan peranan utama
dalam perancangan dan pelaksanaan polisi awam yang adil dan saksama serta dapat
memastikan bahawa tindakan diskriminatif berasaskan kaum tidak berlaku.

31 | P a g e S E G R E G R A S I K E P A D A I N T E G R A S I

o) Strategi Media Massa


Kejayaan Malaysia bukan saja memelihara perdamaian tetapi juga mencapai banyak
kemajuan yang mempunyai teras daripada keharmonian hubungan kaum. Sudah tentu, dalam
hal ini media massa memainkan peranan penting supaya dapat turut menyumbang kepada
keharmonian hubungan kaum dengan mengelakkan diri daripada terheret kepada perdebatan
yang boleh menimbulkan keresahan kaum. Seperti mana yang kita tahu, pada zaman sekarang
perkembangan media elektronik menjadi pilihan setiap individu. Hal ini mendedahkan
mereka kepada pelbagai maklumat yang boleh memudaratkan kesepaduan kaum di dalam
negara kita. Sebagai contohnya, Siaran RTM TV1 dan TV2 menjadi tontonan semua lapisan
masyarakat dan merupakan siaran televisyen yang mampu ditonton di kawasan pedalaman.
Sekiranya media ini disalahgunakan dan sebarang rancangan televisyen ataupun
maklumat yang sensitif disiarkan., ianya akan mampu meggugatkan kesepaduan kaum dan
menjejaskan ketenteraman kaum.
Selain itu, sepatutnya semua media massa yang beroperasi di negara ini perlu
memahami suasana hubungan kaum dan tidak perlu diingatkan oleh pemimpin-pemimpin
negara. Justeru apabila mantan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad mendedahkan
dalam Perhimpunan Agung UMNO, betapa ada akhbar-akhbar berbahasa Cina mengapiapikan isu perkauman. Bagi akhbar-akhbar berbahasa Melayu dan Inggeris yang dibaca oleh
semua kaum di negara ini, mereka amat berhati-hati apabila melaporkan isu-isu perkauman
kerana reaksi pembaca adalah cepat dan mudah dikesan. Sebaliknya, apa yang dilaporkan
oleh akhbar-akhbar Cina yang hanya dibaca oleh kaum Cina tidak akan cepat disedari oleh
kaum lain dan adalah mendukacitakan jika mereka menggunakan kedudukan ini untuk
mengapi-apikan sentimen perkauman.
Oleh itu, pihak media massa perlu berfikiran rasional dalam pemilihan bahan ataupun
sebarang isu sebelum menerbitnya di dalam televisyen ataupun surat khabar. Mereka juga
perlu memastikan bahawa laporan tidak melanggar Akta Hasutan 1948 dan Akta Mesin Cetak
dan Penerbitan 1984 serta tidak menjejaskan atau menggugat ketenteraman awam dan
keselamatan negara.

p) Strategi Penyelidikan dan Penerbitan Bahan Bacaan

32 | P a g e S E G R E G R A S I K E P A D A I N T E G R A S I

Kerajaan telah melakukan banyak usaha dalam aktiviti penyelidikan tentang


perpaduan negara dan integrasi nasional. Terdapat juga beberapa professor pakar seperti
Professor Ulung Datuk Dr Shamsul Amri yang telah melakukan beberapa kajian mengenai
kepelbagaian etnik di Malaysia. Beliau kemudiannya menerbitkan buku modul Hubungan
Etnik di mana ianya menjadi rujukan untuk subjek Hubungan Etnik di beberapa buah
universiti di dalam negara kita. Hasil kajian beliau juga telah dijadikan rujukan untuk
merangka strategi dan perancangan program untuk mewujudkan instrument untuk mengukur
tahap perpaduan.

7.0 PERANAN MASYARAKAT DALAM KONTEKS HUBUNGAN ETNIK

Malaysia merupakan salah satu negara yang sering menjadi contoh


kepada negara yang lain dari segi hubungan etnik. Hal ini adalah kerana
negara kita telah berjaya mewujudkan keharmonian dalam kalangan etnik
yang pelbagai. Dalam membentuk negara yang harmoni ini, masyarakat
juga turut memainkan peranan bagi memastikan

keharmonian dan

kesepaduan di kalangan etnik sentiasa terjaga sama ada dari aspek


sosial,rohani dan jasmani. Terdapat banyak aktiviti yang boleh dilakukan
seperti mewujudkan Rukun Tetangga di kawasan perumahan, amalan
kunjung-mengunjung, penerimaan budaya serta program-progam dari
institut pengajian tinggi (IPT).

33 | P a g e S E G R E G R A S I K E P A D A I N T E G R A S I

1. Rukun Tetangga

Rukun Tetangga ini telah diwujudkan pada tahun 1975 dimana pada
awalnya ia bertujuan untuk mengawal keselamatan di kawasan kediaman
masing-masing dengan mewajibkan masyarakat setempat yang berumur
dari 18 hingga 55 tahun bagi menjalankan tugas membuat rondaan pada
waktu malam. Tetapi, pindaan yang pertama terhadap Peraturan Perlu
(Rukun Tetangga) 1975 telah dibuat dimana mulai 1 Januari 1983,
persatuan ini hendaklah menekankan kepada konsep kejiranan bagi
memupuk dan mengukuhkan semangat kejiranan. Pada tahun 2000, sekali
lagi pindaan terhadap peraturan telah dibuat dengan memberi ruang yang
lebih luas untuk pembangunan masyarakat secara menyeluruh kea rah
mewujudkan perpaduan nasional.
Berdasarkan Visi dan Misi, Rukun Tetangga dibentuk bagi membantu
memupuk persefahaman dan sifat bertolak ansur di kalangan masyarakat
seiring dengan pembangunan bangsa Malaysia yang bersatu-padu serta
mempunyai identiti sendiri. Antara objektifnya perlaksanaannya ialah ;

Memelihara, meningkatkan dan mengukuhkan perpaduan


rakyat dan intergriti nasional selaras dengan pembangunan

Negara.
Sebagai langkah untuk rakyat sendiri mengawal dan menjaga

keselamatan kawasan kediaman masing-masing.


Memastikan perpaduan dan keharmonian hubungan dalam
masyarakat akan berterusan dan berkekalan.

34 | P a g e S E G R E G R A S I K E P A D A I N T E G R A S I

Perlaksanaan aktiviti ini juga merangkumi beberapa aspek seperti aspek


sosial, pendidikan, keselamatan dan ekonomi. Bagi aspek sosial misalnya,
masyarakat boleh melakukan aktiviti sukan dan rekreasi bersama-sama.
Selain itu, kelas-kelas seperti kelas seni dan kraftangan, tarian tradisional,
permainan alat muzik tradisional seperti kompang dan gamelan juga
merpatkan lagi hubungan sosial masyarakat di samping ilmu yang
bermanfaat itu boleh meningkatkan kemahiran seseorang individu. Dari
aspek pedidikan pula, sistem pendidikan tidak formal boleh dijalankan
seperti melakukan aktiviti kebajikan dengan melawat ke rumah warga tua
dan memberi sumbangan kepada keluarga yang kurang berkemampuan.
Aktiviti seperti ini amat diasarankan kepada anak-anak muda agar nilainilai murni tersebut dapat diterapkan dalam jiwa mereka seterusnya
membentuk generasi yang berguna pada masa akan datang. Tambahan
lagi, aktiviti kerohanian seperti ceramah keagamaan, ceramah kesihatan
juga diajalankan.
Seterusnya, dari aspek keselamatan pula, aktiviti rondaan dibuat secara
sukarela supaya keselamatan kawasan kediaman akan lebih terjamin dan
selamat dengan adanya masyarakat yang membantu mengesan dan
melaporkan

gejala-gejala

yang

tidak

baik

daripada

terus

berlaku.

Demikian ini, dengan mewujudkan pertubuhan Rukun Tetangga ini, ia


sedikit sebanyak memberi faedah kepada penduduk setempat. Penduduk
setempat akan lebih mengenali antara satu sama lain dan sekiranya
berlaku hal-hal kecemasan, mereka akan lebih mudah untuk memberi
bantuan kerana adanya interaksi dan hubungan yang rapat itu.

2.

Rumah terbuka
Seperti yang dapat kita lihat, di Malaysia terdapat pelbagai jenis

perayaan yang disambut pada setiap tahun seperti perayaan Tahun Baru

35 | P a g e S E G R E G R A S I K E P A D A I N T E G R A S I

Cina, perayaan Deepavali, Hari Raya Aidilftri dan bermacam-macam lagi.


Masyarakat juga sering membuat rumah terbuka pada musim-musim
perayaan ini. Walaupun berlainan etnik, mereka turut menjemput bagi
memeriahkan lagi majlis dan perkara ini tidak menjadi halangan kepada
mereka. Masyarakat yang berlainan etnik ini saling menghormati antara
satu sama lain misalnya, kaum melayu tidak akan menghidangkan daging
lembu kepada etnik India kerana etnik tersebut menganggap lembu
sebagai tuhan mereka. Begitu juga sebaliknya, etnik-etnik seperti India
dan Cina akan menyediakan makanan yang halal kepada masyarakat
melayu. Oleh itu, keharmonian dalam kalangan etnik ini dapat dijaga
dengan baik.
8.0 PENERIMAAN BUDAYA
Di Malaysia terdapat kira-kira 80 kaum etnik termasuk Baba dan
Nyonya, Kadazandusun dan Iban. Pada masa kini, penerimaan sesuatu
budaya dalam sesebuah etnik dapat dilihat misalnya pemberian duit raya
menggunakan sampul atau angpau oleh masyarakat Melayu dimana
budaya ini pada asalnya wujud di kalangan etnik cina. Dari egi makanan
juga, misalnya msyarakat melayu turut memakan roti canai, manakala
etnik india dan cina juga turut memakan nasi lemak. Oleh itu, kita dapat
simpulkan disini bahawa penerimaan budaya dalam kalangan masyarakat
juga turut mewujudkan keharmonian dalam Negara.
9.0 PROGRAM DI INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI (IPT)
Di peringkat IPT ini, kandungan kursus di semua IPT menitikberatkan
aspek pendidikan yang harmoni dalam masyarakat pelbagai etnik. Nilai
rohani

dan

budaya

Kenegaraan,Tamadun

Islam

diberikan
dan

Asia

keutamaan
dan

dalam

Hubungan

Etnik

subjek
bagi

membentuk peribadi dan sahsiah pelajar. Sebagai seorang pelajar, kita


dapat lihat pelbagai persatuan dan kelab yang diwujudkan seperti Kelab
Sahabat 1 Malaysia, Kelab Kebudayaan dan Warisan, Kelab Sukarelawan
dan banyak lagi. Menerusi kelab dan persatuan yang ada ini, nilai-nilai
murni seperti sifat kerjasama dan tanggungjawab dapat diterapkan di

36 | P a g e S E G R E G R A S I K E P A D A I N T E G R A S I

kalangan mahasiswa/I melalui aktiviti-aktiviti yang dijalankan. Contohnya,


program

khidmat

masyarakat

dengan

membantu

membersihkan,

membaikpulih, mengecat dan sebagainya di kawasan yang dipilih. Selain


itu, aktiviti seperti anak angkat, badan beruniform juga turut menerapkan
sifat yang positif dan disiplin dalam diri pelajar.
Kesimpulannya, aktiviti berpesatuan dan khidmat masyarakat ini
menyumbang kepada keharmonian dan kesejahteraan rakyat yang
pelbagai etnik di Negara ini. Nilai murni yang diterapkan dalam diri anak
muda ini amatlah berguna kerana mereka yang akan memimpin Negara
pada masa yang akan datang. Generasi mudalah yang harus mempunyai
sikap bertanggungjawab, bertoleransi serta bersifat ambil tahu kerana
mereka jua yang akan mencorak kehidupan akan datang. Kerharmonian
dan kesepaduan yang wujud di kalangan masyarakat juga akan terus
berkekalan hingga keakhirnya jika nilai-nilai yang diterakan itu sentiasa
diamalkan.
10.0 PERANAN NGO DALAM KONTEKS HUBUNGAN ETNIK
Peranan NGO dalam Konteks hubungan etnik terdapat pertubuhan induk di peringkat
kebangsaan yang menaungi pertubuhan berasaskan etnik seperti Pertubuhan Belia Malaysia
dan Dewan Perniagaan dan Perusahaan Malaysia. Pertubuhan NGO pula dapat memainkan
peranan untuk mempercepatkan proses hubungan etnik di Malaysia. Dari aspek
kepemimpinan pula pemimpin persatuan di peringkat negara atau persatuan, barisan
kepemimpinannya disertai oleh pemimpin daripada pelbagai etnik.
Sebagai contoh, kepemimpinan Majlis Belia Malaysia disertai oleh semua golongan
etnik. Walaupun terdapat pembahagian pertubuhan mengikut etnik seperti Pergerakan Belia
4B, Persatuan Belia Tamil, Dewan Perniagaan Melayu Malaysia, Dewan Perniagaan Cina dan
Dewan Perniagaan India Malaysia, namun persatuan berkenaan dapat digunakan oleh NGO
untuk mengadakan pelbagai dialog dan seminar dalam usaha memahami permasalahan dan
jalan penyelesaiannya. Melalui dialog dan seminar tersebut, secara tidak langsung akan dapat
memupuk hubungan antara etnik.
Sains dan teknologi juga memainkan peranan untuk meningkatkan hubungan etnik
kerana pembangunan ekonomi di Malaysia berasaskan sains dan teknologi termasuk sektor

37 | P a g e S E G R E G R A S I K E P A D A I N T E G R A S I

perindustrian dan pembangunan bioteknologi. Dalam konteks ini, kerajaan telah menetapkan
bilangan pelajar dalam bidang sains dan teknologi dan sains sosial adalah berdasarkan nisbah
60:40. Hal ini menunjukkan bilangan saintis yang akan dilahirkan adalah terdiri daripada
pelbagai etnik. Justeru, pihak kerajaan dan sektor swasta memainkan peranan dalam usaha
menyumbang dana bagi meningkatkan penyelidikan dan pembangunan bagi menghasilkan
inovasi dan seterusnya memacu pertubuhan ekonomi negara.
Dana dan geran daripada pihak swasta dan penubuhan institusi tertentu seperti
Koridor Raya Multimedia (MSC), Akademi Sains Negara dan pelbagai lagi merupakan
penjana kepada pembangunan ekonomi negara. Justeru, sains dan teknologi memainkan
peranan dalam pembangunan ekonomi negara. Apabila pembangunan ekonomi negara
berkembang pesat, kestabilan politik dapat diwujudkan dan kesannya dapat menarik lebih
ramai pelabur dari dalam dan luar negara untuk memacu pertumbuhan ekonomi.
Keadaan ini akan memberi banyak peluang pekerjaan tanpa mengira golongan etnik.
Hasilnya taraf hidup rakyat akan meningkat, jurang ekonomi antara etnik dapat dirapatkan
dan akhirnya akan wujud keharmonian rakyat di Malaysia. Sejajar dengan hasrat dan
matlamat kerajaan untuk memupuk perpaduan dalam masyarakat, Multinational Corporation
(MSC) turut memainkan peranan ke arah kesejahteraan masyarakat dengan cara menaja
aktiviti yang memupuk perpaduan dalam kalangan masyarakat pelbagai etnik.

38 | P a g e S E G R E G R A S I K E P A D A I N T E G R A S I

11.0 KESIMPULAN
Kepelbagaian etnik di Malaysia menjadikan segragrasi di Negara ini lebih mudah
untuk dilaksanakan dibanding untuk merealisasikan proses integrasi. Hidup tanpa integrasi
menjadikan cita-cita bagi mencapai tujuan perpaduan kelihatan amat mustahil. Proses
segragrasi menyuburkan rasa prasangka dan etnosentrisme dalam kalangan rakyat Malaysia.
Oleh yang demikian, sebuah Negara Malaysia yang aman dan harmoni tak dapat kita
realisasikan.
Pihak-pihak yang terlibat dalam menjadikan segragrasi ini kepada integragrasi
seharusnya bekerjasama dalam mewujudkan hasil yang efektif. Tanggungjawab masingmasing harus dilaksanakan dengan ikhlas, jujur dan telus agar objektif perpaduan dan
keharmonian yang mantap dapat terus dikukuhkan.
Cabaran-cabaran untuk mencapai integrasi itu bukanlah sedikit, namun sokongan
pihak bukan kerajaan kepada pihak kerajaan dapat mengatasi setiap cabaran yang muncul.
Usaha-usaha menyemai perpaduan pada generasi muda dilihat amat penting dan seharusnya
dijadikan agenda utama kerana generasi ini merupakan wajah Negara di masa hadapan.

39 | P a g e S E G R E G R A S I K E P A D A I N T E G R A S I

12.0 RUJUKAN

1) Buku
Sanusi Othman, 1989, Ikatan Etnik dan Kelas di Malaysia , Universiti Kebangsaan
Malaysia, UKM
Mansor Jusoh dan Md. Shahir Kechot, 2000 ,Ekonomi Malaysia Menghadapi dan
Menangani Cabaran, Universiti Kebangsaan Malaysia , Persatuan Penerbit Buku
Malaysia
Patriotisme; Agenda Pembinaan Bangsa, 2004, Abd. Rahim Abd. Rashid, Utusan
Publications & Distributors Sdn Bhd
2) Jurnal
Kesan Proses Integrasi dan Segregrasi Ke Atas Konsep Kendiri, 2005, Nurzaira
Azreena bt. Rahmat, 1-2
3) Akhbar
Perpaduan Rakyat Kini Semakin Rapuh, 25 Oktober 2009,Utusan Malaysia
Perpaduan Rakyat Bantu Pertumbuhan Ekonomi, 10 Januari 2005, Utusan Malaysia

Você também pode gostar