Você está na página 1de 6

Apa yang anda fahami tentang istilah tenaga biojisim (biomass).

Rencana ringkas ini akan


membincangkan topik ini. Secara ringkas, tenaga biojisim merupakan tenaga yang terhasil
daripada bahan-bahan yang berasal dari tumbuhan. Istilah biojisim (Biomass) berasal
daripada perkataan Inggeris yang digabung iaitu biology dan mass. Makna asalnya memberi
maksud jisim sesuatu bahan biologi. Bagaimanapun daripada sudut istilah, biomass sering
dirujuk kepada tenaga daripada bahan-bahan tumbuhan itu.
Sebenarnya manusia telah menggunakan biomass sejak dari zaman purba lagi sebagai sumber
tenaga untuk memasak, memanaskan badan, melebur logam dan pembuatan senjata.
Belakangan ini minat untuk menggunakan tenaga biomass sebagai sumber tenaga semakin
mendapat tempat. Ini kerana bahan biomass boleh diperolehi dengan mudah dengan jumlah
yang banyak, boleh diperbaharui dan dapat mengurangkan kebergantungan terhadap bahan
api fosil yang semakin berkurangan.
Bumi kita dipenuhi dengan pelbagai tumbuhan samada yang tumbuh meliar atau ditanam.
Tumbuhan-tumbuhan ini merupakan rumah simpanan bagi tenaga solar dan bahan kimia.
Sumber tumbuh-tumbuhan ini yang datang samada dari darat atau lautan dipanggil biomass.
Biomass juga merangkumi segala hasil tumbuh-tumbuhan khusus untuk sumber tenaga atau
hasil buangan yang berpunca daripada pelbagai kayu-kayan, tanaman dan juga bahan
buangan perbandaran. Biomass boleh mengandungi pelbagai bahan, kandungan utamanya
ialah selulosa, lignin, hemiselulosa, sedikit minyak dan pelbagai unsur lain. Unsur kimia
utama bagi semua bahan ini ialah karbon dan hidrogen.

Biomass dianggap sebagai sumber yang boleh diperbaharui kerana karbon dioksida dari
atmosfera dan air dari bumi bergabung melalui proses fotosintesis menghasilkan karbohidrat
yang merupakan asas binaan utama biomass. Melalui proses fotosisintesis, tenaga solar
disimpan dalam ikatan kimia antara molekul-molekul tumbuhan. Apabila biomass dibakar
secara cekap, oksigen dari atmosfera bertindak dengan karbon dalam biomass menghasilkan
karbon dioksida dan air. Ini boleh menghasilkan biomass yang baru. Oleh itu, biomass
dikatakan sebagai satu sumber tenaga penting yang boleh diperbaharui dan mempunyai
potensi mengurangkan penggunaan sumber tenaga fosil yang semakin berkurangan.

Kaedah menukar Biomass kepada tenaga.Terdapat beberapa kaedah yang berkesan untuk
menukar biomass kepada tenaga. Antara kaedah utama ialah pembakaran, penapaian alkohol
dan pencernaan anaerobik.

Pembakaran
Cara yang paling ringkas ialah pembakaran bagi menghasilkan tenaga. Walaupun proses
pembakaran ini mudah dan telah digunakan sejak zaman dahulu kala lagi, tetapi hari ini
pembakaran mesti dijalankan dengan cara yang moden agar tidak menghasilkan pencemaran
udara yang memudaratkan. Tenaga haba yang boleh diperolehi dalam proses pembakaran ini

boleh digunakan untuk pelbagai tujuan seperti pemanasan bahan dan ruang dan juga untuk
menghasilkn wap panas (stim) bagi penjanaan elektrik.

Penapaian alkohol

Dalam proses ini karbohidrat daripada bahan organik biomass ditukar kepada gula di dalam
satu reaktor biologi dengan kawalan suhu yang rapi. Proses ini sama dengan proses
pembuatan arak tetapi produk yang dihasilkan boleh dijadikan bahan api. Oleh itu hasil
utamanya ialah etanol atau metanol.Untuk pembakaran di dalam sebuah enjin, biasanya
etanol atau metanol ini dicampur dengan bahan pembakar cecair lain untuk dijadikan bahan
pembakar yang lebih sesuai dan campuran ini dikenali sebagai gasohol.

Pirolisis

Proses pirolisis melibatkan pemanasan bahan biomass pada suhu yang tinggi dalam keadaan
tanpa oksigen atau jumlah oksigen terhad. Dalam proses ini bahan organik terurai menjadi
pelbagai gas dan karbon. Gas-gas yang terhasil kemudiannya dikondensasikan menjadi cecair
untuk digunakan semula sebagai bahan bakar atau sumber bahan kimia.
Pencernaan anaerobik

Proses ini melibatkan penguraian bahan organik dan tak organik tanpa kewujudan oksigen
molekul dengan menggunakan mikroorganisma tertentu. Mikroorganisma yang
bertanggungjawab menukar sebatian organik yang kompleks kepada asid organik mudah
seperti asid asetik dan asid propinik. Kemudian asid-asid ini ditukarkan kepada gas metana
dan karbon dioksida.

Biojisim Tenaga Yang Boleh Diperbaharui Daripada Tumbuhan dan Haiwan


Biojisim ialah bahan organik diperbuat daripada tumbuhan dan haiwan. Biojisim
mengandungi tenaga tersimpan daripada Matahari. Tumbuhan menyerap tenaga Matahari
melalui satu proses yang dipanggil sebagai fotosintesis. Tenaga kimia dalam tumbuhan
dipindahkan kepada haiwan dan kemudian kepada manusia apabila manusia memakannya.
Biojisim ialah tenaga yang boleh diperbaharui kerana kita boleh tanam banyak pokok dan
tanaman, dan bahan buangan akan sentiasa dihasilkan. Beberapa contoh bahan bakar biojisim
ialah kayu, tanaman, baja dan bahan buangan pepejal sampah.

Apabila dibakar, tenaga kimia dalam biojisim dibebaskan sebagai haba. Apabila membakar
kayu, ia merupakan bahan bakar biojisim. Sisa makanan atau sampah boleh dibakar untuk
menghasilkan stim menjana elektrik, atau membekalkan haba kepada industri dan rumah.

Antara sumber sumber biojisim

Menukarkan Biojisim kepada Bentuk Tenaga yang Lain


Biojisim boleh ditukarkan kepada beberapa bentuk tenaga lain yang berguna, seperti gas
metana atau bahan bakar kenderaan, seperti etanol dan biodiesel.
Gas metana merupakan kandungan utama gas asli. Bahan bahan yang berbau, seperti
sampah yang mereput, dan bahan buangan pertanian dan bahan buangan oleh manusia,
membebaskan gas metana yang juga dikenali sebagai gas bahan buangan atau biogas.
Hasil tanaman seperti jagung dan tebu boleh difermentasikan menghasilkan etanol. Biodiesel,
satu lagi bahan bakar kenderaan, boleh dihasilkan daripada tinggalan produk makanan seperti
minyak sayuran dan lemak haiwan.
Bentuk biojisim yang paling biasa ialah kayu. Ia telah digunakan beberapa ribu tahun yang
lalu sebagai bahan bakar untuk pemanasan dan memasak. Kayu berterusan menjadi sumber
tenaga utama di kebanyakan negara yang membangun.
Kayu dan bahan buangan kayu (kulit kayu, habuk kayu, serpihan kayu dan skrap kayu)

membekalkan kita tenaga. Ia digunakan oleh industri, penjanaan kuasa elektrik, dan
perniagaan komersial. Selain itu, ia digunakan di rumah untuk pemanasan dan memasak.

Tenaga dari Sampah


Sampah, selalunya dikenali sebagai bahan buangan sisa pepejal, merupakan sumber tenaga
biojisim. Sisa pepejal ini mengandungi bahan biojisim (atau biogenik) seperti kertas, kadbod,
skrap makanan, rumput yang dipotong, daunan, kayu dan produk kulit, dan lain lain bahan
bukan biojisim yang mudah terbakar seperti plastik dan lain lain bahan sintetik yang
diperbuat daripada petroleum.
Penguraian biojisim di tapak pelupusan sampah menghasilkan gas metana biogas, yang
mana digunakan untuk menjana elektrik.
Biojisim dan Alam Sekitar
Setiap bentuk biojisim mempunyai impak yang berbeza. Biojisim mencemarkan udara
apabila ia dibakar, tetapi tidak sebanyak yang dihasilkan oleh bahan bakar fosil. Membakar
bahan bakar biojisim tidak menghasilkan bahan pencemar seperti sulphur yang menyebabkan
hujan asid. Apabila dibakar, biojisim membebaskan karbon dioksida, yang merupakan gas
rumah hijau.

Pembakaran Kayu

Asap daripada pembakaran kayu mengandungi bahan pencemar seperti karbon monoksida
dan beberapa bahan yang lain.
Pembakaran Bahan Buangan Sisa Pepejal atau Sisa Kayu
Pembakaran bahan buangan sisa pepejal (atau sampah) dan sisa kayu untuk menghasilkan
tenaga bermakna ia akan kurang ditanam di kawasan pelupusan sampah. Sama seperti loji
janakuasa arang batu, loji janakuasa tenaga daripada sampah ini menghasilkan pencemaran
udara apabila bahan bakar itu dibakar untuk menghasilkan stim atau elektrik. Membakar
sampah membebaskan bahan kimia yang terkandung dalam sampah. Sebahagian daripada
bahan kimia ini berbahaya kepada manusia, persekitaran, atau kedua- dua sekali, jika ia tidak
dikawal dengan baik.
Pengumpulan Gas Kawasan Pelupusan Sampah atau Biogas
Biogas ialah gas yang terdiri daripada metana dan karbon dioksida yang mana merupakan
hasil daripada proses biologikal dalam loji rawatan kumbahan, bahan buangan kawasan
pelupusan sampah, dan sistem pengurusan baja binatang ternakan. Metana adalah salah satu
gas rumah hijau yang memberi kesan kepada perubahan cuaca. Kebanyakan kemudahan ini
mengumpul dan membakar biogas untuk haba atau penjanaan elektrik. Pembakaran metana
sebenarnya adalah berfaedah kerana metana merupakan gas rumah hijau yang lebih kuat
berbanding karbon dioksida.

Etanol

Etanol adalah satu daripada bahan bakar terawal yang digunakan dalam kenderaan, hampir
semua minyak petrol mengandungi sedikit etanol. Bahan bakar campuran etanol dan minyak
petrol membakar secara bersih dan mempunyai lebih banyak oktana berbanding minyak
petrol tulen, tetapi mengandungi pengeluaran tersejat yang lebih tinggi dari tangki bahan
bakar dan peralatan pengagihan. Pengeluaran tersejat ini menyumbang kepada pembentukan
ozon paras-rendah dan kabus. Minyak petrol memerlukan banyak proses untuk
mengurangkan pengeluaran tersejat sebelum ia dicampurkan dengan etanol. Karbon dioksida,
gas rumah hijau, terbentuk apabila etanol terbakar, tetapi menanam tumbuhan seperti jagung
atau tebu untuk membuat etanol mungkin mengimbangi pengeluaran karbon dioksida kerana
tumbuhan menyerap karbon dioksda apabila ia membesar.

Biodiesel
Biodiesel adalah bahan bakar dalam enjin diesel yang awal. Dibandingkan dengan petroleum
diesel, pembakaran biodiesel menghasilkan kurang sulphur oksida, jirim lain, karbon
monoksida, dan hidrokarbon yang tidak terbakar yang lain, tetapi lebih banyak nitrogen

oksida. Sama seperti etanol, biodiesel yang digunakan menghasilkan pengeluaran bersih
karbon dioksida yang lebih rendah jika sumber biodiesel adalah minyak yang diperbuat
daripada tumbuhan, yang mana menyerap karbon dioksida.

Você também pode gostar