Você está na página 1de 37

ADAT DALAM MASYARAKAT MALAYSIA DAN KEPENTINGANYA

Aspek Adat Dalam Masyarakat Malaysia dan Kepentinganya


Adat secara umumnya didefinisikan sebagai suatu aturan dan cara hidup. Ianya
mencerminkan segala perbuatan yang adakalanya dilakukan setiap hari ataupun
musim sama ada berpandukan bulan atau tahun. Itu ialah perkara yang selalu
difahami khalayak berkenaan dengan adat. Suatu perkataan yang sinonim
dengan adat ialah budaya. Walaupun dari aspek bunyinya ia berbeza, tetapi dari
segi pengertiannya, ia adalah konsep yang saling bergantung dan sama.
Adat seperti yang didefinisikan tadi ialah cara hidup iaitu tingkah laku,
kepercayaan dan sebagainya. Adat bersifat maya iaitu tidak dapat dilihat. Ia
timbul daripada suatu pemikiran berkenaan cara hidup dan tidak dizahirkan.
Apabila ianya dizahirkan dan dapat dilihat perlaksanaanya, misalnya kita melihat
adat bercukur, adat bersanding dan sebagainya, itu sudah menjadi suatu
budaya. Maknanya, budaya ialah suatu bentuk perlakuan yang mencerminkan
adat sesuatu masyarakat itu.
Kerana dua entiti ini terlalu berkait sifatnya, kita pada hari ini selesa menjadikan
adat dan budaya itu sebagai satu benda yang sama. Yang berbeza cuma cara
sebutannya. Budaya yang difahami dan dilihat, hakikatnya ialah adat. Budaya
bersifat tidak tetap iaitu boleh berubah, Justeru wujud pengkelasan budaya
tradisional dan budaya moden, ini menunjukkan budaya lama dan budaya hari
ini tidak sama, maka ia jelaslah boleh berubah. Adat pula ialah suatu ketetapan
yang tidak boleh berubah, oleh itu bolehlah kita katakan adat sebagai budaya
yang asal.
Justeru dalam membicarakan kepentingan adat dalam membentuk budaya
Malaysia pada hari ini, kita akan membicarakan tentang kepentingan budaya
asal yang diubah untuk dijadikan budaya bersama rakyat Malaysia bagi
mewujudkan identiti dan peribadi rakyat majmuk yang bersifat seragam.
Masyarakat Malaysia ialah suatu masyarakat yang bersifat majmuk dan pelbagai.
Ia juga disebut sebagai masyarakat Jawi iaitu masyarakat yang bercampur dari
pelbagai latar belakang. Kerana masyarakat Malaysia itu masyarakat Jawi, iaitu
yang pelbagai latar belakangnya, maka setiap bangsa atau ras didalam sistem
sosial Malaysia pastinya berbeza satu sama lain dari segi latar belakangnya.
Tidak terkecuali berbeza dari segi adat dan budaya.
Adat bagi setiap kaum di Malaysia pastinya dilihat dari sistem nilai yang berbeza.
Martabat adat itu sendiri berbeza kedudukanya bagi masyarakat Malaysia pada
hari ini. Bagi masyarakat Minangkabau sebagai contoh, adat dianggap sebagai
sebuah tradisi lisan yang tinggi sekali martabatnya dalam kehidupan mereka.
Adat dalam konteks Minangkabau bukan sekadar cara bersanding, cara
menyantap hidangan makanan, cara pertabalan Luak dan sebagainya, tetapi
adat ialah suatu peraturan hidup yang perlu dipegang kuat oleh generasi mereka
sehingga ke hari ini. Justeru tidak hairanlah jika didalam masyarakat mereka
wujud istilah-istilah seperti undang-undang adat, mahkamah adat, ketua

adat dan sebagainya. Begitu juga dengan lain-lain kaum di Malaysia, aspek adat
masih lagi dianggap sebagai suatu pengungkap identiti bangsa dan terus
dipertahankan walaupun ia sudah banyak berubah jika dibandingkan dengan
perlaksanaanya suatu ketika dahulu.
Dalam membicarakan fokus esei ini iaitu kepentingan aspek adat yang menjadi
penyatu bagi mewujudkan peribadi dan identiti kebangsaan, kita seharusnya
mengetahui dahulu berkenaan aspek adat yang menjadi identiti masyarakat
yang pelbagai di Malaysia. Bagi maksud itu, didalam bahagian ini kita akan
melihat aspek adat yang mencerminkan identiti tiga kaum utama di Malaysia
iaitu Melayu, Cina dan India.
Masyarakat Melayu ialah masyarakat asal di Tanah Melayu. Walaupun ada
sesetengah sejarawan khususnya sejarawan Barat era kolonial mendakwa
masyarakat Melayu juga masyarakat pendatang, namun ianya dapat dinafikan
dengan mengetengahkan konsep merantau yang menjadi amalan masyarakat
Melayu di Nusantara ketika itu.
Bercakap berkenaan adat didalam masyarakat Melayu, ramai sarjana
mengatakan bahawa adat Melayu merupakan adat jawi iaitu adat yang
bercampur. Ini sesuai dengan pemahaman kita berkenaan proses pembentukan
Melayu itu sendiri yang merupakan cantuman ras-ras kecil yang beragama Islam,
maka wujudlah apa yang dipanggil Melayu itu. Ini menunjukkan pelbagai
percampuran dalam pembinaan adat Melayu. Dalam soal pembinaan adat
Melayu, kita dapat melihat tiga bentuk pengaruh yang besar dalam proses
pembinaan adat Melayu. Pertamanya ialah adat yang dipengaruhi adat Hindu
dan Buddha, yang kedua ialah adat yang dipengaruhi zaman Hindu/Buddha dan
Islam, yang ketiga ialah adat yang berteraskan Islam.
Adat Melayu yang awal dipengaruhi oleh unsur-unsur Hindu dan Buddha yang
diperolehi melalui kitab-kitab lama seperti Rayamana dan Mahabrata. Ketika
adat ini diamalkan, Islam masih belum sampai ke Nusantara. Ada diantara adatadat dalam period Hindu dan Buddha ini masih diamalkan sehingga ke hari ini.
Pastinya kita pernah melihat upacara persandingan didalam majlis-majlis
perkahwinan masyarakat Melayu. Ini merupakan salah satu contoh adat-adat
Hindu yang ditiru oleh masyarakat Melayu dahulu.
Pemujaan Raja secara melebih-lebih dalam masyarakat Melayu suatu ketika
dahulu juga merupakan cerminan kepada pengaruh Hindu Dan Buddha dalam
masyarakat Melayu bahkan perkataan Raja itu sendiri pun sudah
memperlihatkan pengaruh Hindu yang tebal. Begitu juga dari aspek pertabalan
dan adat istiadat Istana Melayu, terlihat lagi kekuatan unsur Hindu dan Buddha
dalam mencorakkan adat Melayu itu.
Period atau peringkat yang kedua ialah pengaruh unsur campuran Hindu/Buddha
dan Islam. Pada zaman ini Islam sudah datang ke Nusantara dan majoriti orang
Melayu pun sudah beragama Islam. Namun pengaruh adat lama yang
berteraskan Hindu dan Buddha masih diamalkan. Justeru zaman ini digelar
zaman campuran adat Hindu/Buddha dan Islam dalam masyarakat Melayu. Pada

zaman ini, walaupun masyarakat Melayu sudah Islam, namun mereka


mengamalkan adat-adat yang dianggap menyimpang dari ajaran Islam. Sebagai
contoh masyarakat Melayu mengamalkan adat mandi Safar yang dianggap
sebagai suatu usaha untuk membuang sial bulan Safar dalam kehidupan mereka.
Ia jelas bertentangan dengan ajaran Islam yang menganggap perbuatan itu
sebagai khurafat. Begitu juga adat puja kampung, puja pantai dan sebagainya. Ia
jelas bertentangan dengan Islam, tetapi tetap diamalkan dengan meluas didalam
masyarakat Melayu yang masih tebal dengan pengaruh Hindu dan Buddha ketika
itu.
Pengaruh unsur luar yang ketiga didalam masyarakat Melayu ialah pengaruh
Islam iaitu pengaruh yang paling kuat sekali dalam kebudayaan dan adat
Melayu. Bagi masyarakat Melayu, adat ialah kepatuhan yang kedua selepas
agama mereka iaitu Islam. Kepatuhan kuat orang Melayu kepada agama Islam
diakui oleh Prof. Syed Naquib Al-Attas yang mengatakan Islam telah
mentamadunkan masyarakat Melayu. Perlembagaan Malaysia sendiri telah
mendefinisikan Melayu sebagai mereka yang beragama Islam, bertutur dalam
bahasa Melayu dan mengamalkan budaya Melayu. Ini menunjukkan betapa
kuatnya Islam didalam hidup orang Melayu.
Apa yang ingin dijelaskan disini ialah betapa pentingnya agama Islam kepada
orang Melayu. Kerana kepentingan itu, pada zaman pengaruh Islam yang kuat
ini, masyarakat Melayu menjadikan Islam sebagai teras kepada pembentukan
adatnya. Adat-adat yang bertentangan dengan ajaran Islam semakin tidak
popular dalam kalangan masyarakat Melayu dan semakin dikurangkan
penggunaanya. Namun pada zaman Islam ini, adat-adat lampau yang tidak
bertentangan dengan ajaran Islam tetap diteruskan pengamalanya.
Adat-adat Melayu yang bercirikan Islam merangkumi adat ketika seseorang
dilahirkan, seseorang meningkat remaja, dewasa, adat dalam kehidupan seharihari dan adat ketika seseorang itu meninggal dunia. Adat-adat yang diamalkan
ini sebenarnya merupakan apa yang disebut sebagai perkara sunat didalam
ajaran Islam.
Sebagai petunjuk kepada pengaruh Islam didalam adat Melayu ialah adat ketika
seseorang itu baru dilahirkan. Antaranya ialah adat bercukur, melaungkan azan
dan iqamat ke telinga bayi dan adat membelah mulut. Bercukur ialah perbuatan
mencukur rambut asal bayi sehingga botak, ianya biasa diadakan pada hari-hari
ganjil seperti hari ketiga, ketujuh, kesembilan dan seterusnya. Bercukur
bertujuan membuang rambut asal bayi yang dianggap kotor dan tidak akan
tumbuh dengan baik. Ia sesuai dengan ajaran Islam yang mementingkan aspek
kebersihan dan kesihatan.
Azan dan Iqamat pula merupakan tuntutan Islam untuk memulakan pendengaran
seseorang yang baru dilahirkan itu dengan kalimat-kalimat yang mulia. Ada juga
golongan tua Melayu mengatakan ianya merupakan simbolik kepada singkatnya
hidup didunia ini iaitu sesingkat masa yang diambil antara iqamat dan solat yang
akan didirikan. Ketika dilahirkan kita diazan dan diiqamatkan, dan apabila kita
meninggal dunia, kita disolatkan dengan solat jenazah.

Adat membelah mulut pula menjadi tradisi masyarakat Melayu dengan


melalukan manisan ke bibir bayi yang baru dilahirkan. Adakalanya juga
digunakan emas bagi maksud itu. Adat membelah mulut ini biasanya
dilaksanakan oleh orang-orang yang dianggap alim oleh masyarakat. Ada masamasanya, ia juga dilakukan oleh bidan yang menyambut kelahiran bayi itu. Ia
bertujuan supaya bayi yang dibelah mulutnya akan mengikut perangai orang
yang membelah mulutnya apabila sudah dewasa nanti.
Masyarakat Cina di Malaysia juga seperti masyarakat-masyarakat lain yang
mempunyai adat dan cara hidupnya sendiri. Secara teorinya, dapat kita katakan
bahawa adat kaum Cina di Malaysia ialah warisan daripada negara China. Ini
memandangkan berlaku proses kemasukan besar-besaran kaum Cina ke Tanah
Melayu pada awal abad ke 19 dahulu, kemasukan kaum Cina ke Tanah Melayu
ketika itu secara tidak langsung telah membawa sekali segala adat istiadat
mereka.
Kaum Cina di Malaysia mempunyai beberapa pegangan dalam menjalankan
proses kehidupan mereka, seperti juga lain-lain kaum, masyarakat Cina juga
mempunyai adat tentang perkahwinan, kematian, dan sebagainya. Apa yang
menarik berkenaan adat kaum Cina ialah suatu bentuk adat dan petua untuk
kehidupan yang mereka namakan Feng Shui, yang mana pengaruhnya masih
menebal dalam kalangan mereka pada hari ini. Lazimnya adat istiadat Cina
dipengaruhi oleh unsur Buddha yang menjadi pegangan kebanyakan ahli dalam
masyarakat Cina. Falsafah lampau juga banyak mempengaruhi adat istiadat Cina
sehingga menyebabkan mereka mempunyai pelbagai acara-acara dan pantang
larang yang berorientasikan adat.
Seperti juga masyarakat majoriti Melayu dan Islam, masyarakat Cina juga
mementingkan nasab keluarga dari sebelah lelaki. Nama pangkal seseorang iaitu
nama keluarga didalam masyarakat Cina ialah nama keluarga disebelah lelaki.
Sebagai contoh, nama Prof. Dr. Teo Kok Seong dan Prof. Wang Gunwu, nama
pangkal mereka iaitu Teo dan Wang itu ialah nama warisan keluarga ayah
mereka yakni nama keluarga sebelah lelaki. Ini merupakan salah satu aspek adat
yang menjadi amalan masyarakat Cina. Kaum lelaki Cina juga seperti
kebanyakan lelaki bangsa lain, dilantik menjadi ketua keluarrga dan merupakan
waris utama pusaka keluarga.
Kepentingan meneruskan kesinambungan keluarga didalam masyarakat Cina
menyebabkan perkahwinan seorang lelaki didalam keluarga adalah amat
penting. Secara tradisi, perkahwinan tersebut akan mengikuti beberapa upacara
yang bermula dengan merisik oleh seorang perantara hinggalah perkahwinan.
Namun, pada zaman yang lebih moden ini, hanya pendaftaran menurut undangundang saja yang diperlukan dan akan diadakan majlis keraian yang mewah di
restoran.
Kelahiran anak mengikut adat dan pantang larang Cina ialah sangat penting.
Justeru kesihatan si ibu dan kandunganya adalah amat dititik beratkan. Si ibu
digalakkan tidur dan makan dengan baik, membaca buku yang baik dan melihat
benda-benda yang cantik. Apabila anak itu dilahirkan, anak itu dibersihkan dan

akan dibedung. Pada hari ke 29 kelahiran, rambut si anak dicukur dan rambutnya
dibungkus dengan kain merah. Rambut itu akan digantung berdekatan bantalnya
selama 100 hari dan kemudian rambut itu dibuang ke sungai. Anak itu diharap
akan menjadi berani pada masa hayatnya. Setelah sebulan kelahiran anak itu,
upacara Bulan Penuh akan diadakan dengan meriah. Ulang tahun kelahiran
seseorang kaun Cina tidak akan diperingati, kecuali diperingati oleh anaknya
apabila seseorang itu sudah tua dan ianya akan diadakan secara besar-besaran.
Kematian ibu bapa dalam masyarakat Cina adalah upacara yang amat berharga
dan mahal kosnya yang terpaksa ditanggung oleh anak-anak. Keranda yang baik,
tanah kuburan yang baik dan pakaian kematian yang bagus pastinya
memerlukan belanja besar. Bagi masyarakat Cina inilah hadiah terbaik seorang
anak kepada ibu bapanya. Jika si anak tidak mampu, masyarakat sekeliling pasti
akan membantu. Anak lelaki yang tua memainkan peranan utama memastikan
upacara mandi, memberi makan, kafan dan bertanggungjawab memasukkan
mayat ke dalam keranda seperti yang dinasihatkan oleh seorang tukang tilik.
Keranda tersebut akan dijaga hingga beberapa hari tertentu untuk lawatan dan
sembahyang seterusnya akan dikebumikan pada satu hari yang ganjil.
Didalam masyarakat Cina, upacara pengkebumian adalah acara yang amat
meriah dengan dipenuhi dengan peraturan dan adat tertentu. Selepas
pengkebumian mayat, akan diadakan pelbagai upacara lain terutama adat
pembakaran colok dan alatan yang diperbuat daripada kertas sebagai bekalan
hidup si mati di alam akhirat. Upacara ini biasanya akan diketuai oleh seorang
Sami yang diamanahkan oleh keluarga si mati. Oleh kerana adat kematian ini
dianggap terlalu penting dalam masyarakat Cina, banyak kepercayaan dan
pantang larang mesti diperhatikan dan dipatuhi apabila berlaku sesuatu
kematian.
Sepanjang tahun dalam kehidupan masyarakat Cina, banyak sekali perayaan
yang diikuti dan diraikan oleh orang Cina. Setiap bulan, pasti ada kegiatan dan
upacara tertentu serta dewanya yang berlainan untuk dipuja. Adat resam
masyarakat Cina amat banyak dan ianya akan diamalkan mengikut perubahan
musim pertanian dan negeri China.
Antara upacara-upacara yang diraikan masyarakat Cina selain dari Tahun Baru
Cina dan Chap Goh Meh ialah adat Ulang Tahun Kematian, adat Puja Kampung,
adat Mencuci Kubur, Sembahyang Hajat dan Menjamu Keramat. Adat-adat ini
tampak seumpama perbuatan-perbuatan yang menjadi amalan masyarakat
Melayu. Namun ianya pastilah berbeza dan dijalankan dengan cara dan
matlamat yang berbeza bagi mewujudkan identiti masyarakat Cina yang
tersendiri.
Seperti juga kaum Cina, kaum India juga bukanlah penduduk asal Malaysia.
Kemasukan masyarakat India ke Tanah Melayu sudah berlaku sejak sekian lama.
Samada kemasukan itu suatu bentuk penghijrahan atau sekadar merantau untuk
mencari rezeki, hakikatnya kemasukan ini sudah berlaku sejak sekian lama.
Apabila Melaka muncul sebagai pusat perdagangan serantau menjelang abad ke
15,masyarakat India yang terdiri daripada golongan pedagang, sami Buddha dan

Hindu, tukang dan sebagainya tidak terlepas pandang untuk memasuki Tanah
Melayu dengan pelbagai kepentingan. Kemasukan mereka ini juga sudah pasti
membawa bentuk adat istiadat mereka yang tersendiri.
Masyarakat India biasanya mengikuti adat resam yang berteraskan agama Hindu
meskipun ramai orang India pada hari ini beragama lain. Seperti kaum-kaum lain
di Malaysia, mereka juga mempunyai budaya berkunjung ke rumah rakan dan
sanak saudara serta turut bersedia menerima kunjungan dari jiran tetangga.
Didalam masyarakat India, jika kita ingin berkunjung kerumah tetamu, amatlah
digalakkan membawa buah tangan sebagai tanda terima kasih kepada tuan
rumah. Mereka juga biasanya melangkah kedalam rumah dengan kaki kanan
dahulu.
Kaum India juga mengamalkan adat bertegur sapa sesama sendiri. Mereka
menyapa dengan sebutan vanakam dan sentiasa bertanyakan tentang
kesihatan, kerja, perniagaan atau sebagainya antara rakan dan sanak saudara
mereka. Apabila tetamu bertandang ke rumah mereka, tetamu sentiasa dijamu
dengan minuman atau makanan dan tetamu mesti sudi menerima hidangan
dengan baik sebagai tanda hormat kepada tuan rumah. Didalam masyarakat
India juga, jika menerima sesuatu, dimestikan menggunakan tangan kanan
sebagai tanda kebaikan dan kesyukuran.
Keluarga amat penting dalam masyarakat India. Meskipun bapa memainkan
peranan utama tetapi ibu adalah institusi yang paling dihormati dan dianggap
mulia, Ibu adalah umpama Tuhan dan anak perempuan juga dipanggil amma
seperti seorang ibu didalam tradisi India. Oleh itu, penjagaan anak perempuan
amat dititik beratkan terutama ketika mereka masih dara.
Seorang suami pula didalam masyarakat India adalah Tuhan bagi isterinya dan
mesti sentiasa dihormati. Oleh kerana itu, proses perkahwinan India mesti
ditentukan oleh seorang ketua agama yang membuat tilikan masa bertuah serta
keserasian pasangan yang akan berkahwin. Masa perkahwinan yang dianggap
bertuah amatlah penting bagi menjalankan segala acara dan upacara untuk
mengelakkan berlakunya malapetaka ataupun nasib buruk. Untuk mengelakkan
dari keadaan buruk, maka biasanya perkahwinan dilakukan pada waktu tengah
malam atau waktu matahari akan naik. Upacara perkahwinan dilakukan di rumah
pengantin perempuan ataupun di kuil oleh seorang ketua agama. Pada satu
kawasan empat segi di kuil itu, sami akan menyalakan api dan menyembah
Tuhan untuk menyaksikan perkahwinan itu.
Seperti juga adat kaum-kaum lain, kelahiran seorang bayi adalah acara yang
penting kepada keluarga dan masyarakat India. Semua saudara mara akan
dimaklumkan apabila lahirnya seorang bayi. Selama 16 hari selepas kelahiran
bayi, ahli keluarga tidak boleh melakukan sebarang upacara agama. Pada hari ke
16 kelahiran, upacara penting diadakan untuk menamakan anak. Ketika ini
rumah dan buaian akan dihias cantik dan jiran-jiran dijemput bersama meraikan
upacara tersebut.

Dalam aspek pemberian nama anak, nama seorang anak diperolehi dari almanak
Hindu mengikuti bintang dan hari kelahirannya. Seorang ketua agama akan
dirujuk untuk mencari nama bertuah mengikuti aksara bintangnya. Ketika
menamakan itu, bayi dipangku oleh orang tua satu persatu sambil dinyanyikan
doa agama oleh kaum wanita mereka.
Dari aspek perayaan, terdapat banyak perayaan di kalangan masyarakat India.
Di sepanjang tahun, mengikut kalendar Hindu mereka akan mengadakan
pelbagai upacara sembahyang berkaitan musim dan perubahan tahun seperti di
negeri India. Masyarakat Hindu akan bersembahyang sebanyak tiga kali sehari
iaitu pada waktu pagi, tengahari dan petang di tempat tertentu di rumah.
Mereka juga pergi ke kuil untuk bersembahyang ataupun mengadakan upacara
agama.
Perayaan kaum India diadakan dengan mengikuti peredaran bulan dan setiap
bulan ditandakan oleh bulan mengembang dan bulan menirus. Terdapat 21 jenis
perayaan didalam adat masyarakat India. Perayaan-perayaan itu termasuklah
Deepavali, Thaipusam dan Thaiponggal.
Deepavali ialah perayaan cahaya sebagai tanda kejayaan cahaya ke atas
gelap atau ilmu ke atas kejahilan ataupun keadilan mengatasi kezaliman.
Inilah perayaan paling utama bagi masyarakat India. Pada hari ini sembahyang
akan diadakan terutama untuk mendoakan roh keluarga yang sudah meninggal
dunia.
Thaipusam pula adalah perayaan bulan Thai untuk membersihkan diri dengan
menggunakan susu, madu dan bunga di kuil dan membuat persembahan kepada
Dewa Subramaniam. Pada masa perayaan ini diadakan, kavadi yang berisi
buah-buahan, susu dan akan dibawa pelbagai persembahan.
Thaiponggal pula merupakan perayaan menuai dan masak padi baru serta
memuja semangat padi. Ia adalah masa yang amat baik untuk mangadakan
perkahwinan dan upacara lain. Rumah akan dibersihkan dan dihiasi, ponggal
pula akan dimasak di dalam periuk baru untuk dipersembahkan kepada Dewa
Matahari dan juga disedekahkan kepada jiran tetangga.
Melanjutkan perbicaraan terdahulu berkaitan adat atau disebut juga budaya
masyarakat-masyarakat utama Malaysia, apa yang cuba digambarkan bukanlah
bagaimana bentuk adat-adat tradisi masyarakat di Malaysia semata-mata, tetapi
kita berusaha untuk melihat bagaimana setiap kaum itu mempunyai adat dan
kepercayaanya yang membentuk identiti dan keperibadian mereka yang
tersendiri. Secara tidak langsung juga didalam bahagian itu kita telah
membicarakan kepentingan adat kepada kaum-kaum tersebut. Walaupun tidak
dinyatakan dengan jelas, namun jika diteliti, kita pasti akan memahami akan
kepentingan adat-adat itu sekurang-kurangnya sebagai perlambangan identiti
dan peribadi masyarakat mereka.
Bercakap berkenaan identiti dan keperibadian masyarakat. Kita sedia
memaklumi bahawa di Malaysia, kita tidak hanya mempunyai satu bangsa

sahaja. Malaysia merupakan sebuah negara yang bangsa-bangsa didalamnya


adalah bercampur ataupun dalam istilah yang lebih mudah, masyarakat yang
majmuk. Justeru apa yang ingin dijadikan topik disini ialah bagaimana
kepelbagaian adat didalam masyarakat Malaysia yang membentuk identiti
masing-masing ini mampu disatukan dan dijadikan sebagai cerminan peribadi
dan identiti kepelbagaian itu secara menyeluruh dan bersifat nasional. Maknanya
kita perlu membicarakan tentang bagaimana kepelbagaian adat di Malaysia itu
dapat disatukan dan dijadikan sebagai adat yang satu bagi menjadi lambang
identiti dan peribadi nasional. Perlu dibincangkan juga ialah apakah aspek teras
yang menjadi garis panduan budaya nasional ini.
Dalam mengungkap permasalahan ini, kita sebenarnya hanya perlu mencari
aspek adat yang menjadi teras kepada pembentukan adat nasional yang menjadi
perlambangan identiti dan keperibadian seluruh rakyat Malaysia dan apakah
kepentingan aspek adat itu serta kepentingan identiti dan keperibadian
kebangsaan itu sendiri.
Aspek adat yang menjadi teras kepada pembentukan identiti nasional lebih
mudah kita fahami melalui pembentukan Dasar Kebudayaan Kebangsaan yang
digubal pada 1971. Dasar ini diputuskan melalui Kongres Kebudayaan
Kebangsaan yang dirasmikan oleh Perdana Menteri Kedua, Tun Abdul Razak dan
ianya dihadiri oleh wakil-wakil dari setiap kaum di Malaysia.
Melalui pembentukan ini, secara rasmi telah digariskan beberapa perkara yang
menjadi teras kepada pembentukan identiti dan keperibadian seluruh rakyat
Malaysia. Justeru melalui kewujudan Dasar Kebudayaan Kebangsaan yang
memang digagaskan bagi maksud itu, kita akan dapat mengungkap aspek adat
yang menjadi teras kepada pembentukan identiti nasional yang menjadi fokus
tulisan ini.
Antara aspek teras dalam pembentukan identiti dan peribadi nasional ialah
identiti dan kepribadian Malaysia haruslah berteraskan adat asal rantau ini.
Definisi geografi berkaitan rantau ini ialah kawasan yang merangkumi Malaysia,
Indonesia, Filipina, Singapura, Brunei, Thailand, Kampuchea serta Kepulauan
Selatan Pasifik iaitu Polynesia, Melanesia, Oceania sehingga ke Madagascar.
Rantau ini adalah merupakan bahagian utama dari kawasan tamadun atau
budaya Melayu. Rantau ini merupakan pusat pemancaran, pengembangan
warisan adat masyarakat Melayu sejak zaman berzaman dan ditandai pula oleh
kegemilangan dan keagungan tamadun Melayu yang berpusat di Melaka yang
menggunakan Bahasa Melayu sebagai bahasa perhubungan antarabangsa yang
juga dipanggil sebagai linguafranca.
Adat serantau ini juga digambarkan melalui persamaan-persamaan di bidang
bahasa yang berasaskan keluarga bahasa Melayu iaitu Austronesia, kedudukan
geografi, pengalaman sejarah, kekayaan alam, kesenian dan nilai-nilai
keperibadiannya. Justeru dalam aspek Malaysia, secara mudahnya, aspek adat
yang menjadi teras kepada pembentukan identiti nasional ialah adat masyarakat
Melayu.

Hal ini tidak dapat dipertikaikan oleh masyarakat lain kerana adat atau budaya
Melayu pada hari ini merupakan cara hidup, lambang identiti dan asas ukuran
keperibadian kepada lebih 200 juta umat manusia yang menuturkan satu
rumpun bahasa yang sama. Maka apabila dipersetujui adat masyarakat asal
serantau dijadikan identiti Malaysia, pastilah di Malaysia, adat Melayu yang
paling layak diletakkan didalam kategori itu. Prof. Emeritus Tan Sri Dr. Khoo Kay
Kim sendiri, walaupun berbangsa Cina, turut mengakui bahawa masyarakat
Melayu ialah nuklius ataupun teras dalam masyarakat Malaysia. Justeru adat
Melayu dijadikan teras identiti semua kaum di Malaysia adalah sangat
berpatutan ataupun dalam istilah arab dipanggil adil.
Aspek teras pembentukan identiti yang kedua ialah menggunakan unsur-unsur
adat dan kebudayaan luar yang sesuai dan wajar untuk diterima sebagai identiti
Malaysia. Aspek ini bertepatan dengan situasi penduduk berbilang kaum yang
mewarisi pelbagai adat dan budaya. Dengan itu unsur-unsur adat Cina, India,
Kadazandusun, Arab, Barat dan lain-lain unsur adat yang sesuai, boleh diberi
pertimbangan untuk diterima dan dijadikan sebagai identiti kebangsaan.
Kesesuaian penerimaan dalam penyerapan ini adalah bergantung kepada
kerelevenannya yang pasti tidak boleh bercanggah dengan Perlembagaan,
prinsip-prinsip Rukun Negara, kepentingan nasional, asas-asas moral serta
kerohanian sejagat pada amnya dan pada Islam sebagai agama rasmi negara
khasnya.
Dalam penerimaan teras kedua ini, kita melihat berlaku tolak ansur sesama
kaum di Malaysia dalam soal pembentukkan keperibadian dan identiti
kebangsaan. Bukan sahaja identiti Melayu diangkat sebagai identiti kebangsaan,
tetapi juga identiti kaum-kaum lain di Malaysia. Ia juga diterima kerana terdapat
unsur-unsur adat yang sama dan seiring dengan adat teras iaitu adat dan
kebudayaan Melayu.
Namun, hal ini juga tidak boleh dijadikan isu samada identiti kebangsaan itu
orientasinya adalah daripada warisan adat kaum yang mana. Ini kerana
pembentukkan identiti dan keperibadian kebangsaan itu bukanlah bertujuan
untuk mempromosikan adat masing-masing untuk digunakan oleh semua rakyat
Malaysia, sebaliknya ia jelas berperanan untuk menyeragamkan identiti
masyarakat yang pelbagai untuk dijadikan identiti Malaysia yang satu. Namun
identiti bangsa juga masih boleh dikekalkan dan dipelihara kelangsunganya.
Aspek ketiga yang menjadi teras kepada pembentukkan keperibadian dan
identiti kebangsaan ialah agama Islam. Agama atau kepercayaan kepada Tuhan
merupakan unsur penting didalam proses pembangunan dan perpaduan negara.
Agama juga perlu bagi merealisasikan pembentukan rakyat yang berakhlak dan
berperibadi mulia.
Agama Islam memberi panduan kepada manusia dalam mengimbang dan
memadukan usaha bagi mengisi kehendak-kehendak emosi dan fizikal. Kerana
itu ia patut dijadikan unsur yang penting dalam pembentukan identiti
kebangsaan. Ini juga memandangkan kedudukan Islam sebagai agama rasmi

negara. Di samping itu, telah wujudnya fakta sejarah dan nilai-nilai Islam yang
telah sedia didukung oleh sebahagian besar rakyat rantau ini sejak dahulu lagi.
Bercakap pula tentang kepentingan aspek-aspek adat yang dijadikan teras
kepada pembentukan identiti dan keperibadian kebangsaan, aspek teras yang
disenaraikan seperti adat masyarakat rantau ini, adat luar yang sesuai dan adat
yang berpandukan Islam pasti mempunyai kepentingannya yang tertentu.
Yang pertama, kepentingan adat Melayu dijadikan sebagai teras dalam
pembentukan identiti nasional ialah untuk memastikan kestabilan sosial dan
politik di Malaysia terus terpelihara. Harus kita fahami apabila kita bercakap
berkenaan Malaysia, majoriti penduduknya ialah orang Melayu. Kerana orang
Melayu ialah majoriti didalam masyarakat Malaysia, adalah penting untuk
menjadikan adat kaum yang majoriti sebagai ikutan kepada kaum-kaum lain
yang lebih kecil populasinya. Ini bagi memastikan tidak berlaku pertikaian
kepada masyarakat lain di Malaysia khususnya kepada masyarakat Melayu
sendiri sebagai entiti yang terbesar dan bertaraf peribumi di Malaysia.
Kedudukan masyarakat Melayu yang dianggap nuklius didalam sistem sosial di
Malaysia juga merupakan kepentingan yang perlu diambil berat sesuai dengan
kedudukan istimewanya yang dijamin Perlembagaan.
Kedudukan Raja-Raja, Yang Dipertua Negeri dan Yang Dipertuan Agong juga
merupakan aspek yang penting untuk menjadikan adat Melayu sebagai
pemangkin identiti nasional. Raja-Raja dan Yang Dipertuan Agong merupakan
tuan kepada negeri-negeri dan negara Malaysia sendiri. Mereka juga merupakan
orang Melayu. Kedudukan mereka yang menjadi lambang perpaduan negara ini
menyebabkan adat istiadat mereka iaitu adat istiadat Melayu diterima sebagai
suatu unsur teras dalam melaksanakan identiti Malaysia secara bersama. Justeru
untuk memastikan Institusi Raja-Raja Melayu terus dilindungi dan dihormati,
maka dalam usaha untuk membentuk identiti dan peribadi kebangsaan, adat
Melayu tidak boleh dikesampingkan.
Kita juga harus melihat kepentingan untuk menerima mana-mana unsur adat
dan budaya luar untuk dijadikan adat dan budaya kebangsaan. Walaupun telah
dipersetujui bahawa adat Melayu merupakan adat teras yang dijadikan ikutan
setiap rakyat Malaysia, namun ketetapan itu tidak bermaksud hanya itu sahaja
adat yang akan diterima kearah pembentukan identiti yang seragam dalam
masyarakat Malaysia. Adat dan budaya kaum lain yang sesuai juga dapat
dipraktikkan asalkan ianya tidak bertentangan dengan semangat Perlembagaan
dan Rukun Negara. Ini bagi memastikan tiada suara-suara yang mempertikaikan
tindakan kerajaan yang menggariskan unsur-unsur penting kearah membentuk
budaya kebangsaan. Pendek kata, penerimaan unsur-unsur asing ini ialah supaya
keharmonian kaum di Malaysia akan terus berlangsung dengan jayanya.
Unsur-unsur adat dan budaya luar juga penting untuk dijadikan adat dan budaya
kebangsaan kerana bagi menghasilkan budaya kebangsaan yang tidak terlalu
stereotaip dengan adat dan budaya Melayu, adat lain juga perlu disenaraikan.
Budaya kebangsaan diwujudkan untuk menunjukkan peribadi dan identiti
masyarakat Malaysia yang pelbagai, bukan hanya untuk melambangkan budaya

dan adat Melayu semata-mata. Dengan adanya unsur-unsur yang diluar daripada
adat dan budaya Melayu yang sesuai, maka akan terhasil suatu modul identiti
masyarakat yang pelbagai dan bersifat luwes.
Unsur Islam yang dijadikan teras kebudayaan kebangsaan juga penting bagi
menjamin kedudukannya yang merupakan agama rasmi Malaysia. Islam tidak
boleh dan tidak dapat disamakan dengan agama-agama lain kerana ia
merupakan agama yang sebenar. Maka dalam usaha menerapkan identiti
kebangsaan, Islam tidak boleh dikesampingkan. Selain kerana kedudukan Islam
sebagai agama rasmi, ia juga penting kerana Islam merupakan tunjang kepada
kehidupan masyarakat Melayu iaitu masyarakat peribumi dan majoriti di
Malaysia. Walaupun identiti dan peribadi kebangsaan adalah berteraskan Islam,
namun agama-agama lain bebas untuk dilaksanakan dengan syarat amalan
agama-agama lain tidak akan menggugat kedudukan agama Islam sebagai
agama utama di Malaysia.
Masyarakat Malaysia sudah mempunyai adat yang tersendiri, tetapi kenapa
kerajaan masih berkehendak supaya diwujudkan suatu adat dan budaya baru
bagi mencerminkan identiti dan keperibadian Malaysia yang seragam? Adakah
dengan budaya dan adat kaum-kaum yang sedia ada di Malaysia tidak cukup
untuk mencerminkan identiti negara?
Bagi mewujudkan identiti yang seragam seiring dengan kesanggupan pelbagai
kaum untuk hidup bersama di Malaysia, tidak dapat tidak, penyeragaman identiti
dan keperibadian kebangsaan ini perlu dilakukan. Antara kepentingan
masyarakat Malaysia disatukan melalui adat dan budaya kebangsaan ialah untuk
melahirkan satu cara hidup masyarakat Malaysia yang mempunyai pelbagai
bangsa, agama, budaya dan bahasa pertuturan tetapi dapat hidup
berdampingan, berganding bahu, bertimbang rasa dan penuh dengan sikap
toleran. Penyeragaman identiti dan keperibadian berbagai-bagai etnik adalah
perlu untuk rakyat Malaysia hidup bersatu padu dan aman daripada
persengketaan serta kucar-kacir. Dalam erti kata yang lain, identiti dan
keperibadian yang seragam ini akan membolehkan perpaduan nasional
berlangsung dengan lebih utuh lagi.
Identiti dan kepribadian kebangsaan juga berkepentingan untuk menghindarkan
masyarakat dari me1akukan perkara-perkara yang menyalahi norma-norma dan
garis panduan dalam kehidupan bermasyarakat. Budaya kebangsaan ini penting
ke arah melahirkan satu negara bangsa Malaysia yang maju, progresif, saintifik
dan bersatu padu tanpa ada unsur-unsur negatif dalam kehidupan seharian
sesama sendiri. Tiga etnik terbesar iaitu Melayu, Cina dan India yang
mengamalkan kebudayaan, adat resarn, agarna dan bahasa masing-masing
diharap akan dapat bersatu melalui usaha bersama yang murni ini.
Kebudayaan dan adat ahli masyarakat Malaysia walaupun berbeza, namun
mempunyai asas yang sama iaitu membentuk keperibadian dan jati diri individu
ke arah yang lebih baik. Melalui usaha membentuk identiti dan keperibadian
kebangsaan, ia membolehkan masyarakat negara kita berinteraksi dengan lebih
baik di antara satu sama dalam melaksanakan matlamat yang sama iaitu untuk

membentuk masyarakat Malaysia yang bepegang teguh dengan ajaran agama


masing-masing dan mementingkan nilai-nilai murni yang diajar didalarn agama
mereka. Interaksi antara kaum ini penting untuk menghindari masyarakat
daripada melakukan aktiviti-aktiviti yang tidak sihat dan menyalahi norma-norma
kehidupan. Interaksi antara kaum yang baik juga adalah merupakan satu jalan
kearah perpaduan nasional dan mencetuskan masyarakat yang harmonis dan
bersatu padu.
Budaya yang seragam bagi rakyat Malaysia juga penting bagi memastikan
perancangan dan tindakan kerajaan untuk menerap serta menanam nilai-nilai
murni ke dalam akal fikiran, hati budi serta perilaku masyarakat Malaysia di
pelbagai lapisan masyarakat dapat direalisasikan. Amalan budi bahasa dan nilainilai murni yang merupakan perkara penting dalam Dasar Kebudayaan
Kebangsaan seharusnya ditegaskan sebagai sebahagian dari proses
pembangunan identiti untuk mencapai tahap keutuhan peribadi dan perilaku
yang mulia dan berbudi bahasa. Maka identiti dan keperibadian kebangsaan ini
diharap akan meneguhkan kembali kekuatan peribadi dan jati diri masyarakat.
Segala tindakan idealisme kebangsaan ini juga adalah suatu usaha untuk
membina bangsa Malaysia melalui semangat Rukunegara. Perisytiharan
Rukunegara dengan jelas meletakkan negara di atas cita-cita perpaduan,
kehidupan demokratik, keadilan, tradisi budaya serta masyarakat progresif. Oleh
itu, budaya dan identiti seragam ini penting untuk memastikan cita-cita tersebut
dapat direalisasikan dengan jayanya.
Berbagai usaha telah dijalankan bagi mencapai matlamat untuk mewujudkan
identiti dan keperibadian kebangsaan. Secara umumnya pencapaian matlamat
dan objektif hasrat ini telah menunjukkan kejayaan yang boleh dibanggakan.
Perlu diingat bahawa didalam pembentukan dan pewujudan satu kebudayaan
kebangsaan, proses penyerapan dan penerimaannya akan mengambil masa
yang lama dan mungkin melangkaui satu generasi ke satu generasi yang lain.
Penggubalan dan pelaksanaan dasar ini, meskipun masih lagi baru usianya
namun pembentukan identiti nasional dan perpaduan kaum dan nilai murni Islam
telah pun dilaksanakan. Adalah didapati bahawa pencapaian ke arah ini telahpun
jelas kelihatan semenjak ia mula diterapkan. Identiti kewarganegaraan dan adat
Malaysia pada hari ini boleh didapati didalam perayaan-perayaan antarabangsa
dan juga di dalam kegiatan seni sukan dan perayaan pelbagai kaum di Malaysia
sama ada secara rasmi atau tidak rasmi.
Secara ringkas bolehlah dikatakan aspek adat yang menjadi teras identiti dan
keperibadian negara Malaysia telah dapat diterima dan diikuti secara beransuransur oleh setiap golongan rakyat Malaysia. Namun demikian pelaksanaannya
pasti rumit dan tidak akan dapat dicapai dalam masa yang singkat. Kesedaran
dan kefahaman yang luas akan dapat membantu mencapai hasrat dan cita-cita
pelaksanaan ini kerana dengan keinsafan itu sahaja adat yang membentuk
identiti dan keperibadian kebangsaan akan dapat dibezakan dengan adat yang
bersifat kesukuan atau perkauman. Identiti dan keperibadian yang dipupuk itu
akan mencirikan sifat-sifat persamaan yang melampaui batas-batas suku kaum

dan akan memperlihatkan keperibadian kebangsaan Malaysia itu sendiri sebagai


sebuah negara yang merdeka dan bermaruah.
KAUM CINA
Masyarakat cinadiMalaysiaterdiridaripadabeberapasukudialek.Terdapatenamkum
pulan dialekutamaiaituHakka,Kantonis,Teochew,Hainan,danFuzhou(Hokchiu).San
dakan pernah bergelar Hong KongKecil kerana bandar itu dijadikan tempat ting
gal kedua bagikebanyakan pendatang dari Guangdong.Maka,secara amnyaterda
pat tiga kumpulan sub-linguistik orang cinaMalaysia.Justeru itu,masyarakat cina
mengamalkan pelbagaibentuk adat resam dan pantang larang dalam kehidupans
eharian mereka.
Dari aspek perkahwinan,masyarakat cina akan merancang dan
mengatur sesuatu perkahwinan dengan sebaik-baiknya.Mengikut kepercayaan m
ereka,pasangan yangberkahwin tanpa mengikut aturan adat dianggap tidaksah.T
erdapat dua bentuk perkahwinan masyarakat cina iaitueksplisit dan implisit.Pada
asasnya,adat resam perkahwinanmereka merangkumi beberapa peringkat.Adat
merisikdijalankan untuk mengetahui latar belakang gadis yangdiingini.Hal ini ker
ana mereka terlalu mengambil berat tentangnama,keturunan,peribadi,watak dan
tingkah laku.Seorang wakildihantar ke rumah si gadis bagi membincangkan perk
ara-perkara berkaitan perkahwinan.Segala ketetapan yang telahdipersetujui dim
aklumkan kepada ibu bapa pihak lelaki.Haripertunangan pula dilakukan berdasar
kan kalender cina.Dalamupacara ini,khidmat tukang tilik digunakan untuk menet
apkantarikh perkahwinan berpandukan kepada sebuah buku iaituToong-su.Hari p
erkahwinan diadakan setelah bertunang selamasetahun atau mengikut tempoh y
ang ditetapkanAkhirsekali,mereka akan menandatangani dua pucuk surat iaitu K
eatFoon Chung Su sebagai bukti perkahwinan mereka.
Di samping itu,pelbagai bentuk adat resam dan pantang larangdiamalkan oleh w
anita
cina semasa mengandung dan selepasbersalin untuk memastikan bayi yang bak
al lahir tidak ditimpakejadian buruk.Sebagai contoh,wanita mengandung dilarang
melakukan kerja-kerja
memaku kerana dikhuatiri bayi yanglahir akan mengalami kecacatan.Mereka jug
a terpaksaberpantang selama 40 hari selepas melahirkan anak.Sepertimasyarak
at melayu,mereka turut mengadakan kenduri apabilabayi tersebut mencapai um
ur
sebulan.Masyarakat cina jugamengamalkan adat mencukur rambut bayi kerana
merekamenganggap rambut bayi yang baru lahir adalah rambutsementara.
Masyarakat cina berpegang teguh kepada adat resam yangberkaitan dengan soa
l-soal kematian.Apabila berlakukematian,mayat akan dibersihkan dan dimandika
n sebagaitanda penghormatan terakhir kepada si mati.Mayat akandimasukkan ke
dalam keranda yang diperbuat daripada kayuyang diukir menarik.Mereka akan m
engupah lebih ramai oranguntuk menangisi si mati.Semasa mengiringi mayat,pel
bagaijenis lagu dimainkan.Selepas upacara kematian,ahli keluargamenjalani adat
berkabung.Pakaian berwarna hitam akan dipakaiuntuk beberapa hari sehingga h
ari perkabungan tamat.

Perayaan Tahun Baru Cina disambut secara besar-besaran olehmasyarakat cina b


agi menandakan kedatangan tahun barumenurut kalender mereka.Orang cina m
empercayai bahawaterdapat
12 binatang yang menaungi kalender mereka.Semuaahli keluarga berkumpul unt
uk makan bersama pada malamTahun Baru.Buah limau mandarin dan kuih bakul
turut menjadikemestian bagi merayakan Tahun Baru Cina.Perayaan penutupbagi
Tahun Baru Cina adalah perayaan Chap Goh Meh.
Pada asalnya,busana kaum cina berlapis-lapis,penuh dengansulaman benang em
as dan sutera.Namun,ia masih boleh dilihatpada masa kini walaupun telah diuba
hsuai.Jubahlabuh,Cheongsam,Baju Shanghai dan Samfoo masih kekaldipakai dal
am upacara majlis.Kebanyakannya dihasilkan darinegara China dengan menggun
akan fabrik sutera dan brokedyang berwarna terang dengan ragam hias benang
emas dansutera.
Dalam aspek pemakanan pula,masyarakat cina mempunyaipelbagai jenis makan
an.Salah satu daripadanya adalah kuihbulan.Kuih bulan merupakan sejenis kuih c
ina yang seringdimakan sewaktu perayaan pertengahan musim luruh.Kuihterseb
ut dibuat daripada adunan manis dan memiliki inti bijibuah teratai di tengahnya.
Selain itu,Gan Pan Mian jugamerupakan makanan masyarakat cina.Nama lainnya
ialahKompua.Ia adalah sejenis mee bagi masyarakat Foochow.DingBian Hu meru
pakan makanan orang Foochow yang biasanyadimakan semasa sarapan pagi da
n lewat malam.
Tarian naga adalah satu bentuk tarian dan persembahantradisional dalam buday
a cina.Tarian ini sering dipersembahkanpada musim perayaan.Masyarakat cina m
enganggap bahawanaga mewakili kekuatan yang boleh menghilangan nasib bur
ukdan mencegah jenayah.Gerakan-gerakan dalam persembahanini melambangk
an peranan naga yang menunjukkan kuasa danmaruah.Tarian singa juga terdapa
t dalam adat warisanmasyarakat cina.Dua tarian singa yang amat terkenal ialah
Tarian Singa Utara dan Tarian Singa Selatan.

MINANGKABAU-205201

ADAT DAN BUDAYA MASYARAKAT MINANGKABAU


Orang Minangkabau merupakan penduduk asal kawasan yang kini dikenali
sebagai Sumatera Barat di Indonesia. Pada permulaan abad ke-14, masyarakat
Minangkabau tiba di Negeri Sembilan melalui Melaka dan sampai ke Rembau.
Selepas itu berlakulah pernikahan antara orang Minangkabau dengan penduduk
tempatan dan daripada keturunan mereka dinamakan suku Biduanda. Suku
Biduanda ini merupakan pewaris asal Negeri Sembilan. Pemimpin hanya dipilih
dari suku Biduanda ini. Para pembesar Negeri Sembilan yang dipanggil
Penghulu dan kemudiannya dipanggil Undang asalnya daripada suku Biduanda
dan seterusnya wujud institusi Yang di-Pertuan Besar di Negeri Sembilan.
Minangkabau adalah gabungan daripada perkataan Minang yang bermaksud
Menang dan Kabau bermaksud Kerbau. Gabungan perkataan ini diperoleh
daripada peristiwa perselisihan faham antara kerajaan Minangkabau dengan
seorang Putera dari kerajaan Jawa yang meminta pengakuan kekuasaan di Tanah
Melayu.Oleh itu, bagi mengelak daripada berperang masyarakat Minangkabau
mencadangkan pertandingan beradu kerbau. Putera dari Jwa tersebut bersetuju
dan menonjolkan seekor kerbau yang besar dan ganas. Masyarakat Minangkabau
pula hanya menonjolkan seekor anak kerbau yang lapar, tetapi ditajamkan
tanduknya. Semasa bertanding si anak kerbau tidak sengaja merodok tanduknya
ke perut kerbau yang besar dan ganas itu untuk mencari puting susu bagi
menghilangkan kelaparannya. Malangnya, kerbau yang besar dan ganas itu mati
kerana tertusuk tanduk si anak kerbau tersebut. Maka masyarakat Minangkabau
telah berjaya menyelesaikan perselisihan tersebut secara aman.
Masyarakat Minangkabau merupakan masyarakat Matrilineal yang terbesar di
dunia. Adat ini menyebabkan kaum lelaki Minangkabau merantau untuk mencari
ilmu dan kemewahan melalui perdagangan. Kanak-kanak lelaki seawal usia tujuh
tahun selalunya akan meninggalkan rumah mereka untuk tinggal di surau yang
mana mereka akan diajar dengan ilmu agama dan adat Minangkabau. Apabila
remaja pula mereka digalakkan untuk meninggalkan kampung halaman untuk
mencari pengalaman di dunia luar agar mereka dapat menjadi seorang yang
lebih matang dan bertanggungjawab kepada keluarga dan nagari (kampung
halaman).
Masyarakat Minangkabau umumnya beragama Islam. Oleh itu, majlis pernikahan
bagi masyarakat ini dilakukan mengikut syariat Islam dan adat mereka yang
tersendiri. Syarat-syarat perkahwinan bagi masyarakat Minangkabau adalah
kedua calon mesti beragama Islam, tidak sedarah/tidak berasal daripada suku
yang sama(kecuali persukuan itu berasal dari negeri/luhak yang lain), saling

menghormati antara satu sama lain dan keluarga kedua belah pihak serta calon
suami (maripulai) harus mempunyai sumber pendapatan. Perkahwinan yang
tidak memenuhi syarat di atas dianggap perkahwinan sumbang. Selain itu, masih
ada peraturan tertentu dan upacara adat agama Islamyang harus dipatuhi iaitu
majlis jopuik manjopuik, pinang meminang, batuko tando, akad nikah, baralek
gadang, jalangmenjalang, dan sebagainya.
Disamping itu, dalam upacara kematian, masyarakat Minangkabau
mengutamakan perkara-perkara wajib menurut syariat Islam, seperti pengurusan
jenazah. Seterusnya, akan diadakan majlis memperingati Allahyarham
seperti manujuah hari(majlis memperingati tujuh hari), duo puluah hari (majlis
memperingati hari ke empat puluh dan akhir sekalimanyaratuih hari (majlis
memperingati hari ke seratus).
Bahasa Minangkabau mempunyai perkataan yang serupa dengan bahasa
Melayu, tetapi berbeza dari segi sebutan dan tatabahasa. Contohnya:
Sadang kayu di rimbo tok samo tinggi, kok kunun manusia
Maksudnya : Sedangkan pohon di hutan tidak sama tinggi, apatah lagi manusia.
Masyarakat Minangkabau menyukai masakan pedas dan banyak menggunakan
santan kelapa. Contohnya, rendang dan dendeng balado. Rendang mempunyai
falsafah tersendiri bagi masyarakat Minangkabau iaitu musyawarah, mewakili
empat bahan utamanya iaitu daging lembu mewakili para pemimpin suku adat,
kelapa mewakili kaum intelektual, lada mewakili alim ulama yang tegas untuk
mengajar hokum-hukum agama dan pemasak mewakili keseluruhan masyarakat
Minangkabau. Seterusnya, dendeng balado pula merupakan hirisn tipis daging
sapi yang dikeringkan lalu digoreng sehingga kering.
Di samping itu, terdapat juga tarian piring dan randai sebagaihiburan dalam
kehidupan masyarakat Minangkabau. Tarian piring berasal daripada Sumatera
Barat. Tarian ini menggambarkan rasa kegembiraan dan syukurmasyarakat
Minang ketika kedatangan musim panas. Para muda-mudi akan mengayunkan
gerak langkah dan menunjukkan kebolehan mereka dengan memainkan piring
yang ada di tangan mereka. Kebiasaannya, di Malaysia tarian piring
dipersembahkan di hadapan mempelai di luar rumah ketika majlis perkahwinan
terutamanya bagi keluarga berada, bangsawan dan hartawan di sesebuah
kampung. Randai pula merupakan teater rakyat tradisional Minangkabau iaitu
melibatkan muzik, nyanyian, tarian, drama dan seni mempertahanka diri iaitu
silat. Kebiasaannya, randai dipersembahkan ketika menyabut perayaan
tradisional dan terselit pelbagai cerita di dalamnya dalam satu masa. Ceritacerita yang dikisahkan disampaikan mealui nyanyian dan lakonan berdasarkan
lagenda-lagenda Minangkabau dan cerita rakyat. Randai dipersembahkan oleh
kaum lelaki, namun setelah 1960-an, perempuan juga telah menyertai
persembahan ini.
Selain itu, masyarakat Minangkabau juga memiliki alat muzik tradisional khas
iaitu Saluang. Alat muzik ini diperbuat daripada buluh nipis atau talang. Alat ini

mempunyai empt lubang dan panjangny lebih kurang 40-60 cm dan berdiameter
di antara 3-4 cm. Saluang dimainkan seperti seruling di mana pemainnya perlu
meniup dam menarik nafas untuk mengalunkan muzik.
Akhir sekali budaya Minangkabau terserlah indah pada busana tradisional Negeri
Sembilan.Sejarah asal usul kaum Minang di Negeri Sembilan yang berhijrah dari
Pagar Ruyung pada kurun ke-15 iaitu pada zaman kesultanan Melayu Melaka
memungkinkan adat istiadat dan budaya berpakaian dari Sumatera Barat kekal
dalam masyarakat Negeri Sembilan sehingga kini. Pakaian lelaki menyerupai
Baju Sikap yang dipakai sebagai sut berlima mengandungi baju atau jaket
sederhana labuh, baju di dalam, berseluar dipadan dengan samping dan dihias
pua dengan tengkolok. Kaum wanita pula berbaju Kurung Teluk Belanga dan
berkebaya labuh dipadan pula dengan kain sarung. Wanita bangsawan yang
berketurunan Minangkabau pula, pakaiannya dari kain baldu bersulam benang
emas bertatahkan labuci. Sarungnya pula dari kain songket penuh tenunan dari
Pandai Sikek atau Batu Bara di Sumatera. Gambar menunjukkan si lelaki
memakai pakaian adat pembesar Minangkabau atau Aceh. Bajunya berwarna
hitam dihiasi sulaman benang emas di leher dan lengan. Celana yang dipakainya
pula berkaki lebar, di samping kain tenun sutera dan destar atau saluak. Si gadis
pula memakai baju kurung bersulam benang emas bermotifkan buluh rebung,
tekuk leher bertekat dan penutup kepala tengkuluk.
KAUM KADAZAN-205296

KADAZAN
Pengenalan
Kaum kadazan-dusun merupakan sebuah etnik peribumi yang menetapkan di
pantai barat sabah dan kawasan pendalaman sekitarnya. Kaum kadazan-dusun
sebenarnya dibentuk oleh dua kaum utama Sabah iaitu Kadazan dan Dusun
namun disebabkan persamaan bahasa, budaya dan situasi politik kaum
Kadazan dengan kaum Dusun satu istilah baru telah terbentuk untuk
menyatukan kedua-dua kaum ini iaitu Kadazan-Dusun. Kaum Kadazan-Dusun
membentuk etnik terbesar di Sabah.
Terdapat pelbagai suku kaum di dalam kaum Kadazan-Dusun antaranaya ialah
bisaya, bonggi, bunddu, dumpas, gana ,garo, idaan, kedayan, kimarang dan
kuijau. Oleh yang demikian kerana kaum Kadazan-dusun merupakan kaum yang
kaya dengan pelbagai budaya dan adat istiadat yang merupakan warisan secara

turun-turun oleh nenek moyang mereka dan melambangkan keindahan adat dan
budaya mereka sebagai kaum terbesar di Sabah.
BUDAYA MASYARAKAT KADAZAN-DUSUN
Pakaian tradisional
Kadazan-dusun terkenal dengan kaum yang mempunyaibanyak sub-etnik
yang kaya dengan budaya mereka sendiri. Oleh itu, setiap kaum dalam kadazandusun mempunyai perbezaannya pakaian tradisionalnya yang tersendiri.
Contohnya pakaian tradisi bagi etnik dusun bundu di Ranau dan Liwan di
Tambunan adalah berbeza dengan pakaian tradisi bagi etnik Lotud di Tuaran dan
juga Kimaragang di Kota Marudu. Setiap etnik dalam kaum kadazan-dusun ini
mempunyai keunikannya yang tersendiri.
Pakaian ini biasanya dipakai dimusim perayaan sepertipesta kaamatan dan juga
upacara khas seperti perkahwinan. Kebiasaannya para gadis dari kaum
Kadazandusun akan memperagakan jenis pakaian tradisi ini apabila adanya
pertandingan unduk ngadau kaamatan di peringkat negeri Sabah. Antara
perbezaan pakaian suku kaum kadazan-dusun ialah seperti berikut:
Suku kaum rungus kudat
Kaum rungus merupakan kaum kadazan dusun yang tinggal di kawasan kudat.
Kaum ini mempunyai perbezaan cirri-ciri pakaian mereka antaranya ciri-ciri
pakaian tradisi kaum rungus di kudat ialah mempunyai blaus berwarna hitam
bercorak yang dipakai aras dada ke pinggang dipanggil Banat Tondu. Terdapat
juga sarong yang dipanggil tapi rinugading selalunyadi pakai hingga paras lutut
sahaja. Kain hitam yang berukuran lebar 28-30 sm pula akan disarungkan
keleher hingga ke bahu dan berjuntai ke lengan dan terbentuklah pakaian
berlengan. Baju kemeja berlengan pendek atau panjang hanya dikhususkan
untuk golongan lelaki sahaja terdapat juga siga untuk mengemaskan pakaian
tersebut.
Selain itu, barangan kemas pula menjadi pelengkap pakaian tradisional kaum
kudat,contohnya pemakaian rantai leher atau dipanggil sanadang yang
diperbuat daripada kulit kerang atau kima berwarna putih berkilauan dan
tulang haiwan. Terdapat juga sanggul atau dipanggil titimbok oleh masyarakat
rungus yang dipakaikan kepada pemakai pakaian tersebut. Berabun dan Giring
pula merupakan barang kemas antic yang diperbuat daripadalogam emas
berbentuk loceng turut melengkapkan pemakaian tersebut. Pemakaian barang
kemas adalah satu kemestian bagi kaum dalam kadazan dusun,termasuk dengan
kaum papar juga kerana mereka mengenakan barang kemas terhadap pakaian
yang dipakai oleh mereka.
Suku kaum kadazan dusun penampang
Merupakan kaum utama dalam kaum kadazan dusun.suku kaum ini tinggal di
kawasan penampang di pantai barat sabah. Suku kaum kadazan penampang
juga mempunyai ciri-ciri pakaian tradisi mereka yang tersendiri menjadikan

mereka salah satu daripada suku kaum yang unik dalam kaum kadazan
dusun.Antara cirri pakaian tradisional mereka ialah mempunyai blaus tidak
berlengan yang berwarna hitam atau baldu untuk kaum wanita mereka dipanggil
sinuangga. Blaus berlengan pendek,berwarna hitam atau baldu pula
dikhususkan untuk wanita pertengahan umur atau sinompukung,manakala
blaus berlengan pula digunakan oleh wanita golongan tua terutama
bobohizan(kinoigan), untuk golongan lelaki pula kemeja berwarna hitam baldu
dan berlengan panjang akan dipakai dan pemakaian siga yang mempunyai
pelbagai pelbagai corak yang tersendiri. Pemakaian biasanya akan dihiasi
dengan renda atau siling utama keemasan pelbagai corak.
Kadazan dusun papar
Merupakan satu daripada kaum dalam masyarakat kadazan dusun dan ciri-ciri
pakaian tradisi masyarakat ini ialah memakai blaus baldu hitam berlengan
panjang ataupun dipanggil siya oleh penduduk tempatan. Pemakaian baju di
dalam yang berwarna putih atau blaus putih pula perlu dilakukan untuk
menampakkan perbezaan pakaian kaum ini. Kaum papar juga memakai sarung
atau dipanggil gonob berbeza dengan kaum rungus.terdapat juga pemakaian
siga khas untuk kaum lelaki dan pemakaian baju kemeja baldu hitam berlengan
panjang. Bagi kaum wanita siung digunakan untuk menentukan jenis
pemakaian contohnya pemakaian berlulu binatang (burung) yang berwarna
untuk wanita bujang dan pemakaian berbunga-bungaan untuk golongan wanita
yang sudah berkahwin.
Perhiasan pakaian bagi kaum papar terdiri daripada butang berwarna keemasan
kubamban sebanyak lapan pasang didada dan siling dan labuci yang dijahit di
lengan blaus juga terdapat tenunan yang dipanggilrinanakit bercorak cetusan
bintang dijahit secara menegak dan melintang pada sarong (gonop)
Bahasa pengantar masyarakat kadazan dusun
Bahasa kadazan dusun ialah satu daripada 50 atau lebih bahasa dan lebih
daripada 80 dielet di sabah. Bahasa kadazan dusun dituturkan oleh kebanyakan
populasi di Sabah terutamanya di kawasan pendalaman Kota
Kinabalu,Penampang,Ranau,Keningau dan Tambunan.walaupun kadazan dusun
terdiri daripada pelbagai kaum yang disatukan tetapi bahasa pengantar yang
digunakan oleh kaum-kaum ini adalah sama dan hanya mempunyai sedikit
perbezaan seperti bahasa melayu an bahasa Indonesia.Bahasa ini digunakan
oleh kaum kadazan dusun dalam melakukan aktiviti harian seperti
bertani,berdagang,berniaga, dan lain-lain.
Contoh:
Aku dalam bahasa kadazan dusun disebut oku.
Upacara Humabot
Merupakan upacara yang telah secara turun temurun dilakukan oleh kaum
kadazan-dusun apabila mereka membina rumah baru. Upacara ini melibatkan

seorang bobohizan atau dukun yang dipanggil oleh sesebuah keluarga yang ingin
mendirikan rumah baru untuk menjampi tapak rumah tersebut. Bobohizan akan
membaza mantera dan renjis air untuk menghalau semangat dan roh-roh jahat
masyarakat kadazan dusun juga percaya akan kopizo tiang akan dipacakkan
jika tuan rumah termimpi baik.tetapi jika sebaliknya maka tapak tiang akan
dialihkan sedikit dari tapak asal.
Sesudah sesebuah rumah itu didirikan bobohizan akan dipanggil lagi dan kali ini
upacara momodu atau memandikan rumah akan dijalankan. Bobohizan akan
membaca mantera sambil kaum lelaki akan menyalakan api pada buluh yang
hujungnya dibungkus dengan getah (sikalap) dan membawa obor ini mengigilingi
rangka-rangka atap rumah sambil bertempik sorak atau memangkis. Ini
bertujuan untuk menghalau roh-roh jahat pembawa malapetaka kepada rumah
mereka.
KAUM IBAN-205269

PENGENALAN
Negara Malaysia merupakan negara yang kaya dengan kepelbagaian
dan keunikan bangsa danetniknya. Walaupun mempunyai rakyat berlainan
bangsa namun Malaysia tidak menghadapi masalah berkenaan perbezaan
tersebut. Hal ini menjadikan Malaysia sebuah negara yang penuh warna-warni
dan keunikan tersendiri. Kaum Iban merupakan salah satu kaum yang terdapat di
Malaysia. Masyarakat Iban berasal daripada Sarawak dan merupakan suku kaum
terbesar di Sarawak. Kaum Iban pula terbahagi kepada beberapa suku kaum,
contohnya, Balau, sembayau, lemanak, dan lain-lain. Pada zaman dahulu kaum
Iban sangat terkenal sebagai pejuang yang handal dan berani dalam pemburuan
kepala dan perlanunan. Kaum Iban lazimnya tinggal di kawasan pendalaman
berbanding kawasan Bandar. Hal ini demikian kerana kebanyakan mereka
mengamalkan aktiviti ekonomi tradisional, seperti bercucuk tanam, menternak
binatang, dan memungut hasil hutan. Kaum Iban mempunyai adat resam yang
unik dan mereka memegang kuat kepada adat tersebut dalam kehidupan
mereka. Dari sudut agama, mereka menyembah tuhan yang dikenali sebagai
singalang burung dan tuhan burung peperangan. Namun kini kebanyakan
mereka sudah menganut agama Kristian
PANTANG LARANG SEWAKTUMENGANDUNG

Kaum Iban amat menekankan pentang larang sewaktu mengandung dan selepas
bersalin. Pantang larang sewaktu mengandung bukan sahaja dikenakan kepada
wanita yang sedang mengandung malah si suami turut dikenakan pantang
larang, contohnya, mereka tidak dibenarkan memotong pokok yang menjalar di
atas tanah kerana dikhuatiri berlakunya pendarahan berterusan semasa si ibu
melahirkan. Mereka juga dilarang memecahkan telur menggunakan pisau atau
kayu kerana dikhuatiri bayi cacat. Selain itu mereka juga dilarang membawa
kura-kura ke bilik kerana dikhuatiri bayi tersangkut semasa dilahirkan. Bakal ibu
juga dilarang menuang minyak di tapak tangan untuk disapu ke rambut kerana
dikhuatiri bayi yang akan lahir daripada menanah.
ADAT SELEPAS BERSALIN
Sebaik sahaja bayi dilahirkan ahli keluarga akan memalu buluh yang dikenali
sebagai potong oleh masyarakat Iban sebagai tanda bayi telah dilahirkan dan
untuk memanggil jiran tetangga. Namun selaras arus kemodenan ada keluarga
yang menggunakan senapang untuk menggantikan potong.
Sebaik sahaja bayi dibersihkan bayi akan dibalut atau dibedung menggunakan
kain khas yang dipanggil sebagai kain pua kumbu atau kain yang di sulam.
Si ibu akan diurut oleh bidan, bertujuan menghilangkan kesakitan selepas
bersalin. Seterusnya ubat yang diperbuat daripada halia dan entemu dibalut
dengan kekalung iaitu sejenis kain yang di perbuat daripada kulit kayu akan di
sapu pada badan si ibu.
Sepanjang tempoh berpantang si ibu perlu menjaga pemakanan selama 30 hari
dan berdiang selama 40 hari. Semasa berpantang makanan, si ibu hanya
dibenarkan memakan nasi bersama ikan kering atau ikan salai dan pucuk paku
atau buah pulur. Makanan tersebut pula perlu dicampur dengan air rebusan halia
bagi memanaskan badan si ibu.
Berdiang atau bersalai ialah duduk berhampiran unggun api. Unggun api perlu
menggunakan kayu api yang dikhaskan, iaitu kayu malam dan kayu langsat. Hal
ini demikian kerana kayu tersebut mempunyai khasiat tersendiri. Sepanjang
tempoh 40 hari ini, si ibu perlu mencalitkan kapur pada tiang rumah sebagai
penandahari. Tujuan bersalai adalah menghilangkan penyakit ibu yang baru
bersalin.
ADAT PEMILIHAN NAMA KEPADA BAYI
Pemilihan nama amat penting bagi kaum Iban. Kerana mereka berpendapat
nama yang baik akan memberi kesan yang baik kepada masa depan bayi
tersebut. Nama timbangan terlebih dahulu di berikan sebelum nama rasmi.
Nama rasmi di berikan berdasarkan nama orang terdahulu yang hebat dan
berjasa. Agar, kelak bayi tersebut akan menjadi orang yang berguna. Cara
pemilihan nama bagi kaum Iban merupakan adat yang sangat unik. Dua nama
terbaik akan dipilih dan diletakkan di atas dua keping papan yang berlainan.
Seterusnya gumpalan nasi diletakkan di atas papan tersebut. Seekor ayam
jantan akan dilepaskan supayamemagut salah satu gumpalan nasi. Hal ini

bermakna nama yang terdapat pada gumpalan nasi yang dipagutoleh ayam
akan menjadi pilihan untuk nama bayi.
PERAYAAN GAWAI
Kaum iban menyambut perayaan yang di kenali sebagai perayaan hari Gawai.
Perayaan ini disambut setiap tahun iaitu pada 1 dan 2 jun. Perayaan ini disambut
sebagai tanda berakhirnya musim menuai padi. Perayaan ini dianggap bermula
apabila masyarakat Iban berkumpul di serambi umum rumah panjang di mana
terletaknya ranyai iaitu pokok istiadat. Pada hari perayaan, kaum Iban akan
mengenakan pakaian tradisional yang diperbuat daripada manik-manik yang
diwarisi turun-temurun. Hari gawai disambut dengan meriah di kampungkampung mahupun bandar-bandar. Pada hari tersebut mereka akan berkumpul
dan bersukaria di samping pelbagai makanan tradisional. Pelbagai aktiviti
diadakan sepanjang perayaan, contohnya, persembahan tari-menari, meminum
arak beras atau dikenali sebagai tuak dan lain-lain aktiviti yang menghiburkan.
Pada perayaan tersebut juga kaum Iban akan menyembahkan makanan dan arak
kepada dewa kekayaan sebagai tanda kesyukuran dan terima kasih atas hasil
tuaian yang baik. Upacara penyembahan ini perlu mengikut adat iaitu wakil
masyarakat Iban akan membacakan mantera dan seterusnya darah ayam akan
direnjiskan pada persembahan tersebut. Salah satu acara yang paling dinantinantikan pada hari perayaan adalah ngajat lesung. Ngajat lesung ini adalah
sejenis tarian, tetapi ia bukan sejenis tarian biasa, tetapi para penari akan
bersaing menunjukkan kehebatan dengan mengangkat lesung penumbuk padi
dengan menggunakan gigi. Perayaan ini akan berakhir apabila ranyai dibuang.
KESIMPULAN
Kaum Iban amat mementingkan adat dan budaya. Hal ini demikian jelas dilihat
setiap upacara berkaitan adat dan budaya disambut dengan meriah tidak
mengira luar bandar mahupun bandar malah dari segi umur juga tidak mengira
tua atau muda. Hasil daripada pegangan tersebut adat dan budaya kaum Iban
masih dapat bertahan sehingga sekarang dan tidak lapuk ditelan zaman. Kaum
lain juga harus meneruskan adat dan budaya nenek moyang mereka agar
generasi akan datang masih dapat melihat dan merasakan sendiri keunikan adat
dan budaya setiap kaum. Sekiranya adat dan budaya ini tidak diteruskan besar
kemungkinan generasi akan datang akan mengenali adat dan budaya melalui
muzium dan bahan bacaan sahaja. Hal ini bukan sahaja merugikan anak bangsa
malah turut merugikan Negara. Oleh itu semua pihak harus bergandingan dalam
mendekatkan masyarakat dengan adat dan budaya masing-masing.
DICATAT OLEH JELAJAH EDISI DAUS DI 9:42 PTG 1 ULASAN
KAUM BAJAU-205084

ETNIKBAJAU
Masyarakat Bajau merupakan masyarakat pribumi Sabah dan dari segi
populasinya adalah kedua terbesar selepas kaum kadazan.Terdapat pelbagai
suku kaum dalam kalangan masyarakat bajau seperti Ilanun,sulu dan
sebagainya.Kebanyakkan masyarakat bajau mendiami kawasan Semporna,dan
Kota Belud.Dari segi sejarahnya,kaum lelaki dalam kalangan masyarakat ini
terkenal sebagai penunggang kuda yang mahir.Seperti masyarakat etnik yang
lain masyarakat Bajau juga terkenal dengan adat dan budaya mereka yang
pelbagai dan unik.
Dari segi perkahwinan,kelahiran,dan,kematian masyarakat Bajau mempunyai
adat mereka yang tersendiri.Bagi adat perkahwinan,majlis dibuat sebelum hari
prkahwinan.Keluarga yang berada mengadakan majlis tujuh hari
sebelumnya,tiga hari bagi keluarga sederhana dan sehari bagi keluarga
miskin.Sepanjang hari tersebut pada sebelah malamnya majlis titik diadakan
iaitu memainkan alat muzik di tempat kediaman kedua- dua belah pihak.Majlis
ini mungkin berlangsung hingga larut malam,kemudian diikuti dengan tarian
tradisional.Sehari sebelum perkahwinan,bakal pengantin lelaki dan perempuan
akan didandan oleh beberapa orang mak andam.Pengantin lelaki yang
berpakaian serba kuning lengkap akan diusung dengan tandu atau menunggang
kuda ketika menuju ke kediaman pengantin perempuan.Beberapa das tembakan
akan dilepaskan sebagai tanda hormat akan ketibaan rombongan pengantin
lelaki di halaman rumah pengantin perempuan.Setelah tiba waktunya,pengantin
lelaki mengambil wuduk dan majlis akad nikah dilangsungkan.Selepas
itu,pengantin lelaki akan dibawa masuk ke bilik pengantin perempuan bagi
upacara pembatalan air sembahyang.Setelah pengantin lelaki membatalkan air
sembahyang dengan menyentuh dahi isterinya,kedua dua mempelai itu
disandingkan.
Adat kelahiran masyarakat Bajau pula ialah sewaktu mengandung,terdapat
beberapa adat yang dijalankan antaranya ialah seperti berpantang.Bagi
mengelakkan bahaya sewaktu mengandung,wanita tersebut perlu menjalani
beberapa pantang larang tertentu.Ia bertujuan untuk menjaga keselamatan
dirinya serta kandungan,di samping memudahkan proses kelahiran kelak.Antara
pantang larang tersebut ialah,wanita hamil tidak boleh berjalan malam kerana
dikhuatiri akan diganggu oleh makhluk halus,wanita hamil juga tidak boleh
meminum atau mandi dengan air hujan yang jatuh dari bumbung kerana di
bimbangi tembuni akan terus mati terutama bagi mereka yang mengandung
sulung.Semasa bersalin pula,apabila sudah tiba masanya,bidan akan segera

dipanggil dan peralatan tertentu turut disediakan.Adakalanya di bawah rumah


tersebut,duri dan benda-benda tajam akan di letakkan bagi mengelakkan
gangguan makhluk halus terhadap si ibu dan bayi.Selepas kelahiran,si ibu akan
sekali lagi menjalani beberapa pantang larang.Antaranya ialah,si ibu harus
memakai sarung yang berwarna gelap,biasanya hitam,kerana warna yang terang
tidak baik untuk kesihatan mata bayi.
Bagi adat kematian pula,semasa kematian apabila seseorang itu meninggal
dunia,doa akan dibaca dan mayatnya akan ditutup dengan kain.Pada masa itu,
tawak-tawak patai atau pukulan gong akan dibunyikan sebagai tanda seseorang
itu telah meninggal dunia.Mengikut adat Bajau,mereka mesti menangisi
kematian tersebut kerana ia melambangkan kesedihan mereka.Seterusnya,
mayat tersebut akan diuruskan sepenuhnya mengikut peraturan agama
islam.Semasa pengebumian,selepas disembahyangkan si mati akan di
kebumikan.Adat naja-naja iaitu berjalan berulang alik di bawah keranda si mati
oleh keluarga dan saudara-mara terdekat akan dilakukan.Apabila mayat hendak
dikebumikan,adakalanya bersama-sama mayat tersebut disertakan beberapa biji
buah pinang untuk mewakili anak cucu si mati yang masih kecil.Pinang tersebut
dibungkus dalam sehelai kain putih yang sama dan diletakkan di sisi
mayat.Tujuannya adalah supaya semangat mereka akan bersama si mati ke
alam baqa.Seterusnya upacara keagamaan seperti yang dilakukan oleh
masyarakat islam lain akan diadakan.Biasanya dari hari pertama hingga hari
ketujuh selepas kematian,keluarga dan masyarakat setempat akan mengikuti
beberapa pantang larang.Antaranya ialah,dari hari pertama sehingga hari
ketujuh,rumah si mati tidak boleh dicuci.
Masyarakat Bajau juga terdapat kebudayaan mereka yang tersendiri,seperti
makanan tradisional,tarian dan sebagainya.Dari segi makanan,terdapat pelbagai
jenis makanan.Antaranya ialah kima,putu,dan Tompe atau tinompeh.Makanan
tradisional kima adalah nama sejenis kerang laut dan terdapat dalam beberapa
spesies,antaranya lapiran,kima bohe dan sollot-sollot iaitu bersaiz kecil dan
menyelit di celah-celah permukaan batu.Kima di jadikan lauk dalam makanan
tradisi Orang Bajau.Kima ini boleh dimakan mentah-mentah setelah dihiris atau
di potong kecil-kecil dan dicampur dengan air limau dan lada serta rempah ratus
yang lain mengikut selera seseorang.Ia juga boleh di makan bersama
sayur.Selain itu,makanan tradisional putu pula adalah makanan yang berupa ubi
kayu yang diparut dan telah diperah airnya lalu dimasak secara stim.Manakala
makanan tradisional Tompe atau Tinompeh juga adalah makanan yang berupa
ubi kayu yang diparut dan telah diperah airnya.Ia kemudiannya digoreng tanpa
minyak di dalam kuali,sehingga warna kekuning-kuningan.
Budaya tarian tradisional di kalangan masyarakat Bajau antaranya ialah Tarian
Limbai dan Runsai.Tarian Limbai merupakan satu tarian tradisional suku kaum
bajau Kota Belud.Tarian Limbai biasanya ditarikan ketika menyambut ketibaan
pengantin lelaki yang diarak kerumah pengantin perempuan.Sebaik sahaja
rombongan pengantin sampai,perarakan dihentikan buat sementara.,lalu tarian
Limbai dipersembahkan di hadapan pengantin.Ia merupakan upacara khas
sebagai isyarat menjemput pengantin lelaki naik ke rumah untuk melakukan ijab

dan kabul.Tarian Limbai diiringi oleh irama kulin tangan.Kumpulan muzik ini
mengandungi enam orang pemain yang diketuai oleh seorang wanita yang
memainkan kulintangan,dua orang pemukul gendang,dua orang pemaian gong
dan seorang pemain bebandil.Tarian ini mengiringi anggota-anggota rombongan
lelaki naik ke rumah.Penari-penari melambai-lambaikan selendang mereka
sebagai lambang mengundang dan mengucapkan selamat datang.Selain tarian
Limbai,Runsai juga merupakan tarian tradisional suku kaum Bajau di Kota
Belud.Runsai selalu di tarikan di majlis perkahwinan pada sebelah malam.Tarian
ini memerlukan antara enam hingga lapan orang penari termasuk dua
wanita.Tarian ini menjadi bertambah meriah apabila diserikan dengan kalang
iaitu pantun dua kerat yang dijual dan dibeli oleh penari lelaki dan perempuan.
Bagi Pakaian tradisional suku Kaum Bajau.Berdasarkan gambar, wanita
menggayakan blaus badu sampit dan kain sarung olos berangkit, perhiasan leher
mandapun dan perhiasan kepala sarempak. Lelaki Bajau menggayakan baju
potongan Cekak Musang, seluar, samping dan destar.Manakala,Pasangan suku
kaum Bajau menggayakan pakaian adat perkahwinan dan kebesaran. Pakaian
lelaki dari kain satin berhias renda dan pakaian wanita juga dari satin yang
dilengkapi dengan mandapun dan tali pinggang.
DICATAT OLEH JELAJAH EDISI DAUS DI 9:35 PTG 0 ULASAN
MASYARAKAT MELANAU-205172

MELANAU
Masyarakat Melanau merupakan masyarakat etnik di Sarawak.
Masyarakat Melanau mempunyai persamaan dengan masyarakat
Melayu baik dari segi kepercayaan, kebudayaan dan adat resam.Namun
begitu masyarakat Melanau tetap mempunyai budaya dan adat resam
mereka yang tersendiri. Adat resam ini jelas terlihat dalam aspek
kehidupan mereka seperti kelahiran, perkahwinan dan juga kematian.
Adat resam atau amalan ini diwarisi sejak zaman berzaman dan masih
diteruskan hingga ke hari ini.
KELAHIRAN
Sewaktu Mengandung

Ibu yang mengandung terikat daripada mengamalkan pantang larang.


Kebanyakan larangan yang dikenakan banyak bergantung kepada
faktor pemakanan seperti tidak boleh memakan buah-buahan yang
berbau kuat seperti durian kerana badan akan menjadi busuk. Wanita
hamil tersebut juga tidak boleh makan pucuk-pucuk paku kerana susu
badan akan menjadi masam. Haiwan buruan yang dibunuh di dalam
hutan tidak boleh diberikan kepada wanita hamil kerana diyakini anak
dalam kandungan akan melecur seluruh badan.
Si suami juga dikehendaki menjauhi beberapa perkara. Si suami tidak
boleh memotong kayu yang bertindan atau memakan ikan pari kerana
dikhuatiri bibir anak akan menjadi sumbing. Si suami juga tidak boleh
mengecat kerana dikhuatiri anak di dalam kandungan akan diiringi
minyak. Sekiranya terdapat sebarang kematian, si suami tidak boleh
melihat kerana anak di dalam kandungan akan mendapat penyakit.
Suami juga tidak boleh memotong akar temalet kerana anak akan
meninggal dunia tanpa sebab. Semasa mengandung juga wanita
tersebut tidak boleh ditakut-takutkan kerana dikhuatiri akan
menyebabkan anak dalam kandungan cacat ataupun gugur.
Perkahwinan
Aspek pangkat dititikberatkan dalam institusi perkahwinan berbanding
dengan institusi yang lain. Masyarakat Melanau juga begitu
mementingkan status sosial mereka iaitu sembilan pikul, tujuh pikul,
tujuh betirih dan lima betirih. Jenis barangan dan hadiah yang perlu
dibawa untuk tanda bertunang dan barang yang mengiringi mas kahwin
seperti adat menuga, adat mebin dan pakan juga dikira berdasarkan
status sosial ini. Namun begitu, asas adat perkahwinan adalah sama
seperti masyarakat lain iaitu merisik, meminang dan majlis
perkahwinan.

Majlis Perkahwinan
Majlis perkahwinan diadakan secara besar-besaran kecuali perkahwinan
jenis 'peramas' iaitu per-kahwinan kerana ditangkap basah. Persiapan
untuk majlis ini berlangsung beberapa hari lebih awal. Bakal pengantin
lelaki dikehendaki menyerahkan hadiah mas kahwin iaitu 'penyekab'
dan 'berian' dan hadiah lain seperti 'adat menuga', 'adat mebin' dan
'pakan' sehari sebelum majlis itu diadakan. Penyerahan ini disusul
dengan acara pernikahan. Pernikahan boleh juga di-adakan pada pagi
keesokannya iaitu pada hari diadakan majlis perkahwinan. Kenduri
perkahwinan diadakan di rumah kedua-dua belah pihak pengantin lelaki
dan pengantin perempuan yang dihadiri oleh sanak saudara, jiran dan
sahabat handai.Kemuncak acara majlis ialah persandingan yang

biasanya diadakan pada tengah hari.


Selesai bersanding di rumah pengantin lelaki, diada-kan pula
persandingan di rumah pengantin perempuan untuk menjalani 'adat
petudui' iaitu penyerahan pelbagai barang, antaranya termasuklah
sebentuk cincin emas dan seutas gelang perak oleh pengantin lelaki
kepada pengantin perempuan. Semasa menjalani adat ini, kedua-dua
pengantin dikenakan pelbagai pantang larang, misal-nya tidak boleh
mandi di sungai dan tidak boleh tidur pada waktu siang.Pada sebelah
malam, di rumah pengantin perempuan diadakan pula upacara makan
nasi temuan.
ADAT RUMAH TANGGA
Oleh kerana perkahwinan merupakan satu institusi yang penting,
terdapat beberapa peraturan dalam kehidupan mereka yang perlu
diikuti oleh kedua-dua pasangan pengantin sama ada lelaki atau
perempuan. Antara peraturan yang perlu diikuti oleh mereka ialah:
Setelah menjadi pasangan suami isteri, suami tidak boleh menetak
bumbung rumah dengan parang kerana cara ini boleh menyebabkan
hubungan renggang antara suami dan isteri.
Suami tidak boleh memerah kelapa yang sudah diparut kerana boleh
menyebabkan perut isteri sakit atau memulas.
Pakaian yang dipakai semasa upacara perkahwinan tidak boleh dijahit
walaupun koyak kerana boleh menyebabkan penyakit di kalangan suami
isteri.
Isteri dilarang keras memarut rumbia atau menyeberangi sungai kerana
akan jatuh sakit sehingga boleh menyebabkan anak di dalam
kandungan keguguran.
BUDAYA MELANAU
PAKAIAN TRADISIONAL(LELAKI)
1)Pakaian lelaki Melanau dari satin berwarna gelap dipadankan dengan
kain songket bunga tabur dan pakaian kepala sengkulon dari Jawa.
2)Lelaki menggayakan baju potongan moden bersamping broked oren
keemasan, pinggang berikat selendang sifon berkopiah Jawa.
PAKAIAN TRADISIONAL(WANITA)
1)Wanita Melanau menggayakan baju baldu hitam dengan sarung
songket Brunei tenunan Sarawak, bertali pinggang pending besar,
diserikan dokoh dan perhiasan kepala kepih sanggul.2) Wanita Melanau
menggayakan Baju Baban asal pakaian pengantin Melanau. Baju kurung
pendek warna hitam dipadankan dengan kain songket. Di dada
memakai 2 helai selendang merah dan perhiasan diri kepih dada dan
kepih sanggul.

Adat-adat di Malaysia
Adat bagi setiap kaum di Malaysia pastinya dilihat dari sistem nilai yang berbeza.
Martabat adat itu sendiri berbeza kedudukanya bagi masyarakat Malaysia pada
hari ini. Bagi masyarakat Minangkabau sebagai contoh, adat dianggap sebagai
sebuah tradisi lisan yang tinggi sekali martabatnya dalam kehidupan
mereka. Adat Perpatih berasal dari tanah Minangkabau, Sumatera, diasaskan
oleh seorang pemimpin Minang bernama Sutan Balun yang bergelar Dato'
Perpatih Nan Sebatang. Adat ini adalah amalan dan peraturan hidup yang
ditentukan bagi masyarakat Minangkabau yang rata-ratanya adalah petani ketika
itu. Tidak ada tarikh yang tepat dicatatkan bila adat ini diwujudkan. Tetapi Adat
Perpatih telah dibawa ke Semenanjung Malaysia oleh perantau-perantau
Minangkabau pada abad ke-14 Masihi. Di Malaysia, Adat Perpatih ini masih lagi
wujud dan diamalkan oleh masyarakat Melayu di Negeri Sembilan yang
majoritinya adalah keturunan Melayu Minangkabau. Mereka itu terbahagi kepada
beberapa puak yang dipanggil suku. Perlantikan Yang Di-Pertuan Besar Negeri
Sembilan adalah satu-satunya warisan Adat Perpatih. Begitu juga dengan
perlantikan Undang Luak yang empat iaitu Rembau, Sungai Ujung, Johol dan
Jelebu semuanya adalah berteraskan kepada Adat Perpatih. Adat Perpatih ini
diwariskan dari generasi ke generasi melalui kata-kata perbilangan. Ia
merangkumi pelbagai aspek kehidupan masyarakat termasuk soal harta pusaka,
perlantikan pemimpin, hukum nikah kahwin, amalan bermasyarakat, sistem
menghukum mereka yang melanggar adat atau melakukan kesalahan dan
pelbagai aspek lagi. Setiap peraturan itu ada rasional atau sebab-sebab
terjadinya hukum atau adat itu. Adat Perpatih lebih mengutamakan golongan
perempuan. Hal ini dapat dilihat dalam soal-soal pembahagian harta benda dan
jurai keturunan. Ini bukan bermakna lelaki lebih rendah tarafnya daripada
perempuan tetapi mereka lebih suka mengembara atau merantau untuk mencari
penghidupan baru yang lebih baik. Maka, golongan wanita mesti dibekalkan
dengan harta benda sebagai nafkah. Selain itu, selepas berkahwin, orang lelaki
mesti meninggalkan kaumnya dan mengikut kaum isterinya. Walaupun adat ini
mengutamakan golongan perempuan, tetapi dari segi pentadbiran, lelaki
merupakan pemegang tampuk pemerintah tertinggi seperti jawatan Yamtuan.
Perlantikan pemimpin, misalnya, banyak yang menyamakan sistem Adat Perpatih
dengan amalan demokrasi. Contohnya ialah perlantikan Yang Di-Pertuan Besar
Negeri Sembilan di mana bukannya melalui keturunan dari bapa ke anak tetapi
adalah melalui pemilihan oleh Undang Luak yang empat iaitu Undang Rembau,
Undang Sungai Ujung, Undang Johol dan Undang Jelebu. Empat undang ini akan
bermesyuarat untuk melantik salah seorang keturunan dari raja Pagar Ruyung
untuk menjadi Yang DiPertuan. Undang Luak pula dilantik oleh Dato'-Dato'
Lembaga di Luak masing-masing. Dato' Lembaga ini pula adalah pemimpinpemimpin yang dilantik secara muafakat oleh pemimpin-pemimpin keluarga
yang digelar Buapak. Oleh itu secara keseluruhannya kuasa melantik pemimpin

itu sebenarnya berada di tangan rakyat biasa. Inilah satu sistem Adat Perpatih
yang ada persamaan dengan demokrasi.
Adat Temenggung pula diamalkan di semua negeri-negeri Melayu kecuali Negeri
Sembilan. Adat Temenggung disusun oleh Datuk Ketemenggungan, iaitu abang
tiri Datuk Perpatih Nan Sebatang di Palembang. Adat ini dibawa masuk ke Melaka
pada awal abad ke-15. Dari Melaka, Adat Temenggung disebar ke negeri-negeri
Melayu yang lain dengan perkembangan Empayar Melaka. Adat Temenggung
mengiktirafkan lelaki menjadi ketua keluarga. Maka, adat ini dikatakan lebih
mementingkan pihak lelaki. Dalam hal perwarisan harta, lelaki yang mewarisi
harta iaitu dari ayah kepada anak lelaki. Adat Temenggung juga mengkehendaki
seseorang isteri tinggal bersama dengan keluarga suaminya. Selain itu, Adat
Temenggung menganggap kedua-dua pihak keluarga sama penting. Perkahwinan
diantara dua orang sepupu dibenarkan asalkan kedua-dua orang tua tidak
mempunyai pertalian darah. Selain itu, undang-undang didalam Adat
Temenggung adalah sama seperti Adat Perpatih iaitu berbentuk peribahasa,
bidalan dan sebagainya. Tetapi undang-undangnya bersifat kekerasan. Setiap
orang yang melakukan kesalahan, dia akan di hukum dengan hukuman berat.
Sebagai contoh, seseorang yang membunuh akan dijatuhkan hukuman mati.
Mereka percaya bahawa hanya menggunakan kekerasan sahaja dapat
mengurangkan niat seseorang untuk melakukan kesalahan. Adat Temenggung
juga mempunyai unsur autokratik. Adat Temenggung mengutamakan kedudukan
istimewa dan kebesaran pemerintah. Ia bukan sahaja memberi kuasa kepada
pemerintah tetapi juga kepada para pembesar. Oleh itu, golongan pemerintah
mempunyai kuasa berlebihan. Dengan itu, adat ini dikatakan bersifat autokrasi
dimana semua kuasa adalah terletak dalam tangan pemerintah dan pembesar.
Masyarakat Cina di Malaysia juga seperti masyarakat-masyarakat lain yang
mempunyai adat dan cara hidupnya sendiri. Secara teorinya, dapat kita katakan
bahawa adat kaum Cina di Malaysia ialah warisan daripada negara China. Ini
memandangkan berlaku proses kemasukan besar-besaran kaum Cina ke Tanah
Melayu pada awal abad ke 19 dahulu, kemasukan kaum Cina ke Tanah Melayu
ketika itu secara tidak langsung telah membawa sekali segala adat istiadat
mereka. Kaum Cina di Malaysia mempunyai beberapa pegangan dalam
menjalankan proses kehidupan mereka, seperti juga lain-lain kaum, masyarakat
Cina juga mempunyai adat tentang perkahwinan, kematian, dan sebagainya.
Lazimnya adat istiadat Cina dipengaruhi oleh unsur Buddha yang menjadi
pegangan kebanyakan ahli dalam masyarakat Cina. Falsafah lampau juga banyak
mempengaruhi adat istiadat Cina sehingga menyebabkan mereka mempunyai
pelbagai acara-acara dan pantang larang yang berorientasikan adat. Seperti juga
masyarakat majoriti Melayu dan Islam, masyarakat Cina juga mementingkan
nasab keluarga dari sebelah lelaki. Nama pangkal seseorang iaitu nama keluarga
didalam masyarakat Cina ialah nama keluarga disebelah lelaki. Sebagai contoh,
nama Dato Lee Chong Wei dan Prof. Wang Gunwu, nama pangkal mereka iaitu
Lee dan Wang itu ialah nama warisan keluarga ayah mereka yakni nama
keluarga sebelah lelaki. Ini merupakan salah satu aspek adat yang menjadi
amalan masyarakat Cina. Kaum lelaki Cina juga seperti kebanyakan lelaki
bangsa lain, dilantik menjadi ketua keluarga dan merupakan waris utama pusaka

keluarga. Kepentingan meneruskan kesinambungan keluarga didalam


masyarakat Cina menyebabkan perkahwinan seorang lelaki didalam keluarga
adalah amat penting. Secara tradisi, perkahwinan tersebut akan mengikuti
beberapa upacara yang bermula dengan merisik oleh seorang perantara
hinggalah perkahwinan. Namun, pada zaman yang lebih moden ini, hanya
pendaftaran menurut undang-undang saja yang diperlukan dan akan diadakan
majlis keraian yang mewah di restoran. Kelahiran anak mengikut adat dan
pantang larang Cina ialah sangat penting. Justeru kesihatan si ibu dan
kandunganya adalah amat dititik beratkan. Si ibu digalakkan tidur dan makan
dengan baik, membaca buku yang baik dan melihat benda-benda yang cantik.
Apabila anak itu dilahirkan, anak itu dibersihkan dan akan dibedung. Pada hari ke
29 kelahiran, rambut si anak dicukur dan rambutnya dibungkus dengan kain
merah. Rambut itu akan digantung berdekatan bantalnya selama 100 hari dan
kemudian rambut itu dibuang ke sungai. Anak itu diharap akan menjadi berani
pada masa hayatnya. Setelah sebulan kelahiran anak itu, upacara Bulan Penuh
akan diadakan dengan meriah. Ulang tahun kelahiran seseorang kaun Cina tidak
akan diperingati, kecuali diperingati oleh anaknya apabila seseorang itu sudah
tua dan ianya akan diadakan secara besar-besaran. Kematian ibu bapa dalam
masyarakat Cina adalah upacara yang amat berharga dan mahal kosnya yang
terpaksa ditanggung oleh anak-anak. Keranda yang baik, tanah perkuburan yang
baik dan pakaian kematian yang bagus pastinya memerlukan belanja besar. Bagi
masyarakat Cina inilah hadiah terbaik seorang anak kepada ibu bapanya. Jika si
anak tidak mampu, masyarakat sekeliling pasti akan membantu. Anak lelaki
yang tua memainkan peranan utama memastikan upacara mandi, memberi
makan, kafan dan bertanggungjawab memasukkan mayat ke dalam keranda
seperti yang dinasihatkan oleh seorang tukang tilik. Keranda tersebut akan
dijaga hingga beberapa hari tertentu untuk lawatan dan sembahyang seterusnya
akan dikebumikan pada satu hari yang ganjil. Didalam masyarakat Cina, upacara
pengkebumian adalah acara yang amat meriah dengan dipenuhi dengan
peraturan dan adat tertentu. Selepas pengkebumian mayat, akan diadakan
pelbagai upacara lain terutama adat pembakaran colok dan alatan yang
diperbuat daripada kertas sebagai bekalan hidup si mati di alam akhirat. Upacara
ini biasanya akan diketuai oleh seorang Sami yang diamanahkan oleh keluarga si
mati. Oleh kerana adat kematian ini dianggap terlalu penting dalam masyarakat
Cina, banyak kepercayaan dan pantang larang mesti diperhatikan dan dipatuhi
apabila berlaku sesuatu kematian. Sepanjang tahun dalam kehidupan
masyarakat Cina, banyak sekali perayaan yang diikuti dan diraikan oleh orang
Cina. Setiap bulan, pasti ada kegiatan dan upacara tertentu serta dewanya yang
berlainan untuk dipuja. Adat resam masyarakat Cina amat banyak dan ianya
akan diamalkan mengikut perubahan musim pertanian dan negeri China. Antara
upacara-upacara yang diraikan masyarakat Cina selain dari Tahun Baru Cina dan
Chap Goh Meh ialah adat Ulang Tahun Kematian, adat Puja Kampung, adat
Mencuci Kubur, Sembahyang Hajat dan Menjamu Keramat. Adat-adat ini tampak
seumpama perbuatan-perbuatan yang menjadi amalan masyarakat Melayu.
Namun ianya pastilah berbeza dan dijalankan dengan cara dan matlamat yang
berbeza bagi mewujudkan identiti masyarakat Cina yang tersendiri.

Kaum India juga bukanlah penduduk asal Malaysia. Kemasukan masyarakat India
ke Tanah Melayu sudah berlaku sejak sekian lama. Samada kemasukan itu suatu
bentuk penghijrahan atau sekadar merantau untuk mencari rezeki, hakikatnya
kemasukan ini sudah berlaku sejak sekian lama. Apabila Melaka muncul sebagai
pusat perdagangan serantau menjelang abad ke 15,masyarakat India yang
terdiri daripada golongan pedagang, sami Buddha dan Hindu, tukang dan
sebagainya tidak terlepas pandang untuk memasuki Tanah Melayu dengan
pelbagai kepentingan. Kemasukan mereka ini juga sudah pasti membawa bentuk
adat istiadat mereka yang tersendiri. Masyarakat India biasanya mengikuti adat
resam yang berteraskan agama Hindu meskipun ramai orang India pada hari ini
beragama lain. Seperti kaum-kaum lain di Malaysia, mereka juga mempunyai
budaya berkunjung ke rumah rakan dan sanak saudara serta turut bersedia
menerima kunjungan dari jiran tetangga. Didalam masyarakat India, jika kita
ingin berkunjung kerumah tetamu, amatlah digalakkan membawa buah tangan
sebagai tanda terima kasih kepada tuan rumah. Mereka juga biasanya
melangkah kedalam rumah dengan kaki kanan dahulu. Kaum India juga
mengamalkan adat bertegur sapa sesama sendiri. Mereka menyapa dengan
sebutan vanakam dan sentiasa bertanyakan tentang kesihatan, kerja,
perniagaan atau sebagainya antara rakan dan sanak saudara mereka. Apabila
tetamu bertandang ke rumah mereka, tetamu sentiasa dijamu dengan minuman
atau makanan dan tetamu mesti sudi menerima hidangan dengan baik sebagai
tanda hormat kepada tuan rumah. Didalam masyarakat India juga, jika
menerima sesuatu, dimestikan menggunakan tangan kanan sebagai tanda
kebaikan dan kesyukuran. Keluarga amat penting dalam masyarakat India.
Meskipun bapa memainkan peranan utama tetapi ibu adalah institusi yang
paling dihormati dan dianggap mulia, Ibu adalah umpama Tuhan dan anak
perempuan juga dipanggil amma seperti seorang ibu didalam tradisi India. Oleh
itu, penjagaan anak perempuan amat dititik beratkan terutama ketika mereka
masih dara. Seorang suami pula didalam masyarakat India adalah Tuhan bagi
isterinya dan mesti sentiasa dihormati. Oleh kerana itu, proses perkahwinan
India mesti ditentukan oleh seorang ketua agama yang membuat tilikan masa
bertuah serta keserasian pasangan yang akan berkahwin. Masa perkahwinan
yang dianggap bertuah amatlah penting bagi menjalankan segala acara dan
upacara untuk mengelakkan berlakunya malapetaka ataupun nasib buruk. Untuk
mengelakkan dari keadaan buruk, maka biasanya perkahwinan dilakukan pada
waktu tengah malam atau waktu matahari akan naik. Upacara perkahwinan
dilakukan di rumah pengantin perempuan ataupun di kuil oleh seorang ketua
agama. Pada satu kawasan empat segi di kuil itu, sami akan menyalakan api dan
menyembah Tuhan untuk menyaksikan perkahwinan itu. Seperti juga adat kaumkaum lain, kelahiran seorang bayi adalah acara yang penting kepada keluarga
dan masyarakat India. Semua saudara mara akan dimaklumkan apabila lahirnya
seorang bayi. Selama 16 hari selepas kelahiran bayi, ahli keluarga tidak boleh
melakukan sebarang upacara agama. Pada hari ke 16 kelahiran, upacara penting
diadakan untuk menamakan anak. Ketika ini rumah dan buaian akan dihias
cantik dan jiran-jiran dijemput bersama meraikan upacara tersebut. Dalam aspek
pemberian nama anak, nama seorang anak diperolehi dari almanak Hindu
mengikuti bintang dan hari kelahirannya. Seorang ketua agama akan dirujuk

untuk mencari nama bertuah mengikuti aksara bintangnya. Ketika menamakan


itu, bayi dipangku oleh orang tua satu persatu sambil dinyanyikan doa agama
oleh kaum wanita mereka. Dari aspek perayaan, terdapat banyak perayaan di
kalangan masyarakat India. Di sepanjang tahun, mengikut kalendar Hindu
mereka akan mengadakan pelbagai upacara sembahyang berkaitan musim dan
perubahan tahun seperti di negeri India. Masyarakat Hindu akan bersembahyang
sebanyak tiga kali sehari iaitu pada waktu pagi, tengahari dan petang di tempat
tertentu di rumah. Mereka juga pergi ke kuil untuk bersembahyang ataupun
mengadakan upacara agama. Perayaan kaum India diadakan dengan mengikuti
peredaran bulan dan setiap bulan ditandakan oleh bulan mengembang dan
bulan menirus. Terdapat 21 jenis perayaan didalam adat masyarakat India.
Perayaan-perayaan itu termasuklah Deepavali, Thaipusam dan Thaiponggal.
Deepavali ialah perayaan cahaya sebagai tanda kejayaan cahaya ke atas
gelap atau ilmu ke atas kejahilan ataupun keadilan mengatasi kezaliman.
Inilah perayaan paling utama bagi masyarakat India. Pada hari ini sembahyang
akan diadakan terutama untuk mendoakan roh keluarga yang sudah meninggal
dunia. Thaipusam pula adalah perayaan bulan Thai untuk membersihkan diri
dengan menggunakan susu, madu dan bunga di kuil dan membuat persembahan
kepada Dewa Subramaniam. Pada masa perayaan ini diadakan, kavadi yang
berisi buah-buahan, susu dan akan dibawa pelbagai persembahan. Thaiponggal
pula merupakan perayaan menuai dan masak padi baru serta memuja
semangat padi. Ia adalah masa yang amat baik untuk mangadakan perkahwinan
dan upacara lain. Rumah akan dibersihkan dan dihiasi, ponggal pula akan
dimasak di dalam periuk baru untuk dipersembahkan kepada Dewa Matahari dan
juga disedekahkan kepada jiran tetangga.
Sarawak yang terkenal dengan nama jolokannya Negeri Bumi
Kenyalang mempunyai rakyat yang terdiri dari pelbagai suku kaum. Terdapat
kira-kira 30 kumpulan etnik di Sarawak. Kaum Iban merupakan suku kaum yang
terbesar di Sarawak, diikuti oleh kaum Cina, Melayu, Bidayuh, Melanau dan
kaum-kaum etnik yang lain. Sebagai sebuah negeri yang mempunyai pelbagai
bangsa dan suku kaum, sudah pasti terdapat pelbagai kebudayaan dan adat
resam yang diamalkan. Bagi masyarakat Sarawak, adat resam merupakan satu
warisan tradisi yang begitu dititikberatkan dan telah sebati dengan kehidupan
seharian mereka. Sebagai contoh, dalam masyarakat Iban yang merupakan
golongan majoriti di negeri Sarawak, terdapat pelbagai suku kaum masyarakat
Iban seperti Balau, Sebuyau, Lemanak dan lain-lain. Masyarakat Iban masih kuat
berpegang dengan identiti tradisi mereka di samping mengamalkan pelbagai
jenis adat resam yang unik. Dari segi geografi, kebanyakan masyarakat Iban
mendiami beberapa kawasan pedalaman yang tertumpu di tengah-tengah negeri
Sarawak dan sebilangan kecilnya menetap di kawasan-kawasan bandar. Antara
adat resam atau kebudayaan yang masih diamalkan oleh masyarakat Iban ialah
dalam aspek kelahiran. Kaum Iban banyak mengamalkan pantang larang dan
adat-adat tertentu dalam aspek kelahiran. Peranan bidan juga sangat penting
semasa membuat persiapan menyambut kelahiran dan juga selepas bersalin.
Adat-adat tersebut dapat dilihat dari peringkat sewaktu mengandung, bersalin
dan selepas lahir. Dalam tempoh tujuh bulan sewaktu mengandung, wanita Iban

dan suaminya dikenakan pelbagai pantang larang, antaranya ialah dilarang


menggali parit di kawasan padi atau di mana-mana sahaja. Mereka juga dilarang
memotong pokok yang menjalar di atas tanah, kerana dibimbangi akan
menghalang pendarahan yang berterusan semasa melahirkan anak. Wanita yang
mengandung juga dilarang menuang minyak ke atas tapak tangan untuk disapu
pada rambut supaya bayi yang bakal lahir tidak akan bernanah. Selain itu, suami
isteri juga tidak boleh mengetuk telur menggunakan pisau atau kayu kerana
dikhuatiri bayi itu akan cacat penglihatan. Mereka juga tidak boleh menanam
pokok pisang supaya si bayi tidak berkepala besar. Disamping itu juga mereka
tidak boleh memikul batu-bata tajam di dalam raga kerana dikhuatiri bayi akan
lumpuh. Mereka juga tidak boleh membawa kura-kura ke dalam bilik supaya bayi
tidak tersekat di dalam rahim semasa dilahirkan. Dalam masyarakat Iban, sebaik
sahaja bayi dilahirkan, buluh yang dipanggil Pontong akan dipalu untuk
memanggil jiran-jiran. Selain pontong, tembakan senapang juga turut
digunakan. Sejurus selepas bayi dilahirkan, tali pusatnya akan segera dipotong
dan bayi akan dimandikan. Seterusnya bayi dibedung dengan kain Pua Kumbu
atau selimut yang ditenun cantik. Ketika bersalin, si isteri akan dibantu oleh
seorang bidan dan dia akan memastikan ibu dan bayi dalam keadaan baik dan
teratur. Seterusnya badan si ibu akan diurut oleh bidan bertujuan untuk
menghilangkan rasa sengal-sengal badan akibat bersalin tadi. Selepas diurut,
badan si ibu akan diusap pula dengan ubat yang diperbuat daripada halia
danentemu yang dibalut dengan tekalung, sejenis kain yang dibuat daripada
kulit kayu. Wanita Iban akan berpantang selama tiga puluh hari selepas
melahirkan anak. Dalam tempoh berpantang itu, ibu akan diberi makan nasi dan
ikan salai atau ikan kering yang kadang-kadang dicampur dengan pucuk paku
dan buah pulur. Semua makanan tersebut pula perlu dicampurkan dengan halia
atau air rebusan halia supaya dapat memanaskan badan. Selepas bersalin,
wanita kaum Iban perlu menjalani satu amalan yang dipanggil berdiang atau
bersalai, di mana si ibu perlu duduk dekat dengan unggun api. Kayu yang
digunakan untuk unggun api ini mestilah dari jenis kayu yang baik. Antara jenis
kayu yang lazim digunkan ialah kayu malam, manding atau langsat. Kayu-kayu
ini juga dikatakan mampu menyembuhkan penyakit ibu yang baru bersalin. Jika
kayu yang digunakan untuk berdiang tersebut basah atau dari jenis beracun,
dibimbangi asapnya akan memudaratkan si ibu dan bayi. Si ibu perlu berdiang
atau bersalai selama empat puluh satu hari. Dalam tempoh itu, si ibu perlu
menggariskan kapur pada tiang atau dinding rumah untuk menghitung hari
kelahiran. Kesihatan si ibu dianggap pulih seperti sediakala apabila selesai
menjalani adat-adat ini. Adat melihat matahari atau merasa garam dijalankan
apabila bayi sudah tanggal pusat iaitu ketika bayi berusia empat hari. Bayi
tersebut akan dibawa oleh nenek atau saudara perempuannya ke tanju atau luar
anjung untuk melihat matahari sambil mulut bayi tersebut dirasakan dengan
garam. Pada masa itu juga, doa atau mentera dibacakan agar kesihatan bayi
sentiasa terpelihara. Kaum Iban begitu mementingkan adat memberi nama
kepada anak-anak mereka yang baru lahir. Ini kerana, nama yang baik dan elok
mempunyai kesan ke atas masa hadapan kanak-kanak tersebut. Lazimnya
sebelum memberi nama yang rasmi, anak-anak kaum Iban akan diberi nama
timangan. Bayi yang baru lahir itu seterusnya akan diberi nama sempena nama

salah seorang daripada nenek moyangnya yang pernah berjasa dan handal.
Tujuannya supaya bayi itu akan mewarisi jasa serta mengikut jejak langkah
nenek moyangnya itu. Seterusnya upacara memilih nama akan dijalankan di
mana kepalan nasi akan diletak di atas papan yang tertulis nama-nama yang
dipilih itu. Kemudian seekor ayam akan dilepaskan untuk membuat pilihan dan
ini dikenali sebagaiManok Tawai. Kepalan nasi yang dipatuk oleh ayam tersebut
akan menjadi pilihan untuk menamakan bayi tersebut. Kemudian barulah nama
itu dihebohkan kepada saudara mara yang terdekat. Upacara mandi sungai
dijalankan selepas bayi diberi nama. Ia dijalankan semasa bayi itu berumur satu
bulan dan adat ini dijalankan bagi membiasakan bayi dengan air sungai.
Permulaannya, jiran-jiran akan dimaklumkan untuk meraikan adat tersebut
dengan meriah. Dua orang lelaki akan membawa seekor ayam dan panji-panji.
Kebiasaannya mereka ini ditugaskan membaca mentera dan menetak air sungai.
Dua orang perempuan pula akan mengiringi lelaki tersebut. Seorang akan
membawa ancak dan seorang lagi mengendong bayi. Bayi tersebut dipakaikan
kain pua belantan dan kumpulan itu akan diikuti pula oleh orang ramai. Ketika ini
doa atau mentera dibaca meminta supaya bayi itu menjadi orang yang
sempurna dan berguna. Sebaik sahaja mentera dibaca, dua orang lelaki tadi
akan menetak air dan ayam disembelih. Nama bayi juga akan diumumkan ketika
itu. Bagi bayi lelaki, sayap ayam akan diikat dengan benang merah yang
digantung pada galah berayang. Manakala bagi bayi perempuan pula, benang
tersebut digantung pada galah laletan. Selepas bayi dimandikan, dia akan
dibawa pulang sambil gendang dipalu. Bayi itu akan dipangku dan pemangku
duduk di atas tawak atau gong yang diletakkan di tengah-tengah ruai. Kemudian,
bayi dan pemangkunya diselimutkan dengan kain pua kumbu dan disiram
dengan air rendaman batu penawar burung, cincin emas atau wang ringgit lama.
Selepas upacara mandi selesai, tetamu-tetamu akan dijamu dengan air tuak dan
makanan yang ringkas. Upacara ini diakhiri dengan kenduri mandi anak iaitu
menjamu tetamu dan ahli rumah panjang dengan makanan yang lebih
banyak. Kanak-kanak lelaki kaum Iban akan berkhatan ketika berumur sepuluh
tahun. Berkhatan lazimnya dilakukan secara senyap dan tidak disertai dengan
kenduri. Kanak-kanak yang tidak berkhatan akan digelar sebagai lelaki kulup di
kalangan kaum Iban.

Sabah yang dikenali dengan nama Negeri Di Bawah Bayu merupakan sebuah
negeri yang unik dan terkenal dengan kepelbagaian kebudayaan suku kaumnya.
Terdapat kira-kira 2.5 juta penduduk Sabah merangkumi lebih daripada 30 suku
kaum dan kira-kira 80 dialek bahasa. Penduduknya terdiri daripada kaum
Kadazan atau Dusun, Bajau, Murut, Kelabit, Rungus dan lain-lain. Ciri-ciri
kebudayaan negeri Sabah amat unik kerana kepelbagaian suku kaum di sini.
Sebagai contoh, dalam masyarakat Kadazan yang dahulunya dikenali sebagai
Orang Dusun merupakan penduduk majoriti negeri Sabah. Masyarakat Kadazan
begitu berpegang teguh terhadap adat resam warisan nenek moyang mereka.
Keunikan masyarakat ini terserlah melalui kebudayaan dan adat resam yang
diamalkan. Kebanyakan daripada amalan tersebut mengandungi unsur-unsur
ritual dan animisme. Ini jelas terlihat melalui adat resam dan kepercayaan yang

diamalkan dalam aspek kelahiran, perkahwinan dan kematian. Sebagai contoh


dapat dilihat dalam upacara perkahwinan. Kebanyakan orang Kadazan lazimnya
berkahwin ketika umur mereka meningkat 16 tahun atau selepas 21 tahun. Ada
juga yang berkahwin melalui perjanjian yang dipersetujui oleh ibu bapa keduadua pihak semasa mereka masih kecil lagi.Sebelum sesuatu upacara
perkahwinan dilangsungkan, keluarga kedua-dua pihak akan mengatur segala
persiapan yang diperlukan. Dalam hal ini perkara yang diutamakan adalah
tentang pemberian sebentuk cincin. Cincin ini menjadi tanda peminangan
daripada pihak lelaki. Sebelum peminangan dibuat, pihak lelaki melantik seorang
tua yang bukan terdiri daripada keluarga terdekat lelaki berkenaan. Segala
urusan merisik dan juga pinang-meminang ini mesti dibuat pada waktu pagi.
Waktu petang dan malam tidak dibenarkan sama sekali. Wakil pihak lelaki pergi
merisik kepada ibu bapa perempuan yang hendak dipinang itu atau pengganti
ibu bapa jika ibu bapa perempuan itu sudah tidak ada. Risikan pertama dilakukan
untuk mengetahui sama ada perempuan berada dalam proses risikan orang lain
atau dia sedang dalam pertunangan. Kalau perempuan itu dalam pertunangan,
risikan ifu dihentikan serta-merta. Kalau perempuan itu didapati sedang dalam
proses risikan daripada lelaki lain, risikan itu ditangguhkan buat sementara,
sehingga keputusan muktamad diperoleh daripada risikan terdahulu itu. Jika
risikan yang terdahulu bertukar ke arah pertunangan, maka risikan yang
kemudian itu terus dibatalkan. Tetapi jika gagal, risikan yang kemudian itu boleh
diteruskan. Risikan ini dibuat berulang kali, peringkat demi peringkat dan
adakalanya memakan masa sehingga berhari-hari, malah ada yang sampai
berbulan-bulan. Ini disebabkan banyak perkara yang mesti diketahui dengan
jelas oleh ibu bapa perempuan terhadap keluarga yang merisik anaknya.
Antaranya ialah susunan keluarga, kemampuan, pekerjaan dan seumpamanya.
Apabila ibu bapa perempuan mendapati risikan itu boleh dipertimbangkan,
mereka akan menentukan hari bagi wakil pihak lelaki datang membawa cincin
pusaka (dibuat daripada tembaga). Cincin itu juga digelar 'cincin menanti
mimpi'. Cincin itu mesti dibawa pada waktu pagi. Apabila ibu bapa perempuan
sudah menerima cincin itu, mereka mesti membersihkan diri pada hari itu juga.
Mereka tidak boleh makan atau minum apa sahaja yang boleh memabukkan.
Cincin itu diletakkan di bawah bantal ibu bapa perempuan itu. Pada malam
tersebut mereka mesti berada datam keadaan 'bersih', iaitu tidak mabuk. Pada
malam itu juga, salah seorang daripada suami isteri itu atau kedua-duanya sekali
akan mendapat mimpi. Adakalanya mereka berlainan mimpi, adakalanya hampir
serupa dan adakalanya benar-benar serupa. Biasanya mimpi itu mempunyai tiga
keadaan. Pertama, mimpi baik, ini bererti, risikan itu boleh diteruskan kepada
proses peminangan. Kedua, mimpi buruk. Tetapi mimpi buruk itu dapat dibaiki
atau diperbetulkan. lni bererti, proses pertunangan boleh diuruskan dengan
syarat pihak lelaki harus membayar sugit kepanasan mimpi kepada orang yang
bermimpi itu. Contoh mimpi yang dimaksudkan ialah seperti bermimpi tentang
barang-barang yang pecah seperti periuk atau pinggan-mangkuk. Kemudiannya
barang-barang yang pecah itu dibaiki oleh pihak lelaki. Ketiga, mimpi buruk.
Contoh mimpi buruk ialah bermimpi akan periuk belanga, kuali, pinggan
mangkuk, tempayan atau apa sahaja barang kegunaan hanian yang telah pecah.
Ini bererti proses risikan itu berhenti setakat itu sahaja dan perkahwinan tidak

boleh dilangsungkan. Hari berikutnya, ibu bapa perempuan tersebut memanggil


semua keluarga terdekatnya bermesyuarat untuk membincangkan mimpi
mereka. Jenis dan sifat mimpi diterangkan sejelas-jelasnya. Di dalam mesyuarat
itulah mereka menganalisa baik dan buruknya mimpi itu. Setelah selesai
mesyuarat keluarga, ibu bapa perempuan memanggil wakil pihak lelaki untuk
memberitahu tentang keputusan mimpi mereka. Ketika itu juga cincin yang
digunakan untuk menanti mimpi tadi dipulangkan. Waktu itu, waki lelaki
diberitahu sama ada boleh bertunang dengan membayar sugit kepanasan mimpi
kerana mimpi buruk boleh dibaiki ataupun tidak boleh bertunang kerana mimpi
buruk. Jika mimpi baik, proses pertunangan diteruskan. Perundingan antara
pihak lelaki dengan ibu bapa pihak perempuan hanya berkisar pada syaratsyarat hantaran perkahwinan, menentukan tarikh perkahwinan dan kadar besar
atau lamanya pesta perkahwinan itu. Pertunangan yang telah ditetapkan tidak
boleh diingkari. Jika tidak, pihak yang ingkar terpaksa membayar seluruh atau
separuh hantaran yang sudah ditentukan ketika mengikat pertunangan dahulu.
Bayaran ini dibuat di depan pengadilan adat. Hantaran kahwin biasanya terdiri
daripada pelbagai jenis makanan, alat untuk adat istiadat dan barang untuk
memperteguhkan semangat. Barang hantaran untuk memperteguhkan
semangat ini dikenali sebagai tasor. Tasor ialah tempat pinang yang diperbuat
danipada tembaga atau perak. Tasor ini dibawa sendiri oleh pengantin pada hari
penrkahwinan. Alat untuk adat istiadat pula dinamakan tinokol iaitu terdiri
daripada canang, gong dan tajau (tempayan). Jumlahnya menurut darjat orang
yang berkahwin itu. Barangan ini juga dibawa pada hari perkahwinan. Jenis
makanan pula ialah babi atau kerbau dan jumlahnya bergantung kepada
kemampuan keluarga tersebut. Binatang tersebut diberikan kepada pihak
perempuan dua atau tiga hari sebelum berlangsungnya hari perkahwinan. lni
kerana binatang itu akan disembelih dan dimasak untuk upacara makan di
rumah pengantin perempuan nanti. Sebuah tajau berisi tapai beras yang
dinamakan lihing, mesti dibawa pada hari perkahwinan. Lihing ialah tapai yang
sudah menjadi arak. Lihing diminum beramai-ramai dalam pesta kahwin di
rumah pengantin perempuan. Selain daripada empat hantaran yang menjadi
asas bagi orang Kadazan, terdapat beberapa barangan lain yang turut dibawa
untuk memperlengkap dan memperindahkan majlis hantaran itu. Ini terserah
kepada janji yang dibuat semasa majlis pertunangan, juga berdasarkan
kemampuan kedua-dua belah pihak. Serendah-rendah darjat perkahwinan itu
mesti dibuat dengan upacara adat, pemujaan agama, pesta bersukaria dan
makan minum. Sesingkat-singkat pesta pula adalah antara dua atau tiga hari di
rumah pengantin perempuan. Bagi mereka yang berkemampuan, majlis dibuat
selama tujuh hingga empat belas hari. Walaupun perkahwinan pasangan suami
isteri itu sudah sah di sisi agama dan kepercayaan, mereka masih belum boleh
bersatu pada hari dan malam pertama. Paling cepat mereka hanya boleh bersatu
pada malam kedua, malah ada yang mengambil masa selama seminggu atau
dua minggu berikutnya. Kesemuanya ini bergantung kepada besar atau lamanya
majlis perkahwinan itu diadakan. Untuk membolehkan pengantin ni bersatu, satu
upacara khas dibuat. Pasangan pengantin tersebut dikehendaki makan di dalam
pinggan dan mangkuk yang sama. Upacara ini dihadiri oleh keluarga kedua-dua
pihak. Ibu bapa pengantin lelaki tidak boleh sama sekali hadir di rumah

pengantin perempuan sebelum pasangan itu sah bersatu. Hantaran kahwin


biasanya terdiri daripada pelbagai jenis makanan, alat untuk adat istiadat dan
barang untuk memperteguhkan semangat. Barang hantaran untuk
memperteguhkan semangat ini dikenali sebagai tasor. Tasor ialah tempat pinang
yang diperbuat daripada tembaga atau perak. Tasor ini dibawa sendiri oleh
pengantin pada hari perkahwinan. Alat untuk adat istiadat pula dinamakan
'tinokol' iaitu terdiri daripada canang, gong dan tajau (tempayan). Jumlahnya
menurut darjat orang yang berkahwin itu. Barangan ini juga dibawa pada hari
perkahwinan. Jenis makanan pula ialah babi atau kerbau dan jumlahnya
bergantung kepada kemampuan keluarga tersebut. Binatang tersebut diberikan
kepada pihak perempuan dua atau tiga hari sebelum berlangsungnya hari
perkahwinan. lni kerana binatang itu akan disembelih dan dimasak untuk
upacara makan di rumah pengantin perempuan nanti. Sebuah tajau berisi tapai
beras yang dinamakan lihing, mesti dibawa pada hari perkahwinan. Lihing ialah
tapai yang sudah menjadi arak. Lihing diminum beramai-ramai dalam pesta
kahwin di rumah pengantin perempuan. Selain daripada empat hantaran yang
menjadi asas bagi orang Kadazan, terdapat beberapa barangan lain yang turut
dibawa untuk memperlengkap dan memperindahkan majlis hantaran itu. Ini
terserah kepada janji yang dibuat semasa majlis pertunangan, juga berdasarkan
kemampuan kedua-dua belah pihak. Serendah-rendah darjat perkahwinan itu
mesti dibuat dengan upacara adat, pemujaan agama, pesta bersukaria dan
makan minum. Sesingkat-singkat pesta pula adalah antara dua atau tiga hari di
rumah pengantin perempuan. Bagi mereka yang berkemampuan, majlis dibuat
selama tujuh hingga empat belas hari. Walaupun perkahwinan pasangan suami
isteri itu sudah sah di sisi agama dan kepercayaan, mereka masih belum boleh
bersatu pada hari dan malam pertama. Paling cepat mereka hanya boleh bersatu
pada malam kedua, malah ada yang mengambil masa selama seminggu atau
dua minggu berikutnya. Kesemuanya ini bergantung kepada besar atau lamanya
majlis perkahwinan itu diadakan. Untuk membolehkan pengantin ni bersatu, satu
upacara khas dibuat. Pasangan pengantin tersebut dikehendaki makan di dalam
pinggan dan mangkuk yang sama. Upacara ini dihadiri oleh keluarga kedua-dua
pihak. Ibu bapa pengantin lelaki tidak boleh sama sekali hadir di rumah
pengantin perempuan sebelum pasangan itu sah bersatu. Majlis perkahwinan
orang Kadazan memakan masa selama tiga hari. Perkara yang paling penting
dalam upacara perkahwinan ialah miohon pinisi iaitu upacara menukar gumpalan
nasi. Untuk memulakan upacara ini, pengantin lelaki dan perempuan duduk
berhadapan di tengah-tengah bulatan gadis-gadis yang berpakaian tradisional
berwarna hitam. Di hadapan mereka terletak seperiuk nasi dan kedua-dua
pengantin akan menggenggam nasi dan periuk tersebut untuk dijadikan
gumpalan sebesar telur ayam. Kemudian kedua-duanya akan bertukar-tukar
gumpalan nasi itu, lalu dimakan. Upacaramiohon pinisi merupakan nazar
perkahwinan menurut cara tradisional. Setelah upacara ini dilakukan, makanan
dan minuman pun dihidangkan kepada para tetamu yang hadir. Gong dibunyikan
semula, diikuti dengan pertunjukan tarian sumazau.

Você também pode gostar