Você está na página 1de 5

AKAUN KELAB DAN PERSATUAN

Akta Pertubuhan 1966 ;


- Definisi kelab dan persatuan merupakan entiti bukan perniagaan yang didaftarkan dengan Pendaftar
Pertubuhan Malaysia.
- Bukan bertujuan untuk mencari keuntungan tetapi untuk menjaga kepentingan dan kebajikan ahli-ahlinya serta
menyediakan kemudahan dan mengadakan perkhidmatan sosial, kebudayaan, rekreasi dan sukan.
- Memperuntukkan semua kelab dan persatuan supaya;
1. menyimpan rekod kewangan.
2. melaporkan penyata kewangan kepada semua ahli dalam Mesyuarat Agung Tahunan.
3. memilih dan melantik ahli jawatankuasa untuk menjalankan aktiviti kelab dan persatuan semasa Mesyuarat
Agung Tahunan.
4. menghantar laporan kewangan dan senarai nama ahli jawatankuasa kepada Pendaftar Pertubuhan.
Sumber Hasil
1. Yuran tahunan ahli
2. Yuran pertandingan
3. Kutipan pesta ria
4. Sewa laci almari
5. Derma dari agensi swasta
6. Faedah dari simpanan tetap
7. Sewa alatan sukan
8. Jualan bola tenis terpakai

Jenis Belanja

1. Sewa rumah kelab


2. Belian surat khabar dan majalah
3. Belian alatan sukan
4. Pembinaan gelanggang tenis

5. Elaun kehormat
6. Belanja mesyuarat
7. Latihan dan kursus
8. Lawatan
PERBELANJAAN HASIL DAN PERBELANJAAN MODAL
Perbelanjaan Hasil
- Bayaran untuk membeli aset semasa atau belanja pengurusan dan pentadbiran organisasi kelab atau
persatuan.
- Contoh;
a. Belian barang niaga untuk dijual semula.
b. Belian alat tulis, setem, akhbar dan majalah untuk kegunaan kelab.
c. Susut nilai aset bukan semasa.
d. Elaun kehormat (honorarium) kepada pengerusi atau ahli jawatan kuasa kelab dan persatuan.
e. Belanja untuk menjalankan urusan pentadbiran kelab dan bayaran perkhidmatan seperti gaji,
insurans, belanja am, sewa rumah kelab dan kadar bayaran.
Perbelanjaan Modal
- Perbelanjaan ke atas belian aset bukan semasa atau perbelanjaan yang menambahkan nilai aset bukan
semasa.
- Contoh;
a.
b.
c.
d.

Belanja ubahsuai bangunan/membesarkan rumah kelab


Pembinaan gelanggang permainan atau tempat letak kereta
Pembelian aset bukan semasa
Bayaran guaman dan duti setem pembelian aset bukan semasa

e.

Kos pemasangan sistem hawa dingin

PENDAPATAN HASIL DAN PENDAPATAN MODAL


Pendapatan Hasil
- Pendapatan yang diterima daripada aktiviti dan kegiatan kelab dan persatuan.
- Contoh;

a.
Yuran tahunan ahli / yuran bulanan
b.
Yuran pertandingan
c.
Kutipan jualan pesta ria
d.
Sewa diterima kerana penyewaan kemudahan kelab.
e.
Faedah atas pelaburan.
f.
Keuntungan perniagaan yang dikendalikan oleh kelab dan persatuan itu sendiri.
g.
Wang yang diperuntukkan oleh badan induk atau agensi tertentu.
h.
Penerimaan lain yang tidak dianggap sebagai pendapatan modal.
i.
Derma yang bukan bertujuan untuk membiayai sesuatu projek
Pendapatan Modal
- Wang yang diterima bukan daripada operasi biasa kelab dan persatuan berkenaan.
- Contoh;
a.
Jualan aset bukan semasa
b.
Derma khas bertujuan untuk membiayai sesuatu projek yang boleh menambahkan nilai
aset bukan semasa
c.
Yuran masuk atau pendaftaran
d.
Peruntukkan daripada agensi kerajaan
PERBANDINGAN PERAKAUNAN
Akaun Kelab dan Persatuan
- Mempunyai Akaun Yuran
Penerimaan dan Pembayaran

Entiti Perniagaan
- Tiada Akaun Yuran
Penerimaan dan Pembayaran

- Aliran masuk tunai dan aliran keluar tunai yang - Aliran masuk tunai dan aliran keluar tunai yang
direkodkan dalam Buku Tunai diringkaskan
direkodkan dalam Buku Tunai.
dalam Akaun Penerimaan dan Pembayaran.
Pendapatan dan Perbelanjaan
Pendapatan dan Perbelanjaan
- Semua pendapatan dan perbelanjaan direkod
dalam Akaun Pendapatan dan Perbelanjaan
untuk mengira lebihan atau kurangan bagi
satu tempoh perakaunan.

- Semua pendapatan dan perbelanjaan direkod dalam


Akaun Perdagangan dan Untung Rugi untuk
mengira untung bersih atau rugi bersih bagi satu
tempoh perakaunan.

- Lebihan = pendapatan hasil melebihi


perbelanjaan hasil

- Untung bersih = pendapatan melebihi perbelanjaan


- Rugi bersih = perbelanjaan melebihi pendapatan

- Kurangan = perbelanjaan hasil melebihi


pendapatan hasil

- Imbangan Duga disediakan sebagai sumber untuk


menyediakan Akaun Perdagangan dan Untung
- Akaun Penerimaan dan Pembayaran digunakan
Rugi.
sebagai sumber untuk menyediakan Akaun
Pendapatan dan Perbelanjaan.
- Imbangan Duga tidak disediakan.
Kunci Kira-Kira
- Lebihan aset daripada liabiliti dikenal sebagai

Kunci Kira-Kira
- Lebihan aset daripada liabiliti dikenal sebagai Ekuiti

Dana erkumpul atau Kumpulan Wang


Terkumpul.

Pemilik atau Modal.


- Ekuiti Pemilik = Jumlah aset tolak jumlah liabiliti.

- Dana Terkumpul = Jumlah aset tolak jumlah


liabiliti.

AKAUN YURAN
Yuran kelab terdiri daripada;
o Yuran masuk boleh dianggap sebagai pendapatan modal atau pendapatan hasil.
o Yuran bulanan/tahunan pendapatan hasil
o Yuran pertandingan pendapatan hasil
Pendapatan Modal Kunci Kira-kira ; Dana Terkumpul
Pendapatan Hasil Akaun Pendapatan dan Perbelanjaan (kredit)

AKAUN PENERIMAAN DAN PEMBAYARAN


Ringkasan penerimaan dan pembayaran tunai pada akhir tempoh perakaunan.
Perbelanjaan hasil dan perbelanjaan modal dicatat sebelah kredit manakala pendapatan hasil dan
pendapatan modal dicatat sebelah debit.
Baki debit menunjukkan terdapat lebihan tunai aset semasa.
Baki kredit menunjukkan terdapat kurangan tunai liabiliti semasa.

AKAUN PENDAPATAN DAN PERBELANJAAN


Untuk mencari lebihan atau kurangan antara pendapatan dengan perbelanjaan hasil.
Lebihan ditambah kepada dana terkumpul.
Kurangan ditolak daripada dana terkumpul.
AKAUN PERDAGANGAN BAGI AKTIVITI DAGANGAN KELAB
Untuk mengira untung atau rugi operasi perniagaan (perniagaan yang dijalankan bertujuan untuk
menambah tabungan kelab dan persatuan).
Untung atau rugi dipindahkan ke Akaun Pendapatan dan Perbelanjaan.
Untung operasi kredit.
Rugi operasi debit.

KUNCI KIRA-KIRA
Menunjukkan kedudukan aset, liabiliti dan dana terkumpul.
Dana Terkumpul = Jumlah Aset Jumlah Liabiliti
Dana Terkumpul Awal = Jumlah Aset Awal Jumlah Liabiliti Awal
Dana Terkumpul Akhir = Jumlah Aset Akhir Jumlah Liabiliti Akhir
Dana Terkumpul Akhir = Dana Terkumpul Awal + Lebihan (Kurangan) + Pendapatan Modal

Você também pode gostar