Você está na página 1de 4

1.

Berdasarkan jadual yang diberi di bawah, beri ulasan anda tentang kedudukan kes jenayah
pemerdagangan orang yang berlaku dalam tahun-tahun yang dinyatakan. Jelaskan juga
bagaimanakah kerajaan mampu membendung masalah ini daripada terus berleluasa.

LAPORAN KES PEMERDAGANGAN ORANG MULAI


1 JANUARI 2009 HINGGA 30 NOVEMBER 2012

Bil

Perkara

Tahun
2009

2010

2011

2012

1.

Jumlah kes

151

132

117

174

2.

Jumlah Tangkapan (penjenayah)

217

195

19

206

3.

Jumlah mangsa/Perintah
Perlindungan Sementara (IPO)

956

870

447

1005

4.

Jumlah mangsa sebenar /


Perintah Perlindungan Tetap (PO)

206

471

220

309

Sumber : Majlis Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran


Kementerian Dalam Negeri Malaysia, 2014

SKEMA JAWAPAN PENGAJIAN AM


1. Kedudukan kes pemerdagangan orang tertinggi dicatatkan pada tahun 2012 dengan
mencatatkan kes keseluruhan sebanyak 174 kes manakala yang paling rendah
dicatatkan pada tahun 2011 sebanyak 117 kes.
-Bilangan kes bagi tahun lain- 151kes(2009) dan 132 (2010)
-Peningkatan kes dari tahun 2009 hingga 2012 adalah sebanyak 26 kes (15.2%)
-Permintaan buruh dan aktiviti jenayah terselindung di pasaran gelap tinggi.
2. Jumlah kes tangkapan (penjenayah) yang terlibat dalam kes pemerdagangan orang
tertinggi pada tahun 2009 dengan 217 kes tangkapan.
-Kes tangkapan menurun kepada 195 dan 155 kes masing-masing pada tahun 2010 dan
2011 dan terendah dalam tempoh yang dinyatakan.
-Perbandingan tertinggi dan terendah 62 kes (28.6 peratus)
- Faktor modus operandi yang licik dan berbeza-beza menyukarkan tangkapan.
3. Kedudukan mangsa yang terlibat - mendapat perlindungan sementara mencatatkan
jumlah tertinggi tahun 2012 seramai 1005 orang.
-Pada tahun-tahun sebelumnya bilangan mangsa adalah masing-masing 956 orang dan
870 orang pada tahun 2009 dan 2010.
-Mangsa paling rendah tahun 2011 seramai 477 orang.
-Bilangan berbeza-beza mengikut kes tangkapan dan mangsa yang terlibat.
4. Perbandingan mangsa terlibat dan mangsa sebenar. Mangsa sebenar yang mendapat
perlindungan (PO) adalah lebih rendah.
-Buktinya : Pada tahun 2012, jumlah mangsa yang terlibat seramai 1005 orang tetapi
mangsa yang sebenar hanyalah 309 orang sahaja.
Perbezaan yang tinggi seramai 696 orang bersamaan 225.2%.
-Perlindungan sementara diberikan kepada semua mangsa kes bagi tujuan siasatan dan
perlindungan tetap(PO) diberikan kepada mangsa yang sebenar

Você também pode gostar