Você está na página 1de 14

BAB 5

ALIRAN PEMIKIRAN AKIDAH DAN PERBAHASANNYA


A)

PENDAHULUAN

Manusia secara fitrah atau semulajadi telah diciptakan mempunyai pemikiran akidah
iaitu ikatan kepercayaan bahawa wujud kuasa Maha Besar yang Mencipta, Memelihara
dan Memiliki alam ini serta wajib disembah. Rasulullah SAW diutuskan oleh Allah SWT
untuk membimbing akal manusia memiliki aliran pemikiran akidah yang benar dan
bersesuaian dengan kehendak Pencipta manusia. Namun ada kalangan manusia yang
ego, tidak mahu tunduk kepada fitrah tersebut, lantaran lebih selesa mengikut kehendak
hawa nafsu dan ajakan syaitan lantas menidakkan ajaran yang dibawa oleh Rasulullah
SAW. Oleh itu dalam sejarah umat manusia telah menyaksikan kelahiran berbagai aliran
pemikiran akidah yang menyeleweng dari ajaran Islam sebenar.

B)

PERKEMBANGAN ALIRAN PEMIKIRAN AKIDAH

Sepanjang perkembangan akidah tauhid yang dibawa dan ditinggalkan oleh Rasulullah
SAW, kemurnian akidah sentiasa diancam oleh berbagai aliran pemikiran yang
membawa kepada pertelingkahan dan perpecahan.
Semasa kehidupan Rasulullah SAW,
mengembangkan akidah tauhid melalui tindakan:

baginda

melaksanakan

amanah

i)

Membina akidah yang benar dalam diri manusia dengan berpandukan


wahyu Allah SWT bersesuaian dengan akidah fitrah yang sedia ada dalam diri
manusia. Menjelaskan hubungan beriman kepada Allah SWT dengan malaikat,
kitab, rasul, hari akhirat dan qada qadar.

ii)

Meruntuhkan kesesatan akidah seluruh umat manusia di muka bumi


terutamanya kalangan masyarakat Arab jahiliyah yang menerima akidah palsu dari
kaum musyrikin dan ahli kitab yang mengamalkan ibadah sembahan berhala, api,
bintang dan sebagainya.

Bagaimanapun selepas kewafatan Rasulullah SAW telah muncul aliran atau


mazhab yang lahir disebabkan beberapa faktor utama iaitu:
i)

POLITIK:

Aliran pemikiran ini


muncul atas pertelingkahan
politik terutamanya dalam
menentukan khalifah yang layak menerajui pemerintahan Islam. Apabila mazhab
tersebut mula mendapat ramai sokongan dan taasub dengan kumpulan mereka maka
muncullah beberapa penyelewengan yang berbentuk akidah.
Ianya bermula semasa pemerintahan Saidina Ali iaitu selepas berlakunya
peperangan Siffin (37H) antara penyokong Ali r.a dengan Muawiyah r.a. Antara mazhab
utama yang muncul ialah:
a.

Khawarij

Khawarij didefinisikan sebagai kumpulan yang keluar daripada kepimpinan imam yang
disepakati. Merupakan golongan pertama keluar dari Akidah Ahli Sunnah Wal Jamah.
Pada awalnya golongan ini lahir hasil dari pertelingkahan politik. Mereka tidak
bersetuju untuk mengadakan Majlis tahkim sebagai langkah perdamaian antara
penyokong Saidina Ali r.a dengan Muawiyah r.a. Oleh itu mereka keluar dan
memisahkan diri dari kaum muslimin, menuju ke suatu tempat yang dikenali sebagai
Harura dan melantik Abdullah bin Wahab al-Rasyidi sebagai ketua.
Akhirnya golongan ini bertukar menjadi satu aliran akidah yang terkeluar dari
Ahli Sunnah Wal Jamaah apabila mereka;

keterlaluan
menetapkan
sesiapa
yang
pendapat dan amalannya menyalahi al-Quran adalah kafir.

menetapkan Saidina Uthman r.a dan Ali r.a


kafir.

menyatakan orang mukmin yang melakukan


dosa besar menjadi kafir dan
sekiranya tidak bertaubat lalu meninggal dunia
maka mereka akan kekal dalam neraka.
b.

Syiah

Perkataan Syiah dari bahasa Arab Syaa bererti mengikut atau mengangkat iaitu satu
kumpulan yang mengikut atau mengangkat Saidina Ali dan Ahli Bait sebagai imam
atau ketua negara. Dari sudut istilahnya, Syiah ialah kaum yang beriktikad bahawa
Saidina Ali r.a adalah orang yang berhak menjadi khalifah sebagai pengganti Nabi
Muhammad SAW kerana dikatakan baginda SAW telah mewasiatkan perlantikan
tersebut kepada Saidina Ali r.a sebelum kewafatannya.
Golongan ini juga pada awalnya lebih beraliran politik yang kemudiannya
bertukar menjadi kumpulan beraliran akidah yang terkeluar dari akidah Ahli
SunnahWal Jamaah. Mereka wujud setelah berlakunya pembunuhan Saidina Uthman r.a

tetapi tidak menzahirkan diri sehinggalah semasa pemerintahan Saidina Ali r.a. Mereka
merupakan penyokong Saidina Ali dalam perebutan jawatan khalifah. Antara
penyelewengan mereka ialah;

i)

Terlalu mengagung-agungkan Ahli Bait.

ii)

Terlalu mengagung-agungkan Saidina Ali r.a sehingga ada yang


mengatakan beliau adalah Tuhan.

iii)

Suka mencaci dan mengkafirkan para sahabat terutamanya Saidina Abu


Bakar r.a dan Saidina Uthman r.a.

iv)

Mempercayai kelahiran Imam Mahdi merupakan salah satu dari perkara


yang berkaitan dengan rukun iman iaitu tauhid, nubuwwah, hari kiamat,
imamah dan keadilan. Mempercayai Imam Mahdi termasuk dalam rukun
iman ke empat (imamah). Bagaimanapun mereka bertelingkah dalam
menentukan siapa Imam Mahdi yang membawa kepada perpecahan
golongan Syiah kepada beberapa kumpulan antara yang terbesar ialah
Sabaiyyah, Kaisaniyyah, Zaidiyyah dan Imamiyyah.

Sikap mereka yang keterlaluan ini telah melahirkan beberapa konsep yang baru
dalam kepercayaan mereka yang jelas terkeluar dari akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah.

Perbincangan akidah
Perbincangan yang banyak menjurus kepada persoalan pemaksaan atau pilihan ke atas
perbuatan manusia. Antara mazhab yang muncul:
a.
Muktazilah
Mazhab akidah pertama yang keluar dari Ahli Sunnah Wal Jamaah yang mendahului
logik akal ke atas al-Quran dan Sunnah. Muncul apabila berlaku pertelingkahan antara
Wasil bin Ata dengan gurunya Hassan al-Basri mengenai kedudukan seorang Islam yang
melakukan dosa besar lalu meninggal dunia tanpa bertaubat. Bagi Hassan al-Basri (Ahli
Sunnah Wal Jamaah) menyatakan orang tersebut adalah muslim yang durhaka. Dia akan
dimasukkan ke dalam neraka kerana dosanya dan kemudiannya dikeluarkan lalu
dimasukkan ke dalam syurga. Wasil pula berpendapat orang tersebut adalah seorang
yang fasiq, tidak termasuk golongan mukmin dan tidak pula golongan kafir. Oleh itu,
dia akan diletakkan di tengah-tengah antara syurga dengan neraka.

b.
Qadariyyah
Diasaskan oleh Mabad al-Juhani. Golongan ini menafikan takdir Allah SWT. Segala
perbuatan manusia adalah hasil dari kuasa dan kehendak manusia sendiri.

c.
Jabariyyah
Dipelopori oleh al-Jad Ibn Dirham dan Jahm Ibn Safwan pada kurun ke 2 sebagai tindak
balas ke atas kemunculan golongan Qadariayyah. Golongan ini mengatakan bahawa
semua perbuatan manusia di bawah kawalan Allah SWT dan manusia tidak mempunyai
sebarang kuasa. Di samping itu mereka juga menafikah sifat Allah SWT.

ii)

PENYELEWENGAN OLEH PENGANUT YAHUDI, KRISTIAN DAN


MAJUSI.

Kemasukkan fahaman Yahudi, Kristian dan Majusi ke dalam Islam telah menyebarkan
aliran pemikiran yang menyeleweng dalam akidah ketuhanan dan melahirkan mazhab
Mujassimah yang menyatakan Allah SWT mempunyai jisim serta Mushabbihah yang
menyamakan Allah SWT dengan makhluk. Kefahaman tersebut kini berleluasa di
kalangan aliran Wahabi.
Aliran pemikiran akidah terus berkembang dari zaman para sahabat
sehinggalah ke hari ini dan turut berleluasa di Alam Melayu termasuk di Malaysia.
Dewasa ini, di Malaysia aliran pemikiran yang muncul dan bertentangan dengan
pegangan Ahl al-Sunnah wa al-Jamaah dikenali sebagai ajaran sesat.

C)

KONSEP DAN CIRI-CIRI AJARAN SESAT

Penggunaan istilah ajaran sesat begitu biasa digunakan kalangan masyarakat Malaysia
walaupun terdapat istilah-istilah lain yang membawa maksud yang sama seperti ajaran
salah dan penyelewengan akidah. Walau apa istilah yang digunakan ianya merosakkan
kesucian agama Islam malah menggugat kestabilan negara dan mengancam
keselamatan akal, nyawa, harta, keturunan serta hak kebebasan umat Islam.
Pengertian Ajaran Sesat
Dari sudut bahasa ajaran merupakan kata terbitan dari perkataan ajar yang membawa
maksud segala sesuatu yang diajarkan sebagai nasihat dan petunjuk.

Perkataan sesat pula membawa maksud tidak mengikut jalan yang betul, tersilap
jalan atau terkeliru sama ada dari segi perbuatan, kepercayaan dan lain-lain. Ia juga
boleh diertikan sebagai menyimpang daripada jalan yang benar.
Dari pengertian tersebut maka ajaran sesat boleh ditakrifkan sebagai suatu
amalan yang bertentangan dengan aqidah dan syariat Islam baik secara terang atau
secara halus iaitu tersembunyi melalui iktiqad atau amalan pengikutnya.

Menurut pengertian yang dikeluarkan oleh Pusat Islam Malaysia, secara


ringkasnya ajaran sesat bermaksud Sebarang ajaran atau amalan yang dibawa oleh
orang-orang Islam atau orang-orang yang bukan Islam mendakwa bahawa ajaran dan
amalan yang dibawa berdasarkan kepada ajaran Islam sedangkan pada hakikatnya
ajaran dan amalan yang dibawa itu bertentangan dengan aqidah dan syariat Islamiyyah,
bertentangan dengan mazhab yang muktabar dan bertentangan dengan Ahli Sunnah
Wal Jamaah.
Kesimpulannya, ajaran sesat adalah suatu kepercayaan dan amalan yang dibawa
oleh orang Islam atau bukan Islam yang bertentangan dengan atau terpesong dari
akidah dan syariah Islam yang diperkenalkan oleh Rasulullah SAW dan diamalkan oleh
para sahabat serta tabien.

Ciri-Ciri Ajaran Sesat


Antara ciri-ciri ajaran sesat yang ditemui di Malaysia ialah:
Guru atau mahaguru ajaran itu biasanya berkata ajaran hendaklah dirahsiakan.
Guru atau mahaguru sering menunjukkan perkara-perkara misteri, kesaktian,
menyembuhkan penyakit dan sebagainya.

Pengajarannya dilakukan ditempat-tempat (rumah) yang gelap atau samar dan


dengan
cara yang perlahan.

Tafsiran ayat-ayat al-Quran yang diputar belitkan atau falsafah-falsafah


kebatinan yang
sukar difahami. Mengaku dirinya atau gurunya sebagai nabi dan
mendakwa
menerima wahyu.

Mempercayai adanya nabi-nabi lain selepas Nabi Muhammad SAW.

Mengaku dirinya atau gurunya sebagai Imam al-Mahdi atau mempercayai orangorang tertentu tidak mati dan akan muncul sebagai manusia istimewa seperti Imam alMahdi dan sebagainya.

Mempercayai wahyu masih lagi diturunkan selepas kewafatan baginda


Rasulullah
SAW.

Mengaku dirinya sebagai wali dan mempunyai keramat tertentu.


Mengakui mendapat kasyaf atau ilmu laduni.

Mempercayai bahawa roh orang yang mati menjelma semula ke dalam jasad
orang yang
masih hidup.

Mendakwa amalan yang diajarkan kepada muridnya seperti zikir boleh


menggagalkan
kiamat.

Mendakwa pengikut-pengikut ajaran atau tarikatnya sahaja yang dijamin masuk


syurga.

Mempercayai gurunya boleh menebus dosa dengan wang.

Mendakwa semua agama adalah sama.

Mempercayai orang yang telah mati boleh memberi pertolongan apabila diseru
namanya.

Memohon kepada benda-benda tertentu seperti batu, cincin dan sebagainya


untuk sampai kepada tuhan.

Melakukan penyerahan rohani dan jasmani kepada guru melalui nikah batin
dengan
harapan untuk mendapatkan anak yang soleh.

Mengaku Allah menjelma di dalam dirinya.

Mendakwa atau mengaku dirinya sebagai wakil nabi yang boleh memberi
syafaat
kepada muridnya.

Mendakwa ajaran atau tarikatnya yang diamalkan sekarang diambil terus dari
Rasulullah SAW secara jaga.

Mengaku atau mempercayai bahawa seseorang itu boleh berhubung dengan


Allah melalui Nur Muhammad yang berada di dalam dirinya dan dengan demikian
didakwa
pasti masuk syurga.

Memansukhkan syariat Islam seperti solat, puasa, haji di samping membuat


syariat baru.

Meninggalkan solat Jumaat kerana mengamalkan suluk.

Mengubah dengan sengaja ayat-ayat suci al-Quran.

Mengaku dan mempercayai bahawa azimat (tangkal) boleh memberi kesan.

Mendakwa setiap yang zahir ada batinnya. Oleh itu setiap ayat yang diturunkan
ada
takwilnya seperti puasa, zakat, haji, nikah dan sebagainya. Mereka menuduh
orang yang mengamalkan syariat hanya mengamalkan kulitnya sahaja dan tidak
sampai
kepada isi.

Mengagung-agungkan keturunan Yahudi sebagai bangsa yang paling baik yang


patut dicontohi

Ciri-ciri ajaran sesat yang dikemukakan jelas menunjukkan akidah yang


dipegang dan syariah yang diamalkan bertentangan dengan ajaran yang terkandung
dalam al-Quran dan al-Sunnah. Penyelewengan tersebut menyebabkan ajaran tersebut
difatwakan sesat kerana terkeluar dari mazhab Ahl al-Sunnah wa al-Jamaah.

Bentuk-Bentuk Ajaran Sesat


Berdasarkan kepada ciri-ciri yang terdapat dalam ajaran sesat di Malaysia ianya dapat
dibahagikan kepada tiga bentuk utama iaitu:
i.

Bentuk Ajaran Baru

Bentuk ini biasanya diasaskan atau direka oleh orang tertentu yang dikenali sebagai
guru atau penganjur yang menggunakan berbagai-bagai nama atau pengamalan
tertentu. Ada antaranya yang menamakan ajaran baru mengikut nama gurunya.

ii.

Bentuk Tariqat

Kebanyakan ajaran sesat berbentuk tarikat. Nama-nama ajaran ini seringkali


disandarkan kepada tariakt-tarikat yang masyhur di kalangan umat Islam sebagaimana
yang telah diamalkan oleh ulama iaitu tarikat berpandukan al-Quran dan al-Sunnah.
Antaranya menggunakan nama tarikat seperti Ahmadiah, Qadariah, Muffaridiyyah dan
lain-lain lagi.
Walaupun ada persamaan dari segi nama, tetapi dari sudut isi ajaran dan konsep
yang terdapat di dalamnya berbeza. Perbezaan ini mengandungi unsur-unsur yang
boleh membawa penyelewengan dari segi aqidah Islamiyyah dan syariatnya seterusnya
akan memesongkan pengikut dan pengamalnya dari landasan Islam yang sebenar.
Kelahiran Kepercayaan dan Amalan Tradisi Yang Berhubung dengan Amalan Mistik dan
Kultus
Bentuk kepercayaan ini bukanlah satu perkara yang luar biasa di kalangan
orang-orang Melayu Islam di negara ini kerana ianya telah menjadi amalan kebiasaan
dalam kehidupan seharian mereka. Diantara sifat-sifatnya ialah:

Pemujaan terhadap tempat-tempat yang dianggap keramat.


Pemujaan terhadap orang-orang yang dianggap wali dan mempunyai
kelebihan.
Kepercayaan kepada kuasa-kuasa kesaktian melalui amalan-amalan
seni mempertahankan diri dan sebagainya.
Kepercayaan terhadap dukun ataupun bomoh yang mendakwa
mendapat ilmu kedukunan daripada mimpi atau orang-orang halus (bunian
ataupun orang sampingan) melalui amalan cara jampi, menurun dan sebagainya.

Didapati rata-rata umat Islam di Malaysia terutamanya bangsa Melayu atau


masyarakat pribumi masih lagi mencampur adukkan di antara amalan-amalan tradisi

yang diterima dari nenek moyang mereka dengan ajaran-ajaran Islam. Ini lebih
memudahkan pembawa-pembawa ajaran sesat mengembangkan unsur-unsur yang
membawa kepada penyelewengan terhadap ajaran Islam.

CONTOH AJARAN SESAT


Bagi mengenalpasti bentuk-bentuk dan penyelewengan ajaran sesat yang muncul dan
berkembang di Malaysia, dikemukakan beberapa contoh dan kandungan ajaran sesat
yang terdapat di Malaysia dengan lebih terperinci. Antaranya:
a. Darul Arqam
Ajaran ini diasaskan oleh Haji Asaari Mohamad dan telah difatwa haram oleh Majlis
Fatwa Kebangsaan secara rasminya pada 5.8.1994. Ini diputuskan berlandaskan perkaraperkara yang diajarkan oleh Asaari Mohamad kepada pengikut-pengikutnya iaitu:

Darul Arqam mempercayai bahawa Syeikh Muhamad Suhaimi, Pengasas


Aurad
Muhammadiah tidak mati dan akan lahir sebagai Imam Mahdi.

Mempercayai bahawa Syeikh Muhammad Suhaimi telah berjumpa


dengan Rasulullah
SAW dalam Kaabah dengan keadaan jaga dan menerima Aurad
Muhammadiah
daripada baginda.

Mengadakan tambahan-tambahan kepada lafaz-lafaz syahadah dengan


fakta palsu yang
menyebut Syeikh Muhammad Suhaimi sebagai Imam Mahdi dan
menyamakan tarafnya
dengan Khulafa al-Rasyidin.

Mentafsir secara salah terhadap maksud ayat 3 surah al-Nisa dengan


mendakwa
bahawa asal pernikahan hendaklah bermula dengan dua isteri dan
seterusnya tiga dan empat. Ini bertentangan dengan tafsir muktabar dan sekaligus
menolak ijmak ulamak
tentang hukum nikah.

Asaari Mohamad mendakwa telah bertemu secara sedar dan berdialog


dengan
Rasulullah SAW dan para sahabat baginda. Beliau juga mendakwa
Rasulullah SAW
mengakui kesahihan ajaran Darul Arqam.

Asaari Mohamad didakwa oleh isterinya Hatijah dan pengikutpengikutnya, diberi kuasa oleh Allah.

Asaari mohamad telah mendakwa dirinya dari keturunan Arab Bani


Tamim.

b.

Ajaran Ayah Pin.

Diasaskan oleh Ariffin Mohamad atau lebih dikenali dengan panggilan Ayah Pin. Ajaran
ini telah diwartakan sesat pada Disember 1997 oleh Jawatankuasa Fatwa Majlis Agama
Islam dan Adat Melayu Terengganu. Kandungan ajarannya:

c.

Membuat dakwaan bahawa Tidak ada orang lain selain saya dan Nabi
Muhammad SAW yang berguru dengan Jibril.
Mesti berjumpa Allah dan Rasul dahulu baru boleh percaya.
Nabi Muhammad mencantumkan kitab Zabur, Taurat dan Injil dan menjadikan
al-Quran.
Bongkar al-Quran dahulu baru boleh percaya kepada Malaikat dan sifat dua
puluh.
Setiap kali sembahyang hendaklah beriktikad bahawa Ayah Pin berada di
hadapan.
Al-Quran perlu dibakar dan abunya dilumur pada tubuh Ayah Pin.
Mendakwa beliau telah melalui semua agama-agama barulah menjadi Islam dan
menerima syahadah secara langsung dengan Tuhan.
Beliau mendakwa, di atas muka bumi ini tiada orang lain yang memimpin
manusia melainkan Ayah Pin seorang.
Nyawa manusia yang ada di atas muka bumi adalah duduk di tangannya kerana
dia memegang segala kunci akhirat.
Bersyair memuji-muji di atas nama Ayah Pin adalah lebih afdhal daripada
berzikir dan bersembahyang.
Semasa mengucap dua kalimah syahadah hendaklah beriktikad dalam hati
kepada Ayah Pin.
Jika ada ahli yang akan mati, Ayah Pin akan pergi dahulu untuk menentukan
bagi simati syurga atau neraka.
Setiap kali berhimpun di Gua Bayu, Gua Musang, Kelantan, sebuah al-Quran
akan dibakar dan abunya akan dilumur pada tubuh Ayah Pin.
Rukun Iman iaitu percaya kepada Allah ialah dengan mengenalinya, beriman
kepada Rasul ialah dengan cara berjumpa dengan rasul-rasul, Kitab al-Quran
adalah cantuman daripada empat kitab, malaikat dijadikan daripada Nur
Muhammad, tidak percaya langit dan bumi digulung atau dihancurkan pada
hari Kiamat sebab belum berjumpa lagi, pegangan Ayah Pin ialah dibuat semua,
dapatlah Qada dan Qadar masing-masing bahagian.

Tariqat Naqsyabandiah Kadirun Yahya

Tariqat ini diperkenalkan oleh Profesor Kadirun Yahya. Muzakarah Jawatankuasa Fatwa
Majlis Kebangsaan Bahagian Hal Ehwal Islam Malaysia pada 15 hingga 16.11.81 di bilik
Gerakan Negeri Terengganu telah memutuskan bahawa Tarikat ini adalah menyeleweng
dari ajaran Islam sebenar dan difatwakan haram. Antara kandungan ajarannya:

Tarikat ini didakwa kononnya diwahyukan Allah sepada Nabi


Muhammad SAW sebelum baginda menjadi rasul. Melalui tarikat ini Allah
menurunkan Nur (cahaya) ke dalam badan Nabi Muhammad. Nur Muhammad
ini diturunkan melalui salasilah sehingga sampai kepada Kadirun Yahya.
Pengikut ajaran dikehendaki menggambarkan wajah guru semasa
beribadat supaya segera dikabulkan Allah.
Sebelum pengikut-pengikut ajaran ini menunaikan haji ke Mekah terlebih
dahulu mereka hendaklah bersuluk di Pencbudi di Medan. Sekiranya tidak
mampu ke Mekah memadai datang Medan sahaja.
Ahli terikat ini tidak boleh merokok kerana merokok tidak masuk syurga.

d.

Black Metal

Black Metal bermaksud logam hitam yang diilhamkan daripada tajuk album kumpulan
Venom satu kumpulan muzik berirama rock berat yang muncul di Barat pada awal 1980an. Di Malaysia ia mula berkembang berikutan penubuhan kumpulan Termentor, Brain
Dead, Skull Head, Sillihanaz dan Suffercation. Muzakarah Majlis Fatwa Kebangsaan ke72 pada 23 Januari 2006 telah memutuskan ajaran Balck Metal adalah sesat dan haram
dalam Islam. Penetapan tersebut dibuat berdasarkan beberapa perkara iaitu:

Menggalakkan pengikutnya memijak al-Quran, memuja syaitan, anti


Tuhan
mengamalkan seks bebas serta meminum darah dan arak.

Susunan muzik dan liriknya banyak diilhamkan saripada ideology


antipembangunan, anti agama, perlakuan kejam dan memuja syaitan.

Mempunyai kitab sendiri yang mempercampurasukkan beberapa ayat


suci tulisan rumi,
hadis dan Injil.
Ciri-ciri Muzik Black Metal:

dikurangkan.

biola, orang

Petikan gitar menggunakan irama muzik yang keras.


Lirik gitar yang nyaring dan menggunakan bunyi gitar yang tebal.
Pengeluaran album yang terhad kerana permintaan yang kurang.
Muzik laju, ketukan dram agresif serta bingit dan kadangkala ketukan
Kebiasaannya menggunakan keyboard elektronik, memasukkan bunyian
dan iringan koir bagi memasukkan elemen orkestra.
Nada bunyi yang tinggi dengan suara yang menjerit.

Pihak Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) tidak mempunyai jumlah


sebenar pengikut Black Metal namun yang pasti pada sambutan tahun baru 2006, 105

10

orang pengikut telah di kesan di Negeri Sembilan dan beberapa orang lagi di Sungai
Petani dan Kuala Lumpur.

e.

Aliran Pemikiran Liberal

Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam
Sarawak kali ke 74 telah sepakat memutuskan bahawa gerakan pemikiran liberal
mengandungi fahaman-fahaman yang menyeleweng dari aspek aqidah dan syariah
antaranya:

Konsep asas yang menjadi pegangan iaitu menyatakan semua agama adalah
sama tarafnya.

Akal manusia adalah wahyu dengan menyatakan wahyu terbahagi kepada 2.


Wahyu
bertulis adalah al-Quran yang berbentuk teks semata-mata dan wahyu
tidak bertulis adalah akal manusia yang menghidupkan teks al-Quran berdasarkan
tujuan, konteks
suasana dan zaman.

Meragui ketulinan al-Quran. Mendakwa al-Quran dipengaruhi dengan budaya


Arab kerana bahasanya milik orang Arab dan Nabi Muhammad dari kalangan orang
Arab. Oleh itu al-Quran merupakan kitab yang menggambarkan imej budaya
masyarakat Arab.

Faktor Perkembangan Ajaran Sesat


Beberapa faktor yang dikenalpasti memudahkan perkembangan ajaran sesat di
Malaysia. Antaranya ialah:
i.

Kurang asas pendidikan agama

Kejahilan pengetahuan dan kurangnya asas pendidikan Islam di kalangan pelopor dan
pengikut ajaran sesat merupakan faktor utama berkembangnya ajaran sesat kerana
keadaan ini tidak menimbulkan banyak tentangan dan persoalan di antara pengikut dan
pembawa ajaran tersebut. Justeru apabila dirasakan individu tertentu mempunyai
sedikit kelebihan berbanding yang lain maka mereka berani menentukan seseorang
sebagai Imam Mahdi atau Nabi malah adanya berani mengaku diri atau ketua ajaran
sebagai Tuhan.
ii.

Berpegang teguh dengan adat dan kepercayaan

11

Kebanyakan ajaran sesat di Malaysia mencampur adukkan ajarannya dengan adat dan
kepercayaan nenek moyang sekelompok masyarakat tertentu menjadikan ianya mudah
untuk diterima dan dikembangkan. Percampuran tersebut menjadikan pengikutnya
merasa selesa dan sesuai untuk percaya dan mengamalkan ajarannya apatah lagi apabila
ianya digandingkan dengan kepercayaan kebatinan yang ada titik persamannya dengan
kepercayaan dan adat orang-orang terdahulu.
iii.

Umat Islam menjauhi al-Quran dan al-Sunnah

Sistem pendidikan yang diperkenalkan oleh penjajah Barat berusaha menjauhkan umat
Islam dari al-Quran dan al-Sunnah menjadi penyumbang utama dalam perkembangan
ajaran sesat di Malaysia. Semua pembuktian kebenaran ilmu dirujuk kepada kaedah
saintifik semata-mata dan sumber al-Quran dan al-Sunnah ditolak sama sekali. Apabila
umat Islam tidak menjadikan al-Quran dan al-Sunnah sebagai panduan dan sumber
dalam kehidupan maka kesesatan akan mengongkongi kehidupan mereka sebagaimana
peringatan terakhir yang diberikan oleh Rasulullah SAW dalam hadis baginda yang
bermaksud:
Wahai umat manusia! Sesungguhnya telah ku sampaikan kepadamu dan
sesungguhnya telah ku tinggalkan kepadamu sesuatu, yang apabila kamu
berpegang teguh kepadanya, pastilah kamu tidak akan tersesat selamanya, yakni
sesuatu yang terang dan nyata, Kitab Allah (al-Quran) dan Sunnah RasulNya.
iv.

Kedudukan geograf

Kedudukan Malaysia yang mempunyai jiran dari rumpun Melayu yang begitu hampir
terutamanya dengan Indonesia dan Filipina secara tidak langsung memudahkan
kemasukkan aliran kepercayaan serta kebatinan yang terdapat di kedua-dua negara
tersebut. Ini terbukti kebanyakan dari ajaran sesat di Malaysia, berasal dari Pulau Jawa
yang terkenal dengan pelbagai bentuk ajaran atau kepercayan kebatinan dan ilmu ghaib.
Justeru penghijrahan warga dari negara jiran turut membawa kesan terhadap bentuk
kepercayaan dan amalan dalam agama terhadap penduduk Malaysia.
v.

Keghairahan menerima dan mengamalkan sesuatu yang baru.

Kebanyak pengikut ajaran sesat merupakan mereka yang suka menerima dan
mempelajari sesuatu yang baru lebih-lebih lagi jika ianya merupakan perkara-perkara
aneh atau luar biasa seperti boleh mengubati orang sakit, dapat berjalan di atas air,
dapat melakukan perkara-perkara yang tidak mampu dilakukan oleh orang lain dan
sebagainya.

12

vi.

Keghairahan mencari ketenangan jiwa.

Mencari ketenangan jiwa melalui unsur kerohanian ditambah dengan kesalahan dan
dosa lampau menjadikan seseorang mudah dipengaruhi oleh ajaran sesat. Bagi
mencapai matlamat tersebut mereka biasanya dianjurkan melakukan kaedah
pembersihan jiwa dengan cara yang mudah dan singkat tanpa mengikut al-Quran atau
sunnah.
vii.

Sikap lewa masyarakat

Sikap orang ramai yang tidak bertanggungjawab dan peka untuk menyekat dan
membenteras ajaran serta dengan alasan tidak mahu menjaga urusan orang lain
ditambah lagi dengan kesibukan mereka dengan tugasan harian. Justeru kemunculan
dan perkembangan ajaran sesat tidak dilaporkan oleh anggota masyarakat kepada pihak
berwajib selagi ianya tidak mengganggu aktiviti harian mereka.
viii.

Seks

Guru ajaran sesat memperkenalkan konsep nikah batin yang membenarkan guru
melakukan hubungan seks dengan pengikut wanita. Mengakui bahawa pernikahan
tersebut disaksikan oleh Allah dan Malaikat. Ia juga bertujuan untuk medapatkan zuriat
yang soleh. Hubungan seks tersebut dikaburi dengan menyatakan zikrullah sebagai
salah satu syarat untuk menyempurnakan matlamat tersebut.

PERUNTUKAN UNDANG-UNDANG BERHUBUNG AJARAN SESAT


Dalam Perlembagaan Persekutuan, bidang kuasa mentadbir perkara-perkara yang
berhubung dengan hal ehwal agama Islam diletakkan di bawah bidang kuasa negeri.
Bagaimanapun perlembagaan masih menjadi undang-undang tertinggi negara. Oleh itu
apa juga undang-undang berhubung hal ehwal Islam termasuk hukuman kesalahan
jenayah syariah masih tertaktluk pada undang-undang tertinggi.
Walaupun tidak ada peruntukan khusus bagi kesalahan ajaran sesat; namun
terdapat beberapa peruntukan yang dapat diaplikasikan berhubung dengan ajaran sesat.
Ianya dapat dibahagikan kepada tiga:
a.
Undang-undang negeri melalui Enekmen Kesalahan Jenayah Syariah
(Takzir)
Terengganu yang khusus bagi kesalahan-kesalahan yang dilakukan oleh
orang Islam di
Terengganu.
b.
Enekmen Kesalahan Syariah (Hudud dan Qisas) Terenggau
1423H/2002M.

13

c.
Undang-undang persekutuan yang terdapat dalam pelbagai Akta
Persekutuan yang
terpakai kepada semua orang dan agama.
Antaranya Akta tersebut ialah:
i
ii
iii
iv
v

Perkara 149 Perlembagaan Persekutuan


Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA)
Perkara 11 Perlembagaan Persekutuan
Kanun Keseksaan (Panel Code)
Akta Hasutan 1948 (Pindaan 1970)

Secara umumnya peruntukan undang-undang yang disenaraikan adalah


terpakai bagi semua orang yang tinggal di Malaysia tanpa mengira agama, kaum atau
keturunan. Sekiranya tindakan yang dilakukan secara individu mahupun berkumpulan
didapati menyeleweng daripada ajaran Islam dan boleh menggugat ketenteraman awam
maka tindakan undang-undang boleh diambil.

KESIMPULAN
Kewujudan ajaran sesat di dalam masyarakat Islam di Malaysia bukan sahaja membawa
kepada penyelewengan akidah malah menimbulkan perpecahan di kalangan umat Islam
kerana akan wujud beberapa perbezaan kepercayaan dan amalan. Keadaan ini perlu
dibendung demi kesejahteraan pembentukan generasi Islam yang berkualiti. Seluruh
umat Islam perlu memainkan peranan masing-masing mengikut kepakaran dan bidang
kuasa bagi membenteras kelahiran dan perkembangan ajaran sesat ini dengan
meletakkan akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah sebagai pegangan mutlak umat Islam di
Malaysia.

14

Você também pode gostar