Você está na página 1de 10

Temubual Bersama Lodgekeeper Sempena Isu Marvi Marmara

Peristiwa serangan para komando Israel ke atas kapal bantuan kemanusiaan ke Gaza,Marvi
Marmara telah menggemparkan masyarakat antarabangsa terutamanya umat Islam serata
dunia.Lodgekeeper yang kini sedang berada di Tuzluca di sempadan Armenia-Turki meluangkan
masanya bersama-sama kami untuk ditemubual melalui khidmat perbualan Internet,untuk
berkongsi bersama-sama pembaca MF membincangkan isu ini.Dalam temubual kali
ini,Lodgekeeper telah menyentuh persoalan 'prophecies' yang semakin menghantui diri para Elit
The AntiChrist.Lodgekeeper juga menyentuh tentang sejarah Yahudi dan Israel,harapan mereka
tentang Zion dan Promised Land,kaitan mereka dengan Christian Zionist,Jesuit dan
Illuminati.Seterusnya beliau membicarakan tentang ramalan tentang kebangkitan mujaddid
terakhir yang akan menjaga maruah Islam dari satu bangsa misteri sebagaimana bangsa
Arab,Turki,Kurdis,Mamluk Mesir dan Monggol-Tartar (setelah memeluk Islam) pernah menjadi
'The Guardian of Islam' dari serangan kafir harbi dan The Hidden Hand yang mahu
menghancurkan agama Allah di muka bumi.

Ketika para Zionis semakin tertekan dengan rezeki Allah yang berpusu-pusu ke Gaza melalui
jalan laut,kami dengan sukacitanya membawakan Temubual Bersama Lodgekepeer dari
Tuzluca,Turki.

Pandangan beliau tidak semestinya mencerminkan keseluruhan pandangan MistisFiles dan


Mistis Organization.

-M.O
S:MistisFiles             J:Lodgekeeper

S:Bagaimana keadaan di sana?


J:Di sini masih hangat isu para aktivis negara mereka yang terbunuh akibat serangan komando
Israel Isnin lepas.Di televisyen,kerap dipaparkan berita-berita mengenainya dan terdapatnya juga
liputan khas tentang insiden Marvi Marmara.

S:Boleh kita mulakan temubual.


J:Silakan.

S:Mengapakah Israel begitu tergopoh-gapah menyerang Marvi Marmara padahal bukankah


mereka sudah mendapat maklumat bahawa ianya adalah kapal bantuan kemanusiaan?
J:Istilah 'tergopoh-gapah' itu kurang tepat.Istilah yang tepatnya ialah 'sensitif'.Mereka terlalu
sensitif atau terlalu berhati-hati sehingga operasi Marvi Marmara perlu dicantas awal-awal.

S:Sensitif?Mengapa demikian?
J:Semakin cepat dunia menuju kehancuran atau istilah saintifiknya "End Game",maka selepas ini
kita akan menyaksikan lebih banyak tindakan-tindakan membabi-buta hasil sikap terlalu sensitif
dan berhati-hati Israel.Proses untuk 'establishing' takhta Dajjal The AntiChrist sedang
berlangsung di Jerusalem.The Hidden Hand tidak mahu walau sepicing pun gangguan ke atas
proses untuk 'mengambil-alih' dunia fana ini dari tangan Allah s.w.t.Iblis telah menipu mereka
supaya terus berusaha mengukuhkan cengkaman mereka ke atas umat Islam Palestin supaya
mereka akan mati perlahan-lahan akibat kebuluran atau kesusahan hidup,sepertimana proksi-
proksi Dajjal menggunakan cara ini ke atas Masjidil Aqsa,mengorek lubang di bawahnya atas
alasan arkeologi dan lain-lain,dengan tujuan melemahkan struktur masjid yang akhirnya akan
membawa kepada keruntuhan masjid tersebut.Lihat,mereka boleh sahaja mengebom masjid
ini.Tetapi mereka tidak berbuat demikian.

S:Mungkin kerana masjid ini mempunyai sentimen yang kuat dikalangan umat Islam,sekiranya
runtuh,mungkin sahaja akan menimbulkan penentangan besar-besaran?
J:Ini adalah pandangan kontemporari dan kepercayaan umum,namun ada sebab-sebab lain.

S:Boleh tuan jelaskan?

J:Elit Yahudi yang berfahaman Zionis dan juga Zionis Kristian mempunyai kepercayaan khas
tentang Islam dan segala tempat sucinya.Mereka percaya,tempat-tempat suci Islam mempunyai
kuasa ghaib yang tidak difahami.Semua ini didapati dari peringkat tertinggi The Elite.Dajjal
diberitahu supaya tidak memusnahkan tempat-tempat suci Islam sekaligus.Adakah Yahudi
mempunyai sikap menghormati tempat ibadat Islam?Nothing!Berapa banyak masjid-masjid telah
dimusnahkan oleh Yahudi setiapkali serangan mereka?Dajjal tidak boleh memasuki kawasan
Masjid Nabawi dan Baitullah kerana dihalang oleh para malaikat yang mengawal kedua-dua
tempat suci ini.Dajjal The Antichrist nampak apa yang Israel tidak nampak.

S:Bagaimana dengan insiden Marvi Marmara?


J:Komando Israel menyerang kapal bantuan itu bagaikan kapal tersebut adalah kapal tentera laut
Palestin.Mereka sebenarnya diarah oleh seseorang.Orang itu pula diarah oleh peringkat tertinggi
The Elite.Di dalam The Elite berkeliaran para shaman dan tukang sihir Kabbalah juga
penyembah pagan.Mereka mengumpulkan ramalan-ramalan dalam kitab-kitab lama."The
Prophecies" inilah yang amat menakutkan mereka.AlQuran dan Hadis-hadis Rasulullah s.a.w
sudah semesti wajib dikaji.Para orientalis mereka berusaha menafsirkan kata-kata Nabi dan
mereka amat yakin kata-kata baginda adalah benar!Sebab itu mereka bertindak!Mereka tidak
akan bertindak terburu-buru jika tidak kerana semua ramalan akhir zaman dalam hadis nabi
benar-benar menjadi kenyataan mengikut yang dijadualkan.Bayangkan sebuah negara yang
mempunyai berpuluh-puluh peledak nuklear dan antara tentera paling terbaik dunia serta menjadi
pengeluar senjata,begitu panik mengarahkan KOMANDO mereka menyerang kapal aktivis
kemanusiaan.Saya ulangi,KOMANDO,bukannya tentera IDF biasa.Saya tunggu jika mereka
mengeluarkan briged rahsia mereka,KFIR.Dan jika ini berlaku,tanda-tanda Dajjal makin
hampir...sebelum semua manusia boleh membaca tanda KAF FA RA di dahinya,briged KFIR
telah muncul untuk memukul gendang perang terhadap penganut agama Allah.

Namun ini berlainan pula berlaku di Malaysia dan sesetengah negara Islam.Kata-kata nabi
diperlecehkan.Janggut nabi jadi mainan gelak ketawa.Ajaran nabi dipersendakan.Contoh terbaik
pergerakan Sister In Islam yang didalangi proksi-proksi The Elite.Di dalamnya berkeliaran para
pengamal undang-undang,tetapi sanggup membutakan mata sendiri terhadap kebaikan undang-
undang Islam ke atas wanita.Isu Kartika sebagai contoh,mereka bukan tidak tahu orang yang
akan menyebat Kartika TIDAK BOLEH MENGANGKAT CELAH KETIAKNYA SEDIKIT
PUN mengikut hukum Islam,namun mereka sanggup menjadi buta,pekak dan bisu sekaligus
mengatakan hukum Islam itu kejam,tidak bertamadun dan ganas.Cuba lihat bagaimana sebatan
mengikut undang-undang Barat terhadap pesalah.Kulit punggung pun boleh tersiat
menampakkan darah merah berserta isi daging.Tetapi mereka menutup mata sambil menyatakan
inilah hukum paling bagus dalam dunia.Mereka tidak tahu di akhirat nanti,hukum Common Law
kesayangan mereka akan hilang entah ke mana,yang ada adalah UNDANG-UNDANG
ALLAH.Nasib mereka lebih kurang sama dengan orang yang mengadakan 'Hari Melukis
Gambar Muhammad'.

S:Apakah rancangan Israel sebenarnya?Mengapa Amerika selalu tunduk kepada Israel?


J:Amerika tidak tunduk kepada Israel,tetapi 'menjaga' Israel.Israel ibarat pelaburan bagi The
Elite di Amerika.Jadi,mereka perlu menjaga 'pelaburan' mereka sebaik-baiknya.Anda tanya apa
rancangan Israel?RANCANGAN ISRAEL IALAH UNTUK MENJADI BANGSA PILIHAN
TUHAN YANG KEMBALI KE PROMISED LAND.Lihat,ada dua perkara di sini;bangsa
pilihan Tuhan dan Tanah Yang Dijanjikan.

Inilah rancangan Yahudi.The Elite telah menubuhkan ZIONIS sebagai alat untuk
memanipulasikan KEHENDAK Yahudi (baca Jigsclue #013).Yahudi adalah sasaran pertama
mereka untuk mencapai impian paling agung mereka.

S:Saya kurang faham maksud tuan.Ini bermakna Israel dan Yahudi bukan perancang semua ini?
J:Mereka bukan domain,tetapi sub-operasi.Orang Yahudi menganggap mereka adalah bangsa
pilihan Tuhan dan selain Yahudi adalah goyyim.NAMUN SEBENARNYA MEREKA
ADALAH GOYYIM KEPADA THE ELITE.Saya tidak nafikan terdapat Yahudi dalam The
Elite,namun mereka mempergunakan keghairahan Yahudi terhadap terma-terma dalam Talmud
dan The Protocols (Protocols of The Learned Elders of Zion) untuk merealisasikan impian
mereka bersama Christian Zionist.Siapakah Raja Yahudi Yang Ditunggu-tunggu?Bagi
Dajjal,semua manusia adalah goyyim termasuk Yahudi.

Adakah The Protocols muncul ketika Kongres Pertama Zionisme tahun 1897 di Basel?TIDAK
SAMA SEKALI.The Protocols telah lama muncul ketika zaman Bavarian Illuminati yang
diterajui oleh Adam Weishup pada abad ke-18.Siapa yang menulis The Protocols?Bukan Adam
Weishup,tetapi diberikan kepadanya oleh seorang pemuka Yahudi.Adakah pemuka Yahudi ini
yang menulisnya?TIDAK.Tetapi proksi Dajjal peringkat tertinggi yang menulisnya bersama
Dajjal sendiri.

S:Jadi siapa yang berkuasa sekarang?Yahudi Israel atau Kristian?


J:Kedua-duanya SALAH SAMA SEKALI.

YANG PALING BERKUASA SEKARANG ADALAH PENGANUT AGAMA PAGAN


DAN PENYEMBAH SYAITAN.

Israel dan Kristian,kedua-duanya bukan domain,tetapi sub-operasi kepada The Elite,yang


diterajui oleh para penganut agama menyembah Iblis dan Syaitan.Iblis akan menunjukkan
caranya kepada Dajjal,dengan syarat dia mesti menumpukan usaha supaya manusia menyembah
dirinya.Pada peringkat tertinggi KEKAFIRAN BUKANLAH KEHENDAK UTAMA
IBLIS,tetapi penyembahan total kepada dirinya.Ini samalah seperti Firaun yang mengatakan
"Akulah Tuhan yang tertinggi".Bezanya Iblis mengaku Allah itu TUhan,tetapi Firaun
tidak.Namun manusia haruslah dikafirkan terlebih dahulu,tidak kira dia menyembah patung
berhala,menyembah salib atau sebagainya,namun jangan sesekali dia kembali kepada jalan
Penciptanya sendiri,Allah Azza Wa Jalla.Kristian,adalah mangsa paling teruk
diperkudakan.Paulus adalah ejen The Hidden Hand yang dihantar untuk memporak perandakan
ajaran Nabi Isa a.s dan para Hawariyyun (The Apostles).Barnabas,seorang Hawariyyun yang
paling muda dan yang terakhir telah mengesan sesuatu yang tidak kena dengan perwatakan
Paulus,namun akhirnya ditentang Paulus dan mereka pun berpisah.Namun apa yang terjadi?
Semua kitab-kitab Hawariyyun dibakar dalam Persidangan Nicea dan apabila tiba-tiba muncul
kitab Barnabas,mereka menafikan isi kitab itu dan mendakwa ia hasil tulisan tangan orang Islam
semata-mata terdapat ramalan Nabi Isa a.s tentang kedatangan Nabi Muhammad s.a.w.

Paus Vatikan adalah orang yang paling faham siapakah dirinya yang sebenar.Dia juga tahu
aliran-aliran seperti Benedictine,Franciscan atau Jesuit;yang manakah adalah kakitangan
Dajjal.Mungkin kesemuanya,kerana Vatikan sebenarnya telah lama menjadi sarang The Hidden
Hand.Sejak tahun 1980-an saya telah melihat kertas-kertas sulit berkenaan aktiviti gelap para
paderi Katolik seluruh dunia;PEDOPHILE.Ini adalah katakuncinya untuk mengungkap rahsia
paling jijik Vatikan.Ketika saya mula membacanya,di mana ada di antara hasil laporan itu
difailkan sekitar tahun 1960-an,saya pada mulanya agak ragu-ragu dan tidak percaya.Namun kini
perkara tersebut telah terdedah secara meluas.Begitu juga rancangan Amerika mencipta virus-
virus berbahaya untuk mengurangkan populasi.Ini semua sudah ada seawal kita baru merdeka!
S:Apakah impian Yahudi sebenarnya?
J:Di dalam Talmud,terdapat mitos tentang bangsa pilihan Tuhan.Juga The Promised
Land.Yahudi percaya Promised Land mereka adalah Palestin,namun Christian Zionist percaya
Promised Land itu terletak di Asia Tenggara!

S:Ini sesuatu yang agak luar biasa.


J:Anda pernah dengar tentang Prester John?Seorang raja Kristian legenda yang kononnya
mempunyai kerajaan di Timur yang besar.Pendapat umum mengatakan Prester John berada di
Afrika tepatnya di Habsyah atau di India.Mitos mengatakan raja misteri ini telah mengirim surat
kepada maharaja Byzantin dan Paus.Dan kajian mendapati bahawa raja ini kemungkinan adalah
raja di Asia Tenggara yang memiliki empayar yang luas!Ini kerana isi suratnya yang dikirimkan
kepada maharaja Byzantin dan Paus adalah sama format seperti isi surat Maharaja Zabaj kepada
seorang raja di India dan Maharaja China.Antaranya menyebut tentang wilayah kekuasaannya
yang luas dan tawaran untuk membina rumah-rumah ibadat.Prester John telah meminta Paus
menghantarkan pendakwah-pendakwah Kristian kepadanya.Anda tahu siapakah maharaja Zabaj?

S:Saya rasa pernah terdengar sebelum ini.


J:Zabaj atau Zabag adalah panggilan pengembara Arab kepada Srivijaya,satu empayar maritim
terbesar di Asia Tenggara.Di dalam isi surat Prester John,dia ada menyebutkan kekayaan emas
dan kayu cendana (sandalwood).Ini adalah dua kekayaan Srivijaya ketika itu.Sehinggakan satu
pulau di Selat Sunda dinamakan Pulau Cendana (Pulau Sumba).

Para orientalis dan imperialis Kristian berlumba-lumba mencari di manakah Prester John
tinggal.Mereka menawan India,namun gagal berjumpa dengan Prester John.Di Afrika memang
terdapat kerajaan Kristian Habsyah,iaitu ketika kerajaan Aksum,namun ciri-cirinya tidak
menepati isi surat Prester John dan telah lama runtuh akibat kedatangan Islam.Prester John telah
berjanji akan membina tempat suci Kristian dan akan membantu dunia Kristian mengalahkan
musuh-musuhnya.Gereja percaya,jika mereka dapat berhubung dengan Prester John,Islam akan
hancur sehancur-hancurnya dan Baitul Maqdis akan kembali ke tangan mereka.Mereka terdengar
tentang Melaka,sebuah pelabuhan terkaya di dunia mengatasi Venice.INILAH DIA KERAJAAN
PRESTER JOHN YANG SEBENAR.Jadi Portugis pun tiba di Melaka dan melaporkan bahawa
Islam telah menghilangkan 'kerajaan Prester John' dan mereka terlewat untuk berhubung
dengannya.

Bayangkan sekiranya Nusantara adalah negara-negara Kristian.Apa yang akan terjadi?Tahukah


anda jika disebut dunia Islam (Islam World) orang Melayu Nusantara adalah antara 'aset'
terpenting dunia Islam.Mereka adalah paksi terpenting selain orang Arab.Saya berada di sebuah
negara yang bangsanya pernah memiliki empayar Islam yang luas berasaskan khilafah.Namun
kini mereka terpenjara dalam sistem sekular yang amat kejam,mungkin 10 kali ganda kejam dari
sekular Malaysia.Di sini agama Islam benar-benar dipandang 'candu masyarakat' oleh para
sekular dan tentera.TUJUAN UTAMA AMERIKA-YAHUDI ADALAH UNTUK
MENJADIKAN MALAYSIA SEBUAH NEGARA SEKULAR SEPEKAT SEKULAR
TURKI.

Namun peristiwa Marvi Marmara ini telah membuka mata rakyat Turki sedikit sebanyak.Seperti
yang anda tahu,Turki adalah sekutu kuat Amerika dan Eropah.Di Turki terdapat pangkalan
Amerika.Ketika perang melawan keganasan di Iraq dan Afghanistan,Turki telah membuka ruang
udaranya seluas mungkin bagi kegunaan Amerika membunuh saudara seIslamnya.Bayangkan
satu bangsa yang amat handal berperang setaraf dengan Monggol dan Tartar telah menjadi amat
lemah dan hina bagaikan singa kehilangan kuku.Turki mempunyai sejarah 'menyembah' berkali-
kali kaki Eropah supaya Turki dapat memasuki Kesatuan Eropah.

Pelbagai bangsa telah bergilir-gilir menjadi "The Guardian" bagi maruah dan kesinambungan
Islam.Bangsa Kurdis telah muncul sebagai pembela Baitul Maqdis dengan memimpin bangsa
Arab mengalahkan tentera Salib.Selepas bangsa Arab kalah sepenuhnya di tangan Monggol
dengan kejatuhan Abbasiah di Baghdad,dunia ketika itu seolah-olah menyaksikan kehancuran
Islam.Monggol amat sukar untuk dikalahkan.Hulagu Khan,yang telah membakar Baghdad dan
menyembelih beribu-ribu umat Islam telah menangkap sejumlah ahli agama Islam dan berkata
dengan angkuhnya di manakah Allah kamu untuk menghalang kematianmu pada hari ini?

Namun seorang syeikh telah mengatakan sesuatu tentang kekuasaan Allah yang  mampu
mencabut nyawa raja Monggol tersebut seketika itu sahaja,membuatkan wajah Hulagu
berubah.Tiba-tiba kudanya meringkik dan berpusing-pusing menyebabkan Hulagu tidak
berupaya mengawal keseimbangan tubuhnya lalu terjatuh.Namun kakinya telah tersangkut pada
pelana atau tali pada badan kuda.Badan Hulagu terseret-seret dan membawa kepada kematiannya
yang mengerikan dihadapan tentera-tentera Tartar.Sejak dari itulah,orang Tartar mula memeluk
agama Islam termasuk puak-puak Turki-Monggol yang lain sehingga melahirkan negara-negara
Asia Tengah seperti Turkmenistan,Kyrgyzstan,Kazakhstan dan Uzbekistan.Lihat perancangan
Allah mengatasi segala konspirasi.Bangsa Monggol yang membumihanguskan kerajaan Islam
akhirnya memeluk Islam dan menjadi pembela agama yang kuat.Cuba baca peperangan
terpenting di Ain Jalut di mana tentera Mamluk telah berjaya menewaskan tentera
Monggol.Peperangan ini setaraf dengan Perang Hittin menentang Tentera Salib.Warisan
Monggol Islam ini melahirkan kerajaan Moghul India,TimurLang di Samarkand dan campuran
Monggol-Turki yang melahirkan kerajaan-kerajaan Islam di Asia Tengah.Di tengah-tengah era
Monggol inilah lahirnya Kerajaan Khilafah Turki Uthmaniyyah setelah sistem khilafah
Abbasiyah hancur.

S:Mengapa The Elite tidak terus menjajah Malaysia dan sekitarnya?


J:Tidak ada gunanya terus menjajah 'wilayah Prester John' kerana walau seribu tahun pun mereka
menjajah,kerajaan Prester John tidak akan kembali ke tangan mereka.Mereka telah terlambat
kerana pedagang Arab telah cepat mengislamkan rakyat Prester John ini.Jadi mereka lepaskan
Malaysia dan yang lain-lain.Malaysia dan Indonesia dipastikan memakai hukum Common
Law.Raja-raja dan para pemimpin diMasonkan atau disekularkan.Selepas itu barulah mereka
melepaskannya.Lebih baik mereka mengirimkan boneka daripada mereka sendiri yang
memerintah.Seluruh rakyat,elit-elit Melayu dan ulama akan bersatu menentang mereka.Kini
pemimpinnya adalah dari kalangan orang Melayu,namun berfikiran sama dengan
penjajah.Ulama akhirnya terpecah kepada dua,ulama yang terpaksa meliberalkan Islam kerana
terpaksa mencari sesuap nasi,dan ulama bebas yang tidak mahu berkompromi soal hukum-
hakam.Rakyat lagi teruk,berpecah-pelah dengan pelbagai mazhab politik.Rakyat akhirnya
menjadi pencacai politik,sanggup memaki hamun dan menyelak kain orang lain semata-mata
atas nama kesucian politik.
S:Apa yang boleh tuan katakan tentang isu Marvi Marmara ini dan kesannya pada masa akan
datang?
J:Saya dengar para kapten kapal bantuan mahu menghantar lagi bantuan kepada Gaza dan rakyat
Palestin pada masa depan.Senario yang sama akan berlaku.Israel semakin rimas kerana kini ia
bukan berperang dengan Hamas,tetapi dengan para simpatisan.Amerika seperti biasa akan
senyap.Ia tidak boleh menetapkan 'genjatan bantuan' atau 'rundingan' sebagaimana genjatan
senjata atau rundingan antara Palestin-Israel dahulu.Israel seperti biasa adalah 'killing robot' yang
kerjanya suka membunuh tidak kira siapa.Amerika dan The Elite harus memikirkan cara untuk
meredakan keadaan.Mereka mungkin akan terperangkap.Banyak kapal bantuan akan
menyerbu.Aktivis ditembak lagi.Kemungkinan mereka bertindak mengambil barangan bantuan
dengan janji akan menyampaikannya kepada rakyat Palestin.Namun tidak sampai.Rakyat
Palestin akan kembali menderita.Masyarakat antarabangsa semakin mendesak.Ketika
ini,program mindcontrol mereka memakan diri.Jika Amerika tidak cepat bertindak,kesan khas
'Islamophobia' pasti bertukar menjadi 'Islamosympathy'.Pengorbanan Amerika meruntuhkan
WTC menjadi tidak berbaloi.

The Elite cuba untuk berkonspirasi,namun Tuhan itu Maha Mengatasi Segala Konspirasi.

Kemudian kita akan lihat siapa yang akan mengibarkan panji-panji hitam dari arah Timur.

S:Siapa?
J:(Perbualan terganggu sebentar)

S:Hello...hello...
J:Ya...saya rasa ada orang memintas perbualan kita.Saya akan ceritakan satu perkara yang
mungkin ramai tidak tahu,saya ceritakan seringkas mungkin.Saya dengar Kesultanan Sulu mahu
bangkit kembali.Semua maklum,Kesultanan ini kaya dengan emas.Jika ini benar,ia adalah satu
faktor paling kuat Amerika dan sekutunya akan cepat-cepat menziarahi kita di sini.Cuma saya
mahu berpesan,penuhkan masjid-masjid sebelum kita akan jadi 'another Bosnia'.Di Asia
Tenggara,terdapat dua pangkalan The Hidden Hand.Singapura adalah pangkalan
Israel.Filipina,satu kepulauan Melayu yang dipaksa menjadi wilayah Prester John yang hilang
dijadikan pangkalan Amerika.Dua negara adik beradik membina pangkalannya di sini!Kita
sebenarnya tersepit.Thailand selamanya tidak boleh dipercayai.Lihatlah bagaimana mereka
membunuh umat Islam Tak Bai.Mereka juga sudah berani menembak orang Islam bersolat di
masjid,gaya yang hanya kita boleh lihat pada pelampau Yahudi di Palestin.

Kita hanya ada saudara seperti Indonesia dan Brunei.Namun Indonesia sudah cacamarba dengan
Islam Liberalnya,unsur-unsur Kejawen yang tidak kebah-kebah dan Kristianisasi yang
berterusan.Senjata kita adalah doa yang diangkat tinggi-tinggi meminta belas kasihan dan rahmat
Allah s.w.t.Khabarnya Jabatan Rahsia Amerika sedang mencari seseorang dari Asia Tenggara
yang mempunyai nama dan identiti tertentu.Mereka telah menempatkan ejen di setiap lapangan
terbang.Saya akan beritahu nama dan identiti...

S:Siapa?

OFF-THE-RECORD

Você também pode gostar