Você está na página 1de 3

Aaron Aziz Bakal Tunaikan Umrah Bersama Keluarga Bulan

Depan
Pelakon Mia Ahmad semalam mengakui beliau sudah bersedia untuk mendirikan rumah tangga bersama
kekasihnya, penjaga gol JDT, Mohd Izham Tarmizi Roslan selepas setahun mereka menyulam cinta.

Mia berharap, selepas pengakuan akan berkahwin dibuat, tiada lagi pihak yang terus mengaitkan beliau dengan
Saharul Ridzwan.
Sedikit sebanyak saya berasa lega apabila mengaku sedang bercinta dengan Izham kerana sebelum ini orang
terus mengaitkan saya dengan Saharul.

Tetapi apa yang saya harapkan semua pihak tidak lagi mengaitkan saya dengan Saharul kerana saya sudah ada
seseorang dan Saharul pun sudah berkahwin.
Berbicara lebih lanjut mengenai percintaannya, Mia memberitahu jarak usia 3 tahun antara beliau dan Izham
bukanlah satu penghalang buat mereka.
Meskipun Izham lebih muda daripadanya, pemikiran serta sikap Izham jauh lebih matang daripada usianya.

Saya senang dengannya walaupun dia tiga tahun lebih muda daripada saya tetapi itu bukan penghalang kerana
sikapnya sangat matang.
Pada saya usia itu hanya angka dan sepanjang setahun mengenalinya saya dapati dia seorang yang memahami
terutamanya karier saya sebagai seorang pelakon.

Rasanya masyarakat pun faham bahawa Saharul Ridzwan sudah berkahwin dan dah kurang sebenarnya berita
yang mengaitkan nama Mia Ahmad dan Saharul. Kini mereka juga tahu Mia sudah ada kekasih hati bukan?
Harapnya rencana Mia dan Izham untuk berkahwin dipermudahkan.

Você também pode gostar