Você está na página 1de 3

ASKAR TIMBALAN SETIA

Johor adalah negeri yang pertama memiliki pasukan tenteranya sendiri dan satusatunya pasukan tentera yang dibiayai oleh kerajaan negeri yang masih kekal
hingga kini yang dinamakan Askar Timbalan Setia Negeri Johor. Askar Timbalan
Setia adalah satu pasukan tentera yang ditubuhkan semasa pemerintahan Sultan
Sir Ibrahim Iskandar Al-Masyhur ibni Almarhum Sultan Sir Abu Bakar , Sultan Johor
Darul Takzim.
Antara mereka yang telah berkhidmat dalam pasukan Askar Timbalan Setia Negeri
Johor adalah:
DYMM Sultan Iskandar Alhaj Ibni Al-Marhum Sultan Ismail, Sultan Johor
Sultan Iskandar ibni Almarhum Sultan Ismail menerima latihan ketenteraan dalam
pasukan Askar Timbalan Setia Negeri Johor. Baginda juga merupakan penyandang
jawatan Panglima Askar Timbalan Setia Negeri Johor.
Tun Hussein Onn, Perdana Menteri Malaysia Ke-3 Tun Hussein Onn juga
pernah menyertai Askar Timbalan Setia Negeri Johor. Selepas tamat sekolah pada
tahun 1940, beliau berkhidmat sebagai kadet dalam Pasukan Timbalan Setia Negeri
Johor sebelum dihantar pada awal tahun 1941 ke Akademi Tentera di Dehra Dun ,
India dan menerima tauliah pada tahun 1942. Selepas itu beliau menyertai
Regiment Hydrabad Ke 19 di India.
Jeneral(B) Ibrahim bin Ismail - bekas Panglima ATM Jeneral (B) Ibrahim Bin Ismail
pernah menyertai dan berkhidmat sebagai kadet dalam Askar Timbalan Setia
Negeri Johor sebelum dihantar pada awal tahun 1941 ke Akademi Tentera di Dehra
Dun, India dan menerima tauliah pada tahun 1942. Selepas itu beliau menyertai
Regiment Hydrabad Ke-19 di India.
Ungku Ahmad bin Abd Rahman Salah seorang daripada 3 orang yang dihantar
pada awal tahun 1941 ke Akademi Tentera di Dehra Dun, India
Dato Onn Jaafar
Ungku Abdul Hamid bin Ungku Abdul Majid Ungku Abdul Hamid bin Ungku
Abdul Majid, bapa kepada YM. Professor Diraja Tun Dr. Ungku Abdul Aziz bin Ungku
Abdul Hamid pernah menjadi seorang Leftenan dalam pasukan tentera Timbalan
Setia Negeri Johor dan mencapai pangkat Mejar dalam tahun 1926.

ASAL USUL JALUR GEMILANG


Rekabentuk Jalur Gemilang/Bendera Malaysia sekarang adalah hasil ilham dari salah
seorang rakyat dan arkitek kerajaan Negeri Johor iaitu Encik Mohamad bin Hamzah.
Pemilihan rekabentuk bendera tersebut bermula dari satu pertandingan bagi
merekabentuk bendera Persekutuan Tanah Melayu yang baru pada tahun 1949.

Pertandingan peringkat kebangsaan ini dianjurkan oleh Majlis Perundangan


Persekutuan dan disertai oleh 373 karyawan. Daripada sejumlah itu, tiga rekabentuk
bendera baru bagi Persekutuan Tanah Melayu telah dipilih untuk ke peringkat akhir.
Rekabentuk pertama ialah lambang keris bersilang di tengah-tengah dengan
dikelilingi oleh 11 bintang pecah lima. Rekabentuk kedua hampir serupa dengan
rekabentuk pertama tetapi 11 bintang pecah lima itu disusun dalam dua bulatan
mengelilingi keris bersilang itu. Rekabentuk ketiga ialah 11 jalur biru dan putih
dengan bulan dan bintang berwarna kuning di bahagian tepi kiri.
Majlis Perundangan Persekutuan telah memberi peluang kepada orang ramai untuk
memberikan pendapat kepada ketiga-tiga rekabentuk tersebut. Keputusan
pendapat umum yang dikelolakan oleh akhbar The Malay Mail itu telah disiarkan
pada 29 November 1949. Keputusan akhir menunjukkan majoriti telah memilih
rekabentuk ciptaan En. Mohamad bin Hamzah.

PENULIS ASAL SEJARAH MELAYU


Penulis asal Sejarah Melayu adalah Tun Sri Lanang yang dilahirkan di Bukit Seluyut,
Johor pada tahun 1565. Tun Seri Lanang ialah Bendahara Paduka Raja, Johor antara
tahun 1580 dan 1615 , serta penyunting Sejarah Melayu (buku, 1612) yang
merupakan moyang kepada Sultan Johor dan Sultan Terengganu.
Salasilah kesultanan Terengganu yang terdapat dalam Sejarah Terengganu (buku)
karya Haji Buyong Adil terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka 1974 ada menyatakan
bahawa Tun Habib Abdul Majid (Bendahara Seri Maharaja, Johor - Marhum Padang
Saujana - Bendahara Johor 1688-1697) yang menjadi Bendahara Johor dari 1688
hingga 1697 adalah bapa kepada Sultan Zainal Abidin I (Sultan Terengganu
Pertama) dan kepada Sultan Abdul Jalil IV (Sultan Johor dari 1699 hingga 1719 ).
Selanjutnya dipaparkan bahawa Tun Habib Abdul Majid adalah anak kepada Tun Mat
Ali (Bendahara Paduka Maharaja, Johor), iaitu anak kepada Tun Seri Lanang
(Bendahara Paduka Raja, Johor 1580-1615).
Dalam pengetahuan orang-orang Melayu , nama Tun Seri Lanang lebih dikenali
sebagai salah seorang bijak pandai dan pengarang ulung bangsa Melayu yang
setaraf dengan Munshi Abdullah (Pengarang Hikayat Abdullah).

PENUBUHAN UMNO
Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu/United Malay National Organisation
ditubuhkan pada tahun 11 Mei 1946 di Istana Besar, Johor Bahru, Johor. di bawah
kepimpinan Dato' Onn Jaafar. Detik bersejarah tersebut bermula dengan satu
perhimpunan besar-besaran yang dikenali sebagai Kongres Melayu Se-Malaya
pertama telah diatur oleh Persatuan Melayu Selangor di Kelab Sultan Sulaiman,
Kampung Baharu, Kuala Lumpur pada 1 Mac hingga 4 Mac 1946 dan seramai 41
Pertubuhan-pertubuhan Melayu telah menghantar wakil masing-masing.

Dato Onn bin Jaafar daripada Persatuan Melayu Johor telah dipilih sebagai Pengerusi
Kongres. Hampir semua wakil pertubuhan telah berucap termasuk dua orang wakil
kanak-kanak.
Tiga usul telah diluluskan oleh Kongres seperti berikut:
Menubuhkan Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu
Membantah pertubuhan Malayan Union
Mengadakan Derma Pelajaran Kebangsaan Melayu sahaja.
Satu jawatankuasa yang terdiri dari Dato Onn Jaafar, Dato Panglima Bukit Gantang,
Dato Nik Ahmad Kamil, Dato Hamzah Abdullah dan Encik Zainal Abidin Ahmad
(Zaaba) telah dipilih untuk menyediakan draf piagam atau Perlembagaan UMNO
untuk dibentangkan dan diterima oleh Kongres Melayu Se-Malaya kelak.
Walaupun ada bantahan yang hebat daripada kaum Melayu , Kerajaan British tetap
meneruskan rancangan mereka dan pada 1 April 1946 menubuhkan Malayan Union.
Orang-orang Melayu dan pertubuhan-pertubuhan Melayu terus membangkang dan
tidak memberi sebarang sokongan terhadap Malayan Union. Pada 11 Mei 1946,
Kongres Melayu Se-Malaya ketiga dan perhimpunan agung pertama Pertubuhan
Melayu Kebangsaan Melayu Bersatu atau PEKEMBAR (UMNO) berlangsung di Istana
Besar Johor Bahru dan Perlembagaan UMNO telah diterima dan diluluskan oleh para
peserta. Maka UMNO pun lahirlah secara rasmi.

Você também pode gostar