Você está na página 1de 17

FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA

HBIS 4303
ADAB DAN AKHLAK ISLAMIAH II
NAMA:
FADILAH BINTI ZAINAL ABIDDIN
NO. MATRIK / NO. KAD PENGENALAN
830509035816001 / 830509-03-5816
PUSAT PEMBELAJARAN: PPT TAWAU
NO. TELEFON :
019-9493328
PENSYARAH:
MUHAMMAD SAYUTI BIN ABDUL SHUKOR

Adab Dan Akhlak Islamiah 1 HBIS3303

ISI KANDUNGAN
1.0

Pengenalan

1-3

2.0

Hukum Berbuat Baik Kepada Baik Kepada Ibu Bapa Menurut


Pandangan Fuqaha Bersandarkan Kepada Dalil Naqli dan Aqli

4-5

3.0

Adab Anak Kepada Ibu Bapa

6-9

4.0

Hikmah Beradab Kepada Ibu Bapa

9-11

5.0

Kesimpulan

12-13

6.0

Rujukan

14

Adab Dan Akhlak Islamiah 1 HBIS3303


1.0

Pengenalan
Konsep berbuat baik kepada ibu bapa telah lama dipupuk oleh agama kita, iaitu Islam.

Sebagaimana Firman Allah Taala dalam Surah Al Isra ayat 23 yang berbunyi:
1.0


Dan Tuhanmu telah memerintahkan supaya kamu jangan menyembah selain Dia
dan hendaklah kamu berbuat baik pada ibu bapamu dengan sebaik-baiknya (alIsra: 23)
Dalam ayat ini jelas menunjukkan bahawa Islam amat menggalakkan supaya kita berbuat

ihsan kepada ibu bapa. Ihsan dari segi bahasa ialah membuat sesuatu yang baik manakala dari
segi istilah syarak pula membawa maksud peribadatan insan terhadap Allah seolah-olah dia
melihat Allah. Seandainya dia tidak melihat Allah, maka yakinlah bahawa Allah melihat dirinya,
peribadatannya dan isi hatinya. "Ihsan" boleh diumpamakan dalam kehidupan ini sebagai
seseorang yang yang melakukan gerak kerja harian dan merasakan seolah-olah ada sahaja pihak
yang mengintainya, untuk melihat dia bekerja.
Allah berfirman lagi dalam ayat selepas itu, iaitu ayat 24 dari Surah al-Isra' yang bermaksud:
Jika salah seorang di antara keduanya atau kedua-duanya sampai berusia lanjut
dalam pemeliharaanmu, maka jangan sekali-kali kamu mengatakan kepada kedua-duanya
perkataan "ah"** dan janganlah kamu membentak keduanya, dan ucapkanlah kepada
keduanya perkataan yang baik. Dan rendahkanlah dirimu terhadap keduanya dengan penuh
kasih sayang dan ucapkanlah.."Wahai Tuhanku! Kasihanilah keduanya sebagaimana
mereka berdua telah mendidik aku pada waktu kecilku."
Begitu juga dalam firman-Nya yang bermaksud:
Bersyukurlah

kepada-Ku

dan

kepada ibu

kembali kamu(Luqman:14).

ayahmu,

hanya

kepada-Ku

lah

Adab Dan Akhlak Islamiah 1 HBIS3303


Maksud firmanNya Dan Tuhanmu telah memerintahkan bererti Dia (Allah) telah
memerintahkan dan berpesan dengannya.
Oleh kerana itulah, Allah menyertakan pada perintahnya, supaya manusia beribadah
hanya kepadanya dengan perintah supaya mentaati kedua ibu bapanya.
Lihatlah betapa pentingnya ihsan kepada kedua ibu bapa sehingga Nabi saw menjadikan
'birrul walidaini' -berbuat baik kepada ibubapa- seafdhal2 amal selepas solat yang merupakan
tiang agama yang terpenting. Di antara makna 'birrul walidaini' dan 'ihsan' kepada kedua ibubapa
ialah bahawa jangan seseorang itu menderhaka kepada kedua-duanya kerana ia termasuk
daripada dosa-dosa besar (kabaair) tanpa khilaf. Perkara ini ditegaskan oleh sunnah thabitah. Di
dalam sahih Muslim daripada Abdullah ibn Amru bahawa Rasulullah saw telah bersabda:
"Sesungguhnya dikira daripada kabaair itu berkata kesat (memaki) seorang lelaki terhadap kedua
ibubapanya. Sahabat bertanya: "Wahai Rasulullah saw adakah orang yang akan berbuat demikian
kepada ibu bapanya?" Rasulullah saw menjawab: "Ya, boleh berlaku bila seorang lelaki
mengeluarkan kata-kata kesat kepada bapa orang lain, lalu orang tadi membalas dengan memaki
ibu dan bapanya."
Termasuk derhaka kepada ibubapa ialah menyalahi kehendak kedua-duanya dalam
perkara yang diharuskan oleh syara', sama halnya 'birrul walidaini' bermakna membuat sesuatu
yang disukai oleh kedua-duanya. Berdasarkan kenyataan di atas apabila kedua-dua ibubapa
menyuruh sesuatu perkara kepada anaknya, maka menjadi kewajipan ke atas anak itu
mentaatinya selagi mana suruhan itu dalam perkara yang bukan maksiat.
Imam Tarmizi meriwayatkan daripada ibnu Umar ra katanya: "Saya ada seorang isteri
yang saya amat kasih, tetapi ayah saya membencinya dan menyuruh aku menceraikannya, lalu
aku enggan. Aku mengadu kepada Rasulullah saw, lalu baginda saw bersabda: " Wahai Abdullah
ibnu Umar! Ceraikan isterimu itu." (Hadith Hasan lagi Sahih).
Diriwayatkan daripada Abu Hurairah ra katanya: "Seorang lelaki datang kepada Nabi saw
lalu berkata: "Siapa yang paling berhak untuk aku melakukan ihsan dalam persahabatan
dengannya?" Nabi saw menjawab: "Ibu kamu." Kemudian siapa lagi? Nabi menjawab: "Ibu
kamu." Kemudian siapa lagi? Nabi menjawab: "Ibu kamu." Kemudian siapa lagi? Nabi
menjawab: "Bapa kamu."
2

Adab Dan Akhlak Islamiah 1 HBIS3303


Dalam hadith ini menunjukkan kasih kepada ibu 3 kali ganda melebihi kasih kepada bapa
kerana Nabi saw menjawab tiga kali ibu dan bapa disebut yang keempat. Tidak dikhususkan
'birrul walidaini' hanya kepada ibu bapa yang muslim sahaja, bahkan wajib berbuat baik kepada
kedua-duanya sekalipun mereka kafir.
Termasuk yang dimaksudkan 'ihsan' kepada kedua-dua ibu bapa ialah apabila tidak
sampai ke tahap jihad menjadi fardhu ain, ia mestilah mendapat keizinan daripada ibu bapa
untuk keluar berjihad; tidak boleh keluar berjihad kalau ibu bapa tidak memberi izin. Ini
berdasarkan hadith yang sahih yang diriwayatkan daripada Abdullah ibnu Umar ra katanya:
"Telah datang seorang lelaki kepada Nabi saw meminta izin untuk berjihad, maka Nabi saw
bertanya: "Adakah kedua ibu bapamu masih hidup?" Dia menjawab masih hidup, lalu Nabi saw
bersabda: "Maka untuk kedua-dua ibu bapamu hendaklah kamu berjihad." (Riwayat Muslim).
Di dalam riwayat yang lain lelaki tadi menjawab: "Ya, masih hidup dan aku
meninggalkannya dalam keadaan kedua-duanya menangis. Nabi saw bersabda: "Pergi kamu,
maka usahakan supaya kedua-duanya ketawa sebagaimana kamu telah membuat kedua-duanya
menangis."
Menyedari hakikat berbuat baik kepada kedua ibu bapa, berbakti kepada mereka
bukanlah sesuatu yang ringan dan mudah. Ia memerlukan pengorbanan yang besar, maka dengan
itu Islam menawarkan nilai pahala yang amat besar bagi yang melaksanakannya. Terdapat
banyak hadith yang menunjukkan perkara ini. Imam Muslim di dalam kitab Sahihnya
meriwayatkan sebuah hadith yang berbunyi:

Maksudnya: Kehinaan bagi sesiapa yang memiliki kedua ibu-bapanya yang tua salah seorang
atau kedua-duanya, dan tidak dapat memasuki syurga.[1]
Al-Imam al-Nawawi ketika mensyarahkan hadith ini berkata: Hadith ini berupa galakan
untuk berbuat baik kepada ibu-bapa dan besarnya pahalanya, maknanya berbuat baik kepada
mereka berdua ketika mereka tua dan lemah dengan memberi khidmat atau nafkah atau selainnya
menjadi sebab dapatnya memasuki syurga, dan sesiapa yang mengurangi perkara ini (berbuat
baik kepada ibu-bapa), dia terlepas dari dapat memasuki syurga dan Allah menghinakannya.[2]
Demikian betapa besarnya kedudukan berbuat baik kepada ibu-bapa sehingga ia menjadi sebab
beroleh syurga ataupun neraka.
3

Adab Dan Akhlak Islamiah 1 HBIS3303


2.0

Hukum

Berbuat

Baik

Kepada

Ibu

Bapa

Menurut

Pandangan

Fuqaha

Bersandarkan Kepada Dalil Naqli dan Aqli


Seterusnya penulis ingin menghuraikan hukum berbuat baik kepada ibu bapa. Secara
amnya Hukum taat kepada kedua ibu bapa adalah wajib. Di dalam al-Quran Allah S.W.T.
berfirman:

Maksudnya: Dan kami telah mengarahkan (mewajibkan) manusia (berbuat) kebaikan kepada
ibu bapanya, jika mereka berdua bersungguh-sungguh untuk engkau mensyirikkan Aku dengan
sesuatu yang engkau tidak ada pengetahun, maka janganlah engkau mengikuti kedua-duanya.
(al-Ankabut:
Jika dilihat kepada ayat di atas, Allah S.W.T. menyuruh manusia berbuat baik kepada ibu bapa
menyusul selepas arahan mentauhidkan-Nya, perkara yang sama diulang juga di dalam surah alBaqarah[8], Luqman[9] dan al-Nisa[10]. Al-Syeikh Muhammad al-Amin al-Syanqiti berkata:
Allah Jalla wa Ala menyebut di dalam ayat-ayat ini, (arahan) berbuat baik kepada ibu-bapa
menyusul dengan (arahan) mentauhidkan-Nya dalam melakukan ibadah kepada-Nya, ia
menunjukkan tuntutan yang bersangatan kepada kewajipan melakukan kebaikan kepada ibubapa.[11]
Di dalam surah Luqman Allah berfirman:


Maksudnya: Dan jika kedua ibu-bapamu, memaksa-mu untuk mempersekutukan dengan-Ku
sesuatu yang tidak ada pengetahuan-mu tentangnya, maka jangan kamu mengikut keduanya, dan
pergaulilah keduanya di dunia dengan baik (Luqman: 15)
Dari ayat ini jelas menunjukkan berbuat baik kepada kedua ibu-bapa itu adalah suatu kewajipan
walaupun mereka berdua tidak beragama Islam dan mereka berusaha bersungguhnya-sungguh
hendak memurtadkan anaknya.
4

Adab Dan Akhlak Islamiah 1 HBIS3303


Dalam keadaan sedemikian, sianak hanya diminta untuk tidak mentaati mereka dalam
perkara syirik, namun ia tetap juga wajib menggauli mereka dengan baik. Jika demikian
keadaannya, sudah semestinya berbuat baik kepada ibu-bapa yang muslim lebih utama walaupun
mereka berada dalam serba kekurangan dari segi agama dan dunianya. Para ulama turut
menekankan berbuat baik kepada kedua ibu-bapa ini merupakan suatu kewajipan yang sangatsangat dituntut.
Sesungguhnya menderhakai kedua ibu bapa hukumnya haram dan ia tergolong dari dosadosa besar. Menderhakai kedua mereka akan mengakibatkan seseorang itu melihat akan
balasannya di dunia lagi sebelum tiba di akhirat. Ia merupakan hutang yang akan dilangsaikan di
dunia lagi sebelum akhirat. Oleh itu, berwaspadalah mereka yang menderhakai ibu dan ayahnya
bahawa sesungguhnya Allah sentiasa memerhatikannya, maka takutlah akan Allah barangsiapa
yang menderhakai kedua ibu ayahnya. Jangan diperdengarkan walau pun kalimah ah! terhadap
keduanya. Bagaimana kalau ianya lebih teruk dari kalimah tersebut!!!
Daripada Anas bin Malik r.a. daripada Nabi s.a.w. baginda bersabda:
Dosa-dosa besar: Menyekutukan Allah, menderhakai kedua ibu ayah, membunuh nyawa, dan
baginda berkata: Adakah kamu hendak aku khabarkan kepada kamu dengan sebesar besar dosa
besar: Yakni Sumpah dusta. (Riwayat Bukhari dan Muslim).
Daripada Abd Allah bin Amru bin al-Ash r.a. sesungguhnya Rasulullah s.a.w. bersabda:
Daripada dosa-dosa besar seorang lelaki melaknat kedua ibu ayahnya. Mereka berkata: Wahai
Rasulullah, bagaimana seorang lelaki melaknat kedua ibu ayahnya.? Baginda menjawab: Dia
mencerca ayah lelaki yang lain maka lelaki tersebut (membalas cercaan dengan) mencerca
ayahnya dan ibunya, maka dia mencerca ibunya (Muttafaq alaih).
______________________________________________________________________________
[8]Al-Baqarah: 83
[9] Luqman: 15
[10] Al-Nisa: 3
[11]Muhammad Amin al-Syanqiti, Adhwa al-Bayan fi Iydah al-Quran bi al-Quran. jld. 3, m.s.
588
5

Adab Dan Akhlak Islamiah 1 HBIS3303


3.0

Adab Anak Kepada Ibu Bapa


Maksud beradab kepada Ibu bapa ialah bersopan santun kepada ibu bapa dalam

pertuturan ,perbuatan dan tingkah laku. Sebagaimana Allah Taala berfirman dalam ayat yang ke15 surah al-Ahqaf yang membawa maksud:

Kami perintahkan kepada manusia supaya berbuat baik kepada dua orang ibu bapaknya,
ibunya mengandungnya dengan susah payah, dan melahirkannya dengan susah payah
(pula). mengandungnya sampai bercerai susu adalah tiga puluh bulan. (Al-Ahqaf: 15)

Firman Allah lagi:


Dan kami perintahkan kepada manusia (berbuat baik) kepada dua orang ibu- bapanya;
ibunya Telah mengandungnya dalam keadaan lemah yang bertambah- tambah, dan bercerai
susu dalam dua tahun. bersyukurlah kepadaku dan kepada dua orang ibu bapakmu, Hanya
kepada-Kulah kembalimu. (Luqman: 14)

Dengan ungkapan-ungkapan ini jelas bahawa al-Quran mahu menyemaikan naluri


berbuat baik dan mengasihi di lubuk hati anak-anak. Ini kerana dalam kehidupan kebiasaannya
akan menghalakan perhatian mereka ke hadapan..kepada zuriat..kepada kelahiran baru..kepada
generasi akan datang.

Namun tidak ramai yang menghalakan perhatian mereka ke

belakang..kepada ibubapa..kepada kehidupan permulaan..kepada generasi yang lalu..kepada


umur yang lalu, kemudian anak-anak sangat memerlukan semangat nalurinya untuk
memerhatikan ke belakang dan meninjau sejenak kepada bapa dan ibu mereka. Sebab itulah kita
dituntut mengamalkan adab-adab kepada ibu bapa, jasa kedua-dua ibu bapa dalam menjaga dan
membesarkan kita tidak akan dapat dinilai dengan harta benda dan wang ringgit. Oleh itu, kita
hendaklah membalas jasa mereka dengan menunjukkan adab yang baik apabila bergaul dengan
mereka.
Antara adab kepada ibu bapa ialah bertimbang rasa terhadap ibu bapa, umpamanya
jangan meminta sesuatu yang tidak termampu diadakan oleh orang tua kita, sebagai seorang anak

Adab Dan Akhlak Islamiah 1 HBIS3303


perlu menghormati dan menjaga hati mereka supaya tidak terluka disebabkan perbuatan kita
kepada mereka.
6

Yang kedua, menghormati dan mengasihani kedua-duanya iaitu tidak berlaku kasar sama
ada dari segi perkataan, mahupun perbuatan dan tidak menunjukkan wajah yang muram di
hadapan mereka. Yang ketiganya pula, mensyukuri nikmat Allah s.w.t dan berterima kasih
kepada kedua ibu bapa di atas segala pengorbanan dan penat lelah mereka dalam membesarkan
anak-anak. Maka apa sahaja perbuatan yang menyentuh hak mereka berdua atau perkataan atau
sebarang ibarat bagi menggambarkan betapa bernilainya berbuat baik kepada keduanya, ianya
tidak akan mampu dicatatkan di dalam helaian-helaian kertas ini, sebaliknya kita hanya mampu
menuturkan apa yang diajar Allah s.w.t dengan doa ygang kita panjatkan selalu untuk
mendoakan kesejahteraan kedua ibu bapa di dunia dan di akhirat iaitu:

"Wahai Tuhanku, kasihilah mereka berdua, sebagaimana mereka berdua telah mendidik aku
waktu kecil"(Al-Isra: 24).
Selain itu, mentaati perintah mereka selagi tidak menyuruh ke arah maksiat kepada Allah
s.w.t dan Rasulullah s.a.w. Seterusnya antara lain adab terhadap ibu bapa yang dianjurkan oleh
Islam ialah bersopan santun terhadap mereka, memberi salam dan sentiasa menjaga perasaan
mereka agar tidak dilukai. Manakala yang terakhir membantu mereka di mana sahaja, terutama
apabila mereka telah berumur dan memerlukan bantuan daripada anak-anak. Sepertimana
Allah berfirman dalam ayat 24 dari Surah al-Isra' yang bermaksud:
Jika salah seorang di antara keduanya atau kedua-duanya sampai berusia lanjut
dalam pemeliharaanmu, maka jangan sekali-kali kamu mengatakan kepada kedua-duanya
perkataan "ah"** dan janganlah kamu membentak keduanya, dan ucapkanlah kepada
keduanya perkataan yang baik. Dan rendahkanlah dirimu terhadap keduanya dengan penuh
kasih sayang dan ucapkanlah.."Wahai Tuhanku! Kasihanilah keduanya sebagaimana
mereka berdua telah mendidik aku pada waktu kecilku."
Dalam ayat ini jelas menunjukkan bahawa mengucapkan kata "ah" kepada orang tua tidak
dibolehkan, apalagi mengucapkan kata-kata atau memperlakukan mereka dengan lebih kasar
daripada itu.

Adab Dan Akhlak Islamiah 1 HBIS3303


Dari sinilah datangnya perintah supaya anak-anak berbuat baik kepada ibubapa dalam
bentuk hukum atau ketentuan dari Allah dengan makna perintah yang ditegaskan, selepas ada
perintah yang ditegaskan dengan makna ibadah kepada Allah. Firman Allah: kedua-duanya
sampai berumur lanjut dalam pemeliharaanmu.
7

Perkataan al-Kibr (berumur lanjut) membawa maksud telah lemah atau tua.
Perkataan indaka (dalam pemeliharaan mu) mempunyai makna yang sangat besar iaitu makna
pergantungan dan pengharapan ketika mereka telah tua dan lemah. Justeru sewajarnya ibubapa
yang telah tua dan lemah berada dalam penjagaan, pemeliharaan dan pengawasan anak-anak
mereka indaka. Bukan dengan meletakkan ibubapa di rumah orang-orang tua seperti yang
berlaku ke atas setengah ibubapa pada zaman kita ini.

Justeru itu, hendaklah kita sentiasa berusaha memperolehi redha kedua ibu dan ayah,
berusaha membahagiakan keduanya, bergaul dengan cara yang terbaik, selalu meminta
pandangan dan pendapat mereka, berusaha membahagiakan keduanya, selalu mendampingi
mereka, makan dan minum bersama mereka, menabur khidmat dalam memenuhi setiap hajat dan
kehendak mereka, dan sentiasa berbicara dengan mereka dalam bahasa yang lembut dan baik
serta beradab dan menghormati mereka selama kita masih berpeluang berbuat demikian.
Berusaha dan bersungguh-sungguhlah, serta sentiasa peka ke arah memperolehi doa yang baik
daripada mereka berdua. Sesungguhnya doa kedua ibu dan ayah sama sekali tidak akan ditolak.
Bilakah masanya kita akan mengetahui betapa tingginya nilai berbuat baik kepada kedua
ibu dan ayah? Sesungguhnya, kita hanya akan mengetahui betapa tingginya nilai berbuat baik
kepada kedua ibu dan ayah, apabila mereka berdua telah pergi meninggalkan kita dan
dikebumikan di perkuburan. Pada ketika itu, kita akan merasa kehilangan mereka berdua dan
mengetahui betapa berharganya mereka berdua kepada kita. Pada waktu itu,kita akan berharap
agar keduanya masih lagi hidup di samping kita untuk kita berbuat kebajikan bagi keduanya dan
berusaha membahagiakan mereka berdua.

Adab Dan Akhlak Islamiah 1 HBIS3303


Diriwayatkan seorang badawi melakukan tawaf sambil mengendong ibunya di
belakangnya. Apabila sudah dia melakukan tawaf, dia berkata kepada Ibn Abbas r.a: Adakah
kamu melihat aku telah menunaikan akan haknya? Jawab Ibn Abbas: Tidak, demi Tuhan sedikit
tidak tertunai (jika di bandingkan dengan pegorbanan ibunya).

8
Diriwayatkan daripada Hasan bin Ali r.h sesungguhnya beliau takut dan berjaga-jaga dari
memakan makanan ibunya. Maka ditanya beliau akan perkara tersebut. Maka beliau
berkata: Aku takut tanganku akan mendahului tangan ibuku pada makanan yang telah
dipandang oleh ibu (dengan niat untuk memakannya), maka di kala itu aku telah
menderhakainya.
Diriwayatkan daripada seorang salaf al-soleh r.h sesungguhnya tatkala dia selesai
mengkebumikan ibunya dia menangis di sisi kubur ibunya tangisan yang sayu. Lalu ditanyakan
mengapa dia menangis. Lantas dijawabnya: Bagaimana aku tidak menangis sedangkan telah
ditutup bagiku pintu dari pintu-pintu syurga.
Inilah ibu yang memiliki segala kebesaran dan kehormatan. Namun bukanlah bererti
seorang itu melupakan hak ayahnya. Ayah telah berada dalam jalan yang satu dan jalan saudarasaudaranya, telah lama menanggung keletihan dan derita supaya menjadi orang yang bahagia dan
sejahtera. Telah lama ayah memakan makanan yang tidak mewah, memakai pakaian yang murah,
supaya dia dapat membekalkan anak-anaknya dengan kehidupan yang penuh dengan kemewahan
dan kesenangan. Telah lama dia mendengar permintaan itu dan ini supaya dipenuhi dari mulut
anak-anaknya. Telah lama dia menelan kepahitan dan menanggung hutang dan menghadapinya
demi anak-anaknya. Di kala itu, anak-anaknya sedang nyenyak tidur, atau sedang bersukaria,
bermain-main, tidak pernah mereka merasai kesengsaraannya.
Abu Hurairah r.a. telah melihat seorang lelaki telah berjalan di belakang seorang lelaki. Maka
beliau bertanya: Siapa lelaki ini? Maka jawab lelaki tersebut: Ayahku. Berkata Abu
Hurairah: Jangan panggilnya dengan namanya, jangan duduk sebelumnya duduk, dan jangan
berjalan di hadapannya.

Adab Dan Akhlak Islamiah 1 HBIS3303

4.0

Hikmah Beradab Kepada Ibu Bapa

Ibu bapa merupakan insan yang paling rapat dan dihormati dalam institusi keluarga.
Mereka banyak berkorban dalam membesarkan dan memberi didikan kepada anak-anak. Mereka
tidak pernah meminta atau mengharapkan balasan atau bayaran terhadap penat lelah,
pengorbanan dan kasih sayang yang mereka berikan. Seorang Ibu mampu membesarkan anak
yang ramai, namun anak yang ramai belum tentu mampu menjaga seorang ibu.
Demikian ungkapan yang menggambarkan realiti keadaan yang merentas masa. Kisah Si
Tanggang, walaupun masih ada ruang untuk dikritik beberapa kepercayaan karut yang ada di
dalamnya, namun realiti hari ini mengiyakan wujud ramainya anak-anak yang menderhakai ibu
bapa jauh sekali untuk berbuat baik kepada mereka berdua. Jaga orang tua susah cerewet,
macam budak-budak pun ada dan bermacam lagi alasan yang biasa kita dengar.
Ada pula yang bertelagah sesama adik beradik, siapa yang sepatutnya menjaga ibu dan
bapa, lalu masing-masing mendatangkan seribu satu alasan bagi membuktikan mereka tidak
layak dan sememangnya tidak wajar diberi tanggungjawab itu. Ramai yang mengeluh jika perlu
menjaga ibu atau bapanya yang sudah tua. Seolah-olah dia melupakan dirinya, suatu hari nanti
dia juga akan menjadi tua dan lemah, dia seolah-olah lupa juga ketika itu dia amat mengharapkan
ihsan dari anak-anaknya.
Dewasa ini ramai anak-anak yang tidak menghormati ibu bapa mereka. Perkara ini amat
serius terutamanya di negara Barat yang telah rosak dalam sistem sosial dan kekeluargaan. Anakanak telah hilang rasa hormat, sering bercakap dengan nada tinggi dan kasar, bahkan ada yang

Adab Dan Akhlak Islamiah 1 HBIS3303


berani memukul kerana tidak sependapat atau berselisih faham. Yang lebih teruk, ada yang tidak
segan silu menyaman ibu bapa mereka jika menyentuh hal peribadi mereka. Inilah kelemahan
sistem manusia yang sering dikatakan untuk memenuhi hak asasi manusia tetapi tidak pernah
mampu mendidik dan membentuk peribadi yang mulia.

10

Namun, anak-anak yang sentiasa beradab dan berbakti kepada kedua ibu bapa akan
beroleh enam hikmah yang berikut:1.Disenangi dan disayangi oleh ibu bapa
2.Dihormati dan dikasihi oleh orang lain
3.Dikurniakan pahala yang banyak di sisi ALLAH
.
4.Mendapat keredhaan, rahmat dan keampunan ALLAH.
5.Memperolehi kebahagiaan di dunia dan akhirat serta balasan syurga
.
6. Mereka hidup di atas dunia dengan jiwa yang tenang dan tenteram
Senario pada hari ini juga kita melihat ramai anak-anak yang berjaya dalam pelajaran dan
mendapat keputusan cemerlang dalam peperiksaan awam sehingga berjaya melanjutkan
pelajaran ke institusi pengajian tinggi di dalam mahu pun di luar negara. Seterusnya mendapat
pekerjaan yang bagus dengan gaji yang lumayan. Kebanyakan mereka adalah anak- anak yang
mentaati ibu bapa mereka dan mempunyai keazaman yang tinggi untuk mengubah nasib keluarga
dan untuk membantu meringankan beban keluarga mereka. Ini membuktikan bahawa dalam
setiap perkara yang kita lakukan, restu ibu bapa itu sangat penting kerana redha Allah terletak

Adab Dan Akhlak Islamiah 1 HBIS3303


pada redha ibu bapa yang sentiasa mendoakan kesejahteraan anak-anaknya di dunia mahu pun di
akhirat. Kejayaan anak-anak itu sebenarnya adalah berkat daripada doa-doa ibu bapa mereka.

11
5.0

Kesimpulan

Menghormati ibu bapa dituntut dalam Islam kerana kedudukan, martabat dan kemuliaan
ibu bapa sangat istimewa serta tinggi sekali sehinggakan ibu bapa adalah yang kedua perlu
dihormati selepas yang Maha Pencipta. Terdapat dua jenis tanggungjawab yang boleh dilakukan
anak terhadap ibu bapa mereka kerana jika mereka berbuat ehsan kepada ibu bapa, ia membawa
kepada seribu keberkatan untuk si anak yang melakukannya. Tanggungjawab pertama ialah
tanggungjawab yang boleh dilakukan ketika ibu bapa masih hidup, manakala yang kedua ialah
perkara yang perlu dilakukan selepas mereka meninggal. Jika berbuat buat baik kepada ibu bapa,
ganjaran yang Allah berikan ialah panjang umur dan murah rezeki. Anak yang sebegini diredhai
Allah dan dimasukkan ke dalam syurga-Nya. Selain itu, hidup mereka juga sentiasa dalam
keberkatan dan peliharaan Allah serta dijauhkan daripada kesempitan hidup. Besar atau tidak
ganjaran yang bakal diperoleh, ia mengatasi pahala berjihad fisabilillah. Lebih besar daripada itu,
anak yang tidak melupakan tanggungjawab kepada ibu bapa mendapat kemuliaan luar biasa dan
Allah menjauhkan rasa dukacita serta kesedihan daripada hidupnya.
Kesimpulannya, yang tinggal bagi kita selepas dari penjelasan yang telah khatib berikan
kepada kita semua dengan cara yang mudah tentang kelebihan mereka yang menjadi sebab
wujudnya kita di dunia ini selepas Allah s.w.t. (ibu bapa), dan apa yang perlu kita lakukan

Adab Dan Akhlak Islamiah 1 HBIS3303


terhadap keduanya daripada memuliakan dan menghormati keduanya, di samping setiap daripada
kita hendaklah menilai kembali dirinya sendiri serta melihat adakah dia telah mencuaikan hak
kedua ibu dan ayahnya atau dia telah berbuat baik terhadap keduanya. Sekiranya dia tergolong
dalam golongan yang mencuaikan hak keduanya, maka mohonlah keampunan daripada Allah
dan sesalilah apa yang telah dilakukannya serta mulakanlah berbuat baik kepada keduanya.
Maka seandainya mereka berdua telah meninggal dunia atau salah seorang daripada mereka,
maka doakanlah mereka, mohonlah bagi mereka kerahmatan daripada Allah dan berbuat baiklah
kepada rakan-rakan mereka. Seandainya dia telah pun berbuat baik terhadap keduanya, maka
bersyukurlah kepada Allah dan hendaklah sentiasa berterusan dalam keadaan sedemikian.
Sesungguhnya antara tanda diterima sesuatu kebajikan ialah ianya dituruti dengan kebajikan. Ia
merupakan kurniaan daripada Allah ke atasnya, dan gunakanlah kesempatan hidupnya ibu dan
ayahnya dengan berbuat baik terhadap keduanya sebelum terlewat (mereka menemui ajal).
12

Oleh itu penulis menyeru kepada pembaca yang budiman sekalian, sesiapa yang masih
mempunyai ibubapa, ucaplah tahniah, berilah perhatian, kasihanilah mereka dan berusahalah
mendapat keredhaan mereka berdua, kerana melalui keduanya kita memperolehi kebahagiaan di
dunia dan akhirat. Sesiapa yang hilang salah satu dari kedua mereka, maka dia kerugian separuh
dari mereka. Justeru berilah perhatian kepada separuh yang lain sebelum ianya hilang. Orang
yang pernah melalui masa bersama mereka, maka janganlah melupakan mereka dalam solat dan
doa kita. Siapa yang telah menjadi ibubapa pastilah menyedari hal ini. Berbuat baiklah kepada
ibubapa kamu supaya anak-anak kamu berbuat baik kepada kamu. Berbuat baiklah kepada
ibubapa supaya nanti kamu hidup dengan penuh kesetiaan dan ketenangan Kesemua ayat alQuran dan hadith-hadith bersama dengan huraian para ulama yang disertakan di atas
menunjukkan kepada kita kepentingan berbuat baik kepada ibu-bapa. Memelihara ibu-bapa yang
sudah tua, bukanlah suatu perkara mudah untuk dilakukan. Mudah-mudahan penulisan yang
serba kekurangan ini dapat memberikan motivasi, sesungguhnya setiap perkara yang susah itu
memiliki ganjaran yang cukup besar di sisi Allah S.W.T.

Adab Dan Akhlak Islamiah 1 HBIS3303

13
6.0

Rujukan

Online pada 24/05/2014


http://www.firdaus-islamworld.blogspot.com
http://www.kamipemikir.wordpress.com
http://www.aburaihanah.blogspot.com
http://www.islamituindah.my

Online pada 25/06/2014


http://www.abuamru1208.blogspot.com
http://www.halaqah.net
www.sendiri.net
Online pada 26/06/2014
http://www.basirmdpiah.blogspot.com
http://www.bin-sahak.blogspot.com

Noor Lizza Mohamed Said, Mohd Zamro Muda, Muhammad Zaini Yahaya, Norzulaili Mohd

Adab Dan Akhlak Islamiah 1 HBIS3303


Ghazali, Rabiatul Adawiyah Mohd@Amat, Mohd Zohdi Mohd Amin dan Zulhilmi
Mohamed Nor (2014). HBIS3303 Adab Dan Akhlak Islamiah 1. Selangor: Meteor
Doc.Sdn.Bhd.
Ismail Abas et.al. (2007). Pengenalan Pendidikan Islam,. Seri

Kembangan: UNITEM Sdn.

Bhd.
Bahagian Kurikulum Pendidikan Islam dan Moral (2006). Buku Panduan j-QAF Model
Pengajaran dan Pembelajaran Islam , Kuala Lumpur: Kementerian Pelajaran Malaysia.

14

Você também pode gostar