Você está na página 1de 20

---

INSTITUT PENDIDIKAN GURU


KAMPUS RAJA MELEWAR
SEREMBAN, NEGERI SEMBILAN
PROGRAM PERSEDIAAN IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN
DENGAN KEPUJIAN
AMBILAN JUN 2015
CABARAN DAN ISU SEMASA DUNIA
GCI 1022
NAMA PELAJAR

: TING SING LEONG

NO. KAD PENGENALAN : 970120-13-5821


ANGKA GILIRAN

: 2015152320242

KUMPULAN/ UNIT

: PENDIDIKAN KHAS (SK)

KOD KURSUS

: GCI1022

NAMA KURSUS

: CABARAN DAN ISU SEMASA DUNIA

NAMA PENSYARAH

: ENCIK BADURHISHAM BIN MD ZAIN

TARIKH HANTAR

: 9 SEPTEMBER 2015

Halaman Judul

CABARAN DAN ISU SEMASA DUNIA


UNIT PENDIDIKAN KHAS
IPG KAMPUS RAJA MELEWAR

HALAMAN PENGAKUAN

Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan
ringkasan yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya.

Tandatangan

______________________

Nama

TING SING LEONG

Tarikh

09.09.2015

PENGHARGAAN

Pertama sekali, saya ingin bersyukur kepada Tuhan kerana keberkatiNya saya telah menyelesaikan tugasan saya pada masa yang telah
ditetapkan.
Saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada pensyarah saya
iaitu, Encik Badurhisham Bin Md Zain kerana beliau telah memberikan
dorongan dan bantuan kepada saya. Beliau telah memberi tunjuk ajar dan
membetulkan kesilapan saya. Beliau juga akan menjawab semua pertanyaan
saya walaupun beliau dalam kesibukan.
Saya

juga ingin mengucapkan terima kasih kepada kawan-kawan

saya yang bersama-sama mencari maklumat. Walaupun saya menghadapi


masalah dalam mengumpul maklumat, saya tetap bersabar. Saya juga selalu
bertukar pandangan agar saya menghasilkan tugasan yang terbaik.
Saya ingin merakamkan ribuan terima kasih kepada ibu bapa saya .
Ibu bapa saya

telah memberi sokongan yang sepenuhnya agar saya

berusaha untuk menyelesaikan tugasan saya. Ibu bapa juga menasihati saya
supaya belajar dari kesilapan dan tidak berputus asa.
Akhir sekali, saya ingin sekali lagi mengucapakan terima kasih kepada
semua orang yang telah membantu saya. Tanpa bantuan semua orang , kami
tidak akan menyelesaikan tugasan saya dalam masa yang ditentukan .

SENARAI KANDUNGAN
HALAMAN
BIODATA DIRI

HALAMAN JUDUL

ii

PENGAKUAN

iii

PENGHARGAAN

iv

SENARAI KANDUNGAN

PENDAHULUAN
PUNCA-PUNCA PENCEMARAN UDARA
IMPAK-IMPAK PENCEMARAN UDARA
LANGKAH-LANGKAH MENANGANI PENCEMARAN UDARA
KESIMPULAN
REFLEKSI
RUJUKAN
LAMPIRAN

PENDAHULUAN
Pencemaran udara boleh didefinisikan sebagai terdapatnya gas, cecair atau
zarah yang terkandung dalam udara sehingga berlakunya perubahan yang
menjejaskan kehidupan dan merosakkan alam sekitar apabila dibebaskan ke
dalam atmosfera. Contoh bahan pencemar udara adalah seperti gas karbon
dioksida, sulfur dioksida, kloroflorokarbon, bau-bauan, logam toksik seperti
plumbum tembaga dan sisa radioaktif. Bahan-bahan tersebut terampai di
udara dan memberi kesan negatif kepada manusia, tumbuhan dan haiwan.
Bahan-bahan ini akan memasuki ke dalam tubuh manusia melalui pernafasan
dan berupaya menyekat pengaliran oksigen ke dalam salur-salur darah.
Menurut Wark dan Warner(1901), pencemaran udara adalah sebagai
kehadiran satu atau lebih bahan pencemar atau gabungannya dalam
atmosfera dalam kuantiti tertentu pada suatu jangka waktu yang boleh
menyebabkan darurat kepada kehidupan manusia,haiwan atau menganggu
suasana kehidupan.
Menurut Wikipedia Bahasa Melayu, pencemaran udara ialah pelepasan
bahan kimia yang berbahaya ke dalam atmosfera. Bahan-bahan ini akan
masuk ke dalam tubuh manusia melalui pernafasan dan berupaya menyekat
pengaliran oksigen ke dalam salur-salur darah. Pelbagai penyakit seperti
penyakit kekejangangan, barah, asma, kekejangan dan anemia akan berlaku
jika kita menghisap bahan habuk dan kimia. Habuk, asap, kabus, wap atau
bahan-bahan lain yang berupaya menghalang penglihatan mata merupakan
bentuk pencemaran udara.

Pencemaran udara dibahagikan kepada dua bahagian, iaitu pencemaran


udara primer dan pencemaran udara sekunder. Pencemaran udara primer
subtansi pencemaran yang disebabakn langsung daripada sumber
pencemaran udara. Penghasilan sulfur monoksida dan karbon monoksida
akibat daripada proses pembakaran yang tidak lengkap adalah contoh
pencemaran udara primer. Proses ini menyebabkan zarah-zarah yang halus
terampai-ampai di udara dan memberi kesan sampingan kepada kesihatan

kita. Kebanyakan pencemaran udara primer ini dilepaskan melalui ekzos


kenderaan, kawasan industri dan penggunaan dapur arang atau kayu.
Pencemaran udara sekunder pula adalah tindak balas gas sulfur dioksida
yang bergabung dengan gas tertentu dan membentuk gas baru yang tidak
diperlukan oleh benda hidup. Sulfur dioksida memerlukan gas seperti karbon
monoksida dan sufur monoksida (pencemar primer) untuk membentuk gasgas lain. Sebagai contoh, gabungan sulfur dioksida, sulfur monoksida dan
wap air akan menghasilkan asid sulfurik. Tindak balas antara pencemar
primer dengan gas-gas terampai di atmosfera akan menghasilkan peroksida
asetil nitrat (PAN).
PUNCA-PUNCA PENCEMARAN UDARA
Perkembangan ekonomi Malaysia bergantung kepada industri pembuatan,
terutamanya elektronik, kimia dan juga getah. Kadar pengeluaran yang
semakin meningkat telah menyebabkan penambahan pada pelepasan
pencemaran gas organik dan bukan organik, bahan kimia dan juga habuk.
Contohnya industri kimia melepaskan bahan kimia yang mengandungi
pelbagai kompaun yang berasaskan nitrogen dan sulfur, manakala kilang
penapis minyak mengeluarkan asap yang mengandungi sulfur dioksida dan
hidrokarbon. Industri logam telah mencemarkan udara dengan sulfur dioksida
dan habuk toksik. Selain itu, kilang-kilang yang melepaskan asap dari
serombong-serombong asap masing-masing tanpa mempedulikan
masyarakat persekitaran. Asap kilang ini berwarna hitam dan mengeluarkan
bau yang kurang menyenangkan. Asap ini akan mempengaruhi kehidupan
seharian penduduk secara tidak langsung.
Pada zaman moden ini, masyarakat sangat bergantung kepada
pengangkutan seperti kereta, lori dan kereta api. Setiap pergerakan
kenderaan motor menggunakan tenaga yang banyak dan hampir semua
kenderaan yang dihasilkan membakar bahan bakar yang akan menghasilkan
asap yang membawa kesan buruk. Setiap tahun, 13.6 tan juta tan gas-gas
beracun yang berpunca daripada penggunaan kenderaan merosakkan
kawasan hutan, tasik dan kehidupan laut. Gas beracun ini juga turut
menambahkan kesan rumah hijau dan memudaratkan kesihatan manusia

sejagat. Kualiti udara persekitaran sangat bergantung kepada jenis sistem


pengangkutan yang digunakan, jenis sumber tenaga, tahap teknologi enjin
dan juga jumlah tenaga yang diperlukan. Dalam sektor pengangkutan,
kenderaan adalah penyumbang utama kepada pencemaran udara.
Penggunaan pengangkutan awam akan mengurangkan impak pencemaran
ke atas alam sekitar. Dalam tahun2014, 14.8 juta kenderaan berdaftar
digunakan di Malaysia. Angka ini akan terus meningkat seiring dengan
peningkatan pendapatan, pemindahan luar bandar ke bandar dan kekurangan
kemudahan pengangkutan awam yang cekap dan pelbagai.
Pembakaran terbuka merupakan antara salah satu punca yang meyebabkan
pencemaran udara. Pembakaran terbuka kebanyakannya dikesan di kawasan
tapak pelupusan sampah, sisa pepejal di kawasan industri dan tapak
pembinaan, sisa perladangan, sisa kebun serta pembakaran di hutan simpan.
Keadaan pencemaran udara semakin bermaharajalela pada musim panas
yang berpanjangan kerana suasana yang panas ini turut menyumbang
kepada masalah jerebu yang akan menjejaskan kesihatan awam dan
mengurangkan jarak penglihatan. Sebilangan penduduk yang tidak
mengambil kira perasaan orang lain telah membakar kawasan semak samun.
Mereka perlu mempunyai kesedaran bahawa pembakaran terbuka yang
menjejaskan kualiti udara setempat.
Isi rumah turut menyumbang kepada pencemaran udara melalui penggunaan
tenaga untuk mesin dan perkakas elektrik seperti peti sejuk dan penghawa
dingin. Peti sejuk dan penghawa dingin bukan sahaja banyak menggunakan
tenaga tetapi peralatan rumah ini juga akan mencemarkan udara apabila
cecair penyejuk digunakan. Secara tidak langsung, klorofluorokarban (CFC)
akan dilepaskan ke udara. Klorofluorocarbon (CFC) adalah senyawa organik
yang mengandungi karbon, klorin, dan fluorin, diproduksi sebagai turunan
volatile metana, etana, dan propana. Pelepasan klorofluorocarbon ke udara
akan mengakibatkan penipisan lapisan ozon. Peralatan rumah seperti
penyembur aerosol yang mengandungi CFC juga akan menyebabkan
pencemaran udara.

KESAN-KESAN PENCEMARAN UDARA


Pencemaran udara akan mengakibatkan hujan asid secara semula jadi. Hal
ini demikian kerana air hujan yang turun akan bergabung dengan karbon
dioksida dan gas-gas berasid yang terdapat dalam atmosfera. Penggunaan
tenaga elektrik dan kereta telah menyebabkan bahan bakar dibakar dalam
jumlah yang banyak. Pembakaran bahan bakar seperti minyak dan arang
batu oleh logi tenaga dan dari ekzos kenderaan membebaskan berjuta-juta
ton sulfur dioksida dan nitrogen oksida ke udara. Bahan pencemar ini akan
disebarkan oleh angin dan bergabung dengan titisan air yang turun sebagai
air hujan akan membentuk asid sulfurik dan asid nitrik.Hujan asid yang turun
ke bumi akan terkumpul menjadi pemendapan berasid. Hujan asid akan
menyebabkan berlakunya eutrofikasi. Nitrogen yang berlebihan akan
menyebabkan tumbuh-tumbuhan akuatik tidak dapat bertumbuh dan
kematian tumbuh-tumbuhan akuatik. Hujan asid ini juga akan menyebabkan
bangunan dan batu menjadi lemah dan rapuh, warna bangunan dan kereta
menjadi pudar, mudah rosak, dan cepat berkarat.
Pencemaran udara juga menyebabkan penipisan lapisan ozon yang
melindungi hidupan di bumi ini daripada sinaran terus matahari. Pembebasan
gas klorofluorocarbon (CFC) yang digunakan dalam alat-alat penyembur, alat
penghawa dingin dan peti sejuk akan menipiskan lapisan ozon. Hal ini akan
menyebabkan lebih banyak sinaran matahari yang sampai ke bumi.
Pendedahan secara terus kepada cahaya matahari boleh menyebabkan
kanser kulit yang sangat berbahaya kepada manusia dan juga hidupan lain.
Pancaran matahari yang terik juga akan menyebabkan berlakunya pencairan
kepada ais-ais di bahagian kutub-kutub bumi. Pencairan ais akan
meningkatkan paras air laut sehingga menenggelamkan sesetengah pulau
seperti Tuvalu, Maladewa dan Tonga dan menghakis permukaan tanah besar.
Pencemaran udara juga akan memberi impak kepada kesihatan manusia..
Gas-gas seperti karbon monoksida akan meracunkan sistem pengangkutan
oksigen dalam darah dan akan melambatkan tindak balas manusia sehingga
menyebabkan mengantuk, penyakit lelah dan mengurangkan fungsi paruparu. Manusia memerlukan udara bersih untuk hidup. Jika udara yang dihidu

tercemar, sistem pernafasan akan menyerap pelbagai bahan pencemar ke


dalam paru-paru. Ini akan mengakibatkan proses penukaran karbon dioksida
kepada oksigen tidak dapat dilakukan dengan efektif dan darah akan
mengalami kekurangan oksigen. Ini seterusnya akan menyebabkan fungsi
paru-paru terjejas dan sistem pengaliran darah mengalami masalah.
Pencemaran udara juga akan menyebabkan jerebu. Jerebu adalah
merupakan zarah-zarah kecil yang boleh wujud secara semula jadi atau
wujud akibat daripada kegiatan seharian manusia. Apabila zarah-zarah kecil
berkumpul dalam jumlah yang banyak, bertaburan dan terapung di udara
maka zarah ini akan menyerap dan menghalang cahaya matahari untuk
menyinar ke permukaan bumi. Keadaan ini akan mengaburi pemandangan
dan menurunkan kadar penglihatan. Jerebu sering berlaku di kawasan bandar
kerana pembebasan asap kenderaan yang semakin hari semakin meningkat.
Kesan-kesan yang akan dialami selepas didedahkan kepada jerebu secara
berterusan termasuklah berasa gatal-gatal di bahagian kerongkong dan
batuk-batuk, terasa sukar untuk bernafas atau sesak nafas, mata terasa pedih
dan berair, hidung berair dan kerap bersin, kulit badan berasa gatal-gatal dan
berasa sakit dada.

LANGKAH-LANGKAH MENANGANI PENCEMARAN UDARA


Dengan kewujudan teknologi moden, sisa pepejal seperti surat khabar lama,
majalah lama, kertas, kain, bahan plastik dan kaca dapat dikitar semula.
Amalan murni ini pasti dapat mengurangkan pencemaran udara yang
disebabkan oleh pengurusan sisa pepejal yang tidak sistematik. Bahan-bahan
buangan industri pertanian boleh diubah menjadi bahan-bahan yang berguna
dan mesra alam. Sebagai contoh, sampah sarap boleh dijadikan bahan bakar
untuk menghasilkan tenaga elektrik. Hampas pertanian seperti hampas
kelapa sawit boleh digunakan untuk menghasilkan metana. Selain itu,
penapis udara telah dicipta dan dipasang pada ekzos kenderaan dan
cerobong asap kilang-kilang perindustrian. Penggunaan petrol tanpa
plumbum juga merupakan satu hasil daripada penggunaan teknologi moden.
Petrol tanpa plumbum dapat mengurangkan kandungan plumbum dalam

atmosfera yang bahaya kepada kesihatan manusia. Penyelidikan ke atas


minyak kelapa sawit sebagai pengganti bahan bakar adalah satu usaha yang
menggalakkan pengurangan pencemaran alam sekitar. Kewujudan teknologi
moden ini dapat mengurangkan pencemaran yang kita hadapi.
Untuk menanam kesedaran di kalangan rakyat, cara yang terbaik ialah
melalui pendidikan. Pendidikan alam sekitar dapat membentuk sikap positif
diri terhadap alam sekitar yang sedar akan kepentingan kualiti alam sekitar
dipeliharakan.Pendidikan alam sekitar mula diperkenalkan secara formal di
sekolah rendah dan menengah melalui Pendidikan Moral. Pada peringkat
menengah, kesedaran tentang kepentingan alam sekitar dipupuk melalui
Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM), khususnya dalam mata
pelajaran sains seperti Biologi. Pendidikan alam sekitar kepada masyarakat
umum pula disampaikan melalui media massa. Antara media massa yang
memainkan peranan yang penting ialah surat khabar, majalah, televisyen dan
radio.
Pameran yang berkaitan dengan isu pencemaran juga boleh dianjurkan untuk
menyuntik kesedaran masyarakat terhadap pencemaran udara. Pameran ini
boleh dilakukan di sekolah-sekolah dan juga tempat-tempat awam seperti
perpustakaan awam. Pameran yang berinformasi ini haruslah merangkumi
isu-isu alam sekitar, sebab-sebab pencemaran, kesan-kesannya dan caracara untuk mengurangkan kadar pencemaran udara.Bahan-bahan menarik
seperti carta, polster dan keratan surat khabar bolehlah dipamerkan. Selain
itu, video-video yang berkaitan dengan pencemaran udara juga boleh
ditayangkan.Pameran murni ini membolehkan masyarakat melindungi alam
sekitar sebagai tanggungjawab mereka.
Pencemaran udara juga dapat dielakkan melalui kempen yang berkaitan
dengan isu pencemaran udara. Penyertaan dalam sesuatu kempen untuk
melindungi alam sekitar adalah amalan yang sihat dan amat digalakkan.
Antara kempen-kempen yang melindungi alam sekitar ialah kempen cintailah
alam sekitar kita, kempen kitar semula, sahabat alam dan sebagainya.
Kempen-kempen ini dapat memberi kesan yang mendalam terhadap pesertapesertanya. Dalam kempen-kempen ini, peserta-peserta akan diajar tentang

betapa pentingnya menjaga alam sekitar dan cara-cara menguruskan sisa


buangan supaya hanya akan mendatangkan pencemaran yang minimum
kepada alam sekitar. Selain itu, kempen kitar semula dapat menggalakkan
pengguna untuk mengitar semula bahan yang boleh dikitar semula. Secara
tidak langsung juga, peserta akan belajar untuk berjimat-cermat. Sahabat
alam telah menjalankan pelbagai aktiviti seperti menanam pokok-pokok
bunga, membersihkan kawasan yang kotor dan sebagainya. Penanaman
pokok bunga akan mencantikkan pemandangan sesuatu kawasan dan dapat
menapis debu yang berterbangan di udara. Tumbuhan hijau juga adalah
penting untuk mengurangkan kandungan karbon dioksida yang boleh
menyebabkan kesan rumah hijau. Oleh itu, kempen haruslah diadakan secara
berterusan untuk mewujudkan pemegang amanah kepada kelangsungan
hijau alam sekitar.

KESIMPULAN
Kesimpulannya, tanggungjawab memulihara alam sekitar perlu dipikul oleh
semua penduduk dunia dan tidak sepatutnya dibiarkan kepada kerajaan atau
pertubuhan-pertubuhan dunia semata-mata, bak kata pepatah 'yang ringan
sama dijinjing yang berat sama dipikul'. Rakyat turut memainkan peranan
yang penting dengan mengambil berat akan kesejahteraan sejagat dan tidak
hanya mementingkan kemajuan sendiri akibat kerakusan mengejar kekayaan
dunia kerana 'sikap tamak membawa kerugian'. Sekiranya isu alam sekitar
tidak mendapat perhatian daripada orang ramai, generasi yang akan datang
akan ketandusan nilai cinta akan alam sekitar. Semua lapsian masyarakat
haruslah berganding bahu untuk menyelesaikan isu alam sekitar di seluruh
dunia yang semakin bermaharajalela supaya masyarakat sejagat dapat hidup
dengan selamat. Oleh itu ,marilah kita menjaga alam sekitar ini kerana dunia
yang indah ini bukan milik kita tetapi dipinjam daripada generasi yang akan
datang.

RUJUKAN
http://www.efka.utm.my/thesis/IMAGES/3PSM/2003/4JKAS/PARTS3/FARIDA
HAA990125D03TTT.pdf
Kajian Pencemaran Udara di Kawasan Perindustrian dan Kawasan
Perumahan di Senai, Johor
http://www.rspo.org/file/KSGS_PollutionPrevention.pdf
Kawalan Pencemaran
http://www.ukm.my/geografia/images/upload/1.2009-2-mastura&huraizamelayu-1.pdf
Pencemaran udara berikutan peristiwa jerebu tahun2005
Kajian kes di Perai, Pulau Pinang, Malaysia
http://www.google.com.my/url?
sa=t&rct=j&q=&esrc=s&source=web&cd=4&cad=rja&uact=8&sqi=2&ved=0CD
QQFjADahUKEwiZltek-OzHAhXLGY4KHS7CC58&url=http%3A%2F
%2Fmyrepositori.pnm.gov.my%2Fbitstream
%2F123456789%2F757%2F1%2FPencemaran%2520Alam
%2520Sekitar.pdf&usg=AFQjCNHyg4fwBC9_icAgK569LR9NKGtCrg&sig2=T
O4gWtlU9TuVBujpOtv0_g&bvm=bv.102022582,d.c2E
Pencemaran Alam Sekitar
http://ir.uitm.edu.my/8029/1/MOHD%20ZAHARI%20ABDULLAH
%20%40%20RAFIE%2005_24.pdf
INDEKS PENCEMARAN UDARA (IPU) DAN KEPEKATAN
LOGAM BERAT (Pb, Zn, Cd dan Cu) UDARA DI BANDAR
JENGKAPAHANG
http://www.andrewchoo.edu.my/wp-content/uploads/2014/06/KAJIAN-KESPENCEMARAN-ALAM-SEKITAR.pdf
PENCEMARAN ALAM SEKITAR
KAJIAN KES : SS 13, SUBANG JAYA,
SELANGOR
Kamus Dewan (1984). Kuala Lumpur. Dewan Bahasa dan Pustaka
Kamus dewan (edisi ke-3) (2002). Kuala Lumpur. Dewan Bahasa dan
Pustaka.
Kamus Dewan (edisi ke-4) (2010). Kuala Lumpur. Dewan Bahasa dan
Pustaka.

Alam Sekitar di Ambang Risiko (2012). Abu Muadz Bin Mahmud. Kuala
Lumpur. Dewan Bahasa dan Pustaka.

LAMPIRAN

Você também pode gostar