Você está na página 1de 19

Definisi kurikulum

Kurikulum pada dasarnya berasal daripada perkataan curere yang merupakan perkataan latin yang
membawa maksud jejak atau laluan. Selain itu, kurikulum dalam bahasa inggeris memberi maksud
jelmaan. Kurikulum dapat didefinisikan sebagai skop dan isi kandungan sesuatu mata pelajaran di
sekolah, senarai kesemua mata pelajaran (kursus pengajian) di sekolah dan institusi pendidkan (Kamus
Dewan Edisi Keempat 2007). Manakala definisi kurikulum mengikut Kamus Pelajar Edisi Kedua ialah
semua mata pelajaran yang diajar di sekolah, kolej dan lain-lain institusi pendidikan. Merujuk kepada
definisi tersebut, jika sesuatu program pendidikan hendak dirancang dan bertujuan untuk mendapatkan
kemajuan yang berterusan diperlukan, maka konsep tentang sesuatu kurikulum adalah amat penting
untuk dijadikan landasan kepada perlaksanaan sesuatu kurikulum tersebut (Ralph W. Tyler 1990).
Terdapat pelbagai definisi terhadap kurikulum yang diberikan oleh pakar-pakar dan pengkaji.
Sesetengah pengkaji berpendapat kurikulum merupakan satu pengalaman. Menurut Neagly dan Evans
dalam Kamaruddin Hj. Husin dan rakan-rakan (2004) kurikulum ialah semua pengalaman yang
dirancang dan dikemukakan oleh pihak sekolah yang bertujuan untuk membimbing murid memperoleh
hasil pembelajaran yang telah ditetapkan mengikut keupayaan masing-masing. Saylor dan Alexander
mendefinisikan kurikulum sebagai rancangan dalam menyediakan kesempurnaan pembelajaran bagi
mencapai tujuan secara menyeluruh dan objektif yang spesifik.
Kurikulum dapat dibahagikan kepada dua reka bentuk kurikulum iaitu reka bentuk kurikulum yang
berasaskan standard dan kurikulum berbentuk modular. Kurikulum yang berbentuk standard adalah
berasaskan standard kandungan dan standard pembelajaran yang perlu dicapai oleh murid. Manakala
kurikulum yang berbentuk modular mengandungi kandungan yang telah diorganisasi dan disampaikan
dalam bentuk bahagian atau unit dan bahagian unit inilah yang dinamakan modul. (Kementerian
Pelajaran Malaysia 2009).

Apakah dimaksudkan dengan kurikulum?


1.0 PENGENALAN
Pengalaman kanak-kanak pada peringkat awal mempengaruhi pembelajaran dan perkembangan
mereka seterusnya. Pengalaman yang dilalui merangkumi semua aspek perkembangan iaitu fizikal,
intelek, bahasa, sosial, emosi dan nilai. Apabila salah satu aspek perkembangan diketepikan, adalah
sukar bagi mereka mengatasi kelemahan itu kerana mereka sudah jauh ketinggalan dalam
perkembangan tersebut. Oleh yang demikian, kurikulum kanak-kanak pada peringkat awal perlu
seimbang dan memberi peluang kepada kanak-kanak mencapai perkembangan yang menyeluruh
(Rohani Abdullah et.al 2004). Kurikulum merupakan satu perkataan yang tidak asing lagi
terutamanya dalam dunia pendidikan. Terdapat pelbagai andaian dan definisi yang boleh dibuat
berdasarkan perkataan ini kerana kurikulum mempunyai pengertian yang sangat luas. Menurut
kajian Kamarudin & Siti Hajar (2004), kurikulum sebenarnya berasal daripada perkataan Latin
curere yang bermaksud laluan atau jejak. Dalam bahasa Inggeris pula kurikulum membawa
maksud jelmaan. Paduan daripada kedua-dua kata ini telah menghasilkan kurikulum yang
bermaksud laluan dari satu peringkat ke satu peringkat. Dalam sejarah perkembangan pendidikan
awal kanak-kanak, pengaruh dan tokoh-tokoh awal kanak-kanak, pada masa dahulu dan masa kini
mempunyai implikasi pada keputusan pendidik dalam memilih kurikulum dan strategi pengajaran.
(Brewer 1992) Pengaruh Islam dalam pendidikan awal kanak-kanak juga perlu diberi penekanan dan
keutamaan menerusi kurikulum dan strategi pengajaran (Nor Hashimah Hashim dan Yahya Che Lah
2003). Memandangkan kurikulum mempunyai pengertian yang luas, maka banyak definisi yang
boleh dibuat berdasarkan perkataan ini. Namun, sehingga ke hari ini ahli pendidikan masih belum
mencapai kata sepakat dalam memberikan definisi tentang perkataan ini. Justeru, pelbagai definisi
telah diberikan oleh beberapa golongan yang cerdik pandai untuk menghuraikan maksud sebenar
perkataan kurikulum ini. Kepelbagaian definisi ini wujud dalam kalangan pengkaji kerana latar

belakang yang berbeza daripada pelbagai segi seperti etnik, bahasa serta kebudayaan (Kamarudin &
Siti Hajar 2004). Manakala pengertian menurut pandangan Hilda Taba dalam bukunya Curriculum
Development menyatakan bahawa curriculum is,after all,a way of preparing young people to
participate as productive members of our culturer (Taba, 1962). Hal ini, kurikulum yang dibina
boleh membawa kepada persediaan pelajar dalam kehidupan sosial secara produktif. Kurikulum
didefinisikan sebagai pelajaran yang diajarkan di sekolah, Menurut Nasution 1993 kurikulum ialah
pelajaran yang harus di hadapi oleh siswa untuk ke peringkat lebih tinggi (ijazah). Pengertian
kurikulum merujuk kepada kegiatan pendidikan yang berbentuk interaksi akademik antara pelajar,
guru, sumber dan persekitaran (Ahmad Sudrajat, 2008).
2.0 DEFINISI KURIKULUM
Kurikulum pada dasarnya berasal daripada perkataan curere yang merupakan perkataan latin yang
membawa maksud jejak atau laluan. Selain itu, kurikulum dalam bahasa inggeris memberi maksud
jelmaan. Kurikulum dapat didefinisikan sebagai skop dan isi kandungan sesuatu mata pelajaran di
sekolah, senarai kesemua mata pelajaran (kursus pengajian) di sekolah dan institusi pendidkan
(Kamus Dewan Edisi Keempat 2007). Manakala definisi kurikulum mengikut Kamus Pelajar Edisi
Kedua ialah semua mata pelajaran yang diajar di sekolah, kolej dan lain-lain institusi pendidikan.
Merujuk kepada definisi tersebut, jika sesuatu program pendidikan hendak dirancang dan bertujuan
untuk mendapatkan kemajuan yang berterusan diperlukan, maka konsep tentang sesuatu kurikulum
adalah amat penting untuk dijadikan landasan kepada perlaksanaan sesuatu kurikulum tersebut
(Ralph W. Tyler 1990). Terdapat pelbagai definisi terhadap kurikulum yang diberikan oleh pakarpakar dan pengkaji. Sesetengah pengkaji berpendapat kurikulum merupakan satu pengalaman.
Menurut Neagly dan Evans dalam Kamaruddin Hj. Husin dan rakan-rakan (2004) kurikulum ialah
semua pengalaman yang dirancang dan dikemukakan oleh pihak sekolah yang bertujuan untuk
membimbing murid memperoleh hasil pembelajaran yang telah ditetapkan mengikut keupayaan

masing-masing. Saylor dan Alexander mendefinisikan kurikulum sebagai rancangan dalam


menyediakan kesempurnaan pembelajaran bagi mencapai tujuan secara menyeluruh dan objektif
yang spesifik. Kurikulum dapat dibahagikan kepada dua reka bentuk kurikulum iaitu reka bentuk
kurikulum yang berasaskan standard dan kurikulum berbentuk modular. Kurikulum yang berbentuk
standard adalah berasaskan standard kandungan dan standard pembelajaran yang perlu dicapai oleh
murid. Manakala kurikulum yang berbentuk modular mengandungi kandungan yang telah
diorganisasi dan disampaikan dalam bentuk bahagian atau unit dan bahagian unit inilah yang
dinamakan modul. (Kementerian Pelajaran Malaysia 2009). Oleh yang demikian, Kurikulum
Prasekolah Kebangsaan dibangunkan berasaskan kedua-dua rekabentuk kurikulum tersebut. Tujuan
utama penetapan standard dalam Kurikulum Prasekolah Kebangsaan adalah untuk ekuiti dan kualiti.
Peluang pendidikan yang sama akan diberikan kepada semua murid untuk tujuan ekuiti bagi
penetapan standard pendidikan prasekolah. Kualiti pula membawa maksud bahawa semua murid
perlu diberi pendidikan yang berkualiti. Standard kandungan merupakan pernyataan spesifik tentang
perkara yang murid perlu ketahui dan boleh dilakukan dalam suatu tempoh persekolahan yang
merangkumi aspek pengetahuan, kemahiran dan nilai. Manakala aspek pembelajaran pula adalah
merupakan satu penetapan kriteria atau indikator pencapaian dalam bentuk objektif tingkahlaku
(behavioural) untuk memastikan pencapaian setiap standard kandungan (Kementerian Pelajaran
Malaysia 2009). Dengan ini, kurikulum Asuhan dan Didikan Awal Kanak-kanak Kebangsaan
(Kurikulum PERMATA Negara) dijadikan Kurikulum Kebangsaan. Skop yang terkandung di dalam
Kurikulum PERMATA adalah meliputi 6 bidang pembelajaran dan mengandungi aspek pengasuhan
yang lengkap iaitu perkembangan sosio-emosi, sahsiah dan kerohanian, perkembangan bahasa,
komunikasi dan literasi awal, perkembangan pra-matematik dan pemikiran logik, perkembangan
deria dan pemahaman dunia persekitaran, perkembangan fizikal dan kemahiran mengurus diri,
perkembangan estetika dan daya kreatif serta aspek pengasuhan yang meliputi aspekaspek

keselamatan, pemakanan seimbang, penjagaan bayi dan kanak-kanak dan amalan pengasuhan.
Manakala kurikulum yang berbentuk modul mengandungi dua jenis modul iaitu Modul Asas dan
Modul Bertema. Modul Asas pula terdiri daripada Komponen Bahasa (Bahasa Malaysia, Bahasa
Inggeris, Bahasa Cina dan Bahasa Tamil) Pendidikan Islam, Pendidikan Moral, Permainan Luar dan
Matematik. Modul Bertema pula merupakan modul bersepadu yang mengandungi unsur-unsur dalam
keenam-enam tunjang dan unsur kreatif, kritis dan inovatif. Modul Bertema ini juga dibina dengan
menggunakan isu kehidupan seharian kanak-kanak (Kementerian Pelajaran Malaysia 2009).
3.0 PERUBAHAN DALAM KURIKULUM
Perubahan dalam kurikulum bermakna kurikulum itu boleh diubah kepada yang lebih baik ataupun
mungkin kepada yang lebih buruk lagi. Ini disebabkan konsep perubahan kurikulum membawa erti
yang umum dan tidak khusus. Memanglah tidak boleh kita terima hakikat bahawa sesuatu perubahan
itulah yang membawa kepada yang lebih buruk lagi. Tetapi ini tidak pula bermakna yang ianya tidak
boleh berlaku ataupun dilakukan (Razali Arof 1991). Setiap perubahan yang dilaksanakan
mempunyai objektif dan bentuknya tersendiri. Ini bermakna bahawa ahli-ahli pembentuk kurikulum
perlu mengetahui tujuan dan bentuk perubahan yang hendak dilakukan. Apabila kita berbincang
mengenai tujuan dan bentuk perubahan, sebenarnya kita menyentuh tentang jenis-jenis perubahan.
perubahan. Dalam bidang literatur terdapat adalah sekurang-kurangnya bercorak empat jenis
Perubahan tersebut perubahan hemeostatik, perkembangan, neomobilistik dan metamorphistik.
Perubahan homeostatik adalah perubahan yang dibuat tanpa memasukkan elemen-elemen
pembaharuan yang bermakna. Perubahan yang dibuat hanyalah pertukaran atau gentian-gantian yang
biasa sahaja (Razali Arof 1991). Contohnya ialah Guru Besar B menggantikan Guru Besar A
disebabkan Guru Besar A telah bersara. Demikianlah keadaan seterusnya supaya semua aktiviti yang
terlibat dapat berjalan seperti biasa. Dengan kata lain, perubahan jenis homeostatik ini membawa
perubahan yang berciri atau bersifat kebiasaan. Perubahan perkembangan bererti wujudnya unsur

atau elemen perubahan dalam sesuatu kurikulum itu tetapi perubahan itu adalah bercorak
pembaharuan kepada yang lama dan dalam konteks bentuk kurikulum yang telah dibentuk. Ini
bermakna ciriciri dan sifat-sifat kurikulum yang ada masih dikekalkan. Cuma yang berubah mungkin
dari segi teknik yang digunakan ataupun alat-alat yang digunakan. Selalunya perubahna jenis
perkembangan ini dilaksanakan untuk mengatasi aktiviti-aktiviti yang lemah setelah dikenal pasti.
Contohnya perubahan dalam isi disebabkan cara-cara yang digunakan dalam pemilihan isi itu
didapati telah tidak sah. Ataupun penukaran dalam beberapa objektif kurikulum tersebut disebabkan
kaedah yang digunakan untuk memilih atau mengenal pasti objektif-objektif untuk kurikulum itu
adalah tidak tepat. Dalam keadaan seperti contoh di atas, maka sesuatu kurikukum itu akan diubah
bagi mewujudkan pembaharuan untuk menjadikan sesuatu kurikulum itu lebih berkesan (Razali Arof
1991). Seperti juga dengan perubahan perkembangan, perubahan neomobilistik juga membawa
unsur atau elemen pembaharuan kepada kurikulum itu. Tetapi ia berbeza dengan perubahan
perkembangan disebabkan perubahan neomobilistik wujud berdasarka faktor-faktor luaran seperti
perkembangan ilmu dan penemuan teori baru serta prinsip baru. Dengan demikian, idea-idea atau
pengetahuan baru itu sudah tentulah perlu diambil kira atau dimasukkan ke dalam kurikulum yang
ada. Kalau perubahan itu tidak dilakukan, kurikulum tersebut tidak akan membawa faedah kerana ia
mengandungi idea-idea yang tidak boleh diterima lagi. Dengan demikian kurikulum tersebut perlu
diubah atau lebih tepat diperbaharui dengan memberi perhatian atau memasukkan idea-idea yang
baru ke dalamnya (Razali Arof 1991). Oleh itu, kurikulum tersebut akan selari dengan keadaan
semasa serta lebih berfaedah. Namun demikian, perlulah diingat bahawa perubahan neomobilistik ini
tidak membawa pembaharuan yang sangat besar kepada kurikulum. Perubahan metamorphistik pula
wujud disebabkan oleh kemasukan idea-idea baru kepada kurikulum. Perubahan metamorphistik
membawa perubahan yang sangat besar kepada sesuatu kurikulum sehingga sekurang-kurangnya
sebahagian besar daripada elemen-elemen dalam kurikulum itu terpaksa ditukar. Bukan sahaja

bahagian rasional dan objektifnya perlu diperbaharui, tetapi juga isi kurikulum tersebut, pendekatan
dalam penyusunan isi, pengajaran dan penilaian kurikulum juga perlu diperbaharui sesuai dengan
kehendak baru mengenai fungsi dan objektif pendidikan (Razali Arof 1991). Terdapat berbagai-bagai
faktor yang membawa kepada perubahan sesuatu kurikulum. Kadang-kadang faktor-faktor itu
bergerak sendirian dan kadang-kadang bergabung. Antara faktor-faktor itu ialah kewujudan atau
perkembangan ilmu-ilmu yang baru. Seperti yang kita maklum, kedudukan ilmu adalah sentiasa
berkembang. Kita sering terbaca dalam akhbar, majalah atau mendengar melalui radio atau melihat
melalui kaca televisyen tentang berbagai-bagai ilmu baru telah berjaya ditemui oleh para saintis
terutamanya mengenai berbagai-bagai aspek yang bersangkutan dengan kehidupan seharian.
Kurikulum yang telah dibentuk perlulah sentiasa dikemaskini supaya dengan demikian pelajarpelajar atau penerima kurikulum itu akan mempelajari ilmu-ilmu yang mutakhir dan tidak
mempelajari ilmu yang sudah ketinggalan zaman atau lapuk yang tidak boleh digunakan lagi.
Seterusnya ialah kehendak masyarakat yang berubah. Kehendak masyarakat bukan sahaja bermacam
ragam tetapi sentiasa berubah. Begitu juga dengan keadaan sesuatu benda, tidak ada yang kekal dan
pasti mengalami perubahan. Itulah sebabnya kehendak yang timbul pada suatu zaman itu berbeza
dengan zaman yang sebelumnya atau yang akan datang. Banyak perkara yang boleh mempengaruhi
perubahan dalam kehendak masyarakat. Misalnya elemen pendewasaan ahli-ahli masyarakat itu
sendiri. Kehendak pelajar remaja adalah berbeza dengan kehendak pelajar di peringkat kanakkanak.
Dengan itu kurikulum yang dibentuk untuk kanak-kanak perlulah diperbaiki sekiranya kurikulum
tersebut ingin pula diberikan kepada pelajar-pelajar yang telah dewasa. Perubahan kurikulum juga
boleh berlaku disebabkan oleh perkembangan dasar kerajaan. Sebagai contoh, di Malaysia beberapa
tahun yang lalu, Bahasa Inggeris menjadi bahasa perantara di pejabat kerajaan dan swasta, dan juga
bahasa pengantar dikebanyakan sekolah khususnya sekolah Inggeris. Tetapi menjelang tahuntahun
1970-an, pihak kerajaan telah mengesyorkan penggunaan Bahasa Melayu menjadi bahasa rasmi,

bahasa urusan, bahasa perhubungan dan juga bahasa pengantar dari peringkat sekolah rendah
sehinggalah ke peringkat universiti (Hendyat Soetopo dan Wasty Soemanto 1991). Selain itu, ideaidea baru yang diperkenalkan ke dalam bidang pendidikan juga boleh mendorong ahli-ahli
pembentuk kurikulum melakukan perubahan terhadap kurikulum yang telah sedia ada. Seterusnya,
kurikulum itu juga boleh dilakukan perubahan dengan memperkenalkan pendekatan dalam bidangbidang lain ke dalam bidang pendidikan. Contohnya, ilmu-ilmu dalam bidang penilaian
diperkenalkan ke dalam bidang kurikulum bagi meningkatkan lagi keberkesanan proses
perkembangan kurikulum. Keadaan ini sudah tentulah boleh mencetuskan usaha bagi
memperbaharui kurikulum yang sedia ada.
4.0 TOKOH KURIKULUM KANAK-KANAK PERINGKAT AWAL
Terdapat pelbagai falsafah dan pendekatan bagi mengendalikan pengajaran dan pembelajaran kanakkanak pada peringkat awal. Ahli falsafah yang mempengaruhi pembentukkan untuk kanak-kanak
pada peringkat awal antaranya terdiri daripada John Comenius, Jean-Jacques Rousseau, Johann
Heinrich Pestalozzi, Friedrich Froebel, Maria Montessori, Rachel dan Margaret McMillan, Jean
Piaget, Howard Gardner dan Lev Semanovich Vygotsky. Comenius dilahirkan di Moravia dalam
wilayah Czechoslovakia dan merupakan salah seorang menteri. Beliau banyak menghabiskan masa
berkhidmat sebagai paderi, mengajar di sekolah dan menulis. Di antara bukunya ialah The Great
Didactic dan The Orbis Pictus (The World in Picture), yang dianggap sebagai buku bergambar yang
pertama untuk kanak-kanak (Azizah 2002). Menurut Comenius (1592-1670) dalam Rohani Abdullah
et.al (2004), mempercayai semua kanak-kanak perlu menghadirikan diri ke sekolah. Mereka belajar
berkomunikasi melalui aktiviti lisan, menulis melalui aktiviti penulisannya dan berfikir melalui
aktiviti yang membenarkan mereka berfikir dan belajar secara aktif. Rousseau (1712-1778), melihat
perkembangan kanak-kanak sebagai suatu proses yang tidak boleh dipaksa ataupun dikawal.
Menurut Rousseau, pendidikan kanak-kanak ada kaitan dan berasaskan ciri-ciri semula jadi kanak-

kanak. Berdasarkan teori beliau, perkembangan kanak-kanak berlaku secara berperingkat iaitu yang
pertama kanak-kanak yang baru lahir hingga lima tahun belajar melalui aktiviti fizikal dan kedua
kanak-kanak berusia lima hingga 12 tahun belajar melalui penerokaan persekitaran dan pengalaman
(Rohani Abdullah et.al 2004). Kanak-kanak perlu dibesarkan mengikut rentak ada kala laju, ada kala
lambat dan mengikut kebolehan semula jadi mereka. Peranan guru adalah menyokong
kecenderungan perkembangan seseorang kanak-kanak, tanpa menukar arah kecenderungan ini. Guru
boleh menggalakkan perkembangan semulajadi kanak-kanak dengan menyediakan persekitaran yang
kaya dengan pengalaman di samping memberi kasih sayang, penerimaan dan kemesraan (Rohani
Abdullah et.al 2004). Menurut Pestalozzi (1746-1827) dalam Rohani Abdullah et. al (2004), yang
terpengaruh dengan falsafah Rousseau, juga menyarankan pendidikan awal kanakkanak adalah
berasaskan persekitaran semula jadi. Beliau berusaha menghapuskan pendekatan pengajaran melalui
hukuman dan pembelajaran berbentuk penghafalan. Oleh itu Pestalozzi bendapat, kanak-kanak perlu
mengambil bahagian dalam aktiviti yang bermakna dan berasaskan pengalaman hidup yang sebenar.
Kaedah pengajaran Pestalozzi menitikberatkan penerokaan melalui pengalaman deria. Cara terbaik
untuk kanak-kanak belajar adalah melalui pengalaman merasa, menghidu, menyentuh, mendengar
dan melihat. Contohnya, proses pembelajaran kanak-kanak adalah melibatkan aktiviti seperti melihat
, menyentuh, dan menghidu bau bunga mawar melalui deria memberi impak yang lebih berkesan
kepada kanak-kanak jika dibandingkan dengan aktiviti pengajaran melalui gambar ataupun
perbualan sahaja. Beliau juga menggalakkan aktiviti yang berbentuk kumpulan yang terdiri daripada
kanak-kanak yang berbeza dari segi umur. Dalam kumpulan, kanak-kanak yang lebih besar dapat
membantu kanak-kanak yang lebih kecil. Pada masa yang sama, untuk mengajar kanak-kanak yang
kecil dalam sesuatu kemahiran, kanak-kanak yang besar merasa terdorong untuk mengukuhkan
penguasaan mereka dalam kemahiran tersebut. Bagi tokoh kurikulum yang seterusnya pula ialah
Montessori yang merupakan wanita pertama yang berkelulusan dalam bidang perubatan dari sebuah

universiti di Itali. Pada tahun 1906, beliau menubuhkan satu sekolah untuk kanak-kanak istimewa,
yang terkenal sebagai Sekolah Montessori. Montessori menyokong pendapat Froebel dengan
membenarkan kanak-kanak belajar melalui aktiviti bermain. Menurut beliau, dalam keadaan
bermain, kanak-kanak sebenarnya bekerja bersungguh-sungguh bagi menguasai sesuatu kemahiran.
Seperti Pestalozzi , beliau juga menyarankan supaya kanak-kanak digalakkan menggunakan alat
deria yang sedia ada pada mereka bagi meneroka persekitaran dan menambah pengetahuan mereka
(Rohani Abdullah et. al 2004). Montenssori mempercayai kanak-kanak akan menunjukkan minat
kepada sesuatu aktiviti pembelajaran apabila mereka cukup matang dan bersedia mempelajarinya.
Guru merupakan pemudah cara dalam proses pembelajaran kanakkanak. Guru menyokong kanakkanak apabila mereka menunjukkan kesediaan mempelajari sesuatu, suka bertanyakan soalan-soalan
kepada guru dan bertindak untuk membantu kanak-kanak jika bantuan diperlukan. Montessori
mengemukakan beberapa konsep asas dalam pembentukkan kurikulum kanak-kanak pada peringkat
awal. Antara konsep berikut iaitu minda yang mudah menyerap, persekitaran yang tersedia, didikan
diri, bahan pembelajaran, tempoh sensitif. Menurut Montessori dalam Rohani Abdullah et. al (2004),
minda kanak-kanak mudah menyerap sesuatu maklumat yang diterima melalui deria mereka,
sebelum mereka bersedia untuk menerima pengajaran daripada guru. Manakala konsep persekitaran
yang tersedia pula menggalakkan perkembangan kanak-kanak. Oleh itu, persekitaran yang lengkap
dengan pelbagai bahan yang akan menyokong pembentukkan konsep dan pengetahuan kanak-kanak
perlu disediakan. Berkenaan tentang konsep didikan diri, Montessori berpendapat kanak-kanak
mampu menjelaskan persepsi mereka dan menyusun pengalaman melalui aktiviti yang sesuai apabila
persekitaran mereka disusun secara lengkap dengan pelbagai bahan pembelajaran yang baik. Kanakkanak berkebolehan menyusun pengetahuan mereka apabila mereka terlibat dengan sesuatu aktiviti.
Melalui konsep bahan pembelajaran pula, terdapat empat jenis bahan pembelajaran yang telah
dikemukakan oleh Montessori. Empat bahan pembelajaran tersebut ialah bahan untuk latihan dalam

kemahiran hidup, bahan sensori, bahan akademik dan bahan seni dan budaya. Tempoh sensitif pula
adalah tempoh yang paling sesuai untuk kanak-kanak menguasai sesuatu kemahiran. Tempoh
tersebut dapat di kesan apabila kanak-kanak menunjukkan kesediaan dan minat bagi mempelajari
sesuatu kemahiran dengan sentiasa bertanyakan soalan dan sentiasa tertarik untuk memerhati dan
menyentuh sesuatu bahan pembelajaran. Froebel (1782-1852) dalam Rohani Abdullah et. al 2004),
berpendapat semua benda dalam dunia berfungsi memenuhi kehendak tuhan. Setiap manusia juga
berfungsi memenuhi kehendak ini. Menurut beliau, pendidikan membimbing manusia ke arah
memahami dan menerima diri sendiri, serta menyatukannya dengan alam semula jadi dan tuhan.
Froebel percaya proses pembelajaran yang paling berkesan adalah sesuatu yang berlaku dalam
keadaan yang menggembirakan. Bermain adalah suatu aktiviti pilihan sendiri untuk kanak-kanak.
Apabila kanak-kanak memilih sesuatu aktiviti bermain, mereka pasti akan memilih sesuatu yang
menggembirakan. Beliau menegaskan dua ciri yang penting dalam pembentukkan kurikulum kanakkanak pada peringkat awal iaitu kebebasan dan kreativiti. Setiap kanak-kanak itu unik. Oleh yang
demikian, mereka harus diberi kebebasan memilih aktiviti pembelajaran yang sesuai dengan tahap
perkembangan semasa dan minat mereka. Apabila mereka dibenarkan membuatkan pilihan sendiri
ini, mereka lebih cenderung menghasilkan sesuatu yang istimewa dan mengalami proses
pembelajaran yang bermakna. Menurut Froebel dalam Rohani Abdullah et. al (2004) bagi mengajar
kanak-kanak secara berkesan, seseorang guru perlu menarik minat dan perhatian kanak-kanak.
Apabila perhatian dan perasaan ingin tahu kanak-kanak terusik, secara tidak langsung mereka
terdorong belajar sesuatu yang baru misalnya aktiviti menghafal lagu atau pun puisi dapat membantu
kemahiran berbahasa. Selain daripada ahli pemikir dan cendikiawan di barat, Islam sendiri tidak
ketinggalan dalam memberi panduan dari segi bimbingan dan pendidikan kanak-kanak pada
peringkat awal. Islam menekankan perkembangan seseorang kanak-kanak itu secara seimbang dari
segi duniawi mahupun segi ukhrawi. Terdapat ramai pemikir Islam yang memberi sumbangan dalam

pendidikan, terutama pendidikan awal kanakkanak. Pandangan Islam dalam pembentukkan


kurikulum jelas sekali termaktub dalam pesanan Saidina Ali ra. yang bermaksud,didiklah anakanakmu supaya mereka boleh hidup di zaman yang amat berlainan sekali dengan zamanmu. Antara
pandangan tokoh Islam ialah menurut Iman al-Ghazali dalam Rohani Abdullah et. al (2004), yang
menekankan bahawa kanak-kanak perlu didik sejak lahir dan mengenal huruf, menulis dan
membaca. Pendidikan agama diberi berlandaskan al-Quran dan hadis yang bertujuan untuk
membentuk keperibadian yang mulia. Selain itu, latihan jasmani ditekankan oleh Iman Al-Ghazali
bagi membina kekuatan tubuh badan, kecerdasan minda dan mengelakkan kemalasan. Kanak-kanak
dilatih mengamalkan budi pekerti yang mulia dan tabiat yang baik. Ibnu Khaldun berpendapat
kanak-kanak perlu menggunakan pancaindera dan diberi contoh yang mudah dan konkrit dalam
pembelajaran mereka, perlu didedahkan dengan contoh teladan yang baik, diajar membaca al-Quran
sebelum menghafalnya, menerima bimbingan dengan lemah lembut bukan melalui kekerasan dan
mudah keliru apabila diajar dua perkara dalam masa yang sama. Oleh yang demikian, hanya ajar
satu perkara pada satu jangka masa (Rohani Abdullah et. al 2004).
5.0 KURIKULUM AWAL KANAK-KANAK YANG TERDAPAT DI MALAYSIA
Di Malaysia kurikulum awal kanak-kanak telah mengalami perubahan dan perkembangan dalam
membina dan meningkatkan kualiti kurikulum dalam pendidikan prasekolah. Kurikulum akan
digubal untuk membentuk kurikulum supaya penyeragaman kurikulum dapat dilaksanakan. Hal ini
berlaku apabila masyarakat mulai sedar tentang kepentingan pendidikan pada peringkat umur awal
kanak-kanak sebelum melangkah masuk ke sekolah rendah. Kurikulum awal kanak-kanak ini
digubal bagi bersesuaian dengan tahap perkembangan kanak-kanak supaya dapat merangsang
pemikiran, membina sikap positif, meningkatkan kecerdasan dan kesihatan ke arah penyuburan
optimum. Perancangan dan penggubalan Kurikulum Prasekolah Kebangsaan berlandaskan prinsip
Rukun Negara dan Falsafah Pendidikan Kebangsaan sebagai pendokong matlamat dan wawasan

negara. Perancangan dan penggubalan kurikulum ini mengambil kira pandangan dan falsafah serta
teori pendidikan awal kanak-kanak serta cara pembelajaran terkini seperti teori pelbagai kecerdasan,
teori kecerdasan emosi dan konsep e-pembelajaran (Pusat Perkembangan Kurikulum 2003).
Pelaksanaan kurikulum di Malaysia adalah bersepadu dan terancang melalui Amalan Bersesuaian
Dengan Perkembangan Kanak-Kanak (ABP). ABP ialah satu pendekatan yang menekankan kepada
penggunaan kaedah pengajaran dan pembelajaran yang bersesuaian dengan umur, perkembangan
diri, kebolehan, bakat serta minat murid. Kurikulum ini berfokus kepada hasil pembelajaran iaitu
memberi penekanan kepada apa yang murid perlu faham, tahu dan buat serta amalkan (Prasekolah
Bestari Institut Perguruan Keningau Sabah 2008). Garis Panduan Kurikulum Prasekolah merupakan
salah satu kurikulum yang terdapat di Malaysia yang telah digubal buat pertama kali semasa projek
imbuhan dijalankan pada tahun 1973 hingga 1983. Sempena dengan perlaksanaan program
pendidikan prasekolah annex iaitu penubuhan tadika di sekolah rendah seluruh negara maka garis
panduan yang sedia ada pada masa itu disemak semula mengikut perkembangan semasa dan
keperluan agensi yang menjalankan pendidikan prasekolah. Garis panduan itu telah diterbitkan pada
tahun 1993. Akta Pendidikan 1996 telah menaikkan martabat pendidikan prasekolah dengan
memasukkan pendidikan prasekolah ke dalam Sistem Pendidikan Kebangsaan. Sehubungan dengan
itu satu garis panduan kurikulum prasekolah yang juga dipanggil kurikulum prasekolah telah
diterbitkan pada tahun 1998 dan dikuatkuasakan penggunaannya mulai 1 Januari 1999 untuk semua
tadika di negara ini. Hal ini, bertujuan untuk menyuburkan potensi murid dalam semua aspek
perkembangan, menguasai kemahiran asas dan memupuk sikap positif sebagai persediaan masuk ke
sekolah rendah (Garis Panduan Pendidikan Prasekolah di Malaysia 1993). Selain itu, kurikulum
PERMATA juga merupakan kurikulum yang digunapakai dalam rujukan pengajaran di prasekolah
yang telah dibentuk oleh pakar-pakar pendidikan awal kanak-kanak dari kalangan pensyarahpensyarah universiti. Ia dibentuk bagi memberi panduan kepada pendidik-pendidik mengenai

pengurusan taska atau Pusat Anak Permata Negara (PAPN) mengenai pedagogi pendidikan dan
asuhan kanak-kanak yang terbaik bagi meningkatkan kecemerlangan potensi kanak-kanak.
Kurikulum ini mencakupi aspek-aspek kaedah berinteraksi dengan kanak-kanak yang boleh
memberikan pengalaman pembelajaran yang maksimum, kaedah pegasuhan secara holistik, di
samping panduan merancang aktiviti untuk menaksir perkembangan kanak-kanak, merefleks dan
mengadakan kerjasama pintar dengan ibubapa dan ahli keluarga serta masyarakat (Aminah Ayob et
al. 2008). Kurikulum standard prasekolah kebangsaan merupakan kurikulum yang terbaru digubal
dengan memberi penekanan kepada standard kandungan dan standard pembelajaran yang patut
diketahui dan boleh dilakukan oleh kanak-kanak yang berumur empat hingga enam tahun.
Kurikulum ini berfokuskan kepada proses pengajaran dan pembelajaran yang berpusatkan kanakkanak, menekankan kepada inkuri penemuan dan menggunakan pendekatan pengajaran dan
pembelajaran persepadu, bertema, belajar melalui bermain, pembelajaran kontekstual dan
pembelajaran berasaskan projek (Bahagian Pembangunan Kurikulum 2009). Secara keseluruhan,
kurikulum pendidikan prasekolah di Malaysia memberi fokus kepada perkembangan kanak-kanak
secara menyeluruh, seimbang dan bersepadu. Pendekatan pembelajaran yang fleksibel dan suasana
pembelajaran yang selesa, selamat dan ceria dapat menggalakkan naluri ingin tahu, perasaan suka
meneroka dan menjelajah serta memberi pengalaman baru kepada kanak-kanak (Pusat
Perkembangan Kurikulum 2003).
6.0 KESIMPULAN
Kesimpulannya, kurikulum ialah rancangan yang dilakukan dengan terancang dalam pengajaran dan
pembelajaran. Kurikulum boleh dibina dan digubal semula untuk kesesuaian dalam pengajaran dan
pengajaran berlandaskan kepada Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Rukun Negara. Guru
menjadikan kurikulum sebagai panduan bagi merancang pengajaran dan pembelajaran di dalam
kelas mengikut mata pelajaran yang diajar. Kandungan kurikulum membantu guru dalam membina

perancangan pengajaran dan menyusun aktiviti pelajar supaya matlamat dan objektif pengajaran
dapat dicapai. Perubahan kurikulum berlaku dari semasa ke semasa bagi meningkatkan kualiti
pendidikan negara. Perubahan yang dilakukan bergantung kepada perubahan dan kepentingan
semasa. Walau bagaimanapun, terdapat beberapa jenis perubahan kurikulum iaitu bercorak Oleh itu,
hemeostatik, pusat perkembangan, kurikulum neomobilistik berperanan dan dalam metamorphistik.
perkembangan membentuk kurikulum supaya dapat diseragamkan di seluruh sekolah. Segala
perubahan kurikulum mestilah berdasarkan kepada falsafah pendidikan untuk memperkembangkan
potensi dan keupayaan individu (Azizah Lebai Nordin et al. 1999). Oleh itu, perkembangan
kurikulum di Malaysia semakin berkembang kini. Hal ini, selaras dengan perubahan kurikulum yang
mewajibkan untuk pendidikan prasekolah bagi kanak-kanak yang berusia 4 hingga 6 tahun. Konsep
kurikulum yang dibina tidak hanya memfokus kepada akademik semata-mata tetapi juga kepada
kerohanian dan kemahiran serta perkembangan pelajar dalam membentuk insan yang
berketrampilan.
BIBLIOGRAFI
Ahmad
Durajat.

2008.

Pengertian

Kurikulum

Tersedia.

http;//akhmadsudrajat.wordpress.com/2008/01/31/teori-pendidikan dankurikulum/ . (22 Februari


2010)
Aminah Ayob, Mastura Badzis, Rohani Abdullah, Azizah Lebai Nordin Dan Mahani Razali 2008.
Kurikulum Permata. Universiti Pendidikan Sultan Idris, Tanjong Malim,Perak.

Azizah Lebai Nordin dan Zainun Ishak, 1999. Pendidikan Pra Sekolah Untuk Guru. Selangor :
Penerbitan Universiti Malaya. Azizah Lebai Nordin, 2002. Pendidikan Awal Kanak-kanak Teori dan
Amali. KualaLumpur : Penerbitan Universiti Malaya.
Bahagian Pembangunan Kurikulum 2009:Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan. Kementerian
Pelajaran Malaysia. Kuala Lumpur.
Berita Harian. Halaman 4. 2007. Penggunaan Free Draw Dalam ICT. Kuala Lumpur.
Berita Harian. Halaman 5 2009. Kurikulum Prasekolah Kebangsaan Standart Akan Dirintis. Kuala
Lumpur.
Dasar Cetak (M) Sdn Bhd. Garis Panduan Pendidikan Prasekolah di Malaysia 1993.
http://ipgmkdriprasekolah.blogspot.com pada 3 Januari 2010
Hendyat Soetopo Dan Wasty Soemanto.1991. Pembinaan Dan Pengembangan Kurikulum Sebagai
Subtansi Problem Administrasi Pendidikan. Jakarta : PT. Bumi Askara
Ibrahim Awang Putih dan Aminah Abdullah, 2004. Media Dalam Pendidikan. Pulau Pinang :
Universiti Sains Malaysia.
Kamarudin Hj. Husin & Siti Hajar Abd Aziz, 2004. Pedagogi Asas Pendidikan. Kuala Lumpur :
Karyazano Enterprise.
Nasution.S .2006. Asas-asas kurikulum. Jakarta: PT Bumi Aksara
Nor Hashimah Hashim dan Yahya Che Lah, 2003. Panduan Pendidikan Pra Sekolah. Shah Alam :
Malindo Printers Sdn. Bhd.
Pusat Perkembangan Kurikulum. 2003. Kurikulum Prasekolah Kebangsaan: Kementerian
Pendidikan Malaysia. Kuala Lumpur.

Ralph W. Tyler terjemahan Haji Kamaruddin Hussin dan Hazil Abdul Hamid, 1991. Prinsip Asas
Kurikulum dan Pengajaran. Muar : Percetakan Pesta Sdn. Bhd.
Razali Arof, 1991. Pengantar Kurikulum. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.
Rohani Abdullah, Nani Menon dan Mohd. Sharani Ahmad, 2004. Panduan Kurikulum Prasekolah.
Shah Alam : Malindo Printers Sdn. Bhd.
Taba, Hilda. 1962. " Currikulum Development" In Evaluation in the Eight Year Study. Columbus,
OH: Progressive Education Association. http://www.answers.com/topic/hilda-taba

Definisi Kurikulum
Invalid document format

landasan kurikulum, definisi, peranan kurikulum

Pendapat Dan Pandangan Pakar- Pakar Tentang Kurikulum


APAKAH YANG DIMAKSUDKAN DENGAN KURIKULUM. BINCANGKAN PENDAPAT DAN
PANDANGAN PAKAR- PAKAR TENTANG KURIKULUM Mohd Asnawi Satdimin Md Shufian
Awang Avelyn Siang Nur Atiqah Basri

Kurikulum Definisi Kurikulum Kurikulum Ialah Spesifikasi Yang


Kurikulum Definisi kurikulum Kurikulum ialah spesifikasi yang bertujuan untuk mengkomunikasikan
keperluan dan kandungan untuk suatu cadangan pendidikan dalam bentuk yang

Você também pode gostar