Você está na página 1de 17

qwertyuiopasdfghjklzxcvbnmqw

ertyuiopasdfghjklzxcvbnmTATAq
wertyuiopasdfghjklzxcvbnmqwer
BABY
tyuiopasdfghjklzxcvbnmqwertyui
HATCH:KEMUNCULAN,
opasdfghjklzxcvbnmqwertyuiopa
KEPERLUAN,
sdfghjklzxcvbnmqwertyuiopasdf
KEBAIKAN DAN
KEBURUKAN,
ghjklzxcvbnmqwertyuiopasdfghj
CADANGAN LANGKAH
klzxcvbnmqwertyuiopasdfghjklzx
PENCEGAHAN DAN
KAEDAH LAIN.
cvbnmqwertyuiopasdfghjklzxcvb
nmqwertyuiopasdfghjklzxcvbnm
qwertyuiopasdfghjklzxcvbnmqw
ertyuiopasdfghjklzxcvbnmqwert
yuiopasdfghjklzxcvbnmqwertyui
opasdfghjklzxcvbnmqwertyuiopa
sdfghjklzxcvbnmqwertyuiopasdf
ghjklzxcvbnmqwertyuiopasdfghj
klzxcvbnmrtyuiopasdfghjklzxcvb

1.KETUA KUMPULAN.

-MOHD ZAMRI BIN MOHD SALLEH


-BERPERANAN

MEMBAHAGIKAN

TUGAS

ANTARA

SETIAP

AHLI

DALAM

KUMPULAN, MEMBUAT TAJUK KEMUNCULAN DAN KEPERLUAN BABY HATCH.

2.AHLI KUMPULAN.

.
- MOHAMAD BAIHAN BIN MOHD RASID.
-BERPERANAN MEMBUAT TAJUK PENGENALAN, KEBAIKAN DAN KEBURUKAN
BABY HATCH.

ISI KANDUNGAN.

M/S

1.PENGENALAN
2.KEMUNCULAN BABY HATCH.
3.KEPERLUAN.
4.KEBAIKAN.
5.KEBURUKAN.
6.CADANGAN LANGKAH PENCEGAHAN DAN KAEDAH LAIN.
7.RUMUSAN INDIVIDU.
8.PELAJARAN.
9.BIBLIOGRAFI.

1.PENGENALAN.
Pelbagai jenis perlakuan devians melanda dunia zaman kini.Semua masyarakat tidak terkecuali
dari terkena impaknya kerana ia meliputi pelbagai peringkat golongan sama ada atasan atau pun
bawahan.Oleh yang demikian ada sesetengah masyarakat menyumbang tenaga untuk menangani
perlakuan devians yang berlaku dan ada yang sebaliknya.Teori ekologi atau Chicago school yang
diperkenalkan oleh Shaw dan Mackey pada tahun 1920an dan 1930an mengkaji modenisasi dan
kepesatan pembandaran memberi kesan kepada tingkahlaku manusia.Teori ini membahagaikan
zon-zon bagi bandar-bandar besar contohnya seperti bandar Chicago.Khususnya pada zon ke-2
masyarakat berada pada keadaan yang tidak stabil.Ini kerana golongan masyarakat yang
3

mendiami kawasan tersebut adalah golongan migran dari luar yang mana berlaku pertembungan
dengan budaya setempat.Golongan migran tersebut hanya mahu bekerja dan tidak menghiraukan
kehidupan sosial sesama mereka.Masyarakat di zon ke-2 juga tidak mengenali antara satu sama
lain yang mana perlakuan devians seperti pelacuran, penagihan dadah, pembunuhan dan
sebagainya mudah berlaku.Tekanan ke atas individu yang kebanyakkanya remaja juga tinggi
kerana mereka akan mudah terpengaruh dengan perlakuan devians kerana berlaku keruntuhan
niali-nilai sosial dalam masyarakat.Remaja tersebut boleh melakukan jenayah rogol, pelacuran
seks di bawah umur yang mana mereka akan bertindak lebih jauh lagi apabila takut masyarakat
melabel mereka lalu perbuatan membuang bayi di merata-rata tempat untuk menutup aib
daripada diketahui umum.
Perlakuan devians seperti membuang bayi adalah satu jenayah yang amat zalim dan keji serta
lebih hina tarafnya daripada haiwan.Malah haiwan lebih baik daripada itu kerana mengasihani
dan memelihara anak dan sanggup mati demi keselamatan dan nyawa anak-anak. Dalam istilah
sosiologi perlakuan membuang bayi adalah perlakuan devian bagi mana-mana masyarakat dunia
kerana ia menyimpang dari norma atau pegangan masyarakat lebih-lebih lagi dizaman yang
dikatakan moden yang tinggi nilai-nilai ketamadunannya.Maka, kawalan sosial dilaksanakan
agar masalah yang kian parah ini dapat ditangani dengan menubuhkan pusat perlindungan
kepada kanak-kanak yang dikenali sebagai Baby Hatch.Kemunculan Baby Hatch adalah atas
pelbagai faktor yang mana mendapat respon negatif dan positif daripada mata masyarakat yang
dilanda masalah pembuangan bayi.Hakikatnya, penubuhan Baby Hatch hanya satu kaedah untuk
mengurangkan pembuangan bayi seterusnya menyelamatkan bayi daripada kematian akibat
tindakan devians pasangan yang melakukannya.

2.KEMUNCULAN BABY HATCH.


Idea kewujudan pusat baby hatch pada tahun 2008 mulanya adalah bagi melindungi anak-anak
yang tidak mempunyai tempat perlindungan dan bergantung harap yakni anak-anak yatim
selepas tragedi tsunami yang melanda Aceh dan Malaysia kerana ketika itu ramai anak
kehilangan keluarga.Kempen awal mendapat maklum balas positif, namun OrphanCare
menumpukan perhatian kepada kanak-kanak yang berada di dalam rumah anak yatim di seluruh
Malaysia.Hakikatnya, tujuan sebenar penubuhannya supaya ibu anak luar nikah tidak membuang
atau membunuh bayi yang tidak berdosa.Ini kerana sama ada baby hatch ada atau tidak ,
perlakuan devians tetap berlaku dalam masyarakat hari ini.Akhirnya pada tahun 2010,
OrphanCare menubuhkan Baby Hatch yang pertama kerana peningkatan bilangan kes
pembuangan bayi. Langkah atau kaedah seperti mewujudkan baby hatch untuk membendung
pembuangan bayi menurut Hadden (1973) adalah mobilisasi masyarakat pada peringkat ketiga
sebelum ia terlepas dari kawalan sosial.
Pegawai Pengurusan Projek OrphanCare , Syarhah Mohamed Tahir adalah antara insan awal
menyaksikan

pembangunan

dan

perkembangan

OrphanCare

pada

tahun

2008

di

Malaysia.Operasi OrphanCare dibantu oleh sembilan tenaga kerja selain lebih 10


sukarelawan.Pada peringkat permulaan penubuhan OrphanCare, ia dicop seolah-olah
menggalakkan pasangan belum kahwin melahirkan anak luar nikah dengan penubuhan baby
hatch.Mengulas mengenai penerimaan orang ramai terhadap kewujudan Baby Hatch, Syarhah
berkata, secara amnya semua pihak professional dan ilmuwan menyokong usaha kewujudan
Baby Hatch untuk menyelamatkan bayi sebagai fardu kifayah, namun lompang yang ada
mungkin dari segi promosi.Dalam usaha memperkenalkan Baby Hatch, beliau telah membuat
program kesedaran dikolej dan universiti yakni minta mereka like laman Facebook yang
5

berkaitan Baby Hatch.Beliau mensasarkan kolej dan universiti kerana golongan remaja inilah
yang kebanyakannya terjebak dalam kes hamil luar nikah akibat hubungan seks yang
dilakukan.Untuk menutup perlakuan devians berkenaan, maka jalannya membuang bayi sebelum
diketahui oleh masyarakat sekeliling mereka.Dengan wujudnya Baby Hatch, sekurangkurangnya mereka atau kawan mereka yang mempunyai masalah boleh merujuk kepada kami
walaupun program kesedaran seperti ini memerlukan masa ujarnya.
Timekeeper Mac 2012 sebuah majalah Jerman pula menyatakan kemunculan Baby Hatch
adalah bagi memberi perlindungan kepada kanak-kanak yang mana itu adalah "peluang terakhir
untuk menyelamatkan nyawa," kata Gabriele Stangl, Paderi Hospital Waldfriede di Berlin
terhadap kemunculan Baby Hatch.Tetapi masalahnya meninggalkan kanak-kanak atau bayi
adalah haram.Didalam

perlembagaan Jerman menyatakan

rakyat diberi

hak untuk

"pengetahuan tentang asal-usul mereka" dan bapa berhak membantu anak-anak mencari asal
usul mereka.Masyarakat di Jerman juga melihat si ibu sebagai telah melanggari norma-norma
sosial atau telah melakukan perlakuan devians walaupun dengan meletakkan bayi tersebut di
Baby Hatch.Beberapa

perbezaan pendapat juga telah berlaku di Jerman.Antaranya ialah

kemudahan ini dapat menyelamatkan bayi tersebut daripada menjadi korban.Manakala pendapat
yang lain pula mengangap kemudahan ini hanya memberi ruang atau idea kepada ibu berkenaan
untuk menutup kesilapan mereka terhadap masyarakat.
Seth Doane CBS News June 27, 2014 menyatakan di negara China adalah merupakan
pertumbuhan penduduk tertinggi didunia telah mengalami nasib yang berbeza.Baby Hatch
kebanyakan telah ditutup akibat bajet daripada kerajaan yang tidak mencukupi untuk
menguruskan operasinya.Walaupun negara komunis ini berstatus menjaga kebajikan sosial yang
kuat akan tetapi kebanyakan mereka fobia dengan baby hatch kerana kematian bayi di situ. Ini
6

disebabkan oleh si ibu yang meletakkan bayi itu tidak tahu Baby Hatch telah ditutup.Akibatnya
bayi yang berada di dalam kotak tersebut mati dan mereka dipersalahkan dan didakwa atas
kelalaian menjaga bayi tersebut.
Baru-baru ini Baby Hatch pertama di Sungai Petani dilancar oleh Pengerusi OrphanCare, Tan Sri
Faizah Mohd Tahir untuk kawasan utara Semenanjug.Kemunculan Baby Hatch ini yang pertama
untuk utara dan yang ketiga selepas Johor Bahru dan Petaling Jaya bagi menerima bayi yang
terbuang khusunya di Malaysia.Kemunculan Baby Hatch yang baru ini menggambarkan kepada
kita bahawa sebahagian daripada masyarakat kita sudah mula menerima usaha ini bagi
kemudahan individu yang tidak mahu memelihara bayi atau kanak-kanak daripada dibuang
merata-rata tempat seperti tandas, tong sampah, serta lebih tragis lagi ditanam hidup-hidup akibat
perlakuan devians yang berlaku.

3.KEPERLUAN.
Sehubungan dengan itu, kawalan sosial seperti kewujudan Baby Hatch adalah salah satu
keperluan dalam masyarakat yang mengalami keruntuhan sosial dalam usaha menanganinya.Fasa
keremajaan bermula apabila kanak-kanak menginjak usia 10 hingga 11 tahun.Lazimnya
perempuan yang sudah haid berisiko hamil selepas melakukan hubungan seksual.Hamil akibat
hubungan intim di negara maju seperti UK, Amerika Syarikat dan Australia bukan lagi sesuatu
yang asing berikutan kajian menunjukkan 70 peratus remaja melakukan seks.Gejala ini mungkin
boleh dikaitkan dengan teori Chicago School yang mana modeninasasi dan kepesatan
perbandaran dinegara-negara terbabit yang kita ketahui menyumbang kepada perlakuan
berkenaan.

Selain itu, di negara Asia turut merekodkan peratusan membimbangkan apabila 18.5 peratus
remaja bawah umur di China terbabit dengan kegiatan seksual, manakala 19 hingga 44 peratus
dicatatkan di Laos dan 20 peratus lagi diNepal.Malaysia negara yang sedang menuju status
negara maju turut menghadapi cabaran sosial termasuk kes terbaharu awal Ogos lalu
mengemparkan negara apabila seorang murid Tahun Lima di Bahau, Negeri Sembilan
melahirakan anak lelaki namun kehamilan itu tidak disedari keluarganya.Faktor keruntuhan nialinilai sosial dalam masyarakat boleh dikaitkan dengan teori anomie yang mengakibatkan
perlakuan devians ini berlaku lebih-lebih lagi masyarakat yang dipenuhi dengan nilai-nilai
ketimuran seperti di Malaysia.
Mengulas lanjut mengenai isu sosial ini, kajian tiga dekad lalu iaitu sekitar tahun 1986
mendapati Sembilan peratus daripada 105 remaja berusia antara 15 dan 21 tahun di Kuala
Lumpur mengakui mereka pernah melakukan hubungan kelamin.Kajian berkenaan dilakukan
oleh S Zulkifli, W Low dan K Yusdof.Pada tahun 2006, satu kajian lain pula dilakukan Lee KK,
Chen PCY dan Kaur J, mendapati 5.4 peratus remaja berusia 12 hingga 19 tahun di Negeri
Sembilan pernah melakukan hubungan seksual.Bagaimanapun, data sebenar mengenai jumlah
remaja yang hamil di negara ini tidak diktahui dengan tepat.Namun bilangan itu semakin
membimbangkan menerusi kes buang bayi, hamil dan melahirkan anak semakin ketara.Ini dapat
dibuktikan seramai 17,303 anak luar nikah didaftarkan di seluruh negara bagi tahun 2009
berbanding 16,100 dan 16,541 bayi luar nikah masing-masing pada tahun 2007 dan
2008.Statistik ini juga membabitkan dikalangan remaja di Malaysia.Senario inilah baby hatch
menjadi keperluan kepada masyarakat agar bayi tidak dibuang merata-rata.Barangkali, angka
bayi diselamatkan sangat kecil dibandingkan dengan jumlah pembuangan bayi yang jauh lebih

tinggi.Statistik Polis Di Raja Malaysia (PDRM) merekodkan sebanyak 89 kes dilaporkan pada
tahun 2012 dan 59 kes pada tahun 2013.
4.KEBAIKAN.
Tanggapan negatif ekoran penubuhan Baby Hatch, Yayasan OrphanCare sudah semakin lenyap
ditelan waktu.Dalam tempoh tujuh tahun beroperasi, seramai 123 orang bayi diselamatkan dan
diserahkan kepada keluarga angkat.Daripada jumlah itu hanya 17 bayi diperoleh menerusi baby
Hatch.Bayi yang diserahkan melalui Baby Hatch selamat.Sistem kamera litar tertutup (CCTV)
diletakkan di bahagian atas bilik berkenaan untuk tujuan keselamatan bayi itu sendiri.Bayi yang
diletakkan dalam ruangan Baby Hatch dilindungi sepenuhnya dan tindakan segera diambil
sejurus mengesan ada bayi diletakkan menerusi pemantauan CCTV.Pintu ruangan itu juga akan
terkunci sendiri dan tidak boleh dibuka lagi selepas ditutup untuk tujuan keselamatan bayi
berkenaan.Baby Hatch juga menjalinkan kerjasama dengan KPJ Healtthcare Berhad (KPJ) Dan
KPJ Pulau Pinang dikawasan utara sebagai kawasan perlindungan kepada bayi-bayi
tersebut.Dalam pencarian keluarga angkat kepada bayi yang diletakkan di Baby Hatch, pihak
Baby Hatch menjalinkan kerjasama daripada segi pengurusan pengangkutan dengan KPJ
Healthcare Berhad di kawasan Semenanjung yang terpilih.
Faktor modus operandi Baby Hatch menyebabkan pasangan yang ingin membuang bayi yang
sememangnya tdak mahu bayi itu hidup atau mempunyai niat untuk membiarkan bayi berkenaan
mati akan meletakkan di Baby Hatch kerana memikirkan ia mempunyai cara untuk mengelakkan
diri daripada dilabel melakukan devians oleh masyarakat.Ditambah pula ruang perbincangan
dibuka kepada pasangan yang meletakkan bayi di Baby Hatch.Malah dalam banyak kes ibu yang
meletakkan bayi berkenaan akan mengambil anak itu semula atas dasar kasih sayang.Melalui
pengalaman Puan Syarhah, jelas bayi yang diletakkan Baby Hatch mungkin juga diserahkan
9

pelbagai faktor maka ujar beliau kita tidak boleh menghukum pasangan yang meletakkan bayi
secara membabi-buta tanpa usul periksa contohnya disebabkan kemiskinan bukannya hubungan
luar nikah.Hasilnya bayi yang diletakkan di Baby Hatch sehingga kini 123 diserahkan kepada
keluarga angkat manakala 80 bayi diambil balik oleh ibu kandung masing-masing selepas
dikaunseling.Seramai 2,910 pasangan berdaftar dengan Yayasan OrphanCare bagi mendapatkan
bayi untuk dijadikan anak angkat melalui Baby Hatch tersebut.Maka, kewujudan Baby Hatch
sebagai gagal dalam menangani isu pembuangan bayi adalah tidak adil kerana bayi yang
diselamatkan melaluinya dengan bayi yang dibuang adalah tidak sama walaupun subjeknya ialah
bayi.Maka kebaikan yang ada pada Baby Hatch perlu diterima oleh masyarakat kerana sekurangkurangnya dapat menangani kes pembuangan bayi di Malaysia pada hari ini.

5.KEBURUKAN.
Kewujudan Baby Hatch sebenarnya bertujuan untuk memberi perlindungan kepada kanak-kanak
yang tiada tempat bergantung akan tetapi hakikatnya mengurangkan kes pembuangan bayi yang
berlaku sejak akhir-akhir ini.Maka, kemunculan Baby Hatch di Malaysia membawa persepsi
negatif kepada masyarakat yang beranggapan menggalakkan pasangan belum kahwin melahirkan
anak luar nikah.Daripada pihak yang mewujudkan Baby Hatch adalah untuk meyelamatkan
pembuangan bayi manakala satu pihak lagi memandang serong usaha tersebut kerana memberi
satu alternatif kepada pasangan belum kahwin untuk menutup aib daripada masyarakat apabila

10

berlaku kehamilan anak luar nikah.Ini kerana pasangan yang memiliki anak luar nikah boleh
meletakkan bayi mereka bila-bila masa sahaja apabila berlaku kehamilan.
Tambahan pula pasangan kepada bayi berkenaan tidak dapat dikenalpasti identiti mereka kerana
Baby Hatch membuat rakaman dari atas untuk tujuan keselamatan bayi bukannya memaparkan
gambar pasangan tersebut.Kemudahan modus operandi Baby Hatch akan menjadikan masyarakat
semakin berani untuk melakukan perlakuan devians iaitu hubungan seks sebelum kahwin dengan
pasangan mereka tanpa berasakan penyelewengan nilai-nilai yang dipegang oleh masyarakat
sekitar mereka.
Hak kanak-kanak atau bayi tersebut dinafikan untuk mengenali pasangan ibu bapa mereka
kerana kewujudan Baby Hatch.Ini bermaksud bukan sahaja identiti ibu bapa kepada bayi
berkenaan tidak diketahui malah keluarga angkat yang memohon untuk mendapatkan bayi yang
diletakkan di Baby Hatch.Kemungkinan bayi yang membesar walaupun dalam persekitaran yang
selesa dengan keluarga angkat masing-masing akan tetapi latar belakang mereka tidak dapat
diketahui sepanjang kehidupan atas sebab-sebab tertentu.Maka, sekaligus menafikan hak bayi itu
mengetahui asal-usul hidup mereka setelah dewasa.Lebih parah lagi menjerumuskan bayi
berkenaan kepada kecelaruan identiti kerana menjalani kehidupan dengan keluarga angkat
berbanding ibu bapa mereka yang sebenar.
Tanggungjawab sosial di lepaskan kepada pihak lain contohnya pihak Baby Hatch akan tetapi
orang yang melakukan perlakuan devians tiada langsung perasaan bertanggungjawab terhadap
bayi mereka.Ditakuti sikap tidak bertanggungjawab semakin menular dalam diri masyarakat dan
akan memburukkan lagi keadaan yakni keruntuhan nilai-nilai sosial yang dipegang bersama akan
semakin longgar.Maka, sikap bertanggungjawab akan memberi implikasi kepada masyarakat
tersebut dek kerana kemunculan Baby Hatch.
11

6.CADANGAN LANGKAH-LANGKAH PENCEGAHAN.


Bagi saya Mohd Zamri bin Mohd Salleh mencadangkan langkah-langkah pencegahan yang perlu
diambil bagi mengurangkan kes pembuangan bayi adalah agen sosialisasi perlu memainkan
peranan penting terhadap pembentukan sahsiah diri seseorang individu agar tidak melakukan
devians atau penyelewengan dalam masyarakat.Bagi agen sosialisasi pertama ialah keluarga
nuklear contohnya yang mempunyai ayah, ibu, adik-beradik mereka semua memegang peranan
sosial yang wajar dalam masyarakat.Pada tahap ini, ibu-bapa perlu menekankan elemen
kekeluargaan supaya anak-anak mereka mempunyai nilai murni, kekuatan moral supaya mereka
tidak terjebak dengan perlakuan devians bagi masyarakat Malaysia iaitu hubungan terlarang
bersama pasangan masing-masing yang mengakibatkan kelahiran anak luar nikah seterusnya
pembuangan bayi.
Agen sosialisasi yang kedua ialah teman bermain yakni jiran, saudara-mara, kawan
sekolah.Diperingkat ini seseorang individu akan mempelajari pelbagai perkara baharu dalam
kehidupan mereka.Kekerapan meluangkan masa bersama agen sosialisasi pada peringkat ini
perlu digunakan sebaik mungkin dengan menunjukkan atau mengajar bagaimana untuk hidup
dengan tingkah laku yang baik dalam masyarakat agar tidak melakukan sesuatu devians.Agen
sosialisasi yang disengajakan iaitu sekolah adalah peringkat ketiga dalam sosialisasi seseorang
individu.Pendidikan formal seperti pendidikan seks perlu didedahkan diperingkat ini.Ini bagi
memberi pengetahuan kepada mana-mana individu dalam masayarakat terutamanya remaja
mengenai kesan perbuatan seks luar nikah selain dapat membuat pertimbangan yang wajar
sebelum melakukannya.
Agen sosialisasi yang keempat pula ialah media massa perlu memainkan peranan penting seperti
mengajar tingkah laku yang betul kepada seseorang individu.Kini media massa seperti televisyen
12

kuat mempengaruhi pemikiran masyarakat dengan menayangkan pelbagai tingkah laku devians
manakala video lucah boleh merangsang kegiatan seksual penonton-penonton terbabit.Belum
lagi medium baru sepeti Whatsapp dan Facebook yang memberi segala maklumat dihujung jari
hanya melalui telefon pintar masing-masing.Peranan media perlu diguanakan sebaik mungkin
dengan menunjukkan model-model dalam pembentukan sahsiah seseorang individu agar
perlakuan devians seperti seks luar nikah dapat dihindari.
Kaedah lain.
Kurangnya pendidikan dan penghayatan terhadap agama sebagai penyebab pembuangan bayi
berleluasa.Pendidikan agama perlu diterapakan kepada masyarakat supaya mereka dapat
membezakan perlakuan devians atau sebaliknya termasuk nilai-nilai murni yang dipegang dalam
sesebuah masyarakat.Ditambah pula pembuangan dan penguguran bayi diharamkan menerusi
ajaran Islam. Ini bertepatan dengan ayat Al-Quran surah An-Nisa ayat 93 yang berbunyi Dan
sesiapa yang membunuh mukmin dengan sengaja maka balasannya neraka jahanam, kekal dia
didalamnya dan Allah murka kepadanya dan melaknat akannya serta menyediakan baginya azab
seksa yang besar.Renungkan petikan berikut;
Religion affects publics affairs because it offers a unifying set of beliefs and
practices, because it lends spiritual authority to social norms and values, and
because it is a means of social control (Coser).

Saya Mohamad Baihan bin Mohd Rasid bersetuju pandangan sahabat saya diatas tadi
menerangankan agen sosialisasi perlu memainkan peranan tersebut .Saya juga berpendapat setiap
lapisan masyarakat harus bertanggungjawab setiap perbuatan devian ini terjadi. Walaupun pun
13

masyarakat tradisional/primitive memandang perbuatan ini sebagai sesuatu yang negetif.Tetapi


Masyarakat moden pula memandang perbuatan sebagai pendangan berbeza-beza iaitu positif
dan negetif. Sebagai contoh Negara Jerman ,ada berpandangan kewujudan ini memberi
keselamatan kepada bayi atas dasar perikemanusiaan .Dalam masa yang sama golongan aliran
agama menentang kewujudan ini disebabkan percanggah dengan ajaran mereka.Apabila konflik
ini berlaku menyebabkan kekeliruan setiap lapisan masyarakat.Pemimpin masyarakat
menghadapi dilemma didalam membuat sesuatu keputusan disebabkan perbezaaan pendapat ini.
Institusi institusi seperti polis , pihak sekolah , jabatan kebajikan menghadapi masalah akibat
konflik. Ini dikeruhkan lagi sekiranaya penglibatan ahli politik antara kedua belah pihak.
Lantaran itu saya berpandangan masyarakat setiap lapisan perlulah berfikiran positif di dalam
membangunkan sebuah masyarakat dan tidak menjadikan perbezaan pendapat sebagai suatu
alasan penyebab kewujudan devian terjadi. Masyarakat yang bersatu padu dapat meningkatkan
nilai-nilai murni yang lebih baik dan adil.
7.Rumusan.
Pembuangan bayi merupakan perlakuan devians oleh pasangan-pasangan yang melahirkan anak
luar nikah terutamanya kepada masyarakat yang memegang nilai-nilai ketimuran seperti di
Malaysia.Kemunculan Baby Hatch merupakan satu kaedah kawalan sosial yang dilakukan oleh
pihak yang ingin menangani masalah pembuangan bayi daripada terus berlaku kerana perilaku
ini tidak boleh diterima oleh mana-mana masyarakat di dunia sama ada di Malaysia, German
atau pun China.Ini berikutan ia menyeleweng daripada norma-norma atau nilai-nilai yang
dipegang dalam sesebuah masyarakat.Bagi negara Malaysia, sekurang-kurangnya dapat
mengurangkan kes pembuangan bayi yang saban hari berlaku sehingga menyebabkan kematian
kepada bayi atau kanak-kanak terbabit.Keperluan kepada Baby Hatch sesuai dengan gejala kes
14

pembuangan bayi bagi menyelamatkan bayi yang tidak berdosa tersebut.Kebaikan dan
keburukan akibat wujudnya Baby Hatch memang ada kerana pelbagai faktor dan sebab.Antara
kebaikan Baby Hatch ialah modus operandi mempunyai sistem keselamatan kepada bayi, identiti
pasangan yang meletakakan bayi tidak diketahui, ruang perbincangan dibuka, kaunseling di buat
sehingga ada pasangan mengambil anak mereka semula termasuk bayi yang diletakkan di situ
akan dicari keluarga angkat sebagi tempat berlindung oleh pihak Baby Hatch.Antara keburukan
mendapat tanggapan negatif daripada masyarakat, menggalakkan pasangan belum kahwin
melakukan seks dan sikap bertanggungjawab akan semakin hilang dalam diri individu yang
melakukan devians dalam masyarakat berkenaan.Cadangan langkah pencegahan pula semestinya
bermula daripada agen sosialisasi dan agama sebagai satu kaedah kawalan sosial dalam
mengurangkan kes pembuangan bayi terutamanya di Malaysia.
8.PELAJARAN DARIPADA TUGASAN.
Apa yang saya dapat daripada tugasan ini ialah bagaimana perlakuan devians boleh membawa
kepada pembuangan bayi yang tidak berdosa sehingga mengakibatkan kematian dan
sebagainya.Bagi saya, masih ada lagi pihak yang berusaha untuk menangani masalah ini
daripada terus parah seperti pertambahan kemunculan Baby Hatch di Malaysia.Ini berikutan
tanggapan negatif yang dilemparkan semakin hilang terhadap usaha murni ini dan kita
sepatutnya menyokong mereka bukannya menuduh secara membabi-buta.Apa yang paling
penting kita sebagai agen sosialisasi bersama-sama berusaha keras menghindari perlakuan
devians seperti ini melalui langkah dan kaedah yang mampu kita lakukan dan sumbangkan
dalam kehidupan bermasyarakat khususnya di Malaysia.

15

9.BIBLIOGRAFI.
Buku Modul.
Modul Pengantar JKA 101 Antropologi dan Sosiologi.
Modul Pengantar JKA 417 Penyelewengan, Konflik dan Pengawalan Sosial.
Laman Web.
Seth Doane CBS News June.Jun 27, 2014.Diperolehi pada 8 Disember
2015.http://www.cbsnews.com/news/a-look-at-chinas-baby-hatches-for-unwanted-infants/.
Timekeeper Mac 2012, sekiranyanegeriinimenerimabayi-bayiditinggakkanibunya?.Diperolehi
pada 8 Disember 2015.http://www.economist.com/node/21549984.

Suratkhabar.
Berita Harian Ruangan Famili.7 September 2015.m/s 12 dan 13.Lindungi bayi.
Berita Harian Ruangan Famili.11 September 2015.m/s 6 dan 7.Risiko hamil bawah umur.

16

Berita Harian Ruangan Nasional.21 September 2015.m/s 26.Baby Hatch pertama di Sungai
Petani dilancar.

Mohamad Baihan Bin Mohd Rasid JK/8671/12 780817-02-5377 AS


Mohd Zamri Bin Mohd Salleh RF/165884 / JK/8835/12 Kuantan

17

Você também pode gostar