Você está na página 1de 2

AKTIVITI PASCA UPSR:

MINGGU MATEMATIK (2/3/4 NOVEMBER 2016)


TAJUK : PEMBINAAN MODEL BENTANGAN 3D
Objektif Pembelajaran:
Pada akhir pembelajaran murid akan dapat:
1. Menghasilkan model bentangan 3D yang boleh digunakan semasa pdp.
2. Memberi pengalaman kepada murid-murid bagaimana menghasilkan model 3D secara berkumpulan.
3. Membina semangat bekerjasama di dalam kumpulan masing-masing.
4. Me
Aktiviti :
1. Murid- murid akan dibahagikan kepada 2 kumpulan besar iaitu kumpulan murid lelaki dan kumpulan murid
perempuan mengikut kelas masing-masing.
2. Setiap kumpulan hanya akan diberikan satu projek untuk disiapkan iaitu membina model bentangan 3D.
3. Murid-murid perlu membuat ukuran yang tepat bagi membina setiap model bentangan tersebut supaya
model yang dihasilkan kemas dan kukuh.
4. Murid- murid perlu berbincang dalam kumpulan masing-masing bagaimana menghasilkan model bentangan
yang mempunyai struktur yang kukuh dan senang untuk dibuka dan ditutup dan memikirkan bahan apa
yang diperlukan selain dari bahan yang dibekalkan oleh panitia matematik.
5. Model yang hendak dibina hendaklah dilakarkan dahulu diatas kertas dan dipotong atau digunting mengikut
ukuran yang dibuat, jika model yang terhasil tepat dan kukuh, lakaran tersebut dipindakan ke atas mounting
board yang disediakan.
6. Kumpulan yang menghasilkan kerja yang baik diberi ganjaran.
BAHAN YANG DIBEKALKAN OLEH PANITIA
1. Mounting boar (1 per kumpulan)
2. Gam
3. Gunting
TUGASAN SETIAP KELAS
6 SUKSES

: PIRAMID TAPAK SEGITIGA / PIRAMID TAPAK SEGI EMPAT

6 JAYA

: PRISMA / KUBOID

6 PROGRESIF

: SILINDER / KUBUS

6 MAJU

: SILINDER / KUN

Você também pode gostar