Você está na página 1de 22

1.

Pengenalan
Sebagai sebuah kuasa besar dalam ketamadunan manusia, China muncul dalam sejarah

peradaban dengan membina sebuah empayar besar yang telah menunjukkan pada dunia bahawa
kuasa yang dimilikinya mampu untuk menonjolkannya. Hal ini kerana masyarakat China
meletakkan mereka sebagai Middle Kingdom atau Chung Koa yang lebih bertamadun
berbanding dengan bangsa-bangsa lain di dunia ini.1 Pada penghujung abad ke-19, terdapat
kelemahan dalam pentadbiran Kerajaan Ching. Buktinya, China begitu mudah dikalahkan oleh
British dalam Perang Candu 1839-1842.
Kejutan daripada dua perang dengan kuasa Barat iaitu Perang Candu dan Perang Arrow
serta kebangkitan dalaman telah mendorong kerajaan mengkaji semula kekuatan Negara China
bagi menjaga keselamatan dan melindungi kedaulatan Negara. Pada masa yang sama barisan
kepimpinan Dinasti Ching telah berubah. Putera Kung (1833-1839) telah menjadi pemimpin
yang menonjol selepas mengadakan rundingan dengan kuasa Barat untuk menyelesaikan perang
Arrow. Para pemimpin China yang dapat mematahkan kebangkitan dalaman juga telah
menonjolkan imej mereka di mata pihak istana. Antara pemimpin ini ialah Tseng Kuo- fan , Li
Hung-chang dan Tso Tsung-tang yang mempunyai banyak pengalaman mengenai kelemahan
China dan rahsia kekautan Barat.
Maka,

terlaksana

rancangan

pembaharuan

yang

dikenali

sebagai

Gerakan

Memperkuatkan Diri (GMD) atau Restorasi Tong Chih. Gerakan ini berlangsung dari 1861
hingga 1895. Gerakan ini juga dipanggil Polisi Tung-Kung iaitu sempena nama Maharaja TungChih yang digabungkan dengan nama Putera Kung. Gerakan ini juga dipanggil sebagai yang
Gerakan Yang Wu atau Gerakan Pembaratan. Secara ringkasnya, gerakan ini bertujuan untuk
mencari kelemahan China dengan memulihkan kekuatan ketenteraan China, menjalin hubungan
baik dengan kuasa barat, usaha-usaha penterjemahan dan membina industri berat dan ringan
serta penyertaan dalam perdagangan antarabangsa.

Maswari Rosdi (1983). Sejarah China dan Jepun Moden 1800-1955. Kuala Lumpur: Adabi Publishing Sdn. Bhd.
Hlm. 23-25.

2.

Sejarah penubuhan Gerakan Menguatkan Diri (GMD)


Sejak tahun 1861, pengasas GMD ialah Feng Kuei Fen, seorang sarjana dari Soo Chow.

Beliau menegaskan kelemahan China berpunca daripada kejahilan terhadap dunia luar dan
teknologi Barat. Beliau mencadangkan China memperolehi dan menggunakan ilmu-ilmu Barat
bagi memodenkan dan menguatkan China. Pemimpin GMD terdiri daripada Feng Kuei Fen,
Tseng Kao Fan, Tseng Kao Chuan, Li Hung Chang, Cheng Chih Tong, Putera Kung dan
sebagainya
Antara tokoh lain yang menggalakkan pembelajaran dari Barat ialah bekas Pesuruhjaya,
Lin Tsu-hse. Semasa masih memegang jawatan pesuruhjaya tinggi untuk menghapuskan candu,
beliau telah meminta akhbar asing dari Macao, Singapura dan India untuk diterjemahkan. Beliau
juga mengumpul maklumat tentang geografi, sejarah, politik dan undang-undang Barat. Beliau
turut mengarahkan untuk menterjemahkan undang-undang antarabangsa dari Vattel dan beberapa
buku pilihan Murray seperti Cyclopedia of Geography diterjemah ke dalam bahasa China di
bawah tajuk Ssu-Kuo Chih (Daftar Alam untuk Empat Negara) dalam tahun 1841. Beliau juga
pernah mencadangkan membeli 200 senapang bagi menguatkan pertahanan di Canton dan
mengarahkan buku panduan cara membuat senapang diterjemahkan.2
Seterusnya, ialah Wei Yuan (1794-1856) yang merupakan seorang sarjana klasik serta
mempunyai kesedaran tentang pemodenan China. Beliau mengajak kerajaan China
mengamalkan polisi belajar teknologi tinggi dari orang gasar untuk mengawal mereka.
Kesedaran beliau tentang China perlu mengadakan pembaharuan, lahir daripada pengalamannya
yang pernah menjadi setiausaha peribadi pemangku gabenor Jeneral Liangjiang semasa perang
Candu. Pengamatan tentang perang tersebut, beliau mula akur akan kekuatan sebenar orang barat
yang mempunyai kapal wap, senjata moden dan latihan ketenteraan yang lengkap.

Immanuel Hsu (1980). The Rise of Modern China, 5th ed. Cambridge: Cambridge University Press. Hlm. 275.

Oleh itu, beliau membuat penyelidikan dan menghasilkan sebuah buku pada tahun 1842
yang bertajuk Hai-Kuo tu-Chih (ilustrasi Indeks Alam untuk Negara Kelantan). Buku ini
terbahagi kepada empat bahagian iaitu bahagian pertama berhubung dengan keadaan sejarah,
geografi dan politik semasa Negara Barat, bahagian kedua pembuatan dan senjata Barat,
bahagian ketiga tentang pembinaan kapal, lombong dan lain-lain peralatan dan bahagian keempat
kaedah berhubung dengan Barat. Buku ini kemudiannya dikembangkan kepada beberapa edisi
iaitu 50 jilid pada tahun 1844, 60 jilid pada tahun 1847 dan 150 jilid pada tahun 1852. Wei Yuan
turut mencadangkan agar sebuah kilang senjata dan limbungan kapal dibina di Kwantung dengan
penasihatnya daripada orang Barat. Saranan beliau juga termasuk meminta agar buku-buku orang
Barat diterjemahkan, memperkenalkan sains tentera laut dalam peperiksaan tentera dan
mengendali pengurusan ketenteraan dengan baik.
Terdapat juga pengasas lain yang sedar tentang kekuatan Barat seperti Liang Ting-nan.
Beliau mencatatkan tentang sistem politik Amerika Syarikat bertajuk Ho-Chung-Kuo Shuo
(mengenai Amerika Syarikat) dan kajian tentang gangguan asing ke atas China bertajuk I- fen
chi-wen (Rekod Tentang Orang Barat). Hal ini diikuti oleh Hsu Chi-yu yang menulis mengenai
geografi dunia yang bertajuk Ying-huan Chih-lueh (kajian Ringkas Tentang Kelautan). Asas
kepada kajian ini ialah jika China membangunkan dan memperlengkap pertahanan perairannya,
mereka boleh menahan atau menghalang kemaraan musuh dari laut.
Selain itu, Feng Kuei-fen (1809-1874) turut sedar akan kepentingan perubahan di China.
Beliau pernah berkhidmat dalam bidang ketenteraan menentang kebangkitan Taiping. Beliau
pernah menulis buku yang antaranya ialah Chiao-pin-lu-kang-i (protest from chiao-pin studio)
yang ditulis sekitar tahun 1860-1861. Buku ini merupakan kumpulan esei mengenai isu-isu
politik dan sosial tetapi hanya diterbitkan pada tahun 1883. Beliau menyeru kerajaan China
menyerap penggunaan kapal dan senjata Barat. Selain keperluan membina limbungan kapal dan
gudang senjata di pelabuhan perdagangan.3

Suffian Mansor (2009). Sejarah China Moden. Kuala Lumpur: Universiti Malaya. Hlm. 56.

Salah seorang pemimpin China yang sedar akan pentingnya perubahan di China ialah
putera Kung. Putera Kung berpendapat bahawa perlunya China mengubah dasar yang lebih
terbuka dan bertolak ansur dengan kuasa barat. Rundingan dengan kuasa Barat memberikannya
ilham bahawa kuasa Barat boleh dijinakkan dengan mengadakan hubungan baik dengan mereka.
Putera Kung merupakan anak keenam Maharaja Tung-chih (1862-1874). Beliau dilahirkan pada
tahun 1833. Sejak kecil lagi beliau merupakan kanak-kanak yang mempunyai sifat jujur,
berdisiplin dan rajin. Minat beliau ialah membaca buku-buku sejarah, klasik China, ketenteraan
dan hal ehwal Negara. Selepas kemangkatan ayahnya, beliau merupakan antara putera yang
disebut-sebut akan mengambil alih takhta kerajaan. Namun demikian, wasiat ayahnya tidak
memilih beliau sebagai maharaja.
Sebaliknya, Putera keempat iaitu Putera Yi Zhu dipilih sebagai maharaja yang baru.
Beliau hanya dilantik sebgai orang kedua penting selepas abangnya. Sepanjang sejarah China
dalam abad 19, beliau telah menunjukkan kepimpinan yang berwibawa sehinggalah meninggal
dunia pada tahun 1898. Kepimpinan beliau mula terserlah apabila berjaya mengadakan
perdamaian dengan kuasa-kuasa Barat selepas Perang Arrow. Kekalahan China dalam perang ini
dan hubungannya dengan Lord Elgin dan Baron Gros, menyedarkannya tentang kekuatan
sebenar orang Barat. Beliau berpendapat jika China mematuhi perjanjian dengan kuasa Barat,
dan melayan orang Barat dengan baik dan bersifat terbuka, maka keamanan akan dapat dicapai.4

Conrad Schirokauer, Miranda Brown (2005). A Brief History of Chinese and Japanese Civilization. Hlm . 423.

3.

Pencapaian dalam Gerakan Menguatkan Diri (GMD)

3.1

Politik
Perang British China (1839-1842) yang juga dikenali sebagai Perang Candu I merupakan

satu titik peralihan dalam sejarah moden negeri China kerana selepas perang ini khususnya
dalam perjanjian Nanking pada 29 Ogos 1842, China terpaksa menamatkan dasar isolasi dan
seterusnya mengadakan hubungan dengan kuasa-kuasa barat.5 Oleh itu, China terpaksa
menandatangani perjanjian yang berat sebelah seperti perjanjian Nangking 1842, Perjanjian
Tienstsin 1858 dan Konvensyen Peking 1860 yang telah meletakkan negara China dibawah
telunjuk kuasa asing. Perjanjian tersebut telah menjadikan negara China separuh dijajah oleh
kuasa-kuasa barat.
Sejak tahun 1861, China menamatkan dasar isolasi dan mengamalkan dasar buka pintu.
Seterusnya China mengadakan hubungan dengan kuasa-kuasa Barat. Dalam usaha untuk
menguruskan hubungan dengan kuasa-kuasa Barat, sebuah institusi yang dikenali sebagai
Tsungli Yamen telah ditubuhkan pada 11 Mac 1861. Tsungli Yamen dikatakan diletakkan di
bawah Grand Council/Majlis Tertinggi yang diketuai oleh Putera Kung dan bertindak sebagai
pejabat hal-ehwal luar. Sejak tahun 1861, duta-duta asing mula ditempatkan di Peking. 6 Antara
mereka ialah Anson Burlingame (Amerika), Frederick Bruce (British), M. Buthemy (Perancis)
dan De Balluseck (Rusia). Pada tahun 1866 dengan bantuan Robert Hart, satu perwakilan China
yang diketuai oleh Pin Chun telah dihantar ke Eropah.
Pada tahun 1868, dengan bantuan Anson Bulingame, satu perwakilan China yang
diketuai oleh Chih Kong dan Sun Ku telah dihantar ke Amerika. Perwakilan ini kemudiannya
melawat negara-negara Eropah seperti England, Perancis, Jerman, Holand, Sweden, Denmark,
Rusia dan Sepanyol. Sejak tahun 1877, duta China mula ditempatkan di negara-negara asing.
Menjelang tahun 1879, sudah terdapat duta China di England (1877), Jerman (1877), Perancis
(1878), Amerika (1878), Rusia (1879) dan Sepanyol (1879).

Mc A. Leary Henry (1967). The Modern History Of China. London: Weidemfeld and Nicolson. Hlm. 62-71.
Latourette Kenneth Scott (1962). The Chinese : Their History An Culture. New York: The Macmillan Compony.
Hlm. 315.
6

Bagi menjayakan Gerakan Menguatkan Diri, China telah menggunakan khidmat pegawai
Barat. Antara mereka ialah Robert Hart, W.A.P. Martin dan Horatio N. Lay. Kerajaan Manchu
juga mula memberi peluang kepada orang-orang Cina untuk memegang jawatan-jawatan penting
yang selama ini dikuasai oleh orang Manchu. Buktinya antara tahun 1861-1894, 34 orang Cina
dilantik sebagai Gabenor Jeneral dan 104 orang sebagai Gabenor. Wanita juga diberi peluang
menduduki peperiksaan dan dilantik sebagai pegawai sekiranya berkebolehan. Dalam
menjayakan GMD, Kerajaan Manchu menggunakan khidmat golongan intelek Cina sedangkan
sebelum ini golongan ini sentiasa dicurigai oleh Manchu.7
Pada masa yang sama, China bukan sahaja menerima tekanan daripada kuasa-kuasa
barat, malahan China juga terpaksa menghadapi pemberontakan dalam negeri yang turut
menjejaskan kewibawaan pemerintahan Dinasti Ching. Contoh, tercetusnya Pemberontakan
Taiping (1851-1864) dan pemberontakan Muslim (1853-1868). Peristiwa-peristiwa sedemikian
menyebabkan timbulnya kesedaran di kalangan beberapa orang pegawai Istana Manchu dan
pemimpin-pemimpin wilayah lain mengenai keperluan menguatkan dan memodenkan negara
China berasaskan kebudayaan dan teknologi barat bagi memulihkan kembali imej negara China
agar setanding dengan kuasa-kuasa barat.8
Menurut Latourette, peristiwa perang Candu Pertama dan Perang Lorcha Arrow jelas
membuktikan orang-orang barat sebenarnya memiliki teknologi moden dalam pelbagai bidang
terutamanya ketenteraan yang harus dicontohi oleh negara China. Kesedaran ini telah melahirkan
inspirasi kepada FengKuei-Fen untuk memwujudkan rancangan pemodenan yang dikenali
sebagai Gerakan Menguatkan Diri (Self Strenghtening) atau Yang Wu Mowement. Beliau
berpendapat bahawa kelemahan negara China adalah disebabkan oleh kejahilannya mengenai
dunia luar dan teknologi barat. Beliau mengesyorkan agar negara China memandang ke barat dan
mempraktikkan ilmu-ilmu mereka bagi menguatkan dan memodenkan negara China.

Wehrle S. Edmund (1966). Britain, China, And The Antimissionary Riots 1891-1900. Minneapolis: University Of
Mennesota Press. Hlm. 120-125.
8
Suffian Mansor (2009). Sejarah China Moden. Kuala Lumpur: Universiti Malaya. Hlm. 57.

3.2

Pencapaian dalam Ekonomi


Li Hung Chang menegaskan kelemahan China disebabkan oleh faktor ekonomi. Begitu

juga kekuatan Barat bukan kerana kekuatan tentera tetapi ialah ekonomi. Bagi memulihkan
kekuatan China, kekuatan ekonomi perlu dipulihkan terlebih dahulu. Berdasarkan ini, beberapa
program ekonomi telah dilaksanakan di bawah formula Penyeliaan Kerajaan dan Pengelolaan
Saudagar. Di bawah formula ini, kegiatan ekonomi dijalankan oleh saudagar-saudagar dan
diawasi oleh kerajaan. Antaranya pertanian, perlombongan, perkilangan, cukai, rangkaian
komunikasi dan sistem perhubungan.
Program ekonomi di dalam Gerakan Memperkuatkan diri umpamanya telah
menitikberatkan sektor pertanian yang merupakan tulang belakang ekonomi tradisional China.9
Beberapa langkah untuk memajukan pertanian telah dijalankan. Kerajaan China melaksanakan
pembahagian tanah kepada petani-petani miskin yang tidak mempunyai tanah. Orang-orang Cina
digalakkan mengusahakan tanah terbiar akibat Pemberontakan Taiping. Cukai pertanian
dikurangkan dan bantuan seperti benih dan baja diberikan. Lebih banyak tali air dibina untuk
kepentingan pertanian. Rakyat Cina juga digalakkan membuka tanah baru untuk pertanian.
Langkah-langkah yang dijalankan telah menambahkan kawasan tanaman dan meningkatkan
pengeluaran hasil pertanian.
Pada tahun 1876, Li Hung Chang telah membuka lombong arang batu di Kaiping dan
Syarikat Perlombongan Kaiping telah ditubuhkan pada tahun 1883. Pada tahun 1890, Chang
Chih Tung telah membuka lombong arang batu dan besi Tayeh di Han He Ping dalam wilayah
Hupei. Di bawah program ekonomi GMD, beberapa kilang telah didirikan. Pada tahun 1878, Tso
Tsung Tang telah mendirikan kilang kain bulu di Luchow. Pada tahun 1878 juga, Li Hung Chang
telah mendirikan kilang kain di Canton dan Shanghai. Chang Chih Tung telah mendirikan kilang
kain di Wucang pada tahun 1891 dan sebuah lagi pada tahun 1894.

Pada tahun 1891, Li Hung Chang mendirikan kilang kapas dan kertas di Shanghai dan
kilang simen di Kaiping. Pada tahun 1890, kilang duit telah didirikan di Canton, Shanghai,
9

Wehrle S. Edmund (1966). Britain, China, And The Antimissionary Riots 1891-1900. Minneapolis: University Of
Mennesota Press. Hlm. 127-128.

Nanking dan Tientsin. Untuk kepentingan ekonomi, sistem perhubungan dan pengangkutan
dimajukan. Pada tahun 1871, Imperial Telegraph Administration telah ditubuhkan untuk
membina kabel telegraf menghubungkan bandar-bandar penting di China. Kabel telegraf yang
pertama dibina pada 1881 untuk menghubungkan Shanghai dengan Tientsin.
Dalam tempoh 2 dekad syarikat ini berjaya membina 22400 km kebel telegraf
menghubungkan bandar-bandar penting China. Pada tahun 1872, Syarikat Perkapalan China
yang pertama ditubuhkan dikenali sebagai China Merchants Steam Navigation Company.
Tujuannya ialah untuk melibatkan diri dalam bidang pengangkutan dan memecahkan monopoli
British dalam pengangkutan di China. Menjelang tahun 1877, syarikat ini berjaya membeli
beberapa buah kapal daripada syarikat perkapalan Eropah yang terkenal iaitu Russels &
Company. Pada tahun 1876, jalan keretapi yang pertama dibina untuk menghubungkan Shanghai
dengan Wusung. Pada tahun 1888, dibina jalan keretapi yang menghubungkan Tientsin dengan
Kaiping seterusnya jalan keretapi ini disambungkan ke Shanhaikuan dan ke pinggir Peking pada
tahun 1896.
Dalam usaha untuk mengatasi masalah ekonomi, beberapa cukai diperkenalkan. Salah
satu cukai yang penting ialah Cukai Larkin iaitu cukai yang dikenakan ke atas keluarga dan ke
atas barang-barang yang belum dipasarkan. Cukai yang tinggi juga dikenakan ke atas
perdagangan. Disebabkan China mempunyai kawasan persisiran pantai yang luas dan pelabuhan
yang banyak, maka Jabatan Kastam Laut telah ditubuhkan pada tahun 1862 bagi menguruskan
kutipan cukai eksport dan import. Bagi menjayakan jabatan ini, China telah menggunakan
khidmat pegawai Barat seperti Robert Hart dan Horatio N. Lay.10

Sistem percukaian turut menjadi usaha atau sumbangan dalam aspek ekonomi di China
semasa Gerakan Menguatkan Diri, malah melalui sistem ini kerajaan mampu menampung
10

Mc A. Leary Henry (1967). The Modern History Of China. London: Weidemfeld and Nicolson. Hlm. 78.

pembelanjaan di China.11 Situasi ini dapat dilihat melalui amalan memberikan cukai sama ada
dalam bentuk tunai atau pun dalam bentuk barangan lain oleh pemungut hasil bijirin kepada
pihak atasan. Selepas perang Taiping, bijirin-bijirin yang ditanam telah termusnah dan tidak
boleh dipulihkan semula. Keadaan ini menyebabkan hasil cukai yang dikutip dalam bentuk tunai
dan menjadikan keadaan untuk pembangunan semakin sukar.
Namun, terdapat juga cukai baru telah diperkenalkan pada ketika itu yang dikenali Cukai
Larkin iaitu sejenis cukai yang dikenakan terhadap keluarga dan barang-barang yang belum
dipasarkan. Semasa tahun pemerintahan Daoguang dan Xian feng (1821-1861) kadar kutipan
cukai berdasarkan golongan masyarakat di China. Orang-orang Suzhou dan Soujiang perlu
membayar 6 hingga 7 ribu copper bagi 1 picul bijirin yang dihasilkan, sementara orang-orang
Chang zhou dan Zheng jing perlu membayar 4 hingga 5 ribu tunai.
Kadar pembayaran ini merujuk kepada perbelanjaan rumah rakyat biasa, iaitu kadar
pembayaran adalah berbeza antara rakyat biasa dengan golongan bangsawan dan saiz tanah yang
dimiliki oleh mereka. Selepas peperangan dan pemberontakan yang berlaku kadar cukai semakin
sukar untuk diukur malahan kadar cukai telah diturunkan dan pegawai kerajaan juga dilarang
mengenakan cukai secara berlebihan. Selain cukai ke atas tanaman dikenakan, cukai dalam
sektor perdagangan juga turut dikenakan. Bagi merealisasikan dasar percukaian tersebut,
kerajaan China telah membentuk Kastam Kemaharajaan Kelautan China atas desakan pihak
barat supaya urusan pengutipan cukai dapat diuruskan dengan bersistematik pada kurun ke-19.

3.3

11

Sosial

Suffian Mansor (2009). Sejarah China Moden. Kuala Lumpur: Universiti Malaya. Hlm. 41.

Rentetan daripada kemunculan Gerakan Menguatkan Diri China yang dijalankan China
juga turut mengadaptasi sistem pendidikan barat yang akhirnya diakui sebagai sistem pendidikan
yang lebih berkesan dan berkualiti. Pada asasnya, pendidikan di China lebih berpusatkan kepada
inti pati pendidikan (ti) manakala pendidikan barat diterima dalam konteks aplikasi (yong).
Lebih tepat lagi, usaha pembaharuan ini boleh disifatkan sebagai penerapan unsur local genius
bagi menaikkan kembali imej China. Hakikat tersebut diterjemahkan oleh China melalui gerakan
kegiatan pendidikan yang melibatkan tahap yang pertama iaitu dari tahun 1861-1872 dengan
menubuhkan sekolah terjemahan dan menerbitkan buku-buku terjemahan sebagai persiapan awal
untuk menerapkan ilmu sains dan teknologi dari barat.
Langkah seterusnya yang dilakukan oleh China ialah melalui penubuhan Tung-wen
Kuan 1862 di Peking yang merupakan sekolah bahasa asing. Rasional tindakan penubuhan
sekolah ini diambil adalah disebabkan kesedaran China terhadap kelemahan dalam aspek
berbahasa Inggeris yang dijadikan bahasa utama dan digunakan dalam perjanjian dengan kuasa
barat.12 China sememangnya menerima hakikat bahawa telah diperalatkan oleh British menerusi
perjanjian Tientsin yang akhirnya menzahirkan perjanjian yang berat sebelah. Justeru, bagi
mengelakkan kejadian sama berulang, penubuhan sekolah tersebut dilaksanakan sekaligus
mengurangkan kebergantungan China terhadap para penterjemah asing dan ahli bahasa Kantonis.
Selain itu, bahasa-bahasa Barat lain turut diajar di China termasuklah bahasa Perancis, Jerman
dan Rusia.
Selain itu, terdapat usaha yang dilakukan oleh Robert Hart yang meminta supaya
kurikulum Tung-wen Kuan (TWK) memasukkan pengajaran sains dan teknologi. Cadangan
beliau mendapat sokongan kerajaan China apabila Tsungli Yamen memintanya mendapatkan
kepakaran pendidikan sains dan teknologi dari barat. Antaranya termasuklah usaha Robert Hart
membawa masuk dua orang guru sains iaitu Natole Billequin dari Perancis yang mengajar subjek
kimia sementara Baron Johannes Von Gumtach dari Britain yang dikhususkan untuk mengajar
subjek astronomi dan matematik.13
Tindakan Robert Hart tidak hanya setakat itu sahaja namun beliau telah menggiatkan
inisiatif dengan memasukkan pelbagai subjek lain ke dalam sukatan kurikulum yang ada.
Menerusi perkembangan tersebut, kemasukan para pelajar ke institusi tersebut juga semakin
12
13

Immanuel Hsu (1980). The Rise Of Modern China.5th edition. Cambridge: Cambridge University Press. Hlm. 267.
William J.Haas (1996). China Vogayer, Gist Gees Life in Science. New York: M.E. Sharpe. Hlm. 66-67.

bertambah pada tahun 1879 apabila memperlihatkan seramai 163 orang pelajar mendaftar dalam
pengkhususan yang berbeza-beza. Walaupun pada ketika itu, China amat begitu giat menjalankan
pemodenan dalam bidang pendidikan, pembaharuan yang dilakukan tidak meninggalkan nilainilai ajaran konficius. Mereka didedahkan dengan beberapa ajaran moral seperti The Sacred
Edict of Emperor Kanghsi dan ajaran Filial Piety daripada konfucius.
3.4

Ketenteraan
Antara pembaharuan yang dilakukan dalam bidang ketenteraan ialah pembinaan kilang

senjata. Pembinaan ini dipelopori oleh Tseng Kuo-Fan, beliau berpendapat bahawa China harus
melakukan pembaharuan dalam pembangunan bidang ketenteraan dengan syarat tidak
melupakan ajaran moral dan etika. Pandangan beliau ini berpandukan kepada falsafah bahawa
teras pembaharuan ialah ajaran tradisi China tetapi pembelajaran tentang kemajuan barat
hanyalah satu cabang daripada teras itu. Oleh itu, atas falsafah ini beliau memulakan langkah
membina sebuah kilang senjata pada tahun 1855 di Kiangsi dan diteruskan dengan pembinaan
kilang senjata di Anqing pada tahun 1861.
Kilang senjata ini telah digerakkan oleh tenaga buruh untuk mengeluarkan peluru
senapang, peluru meriam dan serbuk peletup. Disamping itu juga, beliau turut terlibat dengan
pembinaan kapal wap bersaiz kecil. Selepas itu, Tseng Kuo-Fan dan Li Hung-Chang telah
menaja pembinaan kilang senjata Kiangnan yang dibina di Shanghai sebelum dipindahkan ke
Soochow. Kemudian, kilang tersebut telah digabungkan dengan sebuah kilang senjata barat di
Shanghai. Pengabungan kilang tersebut dikenali sebagai kilang senjata Kiangnan. Seterusnya
kilang ini dipindahkan ke Nangking dan pada tahun 1865 ia dipindahkan pula ke Shanghai iaitu
di Hongkew. Selain menghasilkan alatan perang, kilang senjata ini juga menjadi biro
penterjemahan. Oleh itu, pada tahun 1880 sebanyak 156 karya Barat telah diterjemahkan dan 98
daripadanya telah diterbitkan.14

Kilang senjata ini merupakan kilang senjata terbesar yang mempunyai 32 buah bangunan
termasuk bengkel, gudang, kilang-kilang khas untuk mengeluarkan bot dan peluru, kedai peta,
kedai seni bina, bilik penterjemahan dan pejabat serta mengeluarkan 450 kg serbuk letup setiap
14

Suffian Mansor (2009). Sejarah China Moden. Kuala Lumpur: Universiti Malaya. Hlm. 62-63.

hari. Kilang senjata ini telah membina kapal yang pertama iaitu Tien Chi yang berukuran 165
kaki panjang dan 27.2 kaki lebar pada tahun 1868. 15 Seterusnya, kilang senjata ini telah
mengeluarkan sebanyak lima buah kapal dan yang terakhir ialah kapal yang mempunyai 400
kuasa kuda dan dibekalkan dengan 26 pucuk senapang.
Pembaharuan dalam Gerakan Memperkuat Diri ini dalam bidang ketenteraan juga dapat
dilihat dengan pembinaan Limbungan Kapal Foochow pada tahun 1866. Operasi limbungan ini
dibantu oleh dua orang warganegara Perancis iaitu Prosper Giquel (1835-1886) dan Paul
dAiguebelle (1831-1875) sebagai ketua jurulatih dan pengawas. Limbungan kapal ini juga
menjadi pusat pendidikan dan latihan bagi pegawai-pegawai laut China. Pembinaan limbungan
kapal ini dianggap sebagai pencapaian kedua penting dalam Gerakan Menguatkan Diri. Pada 10
Jun 1869, kapal pertama yang dikeluarkan oleh limbungan ialah Wan Nien Ching dan beberapa
lagi kapal dapat dikeluarkan.16 Li Hung-Chang yakin dengan memiliki kapal wap dan senjata
dengan bahan letupan akan dapat menghalang pencerobohan asing.
Seterusnya bagi memodenkan ketenteraan di China, beberapa maktab tentera dan sekolah
teknikal telah dibina. Li Hung-Chang telah membina sebuah Maktab Tentera Laut pada tahun
1880 dan sebuah Maktab Tentera Darat pada tahun 1885 di Tientsin serta pembinaan maktabmaktab lain di Whampoa (1880) dan Nangking (1890). Kerajaan Manchu juga berusaha
menubuhkan beberapa angkatan laut China yang kuat untuk mempertahankan perairan negara
China demi memastikan kepentingan ekonomi perdagangan terjamin.

Melalui Gerakan Menguatkan Diri ini juga, Li Hung Chang telah menubuhkan 4 pasukan
angkatan tentera laut di negara China iaitu Angkatan Tentera Nanyang memiliki 17 buah kapal
perang, Angkatan Tentera Laut Peiyang yang mempunyai 15 buah kapal perang, Angkatan
tentera laut Hokkien yang mempunyai 11 buah kapal perang serta Angkatan Tentera Laut
15

John L.Rawlinson (1967). Chinas Struggle For Naval Development 1839-1895. Cambridge MA: Harvard
University Press. Hlm. 41.
16
Ibid. Hlm. 48.

Kwangtung. Bagi menjamin usaha ini berterusan, kerajaan Manchu juga telah menghantar
pegawai-pegawai China ke Eropah untuk mempelajari sains ketenteraan. Pada tahun 1872,
beberapa orang pegawai China telah dihantar ke Jerman. Seterusnya, pada tahun 1876 pelajarpelajar dari limbungan kapal Foochow pula telah dihantar ke Britain dan Perancis untuk
mendalami ilmu ketenteraan dan mempelajari latihan ketenteraan moden.
4.

Faktor-Faktor Kegagalan Gerakan Memperkuatkan Diri

4.1

Ketiadaan Pemimpin Nasional.


Gerakan Menguatkan Diri di China telah menemui kegagalan kerana tiada pemimpin

yang cekap dan dinamik. Pada awalnya terdapat pemimpin yang berkebolehan seperti Putera
Kung yang berkebolehan dalam mengatur strategi tetapi khidmatnya di Istana Manchu tidak
lama. Putera Kung merupakan seorang pemimpin yang berpandangan jauh dan berwibawa serta
cuba menyelamatkan Dinasti Ching daripada penguasaan para sida-sida, namun usaha telah
dihalang oleh Maharani Dowager.17
Pada tahun 1895, beliau telah disingkirkan daripada politik istana dan Maharani Dowager
Tzu Hsi telah mengambil alih kuasa pemerintahan. Jalan terbaik untuk menyingkirkan Putera
Kung adalah semasa kekalahan China dalam Perang China-Perancis pada tahun 1885. Pada masa
itu Putera Kung terpaksa tunduk pada tekanan itu selama 10 tahun. 18 Namun demikian,
malangnya Maharani Dowager tidak berkewibawaan dalam pentadbiran dan tidak seperti Putera
Kung yang berkebolehan dalam bidang pentadbiran dan diplomasi. Maharani Dowager juga
gagal untuk merancang strategi yang baik untuk menyelaraskan usaha-usaha pemodenan yang
dilakukan.

Gerakan ini juga gagal kerana kebanyakan usaha pemodenan yang dilakukan oleh
pegawai-pegawai wilayah dan daerah adalah mengikut budi bicara sendiri tanpa sebarang garis
panduan dari kerajaan pusat. Akibatnya usaha-usaha memodenkan China juga tidak diberi
perhatian yang serius, kerana kebanyakan pegawai-pegawai China bukan sahaja tidak cekap
malah mereka banyak melakukan penyelewengan dan mengamalkan rasuah. Kebanyakan
17
18

Suffian Mansor (2009). Sejarah China Moden. Kuala Lumpur: Universiti Malaya. Hlm. 65.
Lanxian Xiang (2003). The Origin of The Boxer War. London: Routledge Curzon. Hlm. 6-7.

daripada mereka lebih tertarik untuk mengaut keuntungan berlipat kali ganda demi kepentingan
diri sendiri. Contohnya kita boleh lihat penyelewangan yang sering berlaku dalam sistem
pungutan cukai. Selain itu wang yang diperuntukkan oleh kerajaan pusat untuk pemodenan
melalui Gerakan Menguatkan Diri telah disalahgunakan. Malah Li Hun Chang telah
mengamalkan rasuah sehingga beliau berjaya mengumpul kekayaan berjumlah 40 juta tahil.
4.2

Tiada Kerjasama dan Penyelarasan


Gerakan Menguatkan Diri di China juga gagal akibat tiada persefahaman antara kerajaan

pusat dan wilayah terhadap dasar-dasar pemodenan yang akan dijalankan. Pemimpin GMD
seperti Li Hun Chang, Tseng kuo fan dan Tso tsung tang tidak bekerjasama dengan kerajaan
pusat kerana memelihara kedudukan dan kepentingan wilayah mereka. Malangnya mereka tidak
menyedari bahawa kemajuan dan kekuatan wilayah sahaja sebenarnya belum cukup sempurna
untuk mengembalikan kekuatan kerajaan China.
Buktinya, angakatan tentera laut China gagal meraih kejayaan seperti yang diharapkan.
Dalam Perang China-Perancis 1884, Angkatan Tentera Laut Hokkien telah dikalahkan oleh
Perancis. Keadaan yang sama juga berlaku dalam Perang China-Jepun 1894-1895, dalam
peperangan tersebut Angkatan Tentera Laut Peiyang kalah di tangan Jepun. Malahan terdapat
juga pemimpin GMD seperti Tso Tsung-tang yang terpaksa melupakan hasrat pembaharuan
kerana ditugaskan untuk memadam gerakan Kebangkitan Islam di barat laut China.19

Selain itu, gerakan ini juga gagal kerana Kerajaan Manchu tidak menaruh kepercayaan
dan keyakinan terhadap pegawai-pegawai yang terlibat dalam GMD. Mereka sentiasa curiga
terhadap pemimpin-pemimpin GMD disebabkan oleh perbezaan keturunan. Menurut C.P.
Fitzerald, kerajaan Manchu tidak menaruh kepercayaan kepada kebanyakan pemimpinpemimpin GMD kerana mereka berketurunan China seperti Li Hun Chang, Tseng Kuo-fan dan

19

Suffian Mansor (2009). Sejarah China Moden. Kuala Lumpur: Universiti Malaya. Hlm. 66.

Tsu Tsong-tang. Hal ini demikian kerana pemimpin-pemimpin Manchu bimbang mereka akan
mengambil alih tapuk pemerintahan Dinasti Manchu.
4.3

Penentangan Golongan Konservatif dan Pemusatan Kuasa Maharani Dowager


Usaha-usaha pemodenan di China telah mendapat tentangan hebat dari golongan

konservatif selepas Putera Kung disingkirkan dari istana pada tahun 1875. Tentangan oleh
golongan konservatif terhadap gerakan ini semakin kuat setelah beberapa pemimpin gerakan
meninggal dunia. Tseng Kuo-fan yang merupakan pemimpin wilayah yang disegani telah
meninggal dunia pada tahun 1872. Sementara itu, pakatan pembaharuan bersama Putera Kung
iaitu Wen Hsiang pula telah meninggal dunia pada tahun 1876. Tentangan ini juga berpunca dari
pengambilan kuasa oleh Maharani Dowager Tzu Hsi. Putera Kung telah disingkirkan daripada
kepimpinan utama kerajaan oleh Maharani Balu Tzu Hsi.
Kedudukan Maharani Dowager dalam kerajaan itu semakin kuat apabila beliau cuba
mengatur politik kerajaan dengan menjadi pemangku maharaja kepada dua maharaja iaitu
Maharaja Tung-chih (1862-1874) dan Kuang-hsu (1875-1908). Beliau yang mendominasi
kerajaan China telah meletakkan Li Lien-ying sebagai perisiknya. Li Lien-ying merupakan
seorang sida-sida, mengambil kesempatan ini untuk mengukuhkan kedudukannya dalam
pengaruh maharani.20 Maharani Dowager Tzu Hsi pula merupakan seorang yang bersikap antiasing dan anti-pemodenan. Maharani Dowager bersikap keterlaluan dan telah menyalah gunakan
wang kerajaan. Peruntukkan perbelanjaan untuk memodenkan angkatan tentera laut China telah
digunakan oleh Maharani Dowager untuk membina semula Istana Musim Panas yang musnah
semasa Perang Arrow. Akibatnya usaha pemodenan di China telah tergendala kesan daripada
penyalahgunaan wang kerajaan tersebut.
GMD juga ditentang oleh golongan sarjana dan pegawai-pegawai kerajaan China kerana
mereka masih berpegang teguh bahawa China mempunyai peradaban yang lebih tinggi dan baik
berbanding kuasa-kuasa Barat. Bagi mereka penerimaan idea-idea pembaharuan oleh Barat
hanya akan menjatuhkan imej China. Misalnya pengenalan jabatan astronomi dan matematik di
TWK oleh Putera Kung dalam tahun 1867 dan jemputan professor asing untuk mengajar mata

20

Meribeth E. Cameron, Thomas H.D. Mahoney & George E. McReynolds (1952). China, Japan and the Powers.
New York: The Ronald Press Company. Hlm. 225.

pelajaran itu mendapat tentangan daripada Grand-Secretary Wo-jen, pendukung utama sarjana
Neo-Confucian.
Wo-jen mempersoalkan bagaimanakah mereka harus menerima pelajaran orang yang
tidak bertamadun berbanding kebaikan ajaran China sendiri dan persoalan apakah orang China
lupa tentang penaklukan orang asing ke atas Peking dan membakar Istana Musim Panas. Kerana
sikap tidak setuju dengan pembaharuan ini beliau menolak untuk menjadi ahli Tsungli Yamen
dengan memberi alasan tidak sihat.21 Golongan konservatif juga menyatakan orang asing sebagai
tidak bertamadun. Mereka menuduh pembelajaran dari Barat sebagai ajaran syaitan. Oleh itu
orang China yang ada kaitan dengan barat dianggap sebagai hamba syaitan.22
Tambahan pula, terdapat pegawai-pegawai China merupakan pengikut yang setia dengan
ajaran Confusianisme. Misalnya cadangan Yung Wing untuk meminta ramai lagi orang Cina
belajar ke luar negara hanya dapat direalisasikan 15 tahun selepas beliau kembali semula ke
China. Usaha beliau seterusnya mendapat kekangan apabila cuba membawa 120 orang pelajar
China ke Hartford, Connecticut. Usaha beliau ini terpaksa dilupakan setelah menerima tentangan
daripada pihak sarjana klasik yang tidak percaya bahawa hubungan dengan pihak barat boleh
menjadikan mereka lupa dan meninggalkan ajaran moral Konfusious. 23 Mereka masih
dikongkong oleh adat resam dan tradisional China. Oleh itu, mereka bimbang dasar pemodenan
akan menjejaskan kebudayaan nenek moyang mereka mengganggu keharmonian alam atau
fengshui.

Pembukaan lombong, pembinaan jalan kereta api dan telegraf dibimbangi akan
mengganggu nenek moyang maharaja, menyebabkan pekerja-pekerja pengangkutan air hilang
mata pencarian, menggunakan wang kerajaan yang banyak dan bergantung pada mesin-mesin
dan kepakaran asing. Usaha GMD ini bertambah lemah kerana menggunakan slogan Penyeliaan
Pegawai dan Operasi Swasta. Slogan ini membolehkan para sarjana konservatif menyekat
21

Yen-Ping Hao & Erh-min Wang (1980). Changing Chinese Views of Western Relations,1840-95, dalam John
K. Fairbank & Kwang-Ching Liu. eds. The Cambridge History of China,Volume II, Late Ching, 1800-1911, Part 2.
Cambridge: Cambridge University Press. Hlm. 178.
22
Suffian Mansor (2009). Sejarah China Moden. Kuala Lumpur: Universiti Malaya. Hlm. 65.
23
John K. Fairbank (1992). China: A New History. Cambridge: The Belknap Press of Harvard University Press.
Hlm. 218-219.

pembangunan gerakan berkenaan. Golongan pengurus projek pula terpaksa akur dengan setiap
golongan itu.24
Sementara itu, aspek-aspek pemodenan merupakan idea-idea baru dalam pemerintahan
Manchu. Justeru terdapat sebilangan pegawai China yang tidak memahami idea-idea pemodenan
barat kerana tiada maklumat yang jelas terhadap matlamat kerajaan mengenai dasar pemodenan
tersebut. Hal ini menyebabkan mereka sukar untuk menerima ilmu pengetahuan dan teknologi
arat dalam kehidupan mereka.
4.4

Kemelesetan Ekonomi
Kegagalan gerakan ini juga merupakan kesan langsung dari kemelesetan ekonomi yang

dialami oleh negara China. Semasa gerakan ini dijalankan China mengalami masalah kewangan
yang serius. Pada 1840 ekonomi China merosot akibat bencana alam seperti banjir dan kemarau.
Keadaan semakin kritikal apabila Kerajaan Manchu pula terperangkap dengan perbelanjaan
tentera dan bayaran ganti rugi perang terhadap kuasa-kuasa Barat. China juga mengalami
kemelesetan ekonomi akibat kemasukan candu secara bebas dengan jumlah yang banyak dan hal
ini menambahkan lagi tekanan ekonomi negara China. Kemasukan candu secara bebas telah
mengakibatkan imbangan perdagangan yang tidak seimbang iaitu nilai import melebihi nilai
eksport. Selain itu, penglibatan Barat dalam ekonomi China menyebabkan kemerosotan kegiatan
ekonomi orang Cina. Kain kapas yang dibawa ke China dijual dengan harga yang murah
menyebabkan kain kapas China tidak dapat menandinginya.

Seterusnya kilang-kilang ditutup dan berlaku pula pengangguran. Dalam hal


pengangkutan pula, penggunaan kapal wap dan kereta api menjejaskan system pengangkutan
tradisional China seperti tongkang, kereta kuda dan kereta lembu. Sehubungan dengan itu,
kemelesetan ekonomi China dianggap akibat kehadiran barat.25 Kemelesetan ekonomi negara

24

John K. Fairbank (1992). China: A New History. Cambridge: The Belknap Press of Harvard University Press.
Hlm. 219.
25
Abdullah Zakaria Ghazali et al (2000). Sejarah Asia Tenggara, Asia Selatan dan Asia Timur 1800-1963. Shah
Alam: Fajar Bakti Sdn. Bhd. Hlm. 256.

China telah membataskan kejayaan GMD kerana China kekurangan modal untuk melaksanakan
aspek-aspek pemodenan yang dirancangkan.
4.5

Pemodenan yang Terhad


Pencapaian

GMD

turut

terjejas

disebabkan

ketidakstabilan

Kerajaan

Ching

memperluaskan usaha pemodenan dalam semua bidang meliputi seluruh negara. Pada ketika itu
kerajaan telah menggunakan teknologi dan sains Barat untuk memodenkan negara China
berdasarkan institusi-institusi yang sedia ada. Malahan pemimpin-pemimpin China banyak
menumpukan pemodenan dalam bidang ketenteraan dan tidak memberi perhatian yang serius
terhadap perubahan sosial, ekonomi dan politik sedangkan kekuatan dan kemajuan kuasa-kuasa
asing adalah hasil reformasi ekonomi, politik dan sistem pemerintahan. Selain itu, kerajaan
Ching juga tidak melaksanakan pembaharuan yang radikal. Kerajaan lebih bersikap tolak ansur
terhadap institusi tradisional dalam dasar pemodenan yang dilakukan. Tindakan ini menyebabkan
usaha pemodenan mencapai kejayaan yang sangat terhad.
4.6

Imperialisme Barat
Kegagalan Gerakan Menguatkan Diri di China juga disebabkan oleh imperialisme barat.

Pada ketika itu, banyak peperangan yang dilancarkan oleh kuasa Barat terhadap China. Hal ini
menyebabkan negara China terpaksa menanggung kos peperangan dan membayar ganti rugi
perang yang tinggi. Peperangan tersebut juga telah mengakibatkan suasana politik China tidak
stabil dan menyebabkan pemimpin-pemimpin China tidak boleh menumpukan perhatian
sepenuhnya terhadap program pembaharuan yang dilaksanakan. Kehadiran imperialisme barat
dan pemberian hak wilayah asingan serta hak-hak istimewa dalam perdagangan kepada barat
telah menjejaskan pendapatan negara China. Kadar cukai yang rendah terhadap barangan import
menjadikan barangan yang dihasilkan oleh industri tempatan tidak mendapat tempat di pasaran
kerana harga yang lebih tinggi. Keadaan ini telah menjejaskan industri tempatan. Pendapatan
negara juga turut terjejas dan membantutkan usaha pemodenan.
Kuasa Barat mahukan hak istimewa dan hak wilayah asingan bagi membolehkan rakyat
mereka dilindungi. Dengan adanya hak-hak keistimewaan ini kesalahan yang mereka lakukan di
China tidak menyebabkan mereka dibicarakan oleh mahkamah China atau dijatuhi hukuman di

bawah undang-undang China. Keistimewaan inilah yang menyebabkan mereka bebas daripada
undang-undang China. Mereka hanya boleh dibicarakan dalam mahkamah yang terdapat dalam
konsul mereka. Atas kebebasan ini, ia digunakan oleh golongan mubaligh untuk menyebarkan
Kristian di China. Malah golongan penganut Kristian berketurunan China juga mendapat hak
yang sama. Ekoran pencerobohan kedaulatan China ini, maka rakyat China mula marah akan
tindak tanduk gerakan mubaligh terbabit. Dengan itu, timbulnya gerakan anti-Kristian di China.26
Pada peringkat awalnya, Sun Yat Sen yang dikenali sebagai bapa Revolusi China hanya
bertujuan untuk memoden, menguat dan memulihkan negeri China.27 Apabila memorandumnya
ditolak oleh Li Hung Chang mendesak perlantikan pegawai-pegawai China yang terlatih secara
Barat ke dalam perkhidmatan kerajaan, Sun Yat Sen berazam untuk melancarkan Revolusi China
bagi menggulingkan Dinasti Manchu. Kegagalan rancangan pembaharuan seperti Gerakan
Menguatkan Diri 1861-1894 dan Islah 1898 menyedarkan beliau bahawa Dinasti Manchu perlu
digulingkan supaya perubahan dan pembaharuan dapat dilaksanakan di China.28

5.

Kesimpulan
Kegagalan Gerakan Menguatkan Diri mencapai kemuncaknya apabila China kalah dalam

Perang China-Jepun 1895. Kekalahan dalam peperangan ini merupakan satu perkara yang
sungguh mengaibkan bagi China kerana kalah kepada sebuah negara kecil dari timur.
Peperangan ini juga telah mengakibatkan berlakunya perluasan hak-hak imperialis asing di
26

Suffian Mansor (2009). Sejarah China Moden. Kuala Lumpur: Universiti Malaya. Hlm. 67.
Grasso James, Corrih Jay & Kart Michael Kart (1997). Modernization an Revolution in China. New York: An East
Gate Book. Hlm. 121-122.
28
Ibid. Hlm. 123.
27

China. Walaupun GMD ini dilihat sebagai satu usaha yang baik dalam memodenkan China,
namun gerakan ini akhirnya gagal kerana orang China tidak mahukan pembaharuan dan bersikap
anti asing. China juga tidak mahukan pembaharuan kerana menganggap mereka mempunyai
tamadun dan peradaban yang lebih tinggi daripada kuasa-kuasa Barat.
Penolakan nilai-nilai tradisi oleh golongan intelektual China moden adalah salah satu
cara untuk memulihkan negara China daripada masalah-masalah dengan kuasa-kuasa Barat dan
juga Jepun. Impak daripada sambungan pengajian mereka di luar negara kerana terpengaruh
dengan idea-idea revolusi di sana, maka mereka telah mengambil inisiatif untuk
menyebarkannya di negara mereka. Memandangkan pemerintah dan juga golongan yang berusia
masih lagi mengamalkan ajaran Konfucius, golongan intelektual telah menyebarkan idea-idea
mereka kepada golongan belia. Ternyata usaha mereka untuk menarik golongan belia telah
mendapat sokongan dari kumpulan itu sendiri. Ajaran Konfusius dan nilai-nilai tradisi yang
terdapat didalamnya perlu dihapuskan dan ditolak serta digantikan dengan idea-idea barat yang
lebih moden.
Pada akhir abad ke-19, muncul golongan reformis yang menyedari keperluan
pembaharuan dilaksanakan di China. Kegagalan Gerakan Menguatkan Diri mendorong mereka
untuk merangka satu lagi rancangan pembaharuan yang lebih berkesan dalam usaha untuk
memulihkan China. Mereka menegaskan Islah (1898) bertujuan untuk menyusun semula institusi
politik dan sosial China berdasarkan model Barat bagi memulihkan negeri China. Kang Yu Wei
menegaskan perubahan yang radikal perlu dijalankan bagi menguat dan memodenkan negeri
China.29

Bibliografi/Rujukan
Abdullah Zakaria Ghazali et al (2000). Sejarah Asia Tenggara, Asia Selatan dan Asia Timur
1800-1963. Shah Alam: Fajar Bakti Sdn

29

Preston Diana (1999). The Boxer Rebellion : The Dramatic Story Of Chinas War On Foreigners That Shook The
World In The Summer Of 1900. New York: Walker & Company. Hlm. 23-25.

Conrad Schirokauer, Miranda Brown (2005).

A Brief History of Chinese and Japanese

Civilization
Grasso James, Corrih Jay & Kart Michael Kart (1997). Modernization an Revolution in China.
New York: An East Gate Book
Immanuel

Hsu

(1980).

The

Rise

of

Modern

5 th

China,

ed.

Cambridge:

Cambridge University Press


Latourette Kenneth Scott (1962). The Chinese : Their History An Culture. New York:
The Macmillan Compony
Lanxian

Xiang

(2003).

The

Origin

of

The

Boxer

War.

London:

Routledge Curzon
John L.Rawlinson (1967). Chinas Struggle For Naval Development 1839-1895. Cambridge
MA: Harvard University Press
John

K.

Fairbank

(1992).

China:

New

dan

Jepun

History.

Cambridge:

The Belknap Press of Harvard University Press


Maswari

Rosdi

(1983).

Sejarah

China

Moden

1800-1955.

Kuala Lumpur: Adabi Publishing Sdn. Bhd


Mc

A.

Leary

Henry

(1967).

The

Modern

History

Of

China.

London:

Weidemfeld and Nicolson


Meribeth E. Cameron, Thomas H.D. Mahoney & George E. McReynolds

(1952).

China, Japan and the Powers. New York: The Ronald Press Company
Suffian

Mansor

(2009).

Sejarah

China

Moden.

Kuala

Lumpur:

Universiti Malaya
Preston Diana (1999). The Boxer Rebellion : The Dramatic Story Of Chinas War On Foreigners
That Shook The World In The Summer Of 1900. New York: Walker & Company

Yen-Ping Hao & Erh-min Wang (1980). Changing Chinese Views of Western Relations,
1840-95, dalam John K. Fairbank & Kwang-Ching Liu. eds. The Cambridge History of
China,Volume II, Late Ching, 1800-1911, Part 2. Cambridge: Cambridge University
Press
Wehrle S. Edmund (1966). Britain, China, And The Antimissionary Riots 1891-1900.
Minneapolis: University Of Mennesota Press
William J.Haas
M.E. Sharpe

(1996). China Vogayer, Gist Gees Life in Science. New York:

Você também pode gostar