Você está na página 1de 13

PENILAIAN LAPANGAN TERHADAP KESAN AEDES AEGYPTI DAN

AEDES ALBOPICTUS BERWOLBACHIA KE ATAS PENYEBARAN


DENGGI & CHIKUNGUNYA

DISEDIAKAN OLEH:
UNIT ENTOMOLOGI PERUBATAN, INSTITUT PENYELIDIKAN PERUBATAN (IMR)
DISEMAK OLEH:
DR LEE HAN LIM, UNIT ENTOMOLOGI PERUBATAN, INSTITUT PENYELIDIKAN PERUBATAN
(IMR)

1.0 Denggi Cabaran


Denggi adalah penyakit bawaan nyamuk, yang menyebabkan demam panas, sakit kepala yang
teruk, sakit di belakang mata, sakit otot dan sendi, ruam dan pendarahan. Virus denggi (DENV)
disebarkan melalui gigitan nyamuk Aedes betina yang telah dijangkiti oleh virus. Terdapat dua
spesies Aedes yang boleh menyebarkan DENV: Aedes aegypti dan Aedes albopictus. Denggi
boleh didapati terutamanya di kawasan-kawasan tropika dan subtropika serata dunia. Demam
denggi adalah disebabkan oleh empat jenis virus yang saling berkait rapat, yang dipanggil
serotip. Empat jenis DENV serotip itu adalah DENV-1, DENV-2, DENV-3 dan DENV-4 (WHO,
2014).
Di Malaysia, statistik terkini yang dikeluarkan oleh Crisis Preparedness and Response Centre
(CPRC), Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menunjukkan sebanyak 83,594 kes denggi
telah direkodkan bagi tempoh 3 Januari 2016 hingga 4 Oktober 2016 yang mana seramai 186
pesakit telah meninggal dunia (MOH, 2016).

Rajah 1. Taburan denggi serata dunia (WHO, 2013)

Ae. aegypti adalah vektor utama untuk denggi (Rudnick, 1986). Ae. aegypti merupakan nyamuk
kecil yang mempunyai kaki berbelang-belang putih dan juga tanda putih berbentuk lyre di atas
kepalanya. Ae. aegypti biasanya menggigit di dalam bangunan dan lebih memilih untuk bertelur
di bekas-bekas buatan manusia yang mengandungi air yang bersih dan jernih. Bekas-bekas ini
termasuk bekas takungan air, pasu bunga, baldi, tin minuman, tayar buangan, piring di bawah
pasu, saluran hujan yang tersumbat, tong dram, pancuran air hiasan, mangkuk air untuk haiwan
peliharaan dan tempat lain yang sesuai. Telur nyamuk Aedes mampu bertahan dalam keadaan
kering dan membolehkannya untuk terus hidup dalam tempoh masa yang panjang lalu
meningkatkan keberkesanannya untuk tersebar (Figure 2a).

a) Ae. aegypti

b) Ae. albopictus

Rajah 2. Taksonomi nyamuk a) Ae. aegypti dan b) Ae. albopictus

Sementara itu, Ae. albopictus (vektor sekunder) adalah nyamuk kecil yang gelap dan juga
dikenali sebagai nyamuk harimau Asia. Nyamuk Ae. albopictus mempunyai tanda garis median
berwarna putih (Rajah 2b) . Kebiasaannya Ae. albopictus dijumpai di kawasan luar bangunan
dan lebih memilih untuk bertelur di takungan air semulajadi seperti di lubang-lubang pokok dan
celah-celah tumbuhan. Ae. albopictus juga mengigit pada waktu siang.

Virus denggi disebarkan melalui kitaran hubungan antara manusia-ke-nyamuk-ke-manusia


(Rajah 3). Nyamuk Ae. aegypti betina menjadi vektor denggi selepas menghisap darah pesakit
yang telah dijangkiti oleh virus denggi. Nyamuk betina yang telah dijangkiti berupaya
menyebarkan penyakit dalam tempoh masa 10-12 hari selepas menghisap darah pesakit denggi.
Virus denggi akan membiak di dalam kelenjar liur nyamuk tersebut dan akan dipindahkan ke
dalam badan individu yang sihat ketika digigit nyamuk.

Rajah 3. Virus denggi merebak melalui kitaran manusia-ke-nyamuk-ke-manusia


(sumber: www.eliminatedengue.com)
Terdapat kebarangkalian untuk mendapat demam denggi beberapa kali kerana terdapat 4 jenis
virus denggi yang menyebabkan demam denggi (DENV-1, DENV-2, DENV-3 dan DENV-4).
Individu yang dijangkiti oleh serotip virus denggi tertentu akan menjadi kebal kepada jenis virus
denggi yang menjangkitinya. Namun mereka masih boleh mendapat demam dari jenis serotip
virus denggi yang lain. Jangkitan berulang oleh serotip virus denggi yang berbeza akan
membawa kepada peningkatan risiko denggi yang teruk yang boleh menyebabkan pendarahan
dan kejutan, dan seterusnya boleh mengancam nyawa.
Penyebaran virus kepada nyamuk mesti dicegah bagi mengelak penyakit itu berlaku. Pencegahan
denggi memerlukan kawalan atau pembasmian nyamuk yang membawa virus denggi. Ini
termasuklah membasmi tempat pembiakan nyamuk (air bertakung), menggunakan penghalau
nyamuk ketika di luar rumah pada siang hari bagi menghalang gigitan nyamuk, memakai pakaian
yang berwarna terang dan berlengan panjang serta seluar panjang apabila keluar dari rumah,
memasang skrin serangga pada pintu dan tingkap, penggunaan yang betul racun serangga dan
penggunaan kelambu pada waktu siang.

2.0 Wolbachia, bakteria simbiosis yang mempersonakan


Baru-baru ini, kaedah popular bagi mengatasi denggi adalah dengan menggunakan bakteria
Wolbachia. Wolbachia adalah bakteria yang didapati secara semulajadi dalam hampir 60%
serangga berlainan spesies termasuklah pelbagai jenis serangga seperti nyamuk, pijat dan lalat.
Namun begitu, sesetengah vektor penyakit tidak mempunyai Wolbachia di dalam badan mereka,
termasuk nyamuk Ae. aegypti dan beberapa spesis nyamuk Anopheles. Wolbachia hidup di
dalam perlbagai sel organ serangga, tetapi kebiasaanya dijumpai di dalam ovari dan testis
serangga.
Apa yang menarik tentang Wolbachia ini adalah ia mampu merencatkan patogen dan juga virus
sekiranya Wolbachia di masukkan ke dalam hos baru. Ini bermakna, Wolbachia daripada
serangga lain perlu dipindahkan ke dalam nyamuk melalui teknik microinjection. Sebagai
contoh, pemindahan Wolbachia strain B yang wujud di dalam Ae. albopictus (wAlbB) dan lalat
buah, Drosophila melanogaster (wMel) kepada hos baru menunjukkan kesan rintangan kepada
denggi (Joubert et. al., 2016). Selain itu, wMel juga mampu mewujudkan rintangan kepada virus
Chikungunya dan Zika (Frentiu et al, 2014, Dutra et al., 2016).

Rajah 4. Nyamuk yang dijangkiti Wolbachia terbukti menghalang penyebaran Zika

3.0 Kaedah pengawalan vektor menggunakan Wolbachia


Kaedah mengawal vektor berasaskan Wolbachia boleh digunakan melalui dua cara: i)
Penggantian populasi dan ii) Kawalan populasi.
Penggantian populasi
Matlamat penggantian populasi adalah untuk menggantikan populasi nyamuk liar dengan
nyamuk yang dijangkiti Wolbachia. Strategi penggantian populasi memerlukan nyamuk
JANTAN & BETINA berWolbachia dilepaskan secara berkala selama beberapa minggu.
Nyamuk berWolbachia ini akan mengawan dengan nyamuk liar dan menyebarkan Wolbachia
melalui melalui pewarisan daripada ibu kepada anak-anak. Dengan cara ini, jumlah nyamuk
berWolbachia akan meningkat dari generasi ke generasi sehingga satu tahap di mana jumlah
nyamuk berWolbachia sudah berada di tahap yang tinggi dan pelepasan nyamuk tidak lagi perlu
dilakukan. Nyamuk berWolbachia tidak boleh menyebarkan virus denggi kepada manusia,
sekaligus menurunkan kadar risiko penduduk setempat dijangkiti denggi. Kajian yang dijalankan
menunjukkan Wolbachia mampu meneruskan kelangsungan hidupnya di dalam populasi
nyamuk, menjadikan kaedah ini sangat menjimatkan dalam jangka masa panjang (Eliminate
Dengue, 2016).

Rajah 5. Kaedah penggantian populasi

Pengawalan populasi
Kaedah kedua adalah melalui kawalan populasi: Objektif kawalan populasi adalah untuk
mengawal atau mengurangkan jumlah populasi nyamuk liar agar penyebaran penyakit tidak
berlaku. Kaedah kawalan populasi hanya melibatkan pelepasan nyamuk JANTAN berWolbachia
sahaja dan nyamuk jantan berWolbachia ini akan mengawan dengan nyamuk betina liar.
Pelepasan nyamuk jantan berWolbachia yang tidak serasi akan membantutkan proses pembiakan
nyamuk kerana telur yang dihasilkan tidak akan menetas. Namun begitu, teknik ini memerlukan
pelepasan nyamuk jantan berWolbachia dalam jumlah yang tinggi dan secara berterusan.
Sekiranya pelepasan nyamuk dihentikan, populasi nyamuk liar akan meningkat semula selepas
beberapa tempoh.

Rajah 6: Kaedah kawalan populasi

4.0 Wolbachia- Dari makmal ke lapangan terbuka


Di Malaysia, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah mengarahkan institut penyelidikan
dibawah KKM untuk menjalankan kajian kawalan berasaskan Wolbachia menggunakan kaedah
penggantian populasi untuk mengatasi masalah kes denggi yang meningkat saban tahun. Kajian
ini diketuai oleh Institut Penyelidikan Perubatan (IMR) serta Institut Penyelidikan Tingkahlaku
Kesihatan (IPTK). Penyelidikan ini adalah kolaborasi bersama-sama University of Lancaster,
UK dan juga University of Melbourne, Australia. Pada masa ini, dua kawasan sudah dikenalpasti
untuk menjadi kawasan kajian penggantian populasi. Kawasan tersebut adalah 1) Keramat dan 2)
Shah Alam. Antara faktor-faktor pemilihan lokasi ini adalah i) jumlah populasi nyamuk Ae.
aegypti and Ae. Albopictus yang tinggi ii) kawasan yang berkeluasan sekurang-kurangnya 0.6
km2 iii) berhampiran IMR yang merupakan tempat penternakan nyamuk.
Sehingga hari ini, lapan negara terlibat dalam kajian pelepasan nyamuk berWolbachia. Australia,
Vietnam, Indonesia, Brazil dan Colombia menggunakan kaedah penggantian populasi manakala
China, Thailand dan Tahiti menggunakan kaedah kawalan populasi.

Jadual 1. Negara yang terlibat dalam pelepasan nyamuk Wolbachia


Negara
Australia

Vektor
dijangkiti
Ae. aegypti
dijangkiti wMel

Idea dalam penilaian


Menggantikan populasi
liar dengan Ae. aegypti
dijangkiti wMel

Matlamat
Penggantian
populasi

Butiran
Dilepaskan di Cairns (9
bulan)
Tahap jangkitan wMel
sederhana (50 - 80%)
ke tinggi (lebih
daripada 80%)

Vietnam

Indonesia

Ae. aegypti
dijangkiti
wMelPop

Memendekkan separuh
jangka hayat nyamuk
betina dewasa

Ae. aegypti
dijangkiti wMel

Menggantikan populasi
liar dengan Ae. aegypti
dijangkiti wMel

Ae. aegypti
dijangkiti wMel

Menggantikan populasi
liar dengan Ae. aegypti
dijangkiti wMel

Penggantian
populasi

Tiada kes denggi


dilaporkan
wMelPop- gagal
disebabkan kematian
nyamuk dewasa yang
dijangkiti
wMel- dilepaskan di
Tri Nguyen Island (17
minggu)

Penggantian
populasi

Tahap jangkitan wMel


sebanyak 62%
Dilepaskan di
Yogyakarta (6 bulan)
Tahap jangkitan wMel
sebanyak >80%
Tiada

Brazil

Ae. aegypti
dijangkiti wMel

Menggantikan populasi
liar dengan Ae. aegypti
dijangkiti wMel

Penggantian
populasi

Colombia

Ae. aegypti
dijangkiti wMel

Menggantikan populasi
liar dengan Ae. aegypti
dijangkiti wMel

Penggantian
populasi

Tiada

China

Ae. albopictus
dijangkiti wPip

Mengawal populasi liar


akibat cytoplasmic
incompatibility

Kawalan populasi

Nisbah pelepasan 5:1

Mengawal populasi liar


akibat cytoplasmic
incompatibility
Mengawal populasi liar
akibat cytoplasmic
incompatibility

Kawalan populasi

100% tiada penetasan


telur (selepas 5 bulan)
Tiada

USA

Tahiti

Ae. albopictus
& Ae aegypti
dijangkiti wPip
Ae polynesiensis
Ae aegypti

Kawalan populasi

Kawalan populasi
selama 30 minggu

Rujukan
1. World Health Organisation. Dengue Guidelines for diagnosis, treatment, prevention and
control. Geneva: World Health Organization, 2009.
2. Ministry of Health, Malaysia, 2016. http://idengue.remotesensing.gov.my/idengue/index.php
3. Rudnick, A. (1986). Dengue fever studies in Malaysia. In T. W. Lim & J. L. Ireland (Eds.),
Bulletin no. 23 from the Institute for Medical Research, Malaysia (pp. 155167). Book
Section, Kuala Lumpur, Malaysia: Institute for Medical Research.
4. Werren, J. H., Guo, L., & Windsor, D. (1995). Distribution of Wolbachia in neotropical
arthropods. Proceedings of the Royal Society of London B, 262, 197204.
5. Joubert, D. A., Walker, T., Carrington, L. B., De Bruyne, J. T., Kien, D. H. T., Hoang, N. L.
T., ONeill, S. L. (2016). Establishment of a Wolbachia Superinfection in Aedes aegypti
mosquitoes as a potential approach for future resistance management. PLoS Pathog, 12(2).
6. Frentiu, F. D., Zakir, T., Walker, T., Popovici, J., Pyke, A. T., van den Hurk, A., ONeill,
S. L. (2014). Limited dengue virus replication in field-collected Aedes aegypti mosquitoes
infected with Wolbachia. PLoS Negl Trop Dis, 8(2).
7. Dutra, H. L. C., Rocha, M. N., Dias, F. B. S., Mansur, S. B., Caragata, E. P., & Moreira, L.
A. (2016). Wolbachia blocks currently circulating Zika virus isolates in Brazilian Aedes
aegypti mosquitoes. Cell Host & Microbe.
8. Eliminate Dengue, 2016. http://www.eliminatedengue.com/our-research/Wolbachia
9. Brelsfoard, C. L., & Dobson, S. L. (2011). Short Note: An update on the utility of Wolbachia
for controlling insect vectors and disease transmission. Asia Pacific Journal of Molecular
Biology and Biotechnology, 19(3), 8592.
10. Bian, G., Xu, Y., Lu, P., Xie, Y., & Xi, Z. (2010). The endosymbiotic bacterium Wolbachia
induces resistance to dengue virus in Aedes aegypti. PLoS Pathogens, 6(4).
11. Hoffmann, A. A., Montgomery, B. L., Popovici, J., Iturbe-Ormaetxe, I., Johnson, P. H.,
Muzzi, F., ONeill, S. L. (2011). Successful establishment of Wolbachia in Aedes
populations to suppress dengue transmission. Nature, 476(7361), 454457.
12. van den Hurk, A. F., Hall-Mendelin, S., Pyke, A. T., Frentiu, F. D., McElroy, K., Day, A.,
ONeill, S. L. (2012). Impact of Wolbachia on infection with chikungunya and yellow fever
viruses in the mosquito vector Aedes aegypti. PLoS Neglected Tropical Diseases, 6(11),
1892.

10

Soalan-soalan yang biasa diajukan


Q: Adakah Wolbachia GMO?
A: Tidak, Wolbachia tidak diubah secara genetik dan diklasifikasikan sebagai agen kawalan
biologi. Wolbachia sudah wujud dan hidup secara semulajadi dalam serangga. Ia juga tidak
digunakan sebagai bio-pesticide kerana kita tidak menggunakan teknik kawalan populasi.
Q: Adakah strain Wolbachia yang bakal dilepaskan wujud secara semulajadi di Malaysia?
A: Ya, strain Wolbachia yang digunakan biasa dijumpai di dalam lalat buah Drosophila dan
spesis nyamuk lain.
Q: Jika Wolbachia telah wujud dalam nyamuk Aedes albopictus, kenapa ia tidak menghalang
penyebaran denggi?
A: Jumlah Wolbachia yang wujud secara semulajadi tidak begitu banyak di dalam nyamuk
Aedes albopictus, maka ia tidak memberi impak besar kepada penyebaran virus denggi. Namun
begitu, jika kita menyebarkan Wolbachia jenis lain kepada nyamuk Aedes albopictus,
penyebaran virus denggi boleh dihalang kerana jumlah Wolbachia menjadi banyak.
Q: Adakah Wolbachia boleh meningkatkan kebarangkalian penyebaran virus lain?
A: Nyamuk yang dijangkiti Wolbachia tidak menunjukkan sebarang tanda-tanda yang
meningkatkan kebarangkalian penyebaran virus. Malahan Wolbachia menunjukkan kesan antiviral terhadap flavivirus (denggi) dan alphavirus (chikungunya).
Q: Adakah virus boleh bermutasi dan disebarkan oleh nyamuk yang mempunyai Wolbachia?
A: Wolbachia mempunyai beberapa mekanisma yang mampu menghalang virus membiak di
dalam sel nyamuk, maka tidak wujud kebarangkalian berlakunya mutasi virus. Sehingga hari ini,
masih tiada bukti menunjukkan virus berubah melalui cara ini.
Q: Adakah Wolbachia boleh menjangkiti manusia?
A: Tidak, Wolbachia tidak disebarkan melalui air liur nyamuk. Wolbachia hanya mampu hidup
di dalam sel serangga, dan tidak mampu hidup di dalam sel vetebrata. Malahan, manusia sudah
terdedah dengan Wolbachia sejak beratus tahun lamanya, namun tiada bukti atau rekod
menunjukkan manusia dijangkiti Wolbachia.
Q: Adakah Wolbachia boleh membuat kerosakkan ekologi kepada alam sekitar?
A: Tidak, kerana seperti yang sudah diterangkan, Wolbachia hanya boleh hidup dalam sel
serangga, dan tidak akan dipindahkan atau berpindah antara spesis.
Q: Adakah Wolbachia boleh menjangkiti/merosakkan serangga lain?
A: Wolbachia hanya dipindahkan melalui pewarisan ibu kepada anak-anak, jadi hampir mustahil
Wolbachia akan berpindah kepada spesis lain. Tambahan lagi, strain Wolbachia yang digunakan
sudah wujud di dalam lalat buat /nyamuk spesis lain. Maka kita boleh mengatakan Wolbachia
tidak akan menyebabkan kerosakan ekologi.

11

Q: Kenapa hanya nyamuk betina yang dilepaskan?


A: Penyebaran populasi Wolbachia bergantung kepada pelepasan nyamuk betina kerana mod
transmisi Wolbachia adalah melalui pewarisan daripada ibu kepada anak-anak, dan bukan
disebarkan oleh nyamuk jantan. Jadi, hanya dengan melepaskan nyamuk betina, kita boleh
memastikan Wolbachia tersebar dalam kalangan populasi nyamuk liar.
Q: Kenapa kita tidak melepaskan sahaja nyamuk jantan untuk mengawal populasi nyamuk?
A: Kaedah ini kurang sesuai kerana ia melibatkan kos yang tinggi dan memerlukan pemantauan
yang kerap. Nyamuk jantan perlu dilepaskan dengan skala yang besar dan berterusan bagi
mengawal populasi nyamuk. Jika pelepasan nyamuk jantan berhenti, populasi nyamuk di
kawasan tersebut akan meningkat semula. Bertentangan dengan strategi kawalan populasi, teknik
pelepasan nyamuk betina lebih mudah dan menjimatkan kerana nyamuk betina tidak perlu
dilepaskan secara berterusan. Teknik pelepasan nyamuk betina memastikan Wolbachia akan
dipindahkan kepada anak-anak melalui proses pembiakkan semula jadi, dan memastikan jumlah
Wolbachia tinggi dalam populasi bagi menghalang penyebaran virus.
Q: Saya dengar Singapura sedang mencuba teknik penyebaran nyamuk jantan. Kenapa kita
tidak berbuat demikian?
A: Singapura melepaskan nyamuk jantan dalam jumlah yang banyak bagi mengkaji jika teknik
tersebut berkesan mengawal populasi nyamuk. Teknik ini mungkin memberi kesan sekiranya
kepadatan populasi nyamuk kurang di kawasan seperti Singapura. Namun begitu, teknik ini
kurang sesuai untuk diaplikasikan di Malaysia yang mempunyai kepadatan populasi nyamuk
yang tinggi.
Q: Adakah orang ramai akan digigit nyamuk dengan lebih banyak akibat pelepasan nyamuk ini?
A: Keadaan ini hampir pasti tidak akan berlaku kerana pelepasan nyamuk dijalankan semasa
musim panas dan kering, ketika populasi nyamuk kurang. Nyamuk juga dilepaskan dalam
tempoh yang singkat sahaja dan pelepasan nyamuk jantan berWolbachia akan membuatkan
nyamuk betina liar kurang subur. Ini menyebabkan kesan terhadap pertambahan populasi
nyamuk adalah minima. Malahan, sebelum pelepasan nyamuk berWolbachia dijalankan,
populasi nyamuk sedia ada akan dikurangkan menggunakan racun terlebih dahulu.
Q: Adakah orang ramai akan menyokong pelepasan nyamuk ini?
A: Pendidikan dan penglibatan masyarakat perlu dilakukan secara teliti sebelum nyamuk
dilepaskan di kawasan pilihan. Dalam kajian terdahulu di Australia, Indonesia, Brazil dan
Vietnam, masyarakat menyambut baik projek pelepasan Ae. Aegypti Wolbachia ini.
Q: Apa akan terjadi sekiranya individu/keluarga menentang pelepasan nyamuk ini?
A: Mereka boleh diberikan veto dan pelepasan nyamuk tidak akan dilakukan di kawasan
rumah mereka.
Q: Bilakah kita boleh melihat kesan pengurangan jangkitan denggi ini?
A: Setelah Wolbachia sudah tersebar dengan jayanya, nyamuk yang membawa Wolbachia akan
diuji untuk memastikan nyamuk tersebut sudah tidak mampu untuk menyebarkan virus denggi.
Namun begitu, kesan ini hanya dapat dilihat sekiranya Wolbachia sudah tersebar dalam kalangan
populasi nyamuk liar, dan ini dijangka mengambil masa.
12

Q: Berapa lama kesan Wolbachia bertahan?


A: Kesan Wolbachia adalah bersifat kekal, selagi nyamuk Wolbachia membiak dan menurunkan
Wolbachia kepada anak-anaknya.
Q: Adakah kita masih boleh mengamalkan cara kawalan nyamuk seperti sedia-ada?
A: Ya, semua cara mengawal/membunuh nyamuk perlu dipraktikan seperti biasa.

Q: Apa akan terjadi sekiranya berlaku wabak denggi di kawasan pelepasan nyamuk Wolbachia?
A: Oleh kerana kajian menunjukkan nyamuk yang dijangkiti Wolbachia boleh menghalang
denggi, pelepasan nyamuk akan dijalankan seperti biasa, namun keadaan ini bergantung kepada
penduduk setempat. Pelepasan nyamuk juga boleh dihentikan sekiranya perlu.

13

Você também pode gostar