Você está na página 1de 26

MASYARAKAT BERBILANG KAUM DI SEMENANJUNG MALAYSIA MENGANUTI

AGAMA DAN KEPERCAYAAN YANG BERBAGAI

1.0

PENGENALAN

Malaysia adalah sebuah Negara yang didiami oleh pelbagai kaum. Walaupun pada
dasarnya, Malaysia atau satu ketika dahulu dikenali sebagai Tanah Melayu, hanya didiami
oleh masyarakat bumiputera, namun kedatangan imegran Cina dan India telah menjadikan
Malaysia sebagai sebuah Negara yang unik kerana berbilang kaum. Terdapat beberapa
kaum di Malaysia iaitu Melayu, Cina, India dan bumiputera Sabah dan Sarawak. Kaum
Melayu merupakan kaum majoriti dan utama di Malaysia. Hal ini demikian kerana, kaum
Melayu merupakan penduduk asal di Malaysia. Jumlah penduduk Malaysia pada 2010 ialah
28.3 juta, dengan orang Melayu sebagai kaum terbesar dengan bilangan 14.2 juta orang
merangkumi 50.1% daripada jumlah penduduk. Bangsa Cina ialah kaum kedua ramai
dengan 6.4 juta orang merangkumi 22.6% daripada populasi. Bumiputera Lain (terdiri
daripada Orang Asli di Semenanjung dan bangsa pribumi Sabah dan Sarawak) menduduki
tempat ketiga dengan bilangan 3.3 juta orang (11.7%). Bangsa India di tempat seterusnya
dengan 1.9 juta orang (6.7%). Setiap manusia di dunia ini boleh dikatakan mempunyai
kepercayaan kepada agama. Menurut kamus, agama bermaksud segenap kepercayaan
kepada tuhan atau dewa-dewi serta dengan kewajipan-kewajipan yang bertalian dengan
kepercayaan itu. Agama mempunyai kaitan yang sangat rapat dengan ajaran. Dengan
kepercayaan kepada agama, manusia sanggup berkorban untuk mempertahankan agama
mereka. Kesemua agama pada amnya menyampaikan ajaran yang baik seperti disiplin diri,
keamanan serta kebaikan. Terdapat jenis kepercayaan iaitu agama yang berunsurkan
kepercayaan ketuhanan dan agama kebudayaan yang berkembang daripada falsafah
bangsa-bangsa yang menganutinya.

2.0

MASYARAKAT MELAYU DI SEMENANJUNG MALAYSIA.


2.1

ASAL USUL BANGSA MELAYU


Asal usul bangsa melayu merupakan sesuatu yang sukar di tentukan,

walaupun terdapat beberapa kajian dilakukan untuk menjelaskan pekara ini, tetapi
kata sepakat antara sarjana belum dicapai. Secara amnya terdapat 2 teori mengenai
asal usul bangsa melayu iaitu bangsa Melayu berasal dari Yunnan (Teori Yunnan),
dan bangsa Melayu berasal dari Nusantara (Teori Nusantara). Selain itu ada juga
pendapat yang mengatakan bahawa orang minangkabau itu berasal daripada
pengikut Nabi Nuh, iaitu bangsa Ark yang mendarat di muara sungai Jambi dan
1

Palembang, semasa banjir besar berlaku di bumi. Tetapi pendapat ini masih belum
mendapat bukti yang kukuh.

2.2

AGAMA DAN KEPERCAYAAN MASYARAKAT MELAYU


2.2.1

AGAMA ISLAM
Agama Islam di tanah Melayu bermula pada kerajaan Melayu Melaka.

Sedia maklum bahawa masyarakat melayu mudah untuk menerima budaya


luar. Sebagaimana yang diketahui umum apabila raja menerima Islam maka
seluruh rakyatnya harus menerima Islam. Pengaruh agama Islam telah
memepengaruhi aspek politik, sosial dan ekonomi orang Melayu. Bukti
kedatangan Islam ke tanah Melayu banyak diceritakan melalui karya-karya
sastera seperti syair, seloka, pantun dan manuskrip. Antara manuskrip yang
telah menceritakan kedatangan Islam di Tanah Melayu ialah Sulalatus
Salatin. Pengaruh agama Islam di Melayu kita boleh lihat sehingga kini.
Majoriti kaum Melayu di Malaysia menganuti agama Islam. Namun, sisa-sisa
unsur agama Hindu dan animisme masih dapat dilihat dalam sistem
kepercayaan mereka. Islam tidak dapat menghapuskan seluruh unsur
kepercayaan tersebut. Proses sinkretisme terjadi di mana unsur kepercayaan
sebelum Islam ada secara laten atau disesuaikan dengan unsur Islam.
Proses ini jelas dapat ditemukan dalam ilmu pengobatan Melayu (pengobatan
tradisional), dan dalam beberapa upacara adat.istiadat yang melibatkan
pemujaan.

2.2.2

KEPERCAYAAN ANIMISME
Sebelum kedatangan Islam masyarkat melayu telah mempercayai

kepercayaan Anisme. Kepercayaan animisme mempercayai bahawa setiap


benda di bumi ini, (seperti kawasan tertentu, gua, pokok atau batu besar),
mempunyai semangat yang mesti dihormati agar semangat tersebut tidak
mengganggu manusia, malah membantu mereka dari semangat dan roh
jahat dan juga dalam kehidupan seharian mereka. Semangat ini juga dikenali
dengan pelbagai nama, antaranya jin, mambang, roh, datuk, tuan, dan
penunggu. Kadang-kala semangat ini juga dianggap roh leluhur mereka yang
telah meninggal yang kini menetap ditempat sedemikian. Oleh itu, sebelum
kedatangan Islam masyarakat melayu dahulu mempercayai unsur alam.
2

Sebagai contohnya, pada masa dahulu wujud amalan majlis tepung tawar,
upacara mandi safar, upaya cara tolak bala dan sebagainya.

2.2.3

AGAMA HINDU
Penyebaran agama Hindu telah berlaku pada abad ke 6. Agama ini

telah dibawa oleh golongan pedagang India yang datang berdagang di Tanah
melayu. Agama Hindu ini mempunyai satu konsep iaitu dewaraja. Melalui
konsep ini raja dipercayai sebagai jelmaan tuhan. Oleh itu, raja memepunyai
kuasa mutlak dan rakyat seharusnya memberikan seluruh taat setianya
kepada raja. Sebagai bukti kedatangan Hindu di tanah Melayu iaitu wujudnya
kerajaan Hindu di Tanah Melayu iaitu kerajaan Kedah Tua dan Langkasuka.

3.0

MASYARAKAT CINA DI SEMENANJUNG MALAYSIA


Kedatangan orang cina ke Malaysia jelas kelihatan pada pertengahan abad ke-19

dengan membawa bersama mereka agama dan kepercayaan mereka sendiri. Orang cina di
Malaysia merupakan kaum yang kedua besar di negara ini. Masyarakat cina ini datang dari
daerah berlainan di negara China. Sebahagian besar dari mereka datang dari daerah
selatan. Masyarakat cina di Malaysia terdiri daripada beberapa suku dialek. Terdapat enam
kumpulan dialek utama iaitu Hakka, Kantonis, Teochew, Hainan, dan Fuzhou (Hokchiu).
Sandakan pernah bergelar Hong Kong Kecil kerana bandar itu dijadikan tempat tinggal
kedua bagi kebanyakan pendatang dari Guangdong. Maka, secara amnya terdapat tiga
kumpulan sub-linguistik orang cina Malaysia. Kehidupan yang lebih baik di Tanah Melayu
juga merupakan faktor yang menggalakkkan kemasukan orang Cina. Kebanyakan orang
cina datang sebagai buruh dan tukang kraf. Mereka datang seorang diri tanpa keluarga
kerana berharap untuk memperolehi gaji yang tinggi supaya dapat hantar balik ke China
atau membawa ahli keluarga datang ke Tanah Melayu. Justeru itu, kedatangan orang cina
ke Tanah Melayu juga secara tidak langsung membawa masuk agama dan kepercayaan
mereka sendiri. Masyarakat cina mengamalkan pelbagai agama dan kepercayaan dalam
kehidupan seharian mereka.

3.1

AGAMA KAUM CINA


Agama merupakan satu identiti yang membezakan antara kumpulan-

kumpulan dalam masyarakat dan menjadi identiti penting dalam mencorakkan


tingkah laku setiap ahli kumpulan. Agama Buddha atau Buddhist merupakan agama
kedua terbesar di Malaysia selepas Islam. Penduduk cina marojiti penganut agama
Buddha. Walau bagaimanapun, entik cina di Malaysia tidak semestinya beragama
Buddha. Sebahagian daripada mereka juga ada yang menganut agama atau ajaran
lain seperti Kristian, konfusianisme dan Taoisme.
Buddha dalam bahasa Sanskrit bermaksud yang bebas dari kejahilan.
Agama Buddha pula di bawa oleh Gautama Buddha dari India. Prinsip agama
Buddha, kesengsaraan dalam hidup dunia adalah disebabkan oleh kejahilan dalam
fikiran yang salah dan tindakan yang salah. Untuk mengelakkannya, manusia mesti
menghapuskan keinginan dan membuatnya dengan berjaya supaya mencapai
perkara yang disebut oleh Buddha sebagai Nirvana. Manusia mesti memadamkan
keinginan dan kewujudan sekiranya berjaya membuat demikian maka bebas dari
kejahilan dan mencapai kegembiraan. Agama Buddha juga ada menyentuh kepada
cycle of life iaitu manusia terus lahir, mati dan lahir semula. Bagi Penganut Buddha,
mereka pergi temple atau tokong untuk bersembahyang. Mereka biasanya
bersembahyang pada hari pertama dan hari ke-15 pada kalender cina setiap bulan.
Penganut Buddha menyambut Hari Wesak.
Selain itu, agama Kristian dikategorikan dalam kelompok agama monotheistic
iaitu agama yang mempercayai satu tuhan dan dalam masa yang sama juga percaya
konsep trinity sebagai pegangan dalam ajaran agama Kristian. Kitab utama agama
Kristian ialah Bibble yang dibahagi kepada dua (Old Testament and New Testament).
Kaum cina yang beragama Kristian, mereka pergi ke gereja pada hari Ahad untuk
bersembahyang. Penganut Kristian menyambut Hari Krismas.
Tema utama dalam ajaran Konfuciunisme ialah preservation of the state and
the preservation of the family atau dalam perkataan ialah Hao. Hal ini jelas dilihat
daripada beberapa perayaan yang masih kekal sehingga hari ini iaitu Ching Meng.
Oleh kerana dalam ajaran Konfuciunisme amat mementingkan Hao, maka untuk
mendapatkan anak adalah penting supaya menjadi warisan keluarga. Dengan ini
perkahwinan adalah digalakkan supaya mendapat anak secara sah.
Taosima merujuk kepada Tao yang bermakna Way atau Principle iaitu
jalan kepada yang wujud. Daripada Tao wujud dua prinsip Yin dan Yang. Dalam

ajaran Taoisme, percaya bahawa seseorang itu boleh menjadi dewa selepas mati
sekiranya dia mati mengikut jalan kehidupan yang betul sebelum mati.
Agama Rakyat China ialah agama turun temurun bangsa cina. Ia sebenarnya
adalah satu budaya tradisional yang dituruni dari satu generasi ke satu generasi
secara lisan. Lebih-lebih lagi agama ini tidak mempunyai kitab agama dan tidak pula
mempunyai institusi yang memeliharanya. Oleh itu ajaran agama ini adalah tidak
jelas, dan berbeza-beza dari satu tempat ke satu tempat. Tetapi secara umumnya
agama ini mendukung konsep "yang baik dibalas baik, yang buruk dibalas buruk".
Secara umumnya, Agama rakyat China melibatkan tiga bentuk penyembahan iaitu
Penyembahan Nenek Moyang, Penyembahan Berhala, dan Penyembahan Datuk
Tanah. Maksud Penyembahan nenek moyang merupakan intipati dalam agama
rakyat china. Ia berkaitan dengan sistem nilai masyarakat China yang memberi nilai
yang tinggi kepada sifat "ketaatan kepada ibu bapa". Manakala, Berhala yang
disembah dalam agama ini adalah terlalu banyak. Ia terdiri daripada dewa-dewi,
watak

dalam

cerita

epik,

malah

tokoh-tokoh

sejarah.

Adalah

dipercayai

penyembahan berhala dapat menjamin keselamatan kehidupan sehari-harian.


Seterusnya,

Penyembahan

Datuk

Tanah

merupakan

Datuk

Tanah

dapat

diumpamakan sebagai penunggu dalam masyarakat Melayu. Biasanya orang cina


akan mengadakan altar untuk datuk tanah di atas lantai.
Kemunculan tema "Agama Rakyat Cina" sebenar adalah hasil daripada
kesedaran diri masyarakat cina yang sebelum itu telah salah faham mengenai
agama mereka. Pada masa dahulu, orang cina telah salah anggap agama yang
dianuti mereka sebagai agama Buddha, sehingga kebanyakan rakyat Cina mengakui
diri mereka sebagai penganut agama Buddha. Ini kerana Agama rakyat cina ini
mempunyai pelbagai unsur terutama dari Khonghucu (Confucianism), Buddhisme,
dan Taoisme. Namun sebenarnya agama yang asli berasal dari dalam China adalah
Khonghucu dan Tao. Seperti yang kita ketahui bahwa Buddha berasal dari India.

3.2

KEPERCAYAAN KAUM CINA


Orang cina memberi perhatian kepada keharmonian antara kehidupan langit

(alam ghaib) dan kehidupan di bumi (alam dunia nyata). Mereka percaya bahawa
alam semester ini merupakan akibat dari inkarnasi kekuatan alam dan alam adalah
dikuasai oleh hantu yang mempunyai kekuatan luar biasa. Hantu-hantu ini
menginap di dalam benda semula jadi seperti langit, matahari, tanah, air, tumbuhtumbuhan, gunung, serta fenomena-fenomena alam yang lain. Orang cina
5

mengkategorikan keseluruhan fenomena alam itu kepada dua klasifikasi iaitu Yin dan
Yang. Prinsip Yin dan Yang ini telah dilambangkan dalam bentuk lingkaran yang
dibahagi kepada dua bahagian oleh garis yang saling melingkar yang memisahkan
Yin dan Yang. Yang mewakili prinsip dasar untuk lelaki, matahari, arah selatan,
kepanasan cahaya (siang), dan segala bentuk pengaktifan. Yang juga merupakan
daya cipta tuhan yang merupakan punca atau sumber asal kepada segala
pergerakan dan kehidupan di dunia. Manakala, Yin adalah prinsip kehidupan yang
menyokong Yang dan melambangkan wanita, bulan, arah utara, kedinginan,
kegelapan (malam), dan segala yang bersifat pasif. Yin juga berupa bahan atau zat
yang diberi kemampuan menerima Yang, sehingga terjadilah kehidupan dan
pergerakan. Dari Yin dan Yang, terjelmalah fenomena alam semester seperti air,
kayu, bumi, dan makhluk hidup.
Orang cina berpandangan bahawa manusia harus menyesuaikan diri dengan
ritme alam semester. Kehidupan seseorang haruslah harmonis dengan tiga dasar
yang penting iaitu langit, bumi, dan kehidupan manusia itu sendiri. Ritme ini disebut
Tao iaitu bagaimana sesuatu di dunia itu dijadikan dan bagaimana seseorang harus
mengatur kehidupannya. Di samping itu masyarakat perlu menyesuaikan diri dengan
Feng Sui yang bererti angin dan air, iaitu sesorang perlu menyesuaikan diri dengan
arah angin dan keadaan air di tempat tinggal.
Kepercayaan orang cina yang berkaitan dengan kelahiran. Keluarga Cina
mempunyai beberapa kepercayaan semasa ibu mengandung. Misalnya di dalam bilik
ibu, perabot tidak boleh diubah, terutamanya katil, memaku dinding rumah tidak
dibernarkan. Ibu yang mengandung mesti berjaga-jaga supaya tidak terperanjat
dengan benda-benda yang tidak baik. Pantang larang itu diamalkan selama kira-kira
sebulan selepas bersalin. Orang cina tidak suka bayi mereka itu dipuji berat
badannya. Sebaliknya kata-kata pujian seperti gemuk atau gemuk macam babi
dapat diterima. Kelahiran seseorang anak biasanya diraikan apabila berumur
sebulan. Saudara mara dan sahabat handai memberi hadiah yang boleh digunakan
bayi. Hadiah-hadiah itu dibungkus dengan kertas merah. Sesetengah keluarga
meraikan bagi keduanya apabila anak itu berumur satu tahun.
Kepercayaan orang cina dari aspek perkahwinan pula ialah masyarakat cina
merancang dan mengatur sesuatu perkahwinan dengan sebaik-baiknya. Mengikut
kepercayaan mereka, pasangan yang berkahwin tanpa mengikut aturan adat
dianggap tidak sah. Terdapat dua bentuk perkahwinan masyarakat cina iaitu eksplisit
dan implisit. Pada asasnya, adat resam perkahwinan mereka merangkumi beberapa
6

peringkat. Adat merisik dijalankan untuk mengetahui latar belakang gadis yang
diingini. Hal ini kerana mereka terlalu mengambil berat tentang nama, keturunan,
peribadi, watak dan tingkah laku. Seorang wakil dihantar ke rumah si gadis bagi
membincangkan perkara-perkara berkaitan perkahwinan. Segala ketetapan yang
telah dipersetujui dimaklumkan kepada ibu bapa pihak lelaki. Hari pertunangan pula
dilakukan berdasarkan kalender cina. Dalam upacara ini, khidmat tukang tilik
digunakan untuk menetapkan tarikh perkahwinan berpandukan kepada sebuah buku
iaitu Toong-su. Hari perkahwinan diadakan setelah bertunang selama setahun atau
mengikut tempoh yang ditetapkan. Akhir sekali, mereka akan menandatangani dua
pucuk surat iaitu Keat Foon Chung Su sebagai bukti perkahwinan mereka.
Kepercayaan orang cina berkaitan Tarian Naga dan Tarian Singa. Tarian naga
adalah satu bentuk tarian dan persembahan tradisional dalam budaya cina. Tarian ini
sering dipersembahkan pada musim perayaan. Masyarakat cina menganggap
bahawa singa mewakili kekuatan yang boleh menghilangan nasib buruk dan
mencegah jenayah. Gerakan-gerakan dalam persembahan ini melambangkan
peranan naga yang menunjukkan kuasa dan maruah. Tarian singa juga terdapat
dalam adat warisan masyarakat cina. Dua tarian singa yang amat terkenal ialah
Tarian Singa Utara dan Tarian Singa Selatan.

4.0

MASYARAKAT INDIA DI SEMENANJUNG MALAYSIA


Masyarakat India merupakan etnik ketiga terbesar di Malaysia dan juga salah satu

kaum yang telah menyumbang ke arah pembentukan sebuah masyarakat majmuk di negara
ini. Masyarakat India juga mempunyai agama dan kepercayaan mereka yang tersendiri.

4.1

AGAMA KAUM INDIA


Masyarakat di Malaysia kebanyakannya adalah penganut Agama Hindu.

Agama Hindu ialah agama yang utama dan tertua di dunia. Ia bermula di India lebih
kurang 3000 tahun dahulu. Perkataan Hindu berasal daripada perkataan Sindhu,
iaitu tempat permulaan tamadun di Lembah Sungai Indus. Agama ini merupakan
campuran kebudayaan dan kepercayaan orang Aryan dan orang Dravidia. Bahasa
Sanskrit dan Bahasa Tamil memainkan peranan utama dalam perkembangan agama
Hindu.

Agama Hindu berkembang daripada falsafah orang India. Oleh itu, Hinduisme
lebih berbentuk cara kehidupan daripada agama. Agama Hindu tidak mempunyai
pengasas dan tidak mempunyai sebuah kitab suci. Walau bagaimanapun,
sesetengah penganut Hindu menganggap Bhagavadgita sebagai kitab suci. Ia
mengandungi

nyanyian-nyanyian

dewata

dan

mengajar

tentang

cara-cara

kebahagiaan dan ketinggian hidup manusia. Pengajar agama Hindu dikenali sebagai
Nyanmar dan Alwar. Orang Hindu percaya kepada jelmaan tuhan. Oleh itu, mereka
menyembah kepada ramai dewa dan juga dewi. Pada mulanya mereka menyembah
kepada dewa Agni (Dewa Api), Surya (Dewa Matahari) dan Indra (Dewa
Peperangan). Lama-kelamaan, mereka menyembah 3 orang dewa jelmaan yang
digelar Trimurti (3 jelmaan) yang mempunyai peranan tertentu iaitu Brahma (Dewa
Pencipta), Vishnu (Dewa Pelindung) dan Siva (Dewa Pemusnah). Berdasarkan
kepercayaan tuhan tersebut telah wujud 2 mazhab yang terpenting dalam agama
Hindu iaitu Mazhab Saivisme dan Mazhab Vaishnavisme.

Orang Hindu juga percaya kepada Hukum Karma, kelahiran semula selepas
mati. Orang India percaya bahawa roh seseorang tidak akan mati bersama-sama
jasadnya tetapi masuk ke dalam jasad yang lain dan dilahirkan semula untuk
memulakan kehidupan yang baru. Jenis kehidupan ini ditentukan oleh Hukum
Karma. Karma dalam Bahasa Sanskrit bererti tindakan dan hasil-hasilnya. Oleh itu,
karma ialah tingkah laku seseorang pada masa hidupnya dan menerima hasil pada
hidup akan datang mengikut sama ada karmanya baik atau buruk. Jika seseorang itu
membuat kebaikan dan menyembah tuhan, ia akan dilahirkan kembali ke dalam
kasta yang lebih tinggi untuk menikmati kehidupan yang baik. Jika seseorang itu
terus berkelakuan baik, ia akan terus meningkat tinggi sehingga ia tidak boleh
dilahirkan semula. Rohnya akan mencapai Moksha atau Nirvana. Ini bermakna
rohnya akan bersatu dengan tuhan dan tidak akan lahir semula ke dunia.
Selain itu, masyarakat di India juga ada segelintirnya yang menganut agama
Kristian. Agama Kristian adalah agama terbesar di dunia, kira-kiranya 2.1 bilion
penganut, atau sepertiga jumlah penduduk dunia. Kristian adalah sebuah agama
monotheis yang berdasarkan kehidupan dan ajaran-ajaran Jesus dari Nazaret
sebagaimana ditunjukkan dalam karya-karya para pengikutnya dalam Perjanjian
Baru. Agama Kristian berkongsi semua kitab-kitab dalam Alkitab Ibrani dengan
agama Yahudi dan sebab itu agama ini juga digelar sebuah agama usulan Abraham.

Penganut Kristian atau Nasrani mengikuti ajaran Jesus Christ. Jesus dikenali juga
dengan panggilan 'Al-Masih'.
Pelbagai tradisi agamawi, kepercayaan dan cara sembahyang yang
memegang pada adat resam yang tertentu wujud dalam Kristianiti. Agama Kristian
selalunya dipaparkan sebagai tiga aliran yang terutama yang telah dibentuk selama
dua ribu tahun dahulu. Penganut Kristian menganggap bahawa Yesus adalah anak
Yahwe. Beliau dikatakan membentuk sebahagian daripada Tritunggal (sang hyang
Tri Tunggal di Indonesia atau Tri Tunggal Mahasuci di Singapura). 'Tritunggal'
bermaksud persatuan Yahwe Tuhan Bapa, Tuhan Anak (Yesus) dan Roh Kudus yang
membentuk satu Tuhan. Penganut Kristian juga percaya bahawa Yesus wujud
bersama Yahwe sebelum terciptanya dunia, dilahirkan di dunia menerusi Bunda
Maria (yang merupakan seorang perawan), dibangkitkan dari kubur setelah wafat
selama tiga hari dan kini berada di "tangan kanan" Yahwe Tuhan di syurga.

4.2

KEPERCAYAAN KAUM INDIA


Salah satu perayaan yang dirayakan oleh masyarakat India di Malaysia ialah

perayaan Deepavali atau dikenali sebagai Pesta Cahaya. Perayaan Deepavali juga
dikenali sebagai Diwali, Depawali, Dewali, Dipodsavi dan Dipapratipad. Perayaan
Deepavali merupakan sebuah perayaan berwarna-warni yang dirayakan oleh
masyakat India yang beragama Hindu di seluruhpelusuk dunia. Perayaan Deepavali
juga dikenali sebagai Pesta Cahaya. Perayaan ini biasanya disambut pada
penghujung bulan Oktober dan awal bulan November. Menurut kepercayaan
penganut Hindu, perayaan ini dirayakan pada bulan gelap yang dinamakan sebagai
aippasi. Salah satu amalan penting yang perlu dilakukan oleh masyarakat Hindu
ketika perayaan Deepavali adalah menyalakan lampu pada pagi hari Deepavali.
Amalan ini adalah untuk menyatakan kesyukuran kepada Tuhan Hindu yang
membawakan kegembiraan, pengetahuan, keamanan, dan kemewahan kepada
penganut agama ini. Masyarakat Hindu berpendapat juga bahawa Deepavali
merupakan satu perayaan penting yang perlu mereka sambut dalam setiap tahun.
Perayaan Deepavali menandakan permulaan bagitahun baru dalam kalendar Lunar.
Perayaan Deepavali diharap dapat memberi sinar keceriaan dan kebahagiaan
kepada seluruh penganut agama Hindu di seluruh dunia.

Selain itu, Deepavali disambut kerana mengikut kepercayaan Hindu,


Deepavali dirayakan sebagai tanda kemenangan kaum tersebut atas

kematian

seorang raja yang disifatkan seorang yang jahat dan sering menindas rakyat pada
suatumasa dahulu. Perkataan Deepavali merupakan gabungan perkataan "Dipa"
yang bererti cahaya danperkataan "Gavali" yang bererti barisan. Deepavali
bermaksud sebarisan pelita. Dengan memasang pelita, mereka percaya bahawa
kecerahan mengatasi kegelapan, kebaikan mengatasi kejahatan, keadilan mengatasi
kezaliman dan kebijaksanaan mengatasi kejahilan. Hari Deepavali merupakan
perayaan yang disambut oleh semua penganut yang beragama Hindu di seluruh
duniadan merupakan hari cuti di Malaysia. Deepavali atau lebih dikenali sebagai
pesta cahaya yang disambut oleh masyarakat India yang beragama Hindu dan Sikh
di negara ini. Perayaan Hari Deepavali ini disambut pada hari ke 14 bulan Aipasi
dalam kalendar Tamil (antara bulan Oktober dan November). Masyarakat di selatan
India meraikannya selama tigahari berturut-turut berbanding lima hari di sebelah
utara negara itu. Di Malaysia, perayaan Deepavali disambut sehari sahaja namun ia
terpulang kepada individu untuk mengadakan rumah terbuka sebanyak mana hari
yang mereka mahukan. Namun begitu, masyarakat India yang tinggal di kawasan
ladang dan estet menyambut perayaan Deepavali ini lebih lama dalam suasana
kampung.
Tujuan Deepavali disambut adalah sebagai pesta meraikan kemenangan
pihak yang baik, jujur danbenar dalam mengatasi pihak yang jahat, tidak jujur dan
berperangai buruk. Dengan kata lain, perayaan ini adalah sebagai suatu kejayaan
atas nilai-nilai kebaikan yang mengatasi nilai-nilai kejahatan. Perayaan Deepavali
berkait rapat dengan konsep kepercayaan agama dan Hukum Karma yang telah
menetapkan bahawa kebaikan dan kejujuran itu akan mendapat ganjaran yang baik.
Sebaliknya, kejahatan pula akan dibalas dengan pembalasan yang setimpal.
Perayaan ini menandakan kemenangan kuasa kebaikan terhadap kuasa kejahatan,
serta penanggalan kegelapan rohani. Secara simbolik, Deepavali menandakan
kembalinya semangat muhibah dan kepercayaan setelah lama menyepi seperti yang
diceritakan dalam Ramayana. Deepavali juga disambut dengan rasa penuh
kesyukuran. Pesta yang penuh warna-warni itu bagaikan memberi cahaya
kegembiraan yang mampu menghilangkan tekanan fikiran buat seketika. Agama
Hindu mempunyai kepercayaan bahawa Athma (roh) mengatasi jasad dan minda. Ia
adalah sesuatu yang suci, tidak terbatas dan akan kekal abdi. Perayaan Deepavali
adalah sambutan untuk menyambut kelahiran cahaya dalaman yang memupuk
kesedaran dari dalam. Segala kejahatan di dunia ini akan terhapus dan kesedaran
10

bahawa tuhan sebenarnya berada dimana-mana dan keunggulannya sahaja yang


berkekalan buat selama-lamanya akan disedari. Dengan realisasi Atman, maka
datanglah belas kasihan, kasih sayang sejagat dan kesedaran seseorang akan
segalanya

(peningkatan

pengetahuan),

lalu

membawa

kepada

Ananda

(Kebahagiaan atau Keamanan Kedalaman). Lampu pula menjadi ilmu pengetahuan


yang menerangi hidup dan menghindarkan manusia daripada berbuat jahat.
Sebelum perayaan Deepavali, pengganut Hindu akan melakukan upacara
sembahyang untuk memanjangkan doa buat insan yang telah pergi buat selamalamanya. Dalam upacara ini juga, telah disediakan pelbagai barangan untuk
dipersembahkan kepada roh-roh tersebut. Antaranya termasuklah pakaian yang
terdiri daripada baju yang cantik atau pakaian sanak saudara yang telah meninggal
dunia itu yang masih disimpan dalam keadaan baik. Makanan kegemaran individu
yang telah meninggal dunia selalunya disediakan untuk santapan mereka. Makanan
tersebut akan dibiarkan seketika di hadapan gambar si mati dan kemudiannya akan
dimakan oleh anak-anak si mati atau diberi kepada haiwan. Tidak ketinggalan juga
upacarayang dinamakan Rangoli iaitu upacara menyusun beras atau hampas kelapa
yang telah diwarnakandengan pelbagai warna di hadapan pintu. Kaum wanita juga
akan mengenakan inai pada jari tangan dankaki mereka untuk tujuan menghias diri
pada malam Deepavali.
Pengganut agama Hindu juga tidak terkecuali dari pantang larang yang
diamalkan semasa menyambut Deepavali. Salah satu pantang larang yang masih
diamalkan sehingga hari ini ialah amalan berkabung yang dilakukan bagi
menghormati sanak saudara yang telah meninggal dunia. Semua ahli keluarga
terdekat bagi individu yang telah meninggal dunia dilarang menyambut perayaan
Deepavali selama setahun. Namun begitu mereka masih dibenarkan untuk melawat
kerumah rakan-rakan seagama. Selain memberi penghormatan kepada ahli keluarga
yang telah tiada, tindakan ini juga bertujuan untuk mendapatkan kesejahteraan bagi
diri dan keluarga.
Selain itu, manisan juga mempunyai pantang larang tertentu. Manisan sangat
berkait rapat dengan kepercayaan penganut Hindu. Manisan seperti palkova, halwa,
laddu dan atherasamdianggap sebagai juadah wajib bagi menjadikan sambutan
Deepavali lebih bermakna dalamkehidupan setiap penganutnya. Kehadiran manisan
bukan sahaja dijadikan penyeri di atas meja, malah merupakan pelengkap identiti
bagi perayaan Deepavali. Manisan merupakan acarapembuka bagi perayaan hari
Deepavali kerana ia dikatakan membawa kepada kegembiraan, keseronokan, nilai
11

positif dan kesejahteraan yang berpanjangan dalam diri seseorang. Mengikut


kepercayaan penganut agama Hindu, manisan yang dibuat itu tidak boleh dimakan
selagi manisan itu belum mendapat restu daripada Tuhan. Pada pagi sambutan
Deepavali,

masakan

danbeberapa

jenis

manisan

dipersembahkan

semasa

bersembahyang di rumah dengan tujuan untuk mendapat restu daripada Tuhan.


Selepas bersembahyang, barulah hidangan manisan dan juga makanan istimewa
lain yang disediakan boleh dinikmati.
Seterusnya, penduduk di India jarang makan daging lembu dari zaman
dahulu lagi kerana pada hakikatnya, hubungan di antara penduduk India dengan
lembu sangat rapat sehingga mereka meraikan perayaan untuk lembu, iaitu yang
digelar Mattu Ponggal. Ponggal merupakan hari perayaan di mana para petani di
India mengucap terima kasih kepada bumi, air, angin dan matahari kerana
membantu mereka dalam bercucuk tanam dan pada hari berikutnya mereka
meraikan sebagai Mattu Ponggal di mana mereka mandikan lembu-lembu mereka,
menghias lembu mereka dan memberi makanan, manisan dan sebagainya kepada
lembu-lembu yang telah bekerjasama dengan mereka di sawah padi. Selain itu,
apabila seorang bayi lahir ke bumi ini hanya dua jenis susu yang boleh diminum oleh
bayi tersebut iaitu susu ibunya dan susu lembu, bukan sahaja bayi malah kanakkanak dan orang dewasa pun turut minum susu lembu oleh itu lembu betina
dihormati sebagai ibu di India.

5.0

MASYARAKAT SARAWAK DI SEMENANJUNG MALAYSIA


Sarawak yang terkenal dengan nama jolokannya Negeri Bumi Kenyalang

mempunyai rakyat jelata yang terdiri daripada pelbagai suku kaum. Menurut kajian yang
diperolehi, terdapat sebanyak 30 kumpulan etnik yang telah dikenalpasti terdapat di
Sarawak. Sebagai contoh kaum iban merupakan suku kaum terbesar atau kaum majoroti di
Sarawak, seterusnya diikuti oleh kaum cina, melayu, bidayuh, melanau dan kaum etnik yang
lain. Dengan wujudnya pelbagai etnik di Sarawak, sudah semestinya terdapat pelbagai
perbezaan dari segi adat resam dan kebudayaan yang diamalkan oleh mereka. Bagi etnik di
Sarawak, adat resam merupakan satu tradisi yang amat dititikberatkan dalam menjalani
kehidupan seharian. Di dalam kajian ini, kumpulan kami hanya memfokuskan kepada
pengkajian terhadap etnik majoriti di Sarawak seperti etnik iban, melanau, bidayuh, melayu
Sarawak dan murut .Skop kajian kumpulan kami juga terbatas kepada kajian mengenai

12

agama dan kepercayaan serta adat resam yang diamalkan oleh suku kaum yang terdapat di
Sarawak seperti adat dari segi kelahiran, perkahwinan dan kematian.

5.1

KAUM IBAN
Masyarakat iban menjadi etnik utama di Sarawak kerana etnik tersebut

merupakan salah satu kaum majoriti yang terdapat di Sarawak. Di bawah susur galur
masyarakat iban terdapat sub-sub kecil suku kaum dibawahnya seperti Balau,
Sebuyau, Lemanak dan lain-lain lagi. Jika dilihat dari sudut adat resam, masyarakat
iban amat berpegang teguh dengan identiti tradisi mereka dan masih mengamalkan
adat resam yang unik berbanding dengan etnik yang lain. Dari segi geografi, suku
kaum iban ini kebanyakkannya mendiami kawasan pendalaman yang tertumpu di
tengah-tengah negeri Sarawak dan sebilangan kecil sahaja yang menetap
dikawasan Bandar. Oleh sebab itu, kebanyakkan masyarakat iban merupakan
petani. Kaum iban kebanyakkannya menganut agama Kristian.

5.1.1

KELAHIRAN
Mengikut kajian, ketika mengandung ibu bapa orang-orang iban

dilarang dari menjalankan beberapa aktiviti supaya dapat melahirkan anak


dengan lebih mudah. Seterusnya, ketika proses bersalin berlaku, seorang
bidan tempatan akan menolong ibu mengandung itu melahirkan anak dan
ubat yang digunakan hanyalah halia dan entemu (Temue). Selepas itu, si ibu
akan duduk berhampiran dengan unggun api (bersalai) selama 30 hari.
Bukan itu sahaja, kayu yang digunakan untuk membakar unggun api juga
perlu menggunakan kayu dari jenis yang paling baik atau elok sekali.
Masyarakat iban juga perlu menyebut sesuatu yang bertentangan dengan
maksudnya mengenai bayi tersebut. Contohnya Naka ga penyai anak tu
deh, wai yang bermaksud hodohnya budak ini. Selain itu, bayi tersebut
perlu diberi nama mengikut salah satu nama nenek moyang ibu bapanya
yang sesuai.

5.1.2

PERKAHWINAN

13

Menurut sumber yang diperolehi lelaki iban akan berumah tangga


ketika umur mereka berganjak ke usia lingkungan 30 tahun.Hal ini telah
menyebabkan wujudnya adat yang dinamakan Bejalai yang bermaksud
berjalan atau merantau untuk mendapatkan prestij sosial. Golongan lelaki
iban ini akan mencari dab mengumpulkan hasil-hasil hutan untuk ditukarkan
dengan barang-barang tembaga, gong, Meriam, pingan mangkuk dan
tempayan cina. Hal ini demikian kerana, lelaki iban yang mempunyai
barangan tersebut dianggap berharta. Kebiasaannya kaum iban akan memilih
jodoh dalam kalangan sepupu sendiri tetapi menjadi kesalahan yang cukup
besar dan berat hukumnya, jika mengahwini perempuan sebilik.Adat memikat
masyarakat iban juga cukup unik.Lelaki iban akan memikat gadis pada waktu
malam dengan cara pergi ke tempat tidur si gadis. Sekiranya, gadis tersebut
menyukai lelaki tersebut. Mereka akan merancang untuk hidup bersama.
Perkahwinan atau Melah Pinang membawa maksud satu peristiwa
dimana sepasang mempelai didaftafkan sebagai suami isteri. Tidak ada surat
atau sijil yang diperlukan untuk mengesahkan perkahwinan tersebut.
Sebelum upacara berlangsung, setiap pasangan perlu bertunang terlebih
dahulu. Ibu bapa teruna sendiri yang akan meminang dara si pilihan teruna.
Apabila pinangan diterima, tarikh perkahwinan akan ditetapkan. Seterusnya,
pada hari perkahwinan. Kemudian, Tembakan Meriam dilepaskan beberapa
das.

5.1.3

KEMATIAN
Upacara kematian bagi masyarakat iban pula menguruskan mayat

dengan penuh hormat dan kemuliaan. Semua kaum kerabat dan sahabat
handai dijangka akan menghadiri upacara pengkebumian. Apabila seseorang
itu telah menghembuskan nafasnya yang terakhir, mulutnya ditutup rapat oleh
salah seorang anggota keluarganya. Kemudian ia dimandikan, disikat dan
dipakaikan dengan sebaik-baik pakaian. Kedua-dua pintu besar bagi rumah
panjang yang digalang dengan dua batang alu (kayu yang digunakan untuk
menumbuk padi) untuk mengelakkan hantu si mati membawa anjung tengah
dilingkungi oleh pua kumbu (kain tenunan) yang dipanggil sapat. Semua
barang-barang yang akan dibekalkan bersama dengan mayat dikeluarkan
dengan segera. Pelbagai barang mesti di bawa bersama untuk kegunaan di
akhirat. Mayat tidak boleh ditinggalkan sendirian
14

5.2

KAUM BIDAYUH
Masyarakat Bidayuh merupakan etnik Sarawak yang rata-ratanya mendiami

kawasan-kawasan bukit di luar Bandar Kuching. Orang bidayuh terbahagi kepada 4


kumpulan kaum yang penting. Kesemua kaum ini bertutur dalam Bahasa yang
berlainan sekali. Kesemua suku kaum yang dikategorikan sebagai masyarakat
bidayuh mempunyai dan mengamalkan pegangan serta adat resam tersendiri.
Mereka juga kebanyakkannya tidak mempunyai pegangan agama yang tetap.
Kebudayaan dan adat resam mereka banyak dipengaruhi oleh unsur-unsur ritual dan
mengikut kepercayaan yang mereka anuti. Berikut merupakan adat resam
masyarakat bidayuh berkaitan dengan kelahiran, perkahwinan dan kematian secara
ringkas dan menyeluruh.

5.2.1

KELAHIRAN
Apabila melalui fasa bersalin.Seorang ibu daripada kaum bidayuh

akan ditolong oleh seorang bidan tempatan yang digelar Piringteng.


Mengikut pantang larang yang telah ditetapkan tidak ada seorang pelawat
pun dibenarkan mengunjungi ibu selama empat hari, melainkan ia adalah
saudara yang rapat di kampung itu juga.
Di samping itu, sesiapa sahaja pun dilarang membawa kain basah,
ikan basah, rebung buluh dan pokok paku pakis ke rumah orang yang baru
melahirkan. Seterusnya, ibu bapanya dilarang sekerasnya pergi ke tempat
kerja tukang besi. Malah, aktiviti menumbuk padi juga turut dihentikan pada
masa itu untuk mengelakkan ibu dan anaknya daripada terkejut.

5.2.2

PERKAHWINAN
Di dalam adat perkahwinan masyarakat bidayuh, seorang perantaran

arang akan pergi menemui ibu bapa pihak perempuan bagi menanyakan
persetujuan mereka atas perjodohan itu. Hal ini demikian kerana, setiap
perjodohan memerlukan persetujuan untuk berkahwin terlebih dahulu.
Apabila ibu bapa daripada pihak perempuan menerima perjodohan tersebut,
arang akan ditugaskan untuk pergi ke rumah si gadis bidayuh tersebut
sekali lagi dengan membawa mas kahwin dalam bentuk cincin dan sehelai
15

kain hitam (jamuh langking). Arang inilah yang akan membawa pesanan
antara kedua-dua belah pihak untuk berunding mengenai perkahwinan ini.
Upacara perkahwinan pula, biasanya dijalankan selepas musim menuai. Ini
bertujuan untuk menjamin tidak ada sebarang masalah untuk menyediakan
makanan kepada tetamu yang dijemput.
Semasa di dalam tempoh pertunangan, kedua-dua bakal pengantin
lelaki dan perempuan akan dikerah tenaganya untuk membuat kerja-kerja
harian keluarga masing-masing. Upacara perkahwinan akan diraikan di
rumah keluarga di mana bakal suami isteri itu akan tinggal, mengikut
persetujuan yang telah dipersetujui oleh kedua-dua keluarga berkenaan.
Ketika upacara ini berlangsung, orang-orang tua akan memberi ceramah
kepada pasangan ini mengenai prinsip-prinsip umum hidup berumah tangga
dan berkeluarga. Kemudian, para tetamu dan orang-orang kampung yang
dijemput ke majlis perkahwinan pasangan bidayuh ini akan dihidangkan
makanan dan minuman.

5.2.3

KEMATIAN
Seterusnya, apabila berita kematian diketahui oleh masyarakat

bidayuh,kaum keluarga dan kawan-kawan akan berkumpul di rumah si mati


untuk memberi penghormatan terakhir.Selain itu, wanita-wanita menyayikan
lagu sedih mpesan yang bermaksud kata-kata terakhir dengan si
mati.Mayat si mati akan dimandikan dan disapukan minyak. Kemudian dibalut
dengan kain putih yang baru dan diletakkan di atas tikar.

5.3

KAUM MURUT
Masayarakat murut pula pada umumnya tinggal di bahagian pendalaman dan

dikenali dengan pelbagai nama mengikut tempat yang mereka diami itu. Bahasa
pertuturan mereka adalah mengikut suku kaum mereka seperti orang-orang
kadazan. Mereka berpegang kuat pada adat resam, kepercayaan dan pantang
larang. Sebahagian daripada mereka adalah petani dan mereka juga merupakan
pemburu yang cukup mahir. Suku kaum murut ini pula terbahagi kepada 3 bahagian
iaitu murut keningau, murut timogon-tenom dan murut tagol.

16

5.3.1

KELAHIRAN
Bagi suku kaum murut keringau, mereka turut mempunyai pantang

larang yang perlu dipatuhi untuk mengelakkan kesusahan atau kecacatan


anak. Kelahiran diuruskan oleh bidan yang berumur dan berpengalaman.
Kemudian selepas melahirkan, ibu-ibu diberi makan bubur nasi dengan air
akar kayu serta tidak dibenarkan makan sebarang jenis lauk selama sebulan.
Selepas seminggu kelahiran, bayi tersebut perlu diberikan nama yang sesuai
seperti nama datuk nenek moyang yang berpengaruh.
Bagi suku kaum murut timogon-tenom pula, bayi tidak banyak
pantang larang. Mereka hanya mengamalkan pantang larang ketika
mengandung sahaja seperti suami isteri dilarang memegang atau mengusik
benda-benda dan binatang yang ganjil. Seterusnya,tidak dibenarkan berdiri di
tepi-tepi pintu kerana semua ini akan mempengaruhi kelahiran bayi di lama
kandungan.Upacara berdoa dikenali sebagai kangkab yang dilaksanakan
oleh babalian atau tingkayoh (bomoh). Tujuannya adalah untuk menjaga
keselamatan ibu ketika melahirkan anak.

5.3.2

PERKAHWINAN
Adat pertunangan bagi orang murut keningau dilakukan terlebih

dahulu. Peminangan dilakukan oleh kaum wanita setelah menemui gadis


pilihan yang telah dipersetujui oleh bapa atau teruna. Kemudian, pertemuan
kedua dilakukan untuk menguruskan Barian (mas kawin) yang dilakukan di
rumah ketua kampung jika kedua pengantin berasal dari kampung yang
sama. Semasa pertemuan ini, pihak perempuan akan menentukan jumlah
mas kahwin berupa kerbau, lembu, kuda dan tajau. Tarikh perkahwinan pula
ditetapkan setelah catatan barian dipersetujui oleh keluarga si lelaki. Pada
hari berikutnya, upacara pemeriksaan barian dilakukan oleh ketua kampung
untuk menentukan barian itu mencukupi atau tidak. Di samping itu, sekiranya
masih ada mas kahwin yang tidak dijelaskan, pihak pengantin lelaki diberi
tempoh 1 hingga 2 tahun untuk menjelaskannya. Satu lagi upacara meriah
yang diilakukan oleh masyarakat murut keningau ialah mapapurut sebagai
menandakan penghabisan membayar barian.
Majlis perkahwinan kaum murut timugon-tenom diadakan secara
besar-besaran.

Upacara

perkahwinan
17

ini

diiringi

dengan

pelbagai

persembahan kebudayaan seperti paluan gong (Magitikas), rimbai dan


nyayian suku kaum dan mansayam (sejenis tarian). Pada zaman dahulu
seorang lelaki suku kini hanya layak berkahwin setelah Berjaya mendapatkan
kepala

manusia

(buntal).

Ini

sebagai

symbol

yang

membuktikan

keperwiraannya. Pantang larang semasa perkahwinan kaum ini ialah


pengantin perempuan tidak dibenarkan menoleh ke belakang semasa
menuruni rumah kerana dikhuatiri ia tidak dapat menumpukan kesetian pada
suaminya.

5.3.3

KEMATIAN
Apabila suku kaum murut keningau menghembuskan nafas terakhir,

seisi keluarga pesakit itu menangis dengan menyebut perkataan ani ama,
ani ina menunjukkan kesayangan pada si mati. Sebaik sahaja pesakit itu
mati, paluan gong dipercepatkan (lelintang) untuk memberitahu orang ramai
mengenai kematian. Sewaktu pengkebumian ramai sanak saudara dan jiran
akan menziarahi.Biasanya si mati disimpan ke dalam samang (lungun) yang
diperbuat daripada sejenis pohon bukad.Kepercayaan kaum ini bahawa jika
si mati dilangkahi anjing atau kucing.maka mayat itu akan menjadi Hantu
Bangkit. Orang yang menguruskan pengkebumian akan diberi nasi bungkus
yang berlaukkan daging kerbau.
Kematian bagi kaum murut timugon-Tenom pula gong akan dipalu
sekiranya berlaku kematian.Perbuatan ini dikenali sebagai riuau. Isteri atau
suami si mati perlu memakai pakaian berwarna putih bagi menandakan ia
berpantang (mengulir) dan ia akan berada disisi si mati sehingga hari
pengkebumiannya.Perkuburan kaum ini dibina dengan sebuah sulap
(pondok) yang diukir dan dipasangkan dengan bendera kecil yang berwarna
warni.
Apabila orang kaum murut tagol menghembuskan nafas terakhir, Si
mati akan diratap tangis oleh keluarga dan saudara-mara. Mayat akan
disalutkan dengan pakaian yang indah dan dibaringkan selama 2 atau 3 hari
kerana menunggu samak saudara mengunjungi.

6.0

MASYARAKAT SABAH DI SEMENANJUNG MALAYSIA

18

Negeri di Bawah Bayu, Sabah, adalah negeri kedua terbesar di Malaysia, yang terdiri
daripada 13 negeri dan 3 wilayah persekutuan. Sejarah asal Sabah pada waktu sebelum
abad ke-6, Sabah, Brunei dan Sarawak adalah di bawah pentadbiran kerajaan Brunei. Pada
abad ke-15, empayar Melaka
alih

perdagangan

dan

di bawah pemerintahan Parameswara telah mengambil

penyebaran

agama islam juga semakin

aktif

oleh

para

pedagang di Brunei iaitu pada akhir abad ke-15. Pendatang asing yang berurusan di
Borneo Utara (Sabah) tidak meninggalkan

sebarang rekod bertulis dan begitu juga

dengan penduduk di sana melainkan sejarah dan tradisi lisan mereka. Terdapat
penempatan orang-orang cina di kawasan kinabatangan pada sekitar tahun 600 M
bagi tujuan menjalankan perdagangan dan diplomatik dengan Borneo Utara. Namun
begitu pada abad ke-16, Borneo Utara tiada pemerintahan beraja menyebabkan
sistem pemerintahan terbahagi kepada 3 bahagian iaitu politik kesukuan, politik
kesultanan dan juga politik ketua bebas. Sandakan telah mengalami kemusnahan yang
teruk dan menyebabkan Jesselton (sekarang di kenali Kota Kinabalu) telah di jadikan ibu
negeri baru bagi Sabah. Pemerintahan syarikat tamat pada 1946 dan Sabah menjadi
tanah jajahan Borneo Utara sehigga lah penyertaannya dalam persekutuan Malaysia
pada 16 september 1963 bersama Singapura dan juga Sarawak. Kota kinabalu secara
rasminya menjadi ibu negeri Sabah yang terletak di Residensi Pantai Barat Sabah.
Tamsilnya, tidak hairanlah terdapat pelbagai kaum, perbezaan agama dan kepercayaan di
negeri bawah bayu ini akibat dari kesan peninggalan sejarahnya.

6.1

PENDUDUK SABAH DAN ADAT RESAMNYA


Di Sabah, penduduknya terdiri daripada pelbagai kaum yang mempunyai

latar belakang kebudayaannya yang tersendiri. Etnik di Sabah terdiri daripada


sekurang-kurangnya 30 kumpulan yang menuturkan lebih daripada 50 bahasa dan
lebih 90 dielek. Antara kaum atau etnik yang wujud di negeri bawah bayu ini ialah:

6.1.1

ETNIK KADAZANDUSUN
Etnik Kadazandusun in merupakan etnik yang terbesar di Sabah iaitu

terdiri daripada satu pertiga jumlah keseluruhan penduduk Sabah. Secara


tradisi, mereka adalah petani yang menanam padi sawah dan padi huma.
Namun, ada sesetengah daripada mereka juga ada menjalankan kegiatan
pemburuan binatang dan menangkap ikan di sungai. Etnik ini juga terdiri
daripada berbagai-bagai kumpulan kecil yang lain seperti kaum Kadazan di
19

Penampang dan Papar, Lotud, Rungus, Tempasuk, Tambunan, Ranau dan


lain-lain daerah. Kesemua kumpulan kecil ini mengamalkan kepercayaan
yang sama namun berbeza dari segi adat dan amalan. Dari segi kepercayaan
dalam konteks kelahiran dalam etniknya, masyarakatnya percaya ibu yang
bersalin hendaklah berpantang sama ada dari segi tingkah laku mahupun
makanan. Pantangan ini dilakukan bagi mengelak daripada gangguan
makhluk halus. Bayi yang dilahirkan tidak dibenarkan ke ruang terdedah
hingga ke hari yang ke-7. Anak yang baru dilahir diberi nama sebanyak dua
kali iaitu nama sebenar dan nama sementara kerana dipercayai dapat
mengelak Rogon Gaiyoh daripada menuntut anak tersebut. Dari segi
kepercayaan atau pegangan dalam perkahwinan pula, Urusan merisik dan
pinang-meminang mesti dibuat pada waktu pagi.Pertunangan yang telah
ditetapkan tidak boleh diingkari. Pihak yang ingkar akan dikenakan bayaran
seluruh atau separuh hantaran yang sudah ditentukan ketika mengikat
pertunangan dahulu. Seterusnya dalam soal atau urusan kematian,
Golongan ini percaya terdapat 'alamat' (petanda) akan mati yang di
panggil Mogombiruoh. Mereka tidak boleh melakukan apa-apa pekerjaan
lebih-lebih lagi apabila upacara pengkebumian dilakukan. Sekiranya semasa
hidup si mati menghisap rokok, ahli keluarga akan memasukkan rokok ke
mulut si mati supaya si mati tidak kempunan.Suasana dalam rumah juga
hendklah sunyi dan hanya pukulan gong dan gendang sahaja yang
kdengaran, yakni dipalu perlahan-lahan. Ahli keluarga si mati perlu
menghantar makanan pada setiap petang selama tujuh hari berturut-turut
kerana dipercayai sebelum roh berpindah ke tempat lain, roh masih
memerlukan makanan.

6.1.2

KAUM BAJAU
Kaum Bajau telah menetap di kawasan pantai Sabah sejak beberapa

ratus tahun dahulu dan mereka telah diiktiraf sebagai sebahagian dari
penduduk asli negeri Sabah serta antara bumiputera yang terbesar di negeri
Sabah dan sekitarnya. Mereka bekerja sebagai petani dan nelayan di
kawasan pantai barat di samping terkenal sebagai penunggang kuda. Di
Pantai Timur, mereka secara tradisi adalah nelayan. Pada zaman dahulu
mereka merupakan kaum yang mahir dalam aktiviti menyelam dan
manangkap hasil laut sehingga digelar sebagai 'sea gypsies'. Bajau Pantai
20

Barat dan Bajau Pantai Timur adalah berbeza iaitu dari segi pertuturannya,
pakaian tradisinya, adat resamnya dan budaya hidupnya. Adat atau amalan
yang dipegang kaum ini dari segi kelahiran, beberapa adat yang dijalankan
oleh masyarakat Bajau ketika seseorang wanita itu mengandung, antaranya
ialah berpantang, menempah bidan, menyediakan kelapa tua sebagai tanda
kelahiran dan melenggang perut.Apabila sudah tiba masanya, bidan akan
segera dipanggil dan beberapa peralatan tertentu disediakan. Adakalanya di
bawah rumah tersebut, duri dan benda-benda tajam seperti besi atau parang
diletakkan untuk mengelakkan atau menjauhkan gangguan makhluk halus
terhadap si ibu dan bayi. Di samping itu terdapat beberapa adat lain yang
dilakukan semasa menyambut kelahiran bayi tersebut iaitu adat potong tali
pusat, azan, dan menanam tembuni. Selepas bersalin, si ibu akan sekali lagi
menjalani beberapa pantang larang dan adat-adat tertentu. Bagi bayi tersebut
pula, terdapat
kelahirannya

beberapa upacara akan dijalankan mulai dari detik


sehinggalah

dia

membesar.

Seterusnya

dalam

soal

perkahwinan pula, adatnya tidak banyak bezanya daripada adat masyarakat


Melayu. Sebelum perkahwinan berlangsung, upacara merisik terlebih dahulu
dilakukan terhadap gadis yang menjadi calon. Upacara meminang dilakukan
dalam satu majlis yang dinamakan seruan. Dalam majlis itu, pihak lelaki
membawa sebentuk cincin, sepersalinan pakaian dan wang tunai sebanyak
RM100.00 sebagai pengikat tali pertunangan. Pihak keluarga perempuan
menentukan jumlah kerbau yang akan dihadiahkan untuk majlis perkahwinan.
Tujuh ekor bagi keluarga yang berada, tiga ekor bagi keluarga yang
sederhana dan seekor bagi keluarga biasa. Majlis perkahwinan dibuat
sebelum hari perkahwinan. Keluarga yang berada mengadakan majlis tujuh
hari sebelumnya, tiga hari bagi keluarga sederhana dan sehari bagi keluarga
miskin. Sepanjang hari tersebut, pada sebelah malamnya majlis titik diadakan
yakni memainkan alat muzik yang terdiri daripada kulit tangan, gong, bebandil
dan gendang di tempat kediaman kedua-dua belah pihak. Akhirnya, dalam
soal kematian pula. Apabila seseorang itu meninggal dunia, doa akan dibaca
dan mayatnya akan ditutup dengan kain. Pada masa itu, tawak-tawak patai
atau pukulan gong akan dibunyikan sebagai tanda seseorang itu telah
meninggal dunia. Mengikut adat bajau, mereka mesti menangisi kematian
tersebut kerana ia melambangkan kesedihan mereka. Seterusnya mayat
tersebut akan diuruskan sepenuhnya mengikut peraturan agama Islam,
seperti dimandi, dikafan dan disembahyangkan. Adat naja-naja iaitu berjalan
berulang-alik di bawah keranda si mati oleh keluarga dan saudara mara
21

terdekat akan dilakukan.Apabila mayat hendak dikebumikan, adakalanya


bersama-sama mayat tersebut disertakan beberapa biji buah pinang untuk
mewakili anak cucu si mati yang masih kecil. Pinang tersebut dibungkus
dalam sehelai kain putih yang sama dan diletakkan di sisi mayat. Selepas
kematian seseorang, terdapat beberapa adat tertentu dilakukan. Antaranya
ialah mengadakan kenduri arwah, adat megjaga-jaga dan berpantang.

6.1.3

KAUM MURUT
Etnik ini merupakan etnik yang ketiga terbesar di Sabah. Kaum Murut

menetap di pedalaman dan kawasan Tenggara Sabah serta di wilayah


perbatasan antara Kalimantan dan Sarawak. Terdapat sesetengah kaum
Murut masih tinggal di dalam rumah panjang dimana ia boleh menempatkan
10 hingga 20 keluarga.Kebanyakan daripada mereka adalah petani yang
bernomad, pemburu dan ada sesetengahnya menangkap ikan sungai.Kaum
ini terbahagi kepada Murut Tahol atau Tagal, Tidung, Timugon, Sembakung,
Paluan, Bookan, Kalaban, dan Murut Serundung. Kaum Murut mewakili
sebanyak 2.9% daripada penduduk Sabah iaitu lebih kurang 50,000 orang.
Mereka turut mempunyai bahasanya yang tersendiri. Kebanyakan mereka
sudah terdedah dengan kemodenan. Dari segi adat dan kepercayaan,
Masyarakat Murut tidak mempunyai sebarang adat resam dan pantang larang
khususnya semasa mengandung dan bersalin. Masyarakat Murut hanya
mempunyai pantang larang yang diamalkan selepas bayi lahir iaitu dari segi
pemberian nama. Pemberian nama perlu diberikan dengan segera.Nama
orang Murut juga berkemungkinan bertukar beberapa kali dan bergantung
kepada keadaan sekeliling mereka. Mengikut tradisi masyarakat Murut, anakanak mereka berkahwin dalam usia yang masih muda iaitu sekitar 13 tahun
bagi perempuan dan 15 hingga 18 tahun untuk lelaki. Masyarakat Murut
mengamalkan sistem Barian (hantaran sampai mati atau barian kahwin
seumur hidup). Adat merisik yang diamalkan oleh masyarakat Murut
bertujuan memastikan perempuan yang dihajati oleh seseorang lelaki itu
masih belum berpunya. Dalam adat yang menjadi kepercayaan kaum ini
tentang kematian, adat mengebumikan mayat dilakukan bergantung kepada
punca kematian. Keluarga si mati akan memukul gong dengan pukulan
tertentu. Sesiapa yang mendengar bunyi gong perlu berhenti daripada
melakukan pekerjaan yang sedang dijalankan. Mengikut adat, anak menantu
22

dan ipar duai si mati perlu segera diberitahu oleh salah seorang penduduk
kampung, jika tidak seluruh kampung akan didenda. Semasa pengebumian,
gong akan dibunyikan di sepanjang jalan tajau mayat di hantar ke
perkuburan. Tajau mayat akan dihiasi dengan manik-manik yang beraneka
warna dan dipaku dengan kayu yang berukiran indah. Makanan dan
minuman tertentu akan dibawa bersama.

6.2

AGAMA DAN KEPERCAYAAN DI SABAH


Pegangan atau agama merupakan satu rangkaian sistem kepercayaan dan

amalan yang berkait rapat dengan norma, yang bermaksud sesuatu yang dianggap
penting dan meghasilkan penghormatan, kesucian dan kemuliaan. Sepanjang
sejarah kehidupan tamadun, manusia tidak dikecualikan daripada berpegang atau
menganut agama.
Kebiasaanya, masyarakat daripada subetnik yang disebut di atas Kaum
Kadazan-Dusun adalah berasal (mendiami) daripada kawasan-kawasan (daerah)
tertentu umpamanya Kimaragang di daerah Kota Marudu, Lotud di daerah Tuaran,
Orang Sungai di daerah Kinabatangan, Sugut, Paitan dan Pitas. Kebanyakan orang
Kadazan-Dusun menganuti agama Kristian. Bagi Orang Sungai yang tinggal di
daerah Pitas, mereka menganut agama Islam manakala daerah-daerah lain seperti
Kinabatangan Orang Sungai turut menganut agama-agama lain. Masyarakat Lotud
(Suang Lotud) turut mendiami kawasan Pantai Barat Selatan negeri Sabah
terutamanya Tuaran, Tamparuli, Telipok dan dan sedikit di Kota Belud (Tampasuk).
Mereka hidup secara kolektif dengan mendiami rumah panjang yang mengumpulkan
beberapa keluarga, iaitu antara 150 - 200 orang. Walau bagaimanapun, pada masa
kini, rumah panjang jarang dilihat dalam etnik ini. Kebanyakannya telah mengalami
pembangunan fizikal dan mental secara amnya.

7.0

ISI SAMPINGAN
7.1

LANGKAH MENGEKALKAN PERPADUAN DALAM MASYARAKAT YANG


BERBILANG KAUM
Di Malaysia terdapat pelbagai langkah bagi mengekalkan perpaduan dalam

masyarakat berbilang kaum. Antara langkah untuk mengekalkan perpaduan kaum


23

adalah anjuran program rumah terbuka dimusim perayaan. Malaysia dikenali dengan
masyarakat yang pelbagai agama, budaya, adat dan bangsa. Contohnya, Program
rumah terbuka seperti perayaan hari raya Aidilfitri dapat merapatkan lagi jurang
perpaduan disamping mengeratkan silaturahim antara bangsa yang lain. Seterusnya,
kita boleh mengenali antara satu sama lain dengan lebih dekat.
Langkah seterusnya untuk mengekalkan perpaduan adalah pengenalan
sekolah wawasan. Melalui sekolah wawasan, pelajar yang terdiri daripada variasi
kaum akan belajar dan berinteraksi antara satu sama lain. Melalui proses ini dapat
mengukuhkan perpaduan kaum. Contohnya, para pelajar dapat menyertai pelbagai
aktiviti sekolah bersama-sama tanpa mengira perbezaan bangsa, agama dan
budaya.
Selain itu, langkah mengekalkan perpaduan kaum di Malaysia dapat dilihat
melalui konsep Satu Malaysia yang telah diperkenalkan oleh perdana menteri.
Konsep satu Malaysia dapat dijayakan melalui majlis rumah terbuka perayaan
peringkat kebangsaan yang dihadiri oleh pelbagai kaum. Interaksi antara kaum
dalam majlis sebegini dapat mengekalkan hubungan antara kaum di Malaysia.
Jelaslah kemajuan negara kita bergantung kepada perpaduan kaum seperti kata
pepatah bersatu teguh, bercerai roboh.

Perpaduan kaum juga dapat dikekalkan melalui aktiviti kemasyarakatan yang


memerlukan setiap kaum mengambil bahagian dalam setiap aktiviti yang
dijalankan. Cara ini dapat memupuk semangat kerjasama dan saling membantu
antara satu sama lain dengan menghapuskan jurang perbezaan dan menghakis
sikap mementingkan diri sendiri yang wujud di dalam jiwa masyarakat kini. Aktiviti
memperteguh jalinan kemesraan harus dijalinkan seperti aktiviti gotong royong yang
memerlukan sumbangan setiap pihak untuk menjayakan aktiviti tersebut supaya
perpaduan secara maksimum dapat dilahirkan. Akhir kata, aktiviti kemasyarakatan
dapat menjadi wadah yang terbaik bagi memupuk semangat perpaduan yang perlu
ada dalam diri setiap rakyat seiring dengan hasrat negara untuk mewujudkan
masyarakat yang bersatu padu walaupun berlainan bangsa mahupun agama.

24

8.0

KESIMPULAN
Malaysia merupakan sebuah negara yang unik kerana mempunyai penduduk yang

berbilang kaum seperti Melayu, Cina, India, Sarawak, dan Sabah. Penduduk di
semenanjung Malaysia unik kerana setiap kaum atau masyarakat mempunyai budaya, adat
istiadat, agama, kepercayaan dan bahasa yang digunakan berbeza-beza mengikut kaum.
Antara agama yang dipegang oleh kaum di semenanjung Malaysia ini ialah agama Islam,
Hinddu, Kristian, Bhuddha, dan sebagainya. Namun begitu, negara Malaysia masih menitik
beratkan soal agama dan kepercayaan antara kaum. Berdasarkan agama dan kepercayaan
ini kita dapat membandingkan jurang perbezaan kehidupan harian setiap kaum seperti nilai
moral, adat istiadat, pantang larang dan sebagainya.

9.0

RUJUKAN
Melissa Ching@Adnan Baharom, (2011), Budaya dan Pembelajaran, Kuala
Lumpur: Kumpulan Budiman Sdn Bhd.
Asmad, (1990), Seni Kehidupan dan Kemasyarakatan, Kuala Lumpur: Associated
Educational Distributors (M) Sdn. Bhd.
Ishak bin Saat, (2005), Sejarah sosial masyarakat Malaysia, Shah Alam: Karisma
Publications SDN BHD.
Wan Ramli Wan Muhammad, (2006), Adat Resam Masyarakat Malaysia, Kuala
Lumpur.
http://ms.wikipedia.org/wiki/Agama_rakyat_Cina (15hb Okt 2014: 4.25pm)
http://www.jkkn.gov.my/ms/masyarakat-cina (15hb Okt 2014 5.15pm)

25

10.0

LAMPIRAN

26

Você também pode gostar