Você está na página 1de 5

ASAL USUL

Teng-teng atau lebih dikenali sebagai ketinting adalah sejenis permainan


tradisional yang selalu dimainkan oleh kanak-kanak. Kebiasaannya
permainan ini selalu dimainkan oleh kanak-kanak perempuan berbanding
kanak-kanak lelaki. Hal ini demikian kerana permainan ini tidak begitu
lasak dan hanya menggunakan kaedah lompatan satu kaki dan dua kaki.
Permainan ini hanya memerlukan pemerhatian di gelanggang yang kecil
sahaja. Teng-teng hanya dimainkan oleh sekumpulan kanak-kanak yang
terdiri daripada dua hingga empat orang sahaja. Sekiranya lebih,ianya
akan mendatangkan kesukaran bagi setiap pemain untuk bermain kerana
hanya dimainkan di kawasan yang bersaiz kecil sahaja.

GELANGGANG&GUNDU(BUAH TENG-TENG)
Di kawasan kampung,gelanggang dibuat hanya menggoreskannya di atas
tanah sahaja. Gelanggang ini memerlukan kawasan yang rata untuk
menggoreskannya. Di kawasan perumahan atau pekan yang tiada
halaman bertanah,mereka menggunakan kapur tulis untuk dilukis di
kawasan jalan bertar. Terdapat sembilan petak-petak kosong bagi satu
gelanggang.
Selain dari gelanggang,gundu atau buah teng-teng juga penting dalam
permainan ini. Gundu mestilah berbentuk leper dan anggaran saiz bagi
gundu adalah sebesar duit syiling 50sen. Antara benda yang boleh
dijadikan gundu ialah pecahan pinggan,kepingan besi dan batu yang leper.
Gundu berperanan sebagai tanda bagi para pemain untuk menggerakkan
kedudukan mereka di petak gelanggang.

UNDIAN
Sebelum memulakan permainan ini,pemain haruslah melakukan undian untuk
mengetahui pemain mana yang harus memulakan permainan dahulu.
Sesetengah undian dengan cara memilih batang ranting atau lidi. Pemain yang
memiliki batang ranting atau lidi yang terpanjang akan memulakan permainan
dahulu dan begitulah sebaliknya. Selain itu, undian juga boleh dibuat dengan
menggunakan kaedah lai la li tam plong.

CARA BERMAIN
Pada permulaan permainan,pemain hendaklah mencampakkan gundu ke
dalam petak pertama dengan cara mambelakangkan petak. Setelah
selesai melepasi parmainan pertama,kedua dan seterusnya cara
mencampakkan gundu adalah sama. Pemain dianggap mati atau hilang
giliran jika gundu tidak masuk ke dalam petak yang ditentukan atau
terkeluar dari petak tersebut. Setelah pemain mati atau hilang
giliran,pemain lain akan mengambil bahagian pula.
Pemain dikehendaki melompat ke dalam kesemua petak dengan sebelah
kaki kecuali di petak sembilan dengan kedua belah kaki. Bagi pemain yang
baru sahaja memulakan permainan dimana gundu berada di petak
pertama,maka pemain hendaklah melompat terus ke petak kedua dan
petak seterusnya.
Setelah pemain melompat kembali ke garisan permulaan,setibanya di
petak kedua dan keempat,pemain hendaklah memijak dengan kaki kanan
di petak kedua dan kaki kiri di petak keempat. Setelah itu,pemain
dikehendaki melompat ke petak ketiga pula dengan hanya sebelah kaki
dan seterusnya gundu hendaklah dikutip di petak pertama lalu melompat
ke petak pertama dan terus ke garisan penamat.

Setiap pemain tidak dibenarkan memijak petak dimana gundu berada di


dalamnya samada kepunyaannya sendiri atau pihak lawan. Jika ini berlaku
ia dikira mati,giliran pemain seterusnya mengambil alih permainan.
MEMBINA RUMAH
Bagi mendapatkan rumah pemain perlulah berdiri membelakangkan
kesemua petak di garisan permulaan dan mencampakkan ke dalam manamana petak gelanggang dan di situlah kedudukan rumahnya. Sekiranya
gundu jatuh di atas garisan atau terkeluar maka ia dikira mati. Setiap
pemain mestilah memijak dengan kedua belah kaki di petak rumah dan
pemain lain tidak dibenarkan memijak petak rumah lawan. Sekiranya
pemain lain memijaknya atau rumah lupa memijak dengan kedua belah
kakinya ia dikira mati.
PEMENANG
Pemenang dikira berdasarkan jumlah rumah terbanyak yang dapat
dikumpul oleh pemain.
MATI
Pemain dikira mati sekiranya buah yang dilontar dan kaki terkena garisan
petak,buah yang dilontar tidak masuk ke dalam petak yang
sepatutnya,serta pemain menukar kaki sewaktu giliran. Selain itu
juga,pemain itu akan dianggap mati apabila terlupa memijak dua belah kaki
serentak ke dalam sayap iaitu kaki kiri di petak sayap kiri dan kaki kanan
dalam sayap petak kanan,pemain tidak memijak dua kaki serentak dalam
petak rumahnya serta memijak kaki ke rumah pemain lawan.

Você também pode gostar