Você está na página 1de 1

MENINGKATKAN KEMAMPUAN PELAJAR DALAM MENJELASKAN APRESIASI SENI BINAAN

MENGGUNAKAN PERMAINAN SMART WINDMILL : ARCA STABAIL


Siti Aisyah binti Yahaya
Wan Hasni bin Wan Ahmad
Jabatan Sains Sosial
everfantasi@gmail.com
ABSTRAK
Kajian ini bertujuan untuk meningkatkan kemampuan pelajar dalam menjelaskan apresiasi seni arca stabail tahun 2
dengan menggunakan permainan Smart Windmill. Hasil tinjauan awal menunjukkan pelajar sukar untuk
melaksanakan dan menjelaskan apresiasi seni binaan di dalam kelas. Bagi menangani permasalahan ini, pengkaji telah
menggunakan kaedah permainan Smart Windmill untuk meningkatkan kemampuan pelajar dalam menjelaskan
apresiasi seni binaan semasa kajian berlangsung. Sehubungan dengan itu, kajian ini akan melihat kemampuan pelajar
dalam menjelaskan apresiasi seni binaan dalam mata pelajaran Dunia Seni Visual. Seramai enam orang pelajar tahun 2
dari Sekolah Kebangsaan Alor Peroi telah dipilih untuk menjadi peserta kajian. Kajian ini dijalankan dalam bentuk
Diskriptif Kualitatif. Terdapat dua kaedah yang digunakan dalam kajian ini iaitu pemerhatian senarai semak serta ujian
pra dan ujian pos. Pemerhatian senarai semak akan dilakukan sebelum dan selepas pelajar menggunakan permainan
Smart Windmill. Ujian pra dan ujian pos digunakan pada sebelum dan selepas tindakan berlaku. Data yang diperoleh
telah membuktikan bahawa permainan Smart Windmill ini dapat meningkatkan kemampuan pelajar dalam
menjelaskan apresiasi seni binaan di dalam kelas. Cadangan penambahbaikan kajian ini adalah dengan
mempelbagaikan aktiviti permainan dan penerangan supaya kemampuan pelajar dalam melakukan apresiasi seni dapat
dipertingkatkan.
Kata kunci : Kemampuan, menjelas, apresiasi seni, permainan
1.0 Pengenalan

Você também pode gostar