Você está na página 1de 9

KOLEJ KOMUNITI BANDAR PENAWAR

KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI MALAYSIA


LAPORAN
KURSUS PENDEK
ASAS KOMPANG JOHOR SIRI 2
TARIKH :
18 HINGGA 25 MAC 2013
TEMPAT :
DATARAN ILMU, KOLEJ KOMUNITI BANDAR PENAWAR

ANJURAN:
JABATAN PEMBELAJARAN SEPANJANG HAYAT
KOLEJ KOMUNITI BANDAR PENAWAR

1.0

PENGENALAN
Kompang dimainkan di dalam kumpulan besar kompang atau bersama
beberapa alatan lain dalam persembahan tarian dan nyanyian. Kompang dimainkan
mengikut iramanya sendiri ketika mengiringi zikir, mengarak pengantin, perarakan
tetamu kehormat atau di sesebuah majlis rasmi. Kini permainan kompang telah mula
diajar di sekolah-sekolah serta pusat-pusat pengajian tinggi dan institusi kerajaan.
Kursus ini dilaksanakan bagi memenuhi permintaan dari para pelajar Kolej Komuniti
Bandar Penawar untuk mempelajari teknik pukulan kompang johor yang betul dan
mantap untuk dipersembahkan secara langsung di majlis-majlis keraian.

2.0

OBJEKTIF KURSUS
2.1

Membantu peserta mengenali alat muzik tradisional Melayu iaitu Kompang.

2.2

Mendedahkan peserta dengan teknik pukulan asas Kompang Johor.

2.3

Melahirkan individu yang mempunyai semangat cintakan kesenian dan


kebudayaan Malaysia.

2.4

Meningkatkan keyakinan serta mencungkil bakat peserta melalui sesi latihan


dan persembahan yang bakal diadakan.

3.0

PENYELARAS KURSUS / TENAGA PENGAJAR


3.1

Penyelaras Kursus
Cik Nurhasyikin Binti Abdullah
Cik Rosilawati Binti Masdar

3.2

Tenaga Pengajar
Nama
Kelayakan

: En Nureffendi Bin Abdullah


- Sijil Latihan Kemahiran Pukulan Kompang rentak Batu
Pahat Anjuran Kelab Belia Kampung PayaMas (2006)
-

Sijil Latihan Kemahiran Pukulan Kompang rentak Segamat


Anjuran Kelab Belia Kampung PayaMas (2007)

4.0

TENTATIF PROGRAM
18 Mac 2013 (Isnin)
MASA

PROGRAM

8.00 malam 8.30 malam


(30 minit)

Pendaftaran peserta

8.30 malam 9.00 malam


(30 minit)

Teori
Mengenali peralatan yang digunakan iaitu kompang dan
jidur

9.00 malam 11.00 malam


(2 jam)

Teori
Mempelajari teknik pukulan asas kompang johor
Praktikal 1
Peserta membuat latihan pukulan asas kompang dan jidur
secara berkumpulan

11.00 malam

Bersurai

19 Mac 2013 (Selasa)


MASA

8.00 malam 11.00 malam


(3 jam)

11.00 malam

PROGRAM
Teori
Mempelajari teknik pukulan kompang dan jidor bagi Lagu
Bunga
Praktikal 1
Peserta membuat latihan pukulan kompang dan jidur bagi
Lagu Bunga secara berkumpulan
Bersurai

20 Mac 2013(Rabu)
MASA

PROGRAM

2.30 petang 4.30 petang


(2 jam)

Teori
Mempelajari teknik pukulan kompang dan jidor bagi Lagu
Ya Rasulullah
Praktikal 1
Peserta membuat latihan pukulan kompang dan jidur bagi
Lagu Ya Rasulullah secara berkumpulan

8.00 malam 11.00 malam


(3 jam)

Teori
Mempelajari teknik pukulan kompang dan jidor bagi Lagu
Ya Rasulullah
Praktikal 2
Peserta membuat latihan pukulan kompang dan jidur bagi
Lagu Ya Rasulullah secara berkumpulan sehingga mahir

11.00 malam

Bersurai

21 Mac 2013(Khamis)
MASA

8.00 malam 11.00 malam


(3 jam)
2
5

11.00 malam

PROGRAM
Teori
Mempelajari teknik pukulan kompang dan jidor bagi Lagu
Bunga
Praktikal 2
Peserta membuat latihan pukulan kompang dan jidur bagi
Lagu Bunga secara berkumpulan sehingga mahir
Bersurai

22 Mac 2013(Jumaat)
MASA

8.00 malam 11.00 malam


(3 jam)

11.00 malam

PROGRAM
Teori
Mempelajari teknik pukulan kompang dan jidor bagi Lagu
Selamat Pengantin Baru
Praktikal 1
Peserta membuat latihan pukulan kompang dan jidur bagi
Lagu Bunga secara berkumpulan
Bersurai

5 Mac 2013(Isnin)
MASA

8.00 malam 11.00 malam


(3 jam)

11.00 malam
5.0

GAMBAR AKTIVITI

PROGRAM
Teori
Mempelajari teknik pukulan kompang dan jidor bagi Lagu
Selamat Pengantin Baru
Praktikal 2
Peserta membuat latihan pukulan kompang dan jidur bagi
Lagu Bunga secara berkumpulan sehingga mahir
Bersurai

Rajah 5.1 : Aktiviti pengenalan kepada alatan asas kompang iaitu kompang dan jidur

Rajah 5.2 : Aktiviti mempelajari ketukan kompang dengan membawa sesebuah lagu

Rajah 5.3 : Aktiviti mempelajari teknik asas ketukan kompang dan pukulan jidur

Rajah 5.4 : Latihan pukulan kompang secara berkumpulan


6.0 PENUTUP
Kursus Asas Kompang Johor Siri 2 ini secara amnya dapat mencapai objektif
yang disasarkan. Daripada maklumbalas peserta, kursus ini nyata mampu memberi
nilai tambah kepada kemahiran yang ada pada setiap peserta seterusnya dapat
melahirkan idea untuk diadaptasi di kolej komuniti. Selain itu, ia juga dapat
mempelbagaikan aktiviti peserta di masa lapang dan secara tidak langsung ia mampu
memberi ruang untuk peserta mencari pendapatan sampingan dengan menawarkan
perkhidmatan persembahan kompang di Majlis Keraian seperti Majlis Perkahwinan
dan Majlis Rasmi. Diharapkan juga dengan kursus ini dapat memberi nilai tambah
kepada ketrampilan yang ada pada diri peserta. Sehubungan itu, kursus-kursus
sebegini perlu dipelbagaikan demi untuk mencapai objektif Jabatan Pembelajaran
Sepanjang Hayat.

7.0

TANDATANGAN
Disediakan oleh,
.......................................................
(NURHASYIKIN BINTI ABDULLAH)
Penyelaras Kursus Pendek

Disemak oleh,
.................................................
(KAMALUDIN BIN RASHIDI)
Ketua Jabatan Pembelajaran Sepanjang Hayat
Kolej Komuniti Bandar Penawar

Disahkan oleh,
..................................................
(SAHALANI BIN BASAR)
Pengarah
Kolej Komuniti Bandar Penawar

Você também pode gostar