Você está na página 1de 15

CUTI KE BALI

INTINERARY 1
DAY 1
Disebabkan percutian ni macam nak gi honeymoon je sebab honeymoon yang lepas
macam kejap sangat so kitorang decide percutian kali ni lebih kepada ke-malasan
dan ke-santaian. Hahaha.
0800 :Bertolak dari rumah. Dari rumah (Shah Alam) nak ke KLIA2 dekat je. Amik
masa dalam 45min gitu.
1050 : Sepatutnya dah departure dah waktu ni tapi flight delay pulak ha. Terpaksa
lah bertapak kat situ sejam lagi
1150 : Gate dah bukak. Departure to Denpasar, Bali. Flight ambil masa dalam
sejam lah jugak. Super boring lah dalam flight!
1500 : Sampai Bali dah. Masa dekat imigresen tu, terus pergi lane no 6 sebab lane
tu memang untuk negara Asia. Lane lain semua penuh dengan mat salleh. Nasib laa
lane Asia takda orang. Settle kat imigresen, terus gi ambil bag. Nak tunggu bag je
dah nak kat sejam. Serious.. Memang letih seharian untuk sampai ke Bali je.
Sementara tunggu bag, kitorang isi form masuk ke negara dorang. Memang form ni
wajib disisi everytime masuk negara orang.
1600 : Dalam sejam jugak la bertarung kat dalam tu. Denpasar Ngurah Airport ni
kecik je sebenarnya. Keluar-keluar terus dah sampai luar. Hahaha. Takde nak jalan
jauh bagai. Aktiviti seterusnya kitorang nak cari Pak Supir kitorang lah!
Ini lah suasana once dah keluar dari arrival. Betapa ramainya supir yang tengah
tunggu. Ade yang dorang pegang nama tourist tu, ada yang takda. Tapi kalau nak
datang Bali ni, tak payah risau. Datang gitu je pon dah nice sebab sesampai je kat
Bali memang berlambak package boleh ambil and supir kat mana-mana pon ada. So
tahap kerisauan tu takya tinggi sangat. Macam kitorang, supir yang nak bawak
kitorang jenjalan pon kitorang tak booking lagi haha. Ni supir hotel. Supir ni pickup
and return kitorang kat airport :)
Sepanjang perjalanan ke hotel tu, memang kita boleh lihat banyak patung and
temple sepanjang jalan tu. Bandar dia memang sesak la jangan cakap. Hajatnya
kunun nak ber-backpacker travel sendiri sambil sewa motor tapi bila tengok gaya
kat sini, kitorang tak jadi lah nak sewa motor.
Memandangkan ni supir hotel, so kitorang tak bagi lah "tips" hahaha. Tapi ape yang
aku tengok kat Bali ni, dorang ni memang sikit-sikit nak mengharapkan tips. Buat
kerje tak ikhlas pon ade gak. Hahaha. Angkat beg pon kene tips. Memang aku
angkat sendiri lah cerita dia..
1630 : Anggaran dalam setengah jam dari aiport ke hotel. Sebenarnya dekat je tapi
disebabkan kesesakan yang melampau membuatkan aku pening hahaha. Hotel
kitorang dekat Seminyak. 15min je ke Kuta Beach termasuk jem semua haha. Kuta
Beach tu bandar yang meriah lah kalau pergi Bali.
Lepas check-in kat lobby, dapat kunci then terus masuk villa. Tengoklah betapa
bataknya tak sempat nak masuk dalam villa lagi, terus dah tangkap gambar kat
luar. Oh ya, kitorang amik villa yang siap ada private pool. Tapi jangan risau sebab
kalau kat Bali memang banyak villa yang sekali dengan private pool. Tinggal pilih je.
1

Sementara nak tunggu Maghrib, kitorang re-rehat dulu. Menyelam sejam dua jam
kejap. See, nak datang Bali pon amik masa sehari! Tu dah habis pagi dah tu
kitorang bertolak dari KLIA =.='
Details untuk hotel and macam mana kitorang booking, dari mana semua aku akan
post dalam satu lagi post #PreparationToBali . Dalam entry tu aku akan cerita sekali
persiapan ape perlu dari segi tiket flight, hotel, bajet dan lain-lain lagi.
1900 : Lepas sudah maghrib and mandi semua, kitorang pon bersiap nak keluar
dinner. Eip, sini pukul 7 dah nak masuk isya' okay. Hahaha.
Kalau bab makan ni, aku lah paling rumit berbanding Faqih. Aku jenis tak boleh
telan sangat benda yang aku was-was dan aku ni sememangnya cepat was-was
berbanding Faqih. Tetibe aku teringat masa aku gi Korea dulu. Entah macam mana
aku boleh melantak tanpa pikir benda-benda yang patut dipikir tu hahaha. Yelah..
Sini dah lah majoriti agama Budha. Nak cari makanan halal tu, MasyaAllah memang
susah lah. Aku memang dah bawak bekal siap-siap dari Malaysia. Aku beli Berahim.
Memang makanan wajib dibeli setiap kali kita pergi travel luar negara.
Malam tu kitorang gi lobby, tanya kat mana paling dekat restoran halal. Dorang
cakap depan jalan besar ada satu kedai minang muslim. Kitorang pulak macam tak
larat nak jalan. Suruh dia call taxi. (kaya kan call taxi. haha). Kalau korangnak
datang Bali and nak naik taxi, sebaiknya amik taxi Blue Bird. Taxi ni warna biru and
die ikut meter. Jangan amik taxi selain Blue Bird.
Rupanya kedai ni depan je pon hotel kitorang. Kitorang dalam taxi siap friendly lagi
kat pak tu tanya kat mana restoran halal tapi die macam tak friendly je ah bosan
betul. Then terus die drop kitorang dekat depan sikit je dari hotel. Baik jalan kaki
hahaha. Around 500meter gitu kot. Habis melayang duit taxi. Hahaha.. #bajetbetul
Aku amik ayam and sayur je. Faqih aku tak hingat nak amik ape. Gambar pon lupa
nak amik sebab dah lapar sangat. Mula-mula aku makan elok je last-last aku tetiba
tak selera hahaha. Faqih punye pinggan siap licin bagai lagi adeiiih. Aku memang
tekak bugis betul la.. Hahahaha
Lepas makan kat kedai tu, kitorang jalan ke depan sikit kot-kot ade pape, rupanya
takde pape. Dah lah malam , sokitorang berhajat untuk patah balik and terus ke
hotel. Emangnya aku pening dah waktu tu dengan jem teruk and jalan sempit
semua.
2000 : Baru sampai hotel. Ape lagi, terus tidur. Oh, by the way kitorang dah contact
sorang supir ni waktu dekat airport. Pak Joni namanya.. Kitorang book dia dua hari.
Details untuk supir ni aku akan masuk dalam entry #PreparationToBali nanti.
Perbelanjaan terkumpul #Day1
Naik taxi dari hotel ke restoran minang : Rp30000 (RM10)
Dinner nasi padang - 2pax : Rp44000 (RM14.20)
Total : Rp74000 (RM 24.20)
DAY 2
2

0500 : Well, seawal pukul 5 pagi kitorang dah bangun sebab sini dia punye masuk
waktu Subuh tu, mak aii awal gile wehhhh. Kitorang bangun solat and sesiap nak
pergi breakfast and jalan. Harini janji dengan Pak Joni pukul 8.30 pagi dekat lobby
hotel :)
0730 : Awal gile keluar. Biaselah.. Mak Abah aku selalu pesan "Kalau nak tidur ke,
bangun lambat ke, terperap dalam hotel je, tak payah jalan! Baik duduk rumah tidur
je". Hahaha betuuul sangat. Tujuam kite adalah nak jenjalan bukan terperak
okaayyy.
Kitorang orang first okay breakfast. Takda orang lagi. Hahaha. So macam biase lah..
Be careful dengan hidangan sepanjang dekat Bali ni. Kalau dah rasa was-was tu
better tak payah lah teruskan. Kalau yakin, okay je. Tapi yakin-yakin pon pastikan
ambil berat juga hal-hal kebersihan semua.
Owner villa ni sememangnya bukan Islam. Staff dia pon rata-rata bukan Islam. Sini
susah kita nak cam Islam ke tak sebab muka dorang semua lebih kurang je. Aku
memang tak makan berat waktu ni. Aku just buat roti bakar beberapa set, air, sayur
salad dan koko crunch dengan susu. Okay lah kan tu? Hihi takpe aku tak was-was
bab ni :p
0830 : Harini janji dengan supir agak pagi jugak sebab banyak tempat nak pergi.
Kitorang book untuk dua hari so supir dah siapkan tentatif untuk kitorang.
Memandangkan tempat-tempat yang aku nak pergi tu lebih kurang macam dalam
tentatif yang Pak Joni sediakan and ada beberapa tempat yang Pak Joni selitkan
jugak.
i) Barong Kris & Dance
Perjalanan tak lah jauh mana. Dalam setengah jam dari pekan Seminyak campur
jem semua. First tempat kitorang pergi dekat Barong Kris & Dance.
Paling terkejut, bila dah bayar entry fees semua, kitorang masuk then nampak lah
patung Barong kat sini dengan ramai orang tangkap gambar. Kitorang pergi lah join.
Ade lah orang tukang jaga Barong ni. Dah habis aku pose dekat patung tu, last-last
kene bayar okayyy. Die takda tulis bayar ke hape. Die siap tak tahu malu minta
"Rp10k pak". Memang kene maki lah dengan aku. Lagi-lagi percutian bajet macam
kitorang ni. Sehabis mungkin nak minimize kan ape yang patut. Tapi Faqih bagi
Rp20k sebab dia takda duit kecik. Hanya mampu redha jelah..
Show dalam sejam kot entah aku dah lupe. So far bagi aku, biase-biase je.. Kalau
jenis datang nak tahu kebudayaan, keagamaan dorang semua bagi aku okay lah
kot. Rate? 2/10. Hahaha. Next!
ii) Batik Collection
Tak jauh. Dekat je dengan Barong tadi.. Rasanya macam belakang bangunan je kot..
Hahaha.
Kat sini datang tengok macam mana dorang buat batik and ade jugak kedai batik
kalau-kalau ada hajat nak beli batik. Kitorang? Hanya mampu tengok jela.. Tak
berminat. Kat Malaysia banyak. Hahaha
ii) Gold & Silver Collection
3

Next kitorang pergi dekat kedai membuat and menjual perak dan emas. Kedai ni
terletak betul-betul dekat satu kampung kecil yang mana penduduk kat situ ratarata jalankan perniagaan emas perak ni.
Mule-mule sampai kitorang dibawa ke dalam satu bilik untuk tengok cara-cara
dorang buat perak dan emas. Bersungguh lah mamat tu bercerite. Dia tak tahu
yang kitorang ni bukan nye kaya pon nak beli emas perak tu. Hahahaha. Bila masuk
dalam kedai tu, jalan-jalan tengok koleksi dorang. Jujur, biase je aku tengok. Tak
minat lah, tak kene dengan citarasa aku. Kalau aku minat pun, takde maknenye aku
nak beli kan? Hahahaha
Tapi satu je nak bagitahu. Aku sesaja lah tengok-tengok. Takde lah masuk terus
keluar balik. Harga mahal nak mampus. Lepastu, orang tu akan suruh jugak beli.
Kalau kite taknak, die akan turun kan sampai boleh. Pendek cerita, jangan deal lah.
Aku memang tengok gitu-gitu, then aku tak berminat then aku keluar. Bayangkan,
sampai kat luar kedai die kejar aku jerit tanya aku nak berapa still boleh nego. Aaaa
takde maknanye, taknak aku. Hahahaha.
iv) Painting Collection
Seterusnya ke Painting Collection. Tempat ni tunjuk macam mana dorang buat
painting and macam biasa, dorang jual lah painting tu. Masuk tengok koleksi
gambar je. Nak beli tak mampu and plus, aku tak minat gambar-gambar painting ni.
Lagipon bukan elok pon gantung letak kat rumah kan. So tengok-tengok jela. Nasib
baik orang kedai ni jenis friendly and tak memaksa. Mungkin die dah biasa dengan
orang datang saja tanpa membeli. Hahahaha.
v) Ladang Kopi
Okay jauh sangat perjalanan dia. Hahaha. Aku sampai tertidur okay. Sedap tidur
dalam kereta. Faqih dok potpetpotpet dengan Pak Joni. Eheeekk.
Dah habis kenal macam mana dorang buat kopi, next pergi rasa semua jenis kopi
dorang lah. Ade 12 jenis kitorang dapat rasa. And dont worry.. Rasa kopi ni free je..
Lepas dah rasa kopi semua tu, ape lagi kitorang borong kopi lah. Hahahaha. Tak beli
banyak pon.. Beli untuk diri sendiri, mak mertua and nenek kat kampung je. Mak
ayah aku pulak dah sound awal-awal jangan beli sebab dorang tahu memang mahal
and dorang dah boring dah nak minum hahaha,
Harga? Rp 90k sekotak. Kalau saiz kecil, Rp 50k sekotak. Aku borong 4 kotak je. Tak
beli banyak. Percutian bajet kan. Hahaha.
vi) Kintamani Volcano
Lepas dah habis memborong, kitorang teruskan perjalanan ke gunung berapi,
Kintamani Volcano. Agak jauh jugak.. Sepanjang perjalanan rasa sejuk je.
Pemandangan cantik sangat. Perjalanan dari ladang kopi ke Kintamani ni amik masa
dalam satu jam. Oh ya.. Nak masuk Kintamani Volcano ni kene bayar entrance.
Charge dalam Rp 50k/2pax.
Sampai sini dah tengah hari so Pak Joni drop sini untuk solat and makan lunch. Dia
recommend-kan satu restaurant dekat Kintamani ni. Dia kata Halal. Jadinya kitorang
pon makan kat sini je.
Memang cantik! Gunung berapi ni masih aktif lagi tau. And kat sini memang boleh
lah sejukkk jugak. Memang best bila dapat tengok keindahan alam ciptaan Allah.
4

Alhamdulillah.. Faqih sempat lagi tangkap gambar dengan Pak Joni. Ini lah satusatunya gambar dengan supir kitorang. Hahaha.
vii) Padi Terrace
Seterusnya kitorang teruskan perjalanan ke Padi Terrace. Dalam 15min-30min dari
Kintamani Volcano tadi. Nak masuk Padi Terrace ni kene bayar entrance okeh.
Kitorang kena Rp20k/2pax. So macam biasa, get ready duit siap-siap,
Basically, nama pon Padi Terrace so meaning padi dia bertingkat lah. Macam kita
dekat Malaysia, padi rata je kan. Ni padi dorang bertingkat-tingkat!
Baru perasan yang dalam gambar ni tak nampak pelawat yang lain. Hakikatnya,
masa kitorang pergi ni ramai okay orang. Hahaha. Yang penting, kene tangkat
gambar port yang cantik and terlindung dari lambakan orang ramai.
Kitorang dapat turun sampai kat bawah je sebab dah tak larat nak naik sampai atas
hahaha. Stamina pon dah kurang sebab duk berjalan dari pagi. Tapi serious cantik
and unik lah. :)
viii) Souvenir Agung Bali
Destinasi seterusnya adalah.. SHOPPING! Pak Joni bawak kitorang dekat Agung Bali.
Perjalanan agak lama dari Padi Terrace sebab Agung Bali terletak kat bandar Bali so
hampir tertidur jugak lah aku. Sampai pon dah nak gelap.
Agung Bali ni kedai jual barang souvenir. Barang-barang dekat sini lebih berkualiti
dan agak majal jugak harga nya berbanding kedai lagi satu yang lepas ni pon
kitorang ada beli jugak. Disebabkan aku dah tak leh tahan, banyak lah jugak aku
membeli walaupon aku tahu lepas ni nak pergi kedai souvenir yang murah lagi.
Hahaha. Agung Bali ni due tingkat. Mase aku pergi pon tak ramai orang. Mungkin
dorang tak tertumpu dekat kedai ni sebab mahal kot? Lulz.
ix) Souvenir Krishna
Dah habis memborong dekat Agung Bali. Pak Joni bawak kitorang dekat kedai
souvenir Krishna pulak. Krishna ni lebih kurang macam Mydin lah suasana dia.
Memang besarrr. Jauh lebih murah. Dan yelah bila murah, kualiti pon biasa-biasa je.
Tapi aku rasa takde lah ketara sangat pon kualiti dia. Lagipon dekat Krishna ni, ade
jugak sudut yang baju berkualiti macma aku jumpa dekat Agung Bali tadi.
Haruslah aku membeli jugak. Rata-rata barang semua untuk orang. Sedar-sedar
untuk diri sendiri takde. Normal la bila berjalan. Kita akan ingat cenderahati untuk
orang lain berbanding untuk diri kita sendiri.
2100 : Setelah puas berjalan harini, sampailah jugak kitorang dekat hotel. Kitorang
mandi and rehat kejap. Then kitorang keluar dinner pulak.
2130 : Memandangkan package hotel kitorang sekali ngan free dinner or lunch
meal, so kitorang decide nak amik dinner meal lah. Kitorang pergi dekat restaurant
hotel and duduk situ dinner.
Perbelanjaan Terkumpul #Day2
Entrance Barong Kris & Dance : Rp200000 (RM60)
Tangkap gambar dengan patung Barong : Rp20000 (RM6)
Beli Coffee x 4 kotak : Rp90000 x 4 = Rp360000 (RM108)
Entrance Kintamani Volcano : Rp50000/2pax (RM15)
5

Lunch at Kintamani Restaurant : Rp266000/2pax (RM80.50)


Entrance Padi Terrace : Rp20000/2pax (RM6)
Shoppping @ Agung Bali : Rp309000 (RM93)
Shopping @ Krishna : Rp313500 (RM94)
Dinner (Choco Shake & Coke) : Rp75000 (RM22)
Total : Rp1,613500 (RM488)
Day 3
0820 : Pagi ni terbangun lewat sikit (solat subuh mesti okay) sebab semalam dah
keletihan seharian hahaha. Waktu ni baru nak pergi breakfast. Janji dengan Pak Joni
pukul 9pagi gitu bertolak dari hotel.
0845 : Hahaha awal gila Pak Joni sampai. Aku breakfast pon kelam kabut. Yela,
meamng lah dia yang tunggu kita tapi aku jenis serba salah and aku tak suka orang
tunggu aku. So even janji pukul 9, kitorang bertolak dari hotel pukul 8.45pagi.
i) Tanah Lot
Harini destinasi punye tentatif ada ubah sikit. Patutnya pagi ni kitorang di-schedule
kan untuk pergi water activity dekat satu pantai (lupe dah nama pantai).
Disebabkan kitorang ni takde mood untuk bermandi manda (dimana aku rasa
memang lah sangat rugi pergi Bali tapi tak merasai pantai-pantai ni), jadi kami pun
skip and tukar dengan destinasi lain. Kenapa kitorang taknak mandi-mandi? Sebab
kitorang nak berjalan je, tengok keindahan. And plus, tak bawak baju mandi. Nape
tak beli? MALAS. Hahahaha.
So aku pun minta Pak Joni bawak kitorang ke Tanah Lot. Sebab takda dalam tentatif
kan. Perjalanan dari hotel ke Tanah Lot agak jauh jugak kot.. (maybe jauh sebab
sesak dengan jem), amik masa dalam satu jam perjalanan.
Macam biasa, nak masuk tempat-tempat kat Bali tengok keindahan and even pantai
pon kene bayar entrance. Tanah Lot ni adalah salah satu temple yang menarik lah
dekat Bali ni yang wajib dikunjungi. Serious cantik sangat. SubhanaAllah..
Time kitorang pergi ni air pasang. So tak leh nak berjalan sampai ke hujung temple
tu. Ape yang sebanarnya menarik kat sini? Kalau tengok betul-betul dekat gambar
atas tu, ada satu temple dekat tengah-tengah lautan air (takda la lautan sangat) tu.
Ekceli, bila air tak pasang, kita boleh berjalan sampai lah ke hujung temple tu tapi
malangnya waktu ni air pon pasang. Sobs.
Dekat Tanah Lot ni memang tak boleh mandi. Laut die sangat kuat gituuu. Tapi aku
ade je la nampak mat salleh ni meluncur kat sini. Ombak kuat mesti lah syok kan.
Memang ramai sangat tourist waktu ni. Berpusu-pusu nak amik gambar. Lama jugak
lah kitorang dekat Tanah Lot ni sebab pemandangan dia cantik sangat!
Tatkala sedang asyik menikmati keindahan alam, kami sempat lah jugak tengok
majlis upacara sembahyang dorang dekat temple yang berdekatan tu. Temple
diorang ni ape yang aku dapat konklusikan, mesti berhampiran dengan laut.
Diorang kat sini memang sangat lah kuat pegangan agama tu. Kira warak lah
ceritanya. Haaa gitu.
Dah puas membatakkan diri dekat Tanah Lot ni, sempatlah last tangkap gambar
dekat tugu ni (taktahu ape motif). Nasib baik ada Pak Joni tolong tukang tangkap
gambar kitorang. Hiksss
ii) Kuta Beach (Depan ada Hard Rock Caf Bali)
6

Yesssss. Kuta Beach merupakan macam bandar yang meriah and happening la and
memang 'naik' la waktu malam. Bandar ni dekat tengah Bali. Salah satu tempat
yang memang hotspot orang untuk pergi sini. Kat sini memang berlambak hotel.
Hotel-hotel mewah and well-known basically semua kat sini. Alaaa dont worry hotel
bajet and biasa-biasa pon ada. Agak malang jugalah bagi kami kerana kami punye
Vilaa sangatlah jauh dari Kuta Beach.
Tengah on the way ke Kuta Beach, ternampak sign board ni. Hahaha. Roti canai and
teh tarik for RM6? Hmmmm. Oh ya, kat sini memang jemmmmmmmmmmm (stress
berganda) and sesak, Kedai massage memang banyak kat tepi-tepi ni. Memang
happening lah.
Disebabkan tak bawak baju mandi (ekceli boleh je gi beli) and malas nak mandi lah
tukar baju lah bagai, jadi kami hanya mampu tangkap gambar and berjalan di
sepanjang pantai. Memang sangat cantik pantai dia tau. Patutlah ramai mat salleh
suka datang sini berjemuran. Di sepanjang pantai ni, memang banyak orang jual air
kelapa untuk rehat-rehat and banyak juga lah servis-servis ada macam banana boat
ke, and lain-lain lah paham-paham la macam tak biase je kan pergi pantai hehe.
Kami sempat lah merasa air kelapa dia kat sini sambil duduk-duduk fefeling beachan. Hahaha.
Disebabkan agak keletihan, makanya kami pergi lah masuk ke shopping mall yang
berhampirna iaitu, Beach Walk. Masuk sebab nak dapatkan aircond je hahaha. And
kitorang ada lah beli air chatime jugak hilang kan haus kepanasan.
Overall, kami ade sedih sikit sebab tak duduk dekat Kuta Beach huwaaa. Makan pon
senang sini. Hardrock Cafe pon dekat sini. Nak sewa motor semua ada je kat tepi
jalan ni. You name it, babe.
iii) Pendawa Beach
Ye ye ye betul, kami pergi pantai lagi. HAHAHAHAH. Harini aktiviti dia pantai je weh.
Tapi takpe lah. Kite redha-kan saja ya. Hahaha.
Perjalanan agak jauh, sampai nak tertidur aku. On the way perjalanan tu, kitorang
singgah solat dekat Nusa Dua. Dekat sini susah sangat nak jumpa masjid.
Alhamdulillah Pak Joni singgahkan kami dekat salah satu masjid dekat Nusa Dua.
Uniknya disini, ada tiga/empat rumah sembahyang berlainan agama tapi sebelahsebelah je bangunan dia. Haaa paham tak? Hujung sekali, masjid. Lepastu gereja
(kristian), and then temple (budha).Ada satu lagi kot aku lupe dah ape dia.
Lepas habis je solat, kami teruskan perjalanan ke Pendawa Beach. Macam biasa lah,
entrance kene bayar lagiii. Faqih pun memulakan agenda nye dengan bercakap
dalam dialek indonesia. Dapatlah sikit murah kan. Hahaha.
Masa sampai sini rasa fantastic boom boom sangat sebab bila nak masuk tu kena
lalu macam gunung ganang bagai tu (rasa macam suspen je) and then last-last
peghujung dia, tetibe je ada pantai. Hahaha rasa macam unik and cantik sangat!
Basically kat sini aku tengok tak ramai yang mandi manda. Ramai yang macam
lelepak, makan, and buat aktiviti air macam banana boat semua tu kan. And kat sini
memang serious bederet kedai massage kalau korang nak sesambil massage kan
diri. Gerai makan pon banyak.. Aku kat sini tak lama pon just pusing-pusing and
tengok-tengok then balik sebab panas terik waktu ni.
7

iv) Padang-Padang Beach


Seterusnya Pak Joni bawak kitorang ke pantai yang terakhir iaitu, Pantai PadangPadang. Pantai ni sangat unik and lain dari yang lain and serious menakjubkan!
Nak masuk ke pantai ni agak adventure sikit. Pak Joni park kereta dekat area
parking then kitorang terus ke entrance pantai. Memule agak pelik sebab like, mana
pantai? Haaa gitew. Rupe-rupenye kitorang kene naik tanggaaa, boleh tahan letih
gak lepastu masuk celah-celah macam celahan batu and jalan tangga tu sangat
sempit. Rasanya macam one way je sekali jalan,
Haaa macam kat atas tu lah tapi dont worry jalan die takde lah teruk pon, siap ada
tile bagai semua tapi memang letih la sampai dah terasa mandi dah badan aku
waktu tu.
Kat sini kau akan dapat lihat lambakan mat salleh menikmati kepanasan (dorang
berjemur la maksudnya) hahaha. Pantai ni ait die sangatttt sejukkkkk and sangat
jernih! And rupa dia macam tak rupa pantai sangat. And pantai ni memang banyak
sangat lumut tapi bagi aku rasa macam lumut kotor tu tapi lumut yang cantik and
unik.
Waktu ni aku terasa taktahu nape tapi rasa macam nak pitam. Mungkin sebab letih
berjalan and cuaca pon agak panas. Jadi aku hanya mampu berehat di bawah
teduhan macam gua gitu alaaa susahnye nak explain. Hahaha. Faqih je gi teruskan
berjalan lagi ke depan sebab nak di tangkap-tangkap gambar. Lulz. Balik tu aku pun
beli lah satu botol air jus oren untuk hilangkan tekak yang kepanasan tu,
v) Uluwatu
Next merupakan tempat yang bagi aku memang untuk dinanti-nantikan iaitu
Uluwatu! So macam biasa, nak masuk kene bayar entrance siap-siap.
Anddd yaaa, Uluwatu ni merupakan salah satu tempat temple diorang jugak. Aiih
dorang memang suke temple dekat dengan lautan! Disebabkan tempat ni
merupakan macam tempat suci dorang so visitor kene pakai kain and tali. Kain akan
dorang bagi untuk sesapa visitor yang macam tak tutup aurat dekat kaki gitu, and
pakai kain tu and tali pulak kene ikat dekat pinggang. Tali tu tali kuning okay!
Disebabkan kami berdua menutup aurat sempurna dengan jayanya maka kami
hanya diberi tali kuning sajaaaa.
Kalau dapat tengok, Uluwatu ni sangat cantik. Kitorang dapat tengot sunset dekat
sini. Waktu petang memang sangat cantik. Oh ya, kalau nak tahu inilah Lautan Hindi
(Indian Ocean).Ombak sangat kuat and angin pon sejuk je,
Semasa dekat Uluwatu ni, perlulah sangat berhati-berhati dengan monyet-monyet
yang banyak berkeliaran kat situ. Sangatlah perlu untuk sentiasa pegang beg
tangan erat dan kalau ada pakai cermin mata ke haaa kene jaga sebab sini dah
banyak dah orang kene curi cermin mata, beg and lain-lain dengan monyet kat sini
hahaha.
So sesudah kitorang berjalan persekitaran Uluwatu ni, kitorang pon berehat kejap
sementara untuk tunggu Kecak Dance. Ramai jugak orang duduk and tunggu untuk
dance tu. Untuk masuk tengok performance Kecak Dance, kene bayar entrance
Rp100k/pax. Bila kaunter dah bukak, Pak Joni pon gi lah beratur and belikan untuk
kitorang. Tapi ape yang kami pelik, ada je visitor yang beli sendiri tanpa tour guide
dorang yang belikan. And aku rasa kalau geng-geng tour guide ni mesti dapat
murah kan instead kalau orang luar macam kitorang ni yang beli. Takpelah,
bersangka baik jela
8

Bila gate dah bukak, kami pon masuk lah and cari tempat duduk yang best untuk
tengok performance tu. So basically kalau kat Bali ni memang popular lah dengan
tarian pemujaan dorang. Tapi pemujaan ni bukan pemujaan semata tapi ada lah
jalan cerita dia and aku pun dah tak ingat dah pasal ape. Hahaha
Kecak Dance ambil masa dalam sejam.Dari pukul 7 petang hingga 8 malam.
Permulaan performance rasa macam excited tapi lelama agak hambar sedikit and
aku dapat tengok orang dah mula start bosan and ada yang siap kelar terus okayyy.
Persembahan meriah bile ada watak monyet putih yang tetiba entah dari mana
datang and panjat tombok tu. Yang ke-tak-boleh-bla-an tu, die siap pergi dekat
audience puye sit and duduk sebelah audience sambil buat lawak and siap geletekgeletek bagai Adeih lemah jantung aku hahaha tapi nasib baik area kitorang tu dia
just jalan je and tak berhenti hahaha. Aku rasa dia ni jelah yang dapat aku rasa
tergelak waktu tu. Kitorang end up untuk stay sampai habis and bila persembahan
habis memang semua orang keluar and berpusu nak balik. So agak ke-jem-an waktu
nak balik sebab semua orang balik waktu serentak.
vi) Jimbaran
Destinasi terakhir adalah makan malam. Ekceli aku dah servey and kaji dan makan
malam kat Jimbaran ni, Kita dapat makan malam tepi pantai ala-ala candle light
dinner (macam ramai orang kata dalam blog) (and aku rasa macam err ape yang
candle light dinner nye?) kununye sebab ada candle dekat atas meja. (err!) And
makanan kat Jimbaran semua nye mahal! Tapi hmm takpelah kami redha je la
dibawakan kat sini.
Paling aku kecewa kat sini adalah bila Pak Joni drop kan kitorang dekat satu
restaurant ni and aku agak terkejut sebab nampak macam hmmm tak terurus
restaurant nye dan hmmm like err banyaknye patung? And okay confirm takda halal
cert! Dengan hampanya aku dan faqih duduk dan kami diberikan set menu dan
sangat terkejut sebab mahal sangat lah mahal lagi dari dekat Malaysia. Last-last
kami end up dengan air gas and kentang goreng. (hahaha) (orang lain makan
seafood, kitorang makan bajet).
Lepas makan, kitorang jenjalan sekitar pantai and kat situ berderet restaurant tepi
pantai which aku rasa memang tak menjamin ke-halal-an nye. Dan hmmm ramai
orang islam makan dekat sini. Kami jalan jalan and ade la beli jagung untuk makan
alas perut sikit.
Habis makan di Jimbaran, kami pun pulang ke hotel. Tak hingat sampai hotel pukul
berapa tapi agak lewat. Pak Joni hantar dekat villa kami dan sampai situ je la servis
kami. Selalunya orang akan bagi tips dan kami pun macam dah habis bajet je ni dan
ade lah sikit kami bagi tips tapi memang sikit gila! Hahahaha #lantaklah
Itu jelah aktiviti kami di hari ketiga di Bali. Keeseokannya kami nak berangkat
pulang ke Kuala Lumpur dah tapi sebelum tu nak pekenaa massage Bali dulu
hehehe!

Perbelanjaan Terkumpul #Day3


Entrance Tanah Lot : Rp25000/2pax (RM8)
Beli air kelapa @ Kuta Beach : Rp30000/1biji (RM9)
Beli Chatime @ Beach Walk Mall : 29500/cup (RM9)
9

Entrance Pendawa Beach : Rp13000/2pax (RM4)


Beli air oren @ Padang Beach : Rp10000/botol (RM3)
Entrance Uluwatu : Rp30000/2pax (RM9)
Entrance Kecak Dance @ Uluwatu : Rp200000/2pax (RM63)
Dinner @ Jimbaran (Coke+Sprite+Fries) : Rp121000 (RM38)
Tips Pak Joni : Rp50000 (RM15)
Total : Rp508,500 (RM160)
Day 4
Entry kali ni nak sambung hari terakhir kitorang dekat Bali. Untuk hari yang
terakhirnya ni kami tak berjalan mana. Just lelepak villa, rehat-rehat tenangkan
fikiran. Flight kitorang malam dalam pukul 7 petang gituu. Tapi kitorang check-out
lewat, pukul 2 petang sebab kitorang under package dimana dalam package ni
kitorang boleh check-out lewat tapi based on availability lah.
Mak aku dah pesan, datang Bali kalau tak rasa dia punya massage memang rugi
lah. Hahahaha. Jadi, hari pertama lagi aku dah aim nak massage-massage ni.
Memandangkan area villa kitorang takda kedai spa/massage , so aku decide untuk
ambil yang dari hotel punya ja. Harga pun tak mahal sangat. Okay lah, berbaloi je ;)
Aku dah booking sehari sebelum. Yelaah, nak mengelakkan kot-kot ramai orang ke
kan. Boleh buat dekat lobby hotel (kalau package yang include spa - mandi
bunga/sauna/etc) atau dekat villa kita sendiri. Basically kalau buat dekat villa hanya
untuk massage jela. Nanti ada staff dorang datang villa kita untuk massage. Aku
janji dengan dorang dalam pukul 9pagi dorang datang villa.
Gambar masa massage of course lah takde hahaha. Staf dorang datang tepat pukul
9pagi. Then dia akan buat massage dalam bilik. Faqih kat bawah je, tengok tv. Ops,
villa kitorang dua tingkat. So bilik tidur kat atas. Macam dalam package atas tu, aku
decided amik Aromatheraphy Massage. Ape yang aku boleh cakap, sangat sedap!!
Aku ada satu habit yang ekceli aku tak boleh orang urut aku. Aku geli. Hahahaa. Aku
geli bila kene urut terutamanya dekat part kaki. Part kaki best mestilah dekat
badan. Tapi yang bestnya, first time dalam hidup aku bila massage kat sini aku tak
geli langsung hahaha. Relek je.. And okay aku sampai tertidur okayyy and selama
aku pergi massage, ni pertama kali aku tertidur waktu massage. Hahahaha!!
Lepas dah sejam ber-massage, aku pun teman lah si Faqih ni mandi kolam jap. Hari
terakhir nak merasa mandi dekat private pool kan. Hahahaha.
Dah habis mandi manda, kitorang rehat kejap sementara nak tunggu check-out
pukul 2petang. Aku kemas-kemas beg semua and get ready ape yang patut.
Sebelum balik, sempat tangkap gambar luar villa. Ni lah villa kitorang. Vila nombor
141. Vila ni tengah-tengah. Line internet pun kuat. Hehehe.
Oh ya, package kitorang ni termasuk dengan return transfer to airport. So takda
masalah lah nak pergi airport. Hantar kunci kat reception then kitorang tunggu
driver.
Disebabkan airport transfer dah masuk dalam package semua, so kitorang ni blur
lah kejap nak bagi tips ke tak. FYI, duit kitorang waktu ni betul-betul dah nak habis!
10

Hahahaha. Tinggal duit backup untuk makan lunch je.. At the end, kitorang ada lah
bagi sikit tips. Tapi memang sikit nak mampos lah cerita dia. Kahkahkah!
Bila sampai je airport, kitorang pon check in, Untuk balik, kitorang ada amik
luggage sekali so senang lah takyah nak angkut bag bagai. Sementara tu kitorang
pusing-pusing airport. Ekceli waktu ni memang sangat lapar. Pusing-pusing cari
kedai nak makan tapi boring gilaaa, tak banyak restaurant. So kitorang pon decide
nak masuk je terus just in case kat dalam ade benda boleh makan.
Anddd.. Tak banyak pon boleh makan. Last-last kitorang beli air mineral, coke, ice
chocolate, sandwich tuna and croissant butter je untuk alas perut. Flight kitorang
waktu ni patutnya pukul 7.15pm tapi delay to 7.50pm. ZZzZzzzZ
Dalam jam 10.50pm kitorang sampai KLIA2. Balik tu mak abah and aus datang amik
dekat airport. Fuhh rasa nikmat gilaaa sampai tempat sendiri. Rindu gila bau
Malaysia hahaha balik tu memang terus melantak sebab lapar gilaaa.
Alhamdulillah. Selesai dah percutian honeymoon kitorang ke Bali. Overall, okay lah.
Best je, banyak pemandangan yang cantik. Sesuai untuk tenang-tenangkan fikiran
and dengan pantai-pantai yang banyak kat sini. Rasanya cukup la kot ni pertama
dan terakhir kami berkunjung ke Bali. Better spend duit ke tempat yang lain pulak.
Dah ada target dah, lepasni memang nak travel yang banyak water activity je.
Hahahaa.
Okay lah, thank you for reading dari #Day1 lagi. InshaAllah minggu depan kitorang
pergi Cameron Highland pulak. Memang dah berjuta kali pergi sampai naik boring
dah tapi kali ni pergi dengan husband so pertama kali la kan? Hahahaha
#PreAnniversary
Perbelanjaan Terkumpul #Day4
Massage : Rp200000 (RM63)
Air Mineral : Rp15000 (RM5)
Coke + Ice Chocolate + Butter Croissant + Sandwich Tuna : Rp174000 (RM55)
Total : Rp394000 (RM124)
Perbelanjaan Sebenar
Flight x 2pax : RM1300
Hotel 4D3N : RM600
Expenses : RM797.72
Total/person : RM1348.86
Total : RM 2697.72
INTINERARY 2
Hotel
Sila booking hotel siap-siap sebulan atau dua bulan lebih awal untuk dapat harga
yang jauh lebih murah! Masa saya di sana, saya menginap di Pop! Hotel, Kuta. Hotel
ni lebih kurang macam Tune Hotel (macam cabin, kecil tapi selesa) tapi wayyyyy
better sebab ada

breakfast percuma setiap pagi (nasi dan air sahaja tapi kenyang)
ada swimming pool
11

tak perlu bayar untuk aircond

ada safety box, memang selamat confirm, terjamin

ada televisyen tak perlu bayar

AFFORDABLE

Masa saya booking, bilik ada queen bed for 2 pax, pool view room beharga RM75
semalam. Memang sangat berbaloi dengan harga. Terletak di tengah-tengah bandar
Kuta, 20 minit dari airport (naik kereta), dekat dengan K-Mart (Macam 7E
konsepnya) dan walking distance to shopping area, massage area, kedai makan etc.
Sekitar area Pop! Hotel ni ada banyak kedai-kedai seperti Roxy, Quiksilver, Hurley,
Rip Curl dannn bukan satu kedai 3,4 kedai yang sama sepanjang jalan. Sediakan
ongkosnya ya!
Supir
Okay, untuk supir mula-mula saya email Mas Yanto (owner) bagitau nak booking
supir untuk 4 hari termasuk airport transfer. Harga yang ditawarkan adalah murah,
jadi saya tak minta kurang pun. Sebab saya rasa berbaloi. Sedikit info yang saya
ingin kongsi dengan anda jika anda memerlukan khidmat Supir semasa di Bali:
"Untuk harga nya 1 hari fullday tour IDR350,000 sudah sama minyak dan supir
guna kereta Avanza, jadi satu Avanza boleh cukup untuk 5 atau 6 orang,
Bila jemput je dari airport hantar ke hotel IDR50,000 bila hotel nya area Kuta dan
Legian.
Ini nomor fhon saya +62817556488 dan +6281236540997 (Yanto)
email: ytobalitour@gmail.com"
Nota kaki:
Masa saya sampai, Mas Yanto busy, mungkin balik kampung atau handle trip lain,
dia kasi supir lain yang bernama Mas Zainal. Baik, muda, ada cewek Jepang (dia
bagitau) sesekali kami belanja dia makan, sebab dia baik, peramah, banyak
sembang pasal lagu Indonesia, cerita dia, cerita masyarakat indonesia dan lain-lain
lagi. Kami dapat kereta...tak ingat tapi sama macam Avanza, nama ja lain. Selesa.
Sesiapa berminat boleh la gunakan khidmat Mas Yanto ni. Saya kasi 8 bintang!
Tour
Okay pasal tour pulak, mula-mula kemain senarai tak mau kalah kan. Sebaik
sampai, dah lewat dah tapi Mas Zainal bawak kami pi makan dulu sebelum check in,
masa makan ni dia bawak keluaq peta, peta tu ada attraction places kita boleh pilih
nak pi mana dulu and dia guide kita. So pilih la.
Hari pertama kami pilih untuk ke:
Tegallalang (padi botingkek-tingkek- oh, lagu ni famous kat Indonesia masa
tu.)
Mount Batur

Monkey Forest
12

Kopi Luwak

Tegallang Paddy Terrace, Ubud, Bali. Meet Mira, my travel buddy, my bestfriend.
Ambil masa satu hari perjalanan sebab jauh tempat ni tapi spectacular view okay!
Hari ke-2 kami pilih untuk ke:
Nusa dua (watersport-tapi tak main-takdak dalam budget)
Pandawa beach

Padang-padang beach (masa ni semput sebab tangga dia mak oi tinggi okay,
pastu panas gila hahaha!)

Dreamland

Garuda Wisnu Kencana (paling best)

Uluwatu

Factory Outlet hunt (shopping tak hingattt)

Panoramic view of Padang-Padang Beach, Bali. Eat Pray Love film set.

13

Worth a second visit, Garuda Wisnu Kenchana (GWK) my favorite.


Hari ke-3 kami pilih untuk ke:
Patutnya ke Ulu Danu. Memang saya nak sangat sangat pi tapi salah sorang ahli
trip ni kata tak mau (letih katanya, padahal nak shopping) tulahhh masa kita sibuk
buat itenarary awak taknak join! Jadi kita withdraw saja dan yes ada chance nak pi
Bali sekali lagi!
Shopping di Kuta
Shoppingggg

Bergerak ke Tanah Lot lepas lunch

Krishna-shopping lagi!

Panoramic view of Tanah Lot, Bali


Itu sajalah aktiviti di sana. Supir amat berguna. Nak drive sendiri? Silakan. For me,
kalau awak-awak dok lama kat Bali tu 2,3 minggu boleh la drive sendiri. Tapi kalau
short trip takyah nak cabar diri nak drive. Nak sewa kereta lagi la, minyak, driving
jauh plus sesat, jammed, letih, elok dah sampai attraction place dah takdak tenaga
nak jalan-jalan.
Budget
Okay untuk budget pula, masa saya beli tiket (last minute) dapat harga RM380
untuk return which is mahal sebab kalau masa promo boleh dapat RM200++ untuk
return tiket.
Saya bagi budget untuk seorang ya.
Flight+Meal+Seat+Luggage
RM450
Hotel
RM100 (4 malam)
Supir+airport transfer
RM100/pax (5 hari)
Wang belanja+entrance fees+makan+minum+shopingg
RM500
Airport tax(wajib) masa nak balik ke Malaysia
RM45 ~ IDR 150 000
14

TOTAL: RM1195
Other important tips.
Sila pastikan booking hotel di area Kuta Beach atau Legian sebab memang
happening dan dekat dengan airport, elakkan booking di Ubud sebab sangattt
jauh.
Hard Rock Cafe di Kuta Beach. Mengadap Laut.

Kuta Beach ni macam Pantai Cenang tapi 5 bintang, Pantai Cenang 2 bintang.
Ada mall besar.

Ada banyak sangat outlet di sekitar Kuta, sediakan duit banyak-banyak sebab
barang seperti Volcom, Quiksilver, Roxy, Ripcurl sangatlahhhh murah.

Hati-hati dengan monyet di Uluwatu, they are gangsterrr! Monyet di Monkey


Forest okay sajo, baik-baik.

Tanah lot kena pi petang-petang untuk aweeeesome view and sunset!

Makan tak susah banyak kedai halal, masakan padang, minang misalnya.
Cuma cari dengan betul-betul ataupun tanya supir.

Orang Bali sukaaaa sangat hon honnnn bukan marah, tapi bagi pemandu lain
alert dengan kehadiran kita.

Jalan nya sempit, supir bawak macam flash tapi selamat (baca doa banyakbanyak)

Bebas penjenayah, peragut sebab depa sangat jaga tourist.

Australian adalah paling ramaaaiiii di Bali, semua club, bar and hotel semua
depa punya.

Banyak anjing, kurang kucing.

January-February masa sesuai ke Bali, kurang hujan tapi panas. Sesuai la nak
sun tanned gitu.

Elakkan ada di Bali pada bulan Mac sebab ada satu perayaan "Nyepi".
Perayaan "Nyepi" disambut pada bulan Mac setiap tahun, tetapi tarikh
berbeza. Masyarakat Bali ada kalendar mereka sendiri. Pada hari ini semua
aktiviti tak dijalankan. Tourist kat sana pun tak boleh buat apa-apa aktiviti.

Semasa perayaan nyepi, masyarakat Bali akan berpuasa, dan tidak dibenarkan
keluar rumah. Hotel ditutup, kedai tutup, penerbangan dihentikan dan segala
aktiviti luar adalah dilarang sama sekali. Kalau kita melanggar peraturan itu, kita
akan di saman. Jika ada pelancong yang kebetulan ada di sana semasa perayaan
nyepi, mereka tidak dibenarkan keluar dari hotel. Staf hotel akan menyediakan
aktiviti untuk mereka lakukan di sepanjang 24 jam hari Nyepi itu.

15

Você também pode gostar