Você está na página 1de 6

Hubungan Di Antara Stres Kerja Dengan Kepuasan Kerja Dalam Kalangan Guru-Guru

Besar Di Daerah Batu Pahat

Kajian ini dijalankan untuk mengenalpasti tahap stres,tahap kepuasan kerja dan hubungan
stres dengan kepuasan kerja dalam kalangan guru-guru besar di Dearah Batu Pahat. Ia juga
bertujuan untuk melihat perbezaan tahap stress dan kepuasan kerja berdasarkan faktor-faktor
demografi iaitu jantina,pengalaman menjadi guru besar dan jenis sekolah. Tahap stres juga
dilihat dari tiga aspek iaitu symptom fizikal,psikologi dan tingkahlaku. Bagi kepuasan kerja ia
dilihat

dari

aspek-aspek

pencapaian,pengiktirafan,kenaikan

pangkat,pekerjaan,hubungan

interpersonal,gaji,penyeliaan dan suasana tempat kerja.


Kajian ini melibatkan seramai 108 orang guru besar dari sekolah-sekolah rendah di
Daerah Batu Pahat,Johor. Data-data diperolehi dengan menggunakan kaedah soal selidik dan
diproses menggunakan kaedah Statistical Package For The Social Science ( SPSS ) versi 12.0.
Dapatan kajian menunjukan tahap stress yang dialami oleh guru-guru besar di Daerah Batu Pahat
pada keseluruhannya berada pada tahap rendah dan bagi tahap kepuasan kerja,ia berada pada
tahap yang sederhana. Daripada tiga aspek stres yang dikaji,hanya stres daripada aspek simptom
fizikal menunjukkan tahap sederhana manakala bagi aspek simptom psikologikal dan
tingkahlaku menunjukkan tahap rendah.
Selain itu,bagi aspek-aspek kepuasan kerja,semua aspek menunjukkan tahap sederhana.
Dapatan kajian juga menunujukkan terdapat hubungan yang signifikan tahap rendah dan
songsang di antara stress dengan kepuasan kerja (r=-0.31). Bagi faktor demografi,hasil kajian
menunjukkan tidak terdapat perbezaan signifikan tahap stress dan tahap kepuasan kerja terhadap
semua faktor yang di kaji. Keputusan kajian didapati bahawa pada umumnya guru-guru besar di
Daerah Batu Pahat mengalami stress yang rendah. Dapatan ini menyoking bahawa kajian yang di
buat oleh Apandi (2003) di mana beliau dapati bahawa lebih 50 peratus guru-guru sekolah
menengah yang di kaji menunjukkan stress kerja yang rendah dan juga disokong oleh Nurul
Azlin (2003),yang mendapati tahap stress guru yang dikaji berada di tahap rendah.

Hasil kajian Yee Chiam (2005),juga menyokong dapatan ini di mana beliau mendapati
bahawa guru-guru teknikal di sebuah Sekolah Menengah Teknik di Kedah menunjukkan tahap
stress kerja yang rendah. Ini dapat memberikan gambaran bahawa pada keseluruhannya guruguru besar dapat mengawal diri mereka agar tidak menghadapi stress yang tinggi. Pengkaji telah
mendapati bahawa tahap kepuasan kerja guru-guru besar di Dearah Batu Pahat pada
keseluruhannya berada di tahap yang sederhana. Bagi aspek pencapaian,hasil kajian ini
menunjukkan tahap sederhana. Guru-guru di Derah Batu Pahat didapati hanya berpuashati pada
tahap yang sederhana bagi item-item seperti pencapaian sekolah dari semua aspek,pencapaian
dalam keputusan peperiksaan,dan kokurikulum serta mutu kerja mereka.
Justeru itu,dapatan kajian dari aspek kenaikan pangkat menunjukkan tahap sederhana dan
dapatan ini menyokong kajian oleh Zulkifli (2003) ke atas guru-guru sekolah kebangsaan Zon
Majidin,Johor Bharu dan kajian Tan (2006) ke atas enam buah sekolah menengah di zon Skudai.
Walaubagaimanapun,dapatan ini bertentangan dengan Shafie (2002) yang mendapati majoriti
responden berada di tahap kepuasan tinggi bagi kenaikkan pangkat.
Disamping itu,kajian mengenai hubungan interpersonal menunjukkan tahap sederhana
dan ia menyokong dapatan kajian lar Negara oleh Graham dan Mesner (1998) yang telah
mengkaji pengetua sekolah rendah dan menengah dibahagian tengahbarat Amerika.
Walaubagaimanapun,ia bertentangan dengan dapatan kajian Shafie (2002). Beliau mendapati
guru-guru sekolah rendah dan menengah di Daerah Batu Pahat mengalami kepuasan kerja tahap
yang tinggi bagi aspek ini. Dapatan ini kajian menunjukan bahawa hipotesis ini diterima atau
hipotesis nol tidak dapat ditolak,ini bermakna tidak terdapat perbezaan tahap stress di antara guru
besar lelaki dan perempuan. Ini mungkin berlaku kerana beban kerja yang diterima oleh guru
besar lelaki dan perempuan adalah sama.

RUJUKAN
1. Atan Long (2005). "20 Cara Pengetua Menghilangkan Tekanan." Majalah Pendidik.13.
40-42. Azizi (2007). "Menguasai Penyelidikan Dalam Pendidikan". Kuala Lumpur. PTS
Professional Bahtiar Sukkor (2007). "Teori Kepimpinan dan Aplikasi Penyelesaian
Krisis." Bestari JPNJ. 10. 1-16.
2.

Borg, G.M. dan Riding, J. R. (1993). " Occupational and Job Satisfaction Among School
Administrators." Journal of Educational Administration. 3. 1-2.

3. Christine, A. Leatz and Stolar, M. W. (1995). "Career Success/ Personal Stress". US: Mc.
Graw Hill. 9-11.
4. Forsyth, P. (2000). "How to Motivate People." London: Kogan Page Limited. Graham,
M. W. dan Messner, P. E. (1998). " Principals and Job Satisfaction." International Journal
of Educational Management. 12. 196-202.
5. Gurnam Kaur Sidhu (2005). "Penilaian Tahap Kecekapan (PTK)-Kompetensi Umum
(Teras dan Profesional)." Shah Alam: Fajar Bakti.
6. Ibrahim Ahmad (2005). "Cabaran Melahirkan Guru Berkualiti." Bestari JPNJ.9.74-85
John, B. A. (2002). "Surviving Job Stress." New Jersey: Career Press.
7. Kamus Dewan (2000). Edisi ketiga. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Lam, J.
Y. L. (1988). "External Environmental Constraints and Jon-Related Stress on School
Administrators." Journal of Educational Administration. 26. 250-265.

Tekanan atau Stres Kerja dalam Organisasi Kepolisan : Tinjauan Dalam Perspektif
Kecerdasan Emosi

Tekanan merupakan satu keadaan yang tidak dapat dielakkan dalam pekerjaan
terutamanya dalam organisasi kepolisan. Bukti empirikal menyatakan bahawa kerjaya kepolisan
adalah pekerjaan yang paling tertekan berbanding dengan pekerjaan yang lain kerana kerjaya ini
melibatkan tugasan yang mempunyai impak tekanan terhadap mental dalam kalangan pegawai
polis. Kajian ini membincangkan tentang kajian-kajian lepas yang berkaitan dengan isu tekanan
kerja,punca dan kesan daripada tekanan kerja dan hubungkait antara tekanan kerja dengan
kecergasan emosi dalam organisasi kepolisan.
Hasil keputusan selepas 18 bulan diberi latihan terhadap 37 pegawai kadet polis yang
menggunakan teknik latihan psikologi dan 38 pegawai kadet polis yang hanya diberi latihan
seperti biasa mendapati kumpulan yang diberi teknik latihan psikologi mampu menangani
tekanan dan mempunyai kesihatan yang lebih baik berbanding kumpulan yang hanya diberi
latihan biasa. Kumpulan yang diberi teknik latihan psikologi juga menunjukkan tahap yang lebih
rendah mengalami masalah perut,kesukaran tidur,dan keletihan dimana skor terhadap General
Health Questionnaire 4.1 berbanding dengan kumpulan yang tidak diberi teknik latihan
psikologi.
Kajian impirikal telah membuktikan bahawa terdapat hubungan yang signifikan antara
Kecerdasan Emosi dengan tekanan kerja di mana Kecerdasan Emosi merupakan kompenen yang
penting dalam mengurangkan tahap tekanan kerja dalam kalangan pegawai polis. Oleh
itu,pengetahuan terhadap tahap tekanan kerja dalam kalangan pekerja dalam sesebuah organisasi
adalah amat penting bagi memastikan langkah-langkah yang berkesan dapat di ambil untuk
mengurangkan tekanan kerja dan kesannya dalam organisasi tersebut dengan menggunakan
elemen-elemen Kecerdasan Emosi.

Berdasarkan kajian empirikal yang telah dibuktikan berkenaan isu tekanan kerja di dalam
organisasi kepolisan tidak boleh atau tidak seharusnya dipandang remeh oleh semua pihak.
Kesan-kesan tekanan kerja bukan sahaja boleh berlaku terhadap psikologi dan fisiologi diri
pegawai polis itu sendiri malah lebih memburukkan lagi ianya boleh memberi kesan negative
terhadap organisasi kepolisan dari segi imej dan kualiti penyampaian perkhidmatan kepada

masyarakat. Hai ini disebabkan daripada kemerosotan kualiti dan prestasi perkhidmatan akibat
daripada kegagalan mengawal tahap tekanan kerja yang dialami oleh Pegawai Polis.
Pihak yang berkaitan khususnya pengurusan PDRM seharusnya peka dengan situasi
tekanan yang dialami pegawainya dan mencari pendekatan yang berkesan untuk menangani
masalah ini bagi memelihara kredibiliti dan integriti organisasi. Pendekatan teknik psikologi
yang berkesan dan persekitaran kerja yang kurang tekanan adalah salah satu faktor yang perlu di
titik beratkan dalam usaha membendung isu ini daripada terus membelenggu organisasi
kepolisan.

RUJUKAN
1. Ambrose, J. A., & Barua, R. S. 2004. The pathophysiology of cigarette smoking and
cardiovascular disease an update. Journal of the American College of Cardiology, 43(10),
1731- 1737.

2. Amstrong, Elia. 2005. Integrity, Transparency and Accountability in Public


Administration: Recent Trends, Regional and International Developments and Emerging
Issues. United Nation, Economic and Social Affairs.
3. Anderson, G. S., Litzenberger, R., & Plecas, D. 2002. Physical evidence of police officer
stress. Policing: An International Journal of Police Strategies and Management, 25: 399
420.
4. Anshel M.H. 2000. A conceptual model and implications for coping with stressful events
in police work. Criminal Justice Behavior Journal. 27(3):375 400.
5. Aradilla-Herrero, A., Tomas-Sabado, J., & Gomez-Benito, J. (2010). Death attitudes and
emotional intelligence in nursing students. European Journal of Educational Studies, 2(3),
247-257.
6. Aris Kasan, Fatimah Hanum Mohamad Hajari, Juwairiyah Jaafar & Nordin Yusoof. 2012.
Stres dalam perkhidmatan awam : impaknya kepada prestasi dan kesejahteeraan pegawai
awam. Jurnal Psikologi dan Kaunseling Perkhidmatan Awam Malaysia. Bil. 7 ISSN :
2229-810X.
7. Becker, C. B., Meyer, G., Price, J.S., Graham, M.M., Arsena, A., & Armstrong, D.A., et.

al. 2009. Law enforcement preferences for PTSD treatment and crisis management
alternatives. Journal of Behavior Research Therapy, 47:245253.

Você também pode gostar