Você está na página 1de 7

TERJAH KE SINGAPURA

Tempat-Tempat Menarik di Singapura Yang Boleh Di Kunjungi Dengan


PERCUMA
Bila sebut je nak ke Singapore, pasti bermain dalam fikiran Universal Studios
Singapore, Merlion, dan Gardens by the Bay. Pada awalnya, uncle fikir begitu,
tapi sangkaan uncle meleset, tarikkan di Singapura lebih dari itu. Banyak lagi
tempat menarik boleh di kunjungi tetapi dengan percuma je.
Tempoh hari, uncle ke Singapura tanpa persediaan yang cukup. Senang cerita,
hentam je la labu. Dan uncle bernasib baik sepanjang di sana, nak ke mana-mana
mudah, dan informasi tempat-tempat menarik untuk di kunjungi di Singapura
ada di merata-rata tempat. Tinggal pilih nak pergi mana je

Sepanjang 2 hari di Singapura, uncle gunakan Singapore Tourist Pass. Korang


boleh naik Bus, MRT, dan LRT dengan menggunakan Pass ni. Selagi belum tamat
tempoh, naik la seberapa banyak sampai lebam.
Untuk pengetahuan, Singapore Tourist Pass ni korang boleh amek pakej 1 hari, 2
hari atau maksimum 3 hari. 1 hari $10, 2 hari @16, 3 hari $20 dan boleh di dapati di
stesen TransitLink tepilih (uncle beli pass uncle kat stesen MRT Bugis). Sila take
note yang $10 perlu di bayar sebagai tambahan kepada pakej yang korang amek,
tapi $10 tu akan di refund semula apabila pass di pulangkan semula ke kaunter.
Baik, sekarang uncle nak kongsikan beberapa tempat menarik di Singapura yang
korang boleh kunjungi dengan PERCUMA. Yup, percuma je.
Kampung Glam (Gelam)

Kampung Gelam adalah satu kawasan kejiranan di Singapura yang lebih dari
sekadar sebuah bandar perlabuhan. Kat kawasan Kampung Glam ada banyak
kawasan komersial dan popular di kalangan pengunjung seperti Arab Street, Haji
Lane, Masjid Sultan Bussorah Street. Kawasan-kawasan ini melambangkan
warna-warni Kampung Glam dari aktiviti jual beli hingga ke rekreasi.
Banyak makanan halal boleh di dapati di kawasan Kampung Glam. Uncle sempat
merasa Nasi Goreng Paprik di Kampung Glam Cafe, agak sedap dan
mengenyangkan makanan di sini.
Kalau korang nak cari cenderahati untuk di bawa balik ke tanah air tercinta, di sini
ada pelbagai jenis pilihan yang korang boleh pilih pada harga yang sangat berbaloibaloi.
Kampung Glam boleh di akses dengan mudah dari stesen MRT Bugis dan Nicoll
Highway.
Marina Bay
Kalau korang suka berjalan tanpa henti, berjalan di sepanjang kawasan Marina Bay
adalah pengalaman berjalan kaki di sebelah petang yang mengujakan dan penuh
dengan kejutan menarik.
Sedia la minyak gamat pas balik hotel sebab memang nak cram kaki jalan di di
sepanjang 2 kawasan ini.

Marina Bay adalah teluk (bay) berhampiran kawasan pusat di bahagian selatan
Singapura. Di sepanjang Marina Bay, ada pelbagai tarikkan komesial seperti
Merlion, The Helix Bridge, ArtScience Museum, Singapore Flyer, The Promontory.
Dari sini juga, korang boleh nampak pokok raksasa di Gardens by the Bay.
Marina Bay boleh di akses dari stesen MRT City Hall, Raffles Place, Marina Bay,
Bayfront, Downtown, Esplanade dan Promenade.

Singapore River

Sungai Singapura adalah sungai kecil yang memainkan pernan penting dalam
pembangunan Singapura. Sungai Singapura mengalir daripada kawasan Tengah
(Central Area), yang terletak di Wilayah Tengah (Central Region) di bahagian selatan
Singapura sebelum mengalir ke laut.
Gambar uncle posing kat Cavenagh Bridge adalah satu-satunya jambatan gantung
di Singapura dan antara jambatan tertua di Singapura yang telah di buka pada
tahun 1870. Jambatan yang melalui Sungai Singapura ini pada asalnya di bina
bagi menghubungkan daerah sivik di tebing utara ke daerah komersial di tebing
selatan. Sebelum kewujudan jambatan ni mereka yang nak lalui sungai Singapura,
kena bayar 1 duit (atau 1/4 sen).
Di sepanjang tepi Sungai Singapura ada pelbagi tarikkan yang menarik mata seperti
sculpture The First Generation (yang terletak berhampiran Cavenagh Bridge), Clarke
Quay dan Boat Quay.
Gardens by the Bay

Di buka kepada umum sejak Jun 2012, harini Gardens by the Bay adalah antara
tarikkan
utama
di
Singapura dan
telah banyak
mendapat pengiktirafan
antarabangsa. Di sini ada lebih 250,000 jenis tumbuhan yang jarang di temui. Untuk
taman di bahagian luar, kemasukkan adalah PERCUMA. Tapi kalau nak cuci mata
dengan tarikkan yang lebih hebat seperti di OCBC Skyway, Flower Dome dan
Cloud Forest kena la bayar lebih sikit.

Timing paling sesuai datang ke Gardens by the Bay ini adalah sebelah petang
shingga malam. Juga take note juga yang ada pertunjukkan cahaya dan bunyi (light
and sound show) setiap malam pada jam 7.45 dan jam 8.45.
Taman di buka setiap hari kepada umum seawal jam 5 pagi sehingga selewat 2
pagi.
Gardens by the Bay boleh di akses dengan 2 cara mudah iaitu menggunakan MRT
(Stesen Bayfront) dan Bus (Tanjong Pagar Station (EW15)).

Singapore Botanic Garden

Satu-satunya taman tropika yang mendapat pengiktirafan UNESCO World Heritage


Site. Telah berusia lebih 156 tahun, Singapore Botanic Gardens adalah sebuah
taman tropika yang juga telah di senaraikan dalam salah sebuah tempat tarikkan
popular sejak 2013 oleh TripAdvisor Travellers Choice Awards.
Korang akan rasa sangat tenang dan selesa sepanjang berada di dalam Singapore
Botanic Gardens. Berkeluasan 74 hektar, lebih 10,000 jenis flora boleh di dapati di
sini.
Dibuka setiap hari kepada pengunjung seawal jam 5 pagi sehingga 12 tengah
malam. Kemasukkan adalah PERUMA (kecuali National Orchid Gardens).
Singapore Botanic Gardens boleh di akses dengan MRT (stesen Botanic Gardens
Station).

Singapore Changi Airport

Kenapa uncle senaraikan Changi Airport sebagai tempat menarik di kunjungi di


Singapore? Sebab Singapore Changi Airport adalah salah satu lapangan terbang
terbaik di dunia!
Ops, kebetulan uncle ke sini, pesawat X-Wing daripada film Star Wars baru
mendarat, so uncle belanja selfie satu.
Di lengkapi dengan pelbagai kemudahan dan tarikkan seperti pengangkutan awam
yang efisyen, tempat shopping, airport lounge, klinik dan farmasi, pelbagai
jenis taman bunga, kemudahan untuk shower dan spa, surau, perkhidamatan
percuma tour Singapore, panggung wayang, dan banyak lagi

Boleh di akses dengan mudah dengan menggunakan MRT di stesen Changi Airport.

Marang Trail

Sebelum uncle ke Singapore, uncle tak tau pun kewujudan Marang Trail ni. Marang
trail boleh di akses dari stesen MRT HarborFront.
Kalau korang nak jimat duit, Marang trail adalah laluan alternatif ke Faber Hill Park
dan untuk ke Teluk Blangah Hill Park. Jarak laluan hanyalah 0.35km iaitu dengan
berjalan kaki hanyalah 15 minit sebelum korang tiba di Faber Hill Walk sebelum ke
puncak Faber.

Di laluan Marang ni, korang akan melihat pelbagai jenis pokok dan burung.
Antara spesis burung yang korang boleh lihat jika bernasib baik adalah spesis
Greater Racket-tailed Drongo (Dicrurus paradiseus) dan Blacknaped Oriole (Oriolus
chinensis).

Faber Hill Park

Faber Hill boleh di akses dengan mudah kalau korang gunakan Singapore Cable
Car (boleh naik di HarborFront MRT station). Tapi kalau nak feel adventure dan
peluh peluh sampai di puncak Faber, boleh akses dengan melalui Marang Trail.
Dengan berketinggian 105 meter, Faber Hill park adalah salah satu taman
perlancongan tertua di Singapura yang menawarkan pelbagai aktiviti menarik
kepada pengunjung selain daripada menikmati pemandangan menarik ke arah
selatan dari puncak. Sangat tenang bila berada di puncak Faber.
Nota: Di puncak Faber, ada Merlion versi mini yang korang boleh selfie hehehe.

Haaaa nampak, tak semua tempat yang menarik untuk di kunjungi


perlukan bayaran. Maknanya, tak semestinya kena ada duit yang banyak untuk
bercuti di Singapura sebab banyak tempat menarik yang boleh di kunjungi di
Singapura secara PERCUMA.
Setakat yang uncle update ni, ini sahaja tempat yang uncle sempat
singah. InshaAllah kalau ada kesempatan, uncle akan datang lagi ke Singapura

Você também pode gostar