Você está na página 1de 43

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) amat prihatin terhadap isu pelaksanaan

Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) yang telah dibangkitkan oleh guru-guru.


PBS merupakan dasar yang melibatkan pentaksiran secara menyeluruh (holistik)
terhadap pencapaian murid yang terangkum menerusi empat komponen pentaksiran
iaitu Pentaksiran Sekolah (PS), Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum
(PAJSK), Pentaksiran Psikometrik (PPsi) dan Pentaksiran Pusat (PP).
Selain itu PBS merupakan sistem pentaksiran yang akan digunakan bagi menjamin
pencapaian seseorang murid supaya tidak lagi dinilai berasaskan peperiksaan sematamata.
Jemaah Menteri pada Disember 17, 2010 telah bersetuju supaya PBS dilaksanakan
sebagai sebahagian daripada program transformasi pendidikan. Pengoperasian PBS
mula dilaksanakan di sekolah rendah pada sesi persekolahan tahun 2011 dan sekolah
menengah pada sesi persekolahan tahun 2012.
Walaubagaimanapun, pada 11 Februari tahun ini, KPM telah membuat keputusan untuk
menangguhkan PBS dan mengkaji semula pelaksanaannya.
Ini adalah kerana guru-guru menyatakan bahawa mereka dibebankan dengan
kesibukan mengisi dan merekodkan penilaian pelajar ke dalam sistem komputer
berpusat yang menjadi bebanan kepada mereka, manakala ibubapa pula tidak pasti
bagaimana murid dinilai terutama pelajar tingkatan 3 tahun ini yang merupakan kohort
pertama melalui PBS.
Penangguhan ini adalah untuk mengenalpasti permasalahan yang ditimbulkan ekoran
daripada rungutan guru-guru dan ibu-bapa dan mengambil langkah-langkah yang perlu
dan segera dalam penambahbaikan PBS.
Ekoran dari kajian semula PBS, KPM telah mengambil langkah proaktif dengan
mengadakan beberapa siri perbincangan dan pertemuan dengan kesatuan-kesatuan
guru serta beberapa kelompok guru-guru untuk mendapatkan maklum balas dan
membantu dalam memberi input kepada penambahbaikan PBS.

Isu-isu pelaksanaan PBS


Berdasarkan kajian KPM dan input daripada guru-guru dan kesatuan-kesatuan guru,
didapati terdapat tiga isu utama berkaitan perlaksanaan pentaksiran sekolah.

Pertama, ialah penggunaan Dokumen Standard Prestasi (DSP) yang menyebabkan


guru terikat dengan bilangan pernyataan deskriptor dan pernyataan evidens yang
banyak.
Bagi menangani isu ini, KPM telah menetapkan DSP dipermudahkan menjadi Panduan
Perkembangan Pembelajaran Murid.
Guru mengajar menggunakan kurikulum kebangsaan yang dibangunkan berdasarkan
tema, tajuk atau kemahiran mata pelajaran yang perlu dikuasai oleh murid. Guru
seterusnya mentaksir perkembangan pembelajaran murid berdasarkan pemerhatian dan
penilaian mereka sendiri dengan merujuk kepada Panduan Perkembangan
Pembelajaran Murid tersebut.
Guru boleh merekodkan tahap penguasaan murid mengikut kesesuaian masa dan
kaedah mereka sendiri. Perekodan ini menggambarkan perkembangan pembelajaran
murid semasa proses pengajaran dan pembelajaran yang boleh dimaklumkan kepada
ibu bapa. Dengan yang demikian, guru tidak lagi dibebankan dengan pengumpulan data
dan evidens hasil kerja murid melalui pernyataan evidens yang terlalu kompleks.
Bagi ibu bapa yang ingin mengetahui tahap pencapaian anak-anak mereka, pihak
sekolah boleh menyediakan pelaporan pencapaian dengan mengadakan ujian bulanan,
peperiksaan pertengahan tahun atau peperiksaan akhir tahun sekolah.

LAMPIRAN 1 DAN LAMPIRAN 2

Isu kedua ialah pengurusan fail yang rencam meliputi Fail Perkembangan Murid
(FPM) dan Rekod Transit.
Bagi menangani masalah ini, guru tidak perlu lagi menyediakan FPM dan melengkapkan
Rekod Transit. Perekodan perkembangan pembelajaran murid boleh dilakukan mengikut
kesesuaian masa guru.

LAMPIRAN 3

Ketiga, perekodan prestasi murid melalui Sistem Pengurusan PBS (SPPBS)


secara atas talian (online) yang sukar diakses dan memakan masa yang lama.

Oleh kerana bilangan pernyataan deskriptor dan evidens telah dikurangkan, secara
otomatik guru-guru tidak akan dibebankan dengan kesibukan mengisi dan merekodkan
penilaian pelajar ke dalam sistem komputer berpusat.

Bagi memastikan guru memberi fokus terhadap pengajaran dan pembelajaran, guru
tidak perlu lagi mengisi data penguasaan murid menerusi SPPBS secara online seperti
sebelum ini. Guru boleh merekodkan perkembangan pembelajaran murid secara offline.
Menerusi PBS juga, peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) di Tingkatan 3
akan digantikan dengan Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3). Ini bermakna tiada peperiksaan
berpusat untuk pelajar Tingkatan 3 yang akan dilaksanakan di peringkat sekolah.
PT3 bagi mata pelajaran Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris akan dilaksanakan
dengan menggunakan instrumen pentaksiran ujian bertulis dan ujian lisan. Manakala
mata pelajaran Science, Mathematics, Pendidikan Islam, Kemahiran Hidup, Bahasa
Arab, Bahasa Cina, Bahasa Tamil, Bahasa Iban dan Bahasa Kadazandusun akan
menggunakan instrumen pentaksiran ujian bertulis sahaja. Mata pelajaran Sejarah dan
Geografi pula akan ditaksir menggunakan pelbagai instrumen seperti tugasan bertulis
(assignment), ujian amali (practical test), projek, kajian lapangan (field study) atau kajian
kes (case study).
Melalui PT3, pihak sekolah akan mentadbir, mentaksir dan memberi skor terhadap
pentaksiran tersebut berpandukan instrumen dan panduan peraturan penskoran yang
setara (standardised) yang disediakan oleh pihak Lembaga Peperiksaan (LP). LP dan
pentaksir luar yang dilantik oleh LP akan melaksanakan moderasi dan verifikasi sebelum
pelaporan dikeluarkan.
Moderasi ialah suatu proses menyelaras markah yang diberi oleh beberapa orang
pemeriksa ke atas hasil kerja murid bagi mendapatkan satu markah yang dipersetujui
bersama. Persetujuan ini adalah berdasarkan peraturan pemarkahan yang disediakan
dan merupakan prosedur untuk memastikan ketekalan (konsistensi) pemberian markah
antara pemeriksa. Verifikasi pula ialah proses menentusahkan markah yang diperoleh
murid adalah markah yang selayaknya diterima.

LAMPIRAN 4

PT3 ini juga akan digunakan sebagai asas untuk menentukan kemasukan murid-murid
ke tingkatan 4 sama ada di Sekolah Berasrama Penuh (SBP), Sekolah Menengah
Kebangsaan Agama (SMKA), Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) termasuk Sekolah
Menengah Teknik (SMT) dan Kolej Vokasional. Di samping PT3, kemasukan ke sekolahsekolah tersebut juga menggunakan Ujian Psikometrik bagi memastikan pemilihan dan
penempatan murid bersesuaian dengan kemampuan dan minat mereka.

LAMPIRAN 5

Untuk memastikan PBS yand telah di tambahbaik ini dapat dilaksanakan dengan
berkesan dan seperti yang dihasratkan, KPM akan mengadakan taklimat secara

terperinci tentang konsep dan pelaksanaannya kepada pegawai-pegawai di Jabatan


Pendidikan Negeri, Pejabat Pendidikan Daerah, pentadbir dan guru-guru.
Latihan adalah satu aspek utama dalam memastikan guru dapat melaksanakan
pentaksiran. Oleh itu, KPM akan berusaha mengadakan latihan supaya guru memahami
konsep pentaksiran dan mengamalkannya dalam proses pengajaran dan pembelajaran.
Selain daripada itu, KPM juga akan mengadakan latihan bagi meningkatkan kemahiran
guru memeriksa jawapan murid.

Penambahbaikan PBS akan di laksanakan mulai April 1.

ISU sistem Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) ternyata meletakkan Kementerian Pendidikan
yang diterajui sendiri oleh Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam kontroversi
sejak beberapa minggu kebelakangan ini.
Kerana PBS, kerajaan, kementerian, Muhyiddin; Menteri Pendidikan II, Datuk Seri Idris Jusoh,
timbalan-timbalan menteri dan Ketua Pengarah Pendidikan diserang siang malam, termasuk warga
pendidik sendiri.
Meskipun rungutan dan keluh kesah sudah biasa kedengaran sejak sistem itu mula dilaksanakan
pada 1 Januari 2011, namun keadaannya tidaklah seteruk sekarang.
PBS dilaksanakan untuk menggantikan sistem peperiksaan yang sudah sekian lama diamalkan yang
disifatkan membebankan pelajar.
Sehubungan itu, PBS yang mempraktikkan pentaksiran secara holistik dalam menilai kemampuan

pelajar dianggap jalan terbaik untuk keluar daripada masalah itu kepada suatu corak pembelajaran
yang lebih baik dan sesuai dengan keperluan semasa.
Hampir dua tahun dilaksanakan, rungutan terhadap PBS mula disuarakan terutama daripada barisan
pendidik dan ibu bapa. Mana tidaknya, apabila guru-guru mula merasa terbeban dengan kerja yang
semakin banyak hingga terpaksa berjaga sampai ke subuh semata-mata untuk memasukkan markah
pelajar-pelajar dalam sistem yang didakwa terlalu lembab.
Menerusi sistem ini, prestasi pelajar tidak lagi dinilai melalui peperiksaan mahupun ujian sebaliknya
dinilai setiap hari oleh guru dan markah perlu dimasukkan dalam Sistem Pengurusan Pentaksiran
Berasaskan Sekolah (SPPBS).
Ibu bapa pula merungut kerana tidak tahu prestasi anak-anak mereka di sekolah. Jika A, B, C, D, E
dan F menjadi tanda aras pencapaian anak-anak mereka sebelum ini, kini tidak lagi.
Akibatnya, wujud kumpulan pendesak guru yang menentang pelaksanaan sistem pendidikan itu dan
merancang himpunan membantah PBS dan mendesak agar PBS dimansuhkan.
Sejak isu PBS menjadi topik hangat, pelbagai respons berbeza kedengaran daripada pihak
kementerian. Pada mulanya, yang banyak disebut hanya perkataan bersabar, akan dikaji semula
dan tambah baik. Namun akhirnya keluar juga perkataan tangguh.
Tahun lalu, Idris mengakui kelemahan sistem tersebut namun meminta kementerian diberikan masa
untuk mengatasi kelemahan itu. Malah beliau juga memberi jaminan bahawa pelaksanaan PBS akan
ditambah baik dari semasa ke semasa.
Awal bulan ini, Idris mengulangi kenyataan yang hampir sama, meminta guru-guru bersabar serta
memberikan masa kepada kementerian untuk melaksanakan sistem yang telah ditambah baik itu.
Di kementerian sekarang, kita sedang naik taraf sistem dengan penambahan server, integrasi
sistem, penggunaan platform yang baru dan migrasi data. Kita harap apabila sistem ini dibuka pada 1
April nanti, kita tidak lagi mempunyai masalah sistem.
Kita harap (guru-guru) bersabar kerana ada yang mula marah pada pelaksanaan sistem ini. Kita buat
perubahan, dalam membuat perubahan itu memang ada perkara yang tidak difahami oleh guru.
Mungkin kerana komunikasi, masalah sistem yang jammed, katanya yang dilihat kerap menuding
SPPBS sebagai punca permasalahan sedangkan yang ditentang kumpulan pendesak adalah sistem
PBS itu sendiri.
Tiga hari kemudian, Muhyiddin sendiri menyatakan bahawa kementerian telah memutuskan untuk
mengkaji semula PBS secara menyeluruh.
Sebelum ini, guru mengadu mengalami masalah untuk memasukkan data berkaitan pelajar ke dalam
sistem berkomputer PBS. Sehubungan itu kita menangguhkan pelaksanaan aspek itu sehingga April
tahun ini.
Hari ini (11 Februari) kita buat keputusan untuk kaji semula pelaksanaan PBS secara menyeluruh,
katanya selepas mengadakan perbincangan dan mendengar sendiri permasalahan guru di Putrajaya.
Susulan itu, Ketua Pengarah Pendidikan, Datuk Dr Khair Mohamad Yusof dalam satu pekeliling
menyatakan guru-guru tidak perlu meneruskan pelaksanaan PBS sehingga kenyataan mengenainya
dibuat kementerian dalam masa terdekat.

Idris bagaimanapun kemudian membuat kenyataan yang ternyata menambahkan lagi kekeliruan
apabila mengatakan PBS tidak akan dimansuh. Sebaliknya kata beliau, kementerian akan
mengumumkan bentuk dan pelaksanaan sistem baharu PBS pada 1 April ini.
Jika diperhatikan, perjalanan pelaksanaan PBS yang pelbagai versi disampaikan kepada warga
pendidik dan pelajar malah kenyataan daripada orang atasan kementerian juga tidak konsisten
hingga menyebabkan keadaan semakin kelam kabut, mana satu yang mahu diterima antara
kenyataan menteri yang juga timbalan perdana menteri atau menteri II?
Tinjauan di laman mikro Twitter pula mendapati, rata-rata pelajar dan ibu bapa keliru mengenai status
PBS itu sendiri terutama buat pelajar yang berada di tingkatan tiga. Persoalan mengenai peperiksaan
PMR masih menjadi persoalan hingga hari ini.
Tidak kurang juga yang mengkritik tentang tindakan kementerian seolah-olah memperjudikan masa
depan anak bangsa dengan pelaksanaan PBS yang tidak dikaji secara menyeluruh sebelum
dilaksanakan.
Memandangkan tarikh 1 April sudah diberi, marilah kita menghitung hari itu tiba dan nantikan apa pula
kata menteri ketika itu.
Mungkin tarikh 1 April akan dilanjutkan lagi sehingga Mei ataupun Jun seperti yang berlaku sebelum
ini.
Namun, kita mengharapkan yang terbaik dalam sistem pendidikan negara kerana kelangsungan
sistem itu adalah bakal pencorak masa depan bangsa sekali gus pewaris negara.

Sistem ini lebih banyak contra dari pro. Antaranya:


1. Penggunaan Band (band 1-6) menggantikan gred
peperiksaan (A-F) sebenarnya mewujudkan grey
area yg sangat besar bukan sahaja kepada parents
tetapi juga kepada murid itu sendiri.
Ini kerana cara penilaian pelajar tidak menggunakan
satu kayu ukur standard seperti peperiksaan. Ini

menyebabkan pelajar2 dari kelas corot boleh dapat


band 5 walaupun kaedah mereka dinilai tidak sama
seperti pelajar pintar yang dapat band 5 !
2. Sistem tanpa peperiksaan ini menyebabkan
pelajar yang malas belajar bertambah malas dan
pelajar yang nak belajar hilang motivasi kerana guru
perlu menilai pelajar mengikut tahap masing2. Kalau
1st test gagal, guru mesti buat lagi test lain sampai
pelajar itu lulus tak kiralah berapa banyak test pun
janji lulus. Jadi kemungkinan guru perlu
merendahkan tahap ujian hanya semata2 untuk
memenuhi level pelajar tersebut.
SEPATUTNYA pelajar yang perlu berusaha untuk
mencapai tahap yang dikehendaki, bukannya kita
merosakkan sistem untuk mengikut rentak pelajar.
3. Beban kerja yang melampau kepada guru
sehingga menjejaskan P&P. Katalah satu kelas ada
35 orang, maksudnya guru perlu menyediakan 35
evidence untuk kelas tersebut, darab la dengan
berapa kelas yang guru tersebut mengajar..beratus2
evidence nak kena siapkan. Bayangkan betapa
banyak masa yang terpaksa digunakan hanya untuk
melakukan kerja2 pengkeranian seperti mencetak
soalan, kerja2 memfail dan memasukkan data ke
dalam sistem !
Ya, ada yang kata sistem peperiksaan yang diamalkan

sekarang hanya menumpukan usaha kepada murid2


yang pandai sahaja dimana keutamaan adalah kepada
bilangan pelajar yang mendapat bilangan A terbanyak
dan kesannya, pelajar yang lemah diabaikan.
Setiap kali keputusan peperiksaan utama diumumkan,
berita yang menjadi tumpuan adalah sekolah mana
yang mendapat A teramai dan negeri mana yang terbaik
pencapaiannya, jadi tumpuan khas diberikan kepada
mereka yang dilihat berpotensi untuk menaikkan nama
sekolah/negeri melalui pencapaian A terbanyak ..... nah,
ini salah sistem atau salah pentadbir ?
Saya sering merujuk kepada KEPALA dalam sebarang
permasalahan dan begitu juga dalam kes ini. Kalau
KEPALA tidak mementingkan sekolah atau negeri mana
yang pelajarnya mendapat A terbanyak, apakah pihak
sekolah akan jadikan kriteris itu sebagai keutamaan ?
Kenapa tidak diterbalikkan ? Maksud saya, kenapa tidak
KEPALA hanya mengutamakan statistik berapa ramai
yang GAGAL ! ? Dan media pula hanya menghebahkan
sekolah dan negeri mana yang mempunyai peratusan
bilangan pelajar teramai yang GAGAL.
Baru kita tengok apakah pihak sekolah
akan berusaha mahu merebut gelaran Juara itu atau
berusaha supaya tidak dinobatkan sebagai Juara ....

Macam kes DEB juga ..... hampir semua bersetuju yang


DEB itu bagus cuma pelaksanaannya saja yang lemah.
Jadi DEB tidak perlu dihapuskan, hanya perbetulkan
pelaksananya.
Tapi apa yang kita dengar adalah kritikan2 dan tuntutan
yang mahu DEB dihapuskan, DEB pula yang perlu
dihukum bukannya pelaksananya yang cuai.
Samalah juga kes pendidikan ini ...... sistem yang
digunakan selama ini tidak salah tapi kenapa sistem itu
pula yang dihukum ?
Oya, negara mana yang boleh dijadikan contoh kepada
keberkesanan sistem PBS ini supaya dapat kita jadikan
perbandingan ?
NAMUN tidak salah jika kita mahu memperbaiki dan
memperkemaskan sistem yang ada. Cuma biarlah
mereka yang benar2 pakar dan faham saja yang terlibat.
Pemimpin2 kerajaan jangan pula nak berlagak pandai
dalam semua hal tanpa memperdulikan pandangan
mereka yang terlibat.
Ya, memang terdapat guru2 yang cuai dalam tugas tapi
saya percaya bilangan mereka tidak ramai. Itu masalah
disiplin dan boleh ditangani jika pentadbir telus dan
ikhlas. Mana mungkin dalam ratusan ribu warga
pendidik tidak ada yang senget.

Nak pelajar bagus, cemerlang akademik, sahsiah


dan segala bagai tapi hati dan perasaan guru2
langsung tak diambil peduli dan dijaga. Macam
mana guru2 nak mengajar dengan gembira jika
emosi mereka tertekan dan terbeban disebabkan
sistem yang tidak sempurna gara2 sikap culas dan
pentingkan diri para pembuat dasar/keputusan ?
Diharap kemelut ini dapat diselesaikan dengan cara
yang terbaik.
PS - Kenapa hati ini berat mengatakan yang tidak lama
lagi akan keluar satu kenyataan pengumuman PROJEK
menaiktaraf sistem internet seluruh negara supaya
dapat mengisi keperluan PBS ..... dan nilainya ratus2
juta RM ..... dan ia perlu disegerakan.
PS 2 - Saya copy satu lagi komen terbaru yang saya
terima di artikel sebelum ini Aku setuju ngan PBS. Aku cuma tak setuju guru
dikulikan untuk melakukan tugasan-tugasan yang
tidak munasabah selain P & P. Kembalikan guru
kepada tugas hakiki mendidik dan mengajar. Biarlah
kerja-kerja tambahan diserahkan kepada staf yang
dilantik khas dan staf tersebut mestilah ditempatkan
di setiap sekolah. Kita tak mau anak-anak kita
terjejas pembelajarannya kerana guru-guru penat
mengadap komputer sehingga larut malam.

Idea yang cantik seharusnya datang dengan


perlaksanaan yang cantik. PBS adalah satu cara
untuk membuka minda murid bahawa gerbang ilmu
itu sebenarnya lebih luas dari sebuah buku teks.
Murid yang corot masih ada nilai tersembunyi yang
dinamakan bakat terpendam. Bakat inilah yang
perlu dicungkil dan diasah di peringkat rendah lagi.
Suatu hari nanti diharapkan Malaysia akan
melahirkan ramai graduan yang mempunyai xfactor bagi mengurangkan masalah pengangguran.
X-factor itu dibentuk dan dibina hasil daripada
bimbingan berterusan guru-guru dari sekolah
rendah hingga menengah.

Luahan

Cikgu

Hasniza

Ibrahim

berkenaan

PBS

(Pentaksiran

Berasaskan

Sekolah) : Sebenarnya, boleh dikatakan ramai yang tidak setuju dengan cara
pelaksanaan PBS (Pentaksiran Berasaskan Sekolah) sekarang ini.

Selepas bertahun-tahun, masalah yang sistem yang tidak terurus dan carca merba,
akhirnya ramai guru sudah mula hilang sabar dan kurang yakin sistem SPPBS ini
(SEPERTI LAPORAN BERITA KHAS PBS DI SINI) dan golongan guru mahukan
Kementerian Pendidikan malaysia (KPM) bertindak segera menyelesaikan masalah
ini secepat mungkin. Sehinggakanada kumpulan guru bertindak melakukan

demonstrasi di depan bangunan KPM, Putrajaya dan mahu menyerahkannya


memorandum & mengajukan masalah ini kepada Perdana Menteri malahan Yang
Dipertuan Agong. Hasilnya?
Hasilnya, Presiden Suara Guru Masyarakat Malaysia (SGMM). Mohd Nor
Izzat Mohd Johari diarah bertukar sekolah.
Bukan semua guru bersetuju dengan cara perhimpunan ataupun demonstrasi bagi
menyelesaikan isu SPPBS ini. Ada yang memilih untuk menyuarakan pendapat,
luahan hati dan kritikan yang membina terhadap isu SPPBS melalui nukilan ikhlas
mereka sepanjang menjadi bahan eksperimen Kementerian Pendidikan Malaysia
seperti yang dilakukan oleh guru yang bernama Cikgu Hasniza Ibrahim melalui
100% artikel yang dikongsikan di bawah ini.

Kritikan & Kisah Benar Cikgu Hasniza Ibrahim Berkenaan Isu


PBS Bermula Di sini..
AssalamualaikumBersua kita dalam entry yang seriousSebenarnya takut jugak
nak tulisSebab kot-kot ada orang print letak atas meja pengarahdan-dan tu kne
tindakan tatatertib kena pindah Sabah ke mana gelap la jalan hidupku
Tapi
Bila

fikir

Pendapat

peribadi..

Takkan
Takkan
Sebab
Mungkin

xboleh
kita

xboleh

bercerita

kekadang
ada

kot
dan

dalam
terlepas

pandang

memberi
membuat
mana-mana

pendapat
tindakan
sisi

Maka kalau ada pendapat untuk ditambah baik bukankah lebih bagus?

Dan aku terpanggil untuk menulis ini juga adalah untuk membersihkan nama baik
tugas guru dari pandangan serong mereka-mereka yang selain dari kerjaya seorang
guru iya.. gambaran yang diberikan oleh sesetengah pihak seolah-olah bahawa
guru sangat teruk kerana hanya pandai mengomen dan tidak melaksanakan PBS

dengan betul.. sedih tau rasa macam sia-sia jek bertungkus lumus bersengkang
mata cuba sehabis daya untuk melaksanakan PBS tp di akhir cerita seolah-olah
cikgu ni apa pun xbuat dan bertambah sedih bila kenyataan itu dikeluarkan oleh
pihak yang sepatutnya membela nasib guru T___T

Makasekali lagi aku tegaskan..bahawa ini adalah pandangan peribadi


tanpa sebarang niat untuk menghasut apatah lagi nak ajak demo
gulingkan kerajaan bukan ok cuma nak cerita pasal Sistem SPPBS
(Pentaksiran

Berasaskan

Sekolah

PBS) dan

nasib

guru

kerana

dipersalahkan
Hanya untuk membuka mata bagi mereka yang tidak pernah tahu tentang PBS atau
mendapat maklumat yang salah

Ini adalah kisah benar dari aku yang telah menjadi pentaksir PBS malah pernah
memegang jawatan S/U PBS sebelum pindah aku guru sekolah menengah
mengajar Tingkatan 1,2 dan 3 kalau cikgu sekolah rendah aku xpasti bagaimana
pengalaman mereka diorang lagi la.. 2011 dah mula untuk budak darjah satu
(Ezry anak saudara aku la batch itu.. batch eksperimen xtau la mcm mna UPSR
dia nnt huhuhu~~).. maka cerita ini adalah sangat panjang kalau takut
julingjangan baca kalau ada niat tidak baik terhadap aku juga sila jangan
baca.. saya merayu supaya entry aku ini tidak disalahtafsirkan anggap je korang
baca ruangan komentar di mana2 surat khabar *(aku ada terfikir nak hantar kat
ruangan paper tutp mcm pendek sangat..nnt takut apa yang aku nak ceritakan
xsampai jadi tulis kat blog boleh panjang-panjang )

Kisah PBS Tahun 2011


Alkisah bermula pada penghujung 2011 apabila KPM mengumumkan bahawasanya
PMR akan dimansuhkan bermula 2014 maka bermula saat itukita diperkenalkan
dengan sistem Pentaksiran Berasaskan Sekolah atau singkatannya PBS
Pentaksiran untuk menggantikan penilaian.. PMR kan Penilaian Menengah
Rendah

Dari segi istilah..pentaksiran membawa maksud sila rujuk kamus dewan.. tapi
secara ringkas membawa maksud penilaian secara menyeluruh xfaham?

Begini kalau pelajar jawab silap kita bagi semula soalan tu untuk
dia jawab sampai dia boleh jawab dengan betul tiada istilah
markah bagus kan PBS ni? Hehehe.. itu baru maksud tak masuk
pelaksanaan lagi tu jeng jeng jeng

Makabermula penghujung 2011 semua guru yang mengajar menengah rendah


berasa suspen terutamanya guru-guru yang mengajar tingkatan 1.. ye la..tahun 2012
bermula pelaksanaannya..tapi satu maklumat pun tidak dapatyang diberitahu..
PBS ganti PMR

Kisah PBS Tahun 2012


Maka masuklah tahun 2012. masih tiada sebarang maklumat.. maka cikgu-cikgu
dengan penuh iltizam mengajar dengan penuh semangat seperti biasa
terkontang kanting tanpa sebarang maklumat antara PBS dan PMR sehinggalah
pertengahan Mac April 2012 wakil guru tingkatan 1 bagi setiap subjek bagi
setiap sekolah dipanggil untuk Kursus Penyebaran Maklumat PBS Tingkatan 1
Kursus selama 4 hari.. pulang dari kursus itu..setiap guru diwajibkan untuk memberi
taklimat kepada rakan-rakan guru subjek yang lain maka.. secara kesimpulan
akhir bulan April baru guru-guru mendapat maklumat tentang PBS antara yang
diberitahu ..

1) Tiada peperiksaan untuk pelajar 100% PBS

2) PBS dibahagi 2 iaitu PS = pentaksiran sekolah dan PP= pentaksiran pusat

Pentaksiran sekolah dilakukan oleh cikgu.. 100% cikgu mengikut DSP yang
dikeluarkan lembaga peperiksaan

DSP inilah yang dibahagikan kepada 6 band.. band 1 band 6

Band 1 paling lemahband 6 paling hebat

Dan setiap band ini dibahagikan pula mengikut deskriptor dan


evidens yang tersindiri. maka jadilah ia macam ini.

Ini evidens sains tingkatan 3 tahun 2014, diberi semasa penyebaran PBS Tingkatan
3 Oktober 2013.. masa tahun 2012..tiada benda macam ni cikgu kena analisis
sendiri DSP tu memang terawang-awang dengan pelaksanaan PBS pada tahun
tu

Pentaksiran pusat ialah tugasan yang akan diberikan kepada pelajar


oleh pihak Lembaga Peperiksaan pelajar akan diberi tempoh masa
tertentu untuk menyiapkan tugasan tersebut.

Konsep PBS 100% dibuat oleh pelajar tidak boleh dibantu oleh
mana2 individu untuk menyiapkan projek tersebut. sama ada PS
atau PP.

Maka setiap soalan itu tidak boleh diberikan kepada pelajar untuk
dijadikan kerja rumah semuanya harus disiapkan di dalam kelas

Waktu mengajar bagi satu masa dalam 35 minit- 40 minit berapa


minit masa yang diperlukan untuk pelajar menjawab evidens2 itu..?

Sekolah MRSM, SBP or sekolah yang budak pandai-pandai memang


tiada masalah

Tetapi

kalau

sekolah

yang

majoritinya

pelajar

berpencapaian

sederhana dan lemah bagi masa 30 minit untuk jawab tu pun


banyak kosong dari jawab.. ada sesetengah tu kosong je kertas tiada
jawapan..padahal baru je lepas ajar sebelum bagi soalan tu.. T___T

Jadi..

guru

menghabiskan

menghadapi
syllabus

konflik
dan

nak

di
bagi

antara
masa

nak

mengajar

untuk

pelajar

menjawab

Kalau setiap subjek ada 4 chapter je xpelah jugak ni 7-8 bab


mcm mna nak habiskan syllabus?

Macam mana nak pastikan pelajar dapat menjawab pentaksiran


PBS? Dah la evidens tu banyak.. korang tengok la sdiri gambar di
atas tu.. cuba kira berapa evidens semuanya tu baru cerita nak
laksanakan.. aku xmasuk bab merekod data lagi. huhuhuhu

Pentaksiran Pusat tak semestinya masa tingkatan 3 dia ada lampirkan jadual
masa form 1 subjek apa ada PP.. masa f2 subjek apa ada PP.. masa f3 subjek apa
ada PP Kalau tidak silap aku dalam tu tulis Sivik masa f1 bulan 7.. sains masa
f2 ada dalam file.. file kat sekolahdan result PP akan digabung dengan result PS
oleh lembaga peperiksaan

3) Setiap pelajar wajib mempunyai fail peribadi yang dikenali sebagai Fail
Perkembangan Murid didalam fail ini perli disimpan evidens pelajar dala fail tu
ada separator mengikut subjej.. evidens tu soalan2 yang diuji tadi tula cuba tengok
berapa banyak evidens yang ada bagi setiap pelajar.. itu baru subjek sains tak kira

lagi subjek lain untuk makluman semua.. semua subjek perlu melaksanakan PBS ;
BM, BI, SAINS, MATH, SEJ, GEO, PAI, PM, KH, PJK, SIVIK, PSV, elektif : bahasa
seperti B.ARAB, B.CINA & B. TAMIL dan MUZIK..

*2012 = guru diberitahu bahawa semua kena ada evidens untuk disimpan
di dalam fail perkembangan muridsebagai bukti pelajar tersebut telah
mencapai evidens tersebut. kalau soalan jenis oral soalan tu kne simpan
sebagai evidens pelajar bermaksud masih perlukan kertas.
Boleh korang bayangkan tak berapa banyak kertas yang perlu digunakan untuk
pelaksanaan PBS pada tahun tersebut????? Kementerian tak bekalkan kertas
pada sekolah..maka pandai-pandailah sekolah cari dana untuk tampung
kos pelaksanaan PBS (fail perkembangan individu & kertas untuk cetak soalan)
Maka adalah sesetengah sekolah terpaksa mengeluarkan surat kepada ibu bapa
memohon untuk membayar bayaran tambahan PBS dalam RM10-RM20 Maka ibu
bapa pun ramailah yang merungut sekolah ni tak habis-habis nak mintak duit
tengok,. cikgu jugak yang salah T____T dah la dipersalahkan oleh pihak ibu
bapa yang tak bayar tu ramai jugak. yang jadi mangsa guru kelas pelajar
Tingkatan 1 la masa tu bertambah satu lagi beban dah la nak mintak yuran
PIBG tu satu hal..tambah pulak dengan satu bayaran lagi T___T aku merasainya
sebab aku juga merangkap guru kelas tingkatan 1 pada tahun 2012 tu

4) Setiap kelas WAJIB mempunyai satu fail showcase dalam fail showcase tu ada
separator untuk setiap subjek.. fungsi fail ini ialah untuk simpans evidens terbaik
pelajar di dalam kelas itu bagi setiap subjek bagi setiap evidens

Contoh..

B1D1E1 = Rahman terbaik

B1D1E2 = Fatimah terbaik

Seterusnya sampaila semua evidens tu

Terbaik dinilai oleh guru.. kalau katakanlah satu kelas tu jawab semua betul.. maka
penilaian diambil kira mengikut kekemasan atau ketelitian pulak.. ha.. mcm tu la
kekdahnyapersoalannya

kita tunggu cerita aku yang dibawah bercerita mengikut sekuel


barulah lebih pemahaman..
5) Bila ditanya tentang f2 dan f3.. katanya..tunggu cikgu cerita form 2 kita tunggu
tahun depan.. yang tahun ni buat yang form 1. hurm..sedikit musykil kalau aku
kan..kita dah betul2 pprepare.. tanya la benda yang 4,5 tahun akan datang.. kita
boleh jawab kan sebab kita dah well prepared.. klu tak boleh jawab ni..nampak
sangat xde perancangan xgitu persepsi kita?

ok.. berbalik kepada cerita tahun 2012 bulan 4 guru2 tingkatan 1 disetiap dapat
taklimat maka berkelam kelibutlah semua.. tergagap-gagap bertatih-tatih nak
melaksanakan PBS ni kesimpulannya bulan 5 baru start masa tu bulan 5 kita
dah masuk bab 4 atau 5 dah kan.. tapi sebab PBS baru dijelaskan. cikgu2
terpaksa ulang semula dari bab 1 semata-mata untuk buat PBS jadi boleh bayang
tak macam mana kekelamkabutan kami pada tahun 2012 tu nak terkejar-kejar
laksanakan PBS.. dan syllabus ulang semula bab 1 pada bulan 5 boleh bayang
tak macam mana cikgu-cikgu terpaka bertungkus lumus untuk habiskan syllabus??
semuanya kerana pengenalan PBS yang agak tidak sistematik di situ

bayangkan aku S/U PBS bulan 5 nak kena uruskan fail pelajar tingkatan 1.. masa
tu dalam 120 orang orang seronok cakap cikgu cuti banyak.. aku masa cuti
sekolah bulan 5 tu seminggu aku berkampung duk uruskan fail PBS pelajar2
tingkatan 1 nikmat kan jadi cikgu.. cuti banyak? tu fail budak.. xkira lagi dengan
aku nak uruskan aku punya evidens yang mengajar ni dah la masa tu
mengandung 1st trimester nasib baik jenis xde alahan takpe..demi tugas dan
arahan yang dikeluarkan jabatan.. semua cikgu bertungkus lumus siapkan tugasan
yang diamanahkan. dan cuba sehabis daya untuk memastikan pelajar mendapat
band yang terbaik.. takut merosakkan masa depan pelajar iyelah KAMI

DIBERITAHU BAHAWA BAND DARI TINGKATAN 1 AKAN DICAMPUR


DENGAN BAND SEMASA TINGKATAN 2, DAN 3.. DAN LEMBAGA
PEPERIKSAAN AKAN GABUNGKAN DAN KUARKAN KEPUTUSAN
AKHIR MENGIKUT RUMUS MEREKA sebab itu setiap pencapaian pelajar
harus disimpan dilaman web SPPBs, Sistem Pengurusan Pentaksiran Berasaakan
Sekolah.

secara

ONLINE..

bala besar bagi setiap guru yang melaksanakan PBS. huhuhuhu~~


tapi

sebelum

aku

bercerita

tentang

SPPBS.

Aku nak bercerita dulu tentang cara merekod maklumat pentaksiran

ada 2 borang

Borang Transit

Borang Perkembangan Individu

Borang Transit

ini softcopy rekod transit untuk 1 kelas. (aku blackan nama pelajar aku atas akta
kerahsiaan hehehehe) borang mesti dalam bentuk hardcopy.. sebab dalam setiap

kotak evidens tu perlu dicatat tarikh bila pelajar tersebut mencapai atau menguasai
evidens tersebut. aku ulangi..catat tarikh bagi setiap pelajar. cuba kira berapa
orang dalam 1 kelas tu cikgu tak mengajar 1 kelas macam aku.. hah.. 5 kelas
boleh imagine tak..

bila nak tanda evidens?

bila nak tulis tarikh dalam rekod transit?

harus diingat pelajar WAJIB diberi peluang untuk menjawab ualngan 2 atau 3 kali
untuk memberi peluang dia menguasai evidens itu

BILA PULAK NAK BAGI BUDAK JAWAB SEMULA?? BILA NAK


MENGAJAR????
iye,, secara teori sangat simple.. perfect bagus yang amattapi cuba jadi pihak
pelaksana

macam

cikgubaru

korang

tau

senak

dan

berpinar

butir

mata..stressedcuba kira1 kelas katakanlah 25 orang (susah nak jumpa budak


sesedikit ini dalam kelas..banyak yang 30 ke atas )

Mengajar 4 kelas

25 x 4 = 100 orang pelajar

1 pelajar ada 60 evidens untuk dilaksanakan

cucba kira berapa banyak evidens yang seorang cikgu kena tanda..

100 x 60 = 6000.

aku ulangi

6000!!!!!
Itu kalau budak 25 orang sekelas la

kalau 38 orang sekelas mcm mna? tu Sains Tingkatan 1 tu yang 60


evidens. cuba kira yang Sains Tingkatan 3 dalam gambar yang awal2 tu
ada berapa evidens 122 evidens!!!
Adakah bila mengajar kelas PBS ni cikgu-cikgu jadual waktunya hanya 10 waktu
seminggu?? tidak.. sama jugak.. 22-28 waktu seminggu tidak memegang
sebarang jawatan si sekolah? xjadi guru tingkatan? tak jadi ketua panitia? tak terlibat
dengan kegiatan ko kurikulum? tak terlibat dengan 1M1S? jawapannyatidak sama
sekali.. Jadi guru pentaksir PBS tidak dikecualikan dari sebarang jawatan
dan aktiviti dan kadang2 tu siap kena pi kursus 2,3 ,4 hari 4 minggu pun
pernah jadi bila nak buat semua-semua ni? masa kita sama je 24 jam.. xlebih
tak kurang banyak tau kerja cikgu kat sekolah selain mengajar tambah dengan
PBS ni pulak memang tercungap-cungap
itu baru cerita rekod transit

tak cerita lagi Fail Perkembangan Murid dan Fail Showcase

kalau mengikut yang termaktud di dalam dasar pelaksanaan PBS

setiap evidens pelajar harus dimasukkan di dalam Fail


Perkembangan Pelajar.

buat satu masuk satu.

buat yang baru masuk yang baru.. yang lama kuarkan

aku ada 6000 evidens?? agak2 ada masa ke aku nak gi kuar masuk
evidens dalam fail tu? kalau ada masa nak kencing makan
sembahyang main dengan anak tu pun rasa patut buat sujud syukur
banyak2 dah tau

tak kira lagi pulak dari setiap evidens tu dalam 25 kena pilih yang terbaikbila nak
pilih2 tu? ada 3,4 or 10 evidens aku mampu kot nak pilih2 the best among 25 tapi
kalau 60 evidens kalu?? mampu???

Lihat gambar di atas ini, Nampak tak kesusahan para cikgu?? Untuk benda yang
tiada makna

Secara teori yang dibentangkan dalam dasar PBS memang aku akui sangat
bagus memang menyeluruh kalau boleh aku siap nak cadangkan lagi kalau
boleh kita bagi peluang kat pelajar tu biarlah jawab sampai beratus juta kali
pun..asalkan sampai dia mampu lepas pastu kalau boleh.. setiap eviden tu biar
pelajar jawab 3 kali.. baru menunjukkan pelajar itu benar-benar menguasai ha..
aku dah cakap kan.,. takat teori.. bentang dengan air liur..aku pun boleh bagi
cadangan berapi.. tak payah ada phd bagai pun tapi bila masuk bahagian
pelaksanaan.. korang rasa praktikal ke?

Kalau sistem yang macam ni.. dengan perekodan macam ni.. aku rasa kalau
applied kat universiti.. yang pangkat Professor pun tak tentu lagi mampu
buat sendiri ada tutor and RA ramai maybe boleh dilaksana.. tapi kat sekolah?
mati terjelir cikgu sorang-sorang . tapi yang terjelir smpai stressed smpai tak tidur
malamduk cuba buat selagi termampu..ada pernah orang hargai? ada pernah

orang nak ucap terima kasih?? takdenya. siap cakap salah cikgu, cikgu tak buat
kerja.. sebab tu PBS tidak berjalan sempurna .T____T
itu baru cerita perlaksaan dan merekodxmasuk part yang paling hangat
SPPBS yang aku dah sebut kat atas tadi.. Sistem Pengurusan Pentaksiran
Berasaskan Sekolah

semua pencapaian pelajar WAJIB dikeyin dalam website SPPBS


secara online sebab.. diakhir nanti.. lembaga ada rumus sendiri
untuk

mengularkan

band

pencapaian

pelajar

berdasarkan

pencapaian pelajar yang dibuat oleh cikgu tadi. dan bala pun
bermula.

sistemnya yang sangat teruk.. yang sungguh meminta dimaki


sumpah oleh semua pengguna

jammed.. xboleh bukak teruk sangat lah.. nak cerita pun tak
retilah tapi aku boleh bagi analogi

apa perasaan korang kalau nak bukak Facebook

1. masukkan ID masukkan password


2. pastu

dia

duk

loadingggggggggggggggggggggggggggggggggggggggggggggggggg
ggggggggggggggggggggggggggggggggggggggggggggggggggggggg
ggggggggdalam 15 minit pastu kuar semula suruh isi semula ID
dan password.
3. tiada apa-apa perasaan kan?
4. cuba bayangkan lagi 10 kali korang cuba..tapi hasil duk macam tu
jemasih xdapat log in
5. apa perasaan korang masa tu?
6. boleh bayang tak kalau korang cuba dari pukul 8.00 malam sampai
10 malam masih xdapat lagi log in
7. ada tak rasa unsur2 nak marah dan menyumpah??

ok..situasi kedua

1. korang nak log in Facebook


2. masukkan ID dan pasword
3. tungguuuuuuuuuuuuuu
dialoadinggggggggggggggggggggggggggggggggggggggggggggggg
gggggggggggggggggggggggggggggggggggg..

dapat

masuk

yeay..!!! happy. pastu laju2 taip comment kat wall kawan. tengah
duk taip..skali dia otomatik log out. dan korang kena log in
semula..

tunggu

loadingggggggggggggggggggggggggggggggggggggggggggggggggg
ggggggggggggggggg pastu kne tulis semula comments yang korang
dah tulis tadi
4. ada xperasaan enjoy di situ?
5. itu sekali kalau 10 kali korang duk ulang taip comments sama tapi
xberjaya send sbb terlogout
6. seronokkah rasa hati? ada tak rasa nak menyumpah seranah?
ok.situasi ketiga

1. korang log in.


2. masukkan ID dan password
3. yeay..laju jek boleh sign in..
4. happy terloncat2 rasa jiwa..
5. cepat2 reply comments orang tu..orang ni..
6. post kat wall orang tu..post kat wall orang ni..
7. share video ceraha UAI and Ustaz Kazim..
8. happy
9. tapi xtau kat mana silapnya
10. bila checksatu pun xde sebenarnya..

11. segala comments yang ko tulis xde..xkuar..xsave ke ape ko pun


xtau..
12. segala video yang ko share tadi xde pun..
13. apa perasaan? rasa sia-sia tak?
14. rasa hairan x dengan server Facebook??
ok.. dari pukul 8.00mlm 10.00 malam korang duk menghadapi Facebook dengan
masalah-masalahnya itu tadisekali ternampak kat Groupon ada sale kasut
Nike dari harga RM415 jadi RM89 masa tinggal 6 jamtry beli online skali ebanking xleh connect duk loading situ la.. xleh nak wat payment padahal masa
dah xlama dah untuk sale habis.

apa perasaan? happy? ceria? atau menggelabah, cuak dan rasa nak maki
orang? maki sistem bank la loqlaq. betui x?
Maka korang pun tutup la laptop.. pasrah nak tido tapi mata xleh tidur ni..duk
nampak kasut Nike tinggal beberapa jam lagi sebelum habis promosi nih. xleh tdo
yang amat.. whatsaap kawan habaq xlena tdo bank punya sistem gelong member
pun cakap..ha..dia dah berjaya beli kasut tu semalam.. dia kata dia bangun pukul 4
pagi.. elok jek sistem e-banking tu. korang pun apa lagi kan.. mestilah berkobarkobar kan..tambah2 kawan dah berjaya beli set jam.. pukul 4 pagi bangun untuk
beli kasut kat Gruopon

ok.. korang nak cerita happy or cerita sedih?

kalau cerita happy baca no 1 kalau nak cerita sedih.. baca no 2 dan no 3

bangun pukul 4 pagi boleh log in Groupon boleh buat payment


dapat la kasut Nike tu..

bangun pukul 4 pagi e-banking tu masih lagi membuat onar


maka melepaslah kasut Nike tu tahan pendam rasa je la dengar
cerita kawan2 yang sempat beli

tak terjaga so tak tau la klu bangun jadi orang yang berjaya beli
ataupun x

ok.. itu analogi aku.. kesemua analogi tu menggambarkan situasi para guru untuk
memasukkan

prestasi

pelajar

ke

dalam

SPPBS

Facebook benda laghajadi bila terjadi untuk hal kerja tension dan stressed dia
berganda2

tau

..

Groupon tu na maksudkan guru2 ada dateline..tapi sistem gelong susah


hati
aku

ooo
harap

memang
korang

xblh

faham

tdo
la

lenaotak

maksud

yang

senak
aku

cuba

dan

selirat

sampaikan

bukan sehari je tau menghadapi masalah untuk log in SPPBS tapi boleh dikatakan
sepanjang

tahun

jarang sangat la time dia ok untuk key in

Guru Berjaga 3-4 pagi


Waktu siang tu memang agak mustahil la kan.. sebab kita nak tanda evidens
lagi..nak rekodkan lagi..nak kuar masuk evidens dalam fail lagi tinggal waktu
malam je la. tapi tu la.. waktu prime-time memang susah nak dapat peluang
boleh key in..selalunya pukul 3,4 pagi. sebab xramai pengguna online..tu
yang server xgelong. tapi aku nak tanya.. masa kerja cikgu2 ke pukul 2,3,4 pagi
ni? ada kerja shift ek???? kalau kerja shift.. pagi esok tak payah pi sekolah dah
masuk malam esok pulak la kan patutnya..tapi tak kan..? pagi esok2 awal2 lagi dah
kena pi sekolah macam biasa.. dah tu.. bila masa rehat? ada 6000 evidens ni nak
kne tick dekat SPPBS tu satgi tak buat kan masa depan pelajar dipertaruhkan tu
yang pulun stay up semua cikgu anak kemana,..laki kemana

kalau takat satu malam je sistem gelong..xdenya orang bising

kalau takat satu malam je kena stay up 3,4 pagi..xdenya orang


bising

ni sepanjang tahun

dah r kalau bangun tu betul boleh key in xpe..

ni sistem still xleh key in..

kalau boleh key in pun..

sejam tu hanya utk key in 2,3 orang budak

apa perasaan korang kalau bukan Facebook dua jam..

hanya boleh view 2 kawan jek..

yang lain masa dihabiskan untuk loading..

rasa happy? bangun pukul 4,5 pagi nih

Macam aku cerita itu tahun 2012PBS start bulan 5kuar kat web SPPBS
tarikh akhir key in sebelum 31 Novembersenangkan kuar arahan..yang cikgu2 ni
macam orang gila dah.ye.. awal November lagi dah cuti sekolah..korang ingat
cikgu cuti tu maksudnya cuti la..

aku kena jaga STPM.

sesak jiwa raga

sebab siang mna nak boleh key in..jaga exam..

kena tunggu malam la..

kalau malam xleh?

rasa setiap saat tu nak duk ngadap laptop nak key in..

al maklumla aku guru kelas Tingkatan 1..

guru kelas lagi banyak nak kena key in..

aku yang pencapaian pelajar akademik dah

Sistem Lembap
Mai tang yang PAJSK kena key in maklumat Kelab/Persatuan, Sukan/Permainan
dan Unit Beruniform bagi sretiap pelajar kelas aku jaga macam aku cakap la
budak 35 orang kalau sistem laju macam Facebook takpe.. tapi sistem siput
sedut loading manjang tekanan perasaan sangat.. sebab kerja kita patutu
selesai dalam masa sejam dua jek.. tapi sebab sistem yang sangat tidak efisien
berminggu-minggu tak boleh nak siapkan pastu macam Unit Beruniform dia
punya sistem untuk key in xbetul.. petak nak tick tak kuardan naik nama cikgu
yang tak buat kerja wajarkah???

masa tu aku jadi S/U.. korang tak tau luluh jiwa bila pukul 7 pagi,..sorang cikgu
veteran call aku umur dia dalam 53 macam tu baya2 mak kita tak pun mak
cik-mak cik kita pukul 7 pagi.. di hari sabtu

cikgu X : nieza.. maaflah call pagi-pagi ni

aku : eh..xpelah..dah bangun dah..

cikgu X : ni..akak nak tanya.. SPPBS tu nieza boleh bukak x? akak try
bukak tadi..dari pukul 4 pagi akak try tapi xboleh ke komputer
akak yang rosak?

aku : eh..bukan.. memang SPPBS gelong saya pun try xboleh nak
log in

Pilu rasa hati oraang baya mak-mak kita.. yang tak berapa mahir
komputer..tapi mencuba sepenuh usaha untuk merealisasikan PBS sampai
berjaga malam padahal yang xbetul adalah sistem.. bukan komputer
dia xjadi kat mak korang korang tak rasa. dah la ada penyakit darah
tinggi bagaixmasuk lagi kes cikgu yang ada kanser buat chemotheraphy
semuasalah cikgu?

satu lagi

dah la server out

interface pun out

xmesra pengguna..

suka nak buat page..

nama pelajar jadi 2 page

pastu nak klik next page tu loading mcm biasalah.. klu gi sidai kain
sebaldi.. masuk semula xtentu dah siap loading.

pastu dah isi untuk nama budak tu

bila back..dia pi page 1 semula..

klik next page loading lagi

tension tau.. membazir masa!!!!

tu xkira lak evidens kena masuk ikut bulan..dah la sistem slow


macam siput terencat..

nak loading page bila tukar bulan tu pun satu hal..

pendek kata

interface tak mesra pengguna langsung

membazir masa!!!! sedangkan banyak lagi kerja lain nak buat nak
tanda evidens tu pun tercungap.. kerja2 rumah lagi bila time
online sistem nazak

aku nak print screen kat sini pun xde nak bkak sekarang SPPBS dah arwah
kenapa? tunggu aku cerita

jadi untuk 2012 mula2 kata 30 November pastu dilanjutkan sampai Januari

dan alhamdulillah semua settle..result pelajar daat dikeluarkan dan sungguh


mengecewakan

membuktikan bahawa PBS bermaksud Pandai Bodoh Sama

1) cikgu-cikgu sememangnya kurang yakin dengan PBS sebab tiada standardized


dan validity tu kurang. sebab 100% soalan disediakan oleh guru mata pelajaran
masing-masing.. korang rasa band 5 sekolah harian pencapaian rendah ni sama ke
dengan band 5 untuk pelajar SBP? adil x? kalau dibuatnya cikgu SBP strict cikgu
sekolah biasa xstrict untuk pemberiaan pentaksiran.. adil x? usah kata compare
dengan SBP dengan sekolah sebelah pun dah banyak perbezaan dengan kelas
sebelah pun dah banyak perbezaan betul x?

2) Tengok gambar di bawah..

masa taklimat macam canggih katanya SISTEM AKAN MERUMUSKAN


BAND PELAJAR ..
tau x rumusan dia macam mana? cuba tengok pelajar 1

dia menguasai semua evidens band 3 dan beberapa band 4

keputusannya : band 3

pelajar 2 ..

dia menguasai semua evidens band 3, kebanyakan bank 4 (2


evidens xmenguasai) dan beberapa evidens band 5

keputusannya : band 3

nampak

x?

takat nak buat kesimpulan macam tu..xpayah suruh sistem rumus..aku pun boleh
rumussedih tau rasa ditipu hidup2,,rasa kesian pada pelajarbetul x aku
cakap.. Pandai Bodoh Samaevidens2 yang band 4 dan band 5 yang dia buat
macam xmemberi maknausaha yang sia2

patutnya hardcopy.. ni soft copy sebagai contoh.. untuk beri penjelasan aku
sanggup bersusah payah print screen tu bukan result sebenar.. tu yg aku nak
tunjuk RUMUSAN yang kononnya canggih sangat

dan sebagai cikgu

aku pun xfaham dengan prestasi pelajar aku

kalau korang ada anak yang generasi PBS ni korang tau tak
pencapaian anak kotrang macam mana?

Pentaksiran Pusat ? xde bayang.. melangut je la cikgu kena bohong.. bukan takat
cikgu..budak2 f1 pun turut sama tertipu la jadinya

Komen pelajar pada tahun 2012

1)

xseronok

belajar.

semua

subjek

hari2

ada

soalan..

stressed.xfun langsung nak buat mcm mnacikgu kne pastikan


yang back dated tu semua dapat dicover huhuhu

2) cikgu2 jadi garang mana xgarangstressed ookk bebanan


kerja melampau2.

Kisah PBS Tahun 2013

Tahun ini pelajar tingkatan 1 2012 naik tingkatan 2 pelajar tingkatan 1 2013
masuk sesi alhamdulillah..cikgu2 kurang kekelamkabutan sebab boleh bermula
seawal bulan Januari tiada sebarang back dated maka tidak terkejar-kejar2
mengejar syllabus cikgu Form 2 masih teragak2 sebab tak biasa lagi.. cikgu Form
1 macam aku dah jadi proprp xpro sakit kepala otak oooo nak mengadap
evidens beribu2. even xbertulis..tapi nak rekod bukan senang seperti yang
diucapkan..cumaSPPBS masih menjadi masalah utamaxleh nak key in

Menjadikan cikgu2 makin hanginKalau tahun lepas dah hang nak masukkan data
PBS tingkatan 1 sahajaMaka buatlah persiapan cukup2 untuk menerima data2
PBS. Tingkatan 1 dan 2 2013 ni x..lagi teruk dari 2012Macam xlogik langsung
Main cadang je ke nak buat PBS ni? Xpernah kaji berapa ribu orang akak masuk
server? Xpernah kaji berapa ribu data akan disimpan dalam server? Ini kah lambang
sistem yang akan membawa perubahan besar kearah pembangunan negara yang
berdaya saing?

Siap error ape benda ntahnull data aku tnya abg ipar aku yang kerja IT apa
masud error tu katanya itu data overloadMenyirap rasa darah buat kerja
xde perancanganmcm tu lapastu susahkan semua orangpastu canang
cikgu laksanakam PBS betul2 cikgu key in lambat sebab tu server jammed
childish!!! Just know how to blame othersnever look upon yourselvesshame on
you
Danni msg terakhir aku tengok

Tutup terus dari hari tu smpai skrg. cikgu2 terbeban dengan tugas tahun lepas
yang xselesai dan tahun ini yang tak dapat dimulakan.Sebab April baru sistem
dibuka untuk key in yang tahun lepas (in case xsempat hari tu.. aku dah settle
tinggal Unif Beruniform yang gelong tu) tapi yang tahun ni xleh nak key in lagi
katanya lepas ni utk key in PBS bukan lagi di SPPBS tapi di SPS Sistem
Pengurusan Sekolah.. pasni aku cerita

Pentaksiran Pusat masih tiada bunyi,. maka kita buat anggapan sendiri masa
form 3 la tu Penilaian Pusat akan dilaksanakan..

Kisah PBS Tahun 2014


cikgu2 menjalankan PBS seperti yang diarahkan. Sistem untuk key in pencapaian
pelajar masih tidak dibuka..tunggu sehingga April.. maka marilah kita mengumpul
beban. xpe.. nasiblah jadi cikgu..

Pertengahan Januari aku diarahkan menjadi wakil Sains Matematik Tingkatan 3


untuk mendengar Taklimat Pelaksanaan PPMR. ha apekebenda PPMR ni
nilah yang exam ganti PMR Uiksss ada exam pulak???? hari tu kata
takde. hahahaha.. kejutan dimana-manahadir ke taklimat ini betul2 menghancur
luluhkan hati,. sumpah.. hati retak berkecai seribu..rasa tertipu..rasa sedih..rasa
marah..rasa geram..semua rasa bercampur baur apabila pemberi taklimat
memberitahu
Keputusan PBS Tingkatan 1 akan diprint semasa tingkatan 1, PBS Tingkatan 2
untuk tingkatan 2 PBS Tingkatan 3 untuk Tingkatan 3 tidak akan digabungkan
Lembaga tidak pernah mengeluarkan kenyataan bahawa PBS akan digabung

kalau dapat dengar hati aku pecah. memang bergegar dewan tu

rasa usaha selama ini sia2 ..

ditipu oleh suatu sistem yang tidak dirancang sebetul-betulnya

yang jadi sekarang..

pusing-pusing

tengok result PPMR tu jugak

yang ada exam ( 1 PAPER/ 2 JAM)

B. Melayu

B. Inggeris

Sains

Matematik

B. Arab/B.Cina/B.Tamil

yang ada oral

B. Melayu

B. Inggeris

Pelbagai Item (ala-ala kerja kursus)

Sejarah

Geograf

P.Agama Islam

Pend. Moral

K. Hidup

PSV

PJK

Sivik

Muzik

Keputusan dalam bentuk A,B,Cdah tu apa beza dengan PMR? Mana ciri PBSnya?
kenapa tak guna band?? Apa gunanya PBS yang sedia ada??????????

Bila ditanya macam mana bentuk soalan.

Jawapannya masih dalam perbincangan.

Bulan 10 nak laksana tp ape pun xdecide lagi.

Cemerlang kan sistem baru ni.

Tapi kalau BM & BI paper 2 jam nak uji ape? Kalau nak suruh tulis satu
karangan 200 perkataan pun mau ambik masa sejam setengah kotJadi pendapat
kalian Penilaian

mana

yang

lebih

berkesan..PMR

yang

soalannya

lebih

menyeluruh..??? Atau PPMR yang skop sangat kecil?

Agak2 kalau nak masuk SBP or MRSM diorg utamakan result PPMR atau
PBS setiap tahun? ya..aku tau SBP and MRSM akan guna exam diorg sendiri itu
utk kelayakan.. maksud aku utk tawaran..diorg akan refer result mana??????? aku
xdelah bodoh sangat untuk diperbodohkan sebegitu rupaagak-agak kalau nak
streaming aliran masa tingkatan 4 nnt kita akan refer result mana? jadi apa guna
PBS?? saja suka2 bagi cikgu buat kerja lebih????
bila tanya kenapa tak gabung yang PBS..

JAWAPANNYA : kita tau PBS ni dijalankan oleh cikgu2.. maka kebolehpercayaannya


adalah rendah (lebih kurang macam ni la maksud ayat dia..ayat betul aku lupa
sebab

hati

remuk..hampir

mengalir

air

mata

sebab AKU

YANG

MELAKSANKANNYA..AKU YANG TAU SUSAH PEDIH JERIH. tukang


cakap tau ape hanya tau keluarkan surat nak datang pantau..nak datang pantau
datang pantau xmembantu langsung tau tak hanya menambah beban yang telah
sedia terbeban.. kalau nak membantu meh.. mai sekolah..duduk sekolah 3
bulan ambik jadual waktu sama macam cikgu.. masuk kelas mengajar dan
laksankakan PBS serentak.. cuba tunjukkan kami contoh yang sebetul-betulnya
untuk menjalankan PBS ni.. kan duk heboh kat orang cikgu tak pandai buat.. ha.. sila
beri tunjuk ajar

kenapa ajar sains kena banyak buat eksperimen? nak bagi pelajar
mempunyai pembelajaran bermakna

maka..mari tolong buat amali PBS ..supaya kami cemerlang


terbilang tip top

jadi

ajari

lah

kami kerana

kami

sanggup

belajar

demi

memartabatkan pelajar kami..aset kami pelajar kami..

kami mahu yang terbaik untuk pelajar kami..

Dan kalau dalam erti kata mahu yang terbaik untuk pelajar kami..kami rasa PBS
bukan yang terbaik

dan minggu

lepas

ada

taklimat Pentaksiran Pusatlain

dah

jadinya

GEOGRAFI, PJK, PSV, KH, SIVIK tiada pentaksiran pusat.. hanya


Pentaksiran Sekolah semata-mata

lalang kejap macam tu.. kejap macam ni..

tapi masih tidak mahu mengakui kelemahan sendiri

=> dan kami cikgu ada hati dan perasaan..jangan cuba menutup kesalahan sendiri
dengan mengeluarkan fakta2 yang mengguriskan hati kami

1) PBS dilaksanakan sebab nak memastikan cikgu2 ajar apa yang sepatutnya diajar
kepada pelajar,, sebab tu cikgu kena rekod setiap evidens apa? sebelum PBS ni
cikgu2 xmengajar ke? budak dapat result cemerlang tu hasil cikgu masuk baca
paper dalam kelas? hasil cikgu balik pukul 2.00 petang pastu tidur?

2) PBS diperkenalkan sebab sistem pendidikan kita terlampau exam oriented


ye..menuding jari memang senang.. tapi pernah terfikir tak kenapa dengan begitu
drastik bertukar menjadi exam oriented berbanding pengajaran berkesan sebab

tiap2 kali exam..

kena htr result ke PPD.. ke JPN..

kalau result terus.. cikgu yang kena..

kalau tahun ni peratus meningkattahun depan kena pastikan


meningkat lagi target kena tinggi..

sampai budak yang xleh membaca pun kne target C LOGIK?


angkara

siapa

yang

sistem

pendidikan

kita

menjadi

exam

oriented???

tak cukup dengan tu.. buat pulak insentif baiah tak baiah klu
result bagus. sekolah dapat ganjaran.. pengetua arah buat
program.. yang terthantuk tergadah cikgu2 tak ke menjadi exam
oriented tu sebab nak tingkatkan prestasi..salah siapa??

Saya suka PBS sebab cikgu2 xterbeban yang benda2 exam oriented tu la.. xde
kena buat head count.. galus halus xde nak kena report berapa orang cemerlang
berapa orang lemah masuk kelas mengajar. habiskan syllabus.. benda2 yang
menjadikan sistem pendididkan kita exam oriented tu xdetapi kenapa kalau ada
PMR dan SPM jek mesti nak kena buat semua-semua2 tu? itulah yang menjuruskan
kepada exam oriented xkan benda simple macam tu xde orang perasan??

PBS ni pun xde lagi la sebab xstart lagi PPMR

tunggu tengok tahun depan..

mesti dah ada la tu target la..headcount la.. untuk PPMR

SO.. mana yang xnak exam oriented tu???

Dan saya xsetuju PBS. Sebab kalau hari ni budak tu boleh jawab..
maka dia dah menguasai..

Kalau esok kita tanya and dia xtau.. kita xde hak nak tarik semula..

Dia dah menguasai..sebab tu budak generasi PBS ni malas study


xde makna katanya

Dah habis jwb PBS lompat2

bila tahun ni baru tau nak ada exam..cikgu yang risau

boleh ke diorg cover yang f1 dan f3sedangkan masa diorang f1


2012 hari tu..

kita cakap.

KAMU TIADA EXAM..100% PBS

waaaaahhhxsangka panjang berjela-jela aku tulis

asalnya nak key in maklumat pelajar di SPS..

Sistem dah gelong..

xtau la pasni kalau nak key in PBS kat server SPS

bala apa pulak nak jadi aku tak tau la

Maaf andai tulisan ini membuatkan sesetengah individu berasa tidak selesa..tapi
izinkan saya untuk meluahkan apa yang majoriti kami rasakanmungkin ada
banyak fakta yang saya tertinggal..tapi ini cerita serba ringkas apa yang saya lalui
dan rakan-rakan saya lalui..

Bagi aku.. PBS bukan isu politik sebab tu


aku kekadang rasa hangin jugak bila isu ini cuba dipolitikkan oleh pembangkang
nak berdemo berarak ala2 bersih.. merapu!!! Lagi banyak masalah timbul adalah..
dan aku jugak hangin dengan kerajaan yang ego xmo mengaku gopoh dalam
melaksanakan PBS nak tarik balik takut dikatakan tunduk pada pembangkang
padahal ini bukan politik la pi mansuh ISA xpe pulak.. yang tu lagi bahaya dan
banyak kesan buruk tau berbanding mansuh PBS kekadang menyampah tau
hidup kat Malaysia nisegala benda nak dipolitikkan
Isu sebenar adalah melibatkan Kementerian Pelajaran dan Lembaga Peperiksaan
demi masa depan generasi akan datang tolong mansuhkan PBS xde orang nak
caci maki orang berterima kasih adalah

Cukuplah membazir masa, dan tenaga para guru dan wang kerajaan

Hayatilah gambar ini xsemua tu.. sebab ada lagi dasar2 baru tapi kesimpulan
setiap jabatan kemukakan idea utk KPI masing2. yang tanggungCIKGU
T____T

P/S: PPSMI dimansuhkan dulu aku sedih tau semua kerana sikap gopoh KPM
padahal hasil yang pure PPSMI baru darjah 6 .. xtercapai hajat Tun M..

P/S: Sangat berharap agar suatu sistem yang benar2 bukan exam oriented dan tidak
terlampau

membebankan

guru

dan

sistem

yang

senang

diakses

dapat

diperkenalkan. Saya sayang setiap pelajar saya saya sedih sekiranya


masa depan mereka dipertaruhkan demi satu eksperimen yang tiada
persediaan kesian mereka dari darjah 1-darjah 6 belajar dalam english
{PPSMI}.. Elok naik form 1 semua tukar dalam BM pastu jadi bahan eksperimen
PBS
KPM tidak belajarkah kesilapan gopoh PPSMI dahulu dan ulanginya sekali lagi
dengan PBS Yup..!!! GOPOH adalah perkataan yang sesuai. sepatutnya tunggu
generasi PBS dari sekolah rendah naik ke sekolah menengah barulah dilaksanakan
di sekolah menengah ini semua mau cepat GOPOH sebab tu tiada
perancangan dan sentiasa berubah-ubah dasarnya

PENTAKSIRAN BERASASKAN SEKOLAH


(PBS) TANGGUH
23 FEB : Pelaksanaan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) ditangguhkan sehingga ia dimuktamadkan oleh
Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dalam masa terdekat.

Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Dr Khair Mohamad Yusof, dalam satu kenyataan berkata, kajian menyeluruh
mengenai pelaksanaan PBS sedang dijalankan dan cadangan penambahbaikan akan dikemukakan kepada
Menteri Pendidikan, Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk keputusan.
Berikut kenyataan penuh Dr Khair Mohamad.

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) amat


memandang serius mengenai isu bebanan tugas yang dibangkitkan oleh guru-guru dalam pelaksanaan
Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) di samping pandangan akan kesannya kepada murid. PBS merupakan
dasar yang melibatkan pentaksiran secara menyeluruh (holistik) terhadap pencapaian murid. Dalam hal
pelaksanaannya, KPM sentiasa terbuka dan telus terhadap sebarang rungutan, komen, pandangan, kritikan
daripada guru-guru dan masyarakat.
Sehubungan dengan itu, selaras dengan arahan YAB Menteri Pendidikan supaya KPM membuat kajian
menyeluruh mengenai pelaksanaan PBS, pihak KPM telah mengambil inisiatif meneliti semula pelaksanaannya
agar dapat mengurangkan bebanan tugas guru. Kajian dan penelitian ini difokuskan kepada rombakan terhadap
perkara-perkara yang melibatkan kekerapan guru-guru memasukkan data-data berkaitan eviden dan pencapaian
murid yang termasuk juga pengisian borang-borang perekodan prestasi murid yang boleh membebankan guruguru.
Di samping memastikan kajian dan penelitian tersebut dilaksana secara berkesan, KPM juga telah mengambil
langkah-langkah segera bagi menanganinya seperti berikut;
Menangguhkan taklimat PBS di peringkat sekolah rendah dan menengah seluruh negara bermula pada 17
Februari 2014 bagi mengelakkan kekeliruan terhadap pelaksanaannya.
Mengadakan perbengkelan yang melibatkan guru-guru termasuk kesatuan-kesatuan guru dalam usaha
penelitian dan kajian semula terhadap pelaksanaan PBS. Bengkel tersebut telah dilaksanakan pada awal dan
pertengahan bulan Februari 2014 dan hasilnya akan dibentangkan semula kepada KPM dalam tempoh terdekat.
Menubuhkan Jawatankuasa Task Force PBS di peringkat KPM yang mengadakan mesyuarat setiap minggu bagi
meneliti dan menilai perkembangan setiap tindakan terhadap penelitian PBS.
Mewujudkan War Room PBS di peringkat KPM untuk menangani isu-isu berbangkit berkaitan pelaksanaan PBS
dengan segera dan berkesan termasuk membuat maklumbalas segera mengenainya dari semasa ke semasa;
dan usaha-usaha penambahbaikan terhadap capaian Sistem Pengurusan Pentaksiran Berasaskan Sekolah
(SPPBS) juga sedang dilaksanakan di peringkat KPM bagi memastikan guru-guru boleh mengakses sistem
tersebut secara lebih mudah dan berkesan.
Kesemua tindakan tersebut diambil adalah bagi memastikan setiap elemen pelaksanaan PBS dapat memberikan
taksiran secara holistik terhadap murid dan dalam masa yang sama dapat mengurangkan bebanan tugas guru
yang melaksanakannya.
KPM akan memaklumkan hasil penelitian dan kajian semula berkaitan hal ini termasuk tindakan selanjutnya
terhadap pelaksanaan PBS setelah YAB Menteri Pendidikan berpuashati dengan penambahbaikan yang
dicadangkan dengan mengambilkira dapatan kajian terbaru KPM, rungutan para guru dan pandangan
masyarakat termasuk oleh Suara Guru Masyarakat Malaysia (SGMM).

Buat masa ini guru-guru tidak perlu meneruskan pelaksanaan PBS sehingga satu kenyataan mengenainya
dibuat oleh KPM dalam masa terdekat.
Terima kasih.
Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia

Você também pode gostar