Você está na página 1de 6

Apakah itu Radio Amatur?

Sepuluh Perkara yang anda perlu tahu berkenaan Radio Amatur


(dipetik dari risalah MCMC)
Radio Amatur atapun juga dikenali sebagai Ham Radio ialah hobi berkenaan
membina, menguji-kaji dan berkomunikasi melalui radio.
Pengguna-pengguna Radio Amatur ini saling berhubung dengan rakan-rakan mereka
seluruh dunia melalui beberapa set-set frekuensi radio yang telah ditetapkan.
Bilakah Radio Amatur bermula?
Sejarah Radio Amatur ini telah bermula semenjak perhubungan radio digunakan.
Pada tahun 1912, Kongress Amerika Syarikat telah meluluskan undang-undang
pertama bagi mengawal selia pemancaran radio di Amerika Syarikat. Bermula 1914,
pengguna Radio Amatur telah mula berkomunikasi dan mengadakan satu system
penghantaran mesej di antara mereka. Di Malaysia, radio amatur merupakan titik
bermulanya perkhidmatan radio komersil.
Apakah yang boleh saya lakukan dengan Radio Amatur?
Tidak seperti teknologi perhubungan lain, Radio Amatur membolehkan anda
berhubung dari mana-mana tempat, pada setiap masa! Pada waktu-waktu
bencana, Radio Amatur amat berguna, terutamanya kepada agensi-agensi
penyelamat. Pada ketika lain, anda juga kadang kala boleh bercakap dengan para
angkasawan atau membalikkan isyarat dari bulan! Anda juga boleh menghantar fail
ataupun gambar secara digital. Adakah hobi lain yang menyediakan sebegitu ciri
sepertinya?
Saya sentiasa sibuk. Adakah saya masih boleh menikmati hobi ini?
Sudah tentu! Hobi ini tidak terikat kepada sesuatu masa, tempat dan pendapatan
seseorang. Memandangkan ianya mudah dikendalikan, ramai yang sentiasa sibuk
mendapati ianya seronok digunakan dan mengurangkan tekanan selepas seharian
bekerja. Anda dan juga keluarga anda juga boleh menikmati dan mempelajari hobi
ini.

Apakah perbelanjaan yang diperlukan bagi hobi ini?


Sebuah radio bersaiz telapak tangan yang baru mungkin sama harganya dengan
satu TV 19 inci yang berkos rendah. Radio yang lebih besar adalah sama kosnya
dengan satu komputer.
Selain dari itu, bahan-bahan pembelajaran berkenaan Radio Amatur adalah
berpatutan dan yuran peperiksaan bagi mendapatkan Sijil Perakuan juga adalah
rendah.
Secara alternatif, sekiranya anda cenderung untuk menguji-kaji, seperti
kebanyakaan pengguna Radio Amatur atau Ham Radio, anda boleh membuat unit
Ham Radio anda sendiri.
Siapa yang boleh membantu saya?

Kelab-kelab Radio Amatur terdapat di seluruh Malaysia dan bersedia untuk


membantu anda. Ada di antara kelab-kelab tersebut mempunyai halaman web yang
mengandungi maklumat mengenai hobi tersebut.
Bagaimana saya boleh menjadi seorang operator Radio Amatur?
Hanya mereka yang telah diperakukan boleh mengendalikan sesuatu alat Radio
Amatur. Bagi mendapatkan Sijil Perakuan, anda haruslah warganegara Malaysia
berusia 14 tahun ke atas dan lulus ujian-ujian berikut:
* Ujian Teori Radio dan Kefahaman Peraturan Radio bagi Sijil Perakuan Kelas B;
atau
* Ujian Kod Morse dan ujian-ujian teori dan radio di atas bagi Sijil Perakuan Kelas
A.

Siapakah yang mengeluarkan Sijil Perakuan itu?

Sijil Perakuan tersebut dikeluarkan oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia


Malaysia kepada mereka-mereka yang telah lulus ujian yang diadakan.
Adakah saya perlu membayar yuran?
Ya, Sijil Perakuan tersebut haruslah diperbaharui setiap tahun. Yuran tahunan bagi
Sijil Perakuan Kelas A adalah sebanyak RM36 dan bagi Sijil Perakuan Kelas B,
yurannya adalah RM24 setahun.
Apakah yang boleh saya pelajari sebagai permulaan?
Anda boleh memulakan pelajaran anda dengan mempelajari fonetiks abjad yang
digunakan oleh pengguna-pengguna Radio Amatur di seluruh dunia!
Abjad yang----------------Kod digunakan------------------Cara sebutan
A-------------------------------Alfa--------------------------AL FAH
B-------------------------------Bravo------------------------BRAH VO
C------------------------------Charlie-----------CHAR LEE atau SHAR LEE
D-------------------------------Delta-------------------------DELL TA
E-------------------------------Echo-------------------------ECK OH
F-------------------------------Foxtrot----------------------FOKS TROT
G-------------------------------Golf-------------------------GOLF
H-------------------------------Hotel------------------------HOH TEL
I--------------------------------India------------------------IN DEE AH
J-------------------------------Juliet----------------------JEW LEE ETT
K------------------------------Kilo--------------------------KEY LOH
L-------------------------------Lima------------------------LEE MAH
M-------------------------------Mike------------------------MIKE
N-----------------------------November-----------------NO VEM BER

O------------------------------Oscar------------------------OSS CAH
P------------------------------Papa-------------------------PAH PAH
Q------------------------------Quebec----------------------KEH BECK
R------------------------------Romeo-----------------------ROW ME OH
S-------------------------------Sierra----------------------SEE AIR RAH
T------------------------------Tango-----------------------TANG GO
U------------------------------Uniform------------------YOU NEE FORM
V------------------------------Viktor-----------------------VIK TAH
W-----------------------------Whiskey---------------------WISS KEY
X-----------------------------X-Ray------------------------ECKS RAY
Y-----------------------------Yangkee---------------------YANG KEY
Z-------------------------------Zulu----------------------ZOO LOO

Kod Etika Ahli Radio Amatur


1. Berjiwa Perwira
2. Setia
3. Progresif
4. Ramah Tamah
5. Berjiwa Seimbang
6. Patriotik
Q-code
Berikut disenaraikan sedikit Q-code yg diterima pakai utk kegunaan
komunikasi di repeater.
QRA : Nama stesen/handle anda
QRK : Tahap jelas pancaran(R1-R5)
QRL : Frekuensi sedang digunakan @ sibuk
QRM : Ganguan dari stesen lain
QRO : Tingkatkan kuasa pancaran @ High power
QRP : Rendahkan kuasa pancaran @ Low power
QRT : Berhenti memancar
QRU : Sekian sahaja dari saya (mesej)

QRV : Anda sudah bersedia @ saya sudah bersedia


QRX : Berhenti utk seketika @ akan kembali semula pada (masa) @
standby
QRZ : Siapa yg memanggil
QSA : Kekuatan signal (S1-S9)
QSP : Menyampaikan mesej
QST : Perhatian semua stesen
QSY : Bertukar (pancaran) ke frekuensi lain
QTH : Lokasi anda
QTR : Masa (jam)
QRG : Frekuensi / jalur
The Q Code used by Amateurs
QRL - Frequency in use/buzy
QRM - Interference from other station
QRN - Interference from static/electrical equipment
QRO - High power
QRP - Low power
QRS - Send more slowly
QRT - Closing down
QRU - Thats all from me
QRX - Standby
QRZ - Who is calling me
QSL - Confirmation of info/QSL card
QSO - Contact between stations
QSY - Change frequency
QTH - Location
Jargon dan slang yg lazim digunakan dlm QSO:
73 : bermaksud Salam MesraSalam bahagia/salam sejahtera
Apabila Operator Radio Amatur selesai berintraksi melalui radio,
Operator lelaki akan menyebut 73 kepada Operator lelaki melalui peranti
dengan suara atau menggunakan kod morse.
88 bermaksud Ciuman Mesra Ditujukan hanya untuk Operator Wanita
sahaja. Hi hi.
jalopy : kereta
XYL : Isteri

YL : Wanita tanpa mengira umur


Harmonic : Anak
WX : Keadaan cuaca
Sumber : Suruhanjaya Telekomunikasi dan Multimedia Malaysia -->
www.mcmc.gov.my

Você também pode gostar