Você está na página 1de 1

ANDA TERTIPU

Apakah tujuan hidup ini sebenarnya? dan apakah cita2 anda.


Allah swt telah berfirman bahawa : Tidak aku jadikan manusia dan jin itu melainkan untuk
beribadat kepada Ku.
Tujuan hidup kita sebenarnya adalah untuk melakukan apa sahaja perkara asal saja perkara itu
tidak bertentangan dengan kehendak Allah. Iaitu melaksanakan perintahNya dan meninggalkan
laranganNya.
Cita2 apakah yang paling tinggi.
Anda bercita2 mendapat pangkat dan kedudukan yang tinggi didunia atau pangkat anda tidak
tinggi tapi wang yang ada banyak dan cukup atau melebihi untuk anda dan keluarga atau hidup
kekal abadi di dalam syurga yang nikmatnya tidak pernah dilihat oleh mata dan tidak pernah di
dengar oleh telinga dan hidup kekal terus dengan nikmat yang diberikan Allah 100%.
Justeru itu,
apa yang jelas ialah cita2 yang pertama dan kedua inilah yang direbut2 oleh kebanyakan manusia
termasuklah orang Islam sendiri.Sedangkan saham atau tindakan mereka untuk menempatkan diri
merekake dalam syurga begitu diremehkan atau ala kadar sahaja. Adakalanya mereka tidak
mengindahkan langsung, menentang atau membenci terhadap usaha2 ke arah jalan untuk
menegak Islam di bumi ini.
Sedangkan syarat untuk mendapat kedudukan kita kekal di syurga itu adalah dengan bersama
menegak atau memakmurkan agama Allah itu.
Inilah yang dikatakan manusia ditipu oleh syaitan dan iblis sebagaimana permintaannya kepada
Allah,supaya memberi ia tempoh untuk menyesatkan anak cucu Adam.
Dan mereka yang benar2 sedar tentang perkara prinsip ini atau ingat dalam erti sebenar tujuan
hidup ini adalah sangat sedikit.
Semoga kita sama-sama menginsaf diri kita sebelum terlewat, kerana syurga yang dijanjikan
Allah itu sangat-sangat mahal dan sedangkan iblis dan syaitan pula setiap saat menghasut hati2
kita supaya lalai dalam mengerjakan amal-amal yang soleh dan sibukkan diri untuk mengejar
habuan dunia yang jangka pendek ini.
Ditakdirkan tengah2 kita mengumpul2kan harta dan kedudukan, ajalpun sampai, pada masa itulah
nanti kita akan berkata, alangkah baiknya aku sempat mendermakan sebahagian besar harta ku
untuk akhiratku, alangkah baiknya dulu aku sempat belajar ilmu akhirat dengan sepenuhnya. Di
sinilah penyesalan yang tidak berguna lagi, kerana tuhan tidak akan mengembalikan kita ke dunia
lagi, setakat mana yang kita buat untuk amal akhirat itulah yang akan dibawa.
Sekian, semoga sama2 kita menginsafi perkara yang paling prinsip ini.
From: insaf@pkrisc.cc.ukm.my

Page 1 of 1

Você também pode gostar