Você está na página 1de 2

Tajuk Artikel

Will Robots Take Our Jobs? This Is What Economists

Think
Nama Penulis

Moshe Y.Vardi, Professor of Computer Science, Rice

University
Terbitan

: 8 April 2016 (Jumaat)

Dalam artikel ini mengulas isu kemajuan teknologi moden yang semakin
berkembang

memberi

kesan

kepada

bidang

perkerjaan

dan

mempengaruhi golongan pekerja. Berdasarkan isu yang dibangkitkan oleh


penulis ini adalah releven berdasarkan perkembangan teknologi moden
yang berlaku ketika ini yang telah mengubah permintaan pekerja,
kemahiran

pekerja,

kandungan

dan

struktur

susunan

kerja

serta

menghasilkan perhubungan yang baru dalam industri.


Perkembangan teknologi yang semakin berkembang memberi kesan
kepada

bidang

Penggunaan

pekerjaan

sistem

dan

robotik,

mempengaruhi
automasi

kilang

golongan
dan

pekerja.

pengawalan

berkomputer telah meluas dalam bidang pengeluaran. Bagi sektor bukan


pengeluaran pula, teknologi maklumat menjadi teknologi baru yang terus
pesat bagi perkhidmatan awam dan swasta. Teknologi yang pesat akan
mempengaruhi susunan kerja dan membentuk perhubungan kerja yang
baru. Contohnya, automasi akan mengakibatkan "deskilling".
Hasil dapatan

rumusan yang dilihat daripada golongan berfikiran

kritis pula bimbang akan kelebihan dan perkembangan teknologi ini. Bagi
mereka, teknologi akan mengakibatkan kehilangan pekerjaan. Apabila
pengautomasian berlaku, kerja akan dilakukan oleh mesin dan robot untuk
menggantikan tugas manusia. Hal ini demikian kerana penggunaan mesin
mengurangkan kos operasi. Oleh itu, banyak juga pekerja akan dibuang
dan pengangguran terus meningkat.

Jika dilihat daripada perkembangan sudut yang lain juga, teknologi


tidak hanya mempengaruhi pekerja tetapi juga majikan dan industri,
faktor hubungan kuasa antara buruh dan majikan harus ditelitikan dalam
perbincangan kesan teknologi terhadap hubungan industri. Penguasaan
teknologi yang moden ini oleh majikan dan industri juga membolehkan
mereka mengawal pekerja melalui kadar upah dan keadaan kerja.
Golongan
pengaliran

kapitalis

yang

maklumat

juga

kepada

pemilik
pekerja

modal
dan

akan

mengehadkan

melemahkan

keyakinan

kesatuan sekerja untuk memperjuangkan hak pekerja. Oleh itu, mereka


dapat mengukuhkan kedudukan kelas ekonomi dan melalui penindasan
terhadap kelas pekerja.

Hakikatnya, perkembangan teknologi memberi kesan positif dan


negatif kepada kelas pekerja. Namun, impak negatif sebenarnya banyak
secara halus dan bukan secara langsung, ianya harus ditelitikan secara
mendalam. Teknologi diakui mempunyai kelebihan namun ianya haruslah
digunakan dengan betul demi kepentingan bersama bukan sebelah pihak
sahaja.

Você também pode gostar