Você está na página 1de 10

Terangkan serta huraikan tentang gejala penipuan di internet ataupun online

marti level marketing yang sedang berleluasa pada masa kini.

Gejala penipuan di internet ataupun online marti level marketing yang sedang
berleluasa pada masa kini

penipuan di internet semakin berleluasa

MEMBELI-BELAH secara online bukanlah perkara baru bagi pengguna pada era ini kerana laman web jual beli seperti eBay,
Lelong dan Mudah seakan-akan sudah sinonim dengan ramai pengguna Internet di negara ini.
Namun, sejauh mana pula ketelusan keselamatan pembelian secara online itu sehingga mencetuskan rasa bimbang di
kalangan kebanyakan pengguna? Ketika ada pengguna yang bimbang dengan isu keselamatan itu tapi tidak pula

mengambil pendekatan sewajarnya, ada pula segelintir manusia pandai mengambil kesempatan di atas kealpaan itu.
Ia turut dikaitkan dengan kehidupan sosial masyarakat, apatah lagi dengan wujudnya laman sosial seperti Facebook,
MySpace dan Friendster yang menjadi antara penyumbang wujudnya pelbagai gejala sosial di Internet.
Malah, penipuan itu turut berakhir di luar yang menyaksikan ramai wanita terjerat dengan pelbagai jenis penipuan.
Aspek keselamatan online bukanlah perkara baru yang perlu diperkatakan kerana media massa banyak melaporkan
kegoyahan keselamatan yang mengancam hak peribadi orang ramai.
Buktinya, 1,191 kes penipuan membabitkan wang berjumlah RM1 juta dipindahkan melalui perbankan Internet dalam
tempoh enam bulan pertama 2009.
Pusat Keselamatan Siber Malaysia pula mengandaikan penipuan melalui Internet dijangka terus meningkat berdasarkan
kepada statistik semasa yang menunjukkan berlakunya peningkatan dari setahun ke setahun.
Kedua-dua aspek berkenaan menyingkap masalah penipuan perbankan Internet yang dianggap semakin menjadi-jadi
seiring dengan perkembangan teknologi semasa.
Antara gejala paling popular adalah 'phishing' yang mencuri butir peribadi pengguna termasuk nama log masuk dan kata
laluan.
Penipuan sindiket Nigeria, penipuan loteri, pelaburan Internet dan skim piramid yang menyebabkan pengguna mengalami
kerugian berikutan maklumat peribadi yang terdedah kepada penjenayah siber.
Kerugian bukan saja dialami pengguna, malah pihak institusi kewangan turut terkena tempias sekiranya penipuan terbabit
berlaku di pihak mereka.
Penulis cuba mendapatkan komen dan nasihat institusi kewangan mengenai kes yang banyak diperkatakan ini, namun
hampa kerana kurang mendapat kerjasama kerana mereka bimbang hilang kepercayaan pelanggan.
Jurucakap Bank Negara Malaysia (BNM) berkata, kerugian menerusi penipuan Internet bank dikenal pasti menyumbang
sebanyak 0.00002 peratus daripada jumlah transaksi menerusi Internet mana-mana bank pada 2008.
Merujuk kepada masalah global hari ini, phishing masih dikategorikan sebagai pengancam utama kepada industri
perbankan Internet di Malaysia iaitu sebanyak 94 peratus aduan diterima. Usaha berterusan diambil semua bank di
Malaysia bagi mengatasi masalah penipuan perbankan Internet seumpama ini.
Pada 2004, Internet Banking Taskforce (IBTF) dilaksanakan BNM bagi mewujudkan industri perbankan yang tersusun, bijak
dan bekerjasama dengan agensi berkaitan agar mampu mengawal masalah keselamatan perbankan Internet.
IBTF yang diwakili agensi seperti Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM), Pusat Keselamatan Siber
Negara (Cyber Security) serta bank di seluruh Malaysia, berusaha mencari penyelesaian dalam mengatasi isu keselamatan
perbankan Internet, namun pada masa sama sentiasa memberi kesedaran dan maklumat semasa kepada pelanggan bank
agar berhati-hati dengan pelbagai taktik penipuan.
Malayan Banking Berhad (Maybank) antara bank ternama di negara ini giat memantau dan sentiasa bekerjasama dengan
pelanggannya agar berhati-hati dengan penipuan perbankan Internet.
Pihak Maybank mengingatkan orang ramai supaya lebih berhati-hati dengan e-mel, khidmat pesanan ringkas (SMS) atau
panggilan telefon daripada bank meminta pelanggan mengemas kini kata laluan dan nama pengguna atau memberi
maklumat 'transaction authorisation code' (TAC).
Pelanggan dinasihatkan agar tidak mendedahkan sebarang maklumat dan pihak bank sama sekali tidak akan berurusan
dengan pelanggan dengan meminta maklumat berkaitan.
Sekiranya pelanggan diperdayakan dan memberi maklumat terbabit menerusi telefon atau pelanggan klik sebarang 'link' di

dalam e-mel, pelanggan perlu memaklumkan secepat mungkin kepada pihak bank bagi tujuan keselamatan.
Mesej amaran seperti Amaran Polis, masalah teknikal pengeluaran wang atau masalah sistem perbankan Internet sama
sekali TIDAK akan dihantar oleh pihak bank menerusi e-mel kerana pihak Maybank hanya memberi amaran kepada
penggunanya menerusi gerbang Maybank2u.com.
Ketua Pegawai Teknologi DigiCert Sdn Bhd, Ami Azrul Abdullah, berkata keselamatan akaun bank pelanggan hari ini
terletak kepada kebijaksanaan pelanggan itu sendiri.
"Isu mengenai e-mel palsu serta phishing bukanlah perkara baru di negara kita. Pelanggan seharusnya memahami polisi
pihak bank dan tidak sewenang-wenangnya membocorkan maklumat sendiri kepada sesiapa pun.
"Pihak bank sentiasa peka dalam melindungi pengguna agar kepercayaan pelanggan tidak terjejas dengan
perkhidmatannya. Maka, bank mengguna pakai ciri keselamatan berdasarkan garis panduan BNM iaitu PIN dan biometrik,"
katanya.
Menurutnya, sebagai pengeluar alat keselamatan berteknologi, bank terkemuka seperti CIMB dan Maybank mengguna
pakai token USB dan kad pintar bagi menghindari berlakunya kecurian di dalam akaun pengguna.
"Di bawah Akta Tanda Tangan Digital 1997, DigiCert mengeluarkan produk keselamatan yang dibekalkan kepada institusi
kewangan, badan berkanun, pihak swasta dan kerajaan yang bertujuan melindungi pihak terbabit bagi sebarang perkara
yang berkaitan dengan digital.
"Bersesuaian dengan akta ini, DigiCert masih dalam penyelidikan untuk mengeluarkan sijil digital yang bakal
dikembangkan menerusi aplikasi dalam telefon yang bertujuan untuk melindungi orang ramai," katanya.
Ami Azrul turut menasihati orang ramai agar sentiasa mengguna pakai perisian antivirus, antispyware dan firewall yang
sentiasa dikemas kini di samping mengikuti perkembangan semasa mengenai penipuan perbankan Internet yang sering
terjadi.
Usaha dan penilaian perlu dilakukan berterusan bagi memantau keselamatan pengguna perbankan Internet seperti
menyekat terus alamat e-mel palsu yang menggunakan nama bank, sistem keselamatan tandatangan digital di laman web
perlu ditingkatkan lagi dari segi penggunaan kod PIN dan soalan untuk 'hint' kata laluan seperti "Apakah nama ibu anda?,
"Apakah makanan kegemaran anda?" atau "Apakah rancangan TV kegemaran anda?". Ia dianggap antara soalan lazim dan
mudah diteka. Oleh itu, perlunya perubahan yang lebih bersifat pemikiran yang kritis.

PENGGUNA HARUSLAH SEDAR BAHAWA APA YANG MEREKA LAKUKAN AKAN


MENGUNDANG KEBURUKAN KEPADA DIRI MEREKA SENDIRI....

PENDAHULUAN
Era globalisasi dunia mencetuskan banyak perubahan dalam menghayati kehidupan selepas arus paskal
permodenan. Perubahan terhadap gaya hidup berorientasikan teknologi dan kemajuan maklumat memberikan kesan
dan menjadi cabaran terhadap nilai, budaya, pemikiran dan corak hidup yang bersendikan adat, tatasusila ketimuran
dan penghayatan agama. Perubahan dunia masa kini amat pantas hasil ledakan teknologi maklumat. Setiap hari

pelbagai hasil ciptaan baru dari inovasi teknologi. Teknologi dan maklumat telah berjaya menghapuskan batasan
sempadan sesebuah negara. Malahan ia berjaya merubah bentuk pemikiran, ideologi, budaya dan berbagai elemen
luar memasuki ruang negara lain tanpa sekatan dan kawalan. John Naisbitt (1990) meramalkan bahawa salah satu
daripada sepuluh kecenderungan manusia di awal abad kedua puluh satu ialah maklumat. Maklumat sangat
berharga dalam dunia globalisasi hingga ia menadi penentu dan penggerak kepada masa depan. Kertas kerja ini
mengupas isu di mana ledakan teknologi membawa cabaran dan impak yang kuat terhadap pegangan dan
penghayatan nilai-nilai murni agama serta akhlak masyarakat dan pengaruh negatif yang merubah minda serta gaya
hidup insan. Ia menghakis dan mengubah paradigma tauhid, syariah dan akhlak mulia sehingga mengikis nilai-nilai
keinsanan. Jesteru itu, suatu pendekatan dan tindakan yang menggunakan metodologi Islam perlu dilaksanakan bagi
tujuan mengwal, mendidik dan menjamin agar pengaruh buruk ICT tidak menjadi barah kepada penyakit sosial yang
sedia ada. Pendekatan Islam dikemukakan bagi tujuan mendidik dan mengawal individu daripada hanyut dan lemas
dalam dunia tanpa sempadan.[1]
Kertas kerja saya dalam tugasan ini akan menerangkan sedikit sebanyak tentang cabaran dan kesan dunia siber
dalam perkembangan akhlak masyarakat. Ia dilihat dari aspek kesan dan cabaran itu sendiri kepada golongan
masyarakat. Setiap sesuatu itu ada pro dan kontranya dan tulisan kali ini akan menerangakn dari sudut kedua-dua
aspek.
DEFINISI
Kesan menurut Tesaurus adalah efek, akibat, padah dan ekoran. Manakala menurut Kamus Dewan pula ialah yang
turut terdapat (timbul, digunakan) selain yang asas atau yang utama masalah kecil dan yang boleh diselesaikan
hasil-hasil yang turut diperoleh daripada usaha untuk menghasilkan sesuatu, hasil lain di samping hasil yang utama
kesan-kesan lain di samping kesan yang utama.[2]
Cabaran menurut Kamus Dewan ialah hasil mencabar (mempersoalkan, mempertikaikan) ajakan (untuk berlawan )
sesuatu (unsur, faktor) yang mencabar (menguji kemampuan dan ketabahan seseorang atau sesuatu organisasi).
[3]
Siber menurut Kamus Dewan adalah sesuatu yang berkaitan dengan komputer dan internet.[4] Internet ibarat pasar
raksasa yang menemukan pembeli dengan penjual dalam ruang.
Pembangunan menurut Kamus Dewan ialah perihal membangun, proses membangun (mencapai kemajuan,
perkembangan) usaha atau kegiatan membangunkan (memajukan dan mengembangkan).[5]
Akhlak menurut Ibn Miskawayh ialah sesuatu situasi yang terbentuk dalam diri seseorang manusia dan ia berfungsi
sebagai kuasa eksekutif yang mengarah orang tersebut melakukan semua perbuatannya.[6]
Masyarakat ialah sekumpulan orang yg hidup bersama di sesuatu tempat dengan cara-cara dan peraturan-peraturan
tertentu.[7]
Istilah dunia siber atau cyberworld pertama kali digunakan oleh William Gibson seorang penulis sains fiksyen
dalam bukunya yang bertajuk Neuromancer( 1984), yang mana beliau gambarkan sebagai suatu istilah tekno dan
menggugat perasaan tetapi pada dasarnya tidak bermakna, yang berfungsi sebagai kata laluan untuk semua idea
sibernatiknya. Kini, isitilah ini menjadi suatu perkataan yang sangat biasa dan digunakan dengan meluas untuk
menggambarkan segala sesuatu berkaitan dengan komputer, teknologi maklumat, internet dan pelbagai budaya
internet. Secara mudahnya, ia merujuk kepada dunia atas talian, iaitu suatu tempat yang benar-benar wujud,
walaupun sebagai media komunikasi berbanding suatu galaksi lain.[8]
Secara tulisannya, definisi tajuk kertas kerja ini ialah melihat sejauh mana kesan dan cabaran yang dihadapi oleh
kelompok masyarakat dalam menongkah arus kemodenan dunia komputer dan internet yang mana terdapat kesan

positif dan juga negatif. Dalam kertas kerja ini, penulisan lebih melihat kepada dunia siber dari segi pengunaan
teknologi dan Information Communication Technology (ICT).
CABARAN DAN KESAN DUNIA SIBER DALAM PEMBENTUKAN MASYARAKAT
Jika dilihat dari sudut yang negatif, banyak cabaran yang perlu ditempuhi oleh golongan remaja terutamanya isu
yang berkaitan dengan gejala sosial yang melibatkan penggunaan siber. Lebih-lebih lagi dengan perkembangan arus
semasa, kebanyakan golongan remaja menggunakan siber untuk menjalinkan hubungan sosial seperti menerusi
laman web Facebook, Twitter, Friendster dan lain-lain lagi yang menawarkan pelbagai tawaran serta
perkhidmatan yang menarik dan menyeronokkan yang sememangnya menarik minat para remaja untuk
menyertainya. Sememangnya, tidak dapat dinafikan bahawa laman web sosial sebegin mempunyai banyak kebaikan
dan kelebihan seperti dapat berhubung serta membincangkan isu-isu terkini melalui ruangan siber, namun begitu
juga keburukannya kerana penggunaannya adalah tanpa kawalan. Laman-laman web sebegini juga menjadi
tumpuan para penjenayah yang mahu menjadi remaja sebagai mangsa mereka. Terdapat juga para remaja mungkin
tidak menyedari keperluan untuk menjaga maklumat peribadi mereka, ataupun gambar-gambar peribadi mereka
daripada jatuh ke tangan pihak yang tidak dikenali dan sekaligus menjadi mangsa penjenayah-penjenayah dunia
siber seperti terlibat dalam dunia pornografi, pelacuran, seks bebas, penculikan dan pemerdagangan manusia.
Antara cabaran-cabaran yang terdapat dalam dunia siber adalah antaranya :
a)

Kesahihan maklumat.

Berpandukan kepada dalil Naqli iaitu ayat al-Quran Allah berfirman yang bermaksud :
Sekiranya datang kepadamu orang yang fasik(jahat) membawa berita maka hendaklah
kamu berwaspada(berhati-hati) akan kebenarannya.[9]
Maklumat yang tepat dan benar kesahihannya adalah penting bagi menjamin tidak berlaku penyelewengan dan
kepalsuan fakta. Terutama sekali dalam soal ilmu keagamaan yang perlu dipastikan kebenarannya. Pihak yang tidak
bertanggungjawab sentiasa mencari jalan bagi menyeleweng dan melakukan dusta bagi tujuan menyesatkan orang
lain. Hal ini memberi cabaran terhadap proses tradisonal dalam mendapatkan maklumat yang sahih. Misalnya
dengan hanya merujuk kepada bahan dari internet seperti al-Quran kemungkinan berlaku kesalahan fakta seperti
ayat dari versi Israeliyat. Oleh itu seseorang perlu merujuk kepada simber asal bagi mengesahkan maklumat dan
mengelakkan kekeliruan. Kesan yang nyata dari amalan ini ialah ramai pencari maklumat mudah mempercayai
bahan yang diperolehi dari internet. Rujukan maklumat semata-mata kepada internet tanpa pengesahan akan
menimbulkan masalah tentang kebenaran fakta sesuatu maklumat.
b)

Pelayaran Web Negatif.

Minat dan kesukaan melawati laman-laman web yang tidak bermoral dan tidak berfaedahmemberi kesan negatif
dalam perkembangan minda dan fizikal manusia. Ketagihan terhadap laman web negatif mencetuskan kerosakan
maruah, nilai keperibadian, dorongan terhadap jenayah seksualiti, masalah perundangan, perhubungan interpersonal
dan pembaziran wang serta masa.
Kewujudan laman web lucah yang mudah diakses oleh sesiapa sahaja termasuk anak-anak sekolah, remaja dan
golongan dewasa memberi kesan negatif terhadap perubahan nilai dan gaya hidup mereka. Larangan agama
terhadap perlakuan yang boleh menghampiri zina tidak mampu menyekat remaja dan golongan dewasa daripada
menghindari perbuatan tercela. Sebagaimana firman Allah dalam al-Quran yang bermaksud
Jangan kamu hampiri perbuatan Zina kerana ia adalah amalan yang sangat keji .[10]

Ketagihan internet ini tertumpu kepada cybersex addiction dan comulsive gambling. Material berkaitan sex begitu
mudah dan tersiar di internet dengan pelbagai dimensi dan ilustrasi pornografi dan chatroom yang membicarakan
unsur-unsur seksual Kewujudan berbagai bentuk laman web negatif telah mencabar nilai dan gaya hidup insaniah
sebagaimana yang diajar oleh Islam. Pendidikan Islam jelas mencegah umat dari terlibat dalam kegiatan tidak
bermoral. Pendidikan akhlak menurut Islam ialah pembentukan jiwa dan peribadi muslim yang mampu menjaga dan
menjauhi amalanamalan buruk termasuk melayari laman web lucah. Impak kepada gejala ini maka merebaklah
bermacam penyakit sosial akibat ketagihan seks seperti perzinaan, pelacuran, penularan HIV/AIDS, Homoseksual
dan Lesbian, penyakit kelamin, curang dalam hubungan dan melakukan seks sebelum kahwin di kalangan remaja.
Menurut laporan akhbar dan kajian oleh penyelidik Universiti Malaya pada tahun 2005 ramai remaja sudah
melakukan hubungan seks dalam menjalinkan perhubungan mereka. Malahan ada yang merakamkan untuk
simpanan peribadi dan disebar untuk umum melalui internet dan telefon peribadi menggunakan teknologi 3G.
Berdasarkan kajian Kementerian Kesihatan, Pertubuhan Kesihatan Sedunia, Universiti Malaya dan sebuah syarikat
swasta pada tahun lalu mendapati 13 peratus remaja berusia 15 hingga 21 tahun pernah mengadakan hubungan
seks sebelum.Kajian itu mendapati 76 peratus daripada respondennya remaja lelaki manakala 61 peratus
membabitkan remaja perempuan.[11]
Dalam kajian lain Kementerian Kesihatan terhadap remaja bersekolah berumur 13 hingga 18 tahun mendapati 1.8
peratus daripadanya mengaku pernah terbabit dalam aktiviti seks. Walaupun isu seks bebas remaja membabitkan
kedua-dua jantina lelaki dan perempuan, permasalah lebih besar sering melingkungi kaum hawa.
c)

Penyebaran Fitnah dan Gossip

Kemudahan melalui ICT sering disalahgunakan untuk kepentingan peribadi. Gejala utama yang selalu dikaitkan
dengan teknologi ICT ialah penyebaran fitnah dan gossip oleh satu pihak bagi tujuan memburukkan, memalukan
atau menjatuhkan pihak lain. Fitnah disebar menggunakan laman web internet, sms, mms dan media lain terutama di
musim pilihanraya. Hal ini mencabar etika dan tatasusila hidup bermasyarakat dan bernegara. Menurut ajaran Islam,
penyebaran fitnah adalah satu jenayah yang sangat besar. Fitnah memberi kesan terhadap maruah dan kedudukan
seseorang individu serta keluarganya. Firman Allah dalam al-Quran yang bermaksud:
Fitnah itu lebih merbahaya dari membunuh[12]
d)

Permasalahan Remaja

Minat remaja terhadap ICT terutama teknologi internet dan alat komunikasi mendorong mereka menghabiskan masa
di cyber caf ,internet caf dan telefon tangan. Program seperti chatting, permainan video, sms, mms, 3G dan
berbagai aktiviti melaluinya membawa kesan dan cabaran tersendiri. Kegilaan anak remaja ini memberi cabaran
kepada ibubapa mereka. Ramai pelajar yang ponteng sekolah, menyalahgunakan wang saku, meminjam wang
teman bahkan ada yang sanggup menipu dan mencuri. Setiap ibubapa adalah pemimpin kepada anak-anak mereka.
Menurut ajaran Islam setiap pemimpin bertanggungjawab terhadap pengikut mereka. Kawalan dan penjagaan yang
berterusan perlu bagi menjamin anak-anak tidak terlibat dalam kancah gejala sosial. Hal ini mencabar pengurusan
sekolah, pihak berkuasa dan orangramai terhadap masalah pelajar yang mengunjungi pusat internet di waktu
persekolahan dan selepas persekolahan. Kesannya ialah pembaziran masa kerana terlalu lama di cyber cafe, tidak
ada kawalan keluarga dan berkembangbiaknya masalah serta gejala sosial di kalangan remaja. Hal ini menyebabkan
kerajaan terpaksa bertindak mengawal aktiviti kunjungan remaja ke pusat-pusat internet.
e)

Aktiviti Perjudian

Pihak berkuasa tempatan, polis dan agensi yang terlibat mendapati berlakunya penyalahgunaan pusat internet
sebagai pusat judi. Permainan video yang berorientasikan judi mendapat perhatian di kalangan orang dewasa dan

anak-anak remaja. Kegiatan perjudian mencabar nilai hidup Islam yang jelas mengharamkan judi. Firman Allah
dalam al-Quran bermaksud:
Wahai orang-orang yang beriman! Sesungguhnya arak, judi, menenun nasib dan menyembah berhala
adalah kotor dari amalan syaitan . Oleh itu hendaklah kamu jauhi mudahan kamu berjaya[13]
f)

Perubahan Gaya Hidup dan Pencemaran Bahasa

Perpatah Melayu ada menyebut:


Yang Kurik Itu Kendi, Yang Merah Itu Saga
Yang Elok Itu Budi, Yang Indah Itu Bahasa
Pengaruh ICT yang menular dalam kehidupan moden hari ini jelas telah berjaya merubah paradigma sosiobudaya
dan bahasa komunikasi. Penjajahan budaya hidup Barat dalam aspek pakaian, makanan, minuman, tingkahlaku,
hiburan telah menukar jati diri manusia. Pakaian tradisonal setiap kaum dan bangsa hanya menjadi pakaian rasmi
acara atau perayaan. Ia tidak lagi menjadi pakaian harian yang dibanggakan. Makanan seperti kuih tradisional
bertukar dengan makanan impot dengan pelbagai jenama terkenal di dunia. Seperkara yang menarik dalam isu ICT
ialah berlakunya tanpa disedari iaitu kerosakan bahasa. Bahasa sms dan chatting memerlukan tulisan yang ringkas
dan mudah. Kesannya terbawa sehingga banyak pihak menerima pakai dalam komunikasi harian mereka terutama
di kalangan anak remaja. Misalnya perkataan Assalamualaikum sudah diringkaskan dengan berbagai cara seperti
Asm.,Akum, Aslam dan Salam mulai tersebar penggunaannya. Perkataan ini jelas tidak tepat dari susunan ejaan,
kata-kata dan maknanya sendiri. Ianya jelas merosakkan penggunaan istilah, perkataan dan bahasa itu sendiri.
Dalam tugasan kertas kerja yang ringkas ini adalah tidak mungkin penulis dapat menghuraikan keseluruhan cabarancabaran dan isu-isu yang berkaitan dengan pengaruh dan penggunaan siber dalam proses modenisasi masyarakat
Malaysia. penulis akan memfokuskan perbincangan kepada beberapa isu berkaitan dengan generasi muda dan
beberapa contoh salah guna ICT. Di antara perkara yang akan disentuh adalah melayari sumber-sumber/cerita-cerita
atau gambar-gambar yang tidak bermoral; berhubung rapat dengan orang yang tidak dikenali secara terbuka dan
penuh percaya dan; terlibat atau melibatkan dengan penipuan-penipuan berbentuk kewangan secara terlindung.
Sebagai contoh yang pertama, melayari sumber-sumber/cerita-cerita atau gambar-gambar yang tidak bermoral.
Perkara ini nampak seolah-olah satu perkara kecil, tetapi mempunyai kesan yang besar kepada psikolgi dan tindaktanduk remaja. Akibat daripada sistem pemakanan dan taraf hidup di Malaysia, (khususnya di kawasan Bandar)
umumnya seseorang yang berumur 13 tahun ke atas telah mempunyai tahap kematangan biologi yang mencukupi
untuk menjadi seorang ibu atau bapa. Bermakna seseorang perempuan itu telah mampu mengandung dan
melahirkan bayi, (telah timbul keinginan sex) tetapi dari segi sosial (dan keperluan sosial dan ekonominya)
seseorang itu dalam konteks masyarakat Malaysia kini dia masih belum mampu. Dia masih memerlukan masa di
antara 8-10 tahun lagi bagi menamatkan pengajian, mendapatkan pekerjaan yang sesuai (terjamin kewanganya) dan
kemudiannya mendirikan keluarga. Dengan melayari gambar-gambar dan cerita-cerita seks (atau berunsur seks) ini
boleh meningkatkan ransangan dan keinginan melakukan hubungan seks. Seseorang remaja bukan tidak
mengetahui bahawa hubungan sex luar nikah adalah berdosa, risiko yang besar dan akan menghadapi kesan yang
buruk bagi masa depannya, tetapi ketidak-seimbangan rohani, sosial dan keinginan biologinya menyebabkan
seseorang itu terdorong melakukan hubungan kelamin luar nikah. Meningkatnya bilangan remaja berumur di antara
13-20 tahun yang sanggup melakukan hubungan sex dengan rela dipercayai mempunyai hubungan dengan sumbersumber gambar/cerita daripada ICT yang berleluasa dan tidak terkawal. Ianya juga mempunyai hubungan dengan
kes pembuangan bayi yang semakin berleluasa sejak kebelakangan ini.
Contoh yang seterusnya adalah berhubung rapat dengan orang yang tidak dikenali secara terbuka dan penuh
percaya. Kemudahan ICT juga telah membuka ruang yang sangat luas bagi seseorang mengenali dan berhubung
dengan seseorang secara lebih bebas dan terbuka. Seorang remaja yang mudah percaya kepada seseorang yang

tidak dikenali (hanya kenal dan berhubung melalui ruang siber) akan membuka ruang seseorang yang berniat jahat
mengambil peluang ke atasnya. Tahap kematangan yang rendah serta pengaruh emosi serta tekanan keinginan
biologi tanpa kawalan social dan undang-undang yang benar-benar ketat mendorong berlakunya hubungan rapat
yang tidak sepatutnya berlaku. Struktur masyarakat, persekitaran kejiranan serta struktur keluarga memudahkan
seseorang yang berniat jahat mengambil peluang ke atas sesorang. Misalnya seorang gadis yang tinggal di kawasan
yang jiran-jirannya tidak saling mengenali di antara satu sama lain dan kedua-dua ibubapanya bekerja dengan
kemudahan ICT akan memudah dan mendorong dia berhubung dengan seseorang yang tidak dikenalinya. Keadaan
akan menjadi lebih mudah jika si-gadis itu berada dalam kesunyian serta si-lelaki yang dikenalinya itu pula benarbenar pandai berpura-pura bersifat baik padanya. Kes-kes gadis hilang dan mengikuti lelaki yang tidak sepatutnya
dipercayai mempunyai hubungan dengan persoalan ini. Bahkan ada kes yang si-gadis yang berkenalan melalui alam
siber ini, sanggup terbang ke luar negara (ke Amerika Syarikat dan ke United Kingdom dan sebagainya) sematamata kerana benar-benar percaya berdasarkan semata-mata maklumat daripada komputer. Melalui ICT dan salah
guna serta salahtafsir telah banyak gadis-gadis yang menjadi mangsa dan telah diperdagangkan dan dijadikan
mangsa oleh mereka yang tidak bertanggungjawab.
Manakala contoh yang terakhir berakaitan kesan dari sudut negatif tentang siber dalam sudut ICT adalah terlibat atau
melibatkan dengan penipuan-penipuan berbentuk kewangan secara terlindung. Penipuan dalam bentuk kewangan
ini telah semakin merebak dan semakin ramai mangsanya. Penipuan yang bermotifkan kewangan ini dilakukan
dengan banyak cara di antara contohnya; tawaran hadiah tertentu kepada seseorang kerana telah terpilih
berdasarkan sesuatu sebab (misalnya alamat e-mail anda bertuah melalui pilihan rambang); kerjasama dalam
pengurusan membawa keluar dana-dana tertentu dalam jumlah yang besar (misalnya 2 juta USD) dan juga kategori
yang lebih kecil jumlahnya seperti anda telah menerima sebuah kotak hadiah tetapi mesti membayar (melalui
pindahan akaun bank atau kad kredit) sebelum hadiah itu dapat dihantar dan dituntut. Walaupun kadang-kadang
mangsa terasa bahawa ianya mungkin ditipu, tetapi kadang-kadang penipuan terlindung ini licik dan banyak juga
mangsa yang terkena tipu.
Walaubagaimanapun, terdapat juga kesan-kesan yang positif yang boleh dilihat dalam pembangunan akhlak
masyarakat tentang kebejatan dunia siber hari ini. Jika dilihat kepada pengunaan kad-kad elektronik pada hari ini,
banyak mendatangkan kesan positif. Sebagai contoh, pengunaan Mykad yang mana Mykad mempunyai potensi
yang besar untuk menggerakkan masyarakat dalam satu jaringan elektronik kerana menyediakan perkhidmatan
seperti ini kepada awam. Antara perkhidmatan yang boleh digunakan apabila memiliki Mykad seperti berurusan
secara dalam talian bagi mendapat maklumat peribadi, maklumat saman dan sebagainya. Fungsi Mykad yang lebih
meluas seperti ini akan mendorong sepenuhnya potensi perkembangan masyarakat jaringan di Malaysia, maka
wajarlah kerajaan Malaysia memperkenalkannya untuk kepentingan jangkamasa yang panjang walaupun wujud isuisu seperti masalah jaringan dan prasarana, tahap keselamatan maklumat, mengenai kad mudah rosak dan
sebagainya.
KEPERLUAN ETIKA ISLAM DALAM PENGGUNAAN SIBER (ICT)
Tidak dapat dinafikan bahawa satu standard etika yang syumul dan menyeluruh amat diperlukan pada zaman ini bagi
mengawal dan mengadapkan manusia. Dengan satu harapan suci lagi murni, melahirkan umat Malaysia khususnya
dan dunia amnya yang akan disegani kerana keluhuran budi dan akalnya.
a. Nilai Murni
Nilai murni ialah nilai yang baik yang dapat membina keharmonian, kekuatan dan pembangunan individu serta
masyarakat . Nilai ini perlu dikembangkan bagi membendung pelbagai krisis yang dihadapi oleh masyarakat.
Antaranya termasuklah nilai kejujuran, kesetiaan, keadilan dan sebagainya. Dalam dunia siber ini, di mana Internet
menjadi senjata utama manusia, maka amat perlu dipastikan mereka yang terlibat di dalam dalamnya sentiasa
terpandu dengan nilai ini. Sebagai contoh seorang pengguna Internet wajar tahu setakat mana hak penggunaannya.
Pembuat laman web mesti sedar apakah berita yang disebarkan itu akan menambah nilai kepada masyarakat atau
sebaliknya. Pengamalan kepada nilai murni ini pastinya akan membimbing manusia ICT.

b. Nilai Moral
Ia merupakan nilai asas dan fundamental di dalam pembinaan individu dan masyarakat. Mempertahankan kebaikan
dan menolak keburukan serta tindakan yang memperjuangkan kebenaran perlu dipertingkat di dalam masyarakat
dewasa ini. Semua manusia mesti sedar moral individu yang baik maka akan lahirlah satu masyarakat yang
cemerlang.
c. Nilai Etika
Masyarakat yang beretika ialah masyarakat yang mempertahankan tanggungjawab moral dan social, membentuk
individu sebagai anggota masyarakat yang komited terhadap peraturan dan lunas-lunas yang berhemah. Islam
sebagai contoh telah menyediakan asas etika dan akhlak yang luhur untuk diamalkan oleh semua peringkat manusia
di zaman siber ini. Asas sifat seperti Siddiq, Amanah, Tabligh dan Fataonah wajar dipraktiskan dalam seluruh
generasi ICT. Sikap Siddiq yang bermaksud benar amat besar perananya dalam hidup manusia. Permasalahan
kerakusan manusia pornografi akan dapat diatasi jika manusia seluruhnya sentiasa memastikan setiap tindakan
mereka sentiasa benar. Hal ini hanya dapat dipastikan jika manusia itu punyai iman dan pekerti yang luhur. Amanah
sebagai standard umum perbuatan manusia akan melahirkan generasi yang success dalam segenap lapangan.
Penyebar maklumat yang amanah akan sentiasa memastikan bahan yang disebar adalah betul dan tepat dan akan
dipertanggungjawabkan di kemudian hari. Didikan terhadap perbuatan amanah ini mestilah dilakukan sejak manusia
itu diperingkat rebung. Sifat Tabligh pula akan memastikan amalan menyuruh manusia berbuat kebaikan dan
melarang manusia berbuat kejahatan akan berterusan. Setiap individu yang terlibat secara landsung ataupun tidak
secara lansung dalam dunia Internet dan maklumat sewajarnya faham akan maksud tabligh. Manakala sifat atau
standard Fatonah juga sewajarnya disebarluaskan dikalangan umat ICT. Fatonah yang bermaksud bijaksana akan
mendorong manusia sentiasa berhati-hati dalam menyebarkan sesuatu di dalam Internet. Jika sifat ini berjaya
ditanam dalam jiwa manusia seluruhnya maka standard etika yang cemerlang akan berjaya diaplikasikan dalam
masyarakat dunia. Hal ini kerana, the character of the Muslim community is not determined by the rituals alone.
Muslim mesti mengetahui bagaimana untuk memperbetulkan segala serangan dan dakyah yang dilontar terhadap
mereka.
d. Nilai Kerohanian
Nilai kerohanian tidak dapat dinafikan akan kepentingannya. Ia menjadi benteng ulung bagi membina kekuatan,
ketahanan dan peribadi seseorang. Jiwa yang kuat akan melahirkan individu yang cemerlang. Sebagai sebuah
masyarakat malaysia yang unggul maka sewajarnya kita biasakan diri dengan nilai kerohania yang mulia. Malaysia
akan dipandang mulia jika masyarakatnya berhati budi dalam segenap perkara, samada dari aspek hubungan
individu hinggalah ke aspek ICTnya.
e. Nilai Budaya
Nilai budaya ialah nilai-nilai yang mencorakkan kehidupan sesuatu masyarakat atau bangsa. Budaya masyarakat
melayu terkenal dengan identiti tersendiri yang dipengaruhi kuat oleh adat, kepercayaan, tradisi, kemasyarakatn,
bahasa, baik hati, dan lain-lain lagi. Nilai budaya yang baik . Jika dilihat Malaysia sebagai sebuah negara yang
mengiktiraf Islam sebagai agama rasmi negara maka sewajarnya nilai-nilai baik ini disebarluaskan diseluruh pelusUk
negara. Kepenggunaan Internet harus diterima dengan hati yang terbuka, tetapi ia harus di pandu dengan etika dan
akhlak mulia agar menjadi budaya masyarakat Malaysia, melayari Internet untuk mencari maklumat adalah satu
kebiasaan dan maklumat yang diakses hanyalah maklumat yang dapat memantapkan minda dan hati nurani.
Penyemaian nilai hormat wajar diberi keutamaan. Meletakkan nilai hormat yang tepat dan bersesuaian dengan
kehendak ajaran mulia agama dalam institusi ICT dewasa ini adalah satu kemestian.
f. Nilai Jujur

Kejujuran adalah asas dalam perlakuan manusia. Bagi seseorang muslim setiap amal mereka dinilai berdasarkan
kepada eikhlasan dan kejujuran. Nabi Muhammad menjelaskan dalam hadis baginda yang bermaksud Setiap amal
bermula dengan Niat. Satu perkara yang dapat kita laksanakan ialah memaparkan pada papan skrin mengenai etika
melayari laman web. Ia dapat membantu mendidik seseorang daripada melakukan sesuatu yang salah dan membina
kejujuran diri.
PENUTUP
Malaysia sebagai sebuah negara yang aman dan makmur mestilah melengkapkan masyarakatnya dengan standard
etika yang cemerlang bagi melayari alam siber yang penuh dengan cabaran dan dugaan. Islam sebagai agama yang
membawa rahmat hendaklah dijadikan rujukan utama di dalam penggubalan standard etika kepenggunaan Internet,
sesuai dengan ciri Islam itu sendiri yang membawa perubahan menyeluruh samada dari sudut sosial, ekonomi dan
sebagainya. Islam mewajibkan kepada seluruh kaum muslimin agar yang satu menghormati yang lainnya, yang
seorang menjaga kemuliaan diri dan kawannya, keharuman namanya, kebagusannya dengan hati yang seikhlasikhlasnya.[14] Adalah menjadi harapan besar negara dengan adanya ketelusan dan ketulusan dalam zaman siber
ini maka masyarakat akan lebih beruntung dan sejahtera. Tiada lagi unsur yang yang boleh merosak dan
menghancurkan keutuhan masyarakat disebar melalui jaringan maya yang akan diakses oleh manusia sejagat.
pengaruh ICT dalam tahap kemodenan dan kehidupan masa kini tidak dapat dielakkan dan mempunyai pengaruh
yang besar dalam kehidupan khususnya generasi muda. Ianya telah menjadi sebahagian daripada kehidupan moden
kini yang akan terus meningkat penggunaan dan pengaruhnya dari masa ke semasa. Penggunaan dan pengaruh
dalam kehidupan masyarakat Malaysia kini sudah tidak dapat dipisahkan dengan ICT dalam banyak aspek
kehidupan. Bagi mengelak atau mengurangkan kesan negatif dan menghancurkan nilai-nilai positif agama dan
budaya masyarakat kita serta menjamin survival nilai-nilai positif masyarakat, semua pihak dan dari berbagai
peringkat mestilah memainkan peranan mengukuhkan nilai agama, moral dan etika masyarakat kita, khususnya bagi
generasi muda bagi mengelak daripada kesan negatif yang akan semakin parah. Kesan negatif sukar dihapuskan
sepenuhnya, tetapi apa yang mungkin dapat dilakukan adalah tingkatkan kesan positif dan kurang kan kesan yang
negatif. Dasar-dasar kerajaan berkaitan dengan pendidikan dan budaya mestilah juga meletakkan isu salah guna
dan kesan negatif ICT ini sebagai suatu yang penting bagi pemodenan dan pembangunan Negara bangsa Malaysia.
[15]

Você também pode gostar