Você está na página 1de 1

Selamat pagi diucapkan kepada tuan pengerusi majlis, barisan hakim yang

adil lagi bijaksana, guru-guru dan rakan-rakan sekalian. Tajuk cerita yang
ingin saya sampaikan ialah Anak Ikan Yang Suka Menipu
Di sebuah lautan, terdapat seekor anak ikan yang nakal. Ia bernama
Tony. Tony tidak disenangi rakan-rakanya kerana ia suka menipu dan
mempermain-mainkan mereka. Ketika ikan-ikan lain sedang bermain, Tony
akan menjerit, Jerung! Jerung! Bersembunyi cepat! Ikan-ikan itu
ketakutan lalu lari dan bersembunyi di celah-celah batu. Tony akan
mentertawakan rakannya itu. Ikan-ikan kecil amat takut dengan jerung.
Jerung yang garang itu akan memakan mereka tanpa belas kasihan.
Sebab itulah mereka akan lari ketakutan apabila Tony menjerit,
Jerung! Jerung! Namun Tony sungguh nakal. Ia berasa seronok dapat
mempermain-mainkan rakan-rakanya. Ikan-ikan kecil itu mempercayai
Tony, walaupun mereka selalu tertipu dengan helah Tony.
Pada suatu hari, Tony menghampiri rakan-rakanya itu. Ia ingin
mempermainkan mereka seperti biasa. Tiba-tiba muncul seekor jerung
menghampiri mereka. Namun Tony tidak menyedari kehadiran jerung itu.
Jerung! Jerung! Bersembunyi cepat! Jerit ikan-ikan itu. Ikan-ikan itu
lari lalu bersembunyi di celah-celah batu. Tony tidak menghiraukan jeritan
rakan-rakanya. Ia menyangka mereka cuba mepermain-mainkanya. Baiklah,
kamu semua menang! Di sini mana ada jerung! Tak usahlah kamu semua
mempermain-mainkan aku! jerit Tony. Jerung itu berenang menghampiri
Tony. Tony tidak sempat melarikan diri. Akhirnya, ia dimakan oleh jerung
itu.

Pengajaran daripada cerita ini ialah kita janganlah suka menipu kerana
pada akhirnya, kita sendiri yang akan rugi. Sekian terima kasih.