Você está na página 1de 19

Soalan 1

1.0 Pendahuluan
Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi
potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang harmonis
dan seimbang dari segi intelek, rohani, emosi, dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan
kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu
pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan
mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan
kemakmuran masyarakat dan negara.
Petikan di atas merupakan Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang perlu menjadi panduan
bagi semua guru di dalam mencapai objektif dan matlamat yang telah ditetapkan oleh kerajaan.
Di dalam falsafah tersebut dengan jelas telah menyatakan bahawa objektif pendidikan Negara
adalah usaha secara berterusan kea rah memperkembangkan potensi individu serta mewujudkan
seorang insan yang seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani dengan tidak
meninggalkan kepatuhan kepada tuhan dan akhirnya mencapai matlamat jangka masa panjang
iaitu melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu, berketerampilan, berakhlak mulia dan mampu
menyumbang ke arah kemakmuran Negara.
Kurikulum Kebangsaan ialah suatu program pendidikan kurikulum dan kegiatan
kokurikulum yang merangkumi aspek pengetahuan, kemahiran, norma, nilai, unsur kebudayaan
dan kepercayaan untuk membantu perkembangan seseorang murid dengan sepenuhnya dari segi
jasmani, rohani, mental dan emosi serta untuk menanam dan mempertingkatkan nilai moral
yang diingini dan untuk menyampaikan pengetahuan.
Perkara 3(1), (Warta Kerajaan, 31 Disember 1997)
Kurikulum kebangsaan merangkumi pelbagai mata pelajaran yang mempunyai cirri-ciri
khusus. Setiap mata pelajaran member penekanan yang berlainan dari segi perkembangan
potensi individu.
Kementerian Pelajaran Malaysia telah menetapkan bahawa proses pengajaran dan
pembelajaran hendaklah menggunakan bahasa kebangsaan kerana bahasa ini merupakan bahasa
pengantar di semua sekolah kecuali sekolah jenis kebangsaan. Walaubagaimanapun, bahasa
1

kebangsaan adalah wajib di ajar di semua sekolah jenis kebangsaan. Ini selaras dengan perkara
17.1, Akta Pendidikan 1996 yang menyebut:(1) Bahasa kebangsaan hendaklah menjadi bahasa pengantar utama di semua institusi
pendidikan dalam Sistem Pendidikan Kebangsaan kecuali sekolah jenis kebangsaan yang
ditubuhkan di bawah seksyen 28 atau mana-mana institusi pendidikan lain yang
dikecualikan oleh Menteri daripada subseksyen ini.
(2) Jika bahasa pengantar utama di sesuatu institusi pendidikan adalah selain daripada bahasa
kebangsaan, maka bahasa kebangsaan hendaklah diajarkan sebagai mata pelajaran wajib
di institusi pendidikan itu.
Kurikulum Bahasa Malaysia sekolah rendah dan menengah bertujuan untuk memenuhi
hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan bagi melahirkan insan yang seimbang dan
harmonis dari segi intelek, emosi, rohani dan jasmani. Ia menyediakan murid dalam
menguasai kecekapan berbahasa dan berkomunikasi dengan menggunakan peraturan
tatabahasa yang betul dan tepat. Murid-murid mampu mengungkapkan bidang ilmu
daripada pelbagai disiplin atau mata pelajaran di samping mengembangkan kemahiran
berfikir secara kritis dan kreatif. Oleh yang demikian, guru disarankan menggunakan
strategi pengajaran dan pembelajaran yang merangkumi pelbagai aktiviti dan
penggunaan sumber. Guru digalakkan menggunakan kreativiti untuk memilih, menyusun dan
mengolah aktiviti mengikut kesesuaian murid-murid. Dalam melakukan aktiviti Pengajaran
dan Pembelajaran, guru turut diharapkan dapat memberi penekanan kepada unsur tambahan
seperti kemahiran-kemahiran tertentu dalam berfikir, teknologi maklumat dan komunikasi,
belajar cara belajar, kajian masa depan, kecerdasan pelbagai, pembelajaran secara
kontekstual dan pembelajaran secara konstruktivisme.
Di samping itu penekanan kepada nilai-nilai murni, semangat patriotik dan
kewarganegaraan tetap diutamakan. Semua elemen ini diharapkan dapat memberi keyakinan
kepada murid-murid dan dapat diaplikasikan dalam kehidupan harian dan dunia pekerjaan
(Kamaruddin Haji Husin, 1997:8).
Untuk menyediakan murid-murid cemerlang yang mampu berkomunikasi dengan
baik, sebagai guru, kita perlu melaksanakan satu kaedah pengajaran dan pembelajaran yang
berkesan yang memerlukan perancangan yang lengkap dan teratur. Bagi menghasilkan
perancangan yang demikian, para guru disarankan merujuk Sukatan Pelajaran dan Huraian

Sukatan Pelajaran sekolah rendah dan menengah untuk mata pelajaran Bahasa Malaysia.
Seterusnya, anda seharusnya mengaplikasikan pelbagai strategi bagi mencapai objektif pelajaran
yang telah ditetapkan. Strategi pengajaran dan pembelajaran itu perlu berlandaskan kepada
penyepaduan Konsep 5P, iaitu penggabungjalinan, penyerapan, pemulihan, pengayaan dan
penilaian (Abd.Aziz Abd.Talib, 1997:11).
2.0 Analisis Kurikulum Bahasa Melayu
Selaras dengan Dasar Pendidikan Kebangsaan yang termaktub dalam Akta Pendidikan 1996,
Bahasa Melayu ialah mata pelajaran teras di semua sekolah rendah dan menengah. Bahasa
Melayu berperanan sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa perpaduan rakyat Malaysia.
Pendidikan Bahasa Melayu berhasrat membina rasa bangga terhadap bahasa yang mencerminkan
akal budi dan pemikiran rakyat, juga berperanan sebagai pemangkin kepada semangat cinta akan
tanah air yang dikongsi bersama oleh semua rakyat dalam satu wawasan. Pendidikan Bahasa
Melayu di peringkat rendah juga bertujuan mewujudkan asas semangat kewarganegaraan .
Kurikulum Bahasa Melayu digubal bertujuan untuk memenuhi hasrat Falsafah Pendidikan
Kebangsaan bagi melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, emosi, rohani,
dan jasmani. Kurikulum Bahasa Melayu menyediakan murid untuk menguasai kecekapan
berbahasa dan berkomunikasi dan dapat menggunakan tatabahasa secara betul dan tepat. Selain
itu,murid mampu mengungkapkan ilmu pengetahuan daripada mata pelajaran yang lain di
samping mengembangkan kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif.
Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah memberikan tumpuan kepada kemahiran
bahasa, iaitu Kemahiran Mendengar dan Bertutur, Kemahiran Membaca, dan Kemahiran
Menulis. Kemahiran bahasa ini membolehkan murid menggunakan bahasa Melayu secara
berkesan dalam kehidupan harian dan sebagai bahasa ilmu untuk pembelajaran seumur hidup
bagi perhubungan sosial, pemerolehan ilmu serta bagi tujuan rekreasi.
Sukatan pelajaran ini juga memberikan pertimbangan kepada pelbagai gaya pembelajaran, minat,
dan kecerdasan yang berbeza di kalangan murid. Aktiviti kokurikulum Bahasa Melayu yang
dijalankan di luar waktu sekolah adalah penting sebagai sokongan bagi memantapkan kemahiran
3

berbahasa murid.
Sukatan Pelajaran memberikan gambaran menyeluruh tentang kurikulum Bahasa Melayu.
Sukatan Pelajaran ini mengandung matlamat, objektif, dan organisasi kandungan. Organisasi
kandungan merangkumi Kemahiran Bahasa, Hasil Pembelajaran, Sistem Bahasa, dan Pengisian
Kurikulum. Terdapat enam dokumen sampingan yang dikenali sebagai Huraian Sukatan
Pelajaran untuk panduan guru dalam pengajaran dan pembelajaran. Huraian Sukatan Pelajaran
ini disediakan bagi setiap tahun, iaitu dari tahun satu hingga tahun enam.

2.1 Matlamat
Matlamat Kurikulum Bahasa Melayu Sekolah Rendah adalah untuk melengkapkan murid dengan
keterampilan berbahasa dan berkomunikasi untuk memenuhi keperluan diri, memperoleh ilmu,
perhubungan sosial, dan urusan harian.
2.2 Objektif
Pada akhir pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu sekolah rendah murid dapat :
i. Mendengar pengucapan dengan teliti dan memahami serta menghayati pengucapan dalam
konteks perbualan harian dan situasi formal;
ii. Bertutur petah menggunakan sebutan dan intonasi yang betul dalam pelbagai situasi;
iii.Berbincang dan berkongsi pendapat untuk menyelesaikan masalah, mencapai persetujuan, dan
membuat keputusan tentang sesuatu perkara;
iv. Membaca pelbagai bahan sastera dan bahan berunsur pengetahuan menggunakan teknik
membaca yang sesuai dan berkesan untuk memperoleh ilmu dan memproses maklumat secara
kritis;
4

v. Memupuk minat membaca sebagai satu amalan ke arah membina budaya pembelajaran
berterusan;
vi. Memperkembang kekuatan imaginasi, kreativiti, pemikiran kritis, dan penghayatan nilai
murni melalui aktiviti bertutur, membaca, dan menulis;
vii. Mengenali dan menghasilkan pelbagai jenis penulisan kreatif dan berunsur pengetahuan
menggunakan kemahiran menulis serta proses penulisan yang sesuai dan betul;
viii. Menggunakan bahasa baku yang meliputi ejaan, kosa kata, tatabahasa, dan sebutan yang
betul dalam aktiviti mendengar, bertutur, membaca, dan menulis;
ix. Menghargai dan menghayati keindahan bahasa melalui karya sastera dan karya berunsur ilmu;
dan
x. Menghayati dan mengamalkan nilai murni, sikap positif, semangat patriotisme , dan perasaan
cinta akan negara.
2.3 Organisasi Kandungan
Kurikulum Bahasa Melayu Sekolah Rendah digubal dengan memberikan fokus kepada Hasil
Pembelajaran yang perlu dikuasai oleh murid. Hasil Pembelajaran ini berteraskan kemahiran
bahasa, iaitu Kemahiran Mendengar dan Bertutur, Kemahiran Membaca, dan Kemahiran
Menulis. Hasil Pembelajaran juga menggabungkan peraturan dalam Sistem Bahasa dan disokong
oleh elemen Pengisian Kurikulum.
i. Kemahiran Bahasa
Kemahiran Bahasa meliputi kemahiran mendengar, bertutur, membaca, dan menulis. Kemahiran
Bahasa merupakan teras penguasaan bahasa baku.

ii. Kemahiran Mendengar


Kemahiran Mendengar merupakan keupayaan murid mendengar dengan teliti , memahami
perkara yang didengar dalam pelbagai situasi pengucapan, serta dapat memberikan maklum
balas.
iii. Kemahiran Bertutur
Kemahiran Bertutur merupakan keupayaan murid berbual untuk menjalin hubungan dan
menyampaikan maklumat, pendapat, perasaan, serta idea yang kritis dan kreatif dengan sebutan
dan intonasi yang betul secara sopan. Penekanan diberi kepada penggunaan pengucapan yang
menggunakan tatabahasa yang sesuai.
iv.Kemahiran Membaca
Kemahiran Membaca merupakan keupayaan murid membaca ayat dengan lancar serta sebutan,
intonasi, dan jeda yang betul. Penekanan perlu diberi kepada aspek pemahaman dan penaakulan
pelbagai bahan secara kritis dengan menggunakan pelbagai teknik membaca.
v. Kemahiran Menulis
Kemahiran Menulis merupakan keupayaan murid menulis perkataan dan ayat dan mengeluarkan
idea melalui pelbagai jenis penulisan yang berkaitan dengan ilmu pengetahuan dan pengalaman
peribadi yang telah dilalui dengan menggunakan ayat yang gramatis, tanda baca dan ejaan yang
betul, serta tulisan yang jelas, cantik, dan kemas. Murid juga digalakkan menggunakan kreativiti
mereka untuk menghasilkan penulisan bahan berunsur pengetahuan dan penulisan imaginatif.
Penguasaan kemahiran bahasa memerlukan kepelbagaian situasi dan konteks yang meliputi
bentuk prosa, puisi, dan grafik.
2.4 Hasil Pembelajaran
Hasil Pembelajaran ialah pernyataan yang ditafsirkan daripada objektif kurikulum bahasa.
Pernyataan Hasil Pembelajaran merupakan petunjuk yang jelas tentang kemahiran yang perlu
dikuasai oleh murid. Oleh itu, murid perlu menguasai kemahiran berbahasa yang terdapat dalam
setiap hasil pembelajaran. Justeru, Hasil Pembelajaran dapat membantu guru memilih
6

kandungan, kaedah, sumber, dan prosedur pengajaran yang relevan dan berkesan. Dalam konteks
pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah, Hasil Pembelajaran dapat dicapai dengan
menggabungjalinkan keempat-empat kemahiran bahasa, sistem bahasa dan pengisian kurikulum.
Pendekatan yang berfokus kepada gaya pembelajaran yang pelbagai juga dapat membantu murid
mencapai Hasil Pembelajaran. Selain itu, Hasil Pembelajaran juga dapat membantu dalam
membuat pengukuran dan penilaian pencapaian murid.
2.5 Sistem Bahasa
Sistem Bahasa dalam pengajaran dan pembelajaran merujuk kepada bahasa Melayu baku yang
terdiri daripada tatabahasa, ejaan, sebutan dan intonasi, kosa kata dan peribahasa. Aspek
tatabahasa merangkumi morfologi dan sintaksis manakala aspek kosa kata terdiri daripada kosa
kata umum dan istilah yang terdapat dalam mata pelajaran yang lain pada peringkat rendah.
2.6. Pengisian Kurikulum
Pengisian Kurikulum terdiri daripada elemen yang menggabungkan perkembangan terkini dalam
pendidikan yang meliputi aspek ilmu, nilai, kewarganegaraan, peraturan sosiobudaya, dan
kemahiran bernilai tambah, iaitu kemahiran berfikir, kemahiran belajar cara belajar, kemahiran
teknologi maklumat dan komunikasi, kajian masa depan, kecerdasan pelbagai , pembelajaran
konstruktivisme, dan kontekstual. Semua elemen ini dapat diaplikasikan oleh murid dalam dunia
pekerjaan. Di samping itu, pendidikan nilai, kewarganegaraan, dan patriotisme diberi penekanan
selaras dengan matlamat negara membangunkan masyarakat madani.

2.6.1 Ilmu
Ilmu merangkumi pelbagai bidang ilmu dan disiplin . Contohnya ilmu dalam bidang sains,
geografi dan lain-lain yang dapat digunakan untuk memperkembang ilmu bahasa dan kemahiran
bahasa. Pengetahuan juga termasuk perkara semasa yang boleh dipertimbangkan oleh guru
dalam pengajaran dan pembelajaran.

2.6.2 Nilai
Penyerapan nilai murni dalam pendidikan Bahasa Melayu adalah untuk melahirkan insan yang
baik serta memiliki akhlak mulia. Selain itu, penghayatan dan amalan nilai murni bertujuan
membentuk generasi muda yang berhemah tinggi dan berperibadi mulia. Keperihatinan dan
pemahaman bahawa Malaysia ialah negara pelbagai budaya harus dipupuk secara langsung dan
tidak langsung. Ini seterusnya dilanjutkan kepada pemahaman di peringkat antarabangsa selaras
dengan keperluan globalisasi.
2.6.3 Kewarganegaraan
Unsur patriotisme dan kewarganegaraan yang diserapkan dalam pengajaran dan pembelajaran
mengutamakan pemupukan semangat cinta dan taat akan tanah air. Di samping itu, pemupukan
unsur ini bertujuan untuk melahirkan warganegara yang baik dan meningkatkan komitmen
individu terhadap bangsa dan negara.
2.6.4 Peraturan Sosiobudaya
Peraturan sosiobudaya dalam pendidikan Bahasa Melayu meliputi kesantunan bahasa, laras
bahasa , dan peribahasa yang diamalkan dalam masyarakat Malaysia.
2.6.5 Kemahiran Bernilai Tambah
Kemahiran bernilai tambah mengutamakan pengalaman di bilik darjah sesuai dengan situasi
kehidupan dunia sebenar murid serta senario dunia yang global. Sehubungan dengan itu,
kurikulum Bahasa Melayu menyepadukan kemahiran lain agar memenuhi keperluan semasa
pengajaran dan pembelajaran. Kemahiran bernilai tambah yang dimaksudkan ialah kemahiran
berfikir, kemahiran teknologi maklumat dan komunikasi, kemahiran belajar cara belajar, kajian
masa depan, kecerdasan pelbagai , serta pembelajaran konstruktivisme, dan kontekstual.
3.0 Pendapat Berkaitan Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Sukatan Pelajaran Bahasa
Melayu
i.
Sebagai seorang guru yang dipertanggungjawabkan untuk melaksanakan falsafah
pendidikan kebangsaan sokongan yang tidak berbelah bahagi amat perlu. Ini kerana
kejayaan sesuatu objektif akantercapai dengan baik sekiranya pihak yang melaksana

dapat menjalankan tugasnya dengan baik. Contohnya, sebagai guru bahasa Melayu,
saya bukan hanya menumpukan kepada mata pelajaran yang saya ajar sahaja tetapi
juga perlu bekerjasama dengan pihak pentdbir sekolah dan guru-guru mata pelajaran
lain untuk mewujudkan keadaan yang kondusif bagi perkembangan semua aspek
ii.

potensi murid.
Di dalam arus persaingan global masa kini, kemahiran ict amat penting, justeru itu,
sebagai seorang guru, perlulah sentiasa melengkapkan diri dengan pengetahuan dan
kemahiran yang terkini supaya dapat menjelmakan kehendak kurikulum kepada

iii.

aktiviti pengajaran dan pembelajaran untuk menjayakan program baru.


Setiap guru perlu membuat anajakan paradigme atau anjakan pemikiran supaya
mampu menghasilkan murid yang mana akan menjadi warganegara yang baik, yang
berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak muli, bertanggungjawab dan
berkeupayaan member sumbangan kepada Negara suatu hari kelak.

4.0 Kesimpulan
Kurikulum Bahasa Melayu digubal dengan tujuan untuk memenuhi hasrat Falsafah
Pendidikan Kebangsaan iaitu untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi
intelek, emosi, rohani, dan jasmani. Kurikulum Bahasa Melayu pula menyediakan murid untuk
menguasai kecekapan berbahasa dan berkomunikasi dan dapat menggunakan tatabahasa secara
betul dan tepat. Selain daripada itu,murid boleh dan berupaya mengungkapkan ilmu pengetahuan
daripada mata pelajaran yang lain di samping mengembangkan kemahiran berfikir. Sukatan
Pelajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah memberikan tumpuan kepada kemahiran bahasa, iaitu
kemahiran mendengar dan bertutur, kemahiran membaca, dan kemahiran menulis. Kemahiran
bahasa ini membolehkan murid menggunakan bahasa Melayu secara berkesan dalam kehidupan
harian dan sebagai bahasa ilmu untuk pembelajaran seumur hidup bagi perhubungan sosial,
pemerolehan ilmu serta bagi tujuan rekreasi. Sukatan pelajaran ini juga memberipenekanan
kepada pelbagai jenis gaya pembelajaran, minat, dan kecerdasan yang berbeza di kalangan
murid.
Dalam usaha menggalakkan murid menggunakan bahasa kebangsaan dengan betul dan
efektif, bimbingan daripada guru amatlah penting. Guru perlu meningkatkan penggunaan bahasa
kebangsaan terutama di sekolah-sekolah jenis kebangsaan yang lebih banyak menggunakan
9

bahasa ibunda sebagai bahasa perbualan. Bagi menghadapi era globalisasi, murid digalakkan
mempelajari Bahasa Inggeris sebagai bahasa kedua disamping bahasa-bahasa asing yang lain.

Soalan 2
10

1.0 Meningkatkan Kemahiran Membaca Murid Tahun 4 UKM Melalui Latih Tubi Bacaan
Menggunakan Kad Suku Kata
2.0 Abstrak
Terdapat pelbagai kemahiran dalam mata pelajaran Bahasa Melayu. Kemahiran membaca
merupakan salah satu kemahiran yang penting dalam mata pelajaran Bahasa Melayu.
Berdasarkan dari kelemahan murid dalam kemahiran membaca mengakibatkan murid tidak dapat
menjawab soalan peperiksaan dengan baik. Satu kajian tindakan telah dilaksanakan bertujuan
meningkatkan lagi kemahiran murid membaca dengan lancar. Kajian ini juga membolehkan
pendekatan yang lebih baik dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Seramai 6 orang murid
Tahun Empat UKM telah dipilih sebagai responden kajian berdasarkan kelemahan mereka
membaca. Di samping itu, kajian ini juga digunakan untuk menilai keberkesanan pengajaran dan
pembelajaran di dalam kelas. Data dan maklumat yang diperlukan dalam kajian ini diperoleh
dengan menggunakan pra ujian dan pasca ujian. Pelbagai kaedah dan pendekatan yang
bersesuaian digunakan bagi menangani masalah ini. Dapatan kajian menunjukkan bahawa
tindakan yang dilaksanakan dapat membantu murid mengatasi masalah tersebut.
3.0 Isu Kajian
Bahasa Melayu adalah Bahasa Rasmi Negara kita dan Bahasa Melayu merupakan salah satu
mata pelajaran penting yang diajar di sekolah. Bahasa Melayu juga merupakan mata pelajaran
yang diwajibkan lulus bagi setiap murid untuk memperoleh sijil.
Dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu terdapat 3 kemahiran yang perlu dikuasai
oleh murid-murid iaitu kemahiran membaca, kemahiran menulis dan juga kemahiran lisan.
Kemahiran-kemahiran ini juga digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran
lain. Selain itu terdapat pelbagai aspek yang diajar dalam mata pelajaran Bahasa Melayu seperti
nahu, sendi kata, sendi nama, menulis karangan dan sebagainya.
Dalam proses pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran Bahasa Melayu terdapat pelbagai
masalah yang dihadapi oleh guru. Antara masalah yang dikenal pasti ialah masalah murid tidak
dapat mengenal abjad, menulis dan membaca. Senario ini menyebabkan para guru berusaha
menyediakan pelbagai strategi bagi menangani masalah ini demi memartabatkan Bahasa Melayu.
11

4.0 Refleksi Isu Kajian.


Di Sekolah Kebangsaan Yamtuan Hitam, Kuala Pilah, keputusan peperiksaan bagi mata pelajaran
Bahasa Melayu berada pada tahap yang kurang memuaskan. Majoriti kelas 4 UKM tidak
mencapai target sekolah iaitu 80 %.
Selain itu, berdasarkan keputusan peperiksaan sebelum ini terdapat lebih kurang 5 % murid yang
markah peperiksaan bagi mata pelajaran Bahasa Melayu di bawah 20 markah. Hasil tinjauan
dilakukan menunjukkan bahawa muridmurid ini tidak menguasai kemahiran membaca. Masalah
ini menyebabkan mereka lambat memahami kehendak soalan dan juga menyebabkan mereka
mengambil jalan mudah dengan menjawab tanpa membaca soalan.
Berdasarkan perbincangan dengan guru-guru lain , terdapat pelbagai punca kelemahan muridmurid ini yang dikenal pasti seperti kurang membaca, tidak dapat galakan untuk membaca dan
kurang motivasi dalaman. Fokus kajian saya ialah caracara mengatasi kelemahan murid dalam
kemahiran membaca .
5.0 Objektif Kajian
Objektif kajian tindakan ini adalah untuk;
i) Mengenal pasti fokus terhadap permasalahan dan mengenal pasti kaedah penggunaan kad suku
kata sebagai bahan sumber yang sesuai digunakan bagi mengatasi masalah .
ii)Merangka dan melaksanakan tindakan mengatasi kelemahan membaca murid melalui latih tubi
bacaan dengan menggunakan kad suku kata.
iii)Menilai keberkesanan penggunaan kad suku kata sebagai bahan sumber dalam meningkatkan
kemahiran membaca.

6.0 Responden Kajian


Murid Tahun 4 UKM seramai 33 orang namun responden kajian saya hanya melibatkan 6 orang
murid Tahun UKM yang mempunyai masalah membaca. Murid ini merupakan murid yang
sederhana dalam semua mata pelajaran dan sangat lemah membaca.
7.0 Instrumen Kajian
Instrumen yang digunakan dalam kajian ini ialah pra ujian dan pasca ujian (Sila rujuk Lampiran
12

A). Pra Ujian diadakan pada 13 September 2010 di mana murid dikehendaki membacakan
perkataan yang diberikan. Pada 15 September hingga17 September pelaksanaan tindakan telah
dilakukan. Pasca ujian dilakukan pada 20 September 2010. Instrumen ini disediakan juga
berdasarkan perbincangan dengan rakanrakan guru yang lain.
8.0 Langkah-Langkah Tindakan
8.1 Pelaksanaan Tindakan
Berdasarkan maklumat dan data awal kajian yang dilakukan, tindakan pertama yang
dilakukan ialah;
Hari pertama (13 September 2010)
Bagi mengenal pasti masalah , pra ujian diberikan dengan mengedarkan edaran kepada murid.
Di dalam edaran tersebut ditulis dengan 12 perkataan yang mempunyai dua atau tiga suku kata.
Murid-murid ini dikehendaki membaca perkataan tersebut. Didapati murid tidak dapat menyebut
dengan lancar perkataan tersebut dan hanya mengeja satusatu abjad tersebut.
Hari Kedua hingga Keempat (15 September hingga 17 September 2010)
Langkah 1
Guru menyediakan kad suku kata yang mengandungi perkataan seperti mem, ber, nya, tan dan
sebagainya. Guru menunjukkan kepada murid perkataan tersebut. Murid mengeja dan menyebut
perkataan tesebut. Semua murid dipastikan mengeja dan menyebut perkataan pada kad suku kata
tersebut sebanyak 5 kali atau lebih seorang.
Langkah 2
Bagi murid yang sudah menguasai suku kata tersebut, guru membimbing murid dengan cara
kedua iaitu guru mencantum kad suku kata supaya membentuk perkataan.Murid menyebut
perkataan tersebut. Latih tubi ini dijalankan 5 atau 6 kali sehingga murid lancar membaca.
Hari kelima
13

Murid diberikan pasca ujian . Ujian ini merupakan soalan yang sama dengan pra ujian yang
dibuat pada awal kajian. Murid diberikan 12 perkataan yang sama bagi menilai sama ada
tindakan yang diambil dapat mengatasi masalah murid tersebut. Didapati murid dapat menyebut
perkataan tersebut dengan baik. Bagi lebih menyeronokkan murid penggunaan IT juga
diaplikasikan. Guru akan memaparkan perkataan baru menerusi komputer. Ini kerana
penggunaan komputer lebih menarik dengan penggunaan tulisan berwarna. Selain itu IT
merupakan bahan baru bagi murid.
9.0 Keputusan Ujian
Berdasarkan

pra ujian yang dibuat untuk mengenal pasti masalah murid tersebut, murid

dikehendaki membaca 12 perkataan seperti dalam lampiran.


Tilam Keret

Pisto

Selua

Makana

Sunga

lor

Basika

kajia

fesye

lembut

Boleh
Membac
a
Tidak
Lancar
Membac
a
Jadual 1 : Ujian Pra
Berdasarkan jadual di atas menunjukkan bahawa murid-murid ini tidak dapat menyebut dengan
lancar perkataan tersebut.
Pasca Ujian
Ujian ini dilakukan setelah muridmurid ini dibimbing oleh guru selama tiga hari berturutturut
secara latih tubi. Berikut adalah hasil pencapaian tersebut:-

14

Tilam Keret

Pisto

Selua

Makana

Sunga

lor

Basika

kajia

fesye

lembut

Boleh
Membac
a
Tidak
Lancar
Membac
a
Jadual 2 : Ujian Pasca
Berdasarkan pra ujian dan pasca ujian ini guru telah mendapati bahawa pada awalnya murid
tidak dapat membaca perkataan yang diberikan. Setelah diberi latih tubi membaca suku kata
perkataan, hampir keseluruhan murid telah dapat menyebut dengan lancar perkataan yang diberi
terutama yang mempunyai 2 suku kata sahaja. Ini menujukkan bahawa tindakan yang dijalankan
adalah berhasil.
Bil

Nama

Bil betul

Pra Ujian

Bil Betul

(%)
1.
2.
3.
4.
5.
6.

Muhammad Aiman
Muhammad Naim
Muhammad Farhan
Aniff Fazarien
Farhana Adawiyah
Nur Aiman
JUMLAH

0/12
0/12
0/12
0/12
0/12
0/12
0/72

Pasca Ujian
(%)

0
0
0
0
0
0
0

12/12
11/12
12/12
10/12
10/12
11/12
66/72

100
91.6
100
83.3
83.3
91.6
91.6

Jadual 3. Rumusan
Jadual 3 merumuskan keputusan dari Jadual 1 dan Jadual 2. Berdasarkan maklumat didapati pada
awalnya pra ujian Muhammad Aiman hanya memperolehi 0 % dimana tidak dapat menyebut
dengan lancar 12 perkataan yang diberi. Namun selepas diajar dan dibimbing dengan latih tubi
menggunakan kad suku kata murid ini telah dapat menyebut 12 perkataan tersebut dengan lancar
dengan peratusnya 100%. Bagi Muhammad Naim dan Nur Aiman pula, pada awalnya mereka

15

tidak dapat menyebut dengan lancar perkataan yang diberi tetapi pada pasca ujian dia telah
berjaya menyebut 11 perkataan daripada 12 perkataan atau 91.6%. Bagi Muhammad Farhan
pula, pada pra ujian dia masih tidak dapat menyebut perkataan dengan lancar tetapi hasil
daripada latih tubi menggunakan kad suku kata maka di sudah berjaya menyebut dengan lancar
12 perkataan tersebut atau 100% betul. Bagi Anif Fazarien dan Farhana Adawiyah pula mereka
pada pra ujian tidak dapat membaca dengan lancar perkataan-perkataan yang diberi tetapi pada
pasca ujian di dapati bahawa mereka berjaya membaca dengan lancar 10 daripada 12 perkataan
atau 83.3%.
Berdasarkan keseluruhannya, didapati sebanyak 91.6% perkataan telah dikuasai oleh 6 orang
ini. Ini membuktikan bahawa kajian tindakan ini telah membantu mengatasi masalah yang
dihadapi oleh guru-guru.
10.0 Refleksi Tindakan
Berdasarkan kajian didapati walaupun pada awal pra ujian, murid tidak dapat membaca dengan
lancar perkataan yang diberi namun ianya telah berubah setelah diberi peneguhan dan bimbingan
dengan kaedah latih tubi menggunakan kad suku kata..
Berdasarkan tindakan ini membuktikan bahawa bagi murid yang lemah jika diberikan bimbingan
yang berterusan akan dapat mengubah tahap bacaan murid.
Murid juga akan merasa seronok kerana guru memberikan tumpuan dan tidak mengabaikan
mereka. Walaupun pengajaran ini dilakukan berterusan namun murid akan berminat kerana rakan
sebaya juga akan membantu mereka. Selain itu penggunaan IT juga sangat menarik minat
murid.Ini merupakan bahan atau teknologi baru bagi murid selain penggunaan kad atau bahan
sumber lain.
Berdasarkan kajian tindakan ini juga, guru mata pelajaran lain juga boleh menggunakan kaedah
ini. Contohnya bagi mata pelajaran Bahasa Inggeris. Kajian tindakan ini juga memberikan
banyak pengalaman terutama kepada guru-guru baru bagi memantapkan lagi pengajaran dan
pembelajaran murid khususnya kepada muridmurid lemah.
11.0 Penutup
Secara keseluruhannya dapat disimpulkan bahawa kajian tindakan ini menunjukkan hasil yang
memuaskan. Sebagai seorang guru sepatutnya sentiasa membuat kajian tindakan sebagai salah
satu usaha untuk menambahbaikkan pengajaran mereka.
16

Rujukan
Sukatan Pelajaran Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah Bahasa Melayu.2003. Kementerian
Pendidikan Malaysia.

17

Huraian Sukatan Pelajaran Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah Bahasa Melayu Tahun 6.
Pusat Perkembangan Kurikulum.Kementerian Pendidikan Malaysia.
Falsafah

Pendidikan

Kebangsaan,

Matlamat

Kurikulum,Kementerian Pelajaran Malaysia.


http://www.moe.gov.my/bpk/sp_hsp/b_melayu.htm

tilam

LAMPIRAN A

18

dan

Misi,

Pusat

Perkembangan

kereta
pistol
seluar
makanan
sampan
sungai
lori
basikal
kajian
fesyen
lembut

19

Você também pode gostar