Você está na página 1de 6

Apa Itu LINUS ?

LATAR BELAKANG
1. Y.A.B Menteri Pelajaran, Tan Sri Dato Haji Muhyiddin bin Mohd. Yassin telah
membentangkan Bidang Keberhasilan Utama [ National Key Result Areas
(NKRAs)] Kementerian Pelajaran Malaysia pada bulan Ogos 2009.
2. Sektor Dasar dan Pembangunan Pendidikan, Kementerian Pelajaran Malaysia
(KPM) telah diamanahkan untuk mengawas, melaksana dan menyelaras Ministry Key
Performance Indicator(NKPI) KPM iaitu semua murid yang tiada masalah
pembelajaran berupaya menguasai kemahiran membaca, menulis dan mengira
selepas mengikuti pendidikan tiga tahun di peringkat rendah pada akhir tahun 2012.
3. Bahagian Pembangunan Kurikulum (BPK) pula dipertanggungjawabkan untuk
menerajui projek ini dengan kerjasama semua bahagian dalam KPM. Sehubungan
dengan itu, satu program alternatif telah dirangka untuk murid Tahun 1, 2 dan 3
(Tahap I) yang belum menguasai kemahiran asas literasi dan numerasi. Projek ini
dinamai Program Literasi dan Numerasi (LINUS) yang merupakan penambahbaikan
daripada program Kelas Intervensi Awal Membaca dan Menulis (KIA2M) untuk
murid Tahun 1 yang dilaksanakan mulai tahun 2006.
4. Murid berkeperluan khas yang meliputi murid bermasalah pembelajaran, masalah
pendengaran, masalah pertuturan, masalah penglihatan, masalah kepelbagaian deria,
masalah fizikal, dan terencat akal, kurikulum yang khusus telah dibina.
RASIONAL
5. Asas literasi dan numerasi merupakan kemahiran yang diperlukan bagi
membolehkan murid berkomunikasi dan berinteraksi dalam kehidupan seharian
serta untuk membolehkan mereka melanjutkan pelajaran ke tahap yang lebih tinggi.
6. Data KIA2M pada tahun 2008 menunjukkan sebanyak 54,000 murid Tahun 1
belum menguasai kemahiran asas membaca dan menulis (literasi). Data PROTIM
tahun 2008 pula menunjukkan sebanyak 48,233 murid Tahun 4 belum menguasai
kemahiran asas membaca dan menulis (literasi) sementara sebanyak 117,000 murid
Tahun 4 belum menguasai kemahiran asas mengira (numerasi).

7. Data Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan, KPM


menunjukkan kadar keciciran murid sekolah rendah dan sekolah menengah
di Malaysia pada tahun 2008 adalah sebanyak 31,939.
8. KPM berpendapat satu pendekatan yang bersepadu perlu dilaksanakan untuk
mengatasi masalah literasi dan numerasi seawal Tahap I. Perkara ini perlu diberi
perhatian yang serius kerana murid yang belum menguasai kemahiran asas membaca,
menulis dan mengira merupakan kumpulan yang berisiko keciciran dan berhadapan
dengan kesukaran memenuhi keperluan melanjutkan pelajaran dan kerjaya.
DEFINISI KONSEP
9. Definisi LINUS: LINUS ialah akronim bagi Literacy and Numeracy
Screening. LINUS merupakan
program
intervensi yang
dirangka
untuk
membolehkan murid memperoleh asas literasi (Bahasa Malaysia) danasas numerasi
semasa di sekolah rendah. LINUS disasarkan kepada murid yang belum menguasai
kemahiran membaca, menulis dan mengira (3M).
10. Definisi Literasi: Definisi literasi adalah keupayaan untuk membaca, menulis
dan memahami perkataan, ayat tunggal dan ayat majmuk(dengan menggunakan kata
hubung), mengaplikasikan pengetahuan tersebut dalam pembelajaran serta
komunikasi harian. Manakala Definisi Numerasiadalah " kebolehan untuk melakukan
operasi asas matematik dan memahami idea matematik yang mudah serta
mengaplikasikan pengetahuan dan kemahiran matematik dalam kehidupan harian.
MATLAMAT
11. Matlamat program ini adalah untuk memastikan semua murid Tahap Isekolah
rendah berkeupayaan untuk menguasai asas literasi dan numerasi pada akhir tahun
2012 kecuali murid berkeperluan khas.
OBJEKTIF
12. Objektif Program Literasi
Pada akhir Program Literasi murid berupaya:
i. Mengeja dan membunyikan suku kata terbuka dan tertutup;

ii. membaca dan menulis perkataan daripada suku kata terbuka dan tertutup; dan
iii. membaca dan menulis serta memahami ayat tunggal dan ayat majmuk yang mudah
dengan menggunakan kata hubung dan.
13. Objektif Program Numerasi:
Pada akhir Program Numerasi murid berupaya:
i. Membaca, menulis, membilang dan menyusun nombor hingga 1000;
ii. membilang dua-dua, lima-lima dan sepuluh-sepuluh dalam lingkungan 1000 bermula
daripada sebarang nombor;
iii. menyatakan fakta asas tambah, tolak, darab dan bahagi; dan;
iv. mengaplikasikan pengetahuan operasi asas aritmetik dalam wang, menyatakan
waktu, ukuran dan sukatan.
KUMPULAN SASARAN
14. Kumpulan sasaran ialah murid Tahap I yang berkeupayaan untuk menguasai asas
literasi dan numerasi kecuali murid berkeperluan khas yang mengikuti pendidikan di
Sekolah Kebangsaan (Program Pendidikan Khas Integrasi; Masalah Pembelajaran,
Masalah Pendengaran dan Masalah Penglihatan) dan Sekolah Rendah Pendidikan
Khas (Masalah Penglihatan dan Masalah Pendengaran), Sekolah Jenis Kebangsaan
dan Sekolah Agama Bantuan Kerajaan.
STRATEGI PELAKSANAAN PROGRAM LINUS
15. Makmal NKRA bagi program LINUS telah mengemukakan enam strategi utama
LINUS iaitu:
i. melaksanakan saringan terhadap murid pada tahun 1, 2 dan 3;
ii. melaksanakan fokus intervensi bagi menyediakan program pemulihan dan
komprehensif;
iii. meningkatkan kemahiran pedagogi guru;
iv. melaksanakan program kesedaran tentang pentingnya asas membaca, menulis dan
mengira dalam kalangan warga sekolah dan komuniti;
v. menjalankan pemantauan, penyeliaan dan penilaian; dan
vi. mewujudkan jawatan Pegawai FasiLINUS di Pejabat Pelajaran Daerah untuk
membantu guru memastikan murid berupaya membaca, menulis dan mengira.

16. Murid yang telah dikenal pasti masih belum menguasai kemahiran asas literasi
dan numerasi akan diajar secara intensif oleh guru LINUS dan guru pemulihan khas
LINUS. Murid yang mengikuti program ini akan menduduki Saringan 2 pada bulan
Jun dan Saringan 3 pada bulanSeptember (jika perlu).
17. Pemilihan Guru LINUS: Guru yang menjalankan program ini terdiri daripada
guru Bahasa Malaysia dan guru Matematik Tahap I dan dibantu oleh Guru Pemulihan
Khas.
18. Guru pemulihan khas ditempatkan di sekolah mengikut nisbah murid LINUS
tegar. Nisbah guru-murid bagi program ini adalah 1:15 supaya tumpuan sepenuhnya
dapat diberikan kepada murid berkenaan. Dicadangkan satu jam setiap hari guru
pemulihan memberi tumpuan kepada 4 atau 5 orang murid sahaja untuk literasi dan
satu jam lagi untuk numerasi.
19. Guru sedia ada (guru Bahasa Malaysia dan guru Matematik) yang melaksanakan
program ini perlu diberi latihan khusus dalam teknik pemulihan dan bimbingan untuk
menangani murid yang mempunyai masalah literasi dan numerasi.
20. Jadual Waktu: Program LINUS dilaksanakan dalam waktu Bahasa Malaysia dan
waktu Matematik mengikut peruntukan waktu yang sedia ada. Sebanyak 360 minit
seminggu diperuntukan bagi Bahasa Malaysia di Sekolah Kebangsaan dan 270 minit
seminggu di Sekolah Jenis Kebangsaan, manakala 210 minit seminggu bagi
Matematik.
21. Pihak sekolah boleh menggunakan budi bicara untuk menjalankan program ini
mengikut kesesuaian waktu dan kemudahan sekolah.Namun, pihak sekolah hendaklah
memastikan perlaksanaan program ini berkesan dan mencapai matlamatnya.
22. Kemudahan ICT: Kemudahan ICT yang terdiri daripada komputer dan LCD yang
sedia ada di sekolah perlu dimanfaatkan untuk kegunaan dalam pengajaran dan
pembelajaran di dalam kelas.
PEMANTAUAN DAN PENYELIAAN
23. Pemantauan dan penyeliaan dilaksanakan di sekolah terpilih iaitu 8 peratus
daripada jumlah keseluruhan sekolah rendah. Pegawai yang terlibat terdiri daripada

pegawai Bahagian KPM, pegawai Jabatan Pelajaran Negeri (JPN) dan pegawai
Pejabat Pelajaran Daerah (PPD). Pemantauan ini akan diterajui oleh Jemaah Nazir
dan Jaminan Kualiti (JNJK).
24. Guru Besar dan Guru Penolong Kanan Akademik di setiap sekolah perlu menyelia
Program LINUS dari semasa ke semasa.
25. Satu mekanisme sistem pelaporan untuk memantau kemajuan murid LINUS
diadakan. Status penguasaan murid perlu dilaporkan menggunakan sistem yang
dibangunkan oleh KPM setiap kali saringan dilaksanakan.
KANDUNGAN PROGRAM
26. Program LINUS menggunakan kurikulum KBSR sebagai asas dalam menentukan
skop kandungan pengajaran dan pembelajaran.
27. Kandungan skop kurikulum literasi bermula dengan pengenalan abjad, suku kata,
perkataan, frasa, ayat tunggal dan ayat majmuk mudah seperti dalam Lampiran 1.
28. Kandungan skop kurikulum numerasi merangkumi aspek nombor bermula dari
sifar hingga angka 1000, yang melibatkan operasi asas tambah, tolak, darab dan
bahagi, di samping mengaplikasikannya dalam pengiraan pengukuran seperti dalam
Lampiran 2.
BAHAN DAN INSTRUMEN LITERASI DAN NUMERASI
29. Murid yang mengikuti Program LINUS menggunakan modulpengajaran dan
pembelajaran asas literasi dan numerasi yang sesuai dengan tahap keupayaan murid
bagi memastikan kejayaan program ini.
30. Guru digalakkan menyedia dan menggunakan
pembelajaran mengikut kesesuaian murid dan kreativiti.

bahan

pengajaran

dan

31. Instrumen saringan dibina dan diguna pakai untuk menentukan sama ada murid
telah menguasai asas literasi dan numerasi. Pembinaaan instrumen saringan
disediakan oleh Lembaga Peperiksaan (LP).

PELAPORAN
32. Pengumpulan data saringan dan analisis data dikendalikan oleh Bahagian
Pengurusan Sekolah Harian (BPSH) sementara laporan pemantauan disediakan oleh
Jemaah Nazir dan Jaminan Kualiti (JNJK).
PENUTUP
33. Program ini menegaskan usaha Kementerian Pelajaran Malaysia untuk mengatasi
masalah literasi dan numerasi dalam kalangan murid yang berkeupayaan kecuali
murid berkeperluan khas pada peringkat awal persekolahan. Komitmen semua pihak
adalah diharap untuk memastikan program ini berjaya selaras dengan sasaran
NKRA.

Você também pode gostar