Você está na página 1de 2

Barisan pencadang

i)
ii)
iii)
Kelas: 4 Cengal
Cikgu: Encik Ismail B. Rahman

Tajuk Perbahasan: Haiwan patut dibebskan


Hujah
1.Mereka sepatutnya berada di dalam habitat tersendiri.Ini kerana mereka dapat mengambil nutrisi
yang sempurna. Izinkan saya untuk memberikan comtoh. Haiwan di zoo seperti buaya, merupakan
haiwan karnivor yang bukan sahaja memakan daging tetapi juga hidupan akuatik lain. Walau
bagaimanapun pekerja zoo akan memberikan makanan proses yang boleh membawa kepada sistem
penghadaman terjejas dan pertumbuhan yang drastik. Akibatnya,haiwan-haiwan kurungan ini akan
mengalami masalah kesihatan yang serius.
2.Haiwan yang diternak dan hidupan liar mempunyai fungsi kelangsungan hidup yang berbeza.
Kebanyakan haiwan yang diternak merupakan sumber makanan kepada manusia. Semulajadinya,
haiwan-haiwan ini seperti lembu dan kambing sudah terbiasa hidup di dalam kandang. Kandang
yang disediakan adalah habitat yang paling selamat bagi haiwan-haiwan tersebut. Berbeza pula
dengan haiwan liar yang mana mereka mempunyai habitat tersendiri. Ini sebenarnya secara tidak
langsung menganggu rantaian makanan dan menjejaskan ekosistem. Terdapat banyak contoh yang
dimana haiwan liar yang dikurung mengalami fasa kemurungan.
*Fakta ini saya kuatkan lagi dengan kejadian terbaru, iaitu seekor beruang kutub di negara China
telah diletakkan di dalam akuarium kecil. Akuarium itu ditempatkan di sebuah kompleks beli-belah
dan haiwan tersebut tinggal tanpa pasangan dan diletakkan di dalam suhu yang tidak sesuai untuk
didiaminya.
*Saya ingin menguatkan lagi hujah saya dengan satu lagi bukti yang di mana,seekor ikan paus
pembunuh atau okra yang telah dikurung selama 47 tahun dari 1969 sehingga 2016. Ikan paus
tersebut tinggal di dalam kolam dengan kedalaman air yang cetek dan kecil. Hasilnya, haiwan ini
juga menghadapi masalah kemurungan dan kesedihan. Melalui pembacaan artikel-artikel ilmiah,
saya dapati ikan paus tersebut tinggal di dalam kelompok keluarga dan hidup dengan sendiri akan
memendekkan lagi usianya.
3.Sebagai manusia yang diberikan akal fikiran oleh tuhan. Kita sepatutnya menjadi pelindung
kepada haiwan-haiwan.

4.haiwan-haiwan ini perlu berada di habitatnya bagi pembiakan berterusan supaya kepupusan
haiwan liar dapat dielakkan.
5.Haiwan liar yang dikurung sebenarnya bertambah agresif jika terlepas.Ini kerana, tempat tinggal
yang dibina untuk mereka tidak sempurna untuk mereka.Saya kukuhkan lagi,hujah ini dengan bukti
dimana, kejadian serangan seekor harimau di Zoo di negara China yang terlepas dari kandang tanpa
disangka, telah menarik pelawat yang baru sahaja keluar dari kereta.Untuk pengetahuan
semua,harimau liar tidak akan dengan mudahnya serang kecuali apabila mereka terasa terancam
atau lapar.
6.Ekosistem akan diganggu kerana haiwan yang sepatutnya menjadi sebahagian daripada sistem ini
dikurung.Akibatnya, ekosistem tidak stabil.

Você também pode gostar