Você está na página 1de 13

Pengenalan

Setiap umat Islam wajib mengetahui, mempelajari dan mendalami ilmu akidah supaya tidak
berlaku perkara-perkara yang membawa kepada penyelewengan akidah kepada Allah swt
1. Akidah dari segi bahasa bererti simpulan iman ataupun pegangan yang kuat atau satu
keyakinan yang menjadi pegangan yang kuat
2. Akidah dari sudut istilah ialah kepercayaan yang pasti dan keputusan yang muktamat tidak
bercampur dengan syak atau keraguan pada seseorang yang berakidah sama ada akidah yang
betul atau sebaliknya
3. Akidah Islam ialah kepercayaan dan keyakinan terhadap Allah sebagai rabb dan ilah serta
beriman dengan nama-namaNya dan segala sifat-sifatNya juga beriman dengan adanya
malaikat, kitab-kitab, para Rasul, Hari Akhirat dan beriman dengan taqdir Allah sama ada baik
atau buruk termasuk juga segala apa yang dating dari Allah. Seterusnya patuh dan taat pada
segala ajaran dan petunjuknya. Oleh itu, akidah Islam ialah keimanan dan keyakinan terhadap
Allah dan RasulNya serta apa yang dibawa oleh Rasul dan dilaksanakan dalam kehidupan

Pengertian Akidah
1. Ilmu yang membicarakan perkara-perkara yang berkaitan keyakinan terhadap Allah swt
dan sifat-sifat kesempurnaanNya.
2. Setiap umat Islam wajib mengetahui, mempelajari dan mendalami ilmu akidah supaya
tidak berlaku perkara-perkara yang membawa kepada penyelewengan akidah kepada
Allah swt

3. Akidah sebenar adalah akidah yang berdasarkan pada al-Quran dan As-Sunnah

AJARAN-AJARAN SESAT YANG DIKENALPASTI


Di antara ajaran sesat yang telah dikenalpasti dan diakui oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia sebagai
sesat dan diketahui sedang beroperasi di dunia Islam amnya dan di tanah air kita khususnya ialah seperti
berikut :
2.1 Syiah
2.2 Qadiani
2.3 Baha'i
2.4 Anti-Hadis
2.5 Al-Arqam
2.6 Ajaran-ajaran tarekat dan tasauf yang sesat dan lain-lain lagi

2.1 AJARAN SYIAH


Perkataan "syiah" memberi makna pengikut atau ahli bagi suatu golongan. Allah menyebut
dalam Al-Qur'an tentang beberapa orang daripada hamba-hamba-Nya merupakan syiah bagi
hamba-hamba saleh-Nya yang lain.
Sengaja penulis mendahulukan Syiah dari yang lain-lain kerana segala kesesatan yang terdapat pada
golongan sesat yang lain terdapat di dalamnya.
Padanya terdapat ajaran anti-hadis, padanya juga terdapat fahaman yang menganggap sahabat adalah
kafir seperti golongan Khawarij. Terdapat juga di dalamnya kepercayaan terhadap imam dan ikutan
mereka secara 'ghulu' seperti yang terdapat dalam ajaran-ajaran tarekat dan tasauf yang sesat.
2.1.1 Dapat dikemukakan secara ringkas aqidah mereka yang jelas bercanggah dan bertentangan
dengan ajaran Islam yang suci antara lain :
(i) Aqidah Tahrif Al-Quran
(ii) Aqidah Al Imamah
(iii) Aqidah Raj'ah
(iv) Aqidah Takfir As Sahabah
(v) Aqidah Al Bada'
(vi) Aqidah Tabarra atau Tabarri
2.1.2 Dari segi amalan pula, antara lain yang bercanggah dengan ajaran Islam ialah :
(i) Mut'ah
(ii) Pemujaan terhadap kubur-kubur
(iii) Penerimaan " Khumus " dari pengikut-pengikutnya dan lain-lain lagi.
Semua ajaran-ajaran yang salah di zaman lampau mempunyai pertalian dengannya atau berpunca
daripadanya seperti Khawarij dan Mu'tazilah. Selain dari mempunyai buku rujukan yang terlalu banyak
tersebar di kalangan mereka, Syiah juga mempunyai jumlah pengikut yang besar selain dari Ahli Sunnah
di dunia hari ini dan sekarang mereka mempunyai sebuah negara yang merdeka.
Di antara rujukan-rujukan utama mereka ialah Al Kafi, Al Istibshar, Tahzibu Al Ankam, Man La Yahdhuruhu
Al Faqih, Al Ihtijaj dan lain-lain lagi.

2.2 AJARAN QADIANI


Ajaran Qadiani muncul di akhir kurun ke 19 Masihi di India selepas mantapnya penjajahan Inggeris di
sana dan sebenarnya ajaran Qadiani adalah ajaran yang disokong dan dibantu oleh penjajah Inggeris
untuk memecahbelahkan umat Islam dan memadamkan api jihad yang bersemarak di kalangan umat
Islam untuk menentang penjajah.
2.2.1 Di antara kesesatan dan penyelewengan aqidah golongan Qadiani ini ialah :
(i) Pengasasnya Mirza Ghulam Ahmad mendapat wahyu daripada Allah s.w.t.
(ii) Dia adalah Isa Al Masih yang dijanjikan.
(iii) Beliau lebih utama daripada sebilangan besar nabi dan tidak mustahil dia paling afdal daripada
sekalian nabi.
(iv) Tidak ada perbezaan di antara sahabat-sahabat Nabi s.a.w dengan pengikut-pengikut Mirza Ghulam
Ahmad selain daripada para sahabat itu adalah orang-orang pilihan generasi awal atau kebangkitan
pertama dan murid-murid Mirza Ghulam Ahmad adalah orang-orang pilihan di zaman generasi kemudian
atau kebangkitan kedua.
(v) Mereka menolak aqidah "Khatmin An Nubuwwah" iaitu Nabi Muhammad s.a.w penyudah sekalian
nabi.
(vi) Mengerjakan haji ke Qadyan
(vii) Orang yang menziarahi Kubah Putih Nabi Isa (Mirza Ghulam Ahmad) yang dijanjikan menyamai
orang yang mendapat keberkatan apabila menziarahi Kubah Hijau di Madinah.
(viii) Mirza Ghulam Ahmad mendakwa Maryam telah berzina dengan Yusuf An Najjar sehingga
melahirkan Nabi Isa a.s. Anggapan bahawa Nabi Isa a.s. tidak mempunyai bapa itu adalah salah menurut
beliau.
(ix) Tanah suci bagi mereka ada tiga iaitu :
(1) Mekah
(2) Madinah
(3) Qadyan
(x) Menta'wilkan ayat-ayat Al-Quran sesuai dengan ajaran yang diada-adakan oleh mereka.

2.3 AJARAN BAHA'I


Ajaran Baha'i lahir pada tahun 1844 M berpunca daripada ajaran Baabiyyah yang diasaskan oleh Mirza
Ali Muhammad dan ajaran Bahaiyyah pula diasaskan oleh Mirza Husain Ali yang digelar dengan 'Al Baha'
.
Sebenarnya kedua-dua ajaran ini mempunyai hubungan yang rapat dengan perancangan Yahudi
antarabangsa untuk memusnahkan imej aqidah Islam yang dibawa oleh Rasulullah Sa.w.
2.3.1 Di antara ajaran Bahaiyyah yang menyelewen ialah :
(i) Allah s.w.t tidak mempunyai sifat, nama dan juga af'al. Mana-mana nama sifat dan af'al yang
disandarkan kepada Allah s.w.t tidak lebih dari simbol-simbol untuk orang-orang pilihan dari kalangan
manusia sama ada di zaman dahulu atau di zaman kemudian. Mereka merupakan fenomena perintah
Allah s.w.t , tempat turunnya wahyu, menurut fahaman mereka.
Yang terakhir dan paling sempurna di antara mereka ialah Mirza Husain Ali Al Maazandaraani yang telah
menggelarkan dirinya "Bahaullah".
(ii) Bahaullah dianggap sebagai fenomena dari Allah s.w.t yang paling sempurna dan telah dijanjikan.
Kedatangannya merupakan saat teragung dan kebangkitannya merupakan qiamat. Kerasulannya
merupakan bangkit dan penentangan terhadapnya merupakan neraka.
(iii) Bahaiyyah dipercayai sebagai agama yang paling tinggi dan mulia dari antara agama-agama lain
kerana pernyataan 'wujud Allah' pada Al Baha' adalah dalam bentuk yang paling tinggi dan agung
berbanding dengan pernyataannya pada nabi-nabi yang lalu.
(iv) Mereka tidak mempercayai Al-Quran sebagai mukjizat.
(v) Hujah mereka tentang mukjizat Bahaullah ini ialah semenjak awal lagi ia menghadapi berbagai-bagai
ujian dan bencana yang besar. Walaupun dia bukan seorang ahli ilmu dan tidak pernah mendapat
pelajaran di pusat-pusat ilmu namun begitu dia telah memenuhkan alam ini dengan 'lauh-lauh' sucinya
sama ada dalam bahasa Farsi atau dalam bahasa Arab.
2.3.2 Di antara amalannya yang menyeleweng daripada Islam ialah :
(i) Sembahyang difardukan ke atas setiap orang yang baligh sebanyak 9 rakaat sahaja setiap hari pada 3
waktu iaitu :
(a) Pagi
(b) Gelincir matahari
(c) Petang
Dengan mengadap ke arah bandar 'Akka
(ii) Sembahyang dimaafkan kepada orang yang dalam perjalanan atau lemah, sama ada sakit atau tua
sebagaimana dimaafkan juga kepada orang mengandung atau menyusu.
(iii) Tidak ada sembahyang jemaah pada mereka kecuali pada sembahyang mayat.
(iv) Puasa di sisi mereka adalah wajib selama sebulan mengikut kiraan mereka iaitu sebanyak 19 hari.
Dimaafkan dari berpuasa orang-orang yang telah disebutkan tadi.
(v) Haji di sisi mereka ialah pergi ke rumah di mana dilahirkan pengasas mereka iaitu Mirza Ali
Muhammad Di Syiraz atau ke rumah yang menjadi persinggahan Husain Ali al Maazandaraani yang
digelarkan dengan "bahaullah" di Iraq.

(vi) Tidak ada waktu tertentu untuk menunaikan haji


(vii) Perkahwinan dibolehkan hanya dengan seorang perempuan sahaja dan tidak ada perceraian di
kalangan mereka.
(viii) Pusaka menurut ajaran Baha'i adalah sama banyak di antara anak lelaki dan anak perempuan
begitu juga sekalian hak-hak yang lain.
(ix) Umur baligh disisi mereka bagi lelaki dan perempuan ialah 15 tahun.
- (Dr Muhammad Yusuf An Nagraami - Al-Harakat Al Munahidhah Li Al Islam ms 50-53)
2.3.3 Di antara daayah dan propaganda yang selalu memikat orang-orang yang tidak mengetahui hakikat
ajaran Bahaiyyah ini ialah kononnya mereka memperjuangkan 5 konsep utama iaitu :
(i) Kesatuan Ugama
(ii) Kesatuan Tanahair
(iii) Kesatuan Bahasa
(iv) Kedamaian Sejagat
(v) Persamaan di antara lelaki dan wanita
Sebenarnya mereka tidak pernah membuktikan apa yang dipropagandakan ini bahkan sebaiknya telah
melanggar dari merobohkan sendiri konsep-konsep yang mereka ciptakan untuk propaganda itu.
- ( Ustaz Ehsan Ilahi Dzahier - Al-Bahaiyyah Naqduri Wa Tahlil ms 95 & 96)

2.4 AJARAN ANTI HADIS


Boleh dikatakan semangat anti-hadis ini terdapat di dalam setiap ajaran salah yang pernah dikenali oleh
sejarah Islam sama ada pengingkaran itu secara sedar dari sengaja atau secara tidak sedar dan tidak
sengaja. Lihatlah kepada ajaran Syiah, Baha'i, Qadiani, Mu'tazilah, Khawarij, ajaran-ajaran tarekat yang
salah dan lain-lain lagi pasti kita temui semangat ini pada mereka.
Namun begitu yang kita maksudkan di sini ialah golongan anti-hadis yang secara terang-terangan tidak
menerima Al Hadis sebagai sumber kedua utamanya di dalam Islam sama ada berkaitan dengan
persoalan aqidah atau persoalan hukum hakam. Begitu juga yang berkaitan dengan sosio budaya.
Golongan ini menganggap taat kepada Rasul s.a.w itu bermakna taat kepada Allah s.w.t. Tidak ada
ketaatan kepada Rasul s.a.w secara berasingan bahkan pada hakikatnya Rasul tidak lebih daripada
seorang posmen.
Di Mesir muncul fahaman yang dikemukakan oleh Mahmood Abu Rayyah dan Rasyad Khalifah. Di
Pakistan pula lahir orang-orang seperti Caudri Ghulam Ahmad Parwez dan Doktor Ghulam Jailani Barq
menjulang bendera Anti Hadis. Tidak terkebelakang juga di tanahair kita adanya orang seperti Kassim
Ahmad.
Rata-rata pemimpin-pemimpin golongan Anti Hadis ini terdiri daripada orang yang tidak mendapat
pendidikan Al Quran dan as - Sunnah secara formal bahkan kebanyakan dari mereka masih tidak dapat
membaca Al Quran dengan baik.
Akhir-akhir ini gejala anti hadis ini lebih ketara dengan adanya daayah-daayah daripada golongan Syiah

yang sentiasa mencuba untuk menimbulkan keraguan umat Islam terhadap kitab-kitab Al Hadis yang
telah diakui umat seperti Sahih Bukhari, Sahih Muslim dan lain-lain lagi.
Di antara faktor yang mendorong mereka menolak hadis-hadis atau mengikut dakwaan mereka hadishadis atau mengikut dakwaan mereka "hadis-hadis yang bercanggah dengan Al-Quran", ialah kerana
hadis hadis itu:
(i) Bercanggah dengan akal
(ii) Diriwayatkan oleh orang yang ketika peristiwa yang diriwayatkan olehnya belum memeluk agama
Islam atau belum lagi wujud.
(iii) Sekian banyak hadis seperti yang didakwakan oleh ulama-ulama hadis tidak mungkin diingat dan
dihafal oleh manusia.
(iv) Hadis-hadis yang pada zahirnya menyatakan keserupaan Allah s.w.t dengan makhluknya.
(v) Hadis-hadis itu tidak dikumpulkan secara bertulis seperti Al-Quran di zaman Nabi s.a.w lagi (mengikut
dakwaan mereka)
(vi) Hadis-hadis yang menyifatkan keadaan Nabi s.a.w yang tidak layak dengan kedudukan dan sifat
Baginda s.a.w yang dimaklumi.
(vii) Dan lain-lain lagi
Antara buku-buku rujukan golongan ini ialah :
1. Adwaun 'Ala As Sunnatil Muhammadiyyah karangan Mahmood Abu Rayyah
2. Tahzibul Akhlaq, Nurul Afaq, Tafsirul Quraan - ketiga-tiganya karangan Sir Sayyid Ahmad Khan dan
lain-lain lagi

2.5 AJARAN AL ARQAM


Ajaran Al Arqam adalah di antara ajaran sesat yang malangnya berasal daripada tanahair kita.
Kesesatannya telah pun diakui sendiri oleh pemimpin-pemimpinnya.
2.5.1 Antara kesesatan dan penyelewengan mereka yang boleh disebutkan ialah:
(i) Mempercayai Syeikh Suhaimi sebagai Imam Mahdi
(ii) Mempercayai pemimpinnya sebagai pembawa bendera Imam Mahdi.
(iii) Memutarbelitkan pengertian hadis dan atsar sesuai dengan kepentingan dan selera mereka.
(iv) Mendakwa berdailog dengan Nabi s.a.w semasa jaga dan Nabi s.a.w memanggil pemimpinnya
dengan 'Tuan'
(v) Amalan Aurad Muhammadiyyah.

2.6 AJARAN-AJARAN TAREKAT DAN TASAUF YANG SESAT


Kesesatan ajaran tasauf dan tarekat tidak khusus kepada sesebuah negeri malah ia telah tersebar di
serata tempat dan ke segenap pelusuk dunia Islam.

Di mana-mana boleh ditemui orang-orang yang mempercayai Syeikh mereka mempunyai kuasa ghaib.
Mereka sujud kepadanya dan bila Syeikh mereka mati mereka berkeliling di kuburnya, dikucup dan
dibasuh kuburnya itu lalu diambil air basuhan itu sebagai sesuatu yang membawa berkat kepada
kehidupan mereka. Kepercayaan bahawa bila seseorang telah sampai ke suatu maqam yang tertinggi
maka tidak dia terikat dengan ikatan syariat dan terlepaslah dia daripada segala fardhu sembahyang,
puasa dan sebagainya bahkan sampai ke peringkat ia telah bersatu dengan Allah s.w.t.

atas
3. AJARAN-AJARAN SESAT YANG SAMAR DAN DIAMALKAN OLEH MASYARAKAT ISLAM TANPA
DISEDARI
Sebenarnya di dalam masyarakat Islam di zaman mutaakhir ini, kesesatan dalam bentuk ini lebih meluas
dan oleh kerana ia tidak dilabelkan sebagai ajaran sesat maka kebanyakan orang Islam melakukannya
tanpa segan dan silu walaupun Al Quran dengan jelas dan terang menegaskan bahawa fahamanfahaman dan amalan-amalan seperti ini adalah sesat dan tersasul dari jalan yang sebenarnya.
Untuk mengenalpasti sesuatu ajaran itu sebagai sesat atau terpesong daripada ajaran Islam yang
sebenarnya semestinya kita merujuk kepada Al Quran dan As Sunnah. Tindakan ini adalah perlu lantaran
ajaran-ajaran yang diketahui dan diakui sebagai ajaran sesat itu pada hakikatnya merupakan penghujung
jalan bagi kesesatan-kesesatan yang samar dan dianggap tidak sesat oleh kebanyakan umat Islam.
Dengan kata lain, ia merupakan akibat atau natijah daripada penyelewengan pemahaman dan tindakan
umat Islam terhadap ajaran Al Quran dan As Sunnah.

3.1 Di sini akan kita kemukakan beberapa contoh daripada Al Quran yang dengan jelas menyebutkan
amalan yang dilakukan oleh ramai umat Islam hari ini sebagai sesat dan orang yang melakukannya
sebagai tidak berada di atas petunjuk iaitu amalan :
(i) Perancang Keluarga
Allah s.w.t berfirman bermaksud :
" Sesungguhnya telah rugi orang yang membunuh anak-anak mereka dengan kebodohan tanpa
sebarang ilmu dan menghalang rezeki yang mahu Allah berikan kepada mereka sebagai mengadangadakan dusta atas nama Allah. Sesungguhnya mereka sesat dan mereka tidak mendapat petunjuk."
(Surah Al An'am : ayat 140)
Ayat ini jelas menyangkal amalan perancang keluarga dengan menghukumnya sebagai amalan bodoh
dan tidak berlandaskan alasan-alasan ilmiah sementara orang yang terlibat dengannya pula dikatakan
sesat. Walaupun para ulamak mengharuskan perancang keluarga itu dalam keadaan-keadaan tertentu
tetapi ia pada dasarnya adalah terlarang (untuk keterangan lanjut, lihat Maulana Maududi - Zabti Wiladat
ms 94).
(ii) Berhakimkan Thaghut
Berhubung dengan berhakimkan thaghut Allah s.w.t berfirman bermaksud :
Tidakkah kamu perhatikan kepada orang-orang yang mengaku dirinya telah beriman kepada apa yang
diturunkan kepadamu dan kepada apa yang diturunkan sebelumnya. Mereka hendak berhakim kepada
thaghut pada hal mereka telah diperintahkan supaya mengingkari thaghut itu dan syaitan bermaksud
menyesatkan mereka dengan penyesatan yang sejauh-jauhnya.
(Surah An Nissa' ayat 60)

Di dalam ayat ini Allah menyatakan bahawa berhakimkan kepada thaghut itu adalah suatu kesesatan dan

itulah yang dikehendaki oleh syaitan supaya manusia sesat sejauh-jauhnya.


Ayat ini diturunkan sehubungan dengan peristiwa seorang munafiq yang berkelahi dengan seorang
Yahudi berhubung dengan sesuatu hak mereka. Yahudi itu berhakimkan Rasulullah s.a.w. Kerana ia tahu
Rasulullah s.a.w akan berlaku adil dalam hukumannya. Sebaliknya si munafiq itu tidak mahu
berhakimkan Rasulullah s.a.w tetapi berhakimkan Ka'ab bin Al Asyraf seorang Yahudi.
Akhirnya kedua-duanya mengadap Rasulullah s.a.w dan Baginda s.a.w memenangkan Yahudi tersebut di
dalam kes yang dikemukakan oleh mereka kepada Baginda s.a.w. Si Munafiq itu tidak mahu menerima
keputusan Rasulullah s.a.w dan mengajak lawan bicaranya si Yahudi itu bertemu Sayyidina Umar.
Setelah mereka berjumpa Sayyidina, Yahudi itu berkata kepada Sayyidina Umar " Bahawasanya
Rasulullah telah memutuskan saya memenangi kes ini". Sayyidina Umar pun bertanya si munafiq itu,
"Benarkah begitu?". Munafiq itu pun menjawab "Ya". Umar pun berkata, "Tunggu sekejap, saya ada
hajat". Lalu beliau pun masuk ke dalam rumahnya dan mengambil pedang langsung keluar dan
memenggal leher munafiq itu seraya berkata , "Beginilah aku hukumkan terhadap orang yang menolak
hukuman Rasulullah s.a.w.
Yang dimaksudkan dengan thaghut di dalam ayat ini berdasarkan peristiwa ini ialah Ka'ab bin Al Asyraf.
Lihat Ibnu Katsir - Tafsir Quranul Azim Jilid - muka surat 569, Al Baidhawi Anwaru, At Tanzil Wa Asraru, At
Talwil muka surat 16, Ar Fakhru Razi - At Tafsiru Al Kabir jilid 10 muka surat 153 - 155, Sayyid Qutb - Fi
Zilalil Quraan Jilid 2 muka surat 694 dan Az Zamakhsyari - Al Kasysyaf jilid 1 muka surat 525.
(iii) Perkara-perkara yang melekakan manusia daripada mengingati Allah dan daripada mengikuti jalan
Allah juga dikatakan sesuatu yang menyesatkan seperti hiburan yang melalaikan , cerita-cerita yang
mengkhayalkan dan karut marut, lagu-lagu dan muzik-muzik yang menjauhkan manusia daripada
mengingati Allah s.w.t, semuanya melekakan yang disebutkan oleh Allah s.w.t di dalam firmanNya yang
bermaksud:
" Dan diantara manusia itu ada orang yang mempergunakan perkara yang melalaikan untuk
menyesatkan (manusia) di jalan Allah tanpa pengetahuan dan menjadikan jalan Allah itu olok-olokan.
Mereka itu akan memperoleh azab yang menghinakan."
(Surah Luqman: ayat 6)

Ayat ini diturunkan sehubungan dengan rancangan Nadhr bin Al Harits yang dipersetujui oleh Ahli Majlis
Mesyuarat orang-orang kafir Quraisy dalam rangka mereka menghalang usaha-usaha da'wah Nabi s.a.w
dimana ia mencadangkan supaya dibawakan dari Iraq bahan-bahan cerita, penyanyi-penyanyi dan
penari-penari yang boleh melalaikan masyarakat dan menghalang mereka daripada mengikuti Rasulullah
s.a.w. (Ibnu Katsir - Tafsir Quraan `Azim) jilid 3 muka surat 486, Al-Baidhawi - Anwaru Tanzil Wa Asratru
At Ta'wil muka surat 543, Sayyid Qutb Fi Zilalil Quraan jilid 5 muka surat 2784 - 2785, Al Maududi Tafhimu Al-Quraan jilid 4 muka surat 8 - 10, Az Zamaksyari - Al Kasysyaf jilid 3 muka surat 490).
Perkara-perkara yang melalaikan ini sedang diamalkan oleh umat Islam secara meluas tanpa disedari
oleh mereka bahawa amalan-amalan mereka itu menurut Al-Quran adalah amalan-amalan yang sesat.
atas

4. MASALAH-MASALAH AJARAN SESAT


4.1 Sebab-Sebab Berlaku

Asy Syahrastaani dalam Al Milal Wa An Nihal jilid 1 muka surat 7 menyebutkan faktor paling utama bagi
kelahiran ajaran sesat ialah kekeliruan dan salah faham terhadap sesuatu konsep agama yang betul.
Iblis telah sesat kerana terkeliru. Dia merasakan dia lebih baik daripada Adam kerana kejadiannya
daripada api sedangkan kejadian Adam daripada tanah. Tabiat api menjulang ke atas dan tabiat tanah
jatuh ke bawah. Boleh dikatakan kebanyakan ajaran yang salah itu berpunca dari kekeliruan dan salah
faham.
Muktazilah kerana terlalu mahu mensucikan Allah s.w.t mereka telah menghubungkan perbuatan yang
baik sahaja kepada Allah sementara yang buruk itu adalah perbuatan makhluk sendiri sedangkan dengan
mengatakan begitu bermakna telah menyediakan sekian banyak Tuhan pula selain Allah s.w.t.
Selain dari yang disebutkan Asy Syahrastaani itu boleh juga disenaraikan di antara sebab berlakunya
penyelewengan aqidah dan ajaran sesat adalah seperti di bawah ini.
i) Kerana mengikut hawa nafsu dan mempunyai kepentingan duniawi yang hampir. Kerana itulah Allah
s.w.t berfirman tentang orang yang mengikut hawa nafsu itu sebagai orang yang mempertuhankannya
dalam firmanNya yang bermaksud:

"Tidakkah kamu lihat orang yang menjadikan hawa nafsunya sebagai Tuhannya dan Allah
membiarkannya sesat berdasarkan ilmuNya dan Allah telah mengunci mati pendengaran dan hatinya dan
meletakkan tutupan atas penglihatannya. Maka siapalah yang dapat memberikannya petunjuk sesudah
Allah membiarkannya sesat. Maka mengapa kamu tidak mengambil pengajaran".
(Surah al Jaatsiyah: ayat 23)
(ii) Bermaksud untuk memecahbelahkan ummah dan melenyapkan kesatupaduannya.
(iii) Pakatan luar sama ada daripada agama-agama bukan Islam ataupun daripada kuasa-kuasa politik
luar untuk memecahbelahkan umat Islam. Ini jelas dapat dilihat pada ajaran-ajaran sesat seperti Baha'i
dan Syiah yang didalangi oleh Yahudi dan juga ajaran Qadiani yang menjadi agen penjajah Inggeris.
(iv) Kecetekan ilmu tetapi mempunyai angan-angan supaya diterima sebagai pemimpin atau ketua.
Kecetekan ilmu juga selalu menjadi faktor kelahiran ajaran sesat yang dapat kita lihat pada ajaran-ajaran
sesat tempatan seperti golongan Anti-Hadis, Tajalli, Al Arqam dan lain-lain lagi.
(v) Faktor-faktor fizikal dan mental misalnya gila atau sakit jiwa.
Ini juga terbukti pada orang-orang yang membawa ajaran-ajaran sesat dan diketahui sejarah bahawa
mereka mengidap sakit jiwa ataupun kelemahan fizikal. Sebagai contoh boleh dikemukakan Mirza
Ghulam Ahmad (Qadiani). Dia adalah seorang yang mengidap penyakit histeria dan serangan-serangan
saraf yang luar biasa. Selalu juga ia pengsan dan jatuh tersungkur ketika mana datangnya seranganserangan penyakit itu.
Selain daripada dakwaannya yang jelas menunjukkan keparahan penyakit jiwanya lantaran beliau
mendakwa dirinya sebagai Al-Mahdi. Beliau juga sebagai Isa Al Masih dan beliau juga sebagai Ahmad
yang dijanjikan oleh Tuhan di dalam kitab Injil.
(vi) Kesan buruk dari amalan-amalan agama yang tidak seimbang .
Perkara ini selalunya terjadi kepada golongan-golongan yang mengikut ajaran-ajaran tarekat yang
tertentu tanpa bimbingan daripada guru yang murshid dan berpandukan kitab muktabar di dalam
bidangnya di samping memberi penekanan kepada sudut-sudut tertentu secara berlebihan dan

bercanggah dengan sunnah Rasulullah s.a.w.


(vii) Mempunyai kecenderungan untuk membebaskan diri daripada mana-mana mazhab atau aliran
pemikiran yang diakui oleh ulama-ulama yang muktabar dalam keadaan tidak mempunyai kelayakan
untuk berbuat begitu.
Kecenderungan ini ketara pada golongan anti-hadis atau golongan anti-madzhab yang merasakan dirinya
sudah mempunyai cukup kemampuan untuk " istinbath " dan beristidlal dengan Al-Quraanul karim dan
hadis-hadis Rasulullah s.a.w tanpa panduan dan bimbingan ulama-ulama yang terdahulu yang pakar dan
diakui semua tentang keilmuannya.
(viii) Modernisma dan materialisma dalam agama.

4. FAKTOR-FAKTOR YANG MENYEBABKAN PENYELEWENGAN AQIDAH BERLAKU SECARA


BERTERUSAN
Di antara sebab yang boleh disebutkan bagi berterusannya ajaran-ajaran sesat itu ialah:(i) Tidak adanya pengajaran agama Islam dengan baik di dalam sesebuah masyarakat Islam itu yang
boleh memecah kebuntuan dan salah faham masyarakat terhadap sesuatu ajaran agama.
(ii) Tidak terdapatnya peruntukan undang-undang yang dapat membendung ajaran-ajaran sesat itu
sampai ke akar umbinya. Peruntukan undang-undang yang dapat menterjemahkan maksud kata-kata
Sayyidina Utsman bahawa:
"Sesungguhnya Allah mencegah manusia dengan kuasa (Syaitan) apa yang tidak dapat dicegah dengan
Al-Quran"
(iii) Berleluasanya maksiat dan kemungkaran yang menyebabkan manusia berada dalam kegelapan
hidup dan akhirnya mendorongnya menganut fahaman-fahaman atau ajaran-ajaran sesat.
(iv) Tersebar dengan meluas buku-buku, risalah-risalah ataupun lain-lain , bahan media massa yang
menguatkan ajaran-ajaran yang menyeleweng daripada ajaran Islam yang sebenar tetapi atas nama
Islam .
(v) Tidak adanya kesungguhan dan kepekaan pendakwah-pendakwah dan guru-guru Islam di dalam
menangani persoalan-persoalan penyelewengan aqidah khususnya dan penyelewengan daripada ajaran
Islam amnya.
(vi) Ajaran Islam yang menyeluruh yang merangkumi segenap aspek kehidupan manusia tidak
diperkenalkan dan diberi perhatian yang serius bahkan hanya diberikan penekanan kepada sudut-sudut
dan bidang-bidang tertentu sahaja seperti persoalan ibadat semata-mata atau akhlak semata-mata.

5. CARA PENYELESAIANNYA
Di antara cara penyelesaian yang boleh diketengahkan adalah seperti berikut:
(i) Kembali kepada Al Quran dan As Sunnah
(ii) Mengadakan peruntukan undang-undang yang mencukupi untuk membendung dan menghalang
ajaran-ajaran yang sesat ini sesuai dengan ajaran Islam itu sendiri.

(iii) Melahirkan para pendakwah dan guru-guru agama yang benar-benar pakar di dalam persoalan
penyelewengan aqidah khasnya dan penyelewengan daripada ajaran Islam serta melatih mereka dengan
cara-cara mengatasi masalah-masalah ini.
(iv) Memperkenalkan Islam yang syumul merangkumi segala aspek kehidupan manusia di samping
mempraktikkannya.
(v) Memberikan ajaran Islam yang mencukupi dan tahan lasak di dalam menghadapi segala bentuk
ancaman yang mungkin menggugat aqidah mereka.
(vi) Menghapuskan segala bentuk maksiat dan kemungkaran atau sekurang-kurangnya cuba dan
berusaha mengurangkannya secepat mungkin, bukan dengan memperbanyakkan pula tempat-tempat
maksiat dan membiarkan kemungkaran terus bermaharajalela.
(vii) Mempergunakan media massa seluas-luasnya dalam usaha pengajaran Islam yang benar-benar
bersih dan tulin kepada masyarakat.
(viii) Sentiasa berusaha mengenalpasti penyelewengan aqidah yang berlaku di dalam masyarakat
kemudian bertindak dengan secepat mungkin sebelum ia berakar umbi.
(ix) Sentiasa meminta pertolongan dan menaruh pengharapan kepada Allah s.w.t sebagai penolong dan
pembela dalam usaha membasmi penyelewengan aqidah dan ajaran-ajaran sesat.

6. PENUTUP
Sebagai kesimpulannya dapat kita tegaskan bahawa orang yang mempunyai aqidah yang betul sama
sekali tidak akan terpesong dan dapat diperdayakan oleh syaitan. Hakikat ini adalah berdasarkan janji
Allah s.w.t di dalam Al Quran yang bermaksud :
" Sesungguhnya hamba-hambaku tidak ada bagimu (Syaitan) sebarang kuasa untuk menyesatkan
mereka kecuali sesiapa yang menurutmu dari orang-orang yang sesat (dengan pilihannya sendiri)"
Surah Al Hij ; ayat 42)
Allah juga telah berjanji bahawa orang yang mengikut petunjukNya semasa berada di dunia, tidak akan
sesat dan juga tidak akan sengsara di dalam firmanNya yang bermaksud :
" Turunlah kamu berdua dari syurga ini bersama-sama dalam keadaan setengah dari kamu menjadi
musuh bagi yang lain kemudian jika datang kepada kamu petunjuk dariKu, maka sesiapa yang menurut
petunjukKu itu, nescaya ia tidak akan sesat dan tidak akan sengsara "
Surah Thaha ; ayat 123)

KURSUS:

PERADABAN ISLAM
TAJUK:

PENYELEWENGAN AKIDAH ISLAM


NAMA:
1. MUHAMMAD DANIAL KHAN B.MOHD KHAN.
2.

MUHAMMAD FAUZAN B.NORDIN.


KELAS:

3B

Você também pode gostar