Você está na página 1de 13

1

BAB 1

PENDAHULUAN

1.1

Pengenalan

Malaysia merupakan negara maju dan aman yang terdiri dari berbilang
bangsa, budaya dan bahasa. Keamanan dan kemajuan ini masih dapat dicapai
walaupun terdapatnya pelbagai kaum dan bangsa yang menghuninya. Tambahan pula,
Malaysia tidak mengamalkan sebarang diskriminasi terhadap penduduknya walaupun
penduduknya ada yang terdiri daripada golongan orang kurang upaya (OKU).
Kebajikan bagi OKU ini tidak pernah dipandang rendah oleh kerajaan. Pelbagai usaha
yang dilakukan bagi memenuhi keperluan OKU ini. Selain itu juga terdapat aktivitiaktiviti berkaitan yang dikhaskan kepada golongan OKU ini agar tidak ketinggalan.
OKU yang berdaftar juga menerima pelbagai kelebihan seperti wang sara hidup,
pinjaman untuk membuka perniagaan dan sebagainya.
Berdasarkan statistik yang dikeluarkan oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa
Bersatu (PBB), OKU merupakan 10 peratus daripada jumlah penduduk di dunia ini.
80 peratus daripada golongan OKU ini berada di negara-negara membangun. Selain
itu diaanggarkan 40 juta orang penduduk di dunia ini adalah buta dan mengalami
separuh penglihatan (Nielsen 2009). Malaysia mempunyai penduduk seramai lebih
kurang 28 juta orang. Berdasarkan statistik PBB itu, jumlah OKU di Malaysia
dianggarkan seramai 2.8 juta orang. Walau bagaimanapun seramai 280 ribu golongan
OKU sahaja yang berdaftar terdapat di Malaysia. Walaupun angka ini tidak
menggambarkan jumlah sebenar golongan OKU tetapi segala kebajikan mereka
haruslah diberikan perhatian. Selain itu, jumlahnya adalah tidak begitu besar

berbanding dengan jumlah keseluruhan penduduk Malaysia, tetapi golongan OKU ini
juga penting dalam memberikan sumbangan kepada negara. Maka bagi mengelakkan
golongan OKU ketinggalan, pendidikan seawal pra sekolah telah diperkenalkan bagi
golongan ini. Jika dilihat pada masa kini bilangan pelajar kurang upaya yang
mendaftarkan diri di sekolah rendah dan menengah telah meningkat dari tahun ke
tahun. Sekolah khas ini di bina bagi menempatkan pelajar-pelajar OKU ini. Guruguru yang bertauliah dan berkelayakan ditempatkan disekolah-sekolah ini bagi proses
pengajaran dan pembelajaran. Pendidikan penting bagi memastikan golongan ini
dapat menimba ilmu sebanyak yang mungkin demi masa depan mereka.
Menurut Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran (Jabatan Pendidikan Khas),
Azizah Abd Gani (2007) sebagai warganegara Malaysia pelajar golongan istimewa in
mempunyai hak untuk menikmati arus pembangunan dan juga hak sama rata dalam
apa jua bidang termasuklah pendidikan.

1.2

Penyataan Masalah Kajian

Pendidikan merupakan satu perkara ataupun agenda yang penting dalam


membentuk identiti anak bangsa yang berilmu dan bermaruah serta menjayakan
pembangunan bagi sesebuah negara. Di samping itu, setiap lapisan masyarakat tidak
terkecuali daripada menerima faedah hasil dari sistem pendidikan negara. Kerajaan
Malaysia sentiasa berusaha untuk menyedia dan mewujudkan prasarana pendidikan
yang lengkap dan selesa agar generasi pelapis ini menjadi pemangkin kepada
kemajuan negara dan menjadi pelapis kepada kemimpinan alaf baru yang berupaya
menyumbang tenaga dan kepakaran masing-masing kepada negara. Penyampaian
pendidikan itu haruslah sempurna di mana segala kelengkapan haruslah disediakan
mengikut kesesuaian keperluan pelajar tersebut.

Maka dengan itu, sekolah merupakan tempat ataupun entiti fizikal bagi pelajar
untuk memperolehi pengalaman (Rivlin dan Weinstein, 1995).

Ia adalah tempat

untuk mereka mempelajari sesuatu yang baru. Fasiliti di sesebuah sekolah


mempengaruhi pembelajaran seseorang pelajar itu. Fasiliti adalah penting di sekolah

terutamanya bagi pelajar yang memerlukan keperluan khas. Mereka memerlukan


fasiliti itu untuk mereka bergerak bebas. Pelajar berkepeluan khas perlu berasa selesa,
selamat dan terkawal bagi menerima pelajaran. Menurut Brown (1998), penting untuk
mewujudkan persekitaran yang kondusif bagi membolehkan mereka berinteraksi dan
mendapat pendidikan serta memberi kemudahan untuk mereka berhadapan dengan
dunia sekeliling mereka. Walau bagaimanapun, pelajar kurang upaya selalunya
menjadi satu kelompok yang ketinggalan di dalam masyarakat. Walaupun rangka
kerja hak asasi manusia telah di buat, golongan OKU jarang mendapat manfaat
daripada rangka hak asasi tersebut.

Organisasi perlu menitikberatkan sistem

perkhidmatannya bagi menjamin kepuasan pelanggan dalaman dan juga luaran. Ini
kerana kepuasan pengguna atau pelanggan merupakan satu elemen pemasaran yang
penting dalam menentukan mutu produk dan perkhidmatan yang di sediakan oleh
organisasi (Dzuhaldi Sapari, 2010). Dalam konteks pendidikan pelanggan bermaksud
pelajar.
Di Malaysia pelajar-pelajar OKU ini di tempatkan di bahagian pendidikan
khas melainkan pelajar cacat anggota yang tiada masalah mental di letak di sekolah
beraliran perdana bersama pelajar-pelajar normal yang lain. Pelajar OKU memerlukan
fasiliti-fasiliti bagi memudahkan mereka menjalani kehidupan seharian di sekolah.
Pihak Kementerian Pelajaran Malaysia telah menubuhkan beberapa buah sekolah
untuk kanak-kanak berkeperluan khas dan memperbanyakkan lagi program integrasi
di sekolah-sekolah biasa (beraliran perdana).
Pelbagai usaha kerajaan untuk membantu golongan tersebut agar tidak
ketinggalan. Malaysia merupakan salah sebuah negara yang mementingkan kebajikan
OKU ini. Kementerian Pelajaran Malaysia pada Rancangan Malaysia ke 9 telah
mengumumkan sebanyak 100 buah sekolah yang bakal di bina akan dilengkapi
pelbagai kemudahan untuk murid kurang upaya. Antara kemudahan disediakan ialah
tandas khas, susur tangan, permukaan bertekstur dan kawasan tempat letak kereta
khas bagi golongan tersebut. Sebanyak RM 5 juta telah diperuntukkan bagi membina
kemudahan-kemudahan tersebut (Kosmo 2009). Selain itu, Kementerian juga
bercadang menyediakan kemudahan yang sama untuk pelajar kurang upaya di sekolah
menengah secara berperingkat kerana menyedari keperluan kemudahan asas itu di
sekolah berkenaan. Pembinaan kemudahan itu adalah sebahagian perancangan bagi

memastikan pelajar kurang upaya dan keperluan khas memperoleh peluang sama rata
dalam bidang pendidikan. Justeru itu, pertimbangan sewajarnya terhadap penyediaan
kemudahan yang mesra OKU di sekolah khas dalam usaha merealisasikan konsep
pendidikan untuk semua dan kesamarataan dalam pendidikan melalui pelaksanaan
program pendidikan khas untuk pelajar kurang upaya perlulah di lakukan
(SUHAKAM 2006). Mempunyai tahap keupayaan yang kurang berbanding orang
biasa bukanlah halangan kepada orang kurang upaya untuk berdikari.

Walaupun begitu, kemudahan yang disediakan oleh pihak-pihak tertentu pada


masa kini masih lagi belum mencukupi dimana masih terdapat sekolah-sekolah yang
tidak mempunyai kelengkapan khas bagi golongan tersebut. Walaupun jumlah pelajar
istimewa ini kurang satu peratus daripada populasi lima juta pelajar sekolah rendah
dan menengah, kemudahan terbaik haruslah disediakan untuk mereka bagi
memastikan mereka dapat menjalani pengajaran dan pembelajaran yang telah
ditetapkan (Azizah Abd Gani, 2007). Kemudahan yang digunakan hendaklah mesra
pengguna sama ada untuk golongan orang kurang upaya atau tidak.

Fasiliti bagi pelajar OKU yang sedia ada juga terhad jenisnya di mana tidak
semua sekolah pendidikan khas menyediakan fasiliti yang telah ditetapkan. Fasilitifasliti tersebut juga hanya meliputi beberapa kemudahan sahaja sepeti tandas, jalan
bertingkat dan ramp. Selain itu juga, bergerak di dalam suatu kawasan yang besar
merupakan satu halangan besar kepada golongan OKU cacat anggota dimana mereka
memerlukan bantuan untuk bergerak (Kenny, 2000). Pergerakan mereka terbatas dan
menyukarkan mereka menyertai aktiviti-aktiviti yang dianjurkan di sekolah.

Setiap

tingkat ataupun aras di sekolah seharusnya mempunyai fasiliti kemudahsampaian


yang menyeluruh dimana boleh di duduki oleh pelajar kurang upaya tidak kiralah
yang menggunakan kerusi roda mahupun tongkat.

Tambahan pula, menurut Egilson (2009), walaupun penyertaan pelajar kurang


upaya di sekolah telah lama wujud, tetapi reka bentuk bagi kebanyakan bangunan
sekolah masih lagi tertumpu kepada pelajar yang normal bukan yang mengalami
kecacatan. Halangan fizikal yang sering wujud adalah seperti jarak, penggunaan pintu
yang tidak sesuai, kemasan lantai, laluan bertekstur dan ramp. Ini menyebabkan

pergerakan dan penglibatan mereka dalam aktiviti-aktiviti di sekolah terpatas kerana


pergerakan yang tidak dijangka, kelajuan dan jarak merupakan halangan kepada
mereka yang kelainan upaya fizikal seperti kelainan upaya anggota dan juga kelainan
upaya penglihatan. kebanyakan sekolah di negara ini adalah tidak mesra untuk pelajar
kelainan upaya. Sesetengah kelas berada di tingkat atas dalam menimbulkan masalah
kepada pelajar kelainan upaya, ibu bapa mahupun rakan-rakan yang menghantar
mereka ke kelas. Tambahan pula, kemudahan seperti tandas yang mesra OKU dan
ramp juga tidak di sediakan untuk pelajar kurang upaya (SUHAKAM, 2006).

Menurut Nor Rima (2002), penyediaan fasiliti bagi OKU juga tidak memenuhi
Kod Standard Amalan Malaysia dimana ia tidak menepati standard tetapi hanya
sesetengah fasiliti sahaja yang mematuhi keperluan minimum sahaja. Jika di luar
negara sekolah-sekolah bagi golongan pelajar ini diletakkan di bawah American
Disabilities Act 1990 dimana semua sekolah yang mempunyai pelajar OKU
hendaklah memenuhi reka bentuk yang telah di tetapkan. Ia dikukuhkan lagi dengan
kenyataan Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil (2010), mengatakan bahawa prasarana
bagi golongan OKU ini tidak mematuhi piawaian binaan mesra OKU sekaligus
menyukarkan golongan istimewa menggunakan kemudahan berkenaan.

Sementara itu, Stockard and Mayberry (1992) dalam kajiannya bersependapat


bahawa persekitaran fizikal tertentu di sekolah boleh mempengaruhi pencapaian
pelajar. Kenyataan ini turut disahkan oleh Hines (1996) yang mendapati pencapaian
pelajar adalah lebih baik apabila berada dalam persekitaran bangunan yang berkualiti.
Ini bermaksud jika kemudahan-kemudahan untuk OKU disediakan dengan
mencukupi, sudah pasti golongan OKU ini tidak akan menghadapi masalah dalam
menjalankan kehidupan seharian mereka dan memudahkan mereka untuk menjadi
pelajar yang cemerlang. Sehubungan itu, golongan ini berhak menikmati pelbagai
kemudahan persekitaran tanpa halangan selaras dengan objektif kementerian untuk
mewujudkan an inclusive, barrier-free and rights-based approach.

Seharusnya mereka juga perlu diberikan peluang yang sama dengan individu
normal yang lain supaya mereka tidak tersisih daripada arus pembelajaran nasional
kerana ada dalam kalangan mereka mempunyai kecerdasan kognitif yang setanding

dengan individu yang sempurna malah mereka mampu melebihi pencapaian pelajar
yang normal (Adam, 2003; Ali, 2007; Lokman, 2007).

Daripada beberapa masalah yang timbul, menunjukkan halangan fizikal


memberikan impak yang besar kepada golongan OKU di sekolah (Keny 2000). Ia
akan menganggu penglibatan aktiviti pelajar OKU di sekolah seperti interaksi di
antara pelajar dan juga aktiviti kurikulum pelajar.

Sehubungan dengan penyataan masalah diatas, terdapat beberapa persoalan yang


boleh ditimbulkan bagi membuat kajian ini. Persoalan yang timbul adalah:
a) Adakah fasiliti-fasiliti yang disediakan di sekolah memenuhi standard di
dalam Kod Amalan Malaysia bagi OKU?
b) Adakah kesemua elemen fasiliti yang disediakan memenuhi kepuasan pelajar
dalam menjalankan aktiviti harian di sekolah?

1.3

Objektif Kajian

Kajian yang dijalankan mempunyai dua objektif, iaitu:


a) Menilai samada fasiliti-fasiliti yang di sediakan di dalam sekolah pendidikan
khas penglihatan memenuhi standard yang di nyatakan di dalam Kod Amalan
Malaysia bagi OKU.

b) Mengenalpasti tahap kepuasan pelajar terhadap penyediaan fasiliti OKU


penglihatan yang di sediakan oleh sekolah pendidikan khas penglihatan.

1.4

Skop Kajian

Dalam melaksanakan kajian ini, beberapa skop kajian telah digariskan bagi
memastikan objektif kajian tercapai. Skop kajian akan difokuskan kepada beberapa
perkara seperti berikut:

i.

Kajian ini tertumpu kepada pelajar kelainan upaya penglihatan sahaja.

ii.

Kajian ini hanya tertumpu kepada sekolah-sekolah Pendidikan Khas


Penglihatan sahaja.

1.5

Kepentingan Kajian

Kajian projek khas yang dijalankan akan memberikan manfaat dan faedah
kepada pihak-pihak tertentu. Diantara kepentingannya ialah:

a) Kementerian Pelajaran Malaysia

Kajian

ini

memberi

kepentingan

kepada

kementerian

dalam

membangunkan sekolah pendidikan khas yang mempunyai fasiliti yang


mencukupi agar para pelajar kurang upaya dapat menjalani kehidupan di
sekolah dengan selesa. Selain itu kementerian juga dapat mengenalpasti
kepentingan fasiliti tersebut terhadap pelajar-pelajar ini. Tambahan pula,
fasiliti-fasiliti yang disediakan memerlukan perbelanjaan yang besar maka
pihak sekolah boleh merancang peralatan yang sesuai bagi golongan
pelajar ini.

b) Badan-badan kebajikan

Kajian ini juga memberikan kepentingan kepada badan-badan kebajikan


dalam mengenalpasti fasiliti yang sesuai untuk di berikan kepada sekolah-

sekolah. Selain itu juga dapat memberikan gambaran sebear fasiliti


ataupun kemudahan yang diperlukan oleh pelajar di sekolah.

c) Kepentingan ilmiah

Kajian ini akan memberikan sumber pengetahuan kepada pembaca dan


penulis mengenai OKU penglihatan dengan lebih mendalam. Pembaca
secara langsung akan memahami konsep dan juga masalah-masalah yang
di hadapi oleh OKU. Selain itu jua, Kajian ini akan menambahkan
khazanah ilmu berhubung dapatan kajian yang diperolehi di sekolah untuk
julung kalinya berbanding di universiti dan bangunan pejabat sebelum ini

1.6

Metodologi Kajian
Metodologi kajian adalah proses yang akan dilaksanakan bagi memastikan

kajian ini di lakukan secara terancang dan teratur. Proses penghasilan bagi kajian
ini merangkumi beberapa peringkat seperti yang di tunjukkan pada carta alir di rajah
1.1.

1.6.1 Peringkat Pertama

Peringkat pertama ini merupakan peringkat pengenalan dan pembentukan


rangka kerja penyelidikan. Ia dilakukan bagi memudahkan kajian yang akan di
jalankan. Pada peringkat ini proses mengenalpasti masalah yang timbul akan di
kenal pasti. Setelah itu penentuan objektif di lakukan berdasarkan masalah-masalah
yang wujud. Selain itu, kepentingan dan skop kajian akan dilakukan bagi
memastikan ia selari dengan masalah dan objektif kajian.

1.6.2 Peringkat kedua: Kajian Literatur

Pada peringkat ini kajian literatur akan di kemukakan bagi menyokong


masalah yang timbul. Ia juga di lakukan bagi menjelaskan mengenai masalah kajian
dengan lebih teperinci. Kajian literatur ini akan menerangkan mengenai fasilitifasiliti yang terdapat di sekolah pendidikan khas, definisi-definisi mengenai OKU,
Kod Amalan, alat-alat bantuan dan fasiliti-fasiliti yang terlibat serta perbincangan
kajian-kajian yang lepas.

1.6.3 Peringkat ketiga: Pengumpulan Data

Pada peringkat ini proses pengumpulan data, penganalisaan data dan


pembentangan data akan di lakukan. Ia akan di lakukan secara terperinci bagi
memastikan objektif kajian tercapai. Pengumpulan data yang terlibat merupakan
data sekunder dan data primer.

i)

Data Primer
Data primer adalah data yang diperolehi terus daripada sumbernya.
Bagi tujuan penyelidikan ini, ia meliputi pemerhatian dan pengamatan
terhadap fasiliti-fasiliti untuk golongan pelajar kelainana upaya di
sekolah. Disamping itu juga temubual di lakukan terhadap pihak
pengurusan sekiolah mengenai dengan penyediaan fasiliti tertentu bagi
golongan ini.

ii)

Data Sekunder
Manakala data sekunder diperolehi daripada bahan bacaan bercetak
seperti surat khabar, jurnal, majalah, kod amalan akses OKU dan
perangkaan-perangkaan yang dikumpulkan melalui kajian literatur dan
hasil lawatan ke kawasan kajian .

10

1.6.4 Peringkat keempat : Penganalisan Data

Data-data yang dikumpulkan adalah berkaitan dengan fasiliti-fasiliti OKU


yang terdapat di sekolah di Malaysia. Responden adalah pelajar-pelajar OKU yang
bersekolah di kawasan kajian.

Bagi tujuan analisis penulis akan lebih menekankan kepada kerja-kerja


menjalankan analisis terhadap data yang diperolehi dan dikumpulkan. Data-data ini
akan dianalis dengan terperinci. Analsis yang dijalankan bagi kajian ini adalah
Analisis Frekuensi, Sisihan Piawai dan juga Analsis Skor Purata serta Analisis
Kandungan.

1.6.5 Peringkat kelima : Penemuan, cadangan dan rumusan

Ia dilakukan bagi menghasilkan keputusan yang memenuhi kehendak objektifobjektif kajian tersebut. Kemudian, kesimpulan dan cadangan yang bersesuaian
terhadap kajian akan di lakukan.

1.7

Susunan Bab

Bagi memastikan kajian ini dilakukan secara terancang dan teratur, proses
penghasilan kajian dibahagikan kepada lima peringkat iaitu:

1.7.1 Bab pertama: Pendahuluan

Bab pertama ini mengandungi perkara-perkara seperti penentuan tajuk


penulisan, masalah yang hendak diselesaikan, objektif kajian, kepentingan kajian,
skop kajian, metodologi kajian dan susunatur bab. Ia merupakan peringkat awalan

11

bagi kawalan kajian yang ingin dijalankan. Pengumpulan maklumat yang dilakukan
pada peringkat ini dibuat melalui rujukan di akbar dan bahan penulisan lain.

1.7.2 Bab kedua: Fasiliti OKU di Sekolah

Bab ini merupakan bahagian teorikal.Pada bab ini akan diterangkan definisidefinisi pusat OKU, kategori OKU, perundangan, kod-kod amalan yang di
gunapakai, fasiliti untuk OKU, perbincangan kajian-kajian yang lepas dan rumusan.
Disamping itu juga, penulis membuat perbincangan literatur berdasarkan kajiankajian yang telah dijalankan.

1.7.3 Bab ketiga: Metodologi Kajian

Di dalam bab ini memberikan penekanan kepada metodologi kajian iaitu


kaedah kajian yang di gunakan bagi mencapai objektif kajian.

1.7.4 Bab keempat: Kawasan Kajian

Di dalam bab ini akan diterangkan latar belakang kawasan kajian secara am.
Ia akan menerangkan mengenai lokasi kawasan kajian iaitu Sekolah Kebangsaan
Pendidikan Khas Penglihtan Jalan Batu, Sekolah Menengah Pendidikan Vokasional
Indahpura dan Sekolah Menenegah Pendidikan Khas Penglihatan Setapak. Tinjauan
juga dilakukan ke atas kawasan kajian untuk mengenal pasti fasiliti-fasiliti OKU
bagi sekolah tersebut. Persekitaran kawasan kajian di lihat seperti di kantin sekolah,
padang, bangunan dan kelas-kelas.

12

1.7.5 Bab kelima: Penganalisisan data

Bab ini merupakan inti pati kepada keseluruhan kajian di mana analisis penuh
penyelidikan ini akan di bincangkan secara teliti. Pada bab ini data-data yang
dihasilkan adalah melalui pemerhatian dan juga pengedaran borang soal selidik
kepada pelajar-pelajar sekolah serta juga pembacaan. Data-data yang diperolehi
melalui soal selidik akan dianalisis menggunakan Analsis Frekuensi, Sisihan
Piawai dan Analisis Kandungan. Analisis yang dilakukan adalah bagi mencapai
objektif yang telah ditentukan. Data-data yang diperolehi hasil daripada
pemerhatian dan juga pengedaran borang soal-selidik akan di gunakan bagi tujuan
analisis dan di kaji secara terperinci bersarkan kesesuian objektif dan skop kajian.

1.7.6 Bab keenam: Penemuan, Cadangan dan Rumusan

Bab ini merupakan peringkat terakhir dalam kajian. Rumusan dan penemuan
adalah dibuat berdasarkan hasil daripada kajian yang dijalankan. Cadangan akan
dikemukan bagi kesinambungan pada kajian-kajian akan datang.

13

Peringkat 1
Kemudahan ataupun fasiliti OKU yang tidak lengkap
di sekolah-sekolah

Masalah

a) Menilai samada fasiliti-fasiliti yang di sediakan di


dalam sekolah pendidikan khas penglihatan
memenuhi standard yang di nyatakan di dalam Kod
Amalan Malaysia bagi OKU.

Objektif

b) b)
Mengenalpasti
tahaptahap
kepuasan
pelajarpelajar
terhadap
Mengenalpasti
kepuasan
terhadap
penyediaan fasiliti OKU penglihatan yang di
penyediaan
fasilitipendidikan
OKU penglihatan
yang di
sediakan
oleh sekolah
khas penglihatan.
sediakan oleh sekolah pendidikan khas
i. Kajian ini terumpu kepada pelajar kurang upaya
penglihatan.
penglihatan sahaja.
c) yang disediakan di sekolah memenuhi keperluan
ii. Kajian ini hanya tertumpu kepada sekolah-sekolah
OKU
Pendidikan Khas Penglihatan sahaja

Skop Kajian

i.
Kajian Literatur

Pengumpulan
Data

Analisis Data

Kesimpulan dan
Cadangan

Data Primer
Data diperolehi
daripada soal selidik,
senarai semak bagi
pemerhatian
Sekunder
Jurnal, Artikel, Kod Amalan
Malaysia, Laporan Perangkaan

i) Analisis Frekuensi
ii) Sisihan Piawai
iii) Skor Purata
iv) Analisis Kandungan
i) Kesimpulan terhadap objektif
yang hendak di capai.
ii) Cadangan dan kajian lanjutan

Rajah 1.1: Carta Alir Methodologi Kajian

Você também pode gostar