Você está na página 1de 26

INSTITUT KEMAHIRAN MARA JASIN, MELAKA

KMD 3052:
ENGINEERING MATERIALS FUNDAMENTALS
TOPIC:
UNIT 1:

MATERIAL PROPERTIES

UNIT 2:

FERROUS METALS

UNIT 3:

NON-FERROUS

UNIT 4:

ALLOYING ELEMENTS
NAMA

SITI NORATIKAH BINTI MD GHAZALI


KELAS:
3B
PROGRAM:
SIJIL TEKNOLOGI KEJURUTERAAN MEKANIKAL (LUKISAN REKABENTUK)
SESI : JAN JUN 2016
NAMA PENGAJAR:
PN MARIYAH BINTI KANDONG

ISI KANDUNGAN
BIL
1
2

PERKARA

MUKA SURAT

3
4
5
6
7
8
9
10

PENGHARGAAN
Bersyukur kehadrat Ilahi kerana dengan izin kurniaannya dapat saya menyiapkan tugasan bagi
subjek Engineering Materials Fundamentals dengan jayanya. Pertama sekali saya ingin mengucapkan
ribuan terima kasih kepada Pn Mariyah Binti Kandong selaku guru kepada subjek ini yang telah
memberi tunjuk ajar serta penerangan yang sempurna kepada saya dari awal lagi sejak tugasan ini
diedarkan sehinggalah dalam proses menyiapkan tugasan ini.
Tidak lupa juga kepada ibu bapa saya yang banyak memberi sokongan serta dorongan dalam
menghasilkan tugasan ini. Tanpa sokongan dan dorongan mereka mungkin tidak dapat saya
menghasilkan tugasan ini dengan sempurna seperti rakan-rakan yang lain. Malah, jutaan terima kasih

juga kepada rakan-rakan seperjuangan

yang sama-sama memberi idea dalam membantu saya

menyiapkan tugasan ini.


Akhir madah, saya mengucapkan terima kasih kepada mereka yang terlibat secara langsung
atau sebaliknya dalam menyempurnakan tugasan ini.
Sekian, terima kasih.

OBJEKTIF KAJIAN
Kajian ini merangkumi objektif-objektif yang berikut:
1. Kajian ini dilakukan secara amnya adalah untuk mengetahui tentang jenis-jenis bahan logam
samada logam ferus, logam bukan ferus dan aloi. Selain itu, dapat menguasai kemahiran
mencari, mengumpul, merekod dan menganalisis maklumat tentang jenis bahan logam.
2. Kajian ini juga dapat menambah pengetahuan saya tentang beberapa pecahan logam yang
terdapat dalam bumi ini. Ia juga boleh diproses menjadi sesuatu bahan yang berguna kepada
manusia.
3. Dapat mengenali contoh logam yang dicampurkan dengan beberapa jenis bahan yang dikenali
sebagai aloi.
4. Oleh itu, dapat menyedarkan saya betapa pentingnya pembelajaran tentang logam dan bukan
logam kepada manusia pada masa kini.
3

KAEDAH KAJIAN
1. Pemerhatian
Melalui pemerhatian, dapat saya mengenalpasti jenis-jenis logam ferus, logam bukan ferus
dan besi mentah.
2. Melayari internet
Bagi mendapatkan maklumat seperti gambar-gambar dan pelbagai maklumat yang boleh
saya perolehi dengan mudah. Saya telah mengambil kaedah dengan melayari pelbagai
laman web semasa proses mencari bahan kajian.
3. Buku rujukan
Antara kaedah lain untuk saya perolehi maklumat dengan meminjam buku-buku di
perpustakaan untuk menambahkan lagi maklumat yang tidak saya ketahui.

PENGENALAN
Dalam bidang kimia, logam adalah sejenis unsur yang bersedia untuk membentuk ion (kation)
dan mempunyai ikatan logam. Logam-logam biasanya diterangkan sebagai sebuah kekisi ion-ion
positif (kation) yang dikelilingi awan-awan electron tak setempat. Logam adalah satu daripada tiga
kumpulan unsur yang dikenalpasti melalui sifat-sifat pengionan dan ikatan, yang lainnya adalah
metaloid dan bukan logam.
Sebuah takrifan yang lebih moden untuk logam ialah ia mempunyai jalur pengaliran dan jalur
valens yang bertindih pada struktur elektronnya. Takrifan ini membuka kategori tersebut

kepada

polimer-polimer logam dan logam-logam organik lain, yang telah direka oleh para penyelidik dan
dimanfaatkan dalam peralatan teknologi tinggi. Bahan-bahan sintetik ini biasanya mempunyai ciri-ciri
kepantulan kelabu keperakan yang terdapat pada unsur logam.
Antara logam-logam yang diketahui ramai adalah aluminium, tembaga, emas, besi, plumbum,
perak, titanium, uranium dan zink. Alotrop-alotrop logam cenderung untuk bersifat berkilat, mulur,
mudah ditempa, dan pengalir yang baik. Sifat-sifat kekonduksiannya adalah sebahagian besarnya
disebabkan oleh setiap atom yang mengenakan pegangan longgar terhadap elektron terluar (elektron
valens) maka elektron-elektron membentuk awan di sekitar nuklei logam kation yang padat dan rapat.
Kebanyakkan logam adalah secara kimianya kurang stabil, dan bertindak balas dengan oksigen
dalam udara untuk membentuk oksida pada jangka masa yang berbeza-beza (contohnya besi berkarat
setelah bertahun-tahun manakala kalium terbakar dalam beberapa saat). Logam alkali bertindak balas
paling cepat diikuti dengan logam alkali bumi. Logam peralihan mengambil masa yang lebih lama
untuk teroksida. Contohnya, besi, tembaga, zink, nikel. Yang lainnya, seperti palladium, platinum dan
emas, langsung tidak bertindak balas dengan atmosfera. Sesetengah logam membentuk lapisan
pelindung oksida pada permukaannya yang tidak dapat ditembusi selanjutnya oleh molekul-molekul
oksigen, seterusnya mengekalkan rupa kilauan dan kekonduksian yang baik setelah berdekad-dekad
lamanya, seperti aluminium, sesetengah keluli dan titanium. Oksida-oksida logam adalah bersifat besi
yang berlawan dengan bukan logam yang bersifat asid.
5

BAHAN KEJURUTERAAN
LOGAM FERUS

LOGAM BUKAN FERUS

ALOI

BAHAN KEJURUTERAAN

CARTA LOGAM DAN BUKAN LOGAM

SIFAT-SIFAT FIZIKAL LOGAM


Menentukan sifat logam merupakan faktor penting yang perlu diambil kira dalam pemilihan
bahan kejuruteraan sebelum merekabentuk sesuatu produk atau struktur bangunan. Sifat fizikal logam
ialah keberalihan haba, keberalihan elektrik dan takat lebur. Sifat mekanik logam pula adalah
keupayaan struktur logam untuk berubah apabila dikenakan daya atau beban keatasnya.

A. Sifat fizikal logam dan takrifannya


1) Keberalihan haba
Sifat keberalihan haba ialah sifat bahan logam atau bukan logam yang
membolehkan haba melaluinya.
Contoh, logam yang mempunyai sifat keberalihan haba yang baik ialah kuprum
dan aluminium.
2) Keberalihan elektrik
Sifat keberalihan elektrik merujuk kepada sifat sesuatu bahan yang membenarkan
pengaliran elektrik melaluinya.
Contoh, pengalir elektrik yang baik ialah kuprum, aluminium, timah dan keluli.
9

3) Takat lebur
Takat lebur ialah had suhu maksimum sesuatu bahan pepejal sebelum menjadi
cair apabila dikenakan haba yang tinggi.
Takat lebur setiap bahan adalah berbeza bergantung pada jenis dan kandungan
bahan yang terdapat didalamnya.

B. Sifat mekanik logam dan takrifannya


1) Kemuluran
Keupayaan logam direnggangkan tanpa putus. Contoh produk yang mempunyai
sifat mulur ialah rod dan dawai keluli lembut.
Sifat kemuluran diuji dengan menggunakan mesin ujian tegangan.
2) Ketempaan
Ketempaan merujuk kepada sifat logam yang mudah dibentuk tanpa retak atau
pecah.
Contoh, produk bersifat ketempaan ialah rivet dan kepala alat pematri lembut.
Sifat ketempaan duji dengan menggunakan mesin ujian tegangan.
3) Kerapuhan
Kerapuhan merujuk kepada sifat logam yang mudah retak atau pecah apabila
dikenakan daya hentaman ke atasnya.
Contoh, produk yang bersifat kerapuhan ialah kerangka mesin yang diperbuat
daripada besi tuang kelabu. Sifat kerapuhan diuji dengan menggunakan mesin
penguji charpy.
4) Kekerasan
Kekerasan merujuk kepada sifat bahan yang boleh menahan haus, perubahan
bentuk, tusukan dan lelasan.
Contoh, produk ialah mata alat pemotong, roda dan rail keretapi serta bahagian
mesin yang bergesel.

10

Sifat kekerasan duji dengan menggunakan mesin penguji Brinnel, Rockwell atau
Vikers.

5) Keplastikan
Merujuk kepada sifat logam yang boleh dibentuk secara kekal tanpa retak atau
pecah.
Digunakan dalam kerja tekanan dan tarikan.
Contoh, produk bersifat keplastikan ialah bahagian badan kenderaan, salur air,
atap keluli dan sebagainya.
Tiada mesin ujian khas digunakan untuk menguji sifat keplastikan ini.
6) Keanjalan
Sifat logam yang boleh kembali semula kepada bentuk asal selepas dikenakan
daya atau beban.
Digunakan untuk membuat pegas.
Contoh, produk ialah pegas berlapis dan pegas bergelung.
Sifat keanjalan diuji dengan menggunakan mesin ujian tegangan.
7) Kelasakan
Merujuk kepada sifat logam yang boleh menahan daya atau beban kejut tanpa
berubah bentuk.
Digunakan dalam membuat kerja beban tinggi.
Contoh, produk bersifat kelasakan ialah takal, pencangkuk kren. Sifat kelasakan
duji dengan menggunakan mesin ujian tegangan.

PENGELUARAN BESI
Bijih besi dileburkan menjadi besi dalam suatu relau yang dinamakan relau bagas. Bijih tersebut
bersama dengan arang batu dugunakan sebagai bahan api dan batu kapur untuk membuat jermang
dimasukkan dari bahagian atas relau dan udara panas bertekanan tinggi ditiup ke dalam relau melalui
suatu siri jet atau tuyures ditempatkan diatas sedikit daripada palong. Arang batu tersebut adalah
11

separa terbakar dan karbon monoksida yang terhasil menurunkan besi oksida kepada logam. Besi cair
dikumpulkan dalam palong dan bahan buangan dikumpulkan sebagai cecair jermang yang terapung
dipermukaan besi. Kedua-dua jermang dan besi dikeluarkan secara berasingan pada masa yang
ditetapkan. Besi yang dikeluarkan daripada relau bagas boleh juga dituang di dalam acuan untuk
menghasilkan ingot kecil atau jongkong.

PENGELUARAN KELULI
Proses pembuatan keluli merupakan suatu proses pengoksidaan. Bendasing yang terdapat di
dalam besi jongkong dioksidakan dan dikeluarkan dari karbon monoksida, dikumpulkan dalam suatu
lapisan jermang. Peringkat permulaannya banyak bijih besi menghasilkan besi asid iaitu besi yang
mengandungi fosforus rendah.
Bijih besi tersebut boleh ditulenkan dengan menggunakan jermang yang telah ditulenkan
berasaskan silika, suatu asid oksida. Proses tersebut dinamakan proses asid dan keluarannya
dinamakan keluli asid. Kebanyakan bijih yang dikerjakan hari ini terdiri dari jenis pospatik dan besi
terhasil dari relau bagas yang mengandungi sehingga 2% fosforus. Fosforus tidak boleh dikeluarkan
12

dari besi semasa pembuatan keluli asid dan hanya boleh dibuangkan dengan berkesan sekiranya
penulenan jermang kaya dengan batu kapur iaitu suatu oksida asas. Kegunaan jermang asas yang
kaya dengan batu kapur, memerlukan relau atau pengubah lapisi dengan suatu bahan asas tahan
haba.

13

RELAU BAGAS

RELAU ARKA-ELEKTRIK

JUZUK DALAM KELULI


1. Ferit
Ferit merupakan nama diberi untuk alotrop besi kiub yang berpusat pada jasad, besi yang
masih belum bergabung dengan karbon.
2. Austenit
Fasa dalam sesuatu keluli, dengan ciri-ciri seperti larutan pepejal, selalunya dari karbon atau
besi karbida dalam bentuk gamma besi. Besi seperti ini dikenali sebagai Austenitik. Austenite
stabil hanya selepas suhu 1333F di dalam keluli karbon tulen tetapi dengan kehadiran elemen
pengaloi seperti nikel dan mangan ia boleh stabil walaupun dalam suhu biasa.
3. Simentit
Sebatian di antara besi dan karbon dikenali sebagai besi karbida, yang mempunyai formula
kimia Fe3C mengandungi 6.69% karbon. Keras dan rapuh, ia adalah juzuk keras besi tuang
dan bentuk normal dimana karbon hadir dalam keluli. Ia boleh dimagnetkan tetapi tidak sesedia
ferit.
4. Pearlit
Pearlit adalah merupakan campuran eutektoid ferit dan simentit dan terbentuk apabila austenite
terurai semasa pendingan. Pearlit terdiri daripada lapisan nipis yang berselang-seli di antara
ferit dan simentit.
14

5. Martensit
Struktur seperti jarum yang jelas wujud di dalam keluli sebagai tahap perubahan dari keadaan
Austenite. Ia adalah juzuk terkeras dalam kerencaman eutektoid keluli. Ia terhasil dengan
penyejukan pantas dari suhu lindapkejut dan juzuk utama dalam keluli alat diperkeras.
Martensite adalah bersifat magnet.

KELULI (STEEL)

Keluli mempunyai kandungan karbon yang tinggi iaitu antara 0.03% hingga 1.7%.
Keluli bersifat lebih kuat dan boleh dikeraskan dengan tindakan haba.
Ia juga boleh digunakan untuk membuat alat pemotong dan sebagainya.
Keluli boleh dikelaskan kepada 2 jenis iaitu:
Keluli berkarbon
Keluli aloi

Keluli karbon dibahagikan kepada tiga gred iaitu:


Keluli karbon rendah
Keluli karbon sederhana
Keluli karbon tinggi
Gred ini ditentukan oleh peratus kandungan karbon yang terdapat di dalam keluli tersebut.

15

KELULI KARBON

Keluli karbon ditentukan berdasarkan peratus kandungan karbon didalamnya.


Keluli karbon terbahagi kepada 3 gred iaitu:
i.

Keluli berkarbon rendah (Low carbon steel)


Mempunyai kandungan karbon sebanyak 0.02% hingga 0.30%.
Ia juga dikenali sebagai keluli lembut dan merupakan keluli yang termurah.
Keluli ini sesuai untuk membuat rod, kepingan keluli, plat, turbin, struktur keluli

ii.

(keratan alur, sudut, saluran dan tee), rivet, dawai dan sebagainya.
Keluli ini mempunyai sifat mulur, ketempaan dan mudah dimesin.

Keluli berkarbon sederhana (Medium carbon steel)


Mempunyai kandungan karbon sebanyak 0.30% sehingga 0.60%.
Keluli ini lebih tinggi kekuatannya jika dibandingkan dengan keluli berkarbon

rendah.
Sifat-sifatnya boleh dipertingkatkan lagi dengan mengenakan tindakan haba

supaya lebih keras dan teguh.


Keluli jenis ini biasanya digunakan untuk membuat block acuan, pegas berlapis,
tali dawai, pemutar skru, pahat, sepana, tukul tempahan kerja berat, tiub tekanan
tinggi, rod penyambung, aci engkol gear, spindle, keluli hitam dan keluli kilat.
16

iii.

Keluli berkarbon tinggi (High carbon steel)


Mempunyai kandungan karbon sebanyak 0.8% sehingga 1.4% dan keluli jenis ini

mempunyai gabungan sifat-sifat kekerasan dan keteguhan.


Keluli berkarbon tinggi ini lebih sukar untuk diproses.
Biasanya keluli jenis ini digunakan untuk membuat kapak, pisau, acuan, kikir, mata
alat pelarik dan sebagainya.

KELULI ALOI
Keluli aloi merupakan campuran dua atau lebih unsur logam yang berlainan.
Keluli aloi mempunyai sifat kekerasan dan kemuluran yang membolehkan membuat barangan
yang menerima bebanan hentaman dan tegasan yang tinggi.
Contoh, keluli aloi ialah keluli nikel, keluli kalis karat (stainless steel), keluli molibdenum, keluli
alat (tool steel) dan keluli tahan lasak.
Keluli aloi digunakan dalam pembuatan kompenan enjin, gear, mata alat, alatan mengukur dan
menguji serta mata gerudi.

17

1. Keluli aloi rendah


Mempunyai struktur yang menyerupai keluli karbon setelah ianya menjalani rawatan haba.
Mengandungi 3.4% aloi dan satu atau lebih elemen aloi yang ditambahkan untuk memperbaiki
kekuatan, keliatan dan kebolehan dikeraskan. Penggunaannya sama seperti keluli karbon yang
mempunyai kandungan karbon yang sama.
2. Keluli aloi tinggi
keluli aloi tinggi adalah aloi yang mempunyai struktur dan memerlukan rawatan haba yang agak
berbeza dari keluli karbon biasa. Strukturnya pada suhu bilik selepas penormalan adalah
austenite, martensit atau mengandungi mendakan karbida. Secara umumnya, aloi ini
mengandungi 5% unsur aloi.

KELULI TAHAN KARAT (STAINLESS STEEL)


Keluli tahan karat banyak digunakan untuk aplikasi kejuruteraan disebabkan oleh kandungan
kromium yang tinggi (> 12%) di dalam keluli tersebut. Secara umum terdapat 6 jenis keluli tahan karat
iaitu 5 jenis kategori tempawan dan sejenis kategori tuangan.
Kategori tempawan:
a.
b.
c.
d.
e.

Keluli tahan karat feritik


Keluli tahan karat martensit
Keluli tahan karat austenit
Keluli tahan karat pengerasan mendakan
Keluli tahan karat dupleks

Kategori tuangan:
a. Keluli tahan karat tuangan

I.

Keluli Tahan Karat Feritik


Keluli ini dinamakan kerana strukturnya adalah ferit (BCC) dan kandungan utamanya adalah
KromiUtp (12%-30%). Semasa penghasilan keluli ini, ia akan meluaskan fcidang ferit kerana
struktur Cr (BCC) sama dengan ferit dan juga mengecilkan bidang austenit. Disamping larutan
pepejal Cr di dalam a-Fe akan terbentuk.

18

BAHAN LOGAM
Logam dikelaskan kepada dua kumpulan utama iaitu:
1. Logam ferus (Ferrous metal)
2. Logam bukan ferus (Non-ferrous metal)
Logam Ferus
Logam ferus merupakan logam yang mengandungi unsur-unsur besi didalamnya.
Terdapat tiga kumpulan logam ferus iaitu:
a. Besi tempawan (Wrought iron)
b. Keluli (Steel)
c. Besi tuang (Cast iron)

I.

Besi tempawan (Wrought iron)


Besi tempawan hanya mempunyai kandungan karbon yang sedikit iaitu antara 0.06 hingga

0.08 peratus sahaja.


Besi tempawan mempunyai ciri sifat keteguhan dan kekuatan yang tinggi, boleh ditempa dan

mampu menyerap daya hentaman secara mengejut.


Besi tempawan biasanya digunakan untuk membuat rivet, paku, barang perhiasan, bangku
dan jeriji.

19

20

II.

Besi tuang (Cast iron)


Besi tuang mengandungi 2.0 hingga 4.0 peratus karbon.
Besi tuang bersifat rapuh dan mempunyai kekuatan tegangan dan mampatan yang rendah.
Jenis besi tuang dibezakan berdasarkan sifat dan kandungan karbon di dalamnya.
Terdapat 4 jenis besi tuang iaitu:
i. Besi tuang kelabu
Mengandungi 2.0% hingga 4.0% karbon.
Sifatnya mudah dimesin dan mempunyai kekuatan mampatan yang rendah.
Biasa digunakan dalam pembuatan rangka mesin, penyokong, paip dan acuan mesin.

ii. Besi tuang putih


Mengandungi 2.5 hingga 4.0 peratus karbon.
Bersifat keliatan dan kebolehditempaan, kekuatan dan tidak mudah retak atau pecah.
Digunakan dalam pembuatan bahagian mesin, takal, roda, bahagian jentera dan enjin.

iii. Besi tuang mudah tempa


Mengandungi 2.5 hingga 3.0 peratus karbon.
Sifat mekaniknya sangat keras dan sukar dimesin manakala kekuatan mampatannya
lebih tinggi dibandingkan besi tuang kelabu.
Digunakan dalam pembuatan komponen mesin yang memerlukan ketahanan geseran
dan lelasan.
iv. Besi tuang nodular
Mengandungi 3.2 hingga 4.1 peratus karbon.
Sifat mekaniknya lebih mulur, tidak mudah retak atau pecah, keras, tahan lelasan, tahan
haus dan boleh dikimpal.

21

LOGAM BUKAN FERUS


Logam bukan ferus merupakan logam yang lain daripada logam besi dan keluli. Terdapat 38 jenis
logam lain yang diketahui dan dicatitkan di dalam jadual perkalaan unsur. Di antara logam-logam lain
yang sering digunakan di dalam bidang kejuruteraan adalah seperti berikut:
a)
b)
c)
d)
e)
f)
g)

I.

Aluminium
Perak
Kuprum
Plumbum
Timah
Nikel
Zink

h)
i)
j)
k)
l)
m)

Kromium
Emas
Molydenum
Magnesium
Kobalt
Manganese dan lain-lain lagi

Aluminium
Aluminium merupakan logam yang banyak sekali di muka bumi ini iaitu di dalam bentuk
bijih aluminium jenis Bauksit.

22

Aluminium adalah sejenis logam yang ringan, berwarna putih kelabu dan mempunyai

permukaan yang berkilat apabila digilap ataupun dimesin.


Aluminium di dalam bentuk tulinnya jarang digunakan di dalam bidang kejuruteraan

kerana kekuatan dan kekerasannya adalah rendah.


Kebanyakan aluminium tulin digunakan untuk membuat pembalut, pembalik cahaya,
barangan perhiasan serta salutan untuk menahan kakisan.
A. Sifat-sifat utama aluminium tulin
a) Kekuatan tegangan 100 N/mm
b) Kekuatan mampatan 100 N/mm
c) Kekerasan (NKB) Nombor Kekerasan Brinell
d) Kemuluran 30% pemanjangan
e) Suhu lebur 660C
f) Ketumpatan 2.6 g/cm
g) Lapisan aluminium oksida yang terbentuk di atas aluminium memberikannya
satu daya ketahanan terhadap kakisan atmosfera dan air.
h) Pengalir haba dan elektrik yang baik.
i) Pembalik haba dan cahaya yang baik.
B. Aloi aluminium

Kebanyakan aluminium yang digunakan adalah di dalam bentuk aloinya.


Aloi aluminium adalah keras dan kuat sama seperti keluli, tetapi dengan
satu kelebihan iaitu ianya 3 kali lebih ringan daripada keluli.
Diantara aloi aluminium yang ada ialah seperti yang berikut:
a. Aloi aluminium-magnesium
Ia mengandungi campuran logam-logam yang berikut iaitu Cu0.14%, Si-0.5%, Fe-0.7%, Cr-0.5% dan Mg-5.0%. Kekuatan aloi ini
adalah 3 kali ganda lebih kuat daripada aluminium tulin dan
mempunyai kekerasan 80 NKB. Aloi jenis ini selalu digunakan untuk
membuat badan kapal dan ianya disambung menggunakan rivet
ataupun kimpalan TIG.
b. Aloi aluminium-manganese
Ia mengandungi 1.5% manganese yang menambahkan kekuatan
tegangan 200 N/mm tanpa kehilangan sifat kemulurannya. Aloi ini
senang dikerja sejuk

serta dikerja panas dan dengan ini ianya

mudah digunakan untuk membuat berbagai-bagai jenis bentuk


barangan. Aloi jenis ini banyak digunakan untuk membuat bumbung
rumah, berbagai-bagai jenis bekas takungan dan juga untuk
membuat badan bas dan lori.
c. Duralumin
Ia adalah aloi aluminium yang mengandungi 4% kuprum. Aloi ini
adalah kuat dan mempunyai kekuatan tegangan sebanyak 400

23

N/mm selepas ianya melalui proses rawatan haba. Duralumin


mempunyai kekuatan seperti keluli tetapi ianya lebih ringan.
Kegunaannya ialah di dalam pembuatan badan kapal terbang,
dawai, rivet, kepingan logam dan juga bekas acuan.
d. Aloi aluminium- silikon
Ia mengandungi 10% hingga 13% silikon. Kekuatan tegangannya
ialah 230 N/mm. Aloi jenis ini mempunyai daya ketahanan kakisan
terhadap air garam dan atmosfera. Aloi ini selalu digunakan di dalam
proses tuangan untuk membuat blok enjin kapal dan enjin kereta,
kotak gear, aci dan kotak engkol.
e. Aloi aluminium-kuprum jenis tuangan
Ia mempunyai kandungan kuprum diantara 1.5% - 4.0%. Aloi ini
apabila diberi rawatan haba akan mempunyai kekuatan tegangan
sebanyak 650 N/mm. Oleh kerana kekuatan aloi ini tinggi ianya
banyak digunakan untuk membuat blok enjin kelajuan tinggi untuk
kereta dan kapal terbang.

II.

Kuprum
Kuprum merupakan logam yang banyak digunakan di dalam bidang kejuruteraan

terutamanya di bidang industri elektrik.


Kuprum mempunyai warna merah-coklat apabila terdapat lapisan oksid di permukaannya
tetapi apabila digilap warnanya ialah merah-keemasan.
A. Sifat-sifat utama kuprum
a) Kekuatan tegangan 215 N/mm
b) Kekuatan mampatan 300 N/mm
c) Kekerasan 80 NKB (jenis tuangan), 90 NKB (kerja sejuk), 66 NKB (kerja sejuk
dan disepuh lindap)
d) Kemuluran dari segi pemanjangan 25% (jenis tuangan), 55% (sepuh lindap),
3% (kerja sejuk)
e) Suhu lebur 1083C
f) Ketumpatan 8.9 g/cm
24

g) Ketahanan daripada kakisan atmosfera dan air


h) Pengalir elektrik yang amat baik
Kegunaan utama kuprum ialah untuk membuat kabel, peralatan untuk televisyen dan
radio, suis, paip air, bahan pateri, bekas memasak, bahagian-bahagian kapal dan lain-lain lagi.

B. Aloi kuprum
Kuprum jarang sekali digunakan di dalam bentuk aloi.
Diantara aloi kuprum yang boleh didapati ialah gangsa dan loyang tetapi
kuprum merupakan bahan aloi yang utama untuk logam-logam yang lain.
I.

Gangsa
Ia merupakan aloi antara kuprum dan timah tetapi bahan yang
utamanya ialah kuprum.
Gangsa adalah kuat, keras mempunyai ketahanan kakisan yang
tinggi dan mempunyai pekali geseran yang rendah.
Terdapat berbagai jenis gangsa seperti yang berikut:
i. Gangsa phosphor tempaan
Ia mempunyai kandungan 3.0%-8.5% Tin, 0.1%-0.3% Phosphor dan
selebihnya ialah kuprum. Mempunyai kekuatan tegangan sebanyak
350 N/mm dan boleh ditingkatkan lagi melalui sepuh lindap ke 700
N/mm. Gangsa ini digunakan untuk sebagai bahan galas, kipasii.

turbin, bahagian-bahagian alatan elektrik dan gear.


Gangsa phosphor tuangan
Ia mengandungi 9%-13% Sn, 0.3%-1.0% P. Gangsa ini mudah
mengalir semasa dileburkan dengan ini ianya sesuai untuk proses
tuangan. Kekuatannya ialah sehingga 300 N/mm. Aloi ini selalu
digunakan untuk bearing, skru, acuan pam dan injap.

25

iii.

Gangsa aluminium
Ia mengandungi diantara 5%-11% aluminium serta sedikit besi dan
nikel. Aloi jenis ini mempunyai kemuluran yang tinggi serta kekuatan
tegangan sebanyak 650 N/mm. Ianya juga mempunyai sifat kalis
kakisan kimia dan air garam. Aloi jenis ini dapat beroperasi pada
suhu yang tinggi serta mempunyai sifat ketahanan kakisan yang
tinggi.

26

Você também pode gostar